Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MODEL 5 FASA NEEDHAM


TAHUN 3
Tarikh: 22 April 2012
Masa: 10.30 pagi 11.30 pagi
Kelas: Tahun 3 Cerdik
Bilangan murid: 35 orang
Subjek: Sains
Tema: Sains Fizikal
Tajuk pembelajaran: Magnet
Objektif: Di akhir pembelajaran, murid dapat mengenal pasti sifat magnet iaitu menarik
dan menolak antara satu sama lain dengan membuat objek terapung dengan stabil dan
objek tersebut tidak jatuh.
Hasil pembelajaran: Murid
a) menyatakan bahawa magnet yang sama kutub akan menolak
antara satu sama lain manakala magnet yang berlainan kutub
akan menarik antara satu sama lain dengan menjawab
sekurang-kurangnya 4 daripada 6 soalan dalam lembaran kerja
dengan betul.
b) membina Model Apungan Magnet dengan menggunakan
bahan-bahan yang dipilih murid dan benda di dalam model
tersebut dapat terapung dengan stabil.
Pengetahuan sedia ada: Murid mengetahui bahawa magnet dapat menarik objek
seperti besi.
Kemahiran saintifik:
Kemahiran proses sains
- Meramal magnet akan menolak atau menarik apabila didekatkan.
- Memerhati perubahan kedudukan magnet apabila diletakkan berdekatan
antara satu sama lain akan berubah mendekati antara satu sama lain.
- Membuat inferens mengapa magnet mendekati atau menjauhi antara satu
sama lain apabila diletakkan berdekatan.
Kemahiran manipulatif
- Mengendalikan magnet dengan betul iaitu tidak mengetuk dan membaling
magnet dan dipegang dengan berhati-hati supaya tidak jatuh dan pecah
Sikap dan nilai saintifik:
- Kerjasama dalam kerja kumpulan. Murid bekerjasama sesama ahli kumpulan
untuk membina model objek terapung sehingga objek dapat terapung.
- Tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Semua murid
mengambil bahagian dalam aktiviti membina model supaya ia berjaya dibina.
Kemahiran berfikir:
- Menggambarkan bagaimana objek tersebut boleh terapung dan bahan apa yang
digunakan.
- Mereka cipta suatu model dengan menggunakan bahan yang dipilih sehingga
dapat membuatkan objek terapung.
Bahan pengajaran dan pembelajaran:
1. Pelbagai jenis magnet seperti magnet bar, magnet bulat dan magnet u supaya
murid dapat berfikir magnet jenis mana yang sesuai dan boleh digunakan untuk
membuat objek terapung.



Prosedur Pengajaran:
Fasa/Masa Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Orientasi
(5 minit)
Idea tentang sifat
magnet
1. Guru menunjukkan peristiwa bercanggah yang
bertajuk Kon Terapung
2. Guru bertanya kepada murid, Apakah yang kamu
dapat perhatikan?
3. Murid menjawab, Kon itu terapung.
4. Guru bertanya kepada murid, Agaknya apakah
yang menyebabkan kon ini terapung?
Kemahiran proses
sains: Memerhati dan
membuat inferens
Sikap dan nilai:
Sikap ingin tahu
Pencetusan
idea
(5 minit)
Magnet boleh
menyebabkan objek
terapung
Kemungkinan jawapan murid:
i) Ada tali
ii) Silap mata
1. Guru memberikan kata-kata petunjuk sehingga
murid dapat menjawab magnet.
2. Guru bertanya:
i) Mengapakah magnet dapat membuatkan
kon ini terapung?
ii) Bagaimana magnet boleh menyebabkan
kon terapung?
iii) Apakah sifat magnet yang boleh
menyebabkan kon terapung?
iv) Bahagian mana magnet diletakkan supaya
Kemahiran proses
sains: Membuat
ramalan
kon dapat terapung?
Menyusun
semula idea
(20 minit)
Mengkaji tindakan
magnet sesama
magnet apabila
didekatkan

1. Murid menjalankan penyiasatan mengkaji
tindakan magnet sesama magnet apabila
didekatkan. Guru membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan.
2. Guru memberikan sepasang magnet bar kepada
setiap kumpulan dan lembaran kerja bagi murid
membuat kesimpulan terhadap penyiasatan
mereka.
3. Guru memberikan peluang kepada murid untuk
menyiasat tindakan magnet apabila dua magnet
didekatkan dan membimbing murid.
4. Setelah penyiasatan selesai, guru berbincang
dengan murid tentang keputusan yang mereka
peroleh dalam penyiasatan melalui lembaran
kerja yang dibuat.
5. Guru bertanya kepada murid,
i) Bagaimanakah pengetahuan tentang
magnet yang kita simpulkan dapat
membantu kita untuk membina Kon
Terapung yang cikgu tunjukkan pada awal
kelas tadi dan menerangkan kejadian







Bahan bantu
mengajar: Magnet bar

Nilai: Bekerjasama
antara ahli kumpulan
dalam penyiasatan
Kemahiran proses
sains: Memerhati,
membuat inferens

Kemahiran berfikir:
Menghubungkaitkan,
membanding dan
membezakan
tersebut?
ii) Bolehkah kamu cuba buat dan fikirkan?


Aplikasi idea
(20 minit)
Membina Model
Apungan Magnet
1. Murid meletakkan kembali magnet yang diberikan
oleh guru dalam aktiviti penyiasatan tadi.

2. Guru menyenaraikan bahan yang ada untuk
membina model dan murid dikehendaki
berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing
dan memilih bahan yang sesuai digunakan untuk
membuat Model Apungan Magnet
3. Murid mengambil bahan yang mereka pilih untuk
membina model.
4. Murid bekerjasama sesama ahli kumpulan untuk
membina Model Apungan Magnet dalam masa 15
minit.
5. Selepas 15 minit, setiap kumpulan menunjukkan
hasil model mereka dan menerangkan prinsip
kerja model yang mereka telah bina di hadapan
kelas.
6. Guru membuat kesimpulan bahawa magnet boleh
menarik atau menolak antara satu sama lain.
Nilai:
Bertanggungjawab ke
atas diri sendiri
Bahan-bahan:
Magnet bar, magnet
bulat, magnet cincin,
pensel, pen, syiling,
plastisin, penutup
botol dan pita pelekat.
Nilai: Bekerjasama
Kemahiran berfikir:
Menggambarkan,
mereka cipta

Refleksi Murid membuat 1. Murid dikehendaki membuat refleksi
(10 minit) refleksi pembelajaran pada hari ini.
Guru bertanya,
i) Apakah yang kamu pelajari hari
ni?Apakah perasaan kamu terhadap aktiviti
pembelajaran hari ni?Adakah seronok?
2. Guru membuat refleksi tentang sikap dan nilai
yang perlu diterapkan di dalam kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.






LEMBARAN KERJA
PENYIASATAN TERHADAP TINDAKAN MAGNET SESAMA MAGNET
Tandakan () pada ruangan yang betul dan (X) pada ruangan yang salah.
Jadual 1: Keputusan pemerhatian tindakan magnet apabila kutub antara kedua-dua
magnet didekatkan
Kutub-kutub magnet
berdekatan
Pemerhatian
Mendekati satu sama lain Menjauhi satu sama lain
1. Utara dengan Utara
2. Utara dengan
Selatan

3. Selatan dengan
Utara

4. Selatan dengan
Selatan



Kesimpulan:
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

5. Magnet yang sama kutub akan ______________ antara satu sama lain apabila
didekatkan.

6. Magnet yang berlainan kutub akan _____________ antara satu sama lain
apabila didekatkan.

You might also like