Siapakah Melayu?

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 25

SEJARAH BANGSA DAN BAHASA MELAYU

BML 1023

TAJUK 1 :
KONSEP MELAYU DAN TEORI BARAT DAN TEMPATAN
DALAM MENCARI TITIK KEBENARAN MENGENAI ASAL USUL
BANGSA MELAYU.
SIAPAKAH
MELAYU ?
ASLI
YUNAN

Allah berfirman bahawa Dia menjadikan manusia ini berbagai-bagai


bangsa dan etnik untuk kenal-mengenal antara satu dengan yang
lain,Surah al-Hujarat ayat 131],

MELAYU
KONSEP MELAYU
KONSEP MELAYU

Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin(2002)


**Istilah Melayu merujuk kepada nama bangsa dan
bahasa yang wujud setelah adanya kerajaan Melaka dan
kemudiannya berkembang menjadi kerajaan agung

Buku Sejarah Melayu


** perkataan Melayu dikatakan ada kaitan dengan nama
sebuah sungai iaitu Sungai Melayu.
PETA KEPULAUAN MELAYU
Zubir Usman dan Ismail Hashim(1991)
**Perkataan Melayu berasal daripada kata ‘Himalaya’ yang
dipendekkan menjadi ‘Malaya’.
Himalaya bermaksud tempat yang sejuk di puncak gunung
yang tinggi.

Istilah Melayu juga dikatakan terbit daripada perkataan


Sanskrit ‘Malaya’ atau kemungkinan daripada perkataan Tamil
iaitu ‘Malai’ yang bermaksud ‘bukit’ atau ‘tanah tinggi’
Profesor Slametmuljana
**Perkataan Melayu berasal dari bahasa Sanskrit dan ianya
merujuk kepada 2 tempat yang berbeza iaitu utara Selat
Melaka yang disebut ‘ Malaya’ dan selatan Selat Melaka
yang disebut ‘Melayu’

Istilah Melayu ditemui di dalam tulisan Cina sebagai ‘Mo-


lo-yeu’ pada tahun 644 dan 645 Masihi (Nik Safiah Karim
et al, 1996).
Noriah Mohamed (23:1999)
**Penggunaan istilah Melayu yang terawal pada zaman sejarah
dapat dikesan sekitar 100-150 Masihi apabila Ptolemy
menggunakan istilah maleu-kolon dalam Geographike
Sintaxisnya.
Penakrifan Tentang
Melayu

Undang-Undang Antropologi

Berkait dengan Berkait dengan


Perlembagaan Teori
PENAKRIFAN UNDANG-UNDANG

ORANG
MELAYU

**Perlembagaan Persekutuan 160 (2)

-- “....seseorang yang menganut agama Islam,


-lazimnya bercakap bahasa Melayu,
-menurut adat istiadat Melayu dan
-Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura
atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura atau
pada hari Merdeka menetap di Persekutuan atau di Singapura
atau Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.”
PENAKRIFAN ANTROPOLOGI

TEORI TEMPATAN DAN TEORI


BARAT
TEORI ASIA TENGAH TEORI NUSANTARA

TEORI-TEORI
MENGENAI ASAL
USUL BANGSA
MELAYU

Hipotesis
penghijrahan Hipotesis
(Budaya peribumi/azali
Gelombang)
TEORI ASIA TENGAH

Pandangan Sarjana Barat

-Dikemukakan oleh R.H. Geldern, J.H.C.Kern, W.


Marsden, J.R. Foster, J.R. Logan, Slametmuljana dan
Asmah Haji Omar.

-Orang Melayu dikatakan berasal dari bahagian Selatan


China

-Budaya Gelombang (Penghijrahan)


-Kapak Tua yang mirip dengan Kapak Tua di Asia Tengah
ditemui di Kepulauan Melayu-sudah wujudnya migrasi.

-Adat Resam Melayu yang mirip dengan suku naga di


daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dan
Myammar)

-Bahasa Melayu dikatakan serumpun dengan bahasa


Kemboja. (penduduk Kemboja dikatakan berasal dari Yunan
menyusuri Sg Mekong.)
Sungai Mekong yang menjadi laluan
penghijrahan
Suatu Pertentangan

-Pendapat Geldern dianggap tidak kukuh dan lemah


disebabkan penemuan kapak di tempat lain,

-sarjana tempatan iaitu Abdullah Hassan dan Ainon Mohd


mengatakan teori ini kabur kerana kapak-kapak itu turut
ditemui di Amerika dan Eropah pada zaman yang sama.

Lalu pandangan atau teori Geldern ini tidak dapat diterima


kerana kabur kesahihannya.
Pandangan Sarjana Tempatan

-Dikemukakan oleh Slametmuljana dan Asmah Hj. Omar menyokong teori


yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah.

-Asmah Haji Omar mengatakan perpindahan orang Melayu dari daratan


Asia tidak berlaku secara sekaligus (Darwis Harahap,1992:3).

Melalui 3 gelombang :

a) perpindahan orang Negrito


b) Melayu Proto
c) Melayu Deutro

-berlaku perpindahan dari Daratan Asia Tengah yang dilakukan secara


berperingkat-peringkat.
TEORI NUSANTARA

• Hipotesis peribumi / azali


• Menjelaskan bahawa kelompok manusia ini memang manusia
asal yang wujud di Nusantara .
• Terbukti dengan penemuan rangka manusia awal seperti Proto
Homonid.
• Manusia moden (Homo Sapiens) adalah keturunan hasil dari
evolusi manusia yang awal iaitu Proto Homonid.
(Sumber : Noriah Mohamed (1999), Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama. Pulau
Pinang, Universiti Sains Malaysia.)
Pandangan Sarjana Barat

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana Barat seperti


J.Crawfurd, K.Himly, dan Gory Keraf.
-ianya berdasarkan bukti bahawa :-
a) Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa mempunyai
ketamadunan yang tinggi pada abad ke 19.
b) Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa
c) Bahasa di Nusantara berbeza dengan bahasa di
Asia Tengah.
J. Crawfurd
-membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa,
Kalimantan, dan kawasan Polinesia.

-mendapati bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal


daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal
dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu).

-Bahasa Jawa dan bahasa Melayu adalah induk bagi bahasa yang
terdapat di Nusantara ini serta serumpun .

-bukti lain bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf
kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas.
Pandangan Sarjana Tempatan

-Dikemukakan oleh Darwis Harahap, Sutan Takdir Alishjahbana.

Sutan Takdir Alishjahbana mengatakan bangsa yang berkulit coklat


tinggal di Asia Tenggara mempunyai perbezaan kulit dengan bangsa Cina
yang tinggal di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

- Beliau telah menolak pendapat teori yang mengatakan bangsa Melayu


berasal dari Asia Tengah.
KESIMPULAN

-Salasilah yang rumit

-agak samar untuk mencari titik kebenaran asal-usul melayu

-Namun, ada satu teori yang boleh diterima umum iaitu pendapat oleh Von Hein
Geldern – pengembaraan 2 puak ke Kepulauan Melayu– puak pertama Melayu
Proto (menetap di kawasan pedalaman), puak kedua Melayu Deutro(menetap di
pesisir pantai)- lama-kelamaan ianya bertebaran dan berkembang.

-Hakikatnya tidak ada bukti yang nyata mengenai asal usul bangsa dan bahasa
Melayu ini.

-Setiap teori luar dan mahupun tempatan masing-masing mempunyai kekuatan


tersendiri.
DISEDIAKAN OLEH

MOHD RAFIZAL BIN ISMAIL D20072031165


NURULHUDA BINTI ISMAIL D20061028067
NOOR MAZRIZAN BINTI CHE MUSA D20061028068
NAZHATUL SHIMA BINTI AHMAD SOLAN D20061025227
NIK ZAILIZA BINTI NIK LI D20061025223

You might also like