Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Tutorial Part 8

Salam Siaran.

Maaf diatas kelewatan posting ini. Maklumlah Bulan Ramadhan tiba dan kebetulan ayahanda serta
bonda berkunjung menziarahi kami di bandar membuatkan saya sangat sibuk sekali :)

Kaedah menebuk leher bukanlah sesuatu yang saya rasa dibuat dengan remeh-temeh. Sudah tebuk
kalau salah, parah akibatnya. Saya juga rasa cara saya ini bukanlah yang terbaik, tetapi di ajar
secara turun temurun, dari nenek ke ibu saya dan dari ibu ke saya. Alhamdulillah tidak pernah silap
setakat ini.

Petua lama mengatakan saiz leher itu boleh diukur dengan 3 jari.



Tapi bagi kanak-kanak kecil mungkin perlu dikecilkan sedikit. Lebih elok jika mengukur diameter
leher dari baju kurung contoh jika ada.

Berikut ialah cara saya memotong pola leher. Orang kata Action Speaks Louder Than Words ;)













Sebelum kita melukis pola dan menentukan kedudukan pola, hendaklah baju dilipat mengikut cara
yang betul. Untuk menentukan kedudukan yang seimbang, baju dilipat dengan :

1. Terbalikkan baju
2. Masukkan lengan kanan ke dalam lengan kiri. Selepas dilipat akan kelihatan seperti di
bawah







3. Pastikan jahitan pada lengan/kekek berada pada paras yang sama







Sebelum melukis pola, pastikan anda memberi ruang anggaran 1/2 inch pada hujung atas pola yang
telah dilipat dua.











Selepas sebahagian Pola di lukis pada kain, anda hendaklah sematkan pin supaya kain tidak lari
dan tarik kain ke depan sedikit.





Bolehlah sambung melukis bahagian Pola yang di tinggal 1/2 inch itu tadi.



Cara memotong adalah dengan memotong kain bahagian hadapan



Kain bahagian bawah jangan di usik







Hasil selepas digunting



Selepas itu bolehlah digunting bahagian tengah pula.








Untuk membuat lapik dada, kain perlu di lipat serong supaya senang direngang dan di jahit pada
bulatan.



Letakkan kembali pola yang sama tadi



dan potong







Lipat lapik kepada dua (pastikan corak di atas) dan align dengan bahagian yang ditebuk tadi. Jahit
keliling dengan jelujur dahulu sebelum cuba menjahit dengan mesin.

You might also like