Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN


MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah
dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh
(holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat
komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran
Aktiviti J asmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJ SK), Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan
bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai
berasaskan peperiksaan semata-mata.

J emaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi
pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah
pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi
persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat
keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula
pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan
dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam
sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka,
manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama
pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui
PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang
ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan
mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam
penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif
dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan
dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru
untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input
kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-
kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan
pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang
menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor
dan pernyataan evidens yang banyak.

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan
menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan
berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan
pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka
sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian
masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan
perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang
demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan
evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu
kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak
mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian
dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun
atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail
Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM
dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan
pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS
(SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan
memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah
dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem
komputer berpusat.

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan
pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid
menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh
merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di
Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini
bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang
akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan
dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis
dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics,
Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata
pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan
pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali
(practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes
(case study).

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi
skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan
panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang
disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar
yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi
sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh
beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan
satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah
berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan
prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah
antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah
yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.


LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan
kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama
Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik
(SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-
sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan
pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan
minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan
taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada
pegawai-pegawai di J abatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat
melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan
latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan
mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain
daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan
kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.
Lampiran1
DSPSediaAda
BAND
PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu

B1
Mengetahui
asas
kemahiran
geografidan
geografi
negara
Malaysia

B1D1
Mengetahuiasas
kemahiran
geografi
B1D1E1
Menyatakan
kedudukanrelatif
sesuatu
B1D1E2
Menyatakanarahmata
angin
B1D1E3
Menyatakanjarak
mutlakdanjarakrelatif
B1D1E4
Mengenalpastiskala
lurus
B1D1E5
Mengenalsimbolpeta
lakar
B1D2
Mengetahui
pelbagaibentuk
mukabumi
B1D2E1
Menamakanpelbagai
bentukmukabumi
diMalaysia
B1D3
Mengetahuijenis
cuacadaniklim
B1D3E1
Menamakanjenisiklim
diMalaysia
B1D4
Mengetahuijenis
tumbuhan
semulajadidan
hidupanliar
B1D4E1
Menamakan
tumbuhansemulajadi
B1D4E2
Menamakanhidupan
liar

DipermudahkankepadaPanduanPerkembanganPembelajaranMurid
TEMA BAND DESKRIPTOR

Kemahiran
Geografi
Kedudukan
Arah
Jarakdanskala
Simbolpeta
Petatopo
Grafbarmudah

Menyatakanasaskemahirangeografiyang
berkaitanperkaraberikutdenganbetul:
Kedudukan
Arah
Jarakdanskala

Menjelaskankemahirangeografiyang
berkaitanperkaraberikutdenganjelas.
Kedudukan
Arah
Jarakdanskala
Simbolpeta

Mengaplikasikemahirangeografi
melibatkanperkaraberikutdenganbetul
dantepat.
Mengorientasikompas
Mengukurjarakmenggunakanskala
Membinagraf

Mengaplikasikandanmenghubungkait
kemahirangeografidalamorganisasiruang
ataulapanganmengikutproseduryang
betuldantepat.

Mentafsirdanmenjelaskanmaklumat
dalampetalakardanbahangrafikdengan
tepatrelevan/sesuaidanterperinci

Mengemukakandanmempersembahkan
idea/pendapat/cadanganyangbernas
tentangkesejahteraanpersekitaran
menggunakankemahirangeogarafiyang
relevandanjelas

Lampiran2
PerbandinganBilanganPernyataanDeskriptordanEvidensdalamDSPdengan
BilanganPernyataanDeskriptordalamPanduanPerkembanganPembelajaranMurid


JumlahBilanganPernyataanDeskriptordanPernyataanEvidens
Tingkatan1 Tingkatan2 Tingkatan3
Matapelajaran
DSP

Panduan
Perkembangan
Pembelajaran
DSP Panduan
Perkembangan
Pembelajaran
DSP Panduan
Perkembangan
Pembelajaran
BahasaMelayu 46 18 46 18 50 18
BahasaInggeris 48 18 46 18 42 18
Matematik 125 18 195 18 151 12
Sains 129 24 160 30 178 24

Lampiran3
PELAPORANPERKEMBANGANPEMBELAJARANMURID
PENTAKSIRANSEKOLAH
GEOGRAFITINGKATAN1
NAMAMURID:ALIBINAHMAD

TEMA BAND1 BAND2 BAND3 BAND4 BAND5 BAND6
KEMAHIRANGEOGRAFI 12Mac
BENTUKMUKABUMIDANPOTENSINYA 29Mei
CUACADANIKLIM 8Ogos
TUMBUHANSEMULAJADIDANHIDUPANLIAR 24Okt

Lampiran 4

PMR merupakan Peperiksaan Pusat

Mata pelajaran dalam PMR
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Science
4. Mathematics
5. Sejarah
6. Geografi
7. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
8. Pendidikan Islam
9. Bahasa Tambahan
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Arab
Bahasa Punjabi

Lembaga Peperiksaan
Menyediakan instrumen
Menyediakan Peraturan Penskoran
Melaksanakan penjaminan kualiti
Melaksanakan verifikasi dan moderasi
Mentadbir peperiksaan
Memeriksan skrip jawapan calon
Menguruskan penskoran
Mengeluarkan keputusan


Pentaksiran Tingkatan 3

Mata pelajaran Jenis instrumen
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
Ujian Lisan & Ujian Bertulis

3. Science
4. Mathematics
5. Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB)
6. Pendidikan Islam
7. Bahasa Tambahan
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa
Kadazandusun
Bahasa Arab



Ujian Bertulis

8. Sejarah
9. Geografi
Pelbagai instrumen

Pihak sekolah
Mentadbir peperiksaan
Memeriksan skrip jawapan calon
Menguruskan penskoran
Mengeluarkan keputusan

Lembaga Peperiksaan
Menyediakan instrumen
Menyediakan Peraturan Penskoran
Melaksanakan penjaminan kualiti
Melaksanakan verifikasi dan moderasi
Lampiran 5
KRITERIA KEMASUKAN MURID KE PELBAGAI ALIRAN TINGKATAN 4
Pelaporan Pentaksiran
Tingkatan 3
Pentaksiran
Psikometrik
Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Sekolah
(Pilihan)
Sekolah Berasrama
Penuh
Sekurang-kurangnya 6
Gred A termasuk
Science dan
Mathematics, dan
Gred B bagi mata
pelajaran lain
Inventori Minat
Kerjaya (IMK)
Ujian Aptitud
Khusus (UAK)

Peratus
CGPA

Band
(Pelaporan Perkembangan
Pembelajaran)
Gred
(Pelaporan Pencapaian
Akademik)

Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama
Gred A bagi
Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab
Sekolah Menengah
Teknik dan Kolej
Vokasional
Gred A/B bagi
Science, Maths atau
KHB
Aliran menengah atas Minimum gred B bagi
Science dan
Mathematics (STEM)

You might also like