Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 72

Penyampai

UST. MAT NAWI BIN MAT JUSOH


IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
Penggumpulan Data
7. KAEDAH
mnj_14
1
1. Temu Bual :

mnj_14
2
1. Temu Bual :
Kaedah ini membolehkan maklumat
mendalam diperolehi.
Ia tidak bercirikan kuantitatif, sebaliknya
kualitatif.
Melaluinya, banyak maklumat boleh
diperolehi walaupun daripada bilangan
responden yang sedikit.
Terdapat 3 jenis temu bual : berstruktur, semi
struktur dan tidak berstruktur.

mnj_14
3
Temu Bual Berstruktur :
Merupakan kaedah kuantitatif yang lazimnya
digunakan di dalam penyelidikan tinjauan
(survey research).
Tujuannyaadalah untuk memastikan semua
responden yang di temu duga akan mendapat
soalan yang sama.
Ini menjamin jawapan yang diberikan
mempunyai kebolehpercayaan terkumpul yang
tinggi.
mnj_14
4
Samb :
Penemu bual akan membacakan soalan sama
seperti yang terdapat dalam tinjauan statistikal
(statistical survey).
Ia mengandungi satu senarai soalan spesifik.
Penemu bual mesti membaca setiap
perkataan yang terdapat dalam soalan temu
bual tanpa menyimpang daripadanya.
mnj_14
5
Samb :
Contohnya, ekspresi muka dan kesan emosi.
Penggunaan kaedah temu bual berstruktur
dapat mengurangkan bias penyelidik.
mnj_14
6
Temu Bual Semi Struktur :
Ia juga sering diguna pakai dalam
penyelidikan kualitatif.
Ia sesuai untuk menyelidik topik yang bersifat
peribadi kepada responden.
Dalam kaedah ini, soalan-soalan baru boleh
dikemukakan berdasarkan maklumat yang
dimaklumkan oleh sampel.
Lazimnya akan ada tema tertentu.
mnj_14
7
Samb:
Ia berfungsi sebagai kerangka temu bual.
Juga untuk mengawal penemu bual daripada
menyimpang kepada perkara yang tidak relevan
kepada penyelidikan.
Kebaikannya ialah dapat meningkatkan
kepercayaan sampel.
Agar maklumat yang diperolehi nanti lebih
luas berbanding kaedah temu bual berstruktur.
mnj_14
8
Temu Bual Tidak Berstruktur :
Soalannya boleh diubah atau disesuaikan
mengeikut kecerdasan, pemahaman atau
kepercayaan responden.
Tidak terdapat julat jawapan yang disediakan.
Juga tiada batasan jawapan kepada soalan
yang dikemukakan.
Penemu bual hanya perlu mendengar apa
juga jawapan yang diberikan oleh responden.
mnj_14
9
Samb:
Penemu bual mungkin melibatkan pandangan
atau idea peribadinya semasa sesi temu bual
yang dijalankan.
Oleh itu, penemu bual perlu mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi.
Kebaikannya ialah maklumat yang lebih
banyak akan diperolehi berbanding dengan dua
jenis temu bual yang awal tadi.
mnj_14
10
Temu Bual Berkumpulan :
Merupakan satu kaedah cepat untuk
mendapatkan data daripada sekumpulan
responden.
Kaedah ini meskipun mudah tetapi
menimbulkan masalah perwakilan kerana mana-
mana kumpulan yang ditemu bual tidak
menggambarkan keratan rentas populasi.
Pengetahuan/ pengalaman beberapa individu
boleh menyemak maklumat yang diberikan.
mnj_14
11
Samb:
Temu bual yang dibuat kepada sekumpulan
manusia membolehkan penyelidik memperolehi
banyak maklumat, memperbetul, melengkapkan
atau menunjukkan pandangan bantahan kepada
penyataan bercorak fikiran individu.
Tidak ada peraturan yang dikemukakan untuk
menjalankan temu bual kumpulan kecuali
bersopan santun dan menggunakan budi bicara
yang sesuai.
mnj_14
12
Samb:
Di sampin itu, penyelidik perlu mempunyai
pendirian yang tetap tentang maklumat yang
diinginkan.
Serta berkeupayaan untuk mengharagai temu
bual yang terkawal.
mnj_14
13
2. Pemerhatian :
mnj_14
14
2. Pemerhatian :
Ia dilakukan oleh penyelidik atau sekumpulan
penyelidik ke atas aktiviti populasi.
Terdapat banyak aspek positif pada
pendekatan penyelidikan pemerhatian.
Contohnya, sebelum menjalankan
penyelidikan berstruktur, penyelidik mungkin
membuat pemerhatian untuk membolehkan
pembinaan soalan penyelidikan.

mnj_14
15
Samb:
Ini dinamakan penyelidikan pemerhatian
deskriptif.
Dari aspek kesahan, dapatan penyelidikan
pemerhatian mempunyai kesahan yang lebih
kukuh.
Kesahan penyelidikan pemerhatian dianggap
kukuh kerana penyelidik mampu untuk
menggumpulkan maklumat yang mendalam
mengenai sesuatu tingkah laku.
mnj_14
16
Samb:
Namun begitu, terdapat juga kelemahan iaitu
kebolehpercayaan diragui.
Kebolehpercayaan kajian merujuk kepada
sejauh mana pemerhatian yang serupa boleh
dikekalkan sepanjang penyelidikan.
Untuk terus memerhatikan tingkah laku yang
serupa berulangkali merupakan tugas yang
memakan masa.
mnj_14
17
Samb:
Kebolehpercayaan dibuat generalisasi juga
diragui kerana dapatan kajian satu populasi
diragui kebenarannya kepada populasi lain, di
tempat lain dan pada masa yang lain.
Dalam penyelidikan pemerhatian, dapatan
yang diperoilehi hanya menggambarkan satu
populasi itu sahaja.
Oleh itu, dapatan yang diperolehi tidak boleh
digeneralisasikan kepada orang lain.
mnj_14
18
Samb:
Masalah bias juga timbul kerana penyelidik
hanya memerhatikan apa yang mahu
diperhatikan sahaja.
Secara umumnya, pemerhatian merupakan
instrumen berharga untuk para penyelidik.
mnj_14
19
Pemerhatian Penuh :
Pemerhatian penuh (nonparticipant
observation) merupakan satu kaedah
pemerhatian yang dibuat oleh penyelidik tanpa
turut serta dalam aktiviti populasi,
Dan tanpa mencuba untuk menghalang aktiviti
daripada berlaku.
Penyelidik cuma menjadi pemerhati luar.
Pemerhatian boleh distrukturkan.

mnj_14
20
Samb:
Contohnya dengan hanya memerhatikan
interaksi dan komunikasi murid dalam kumpulan,
kemahiran mencari dan menyusun maklumat dan
sebagainya.
Penstrukturan pemerhatian secara sedar akan
memudahkan dapatan untuk dikaitakan dengan
hipotesis yang akan diuji.
Pemerhati perlu berhati-hati agar tidak
dipengaruhi oleh tanggapan awal.
mnj_14
21
Samb:
Atas sebab-sebab etika, kejujuran amat
ditekankan dalam kajian lapangan,
Dan mereka yang diperhatikan mempunyai hak
untuk mengetahui skop dan tujuan penyelidikan.
mnj_14
22
Pemerhatian Sebagai Peserta :
Pemerhatian Sebagai peserta (participant
observation) menjadikan pengkaji terlibat secara
langsung sebagai peserta dalam aktiviti.
Ini membolehkan penyelidik memahami
dengan lebih mendalam tentang populasi yang
dikaji.
Perbandingan dan semakan boleh dibuat
tentang apa yang diperkatakan secara lisan
dengan apa yang mereka sebenarnya lakukan.
mnj_14
23
Samb:
Senarai semak digunakan untuk membantu
mereka yang diperhatikan dan juga kepada yang
membuat pemerhatian.
Contohnya : Ciri fizikal kelas, pergerakan
murid, persediaan awal aktiviti, permulaan,
aktiviti utama, interaksi dengan murid, suara,
cara penyampaian guru, penglibatan murid dan
sebagainya.
mnj_14
24
3. Data Berbentuk Dokumentasi :
mnj_14
25
3. Data Berbentuk Dokumentasi :
Penyelidik juga boleh mendapatkan maklumat
dan data daripada bahan-bahan yang telah
didokumentasikan dan sedia ada.
Contohnya dengan melihat rekod, laporan
tahunan, kertas kerja, minit mesyuarat, proposol,
jadual kehadiran, laporan penyelidikan, catatan
sejarah, skor pencapaian dsb.
Juga laporan aktiviti, catatan refleksi, rakaman
audio video boleh digunakan.
mnj_14
26
Samb:
Gambar, foto, rakaman video, gambarajah,
grafik, slaid, carta, lukisan bilik darjah juga boleh
dijadikan bahan instrumen kajian.
Lazimnya imej visual akan memberikan
maklumat yang tidak terdapat dalam penulisan
dan dapat berfungsi sebagai maklumat tambahan
yang kukuh untuk digunakan.
mnj_14
27
4. Triangulasi Data Kajian :
mnj_14
28
Triangulasi Data Kajian :
Ia merupakan cara untuk memastikan kesahan
dapatan penyelidikan melalui beberapa kaedah
dan pendekatan dalam penggumpulan maklumat
atau data.
Ia juga merupakan cara untuk mengatasi
kelemahan dan bias yang mungkin berlaku
dengan hanya menggunakan satu kaedah atau
satu pendekatan sahaja.

mnj_14
29
Jenis Triangulasi :
Triangulasi Data melibatkan masa, ruang dan
manusia. Contohnya penyelidikan boleh
dijalankan pada masa yang berlainan
menjangkau budaya yang berbeza dengan
menggunakan bilangan responden yang tidak
sama.
Triangulasi Penyelidik menggunakan
beberapa orang pemerhati untuk merakamkan
data daripada peristiwa yang sama.
mnj_14
30
Samb:
Triangulasi Teori menggunakan beberapa
teori yang berlainan untuk menjelaskan
kesimpulan penyelidik.
Triangulasi Kaedah menggabungkan
beberapa kaedah dengan tujuan untuk
menyemak ketekalan dapatan yang diperolehi
daripada kaedah penggumpulan data yang
berlainan. Biasanya data kualitatif dan kuantitatif
digabungkan secara serentak.
mnj_14
31
5. Etika Kajian Tindakan :
Aktiviti penipuan seperti mengubah hasil
dapatan.
Penerbitan berulang, iaitu menerbitkan data
dan dapatan kajian lebih daripada satu jurnal
atau tempat, perlu dihindarkan.
Penerbitan sebahagian atau beberapa artikel
daripada data yang diperolehi dalam satu
penyelidikan.

mnj_14
32
Layanan :
Peserta penyelidikan tidak seharusnya
diancam secara fizikal atau psikologi semasa
menjalankan kajian.
Peserta perlu dilayan dengan baik serta
dimaklumkan tentang penyelidikan yang hendak
dijalankan.

mnj_14
33
Contoh Soalan Semasa Temu Bual :
Apa maksud anda
Kemudian
Selepas itu
Mengapa
Jadi

mnj_14
34
Stail Soalan :
Soalan utama fokus utama
Soalan tambahan penjelasan
Soalan tidak berguna memulakan soalan,
akhir soalan, tenang
Soalan penerokaan

mnj_14
35
Ciri-ciri Soalan Terbaik :
Menimbulkan motivasi responden
Menepati objektif
Maksud jelas
Tidak bercanggah
Tidak keliru
Ringkas dan jelas
Matlamat jelas dan tepat
Galak responden cakap benar, elak tipu
mnj_14
36
Penyelidikan Saintifik :
Kenalpasti masalah
Bina hipotesis
Kumpul Data
Laporkan dapatan
mnj_14
37
Masalah Kajian :
Isu yang timbul
Menarik perhatian
Sebagai pendorong
mnj_14
38
Sumber Permasalahan Kajian :
Minat dan pengalaman
Teori yang dipraktikkan
Refleksi kajian lepas
Hasil kajian lepas yang bercanggah
mnj_14
39
Tujuan Kajian :
Hasrat pengkaji
Pusat utama kepada seluruh kajian
mnj_14
40
Hipotesis :
Kajian kuantitatif
Menyatakan hubungan dan perbezaan antara
variable
Ramalan pengkaji
mnj_14
41
6. Kesahan Kajian Tindakan :
(1) Kesahan Dalaman (Ketepatan Data)
Kesahan eksperimental boleh dilihat dari sudut
inferen.
Inferen dikatakan mempunyai kesahan
dalaman sekiranya hubungan penyebab antara
dua pembolehubah dapat ditunjukkan dengan
sempurna.

mnj_14
42
Dalam kajian eksperimental, penyelidik
seringkali memanipulasi pembolehubah tidak
bersandar untuk melihat kesannya ke atas
pembolehubah bersandar.
Apabila penyelidik telah beranggapan yakin
dengan perubahan yang dilihat atau dapat
melihat perbezaan pada pembolehubah
bersandar, dan penyelidik dapat membuat
penjelasan mengenainya, maka penyebab inferen
dikatakan mempunyai kesahan dalam.
mnj_14
43
Kesahan dalaman dikaitkan dengan kajian
yang cuba menimbulkan penyebab kepada
sesuatu perubahan iaitu hubungan yang
bermakna antara dua pembolehubah yang
diperhatikan.
Inferen penyebab akan didasarkan kepada
perhubungan sekiranya memenuhi 3 kriteria :
1- Penyebab mendahului akibat
2- Penyebab dan akibat saling berkait
3- Tiada kepalsuan

mnj_14
44
Dalam kajian eksperimental, penyelidik
seringkali memanipulasi pembolehubah tidak
bersandar untuk melihat kesannya ke atas
pembolehubah bersandar.
Apabila penyelidik telah beranggapan yakin
dengan perubahan yang dilihat atau dapat
melihat perbezaan pada pembolehubah
bersandar, dan penyelidik dapat membuat
penjelasan mengenainya, maka penyebab inferen
dikatakan mempunyai kesahan dalam.
mnj_14
45
Ancaman Kepada Kesahan Dalaman :
(1) Kebingungan -
Perubahan pada pembolehubah bersandar
mungkin disebabkan dengan kewujudan
pembolehubah ketiga yang mempunyai kaitan
dengan pembolehubah tidak bersandar.n
mempunyai kesahan

mnj_14
46
(2) Bias Pemilihan -
Pemilihan yang bias merujuk kepada masalah
semasa dibuat ujian pra.
Penyelidik dan sampel peserta turut membawa
bersama ciri-ciri ke dalam ekperimen, seperti
jantina, berat, rambut, mata, warna kulit,
personaliti, keupayan mental, kebolehan fizikal,
sikap malah kesediaan untuk menyertai dalam
penyelidikan.
mnj_14
47
Contohnya, Penyelidik membentuk dua
kumpulan, ekperimen dan kawalan. Subjek di
dalam kedua-dua kumpulan itu tidak serupa jika
dilihat pada pembolehubah tidak bersandarnya.
Bias pemilihan boleh dikurangkan melalui
pemilihan secara rawak.
Meskipun begitu, ianya tidak dapat diketepikan
sepenuhnya kerana hal seperti ini berlaku tanpa
disedari.
mnj_14
48
(3) Sejarah -
Peristiwa yang tidak dirancang dan berada di
luar kajian,
Atau di antara ujian pra dan ujian pos yang
dibuat secara berulang,
Mungkin menyebabkan pembolehubah
bersandar dapat mempengaruhi respon yang
dibuat oleh sampel peserta ke atas langkah-
langkah eksperimen yang dijalankan.
mnj_14
49
Peristiwa seperti bencana alam, perubahan
kepimpinan politik negara dan sebagainya akan
mempengaruhi sikap dan tingkahlaku peserta
sehingga tidak memungkinkan untuk
menentukan samada perubahan itu adalah
disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar
atau peristiwa bersejarah yang berlaku.
mnj_14
50
(4) Kematangan -
Subjek atau sampel berubah sepanjang
eksperimen dan semasa pengukuran dibuat.
Seorang anak muda akan menjadi lebih
matang dan berkeupayaan untuk memberikan
tumpuan akan berubah selepas menjadi lebih
dewasa.
Penyelidik mungkin tidak dapat menentukan
samada punca percanggahan itu disebabkan
oleh perubahan masa atau pembolehubah tidak
bersandar.
mnj_14
51
(5) Pengujian
Dengan melakukan ujian secara berulang-
ulang mungkin menyebabkan bias.
Peserta mungkin dapat mengingat jawapan
yang betul dan dilazimkan untuk mengetahui apa
yang akan diuji.
Dengan mengambil ujian yang serupa
berulangkali akan meningkatkan skor
pencapaian peserta dalam ujian pos.
mnj_14
52
(6) Instrumentasi -
Instrumentasi merujuk kepada mana-mana
perubahan yang terjadi mengikut cara
pembolehubah bersandar diukur.
Contohnya, Seorang responden telah
mengambil ujian pra mengenai kemahiran
membaca, tetapi penyelidik telah mengambil
seorang responden yang lain untuk menjalani
ujian pos.
mnj_14
53
Diandaikan responden kedua telah terlepas
pandang banyak bentuk kemahiran membaca,
sedangkan responden pertama telah
mengambilkira semua aspek kemahiran
membaca, maka skor yang diperolehi tidak boleh
dihubungkaitkan.
Masalah yang timbul ialah kebanyakan
maklumat berfaedah yang diperolehi semasa
ujian pra dan bukan semasa ujian pos adalah
kerana semasa mentadbir ujian pos telah berlaku
ralat apabila item ujian pos tidak menumpukan
kepada aspek membaca.
mnj_14
54
(7) Ancaman Kesahan Luaran -
Merupakan suatu penjelasan yang
menunjukkan kesilapan dalam membuat
generalisasi.
Generalisasi menjadi terbatas apabila
penyebab (pembolehubah bebas) bergantung
kepada faktor lain.
Antara ancamannya ialah :
mnj_14
55
Aptitude Treatment Interaction -
Sampel mungkin mempunyai ciri-ciri yang
berinteraksi dengan pembolehubah bebas.
Contohnya, inferen yang dibuat ke atas
psikoterapi lazimnya menggunakan sampel
sukarela yang mengalami tekanan yang tinggi.
Sekiranya didapati psikoterapi berkesan ke
atas sampel ini, adakah psikoterapi juga
berkesan ke atas mereka yang tidak rela dan
tidak mengalami tekanan yang teruk.
mnj_14
56
Situasi -
Semua situasi yang khusus (rawatan, masa,
lokasi, cahaya, kebisingan, skop dan lainya)
mengenai sesuatu kajian akan membataskan
keupayaan untuk membuat generalisasi.
mnj_14
57
Kesan Ujian Pra -
Sekiranya hubungan sebab-akibat hanya boleh
didapati apabila ujian pra ditadbirkan, ini juga
akan membataskan keupayaan untuk membuat
generalisasi.
mnj_14
58
Kesan Ujian Pos -
Sekiranya hubungan sebab-akibat hanya boleh
didapati apabila ujian pos ditadbirkan, ini juga
akan membataskan keupayaan untuk membuat
generalisasi.
mnj_14
59
Kesan Placebo -
Sekiranya hubungan sebab-akibat ditemui,
hubungan ini mungkin tidak boleh dibuat
generalisasi kepada situasi lain apabila akibat itu
hanya merupakan akibat daripada kajian
terhadap situasi itu sahaja.
mnj_14
60
Kesan Rosenthal -
Inferen mengenai hubungan sebab-akibat
mungkin tidak boleh dibuat generalisasi kepada
penyelidik lain.
mnj_14
61
(8) Keupayaan Data Kajian Digeneralisasi -
Dapatan kajian yang dibuat, sekiranya
mempunyai kesahan luaran yang tinggi akan
mampu dibuat generalisasi kepada populasi lain
di tempat lain dan pada masa yang lain.
Untuk membolehkan dapatan dibuat
generalisasi, penyelidik perlu memahami jenis-
jenis kesahan luaran dan memastikannya
memiliki kesahan luaran yang tinggi.
mnj_14
62
Jenis-jenis Kesahan Luaran :
Kesahan Populasi
Ialah kebolehan untuk membuat generalisasi
dapatan kajian ke atas individu yang tidak
terlibat sebagai peserta penyelidikan.
Isunya adalah sejauh mana generalisasi dapat
dibuat kepada populasi dan sejauh manakah
generalisasi dapat dilakukan kepada populasi
luar yang lebih besar.
mnj_14
63
Generalisasi daripada sampel kepada populasi
boleh didapati melalui teknik pemilihan secara
rawak.
Generalisasi kepada populasi lain akan dapat
dibuat apabila dapatan didapati sesuai untuk
mana-mana populasi.
mnj_14
64
Kesahan Ekologi
Kesahan ekologi merujuk kepada kebolehan
dibuat merentas situasi yang berlainan.
Contohnya, sekiranya didapati satu teknik
baharu pengajaran adalah berkesan di sekolah
bandar, penyelidik juga mungkin ingin
mengetahui adakah teknik yang serupa boleh
dilaksanakan di sekolah luar bandar dengan
berkesan.
mnj_14
65
Reaktiviti merupakan ancaman kepada
kesahan ekologi.
Reaktiviti didefinisikan sebagai perubahan
yang dibuat dalam pencapaian yang diperolehi
sebagai satu keputusan akibat daripada
kesedaran penyertaan dalam kajian.
Contohnya, peserta penyelidikan menukar
pencapaian setelah menyedari dirinya adalah
peserta penyelidikan.
mnj_14
66
Kesahan Temporal
Kesahan temporal merujuk kepada kebolehan
dibuat generalisasi merentas masa.
Contohnya, penyelidik mendapati satu teknik
mendisiplinkan pelajar dapat digunakan dengan
berkesan kepada pelbagai kumpulan pelajar, dan
dalam situasi yang berlainan.
mnj_14
67
Penyelidik mungkin akan menjalankan satu
lagi penyelidikan untuk memastikan teknik itu
masih boleh digunakan dengan berkesan atau
mencari punca mengapa teknik itu tidak lagi
berkesan.
mnj_14
68
Kesahan Viriasi Rawatan
Kesahan variasi rawatan merupakan
keupayaan dibuat generalisasi merentas
pelbagai rawatan.
Contohnya, sekiranya rawatan yang diberi itu
berbeza sedikit daripada rawatan pertama,
adakah dapatannya akan sama?

mnj_14
69
Lazimnya, apabila rawatan dibuat oleh
penyelidik terkemudian, adalah sukar untuk
memastikan bentuk rawatan itu benar-benar
menyerupai rawatan yang dibuat oleh penyelidik
yang awal tadi.
mnj_14
70
Kesahan Hasil atau Dapatan
Kesahan hasil atau dapatan dikaitkan dengan
generalisasi dapatan merentas pembolehubah
bersandar yang berlainan tetapi berkaitan
dengan pembolehubah dalam kajian asal.
Contohnya, sekiranya dapatan menunjukkan
kesan positif dalam hubungan antara dua
pembolehubah pada harga diri, adakah kesan
yang sama akan diperolehi pada konrtuk kendiri
yang lain?
mnj_14
71
Sekian,
Terima kasih
mnj_14
72

You might also like