Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN
Setiap tamadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri
tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Dengan
kelangsungan sesebuah tamadun itu, hasilnya, sikap terbuka dalam menerima
sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Kewujudan hubungan atau interaksi
antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan
keinsanan yang berlaku merubah cara pekembangannya.
Hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.
Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran
agama Buddha disamping teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan
kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat
kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari
oleh tamadun India.
Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah
membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang
Dunia Kedua disebabkan faktor agama, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan
sosial. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi
yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan
sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya
percambahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang
boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.
Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan diadaptasikan
dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah
tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Dalam konteks pembinaan negara
Malaysia, penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang
berinteraksi dengan dua tamadun yang dominan iaitu tamadun Cina dan India.

2.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang
menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Interaksi antara
tamadun bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku
antara kelompok, masyarakat dan sterusnya negara. Tamadun-tamadun ini tentunya
mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi
antara tamadun bukanlah merujuk kepada interaksi antara tamadun itu sendiri, tetapi
secara realitinya interaksi itu berlaku adalah di antara individu dan masyarakat yang
mewakili tamadun tersebut.
Interaksi berlaku apabila semangat toleransi yang tinggi dan sikap saling
menghormati antara tamadun. Dengan berlakunya interaksi,maka berlakulah
pemupukan sifat-sifat murni kerana interaksi itu akan mewujudkan perkonsian
nilai,pemikiran dan ilmu pengetahuan serta mengelakkan sikap tertutup yang boleh
membawa kepada kemerosotan tamadun. Proses interaksi akan membantu
mewujudkan sikap keterbukaan untuk menghadapi kepelbagaian.
Perdagangan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses interaksi
antara tamadun. Sebagai contoh, proses interaksi yang telah berlaku dengan
kedatangan para pedagang Cina dan India ke rantau ini ketika zaman kegemilangan
Kesultanan melaka. Para pedagang bukan hanya datang untuk berdagang dan
membawa barangan dadangan,malahan juga budaya dan adat resam mereka. Sebagai
contoh,kehadiran pedagang Cina adalah kewujudan Baba dan Nyonya dan kehadiran
pedagang India, adlah penyebaran agama Buddha dan Hindu. Hasil dari interaksi ini,
kedua-dua pihak telah mempelajari unsur-unsur budaya masyarakat lain dan hal itu
dapat dibuktikan dengan peninggalan kesannya hingga ke hari ini.




2.1 FAKTOR BERLAKUNYA INTERAKSI TAMADUN DAN KESANYA
Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat
dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi
dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara
khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti
kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan
dan misi politik.
Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses
interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang
dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan
menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni
aman dan damai. Seterusnya, faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses
interaksi di antara tamadun ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini
menjadi penentu kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup
bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. Dalam
Tamadun Islam, golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun India
yang berteras kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi tunggak kepada
agama. Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di
Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya
memberikan pandangan Islam yang sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal
melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Kesannya,
Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama lain terkenal di rantau
Melayu.
Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya kedudukan
geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti perdagangan. Hal ini
juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya interaksi tamadun.
Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat
dua laluan utama iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Kedua-
dua laluan ini membolehkan negara-negara terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti
perdagangan.
Jika kita melihat kembali interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina,
terdapat beberapa kesan yang ditinggalkan. Kesan yang pertama adalah tentang
bahasa, kesusasteraan dan kesenian. Pada zaman dinasti Sui, ilmu fonetik bahasa
Cina yang sebelumnya sukar dipelajari kerana tidak mempunyai abjad telah mengalami
perkembangan kerana menggunakan pengetahuan dan teknik daripada ilmu fonetik
Sanskrit yang dipelajari dari India melalui ajaran Buddhisme. Kitab Buddha juga
membekalkan bahan panduan untuk kesasteraan Cina kerana terdapat puisi dan kisah
perceritaan yang menerangkan tentang perbehandaraan kata, tema, gaya, dan genre.
Dalam bidang sains dan teknolgi, ciptaan tamadun Cina seperti pembuatan
kertas, tembikar dan bahan letupan,percetakan serta pembuatan kompas juga telah
dibawa masuk ke tamadun lain melalui proses interaksi. Penghasilan gula dari tebu
yang diilhamkan oleh tamadun India juga merupakan satu kemajuan yang diterima oleh
tamdun lain. Selain itu, sebanyak 60 koleksi ilmu astronomi dari India telah
diterjemahkan be bahasa Cina manakala penggunaan kalendar lunar oleh tamadun
India hingga kurun ke-7 membuktikan berlakunya interaksi antara dua tamadun ini.
Dalam interaksi antara tamadun Melayu dan tamadun India yang telah
direkodkanbermula seawal abad ke-3 sebelum masihi menunjukkan bahawa terdapat
bahan bertulis yang datang dari India yang ketika itu menyebutkan tentang kewujudan
Malayadvipa atau Semanenjung Melayu. Interaksi antara dua tamadun ini bermula
dengan pelayaran para pelayar Melayu menyeberangi Teluk Bengal dan kedatangan
pelayar India ke Tanah Melayu. Kedua-dua pihak mencari keperluan masing-masing
untuk dibawa balik ke negara masing. Dalam pelayaran ini, secara tidak langsung,
interaksi terjadi.
Agama merupakan kesan yang paling ketara hasil dari interaksi antara tamadun
ini. Agama Islam dan Hinddu telah dapat diterima dan menjadi pegangan penduduk
tempatan yang sebelumya mempercayai Animesme. Kehadiran agama ini telah
menyebabkan kehidupan masyarakat tempatan lebih formal.

Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi
tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam
kalangan golongan bangsawan dan pemerintahPerkahwinan ini juga membawa kepada
Islamisasi kerana gadis tempatan perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum berkahwin
dengan pedagang Arab. Malahan, ahli keluarga gadis tersebut juga turut sama
menerima Islam dalam kehidupan mereka.
Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan
perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi.
Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Alam Melayu turut
berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung apabila pedagang Arab singgah
sementara menunggu angin yang sesuai sebelum ke China. Selain itu, Tamadun India
berinteraksi dengan rantau Melayu sejak kurun pertama Masihi lagi di mana nama
wilayah Asia Tenggara seperti yang tercatat di dalam kitab Ramayana seperti
Suvarnadvipa dan Suvarnabhumi.
Proses interaksi terbukti telah memperkayakan lagi unsur-unsur ketamadunan
dalam semua tamadun. Dalam sejarah manusia, tiada tamadun yang wujud dan
berkembang secara ekslusif dan bergantung kepada faktor dalaman semata-mata.
Pengalaman dan penerimaan daripada tamadun lain melalui proses interaksi adalah
proses yang perlu berlaku bagi semua tamadun. Hasilnya perkembangan dan
penerimaan budaya telah berlaku dan sedikit sebanyak mempengaruhi pekembanagn
sesuatu tamadun itu.






3.0 Pengaruh Tamadun Islam di Asia
Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-7. Walau
bagaimanapun,pernyataan ini tidak mempunyai bukti yang sahih. Menurut Sejarah
Melayu,negeriChampa mulai menerima Islam pada abad ke-15 tetapi dalam Sejarah
China,Islam dikatakan wujud di Sumatera pada abad ke-13. Oleh itu, kedatangan Islam
telah membawa pelbagai pengaruh kepada Asia. Pengaruh ini meliputi bidang ekonomi,
politik, kepercayaan, adat istiadat, undang-undang, kesusasteraan dan kesenian.
Sehubungan itu,Islam banyak mempengaruhi masyarakat di benua Asia
sehingga kini. Aspek yang dapat dilihat dengan ketara sekali adalah dari aspek akidah.
Islam telah membawa syiar kebenaran dalam mentauhidkan Allah. Islam telah
menghapuskan sistem kasta yang menerapkan unsur kelas-kelas dalam budaya
masyarakat. Namun Islam telah menekankan kesamarataan dalam budaya sosiologi
dan yang membezakan antara umat adalah taqwa.
Dari segi kepercayaan pula, Menurut E. B Taylor, kepercayaan kepada makhluk
halus dan ruh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam
alam pemikiran manusia primitif. Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk
culturals universals yang wujud di kalangan suku-suku primitif. Kedatangan Islam telah
mengubah pandangan dunia daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka
anuti pada zaman hindu kepada mempercayai tuhan Yang Maha Esa. Al Quran menjadi
pegangan hidup dan sumber rujukan bagi umat Islam sama ada dalam hal-hal dunia
dan akhirat. Segala aturcara sehari-harian adalah bergantung kepada ajaran Islam
yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kepercayaan karut yang
boleh merosakkan akidah umat Islam dan memecahbelahkan masyarakat lenyap
beransur-ansur diganti dengan kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Pegangan yang
satu ini telah memulihkan semangat masyarakat bahawa tiada yang lain yang perlu
ditakuti dan tiada kuasa lain yang lebih kuat melainkan Allah yang Maha Berkuasa.
Dalam bidang politik, masyarakat zaman prasejarah belum mempunyai sistem
politik yang kompleks, tetapi mereka sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat
menitik beratkan rundingan dan kata sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Pada peringkat awal, susunan organisasi tersebut adalah dalam bentuk unit-unit
perkampungan seperti dewasa ini. Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem
pemerintahan pun disesuaikan dengan agama Islam. Walaubagaimanapun pengaruh
hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri
Maharaja yang dipakai dalam kerajaan Srivijaya telah diubah kepada gelaran Sultan
seperti raja-raja Islam di India dan asia barat.
Pengaruh kedatangan Islam juga telah menukarkan adat yang tidak sesuai
diamalkan serta mendatangkan syirik kepada adat yang berunsurkan pegangan agama
Islam. Antaranya ialah adat melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah
garam, menjejak kaki ke bumi dan beberapa acara perkahwinan dan kematian.
Antaranya adat melenggang perut diamalkan di kalangan keluarga diraja dan juga
rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini dilakukan oleh tok
bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau kecelakaan yang mungkin menimpa
ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di dalam
Islam, adat ini tidak wujud sama sekali dan ianya merupakan unsur-unsur kurafat dan
syirik. Sebaliknya adat ini diganti dengan bacaan doa selamat untuk si ibu dan anak
yang bakal lahir agar segala-galanya selamat.
Dalam bidang kesenian pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu
nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Masjid merupakan karya seni Islam yang
terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak
dari abad 14 hingga abad 18 di mana ianya masih lagi berbentuk tradisional. Pengaruh
tradisi ini dapat dilihat pada bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni
Bali yang disebut Meru. Pengaruh Hindu lebih jelas lagi pada bentuk dan bangunan
menara kudus yang didirikan pada zaman Sunan Kudus. Terdapat juga pengaruh
masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi
perhiasan yang berasal dari zaman pra Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-
bukit karang, permandangan dan garis-garis geometri. Di samping itu, terdapat juga
perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan
sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau
lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi
oleh unsur pra Islam yang telah lama seperti dengan masyarakat tempatan.

Setelah kedatangan Islam di nusantara, proses penanaman aqidah Islam melalui
cerita atau kisah-kisah melalui 2 cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang sedia
tersebar dengan unsur Islam dan mengenengahkan cerita-cerita baru yang berasal dari
tradisi Islam seperti kisah-kisah tauladan di zaman nabi-nabi serta kisah nabi.
Kesusasteraan dimulakan dengan cara lisan dan diikuti dengan tulisan arab(jawi), dan
bermulalah penulisan dan penyalinan kitab-kitab yang berkaitan dengan agama.
Contohnya seperti kitab-kitab Risalat Dua Kalimah Syahadah, peraturan dan rukun-
rukun sembahyang, peraturan puasa dan sebagainya. Kemudian dikembangkan pula
dengan doa-doa dan kisah-kisah nabi, kitab feqah, tafsir Al-Quran, hikayat para nabi,
cerita pahlawan Islam dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam menyebabkan
kesusasteraan masyarakat pribumi makin berkembang dan berdiri di landasan yang
benar. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak tidak hilang malah kekal sehingga ke
hari ini. Contohnya sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai seperti pantun
masih lagi kekal dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa
kini.
Apa yang dapat disimpulkan ialah kebanyakan cara hidup masyarakat Asia
Melayu yang beragama Islam telah berubah daripada kepercayaan-kepercayaan karut
kepada sesuatu yang lebih maju dan logik berpandukan ajaranajaran yang terkandung
di dalam Islam. Kepercayaan kepada yang satu yakni Allah telah membawa manusia ke
tamadun yang lebih maju, aman dan makmur. Kedatangan pengaruh Islam juga telah
mencelikkan mata dunia dan ianya memperbaiki lagi kebudayaan dengan cara-cara
yang lebih mendatangkan manfaat dan lebih mendekati Allah.




3.1 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH ISLAM
1) Ibnu Yunus (ilmu Astronomi)

Nama penuh beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman ibn Ahmad ibn
Yunus ibn Abdul Ala al-sadafi. Datuk beliau, Abdul-Ala ialah seorang ulama. Begitu
juga dengan bapa beliau, Yunus. Ibnu Yunus lahir pada tahun 348H./358M. dan
meninggal pada tahun 399H/1009M.
Antara sumbangan yang lain beliau termasuklah mencipta berbagai-bagai
kaedah penting dalam mengira kepantasan waktu. Kaedah-kaedah beliau ini telah
banyak menjelaskan persoalan-persoalan tentang pergerakan cakerawala. Malahan ,
beliaulah yang mereka cipta batu jam.Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada
hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang
baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu
dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk
jam dinding.
Dalam bidang pergerakan bulan dan matahari, Ibn Yunus telah berjaya
memperoleh hasil penyelidikan yang banyak hasil daripada kegiatan beliau di pusat
penyelidikan yang beliau dirikan di Kaherah. Hasil-hasil ini telah beliau gunakan untuk
tujuan dan kajian perbandingan semasa bergiat dalam bidang berkenaan.
Begitulah kehidupan dan sumbangan Ibnu Yunus yang merupakan satu lagi
bintang kesarjanaan ilmu pada zaman kebangkitan Islam dalam bidang ilmu. Cuma apa
yang berbeza ialah beliau hidup dan bergiat di Kaherah, tidak seperti orang lain, yang
rata-rata tertumpu ke Baghdad, kota ilmu pada waktu itu.
Ibnu Yunus merupakan seorang Pakar Astronomi yang terulung di zaman itu.
Hasil ciptaan beliau telah menjadi sumber rujukan utama buat ahli astronomi sekarang.
Malahan beliau telah memberi impak yang besar dalam bidang astronomi untuk lebih
maju terkedepan. Moga tokoh ini boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan
datang untuk menjadi yang lebik baik dari yang dulu.

2) Ibnu Nafis (ilmu Perubatan)
Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah Alauddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-
Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar
Damsyik pada tahun 607H(1210M).

Ibnu Nafis telah memberikan sumbangan besar dalam bidang perubatan, secara
khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan.
Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenal
sebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau
telah membina sebuah hospital.

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan
jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian
yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung. Bagi memajukan lagi bidang
pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat
dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh
membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi
semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

Selain itu, beliau juga bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan
kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak
mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia
berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-
Misri oleh penduduk di negara Mesir.

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan
oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia
pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital
tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor.
Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah
dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan al-Mansuri.
3) Al-Masudi (ilmu Geografi)

Abu al Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al
Hasyn b. 'Abdullah al Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad
ke 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al Mas'udi and His World, beliau dilahirkan
pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun

Beliau memberikan sumbangan yang banyak dalam Ilmu Geografi.
Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik
iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk
geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang
menjadi penemuan baru bagi orang Islam. Beliau juga menyokong Teori Determinisme
Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang
dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.

Dalam bidang Ilmu Pelayaran, beliau membuat catatan penting terhadap
peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar
dalam ilmu pelayaran Islam. Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di
kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang
mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi
serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba
pada tahun 303H.Beliau menerangkan kepada ahli pelaut yang mengatakan setiap laut
itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air
besar yang bersambung antara satu sama lain.

Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang
dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik
dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian
yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.
Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah
setengah linkungan bumi.

You might also like