Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

7 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang telah digunakan dalam melakukan kajian ini oleh
penyelidik bagi memberi penjelasan terhadap kajian. Berikut adalah merupakan beberapa istilah
yang digunakan iaitu :

1.7.1 Kesedaran
Perkataan kesedaran membawa maksud perihal (keadaan ), sedar (akan sesuatu),
keinsafan, ingatan dan lain-lain lagi.

1.7.2 Pelajar
Pelajar ditakrifkan sebagai orang yang belajar seperti murid sekolah, penuntut di institute,
orang yang mengaji atau menyelidik ilmu. (Kamus Dewan, 1994).

1.7.3 Kejuruteraan
Kepandaian, perbuatan atau membuat jentera. Hal-hal yang berkaitan dengan jentera atau
mesin.

1.7.4 Mekanikal
Berhubung dengan jentera mesin dan sebagainya. Berlaku seperti gerakkan mesin atau
jentera. Ia tidak menggunakan fikiran.


1.7.5 Politeknik
Politeknik adalah sebuah institute pengajian awam yang dibagunkan oleh KPTM di
seluruh Negara bagi melahirkan tenaga separa professional dalam pelbagai bidang teknik dan
vokasional bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia. Politeknik menawarkan
pelbagai kursus di peringkat sijil dan diploma untuk memberi pengiktirafan dan kelayakkan
bekerja kepada pelajarnya.

1.7.6 Keselamatan
Menurut Dewan Edisi Empat (2005), keselamatan adalah bermaksud selamat,
kesejahteraan dan keamanan. Berdasarkan kenyataan tersebut, keselamatan di dalam tempat
kerja juga adalah bermaksud bengkel yang berada dalam keadaan yang selamat, sejahtera dan
mempunyai keamanan daripada berlakunya sesuatu kemalangan.

1.7.7 Kesihatan
Kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga
dan jisim masuk dan keluar berada dalam keseimbangan. Kesihatan juga membawa erti
kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospe positif. Dengan kata lain, kesihatan adalah
perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan dan lain-lain.

1.7.8 Occupational Safety Health and Act (OSHA)
OSHA adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang
yang sedang bekerja, melindungi orang yang berada di dalam kawasan tempat kerja dan untuk
mengadakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

1.8 Penutup

You might also like