Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

NAMA : ANIZAH BT GHAZALLI

NO. MATRIK : 1112930


KELAS : KDCN 4

SOALAN :
Nyatakan maksud pendekatan sintesis dalam pengajaran membaca jawi . Huraikan 4
kaedah yang digunakan dalam pendekatan ini beserta contoh .

1. Pendekatan merupakan satu set perlakuan guru yang tersusun dengan prinsip-prinsip
tertentu dalam melaksanakan tugas mengajar membaca Bahasa Melayu dengan tulisan
jawi. Berpandukan kepada pelajaran Bahasa dalam ilmu linguistik guru mengenal pasti
cara mengaplikasi psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa . Terdapat
dua pendekatan umum dalam pengajaran kemahiran asas membaca Jawi :
1. Pendekatan sintesis
2. Pendekatan analisis

1.1 Pendekatan Sintesis
Pendekatan Sintesis merupakan pendekatan mengajar Bahasa yang bermulan daripada
mengajar unit-unit terkecil Bahasa dan secara beransur-ansur semakin meningkat kea rah
unsur-unsur Bahasa yang lebih besar dan kompleks . Pendekatan ini menggabungkan
beberapa kaedah dalam mengajar kemahiran membaca jawi :
1. Kaedah bunyi sintetik
2. Kaedah huruf
3. Kaedah suku kata
4. Kaedah seluruh perkataan
5. Kaedah ayat
6. Kaedah cerita




1.1.1 Kaedah Pandang Sebut

Kaedah pandang sebut merupakan kaedah belajar membaca tanpa mengeja .
Caranya ialah pandang huruf , sebut bunyi huruf , bukan nama huruf . Pandang gabungan
beberapa huruf terus sebut suku kata , tanpa menyebut nama huruf . Kaedah ini boleh
digunakan sama ada pada memperkenalkan huruf , suku kata dan perkataan . Pelaksanaan
kaedah ini menggabungkan beberapa kaedah lain , seperti kaedah fonetik ketika
memperkenalkan bunyi huuruf . Pelaksanaan kaedah ini dalam membaca perkataan akan
membawa kepada gabungan dua perkataan iaitu pendekatan analisis bagi murid yang
lemah dan bagi murid yang berada pada tahap sederhana dan cerdik , pendekatan sintesis
adalah memadai bagi mereka .
Contoh :





1.1.2 Kaedah suku kata

Perkataan terdiri daripada gabungan beberapa bunyi yang membawa satu makna .
Bunyi bunyi dalam satu perkataan dipanggil sebagai suku kata . Dalam Bahasa Melayu
terdapat perkataan yang mempunyai :
1. Satu suku kata seperti gas
2. Dua suku kata seperti buku
3. Tiga suku kata seperti bahasa
4. Empat suku kata seperti sederhana
5. Lima suku kata seperti pelaksanaan
6. Enam suku kata seperti keistimewaan

Suku kata juga dikategorikan kepada :
1. Suku kata terbuka seperti mata
2. Suku kata tertutup seperti bantal
3. Suku kata diftong seperti dada


Dari segi ejaan suku kata dalam tulisan jawi , didapati cara mengeja :
1. Suku kata yang dieja dengan perlambangan vokal
2. Suku kata yang dieja tanpa perlambangan vokal

Suku kata yang dieja dengan perlambangan vokal adalah lebih mudah dikenal pasti
Oleh murid di dalam perkataan , namun suku kata yang dieja tanpa perlambangan vokal
yang menjadi masalah kepada murid-murid dapat menyembunyikan suku kata yang dieja
tanpa perlembangan vokal . Suku kata tanpa perlambangan vokal ini terletak pada suku
kata terbuka dan suku tertutup . Langkah yang sesuai mengajar membaca jawi mengikut
struktur suku kata dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut :
Murid menyebut bunyi huruf vokal

Murid membentuk dan menyebut suku kata daripada huruf vokal

Murid menggabungkan konsonan dan vokal bagi membentuk suku kata terbuka

Murid menyebut suku kata tertutup yang menggabungkan KVK

Murid menyebut huruf konsonan tanpa perlambangan vokal

Murid menyebut suku kata tertutup tanpa perlambangan vokal

Langkah langkah pengajaran membaca suku kata seperti yang disenaraikan di atas
merupakan pembelajaran membaca suku kata dalam tulisan jawi yang merupakan susunan
daripada uang mudah kepada yang susah . Walaupun demikian , susunan langkah-langkah
ini masih boleh diubah suai berdasarkan tahap murid dan keperluan gaya pembelajaran
mereka .

Contoh :









1.1.3 Kaedah Seluruh Perkataan

Kaedah membaca seluruh perkataan atau disebut juga sebagai kaedah pandang
Sebut berdasarkan psikologi kognitif yang mendedahkan pembelajaran membaca kepada
murid-murid melalui pembacaan seluruh perkataan . Kaedah ini memulakan langkah
pembelajaran Bahasa kepada sebagai sesuatu yang bermakna iaitu melalui pembacaan
yang terus kepada membaca pekataan . Aktiviti pengajaran membaca jawi menggunakan
kaedah ini boleh mengikut langkah-langkah berikut :
Murid melihat gambar

Murid menyebut gambar apakah yang ditayang oleh guru

Murid tidak melihat gambar bahkan hanya melihat perkataannya sahaja

Murid meniru sebutan guru membaca perkataan satu persatu mengikut sebutan suku kata

Murid membaca suku kata yang dicerakinkan daripada suku kata

Murid membaca suku kata yang dibina daripada huruf

Murid membaca perkataan yang dibina daripada suku kata






Contoh :






1.1.4 Kaedah Frasa

Frasa lebih panjang daripada perkataan dan membawa makna yang lebih luas
urid . Oleh itu , pembelajaran muid akan lebih menarik kerana mereka memperoleh sesuatu
yang lebih bermakna di samping belajar membaca . Frasa yang digunakan hendaklah frasa
yang mudah dan bersesuaian dengan tahap murid sekolah rendah dan persekitaran
mereka. Frasa boleh dipanjangkan menjadi ayat yang lengkap . Langkah pengajaran
mengikut kaedah ini dicadangkan seperti berikut :
Guru mempamerkan gambar dalam satu suasana

Murid menyebut nama apa yang terdapat pada gambar

Murid menggambarkan dengan lisan keadaan yang ada pada gambar

Murid membina frasa nama daripada gambar secara lisan

Murid meniru bacaan guru dengan sebutan satu persatu mengikut suku kata

Murid membaca perkataan yang berulang pada ayat-ayat yang berlainan

Murid membaca perkataan-perkataan baru
Contoh :

You might also like