BAB 1 : KONSEP NEGARA DAN PEMBENTUKAN BENTUK NEGARA
1.1 KONSEP NEGARA
1. Negara dapat ditakrifkan sebagai suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap.
2. Unsur-unsur sesebuah negara: (i) Sempadan wilayah yang tetap dan jelas. (ii) Penduduk yang tetap (iii) Sistem pemerintahan atau kerajaan yang teratur.
3. Ciri-ciri Negara berdaulat: (i) Merdeka (tidak dijajah oleh kuasa lain)
(ii) Berkuasa sendiri (berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing)
(iii) Berwibawa (diiktiraf oleh negara-negara lain dan mengadakan hubungan diplomatic dengan negara-negara lain)
(iv) Berindentiti (mempunyai ideology sendiri yang mencorakkan politik dan social negara)
(v) Mempunyai perlembagaan - yang menentukan organisasi kerajaan, pengasingan kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum untuk menggariskan pelaksanaan kuasa.
1.2 SISTEM KERAJAAN - Kerajaan Persekutuan - Kerajaan Kesatuan - Kerajaan Konfederasi
A) Kerajaan Persekutuan
1. Kerajaan Persekutuan - Gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
2. Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
3. Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang perundangan tertentu.
4. Setiap peringkat juga mempunyai kedudukan yang seimbang.
5.
6. Tiada pihak yang mempunyai kuasa menindas terhadap pihak yang lain.
7. Contoh negara-negara : (i) Amerika Syarikat (ii) Brazil (iii) Australia (iv) India (v) Malaysia
Kerajaan Pusat Kerajaan Negeri mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal ehwal luar negara dan hal umum.
Mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal dalam negeri seperti tanah, hutan dan pentadbiran negeri. B) Kerajaan Kesatuan
1. Kerajaan Kesatuan - Gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
2. Kerajaan Pusat berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
3. Contoh negara-negara : (i) Britain (ii) New Zealand (iii) Perancis (iv) Denmark (v) Indonesia
C) Kerajaan Konfederasi
1. Kerajaan Konfederasi - Sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa pemerintahan kepada Kerajaan Negeri.
2. Kerajaan Pusat - mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad. - Kurang berfungsi dan tersekat pentadbirannya.
3. Kerajaan Konfederasi diwujudkan melalui perjanjian yang longgar, contohnya Konfederasi Jerman Utara (1867 1871)
4. Kini, Kerajaan Konfederasi tidak wujud lagi.
5.
1.3 BENTUK NEGARA
Monarki
1. Monarki - Negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja dan sultan
2. Raja dan sultan menjadi pentadbir utama dan monopoli kuasa eksekutif.
3. Pentadbiran negara dijalankan oleh kuam kerabat raja atau sultan.
4. Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan.
5. Contoh Negara-negara: (i) Arab Saudi (ii) Kuwait (iii) Brunei Darussalam
Republik
1. Negara republik - Tidak mempunyai raja sebagai ketua negara. - Dalam kebanyakan republik moden, ketua negara ialah Presiden yang merupakan rakyat biasa. - Mengamalkan prinsip demokrasi dengan Presiden dilantik atau dipilih dalam pilihan raya.
Kerajaan Persekutuan Kesatuan Konfederasi Kerajaan Pusat Tiada kuasa mutlak Tiada kuasa mutlak Mempunyai kuasa mutlak permerintahan yang terhad Kerajaan Negeri Mempunyai kuasa autonomi dalam bidang perundangan tertentu Undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri boleh dobatalkan oleh Kerajaan Pusat Mempunyai kebanyakan kuasa pemerintahan 2. Contoh negara-negara: (i) Amerika Syarikat (ii) Filipina (iii) Sri Lanka (iv) Perancis (v) Portugal (vi) Taiwan (vii) Pakistan (viii) India (ix) Singapura
3. Boleh mengamalkan sistem presiden atau sistem separa presiden.
4.
5. Di kebanyakan republik, perlembagaannya mengehadkan tempoh jawatan Presiden, biasanya antara 4 6 tahun satu penggal.
6. Di sesetengah republik yang mengamalkan sistem separa Presiden seperti Singapura dan India, jawatan Presiden hanya simbolik.
7. Presiden tidak campur tangan dalam pentadbiran negara.
Sistem Presiden Sistem Separa Presiden Ketua negara ialah Presiden -menjadi ketua kerajaan Ketua negara ialah Presiden -tetapi bukan orang yang menjadi ketua kerajaan. Presiden bertanggungjawab untuk mentadbirkan negara. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya Kedua-dua Presiden dan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam pentadbiran negara; Hanya bidang kuasa mereka diasingkan. Contoh Negara-negara: (i) Amerika Syarikat (ii) Filipina (iii) Indonesia (iv) Mexico (v) Korea Selatan Contoh Negara-negara: (i) Perancis (ii) Sri Lanka (iii) Portugal (iv) Taiwan (v) Rusia (vi) Peru Demokrasi
1. Negara Demokrasi - Mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
2. Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat itu pula merupakan anggota parti-paru politik yang berlainan.
3. Parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat iaitu mempunyai wakil yang paling banyak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan berkuasa untuk membentuk kerajaan.
4. Sistem Demokrasi berteraskan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.
5. Ciri-ciri Demokrasi: - Hak asasi rakyat terjamin - Rakyat bebas untuk bersuara / mengeluarkan idea - Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan - Rakyat yang memenuhi syarat umur tertentu berhak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya umum. - Pengundian dalam pilihan raya dibuat secara sulit - Kemenangan dalam pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak yang diperoleh.
6. Negara yang mengamalkan demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
7. Negara-negara demokratik juga mengamalkan 2 bentuk pemerintahan iaitu:- - Sistem raja berperlembagaan - Sistem republik
8. Sistem Raja Berperlembagaan Sistem Republik Mempunyai raja Tidak mempunyai raja Raja ialah ketua negara Presiden ialah ketua negara Raja mempunyai kuasa simbolik sahaja Kuasa Presiden bergantung pada sistem republik yang diamalkan Contoh negara-negara: (i) Malaysia (ii) Britain (iii) Negara Thai (iv) Jepun Contoh negara-negara: (i) Singapura (ii) India (iii) Filipina (iv) Amerika Syarikat Autokrasi
1. Negara Autokrasi - Negara yang diperintah oleh seorang individu yang mempunyai kuasa mutlak.
2. Pemerintah tersebut biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kuasanya.
1.4 PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA
Kemerdekaan Tanah Melayu
1. Langkah untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu diusahakan oleh Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Tanah Melayu.
2. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah menguasai Rombongan Merdeka ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan kerajaan British.
3. Rombongan Merdeka Wakil Parti Perikatan Wakil Raja Melayu Tunku Abdul Rahman Tun Dr.Ismail Tun H.S. Lee Tun Abdul Razak Dato Panglima Bukit Gantang Abdul Aziz Othman Dato Mohd Seth Dato Nik Ahmed Kamil
4. Hasil dari rundingan itu, Perjanjian London telah ditandatangani antara kedua-dua pihak dan antara perkara penting dalam perjanjian itu ialah: (a) Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957. (b) Pelantikan suruhanjaya bebas untuk menggubal Perlembagaan Merdeka (c) Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan (d) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri
5. Suruhanjaya Reid yang dibentuk untuk menyusun Perlembagaan Tanah Melayu, mengesyorkan cadangan yang berikut: (i) Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. (ii) Kerakyatan secara jus soli kepada orang yang dilahirkan di Tanah Melayu. (iii) Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum yang lain (iv) Institusi raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan. (v) Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh dikembangkan dan digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah masing-masing. (vi) Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu tetapi agama lain boleh terus diamalkan.
6. Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British dan pada 15 Ogos 1957, upacara penandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan antara raja-raja Melayu dengan pihak British.
7. Perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu telah dibuat secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
8. Peristiwa Bersejarah Malam 30 Ogos 1957 : - Di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. - Tepat 12.00 tgh malam - Bendera British, Union Jack diturunkan - Bendera Tanah Melayu dinaikkan
9. Dalam upacara bersejarah itu, wakil Ratu Elizabeth II telah menyerahkan watikah pemasyhuran kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman untuk menandakan berakhirnya naungan British terhadap Tanah Melayu.
10. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu telah dibaca oleh Tunku Abdul Rahman.
11. Selepas pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman melaungkan seruan MERDEKA sebanyak 7 kali dan disambut oleh ribuan orang.
12. Laungan itu bergema dalam ruang stadium untuk menandakan semangat rakyat yang berkobar-kobar kegembiraan kerana Tanah Melayu telah menjadi negara.
Cadangan Pembentukan Malaysia
1. Gagasan Malaysia ialah cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam 1 unit politik.
2. Cadangan pembentukan Malaysia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Tanah Melayu, pada 27 Mei 1961 semasa menghadiri Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.
3. Antara faktor untuk pembentukan Malaysia : (a) Mempercepat proses kemerdekaaan untuk Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei yang masih dijajah oleh pihak British. (b) Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera (c) Membawa kemajuan dan kerjasama ekonomi yang lebih pesat kepada negara anggota (d) Menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara, terutamanya di Singapura dan Sarawak yang boleh menggugat kestabilan politik serantau.
4. Secara keseluruhannya, Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei menerima prinsip Malaysia.
5. Reaksi Negara lain terhadap Pembentukan Malaysia: Britain dan Amerika Syarikat menyokongnya. Filipina menentangnya kerana mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya Indonesia menentangnya kerana menuduh gagasan itu sebagai neokolonialisme.
Langkah-langkah ke Arah Pembentukan Malaysia
1. Setelah mengemukakan cadangan pembentukan Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sabah, Sarawak dan Brunei untuk menerangkan konsep dan matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia.
2. Rundingan juga diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sabah, Sarawak dan Singapura.
3. Hasil dari rundingan tersebut, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum ditubuhkan pada bulan Julai 1961 untuk menerangkan pembentukan Malaysia kepada penduduk, mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan kea rah pembentukan Malaysia.
4. Suruhanjaya Cobbold juga ditubuhkan pada Januari 1962 oleh kerajaan British untuk: (i) Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia (ii) Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
5. Anggota-anggota Suruhanjaya Cobbold: (i) Lord Cobbold (ii) Sir David Watherston (iii) Sir Anthony Abell (iv) Muhammad Ghazali bin Shafie (v) Wong Pow Nee 6. Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai Malaysia.
7. Antara cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold : (i) Perlembagaan Malaysia yang baharu haruslah berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu (ii) Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk menentukan dasar imigresennya. (iii) Hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak dijamin (iv) Negara baharu yang dibentuk akan dinamakan Malaysia (v) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
8. Pada bulan Ogos 1962, Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) yang dianggotai wakil dari Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak ditubuhkan untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Cobbold dan juga membincangkan hak serta kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
9. Pada bulan September 1962, kerajaan Singapura mengadakan referendum untuk meninjau pendapat penduduknya tentang pembentukan Malaysia; hasil referendum menunjukkan bahawa penduduk Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia.
10. Brunei yang pada mulanya menyokong Malaysia telah menarik diri daripada menyertai Malaysia pada bulan Julai 1963.
11. Pada bulan Ogos 1963, misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak sekali lagi tentang pembentukan Malaysia mendapati bahawa penduduk kedua-dua buah negara itu berhasrat untuk menyertai Malaysia.
Penjanjian Malaysia
1. Pada bulan Jun 1963, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan pihak British di London.
2. Hasil dari rundingan itu, Perjanjian Malaysia ditandatangani pada bulan Julai 1963.
3. Rundingan di London: Diadakan di Malborough House, London. Berlangsung selama 2 minggu
4. Antara perkara dalam Perjanjian Malaysia adalah : (i) Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. (ii) Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan (iii) Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan. (iv) Untuk Sabah dan Sarawak, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa kebangsaan sehingga 10 tahun selepas pembentukan Malaysia. (v) Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam. (vi) Rakyat bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Tanah Melayu.
5. Persetujuan telah diperoleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
6. Perlembagaan Malaysia - Sebahagian besar perkara dalam Perjanjian Malaysia telah dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
7. Walau bagaimanapun, tarikh penubuhan Malaysia yang dirancang itu terpaksa ditangguhkan kerana laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang misinya ke Sabah dan Sarawak hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
8. Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia akhirnya ditunda ke-16 September 1963.
Perisytiharan Penubuhan Malaysia 1. Pada 16 September 1963, upacara perisytiharan penubuhan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka.
2. Perisytiharan itu telah dibaca oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
3. Perisytiharan itu merasmikan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
4. Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
5. Pemisahan Singapura - Singapura sering menimbulkan isu sensitive - Hubungan baik Singapura dengan kerajaan pusat terjejas. - Akhirnya, Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.
1.5 KONSEP PENGASINGAN KUASA
Doktrin Pengasingan Kuasa
1. Doktrin ini dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis.
2. Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara dibahagikan kepada 3 buah badan yang bebas, iaitu: (i) Badan Perundangan (ii) Badan Eksekutif (iii) Badan Kehakiman Kuasa ketiga-tiga buah badan ini mempunyai perananya yang tersendiri.
3. Tujuan doktrin pengasingan kuasa : (i) Mengelakkan pertindihan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa. (ii) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu. (iii) Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain.
4.
Doktrin Pengasingan Kuasa Badan Perundangan -menggubal, meminda dan meluluskan undang- undang. Badan Eksekutif
-melaksanakan undang-undang dan pentadbiran mengikut perlembagaan serta undang-undang. Badan Kehakiman
-mentafsirkan undang-undang Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia
1. Berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa asal.
2. Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relative antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
3. Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara mempunyai kuasa tertinggi dalam badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
4.
*** Ruangan yang telah dihitamkan merupakan Yang di-Pertuan Agong
5. Pada peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-aggota Kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen) yang menggubal undang-undang.
6. Pada peringkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang. Badan Kehakiman Badan Eksekutif Badan Perundangan
7. Ciri-ciri negara Malaysia yang berdaulat: - mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak Westminster) - mempunyai raja berperlembagaan (Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong) - mengamalkan sistem kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) - Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa - Mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan
8. Yang di-Pertuan Agong ketua dalam setiap cabang. Malaysia tidak mengamalkan pengasingan kuasa yang sempurna.
9. Hanya badan kehakiman yang dapat ditafsirkan sebagai badan yang benar-benar berkecuali.
10. Hal ini demikian kerana orang yang menjadi ahli badan eksekutif dan badan perundangan tidak boleh menjadi ahli badan kehakiman.
11. Demokrasi Berparlimen: - Raja atau Presiden mempunyai kuasa simbolik. - Parlimen menggubal undang-undang - Wakil Parlimen dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum - Parti politik yang menang akan membentuk kerajaan. *******************************TAMAT********************************** Nota disediakan oleh ,
Luculus Lee, Pelajar kelas Lower 6 Arts 1, SMK Kepong (2013)
Nota-nota dipetik dari Buku Teks Pra-U STPM Pengajian Am Penggal 1