Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM, PERAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SENI (AT23)

ASPRISIASI DAN KRITIKAN SENI


(SSL 1032)

KUMPULAN A

TAJUK:
SOALAN SISIPAN : ULASAN KARYA

NAMA PENSYARAH:
DR. MOHD. JOHARI AB. HAMID

HARI: RABU
MASA: 9AM – 11 AM

DISEDIAKAN OLEH:
COLETTE BT BARNERD BUTIT
D20081030485

SEMESTER 2 2008/2009
Peter Harris
Rumah Rakit Sungai Pahang
Gouache
Tema: Realistik
Karya diatas merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh seorang pelukis pelawat
berbangsa Inggeris bernama Peter Harris yang bertajuk ”Rumah Rakit Sungai Pahang” yang
dihasilkan dengan menggunakan Gouche mengikut aliran realistik dimana pelukis melukis
dengan menggambarkan kenyataan yang benar-benar ada dengan menekankan suasana dari situsi
tersebut dan bukannya objek.
Seperti yang kita sedia maklum, Peter Harris merupakan seorang pengasas kepada
pertubuhan Wednesday Art Group (WAG) yang diasaskan pada tahun 1952. Mereka menjadikan
seni sebagai wadah ekspresi diri yang mana ahli-ahlinya kebanyakkannya terdiri daripada guru-
guru seni dan peminat seni. Karya diatas merupakan salah satu karya yang dihasilkan dengan
menggunakan pendekatan baru dalam stail, teknik dan tema dengan menggunakan berus yang
lebih besar dan keras serta bahan dan teknik yang lebih tebal daripad cat air. Karya ini juga
merakamkan keindahan dan keharmonian alam semulajadi di Sungai Pahang. Sapuan berus
warna yang digunakan oleh pengkarya adalah terkawal dengan sifat gouache yang lebih tebal.
Pengkarya merakamkan suatu mesej tentang keindahan alam semulajadi yang belum diganggu
oleh arus pembangunan. Muliyadi Mahmood dalam bukunya yang betajuk Seni Lukis Moden
Malaysia (2001-2004) menyatakan bahawa Peter Harris telah mengolah suatu konsep komposisi
yang agak dinamik dab bernyawa terutamanya pada aliran sungai yang bersifat diagonal. Imej
pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini dikatakan olenya beliau sebagai
pemecah kepada kebuntuan format empat segi bujur karya tersebut.
Dari aspek kritikan amali, unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah garisan, warna,
rupa, bentuk, jalinan dan ruang manakala prinsip seni adalah seperti keharmonian, imbangan
dan pergerakan. Kesan garisan membantu dalam menyampaikan rupa dan bentuk imej yang
diggambarkan oleh pengkarya. Warna yang digunakan juga adalah warna yang baru
diperkenalkan kepada pengikut WAG pada masa tersebut dan jarang digunakan pada masa
sekarang. Kesan warna berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik dan cantik serta kemas
kelihatan. Beliau telah menggunakan warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan kuning
iaitu warna semulajadi alam semulajadi. Gabungan kesemua elemen-elemen seni telah
membantu beliau menyampaikan mesej dengana baik. Beliau juga berjaya memasukkan perasaan
harmoni dalam karya ini, kesan pergerakan pada permukaan air dan kesan imbangan yang baik
terhadap objek-objek yang dilukis. Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan
imej yang berada dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek. Sebagai contohnya
rumah rakit berada pada kedudukan yang rendah berbanding pokok kayu telah membentuk ruang
dibahagian tengah iaitu tebing sederhana cerun dengan beberapa tumbuhan renek seperti pokok
keladi.
Sebagai kesimpulannya, walaupun Peter Harris dikatakan dalam sejarah seni Malaysia
sebagai salah seorang pelukis pelawat namun kesan atau tinggalan seni yang beliau hasilkan
telah menjadi sumber rujukan utama dalam mengenali sejarah seni tanah air. Selain daripada itu
karya ini juga penting bagi menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia terdahulu.

Jaafar Taib
Akrilik
Sang Juara
Tema: Realistik

Jaafar Taib merupakan seorang pengkarya yang dikatak sebagai seorang seniman yang
mampu menguasai hampir kesemua genre dalam seni. Beliau mempunyai banyak karya dalam
catan, karikatur, potrait dan banyak lagi. Menurut Dr. Mohd Johari Ab. Hamid dalam bukunya
yang bertajuk Aspresiasi dan Kritikan Seni Visual (2008:140), Jaafat Taib dikatakan mula
memberikan perhatian secara serius kepada spesis burung dan ayam hutan dalam karya beliau.
Jaafar Taib berpendapat ini merupakan tanggungjawab beliau dalam merakamkan semula spesis-
spesis tersebut keatas kanvas sebagai suatu himpunan khazanah untuk tatapan generasi akan
datang.

Karya realistik diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Jaafar Taib dengan
tajuk ‘Sang Juara’ dengan menggunakan akrilik di atas kanvas. Daripada karya ini kita dapat
melihat karya yang begitu menarik apabila pengkarya berjaya menyampaikan imej tersebut pada
skala yang betul. Pada pandangan saya karya ini merupakan karya yang mempunyai
perkaitannya dengan kehidupan masyarakat desa masyarakat Melayu khususnya yang sinonim
dengan budaya memperlagakan ayam. Tajuk ‘Sang Juara’ merupakan suatu karya yang
menyampaikan mesej bahawa ayam tersebut mempunyai kekuatan yang luar biasa berbanding
ayam-ayam lain. Pengkarya melukiskan sang juara tersebut sedang berada di suatu tempat yang
tinggi dengan suatu pemandangan alam semulajadi. Saya berpendapat bahawa sususnan imej
seperti ini memberikan gambaran bahawa suatu kelompok masyarakat yang besar yang begitu
bangga dan mengiktiraf sang juara ini sebagai seekor ayam yang kuat dan membawa kebanggan
kepada tuannya.
Perkara yang sangat menarik perhatian adalah dari aspek penggunaan warna. Pengkarya
telah menggunakan warna sebenar yang ada pada seekor ayam jantan dan warna flora yang
sesuai bagi menghidupkan lagi suasana tersebut. Kesan ton warna pada ayam jantan juga
memberikan suatu kesan realistik dan membantu pelukis membezakan setiap jalur-jalur bulu
ayam yang ada. Karya ini kelihatan sangat menarik dan sangat bertenaga. Kesan garisan
ditimbulkkan melalui kesan warna yang disapu pada bahagian badan ayam jantan terutamanya
pada bahagian ekor ayam tersebut. Selain daripada itu, dengan menggunakan warna pengkarya
mampu menampakkan bahawa ayam tersebut mempunyai kekuatan dan kelihatan sangat sihat.

Karya yang sangat menarik ini harus diteruskan kerana karya ini bukan sahaja membantu
kita mengenali alam dengan lebih dekat tetapi juga membantu kita menganalisis diri kita setakat
mana kemampuan kita sebagai seorang orang seni terutamanya dalam kalangan pelajar seni.

Mohd Hoessein Enas


Cat minyak
Gadis Korea
Tema: figuratif

Mohd Hossein Enas terkenal sebagai bapa potrait Malaysia kerana kepandaiannya
berkarya dalam menghasilkan potret manusia. Mohd Hossein Enas merupakan seorang pengasas
Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) yang menjadikan potret dan landskap sebagai tema
terpenting dalam berkarya. Seni catan potret merupakan medium yang penting sebelum
wujudnya kamera untuk merakamkan diri seseorang. Potret bukan sahaja menjadi suatu bentuk
rakaman tetapi juga dihasilkan untuk menjadi kenangan kepada pengkarya dan yang dilukis,
berupaya menunjukkan profesion, perwatakan atau kedududukan seseoramng dalam masyarakat
tetapi juga menjadi bahan dokumentasi visual yang mampu dijadikan rujukan dalam banyak
perkara seperti potret “Monalisa” yang menjadi kajian dan rebutan kepada pencinta-pencinta
sejarahwan seni masa ini.

Karya diatas merupakan karya yang dihasilkan oleh Mohd. Hossein Enas dengan
menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema utama. Karya ini
menrakamkan gambar seorang anak gadis berpakaian baju kebudayaan masyarakat korea. Jika
dilihat dari aspek paras rupa perempuan tersebut, raut wajah perempuan tersebut menghampiri
raut wajah anak gadis masyarakat Melayu. Karya ini mungkin juga dirakamkan oleh pengkarya
dengan mengaplikasikan pakaian tradisional orang Korea keatas orang Melayu pada masa
tersebut.

Pengolahan aspek kedudukan atau tatatertib duduk figura begitu ditekankan oleh
pengkarya dengan mengambil kira aspek keseimbangan karya disamping menampilkan nilai-
nilai lemah lembut dan bersopan. Selain daripada itu Mohd Hossein Enas juga menggunakan
warana terang iaitu merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin beliau sampaikan melalui
pakaian tradisional masyarakat Korea pada masa tersebut. Setiap garisan-garisan yang ada pada
baju disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan walaupun figuratif tersebut
dalam keadaan duduk untuk menampakkan ketidakkakuan dalam potret tersebut.

Karya-karya Mohd Hossein Enas merupakan suatu warisan dalam seni kerana karya-
karya tersebut banyak membantu sejarawan-sejarawan seni meneruskan penyelidikan mereka
terhadap perkembangan seni di Malaysia khususnya. Karya ini bukan sahaja mampu
mengantikan peranan kamera tetapi juga memiliki nilai keindahan yang sangat tinggi dari segi
calitan warna dan penampilan figuratif utama serta perkembangan budaya dalam masyarakat
yang berbilang dengan masyarakat asing yang pernah datang ke Tanah Melayu.

You might also like