Slide Perkembangan Semantik

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Prof Madya Dr.

Zaitul Azma Zainon Hamzah


Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
BBM 3206 Semantik


















Pengenalan Konsep &
Pengertian Semantik
a) Pengenalan bidang semantik
b) Perkembangan bidang semantik
c) Pengertian makna secara referensial
d) Pengertian makna secara kontekstual
Pengenalan Semantik

Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik
yang mengkaji makna.

Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang
bererti "tanda" (sign) . sema juga bermaksud isyarat.

Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud
bererti. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai
satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna.

Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan
oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka
semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam
semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu.

Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah as the study of
meaning in natural language.



Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi
Perancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah
beliau yang bertajuk, Les Lois Intellectuelles du Langage.

Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa
semantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa,
misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan
makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubungan
makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16).

Semantik : teori makna atau teori erti (Verhaar, 1983)



SIL Glossary of Linguistic Term pula mentakrif semantik sebagai satu
kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik.
(Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic
expressions.)
Rumusan - Semantik mengkaji makna sesuatu perkataan, frasa, ayat,
mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu perkataan,
frasa, ayat .
Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji
hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim,
sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim.
Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan
rujukan, syarat benar dan analisis wacana.
Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap
permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap
yang kedua ialah semantik linguistik.


Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai
bidang yang paling sukar untuk diterokai. Ini kerana, untuk
mengkaji makna, sama ada pada peringkat perkataan atau ayat,
pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek
yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan
atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi
penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur
dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya.

Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh
yang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepat
bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah
diambil perhatian.
Perkembangan Bidang Semantik
Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat sekali
dalam mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna,
pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan
kepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya
telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh
ahli linguistik tradisional.

Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin
mendapat perhatian, khususnya apabila munculnya golongan
linguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa
makna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, sama
pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

Plato
Peringkat Pertama

Plato (429 347 SM)
Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung makna
tertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah
menggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa
secara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15).
Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda'
dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna
'memperlihatkan' atau 'menyatakan'.

Aristotle

Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322
S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi
falsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama.

Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung
makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara
otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses
gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3)

Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika
atau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripada
lambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman
logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya dan
perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari.



Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle
Plato mempercayai tentang adanya hubungan bererti antara
kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. Sedangkan
Aristotle, berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan
erti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton
1976 : 3).

Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepas
Aristotle (yang mengutamakan makna), sebaliknya
kebanyakan kajian yang kemudiannya lebih tertumpu pada
fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidak
mengutamakan makna.

Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig
(1820-1925) ahli bahasa Jerman tentang nahu bahasanya,
iaitu (1) semasiologi, (2) sintaksis, dan (3) etimologi
(Aminuddin 1985:15) telah menimbulkan semula peranan
makna.
C. Chr. Reisig (1825)
Konsep baru mengenai gramatika :
Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu :
a) Semasiologi kajian tentang tanda
b) Sintaksis kajian tentang susunan kalimat/ayat
c) Etimologi kajian tentang asal usul kata,
perubahan bentuk kata, dan perubahan makna
Peringkat Kedua

Micheal Breal kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar
bahasa itu sendiri.

Misalnya:
Perubahan makna
Makna yang berhubungan dengan logika
Makna yang berhubungan dengan psikologi
Ferdinand de Saussure

Peringkat Ketiga

Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli
bahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluan
linguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukan
semantik.

Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure
(bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakan
satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yang
berhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau juga
berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satu
cabang semasiologi.
(Abu Bakar Hamid 1978:152).
Jost Trier

Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de
Saussure dengan mengambil kira pandangan budayawan
Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahli
falsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan dengan
makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna.

Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialah
perkataan yang pada mulanya mempunyai makna yang
bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masing
secara khusus.
Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman pada
tahun 1200, iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan
ini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yang
mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'.

Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga
perkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan
kunst mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list yang
berubah menjadi wizzen mengandungi makna 'seni' dan
perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'
(Aminuddin 1985:108).
Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat
kajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral
(di Lautan Pasifik).

Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di pulau
tersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaan
mereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yang
agak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan.

Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan
yang kemudiannya dikenali sebagai context of situation
(keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166).
Bronislaw Malinowski
Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapat
bahawa dalam kajian semantik, yang utama ialah behavior
(kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau
erat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk pada
stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengan
demikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh
ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah
yang kemudian disebut nahu.
Leonard Bloomfield
John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana
linguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. Jika
Malinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pula
memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliau
menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu
masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan
diterima oleh masyarakat tersebut.

Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual.
Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa
yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir
makna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa
itu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'kata pusat' dan
'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongue
of Man and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974).
John Rupert Firth
Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenali
sebagai Ogden & Richards berpendapat bahawa berlaku
hubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan serta
gagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala
lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung
(Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini:

G



LB R

Petunjuk:
G = gagasan
LB = lambang bahasa
R = rujukan
Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann
(1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang
bahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan
'lambang bahasa-gagasan-rujukan' sangat sukar untuk dijelaskan
dan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikan
beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'.

Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapat
digambarkan seperti rajah yang berikut:
Nama




Makna


cantik






M1 M2 M3
segak ayu jelita


Mengikut Hashim Hj. Musa, (1994:44), bunyi ucapan dan coretan
tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda
atau sign. Tanda atau sign ialah sesuatu yang mewakili atau
melambangkan sesuatu yang lain.

Semiotik/semiologi kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi
kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda,
sintaktik tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik-
tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan
yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).
Hashim Hj. Musa
Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) pengkajian makna pada
peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya
sebagaimana yang dihajati oleh penutur.

Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu
ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik
dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor
linguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajian
makna yang lebih berkesan.

Nor Hashimah Jalaluddin

Makna Referensial dan Non-referensial
Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau
acuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan
gambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidak
mempunyai referens.

Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud,
melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud lain
disebut kata-kata deiktik.

Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama
(dia, saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di
sini, di sana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang,
besok; kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu
Makna dan Jenisnya

Geoffrey Leech (1974)
Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis:












Terdapat juga makna lain seperti :
1. Makna denotasi.
2. Makna konteks.
1 Makna konsepsi : makna kognitif.
2 Makna konotatif :
makna kata yang berlainan daripada
makna asal: makna tersirat atau makna tambahan: makna
emotif atau makna evaluatif.
3 Makna Stilistik : makna berdasarkan situasi pengucapan.
4 Makna Afektif : makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan
pendengar.
5 Makna Refleksi : makna yang pelbagai untuk sesuatu kata.
6 Makna Kolokasi : makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain.
7 Makna Tematik : makna yang ditekankan dalam ayat.
Kesimpulan
Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yang
menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna
yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih
dibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik
yang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan
bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapat
dipisahkan.

You might also like