Pengenalan Pantun & Didik Hibur

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik

Pengenalan Pantun
Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi
a. Milik melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun
adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi
nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat
Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat,
berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan
orang tua, orang muda dan kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat,
agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini
sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu

Ciri-ciri kelebihan pantun
a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak
terdapat dalam puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa
makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan
dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian
dalam puisi lain.
MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik

d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi
rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun
a. pantun dapat disulami dalam puisi melayu yang lain bagi mempelbagaikan
ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama
dan lain-lain.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan
bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.


Pengenalan Didik Hibur

Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif
pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan.
Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi
kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan


Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam
pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang
memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan
Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah
kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik


Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah
rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur
dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih
mudah dihayati dan difahami oleh murid.

Definisi
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000)
mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala
hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti
permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan
terancang.


Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,
kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur.

(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif,
gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari
berikutnya.

(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik

pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid
boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan
BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran.

(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah
dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang,
tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus
kepada aktiviti p&p.

(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting
berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan
santai.

(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.

(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik
dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam
keadaan terkawal.

(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.


Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur.
Guru:
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak
kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut
perlu dipatuhi, iaitu:
MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik


( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau
menggerunkan murid

( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel

Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang
dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil
kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang
budaya yang sama.

( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan
peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik


( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama
murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik
antara murid.

( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh
murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan
kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin
murid.

Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru
dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur
digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh
kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi
pendekatan Fun Learning yang digunakan secara meluas dalam pengajaran
dan pembelajaran.












MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik

Rekreasi Matematik (Puisi Pantun )Dalam Proses Pengajaran
Matematik
Tajuk pantun: Lagu 1,2,3,4.

Satu dua tiga empat,
Ibu bapa kena hormat.
Tiga empat lima enam,
Kita mesti rajin bersenam.
Lima enam tujuh lapan,
Jadilah anak yang sopan.
Tujuh lapan Sembilan sepuluh,
Guru ajar mesti patuh.
Pandai sebut pandai bilang,
Rajin belajar pasti cemerlang.



CaraPenyampaian:

1. Dalam Fasa Persediaan:

Paparkan sebuah pantun yang ditayang dalam powerpoint.

Murid-murid diminta mendengar lagu pantun yang disiarkan
dalam klip video.

2. Dalam Fasa Imaginasi

Paparkan sebuah pantun yang ditayang dalam powerpoint.
MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik


Murid-murid diminta membaca pantun dan memahami pantun .

Murid diminta menyebutkan nombor yang didapati dalam
pantun.


3. Dalam Fasa Perkembangan

Paparkan sebuah pantun yang ditayang dalam powerpoint.
Murid membaca dan memahami pantun.
Murid-murid membaca pantun sambil menunjukkan nombor
yang dikenali dengan jari.
Minta murid menyatakan nilai murni yang boleh dapati dalam
pantun tersebut.
Minta murid menyatakan jumlah nilai murni yang boleh dapati
dalam pantun tersebut.
Murid diminta menyatakan bagaimanakah menghayati nilai-nilai
murni yang boleh dapati dalam pantun?

4. Dalam Fasa Pelaksanaan
Paparkan sebuah pantun yang ditayang dalam powerpoint.
Murid membaca dan memahami pantun.
Murid diminta murid menyatakan nombor yang didapati dalam
pantun ditulis dalam angka dan perkataan.








MTE3107 Perancangan Dan Pengajaran Matematik

Kesimpulan

Rekreasi Matematik puisi-pantun yang disediakan dalam rancangan
pengajaran harian telah diserapkan dalam Fasa Perkembangan. Namun
demikian di sepanjang menyediakan rekreasi matematik dan melaksanakan
pengajaran makro, malah dapat mengetahui kelemahan, kekuatan dan
cadangan penambahbaikannya.


Kelemahan
kekurangan
kefahaman
tentang
perbendaharaan
kata yang
terdapat dalam
pantun.
murid yang lemah
menghadapi
masalah
membaca
pantun.
Kekuatan
memotivasikan murid
ingin belajar apabila
menyanyi lagu pantun.
dapat meningkatkan
kefahaman dalam
penyelesaian masalah
matematik.
dapat menyerap nilai
murni dalam
Matematik melalui
pantun yang dipilih
tersebut.
Penambahbaikan
menggunakan
laras bahasa
yang sesuai
dengan tahap
murid.
pemilihan
perkataan yang
mempunyai suku
kata kvkv @
kvkvk.

You might also like