TAJUK

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK : TRANSISTOR

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat:


i) Menentukan jenis transistor
ii) Menentukan kaki base, collector dan Emitter bagi transistor

PERALATAN : i) Analog mulltimeter
iii) Transistor
iv) Breadboard
TEORI :
1. Pengenalan :
Komponen silicon merupakan komponen aktif. Komponen aktif mengandungi
bahan binaan aktif seperti Silikon, Germanium dan sebagainya yang merupakan
bahan separa pengalir yang penting dalam transistor.
Transistor terdapat dalam 2 jenis iaitu NPN dan PNP. Ia boleh dilihat pada
symbol kedua-dua jenis transistor.

2. Jenis Transistor



Transistor mempunyai 3 kaki pada asasnya Kaki-Kaki transisitor dilabelkan
sebagai BASE (tapak), COLLECTOR (pemungut) dan EMITTER (pengeluar).
Setiap transistor mempunyai turutan label kaki yang tidak sama dan amat sukar
untuk menentukannya melainkan merujuk kepada data sheet transistor
berkenaan.


3. Simbol Skematik Transistor



4. Fungsi Transistor
Transistor berfungsi sebagai penguat.
Ia menguatkan voltan dan arus mengikut penyambungan litar tertentu.
Selain itu juga transistor boleh berfunsi sebagai suis elektronik.
Kaki transitor adalah 3 iaitu BASE (tapak), COLLECTOR (pemungut) dan
EMITTER (pengeluar). Ketiga-tiga kaki ini mempunyai fungsi tertentu.
Transistor menggandakan arus, sebagai contoh ia boleh digunakan unuk
menggandakan arus keluaran yang kecil untuk menghidupkan lampu, relay atau
sebgai peranti berarus tinggi.
Perintang bertindak sebagai penukar perubahan arus kepada perubahan voltan,
jadi transistor akan menggandakan voltan tersebut.
Transistor juga berfungsi sebagai suis. Apabila ada arus maksimum transistor
dalam keadaan on dan apabila tiada arus ia menjadi off dan bertindak sebagai
penguat.



PRE-LAB
Cara Kerja :
1. Cara menentukan jenis Transistor
i. Lead +ve(hitam) dan lead ve (merah) telah ditukarkan.
ii. Ohm meter RX1 telah digunakan.
iii. Mana-mana dua kaki transistor telah disukat sehingga mendapat bacaan yang
rendah iaitu 10.
iv. Salah satu lead ohm meter telah dialihkan supaya mendapat bacaan yang
rendah juga iaitu 10.
v. Lead ohm meter yang tidak dialihkan adalah kaki base.
vi. Kekutuban di kaki base telah dilihat, sekiranya +ve(lead merah) bermakna
transistor adalah NPN manakala ve (lead hitam) bermakna transistor tersebut
ialah PNP.

2. Cara menentukan kaki emitter dan collector bagi transistor NPN
i) Lead +ve(hitam) dan lead ve(merah) telah ditukarkan.
ii) Ohm meter RX10K telah digunakan.
iii) Kaki E dan C telah disukat.
iv) Dapatkan bacaan yang tinggi (bukan infiniti)
v) Kekutuban lead telah dilihat, jika lead positive (merah) kaki tersebut adalah
emitter dan hitam kaki tersebut adalah collector.

3. Cara menentukan kaki emitter dan collector bagi transistor PNP
i) Lead +ve(hitam) dan lead ve(merah) telah ditukarkan.
ii) Ohm meter RX10K telah digunakan.
iii) Kaki E dan C telah disukat.
iv) Dapatkan bacaan yang tinggi (bukan infiniti)
v) Kekutuban lead telah dilihat, jika lead positive (merah) kaki tersebut adalah
collector dan hitam kaki tersebut adalah emitter.


EKSPERIMEN
1. Arahan di dalam PRE-LAB telah diulang dengan menggunakan jenis transistor yang
berbeza dan jadual telah dilengkapkan. (RUJUK LAMPIRAN)

PERBINCANGAN
Sebelum melakukan ekperimen:
1. Pastikan multimeter berada di dalam keadaan yang baik.
2. Pastikan multimeter telah disetkan pada unit ohm.
Semasa melakukan eksperimen:
1. Setkan ohm meter pada skala RX1 bagi menentukan kaki base. Ohm meter digunakan
untuk membekalkan arus base kepada transistor. Rintangan yang sedikit digunakan
disebabkan nilai bagi arus base adalah sedikit.
2. Semasa melakukan pengujian bagi menganalpasti kaki pemungut dan pemancar,
pastikan ohm meter disetkan pada julat RX10K. Hal ini kerana jumlah arus yang perlu
dibekalkan kepada pemancar adalah tinggi. Oleh itu nilai rintangan perlu tinggi supaya
arus yang terhasil untuk pemancar menjadi tinggi.
SOALAN PERBINCANGAN
1. Terangkan cara membaca kod transistor.

Untuk membaca kod transistor, hanya perlu membaca label yang tertera pada
badan transistor tersebut. Contohnya seperti C9013, 2N3904, 2N2222, BC107B dan
sebagainya.
Kod yang mulanya dari abjad B atau A. Sebagai contoh BC108, BC554, BC478
dan sebagainya. Abjad B bermaksud silikon, A adalah germanium. Abjad kedua adalah
C bermaksud frekuensi audio kuasa rendah. D bermaksud frekuensi audio kuasa tinggi.
F bermaksud frekuensi tinggi kuasa rendah. Abjad selain yang disebutkan tadi
menunjukkan transistor khas. Kadang kala terdapat kod yang mempunyai abjad di
belakang seperti BC108B menunjukkan versi transistor tersebut.
Jika dalam diagram litar menyatakan penggunaan transistor BC108B, bermakna
mesti menggunakan transistor tersebut. Jika diagram litar menunjukkan transistor
BC108, boleh gunakan apa sahaja versi transistor tersebut seperti BC108B atau
BC108C.
Terdapat transistor yang mempunyai kod di hadapannya TIP. TIP bermaksud
Texas Instrument Transistor. Kod dibelakangnya menunjukkan versinya yang
mempunyai penggunaan voltan tersendiri.
Kod 2N menunjukkan ia adalah transistor dan kod dibelakangnya pula merupakan kod
khas bagi transistor tersebut. Tiada logik nyata yang menggambarkan kod tersebut.

2. Perbandingan jenis transisstor berdasarkan maklumat data sheet dan ekperimen
bagi setiap transistor dibekalkan.

Bil. Nombor kod transistor Data sheet Ekperimen
1 C945P331 NPN NPN
2 C5571BW4D PNP PNP
3 BC108B9A NPN NPN
4 BC337CP NPN NPN
5 C9012H712 PNP PNP


KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesemua transistor yang diuji secara ekperimen adalah sama seperti di dalam
data sheet. Objektif eksperimen telah tercapai.

RUJUKAN
http://tarmiziamran.blogspot.com/
Electricity and Electronics, 3
rd
ed, by Dale R.Patrick, page 312-313
http://dhafintutorial.blogspot.com/2012/03/d-pengujian-transistor.html
http://radiogobank.wordpress.com/2011/10/11/cara-menguji-dan-mengukur-transistor-
jenis-npn-dan-pnp-jenis-fet-dan-jenis-ujt-uni-junktion-transistor/

You might also like