Assignmnet Mte 3111

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

0

KURSUS PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)


MODE KURSUS DALAM CUTI (KDC)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

Ambilan November 2009 Peringkat 7

PENGAJARAN GEOMETRI, UKURAN
DAN PENGENDALIAN DATA
MTE 3111

PENSYARAH KURSUS:
PUAN TEH KIM HONG

DISEDIAKAN OLEH : TAN YEIT FONG
ANGKA GILIRAN : 2009272360023
NO. KP : 710325-07-5008
TARIKH SERAHAN : 15 FEBRUARI 2013
1



KANDUNGAN

BIODATA DIRI
AKTIVITI 1 : Penulisan Esei Berdasarkan
Situasi












2

BIODATA DIRI


NAMA PENUH : TAN YEIT FONG
TARIKH LAHIR : 25/03/1971
NO.KAD PENGENALAN : 710325-07-5008
E-MAIL : tanyeitfong33@gmail.com
NO. TELEFON : 012-4257186 , 05-7162285
TEMPAT BERTUGAS : SK PERMATANG TOK MAHAT,
14300 NIBONG TEBAL
KURSUS : PGSR-MATEMATIK KOHORT 2
NOVEMBER 2009




3

Aktiviti 1
Bahagian l. Kelemahan-kelemahan Puan Rosnah dalam pengajaran
Puan Rosnah yang mempunyai pengalaman mengajar subjek matematik di sekolah
menengah selama 15 tahun menghadapi kesulitan apabila beliau ditukarkan ke sekolah
rendah. Beliau berasa sesi pengajaran yang disampaikan di dalam kelas menimbulkan
kekeliruan di kalangan anak muridnya. Mereka menghadapi masalah untuk memahami
konsep matematik yang disampaikan oleh beliau.
Situasi ini berlaku kerana sesi pengajaran Puan Rosnah adalah berbentuk abstrak.
Beliau lebih mengutamakan penggunaan formula untuk menerangkan sesuatu konsep
luas dan perimeter kepada murid-muirdnya. Puan Rosnah perlu sedar bahawa murid-
murid di sekolah rendah memerlukan sokongan bahan maujud atau objek konkrit untuk
belajar konsep matematik. Mereka tidak mampu memahami konsep matematik seperti
mana murid-murid sekolah menengah belajar. Oleh sebab itu,beliau tidak menghadapi
sebarang kesulitan ketika beliau mengajar di sekolah menengah kerana tahap pemikiran
murid di sekolah menengah mampu memproses maklumat yang abstrak.
Murid-murid Puan Rosnah keliru dengan formula perimeter dan luas dan
penggunaannya. Masalah ini timbul kerana beliau tidak melaksanakan aktiviti secara
langsung untuk membezakan antara perimeter dan luas tetapi hanya memberikan
latihan untuk dijawab oleh murid sahaja. Tanpa contoh yang konkrit murid-murid tidak
mendapat pengalaman secara langsung dalam pembelajaran,. Akhirnya mereka tidak
menguasai kefahaman yang betul bagi konsep ini.
Semasa Puan Rosnah mengajar penukaran unit metrik, beliau tidak menunjukkan
perkaitan antara unit kilometer dengan meter kepada murid-muridnya. Mereka terus
diajar cara menukarkan unit km ke m atau sebaliknya dengan cara menggerakkan titik
perpuluhan. Oleh itu, murid-murid akan berasa keliru dan tidak pasti sama ada mereka
perlu menggerakkan titik perpuluhan ke depan atau ke belakang.
Puan Rosnah lebih menitik beratkan hafalan formula atau rumusan daripada fahaman
konsep dalam pengajarannya. Ini jelas kelihatan di mana beliau mengajar muridnya
menggunakan formula untuk mencari luas dan perimeter dan penukaran unit metrik.
Pembelajaran ini kurang bermakna kerana murid-murid tidak melibatkan diri secara
langsung dalam pembentukan konsep matematik berkenaan dalam diri mereka.
4

Sehubungan dengan situasi yang dihadapi oleh Puan Rosnah, saya telah menemubual
dengan 5 orang murid Tahun 5 dari kelas yang berbeza untuk mengetahui kefahaman
mereka tentang (i) konsep perimeter dan luas, dan (ii) kemahiran menukar unit metrik
(panjang)
Murid Kefahaman murid tentang konsep
perimeter dan luas
Kemahiran menukar unit
metrik ( panjang )


Intan Shafinaz bt
Abdul Razak
Apakah maksud perimeter ?
Perimeter ialah jumlah
panjang di keliling sesuatu
bentuk
Apakah maksud luas ?
Luas ialah panjang x lebar

Apakah yang perlu anda
buat untuk menukarkan unit
m kepada unit cm ?
Darab dengan 100
kerana 1m =100 cm


Muhammad Hafiz
bin Halim
Bagaimanakah anda mencari
perimeter segiempat sama?
Tambahkan semua sisi
segiempat itu
Bagaimanakah anda mencari luas
segiempat sama?
Darabkan panjang dan
lebarnya.

Apakah yang perlu anda
buat untuk menukarkan unit
cm kepada unit m ?
Gerakkan titik
perpuluhan ke kiri
sebanyak 2 tempat


Syazwani bt Omar
Apakah beza antara luas dan
perimeter ?
Saya guna operasi tambah
untuk cari perimeter dan
operasi darab untuk cari
luas.

Apakah operasi yang anda
buat untuk menukarkan unit
m kepada unit cm ?
Bahagi dengan 100
5



Aina Zahra bt
Ridzuan
Apakah beza antara luas dan
perimeter ?
Perimeter ialah jumlah
panjang bagi semua sisi bagi
sesuatu bentuk. Luas ialah
kawasan dalam sesuautu
bentuk.
Bagaimana anda untuk
menukarkan unit km
kepada unit m ?
darab dengan 1000
atau gerakkan titik
perpuluhan
sebanyak 3 tempat
ke kanan.


Muhammad Naufal
Darwisy bin Md
Radzi
Bagaimanakah anda mencari
perimeter segiempat sama?
Panjang darab lebar
Bagaimanakah anda mencari luas
segiempat sama?
Panjang darab lebar
Apakah yang perlu anda
buat untuk menukarkan unit
m kepada unit km ?
Darab dengan 100
kerana 1km = 100 m

Berdasarkan hasil temu bual dengan 5 orang murid, didapati masih ada pelajar yang
hanya tahu tentang formula perimeter dan luas tanpa mengetahui konsep perimeter dan
luas. Ada juga murid yang menganggap perimeter dan luas adalah sama. Bagi
penukaran unit metrik pula, masih terdapat murid yang keliru tentang menggerakkan
titik perpuluhan dan lupa tentang perkaitan antara km dengan m.

2. Perubahan yang diperlukan dalam sesi pengajaran matematik Puan Rosnah.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan menerima dan
mengakui apa sahaja yang diajar oleh guru mereka. Walau bagaimanapun adakalanya
kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama dengan maksud sebenar yang ingin
disampaikan oleh guru. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kesilapan konsep
atau miskonsepsi dalam minda pelajar.
6

Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk
memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah
tafsirkan oleh mereka. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya
istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah
mendengar dan lupa istilah yang diberikan.
Miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah saya adalah serupa dengan
masalah-masalah yang dihadapi oleh Puan Rosnah. Pada pendapat saya, beliau perlu
menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai untuk membolehkan pelajar
berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam membina konsep matematik yang hendak
diajarnya. Pembinaan konsep melibatkan tiga proses iaitu penglibatan aktif, refleksi dan
pengabstrakan.
Menurut para psikologi dan pakar-pakar pengajaran, perkembangan pembelajaran
kanak-kanak menerusi peringkat-peringkat yang tertentu. Jean Piaget, ahli psikologi
yang berasal dari Switzerland mengatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-
kanak di sekolah rendah yang berumur 7 12 tahun berada di peringkat operasi
konkrit. Keupayaan berfikir mereka adalah secara 6irri dan masih terbatas kepada
konkrit. Mereka tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Paiget juga
berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu
sendiri. Di samping itu, beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara
kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan
mental.
Jerome Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa
yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru. Menurut kajian dan
pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun
1963 mereka 6irri 66 membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon
Sang, 1996). Murid perlu dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran
matematik melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang
bersistem sebelum diperkenalkan kepada ciri-ciri dan algoritma yang merupakan
perwakilan secara abstrak. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan
benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran
7

didasarkan kepada perangsang murid terhadap konsep itu dengan pengetahuan sedia
ada.
Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang
menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu,
konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif
berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan
tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping
pembelajaran koperatif . Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam
proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina
pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.
Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan
kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator . Kanak-
kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah.
Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan
benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan
untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Kanak-
kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara . Selain
daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan
konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep
dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang
diperlukan.
Menurut Sobri (2006), alat bantu mengajar dapat membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di
dalam menerangkan isi pelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula dengan
memanipulasi bahan konkrit dan diikuti oleh perwakilan gambar yang seterusnya
diterjemahkan kepada ciri (angka) sebagai jawapan akhir. Murid perlu dibimbing
membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi
objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem sebelum diperkenalkan
kepada ciri dan algoritma yang merupakan perwakilan secara abstrak.
Dengan mempertimbangkan semua saranan dan cadangan daripada para pakar
psikologi pembelajaran, dicadangkan dua kaedah yang boleh membantu Puan Rosnah
dan murid-muird untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
8


A. Kaedah pembelajaran : Pembelajaran berasaskan masalah dan inkuiri
penemuan
Tajuk : Bentuk dan Ruang
Bidang Pembelajaran : Bentuk Dua Dimensi
Kumpulan Sasar : Murid Tahun 4
Objektif Pembelajaran :Mengira luas dengan menggunakan rumus.
Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid-murid dapat:
1. Mengenal pasti panjang dan lebar segiempat sama dan segiempat tepat
2. Mengukur dan merekod panjang dan lebar segiempat sama dan segiempat tepat.
3. Mengira luas segiempat sama dan segiempat tepat dengan formula yang dibina.

Langkah Pembelajaran:
Set induksi: ( 5 minit)
1. Guru melekatkan sekeping kertas grid segiempat sama di atas papan tulis.
2. Seorang murid diminta untuk menyurih sehelai daun yang besar di atas kertas grid
manakala seorang lagi menyurih sehelai daun yang agak kecil di sebelah daun tadi.
3. Guru bertanya kepada murid mengenal pasti yang yang lebih besar dengan memberi
alasan.
(Lakar bentuk daun dan kira jumlah kotak dalam yang diliputi oleh daun)


Langkah 1 :
1. Guru menayangkan rajah grid segiempat sama (1cm x 1cm)
2. Guru mewarnakan petak-petak untuk membentuk bentuk 2 dimensi.
3. Murid diminta menamakan bentuk 2 dimensi yang ditunjukkan.
4. Murid diminta membentuk contoh segiempat sama dan segiempat tepat yang lain atas
rajah grid.
5. Murid diminta membilang dan menyatakan jumlah petak yang dibatasi dalam setiap
bentuk 2 dimensi tadi.




9












.


Langkah 2 : Konsep luas dan unit persegi
1. Guru memperkenalkan konsep luas kepada .
2. Murid diterangkan bahawa 1 petak bersamaan luas 1cm persegi ( cm)
3. Guru meminta murid menyatakan luas segi empat sama atau segi empat tepat dalam
langkah 1 dalam unit ( cm)


Langkah 3 : Membina formula luas
Kaedah Inkuiri penemuan/kerja berkumpulan)
1. Murid berada dalam kumpulan berempat.
2. Kertas grid dan kepingan segiempat sama dibekalkan kepada setiap kumpulan.
3. Murid akan menampal beberapa segiempat sama dan segiempat tepat di atas kertas
grid mengikut arahan guru.
4. Seterusnya murid di kehendaki mengira luas kawasan berwarna dalam unit dalam unit
cm . Rekodkan keputusan dalam jadual yang disediakan.
5. Guru membimbing murid mengira panjang dan lebar sisi mengunakan kepingan
segiempat sama.
6. Murid diminta mencari perkaitan antara panjang,lebar dan luas segiempat sama atau
segiempat tepat yang dibina diatas kertas grid.











10

7. Guru membimbing murid untuk membina formula luas bagi segi empat sama atau
segiempat tepat berdasarkan dapatan dalam jadual. (Lampiran 1)
Contoh :
Luas 1 petak ( unit) = 1 cm
Luas 2 petak (unit) = 2 cm
Panjang = 2 cm
Lebar = 1 cm
Luas = 2cm x 1cm
= 2 cm

Langkah 4 : Menyelesaikan masalah

1. Guru membincangkan 2 contoh soalan bagi mencari luas segiempat sama dan
segiempat tepat yang sesuai.
2. Murid diminta menyelesaikan masalah yang berkiatan dengan luas dalam kumpulan.

Penutup : Rumusan hasil pengajaran
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang mencari luas.
2. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja (lampiran 2)















11

Lampiran 1

Bentuk dua matra Luas
bentuk
2D
(cm)
panjang Lebar Luas
(formula :
Luas = Panjang X lebar)





























12

B. Kaedah Pembelajaran Masteri

Tajuk : Bentuk dan Ruang
Bidang Pembelajaran : Bentuk Dua Dimensi
Kumpulan sasaran : Murid Tahun 4
Objektif Pembelajaran : mengira perimeter dengan cara yang betul.
Hasil pembelajaran : Selepas menjalani aktiviti murid-murid dapat
i. Mengukur dan merekod perimeter bagi bentuk 2 dimensi

Langkah pengajaran :

Set Induksi :
Murid mengimbas kembali pengetahuan sedia ada mereka berkaitan dengan bentuk
segi empat sama dan segi empat tepat berserta 12irri-cirinya
dengan menggunakan permainan kotak rahsia.

Langkah 1
Murid melekatkan jalur kertas yang disediakan untuk membentuk segiempat tepat di
atas kertas.
Murid diminta mencari jumlah panjang jalur kertas yang telah digunakan untuk
membentuk bentuk segiempat tepat tadi dengan menggunakan tali
Guru menjelaskan konsep perimeter kepada murid .
Murid diterangkan cara mencari perimeter berdasarkan bentuk yang dibina tadi.

Langkah 2
Murid diminta membentuk bentuk segiempat tepat di atas papan geometri mengikut
arahan guru.
Murid dibimbing mengira perimeter setiap bentuk :-
13

- Bentuk segiempat tepat ini ada berapa sisi ?
- Kirakan panjang bagi setiap sisi .
- Jumlahkan panjang bagi kesemua sisi.
- Kaitankan jawapan yang diberi dengan konsep perimeter yang dibincangkan tadi.
- Berapakah perimeter segiempat itu ?
- Dengan mewakili 1 cm bagi setiap unit pada papan geometri, murid diminta
menulis perimeter dalam sentimeter
Ulangi aktiviti di atas dengan bentuk segiempat sama

Langkah 3
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat yang mengandungi bentuk bentuk
dua matra. ( Lampiran 1)
Murid bekerjasama mengukur dan mencari perimeter dengan menggunakan papan
geometri.
Murid mempamerkan hasil kerja kumpulan.
Guru dan murid bersama-sama menyemak jawapan yang betul.

Langkah 4

Murid diberikan lembaran kerja dan perlu diselesaikan dalam masa 10 minit.
(Lampiran 2)
Perbincangan jawapan.

Penutup
Guru membuat rumusan tentang konsep perimeter.
Murid yang menguasai diberikan pengayaan manakala murid yang belum menguasai
diberikan pemulihan.

14

Lampiran 1
BENTUK SISI 1
(CM)
SISI 2
( CM )
SISI 3
(CM)
SISI 4
(CM)
PERIMETER
(CM)





























15

Lampiran 2
Kirakan perimeter bagi setiap bentuk di bawah.






16

PENUTUP
Kita sebagai guru matematik sekolah rendah seharusnya memberi tumpuan terhadap
perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Pada peringkat usia
sebegini, kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman
konkrit. Tugas guru ialah menyediakan berbagai-bagai situasi dan aktiviti dengan
menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk membekalkan pelbagai pengalaman
konkrit kepada murid. Pengajaran guru hendaklah berpusatkan murid dan murid
menjalankan aktiviti untuk menemui rumus, kesimpulan atau konsep matematik yang
hendak disampaikan.
Secara kesimpulannya, kanak-kanak ibarat bekas yang kosong dan guru pula
berperanan untuk memenuhi bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Para pendidik
juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada
masa hadapan. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu
pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung
sepenuhnya pada seseorang guru. Guru hanyalah sebaagai seorang fasilitator yang
akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.











17

Rujukan

Mok Soon Sang(1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kumpulan
a Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Mok Soon Sang (1997). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur.
aaaaaKumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sobri Ahmad,Tengku Zawawi Tengku Zainal,Aziz Omar (2006). Isu-Isu Dalam a a
aaaaaPendidikan Mateamtik. Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd. Kuala
aaaaaLumpur
Moyer, P. S. (2001). Using Representations to Explore Perimeter and Area. Teaching
Children Mathematics, Diperoleh daripada Januari 24, 2013 dari http://www.
math.ccsu.edu/mitchell/math409tcmusingrepresentationperimeterarea.pdf

Bagaimana kanak-kanak belajar Matematik? Diperoleh daripada Januari 19, 2013 dari
http://www.my-rummy.com/kanak-kanak_belajar_matematik.html

You might also like