Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KESAN PEMBANDARAN TERHADAP ALAM SEKITAR

3.1 PENCEMARAN UDARA


Peningkatan kadar pencemaran udara akibat pertambahan kenderaan dimana kadar karbon monoksida
di dalam udara bandar agak tinggi, di tambah oleh asap, debu dan partikel-partikel lain boleh
mengancam kesihatan penduduk bandar. Pertambahan penduduk juga turut mencemarkan udara akibat
pembakaran sampah terbuka. Penambahan Antara bahan pencemar itu ialah karbon monoksida,
hidrokarbon, nitrogen dioksida, sulfur dioksida dan habuk. Pencemaran udara disebabkan asap kilang
tidak berlaku di Tumpat kerana tidak terdapat kawasan perindustrian di Bandar Tumpat.



3.2 PENCEMARAN AIR
Pembuangan bahan sisa dari dapur tanpa kawalan rapi, telah mencemarkan kualiti air kawasan
sekitarnya. Peningkatan kadar pencemaran air meliputi pencemaran sungai, air hujan, air bawah tanah
dan lain-lain yang berpunca daripada sisa domestik yang menjejaskan ekosistem akuatik.

3.3 PENCEMARAN TANIH
Pencemaran tanih turut berlaku akibat penggunaan racun perosak di pinggir Bandar Tumpat yang
menjalankan aktiviti penanaman sayur secara intensif oleh penduduk kaum Thai.. Penggunaan racun
perosak dan baja kimia sangat berleluasa dan tidak dikawal dengan sempurna. Akibatnya racun makhluk
perosak bukan hanya mencemari tanah, tetapi juga badan air, sistem saliran.

3.4 PENCEMARAN BAU DAN BUNYI
Peningkatan kadar pencemaran bau datangnya dari sumber kenderaan serta pembuangan sampah yang
tidak terurus ke dalam longkang dan di pasar besar Tumpat.

3.5 PENCEMARAN SAMPAH SARAP
Sampah sarap dianggap pencemar sekiranya bahan itu terdapat di kawasan ramai penduduk tertumpu.
Oleh itu pencemaran sampah sarap lebih merupakan masalah yang terdapat di bandar. Kemajuan
ekonomi dan kepadatan penduduk yang tinggi di sesebuah kawasan berupaya menghasilkan banyak
sampah sarap. Di Bandar Tumpat berlaku pencemaran sampah sarap kerana pengurusan pembersihan
dan punggutan sampah masih diperinkat memuaskan disamping sikap penduduk yang kurang cakna
dengan kebersihan persekitaran.

4.0 PENUTUP


Kesan Pembandaran terhadap alam sekitar di kawasan kajian iaitu Bandar Tumpat didapati mempunyai
pertalian. Proses pembandaran yang sebahagian besarnya berpunca dari pertambahan penduduk
memang memberi kesan terhadap alam sekitar dimana pencemaran atau kualiti alam sekitar didapati
menjadi isu di kawasan kajian.

You might also like