Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BAB 3

PERNIAGAAN DALAM NEGERI



Perniagaan Dalam Negeri
1. Perniagaan dalam negeri meliputi semua aktiviti menjual dan membeli yang berlaku dalam
negara yang sama.
2. Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
3. Terdiri daripada dua jenis iaitu perniagaan borong dan perniagaan runcit

Saluran Agihan
1. proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat
pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai
2. Perniagaan dalam negeri memerlukan saluran agihan untuk mengagihkan barang-barang
keluaran kilang sehingga ke tangan pengguna akhir.
3. Pemilihan jenis saluran agihan bergantung sifat barang , kadar penggunaan sesuatu barang,
dan saiz pasaran yang terlibat .
.
Bentuk Saluran Agihan
1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT PENGGUNA
Barang yang sesuai - barang keperluan dapur (bernilai kecil dan diperlukan dalam
kuantiti kecil)
Pengeluar (pengilang) menjual secara pukal kepada pemborong yang kemudian
memecahkan pukal kepada kuantiti yang lebih kecil untuk dijual kepada peruncit.
Peruncit menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada peruncit.

2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT PENGGUNA
hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah
pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk mengedarkan barang-barang
keluarannya kepada peruncit dan pengguna. Ejen juga menjalankan fungsi
pemborong.

3. PENGELUAR - PEMBORONG PENGGUNA
bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
Dalam saluran ini, pemborong membeli dalam kuantiti yang besar daripada pengeluar
dan menjual dalam kuantiti kecil kepada pengguna.

4. PENGELUAR - PERUNCIT PENGGUNA
barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan
lama
pengeluar (pengilang) menjual terus kpd peruncit tanpa melalui pemborong.

5. PENGELUAR - EJEN PENGGUNA
barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
pengeluar melantik sebuah syarikat sebagai ejen untuk menjual barang atau
perkhidmatan terus kepada pengguna.

6. PENGELUAR PENGGUNA
barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas pakaian
individu , barang bernilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional
doktor.
pengeluar memasarkan barang-barang keluarannya terus kepada pengguna tanpa
melalui pemborong dan peruncit.


Faktor Pemilihan Saluran Agihan
1.Jenis barang-barang cepat rosak. Saluran pengeluar pengguna sesuai untuk barang
elektrik yang tahan lama iaitu melalui pemborong & peruncit
2. Sasaran pasaran dikenal pasti - dibekalkan terus oleh pengeluar belum dikenal pasti
melalui pemborong & peruncit .
3. Liputan pasaran luas - perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh
pengeluar terhad - pengeluar sendiri boleh memasarkan
4. Keupayaan pengeluar syarikat besar - menyediakan saluran agihan sendiri
Syarikat kecil - bergantung kepada pemborong dan peruncit.
5. Kos pengangkutan - menyediakan kenderaan sendiri dan kosnya tinggi.
syarikat besar pula mampu membiayai syarikat kecil yang kurang mampu.

You might also like