Kerja Sains Sukan 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Bahagian Masa Aktiviti Latihan Organisasi Alat Bantu

Mengajar ( ABM )
Warm Up 20 minit PEMANASAN BADAN
Permainan Kejar Pencuri
1. Atlet dikehendaki berada dalam petak main.
2. Dua orang daripada atlet dipilih untuk
menjadi penangkap pencuri
3. Dua orang penangkap pencuri akan cuba
menangkap atlet-atlet lain yang dianggap
sebagai pencuri
4. Atlet yang berjaya ditangkap akan menukar
posisi peranan main.

REGANGAN UMUM
REGANGAN 1
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.

- Letakkan tapak tangan di bahagian sisi kiri
kepala.
Perlakuan
- Tolehkan kepala ke arah kanan.
- Tarik perlahan-lahan dengan tangan.
- Regang selama dalam kiraan 8.
-Tukar arah kepala

REGANGAN 2
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- Letakkan tapak tangan di bahagian belakang
kepala.
Perlakuan
- Bengkokkan leher ke hadapan.
- Tolak perlahan-lahan dengan tangan.
- Regang selama dalam kiraan 8.

REGANGAN 3
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- Letakkan tapak tangan di bahagian bawah
dagu.
Perlakuan
- Tolakkan leher ke belakang.
- Tolak perlahan-lahan dengan tangan.
- Regang selama dalam kiraan 8.

REGANGAN 4
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- luruskan tangan kiri dan kanan kehadapan,
dan tolakkan ke hadapan
Perlakuan
- Tolakkan tangan ke hadapan
- Regang selama dalam kiraan 8.

REGANGAN 5
Kedudukan permulaan
- Tangan kanan menyilang pada dada.
- Tangan kiri memegang siku tangan kanan .
Perlakuan
- Tarik siku ke arah bahu kiri .
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan regangan yang
sama pada tangan kiri.

REGANGAN 6
Kedudukan permulaan
- Tangan kanan menyilang bahagian badan
belakang.
- Tangan bensentuhan di belakang.
Perlakuan
- tolak tangan ke belakang .
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan regangan yang
sama pada tangan kiri.

REGANGAN 7
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak.
- luruskan tangan kanan ke bawah, dan tangan
kiri tarik tapak tangan kanan ke belakang.
Perlakuan
- Tolakkan tapak tangan ke belakang.
- Tolak perlahan-lahan dengan tangan sebelah
lagi.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan regangan yang
sama pada tangan kiri.

REGANGAN 8
Kedudukan permulaan
- Hulur kedua-dua belah tangan ke atas
- tapak tangan kanan bertemu tapak tangan
kiri.
Perlakuan
- Regang ke atas dan sedikit ke belakang..
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan menolak ke
belakang, bawah, kiri dan ke kanan.

REGANGAN 9
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak dan kaki kemudian dirapatkan
- Lutut kanan diangkat keatas dan kemudian
kedua-dua tangan memegang dan menarik
lutut ke dada.
Perlakuan
- Regang ke atas dan tangan tahan lutut
kedada.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan kaki kiri.

REGANGAN 10
Kedudukan permulaan
- Berdiri tegak dan kaki kemudian dirapatkan ke
belakang
- Tumit kaki dirapatkan ke punggung.
Perlakuan
- Regang ke belakang dan tangan tahan tapak
kaki ke punggung.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan kaki kiri.

REGANGAN 11
Kedudukan permulaan
- Duduk berlunjur sebelah kaki, iaitu kaki
kanan. Bengkokkan kaki kiri supaya tapaknya
menghadap bahagian dalam paha.
- Tegakkan badan.
Perlakuan
- Condongkan badan ke hadapan dan tarik
hujung kaki ke arah badan.
- Jika tangan anda sampai ke jari-jari kaki,
gunakan kain atau tuala.
- Regang selama dalam kiraan 8.
- pergerakan diulang dengan kaki kiri.


REGANGAN KHUSUS
Bahagian Kepala
1. mendongakkan kepala ke arah atas
,menundukkan kepala ke arah bawah,
menolehkan kepala ke kiri dan kanan.
Ulang aktiviti ini sebanyak 5 kali
2. menggerakkan kepala mengikut arah
jam 360 darjah sebanyak 8 kali.
Menukar arah gerakkan kepala.







Aktiviti
( Gerak Kerja Kelas
)
10 minit PENERANGAN JURULATIH
1. Jurulatih menerangkan dan menunjukkan
demostrasi cara menanduk bola takraw dengan
betul.
Asas Menanduk Bola
1. Jurulatih meminta atlet mengambil bola sepak
takraw secara individu.
2. Atlet mula menanduk bola mengikut arahan
jurulatih.
3. Kepala yang menanduk hendaklah
didongakkan dan digerakkan ke depan
menghala ke arah bola yang datang.
4. Kedudukan kaki terbuka dan jarak antara dua
kaki seluas bahu.
5. Mata hendaklah memberikan tumpuan kepada
gerakan kawalan bola.


















Gerak Kerja
Individu dan
Kumpulan

30 minit

Prosedur :
1. Statik
a. Melambung bola secara individu dan
b. Melakukan tandukan setempat.
c. Melakukan secara berulang-kali.

2. Dinamik
a. Tanduk bola yang dilambung secara
berpasangan tepat ke arah pasangan
b. Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar
untuk tandukan.
c. Memastikan bola yang ditanduk berada
pada ketinggian yang sesuai.
d. Tanduk bola dari pelbagai arah dan
kelajuan.
e. Jarakkan bola secara beransur-ansur.

3. Membaling dan menanduk
a. Setiap kumpulan pelajar seramai 10 orang.
b. Seorang pembaling dipilih untuk membaling
bola kepada peserta lain.
c. Selepas menanduk kembali kepada
pembaling, peserta akan berlari ke belakang
barisan.
d. Peserta seterusnya akan menjalankan
gerak kerja yang sama sehingga tamat.

4. Hantaran dengan kepala
a. Pelajar diagihkan dalam dua kumpulan
dalam bilangan 5-6 orang.
b. Seorang pelajar berada di tengah
gelanggang dan seorang lagi berdiri di
tengah gelanggang bertentangan.
c. A akan melambungkan bola kepada B bagi
memulakan permainan.
d. B akan mengawal bola dengan
menggunakan sepak sila dan menghantar
dengan kemahiran menanduk.
e. B berlari ke arah belakang gelanggang dan
B2 masuk untuk menerima bola.
f. A akan menerima hantaran tersebut dengan
menggunakan sepak sila dan
mengembalikan ke gelanggang lawan
dengan kemahiran menanduk.
g. A bergerak ke belakang gelanggang, A2
masuk dan menerima bola.
h. Aktiviti diteruskan sehingga bola mati.
i. Mata akan diberikan kepada kumpulan yang
dapat mengawal bola.
j. Kumpulan yang paling banyak menjatuhkan
bola dikira kalah.

Permainan Kecil

40 minit

Kawalan bola (menanduk)
Permainan 1:
a) 2 orang dalam 1 kumpulan
b) Gelanggang sepak takraw atau kawasan 10
x 15 m
c) 1 bola sepak takraw
d) pemain memulakan permainan dengan
menghantar bola dengan sepak sila kepada
pasagan.
e) pemain kedua dikehendaki menanduk bola
tersebut ke gelanggang sebelah tepat pada
tanda X yang telah ditandakan.
f) satu mata diperolehi apabila bola yang
ditanduk kena pada sasaran yang bertanda
X
g) kemudian pemain menukar posisi dalam

X

X
X
permainan.
h) setiap kumpulan diberi peluang sebanyak 6
kali
i) kumpulan yang paling banyak menanduk
bola tepat kea rah sasaran dikira sebagai
pemenang.

Permainan 2 :
a. 5 hingga 6 orang dalam 1 kumpulan.
b. Gelanggang sepak takraw atau kawasan 10
x 15 m.
c. 1 bola sepak takraw.
d. Mengawal bola tidak lebih 5 kali.
e. Menggunakan sekurang-kurangnya 2 kali
kemahiran kepala dalam 5 kali kawalan
bola.
f. X memulakan permainan dengan
melakukan servis sila ke gelanggang Y.
g. Y hendaklah menerima dan mengawal bola
5 sentuhan dan menghantar semula
gelanggang lawan.
h. 1 mata diperoleh :
1) sekiranya bola berjaya dimatikan di gelanggang
lawan.
2) bola gagal dihantar semula ke gelanggang
lawan.
3) tidak menggunakan kemahiran menanduk
dalam 5 kali kawalan tersebut.
k. 2 mata di peroleh :
1) Mana-mana kumpulan yang
berjaya mematikan bola di
zon berlorek.
2) Kumpulan yang mendapat mata
akan mengambil servis bagi
meneruskan permainan.
3) Kumpulan yang berjaya mencapai
mata 15 dikira pemenang.

Warm Down 20 minit 1. atlet dikehendaki lari anak mengelilingi
gelanggang sepak takraw.
2. atlet dikehendaki berjalan mengelilingi
gelanggang sambil menggerakkan kepala
arah pusing jam sebanyak 5 kali dan
kemudian menukar arah gerakan kepala.
3. Atlet dikehendaki berjalan mengelilingi
gelanggang sambil membongkokkan badan
menyentuh lantai gelanggang
menggunakan tangan kanan dan kiri secara
bergilir-gilir sebanyak 5 kali.
4. Atlet dikehendaki mengangkat kaki kiri dan
kanan secara bergilir-gilir dalam keadaan







static sebanyak 5 kali.
5. Jurulatih bertanyakan beberapa soalan
kepada para atlet.
6. Apakah yang telah kamu pelajari hari ini.
7. Adakah latihan ini menyeronokkan.
8. Adakah latihan ini meningkatkan kemahiran
dalam sepak takraw.
9. Atlet digalakkan memberikan pendapat
masing-masing mengenai sesi latihan.

You might also like