Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 2

You might also like

Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 20

.

(0(17(5,$1 3(/$-$5$1 0$/$<6,$






.85,.8/80 67$1'$5' 6(.2/$+ 5(1'$+
3(1',',.$1 .(6,+$7$1


7$+81 '8$












'2.80(1 67$1'$5'
.85,.8/80 67$1'$5' 6(.2/$+ 5(1'$+
.665
02'8/ 7(5$6 $6$6
3(1',',.$1 .(6,+$7$1
7$+81
%$+$*,$1 3(0%$1*81$1 .85,.8/80
L


&HWDNDQ 3HUWDPD
.HPHQWHULDQ 3HODMDUDQ 0DOD\VLD
+DN &LSWD 7HUSHOLKDUD 7LGDN GLEHQDUNDQ PHQJHOXDU XODQJ PDQD PDQD EDKDJLDQ DUW
LNHO LOXVWUDVL GDQ LVL NDQGXQJDQ EXNX LQL GDODP DSD MXJD EHQWXN GDQ GHQJDQ
FDUD DSD MXD VDPD DGD VHFDUD HOHNWURQLN IRWRNRSL PHNDQLN UDNDPDQ D
WDX FDUD ODLQ VHEHOXP
PHQGDSDW NHEHQDUDQ EHUWXOLV GDULSDGD 3HQJDUDK %DKDJLDQ 3HPEDQJXQDQ .XULNXOXP .
HPHQWHULDQ 3HODMDUDQ 0DOD\VLD $UDV
%ORN ( 3DUFHO ( .RPSOHNV 3HQWDGELUDQ .HUDMDDQ 3HUVHNXWXDQ 3XWUDMD\D

3HUSXVWDNDDQ 1HJDUD 0DOD\VLD 'DWD 3HQJNDWDORJDQ GDODP 3HQHUELWDQ
3HQGLGLNDQ NHVLKDWDQ 7DKXQ GXD
,6%1
+HDOWK HGXFDWLRQ 6WXG\ DQG WHDFKLQJ 3ULPDU\
0DOD\VLD .HPHQWHULDQ 3HODMDUDQ %DKDJLDQ 3HPEDQJXQDQ .XULNXOXP

'LFHWDN ROHK
'5HND 'LJL$UW 3ULQW6KRSSH 6GQ %KG
1R *) -DODQ ' 6HNV\HQ
%DQGDU %DUX %DQJL 6HODQJRU 'DUXO (KVDQ
LL
KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN
1
2. MATLAMAT
1
3. OBJEKTIF
1
4. FOKUS
1
5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL 2 (PEERS) DALAM KUR
IKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3
7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3
8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4
9. PENILAIAN
5
10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA 6
LLL
LY
58.81 1(*$5$
%$+$:$6$1<$ QHJDUD NLWD 0DOD\VLD PHQGXNXQJ FLWD FLWD XQWXN PHQFDSDL SHUSDGXDQ \
DQJ OHELK HUDW GDODP NDODQJDQ VHOXUXK PDV\DUDNDWQ\D PHPHOLKDUD VDWX FDUD K
LGXS GHPRNUDWLN PHQFLSWD PDV\DUDNDW \DQJ DGLO EDJL NHPDNPXUDQ QHJDUD \DQJ
DNDQ GDSDW GLQLNPDWL EHUVDPD VHFDUD DGLO GDQ VDNVDPD PHQMDPLQ VDWX FDUD \
DQJ OLEHUDO WHUKDGDS WUDGLVL WUDGLVL NHEXGD\DDQQ\D \DQJ ND\D GDQ EHUE
DJDL EDJDL FRUDN PHPELQD VDWX PDV\DUDNDW SURJUHVLI \DQJ DNDQ PHQ
JJXQDNDQ VDLQV GDQ WHNQRORJL PRGHQ
0$.$ .$0, UDN\DW 0DOD\VLD EHULNUDU DNDQ PHQXPSXNDQ VHOXUXK WHQDJD GDQ XVDKD N
DPL XQWXN PHQFDSDL FLWD FLWD WHUVHEXW EHUGDVDUNDQ DWDV SULQVLS SULQVLS \DQJ EHU
LNXW
.(3(5&$<$$1 .(3$'$ 78+$1
.(6(7,$$1 .(3$'$ 5$-$ '$1 1(*$5$
.(/8+85$1 3(5/(0%$*$$1
.('$8/$7$1 81'$1* 81'$1*
.(623$1$1 '$1 .(686,/$$1
Y
3HQGLGLNDQ GL 0DOD\VLD DGDODK VXDWX XVDKD EHUWHUXVDQ NH DUDK OHELK PHPSHUNHPEDQ
JNDQ SRWHQVL LQGLYLGX VHFDUD PHQ\HOXUXK GDQ
EHUVHSDGX XQWXN PHODKLUNDQ LQVDQ \DQJ VHLPEDQJ GDQ KDUPRQLV GDUL VHJL LQWHOHN U
RKDQL HPRVL GDQ MDVPDQL EHUGDVDUNDQ
NHSHUFD\DDQ GDQ NHSDWXKDQ NHSDGD 7XKDQ
8VDKD LQL DGDODK EHUWXMXDQ XQWXN PHODKLUNDQ ZDUJDQHJDUD 0DOD\VLD \DQJ EHULOPX S
HQJHWDKXDQ EHUNHWHUDPSLODQ EHUDNKODN
PXOLD EHUWDQJJXQJMDZDE GDQ EHUNHXSD\DDQ PHQFDSDL NHVHMDKWHUDDQ GLUL VHUWD
PHPEHULNDQ VXPEDQJDQ WHUKDGDS
NHKDUPRQLDQ GDQ NHPDNPXUDQ NHOXDUJD PDV\DUDNDW GDQ QHJDUD

YL
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat penga
laman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan lit
erasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentias
a bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan roh
ani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat men
ingkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
FOKUS
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Seju
mlah
35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan
untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.
3HUWRORQJDQ
&HPDV

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, mas
yarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup siha
t dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hay
at panjang yang berkualiti.
3HPDNDQDQ

3HQGLGLNDQ .HVLKDWDQ
5HSURGXNWLI GDQ
6RVLDO 3((56

OBJEKTIF
Murid boleh :
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, ke
luarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berk
aitan dengan kesihatan.
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat berse
suaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama i
aitu :
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan di
ri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reprodukti
f, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.

Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengu
rus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengu
rusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.
Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diber
i kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas.
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN
KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum P
endidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperole
h pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, pe
rhubungan dan keintiman sesama insan.
PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PE
ERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan
kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.
Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :
(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial
untuk diri, keluarga dan masyarakat
(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil be
rat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusa
n dan berkekalan
(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungj
awab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.
PEERS merangkumi :
(i) Kesihatan diri dan reproduktif
Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan
reproduktif.
(ii) Penyalahgunaan bahan
Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan
alkohol, serta kemahiran
berkata TIDAK.
(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi
Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan
masyarakat.

(iv) Kekeluargaan
Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab
ahli dalam keluarga.
(v) Perhubungan
Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU
Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah
(35 waktu setahun)
Pendidikan Kesihatan
interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta
persahabatan.
Reproduktif dan Sosial
(PEERS)
75% 26 waktu = 780 minit
(vi) Pencegahan penyakit
Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berj
angkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.
(vii) Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,
taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadi
s dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang
tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancam
an serta kecemasan.
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit
Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard K
andungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua mu
rid diberi peluang pendidikan yang sama, manakala kualiti bermaksud semua murid
perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan standard
memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patu
t ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualit
i pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard k
andungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicap
ai oleh murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. Pendekatan meng
gunakan standard menuntut guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapai
an murid.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Ke
sihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspe
k intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan il
mu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nila
i.
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perl
u diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran :
1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan
mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran
belajar perlu diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran darip
ada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup
seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait dalam
proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan.
2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid m
embuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup si
hat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inova
tif perlu dikendalikan oleh guru.
3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melib
atkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengala
man dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini
, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakka
n. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk aktiviti kumpulan, ker
ja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pemb
elajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan p
andangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan
dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap p
emupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan.
Antara nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, ta
nggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama.

5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu me
mberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perh
ubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta
tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalama
n pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasa
n agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang paling sesu
ai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza
tahap kecerdasan.
7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) adalah perlu dan me
mbantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan harian, membe
ri kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau
, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka
akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, e-mel, CD
-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran p
erlu digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21.
PENILAIAN
1. Kaedah Penilaian
Pemerhatian dan penilaian berterusan
Penilaian fizikal secara berkala
Penilaian hasil kerja
Senarai semak
Lisan
2. Kekerapan Penilaian
Penilaian dijalankan sepanjang masa.
3. Ciri-ciri Penilaian
Penilaian secara menyeluruh
Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan pengetahuan, pener
apan sikap, penguasaan
kemahiran, status kesihatan dan amalan harian
Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid
Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.
4. Penggunaan Hasil Penilaian
Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di p
eringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meni
ngkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dib
uat di peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa
dan guru lain.


OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN DUA
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ama
lan :
1. Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek yang mempengaruhi pertumbuha
n dan perkembangan fizikal yang sihat;
2. Menjauhkan diri daripada situasi dan sentuhan tidak selamat;
3. Memilih jenis makanan berkhasiat;
4. Mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok, alkohol dan dadah;
5. Memahami dan mengurus perasaan mengikut situasi;
6. Mengenali perbezaan fizikal dan perawakan antara lelaki dan perempuan;
7. Menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap Tuhan, diri, ibu bapa / penj
aga, ahli keluarga, guru dan rakan;
8. Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penya
kit;
9. Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek pencegahan kemalangan serta
kecederaan; dan
10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.


MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
STANDARD KANDUNGAN STAND
ARD PEMBELAJARAN
Kesihatan Diri dan Reproduktif
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.1 Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan per
kembangan yang sihat.
1.1.2 Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan
fizikal yang sihat.
1.1.3 Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fi
zikal yang sihat.
1.1.4 Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal.
1.1.5 Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan s
erta perkembangan fizikal yang sihat.
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman se
rta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
1.2.1 Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat.
1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
1.2.3 Mengenal pasti individu yang mungkin melakukan sentuhan tidak selamat.
1.2.4 Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat
.

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
STANDARD KANDUNGAN STAND
ARD PEMBELAJARAN
Pemakanan
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan.
1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat.
1.3.3 Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat bad
an yang berlebihan serta obesiti.
1.3.4 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan.
1.3.5 Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat.
1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahli k
eluarga.
1.3.7 Menyatakan pengaruh rakan dalam pengambilan makanan dan minuman.
1.3.8 Menyatakan pengaruh media dalam pengambilan makanan dan minuman.

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
STANDARD KANDUNGAN STAND
ARD PEMBELAJARAN
Penyalahgunaan Bahan
1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menanga
ni situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
1.4.1 Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, alkohol dan dadah.
1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil alkohol dan dadah terhadap
kesihatan diri serta orang lain.
1.4.3 Melaporkan kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam kalan
gan rakan.
1.4.4 Berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan bahan.
1.4.5 Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak menyalahguna bahan.

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
STANDARD KANDUNGAN STAND
ARD PEMBELAJARAN
Pengurusan Mental dan Emosi
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk
meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.
2.1.1 Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak selamat.
2.1.2 Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan perasaan
kepada orang yang boleh dipercayai.
2.1.3 Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan
diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat.
2.1.4 Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam ke
luarga dan persekitaran seperti pertambahan serta kehilangan ahli dalam keluarga
.
Kekeluargaan
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan instit
usi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.
2.2.1 Menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki.
2.2.2 Menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan dan lelaki.
2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki
atau perempuan.
2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira jantina.

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
STANDARD KANDUNGAN STAND
ARD PEMBELAJARAN
Perhubungan
2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berke
san dalam kehidupan harian.
2.3.1 Mematuhi ajaran agama.
2.3.2 Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada
Tuhan, diri, ibu bapa / penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan.
2.3.3 Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu atau kumpulan sep
erti tidak membuli dan menyakiti orang lain.
2.3.4 Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih sesama manusia.

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
STANDARD KANDUNGAN STAND
ARD PEMBELAJARAN
Penyakit
3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit
dalam kehidupan harian.
3.1.1 Mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis.
3.1.2 Menyatakan cara mengelak daripada jangkitan konjunktivitis.
3.1.3 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami
konjunktivitis.
3.1.4 Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit
mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan.
3.1.5 Mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit.
3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau
diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit.

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
STANDARD KANDUNGAN STAND
ARD PEMBELAJARAN
Keselamatan
3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasikan kema
hiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.
3.2.1 Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya
di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
3.2.2 Menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan bahan seperti racun dengan s
elamat.
3.2.3 Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan d
an tempat awam.
3.2.4 Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti kecacatan kekal tubuh
badan.
3.2.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kemalangan, kecede
raan dan situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awa
m pada setiap masa.
Pertolongan Cemas
3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak m
engikut situasi.
3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan.
3.3.2 Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan.


d
, '/ E W D E'hE E <hZ/<h>hD
< D Ed Z/ E W > : Z E D > z^/

< < W
W W < W
WhdZ : z
d &

You might also like