Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1

SKEMA PEMARKAHAN PERCUBAAN SEJARAH DUNIA PENGGAL 1 TAHUN


2013

SOALAN 1:
Terangkan definisi masyarakat agraria dan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada
abad ke - 16M dan abad ke 17M.

Pendahuluan
- Perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke 16M dan abad ke-17M
menyebabkan lahir masyarakat agraria.
- Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-
kawasan pertanian yang subur.
- Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaska kepada aktiviti pertanian dan
penternakan.
- Masyarakat agraria di Belanda mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Isi-isi Penting
(a) Definisi masyarakat agraria
- Masyarakat yang bergantung kepada kegiatan berasaskan aktiviti pertanian dan
penternakan.
- Masyarakat agraria member keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan
penternakan.
- Tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur.
- Masyarakat ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi
pertanian.
(b) Ciri ciri masyarakat agraria
(i) Kegiatan ekonomi
- kegiatan ekonomi utama masyarakat agraria di Belanda ialah pertanian.
- aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis tanaman seperti sayaur-sayuran
dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.
- tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani dan hasil tanaman yang berlebihan
dijual.
- selain daripada tanaman makanan, tanaman dagangan seperti hemp, biji kol dan
mader juga diusahakan.
- Penternakan dijalankan secara meluas oleh petani-petani di Belanda.
- antara binatang ternakan yang diternak oleh penternak-penternak di Belanda ialah
lembu
dan kambing.
- masyarakat agraria di Belanda juga terlibat dalam industri tenusu seperti industry
menghasilkan susu, mentega dan keju.

(ii) Petempatan
- Petempatan masyarakat agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur.
- Mendapan tanah lanar yang subur menyebabkan kawasan lembah sungai menjadi
tumpuan masyarakat agraria.
- Kawasan pinggir pantai yang mempunyai mandapan tanah lanar yang subur menjadi
tumpuan masyarakat agraria di Belanda.
- Antara kawasan tersebut ialah wilayah Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect.

(iii) Kemahiran dalam pengairan
- Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang mempunyai kemahiran dalam
teknologi pengairan.
2

- Mereka mempunyai pengetahuan membina terusan, kolam, takungan air dan tali air
bagi mengairi kawasan pertanian.
- Kemajuan dalam sistem pengairan menyebabkan kegiatan pertanian dapat dijalankan
dengan intensif.
- Masyarakat agraria di Belanda mendirikan kincir angin untuk mengalirkan air
daripada tanah yang ditebus guna untuk tujuan pertanian

(iv) Pengetahuan memelihara kesuburan tanah
- Masyarakat agraria bergantung kepada tanah untuk kelangsungan hidup.
- Mereka mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah pertanian.
- Mereka mencipta pelbagai kaedah dan teknik untuk memelihara kesuburan tanah.
- Masyarakat agraria di Belanda menggunakan baja asli untuk meningkatkan kesuburan
tanah.
- Masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan memugar tanah dan mengamalkan
system penggiliran tanaman untuk memelihara kesuburan tanah.
(v) Pengenalan kaedah pertanian baru
- Masyarakat agraria di Belanda mengamalkan pelbagai kaedah pertanian baru untuk
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
- Antara kaedah yang diamalkan secara meluas pada abad ke 16M dan abad ke 17M
ialah sistem penggiliran tanaman.
- Pengenalan sistem tanaman ini menyebabkan petani-petani di Belanda memansuhkan
sistem tanah rang yang diamalkan.
- Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah penanaman dalam deretan bagi
tanaman komersial.
(vi) Kemajuan dalam teknologi pertanian
- Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.
- Meraka mencipta pelbagai jenis peralatan yang membolehkan kegiatan pertanian
dijalankan secara besar-besaran.
- Sebagai contoh, masyarakat agraria di Belanda mencipta tugal dan tenggala beroda
untuk memugar dan membajak tanah pertanian.
Kesimpulan
- Masyarakat agraria di Belanda mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang
pertanian.
- Mereka mempunyai pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam
teknologi pertanian.
- Kaedah dan teknik pertanian yang diamalkan oleh masyarakat agraria di Belanda
menjadi ikutan petani-petani di negara-negara lain dibenua Eropah.






3

SOALAN 2:
Bincangkan kesan-kesan berlakunya revolusi perindustrian di J erman.
A) Pendahuluan.
Revolusi yang berlaku di Jerman telah membawa perkembangan kepada Jerman.
Terdapat enam kesan berlakunya revolusi di Jerman. Antaranya, melalui masyarakat
pertanian, kemajuan system pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa,
kemajuan sistem kewangan, dan dasar kerajaan Jerman.
Kesan ini membawa kemajuan kepada Jerman.

B) Isi-isi
Masyarakat Pertanian
Perkembangan Revolusi Perindustrian dalam sektor pertanian. Kemajuan teknologi
pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan
pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.
Masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta.
Kegiatan pertanian juga menghasilkan pengkajian saintifik tentang tanah. Pada tahun
1802, ahli sains British, Humphry Davy telah menerbitkan buku ilmu kimia dengan
fisiologi tumbuh-tumbuhan. Beliau mengemukakan sumbangan ilmu kimia bagi
mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman.
Jerman telah menghasilkan beberapa uji kaji untuk mengamalkan bahan kimia yang
boleh digunakan untuk tanaman. Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman, Justus von
Leibig telah menjalankan beberapa uji kaji dan menemui formula untuk menghasilkan
baja tiruan atau baja kimia.
Masyarakat Industri
Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia
barat Jerman. Pengeluaran bijih besi juga meningkat pada tahun 1900. Muncul
pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti
yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran gerabak kereta api yang
terkini dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran Negara Jerman di Istana
Crystal, London. Permintaan kereta api dari Jerman meningkat dan bilangan pekerja
juga meningkat pada tahun 1873.
Kemajuan dalam industri kulit antara tahun tahun 1870 dan tahun 1914, Jerman
mengambil alih tempat England dalam industri kulit. Perkembangan industri kulit di
Jerman ini menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang
mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih
sihat, dan mementingkan pendidikan.
Pembangunan industri tekstil berlaku di Jerman. Bandar Berlin mengeluarkan mesin-
mesin yang meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
Ciptaan-ciptaan baharu berkembang di Jerman. Ciptaan Siemens menyebabkan
firmanya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Kemajuan sistem pengangkutan
Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan pesat
dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api.
Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig
telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
Perluasan perdagangan antarabangsa
Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah pertubuhan
yang terdiri daripada sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan
4

penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan Bismark supaya meluaskan tanah
jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan antarabangsa
Jerman.
Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam
Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya
mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai
Tanganyika dan Afrika Timur.
Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di
kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian
Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884.
Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungasn perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut
China.
Kemajuan sistem kewangan
Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan
dan perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu
penggabungan empat buah bank utama di Jerman.
Tugas D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan
perniagaan di Jerman. D Bank turut menggalakkan hubungan Jerman dengan Negara-
negara luar serta aktif di Timur Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan Timur
Tengah.
Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada kemunculan kelas
pengusaha industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana mereka mendapat
bantuan modal bank.
Bantuan modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan
perkembangan perindustrian di Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan
kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian. Matlamat
penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan.
Dasar kerajaan Jerman
Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir
oleh Negara-negara lain. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan,
Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans sosial yang dikuatkuasakan
pada tahun 1883. Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa
kemalangan sewaktu bertugas.
Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh
bekerja akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada
tahun 1884, parlimen (reichstag) meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
Pembayaran bagi rawatan perubatan.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan
perindustrian dan ekonomi Jerman.
Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman.
Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.
Penutup
Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari
semua aspek.
Revolusi perindustrian di Jerman telah menjadikan Jerman sebuah kerajaan yang
maju.

5

SOALAN 3
Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja di China pada abad ke-16 hingga ke-18
Pendahuluan:
Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal.
Raja menduduki hieraki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan
dan pentadbiran.
Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan
pentadbiran.
Isi-isi penting:
Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of heaven
atau mandat dari syurga.
Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan
memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seseorang maharaja.konsep
mandat ini menjelaskan bahawa Tuhan telah menanugerahkan ke atas maharaja
tersebut atau kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada
kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.
Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan
rakyatnya berada dalam teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat
penghormatan dari rakyat.Sekiranya berlaku sebarang malapetaka, Ini menjadi
petunjuk bahawa maharaja gagal mendapatkan mandat dari syurga.
Maharaja mengamalkan ajaran Confucianisme.
Ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan dan menyatakan
bahawa kerana yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang baik,raja mesti taat
dan setia kepada Tuhan,dan rakyat pula harus setia kepada raja. Tugas maharaja ialah
mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat. Ajaran ini menekankan konsep taat setia
kepada raja yang membawa kepada keadaan aman dan makmur.
Maharaja juga menguasai ekonomi negara.
Segala ekonomi negara seperti pungutan cukai,hasil pertanian, perdagangan,
penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan lain-lain akan dikuasai oleh
maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi.
Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan
menambahkan golongan pembesar dan tuan-tuan serta meningkatkan pendapatan
cukai maharaja.
Maharaja China berperanan menjadi ketua tentera.
Urusan mempertahankan serangan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar
memperlibatkan tanggungjawab maharaja China.
Maharaja juga berperanan penting dalam urusan dasar luar negara.
Dasar pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan
perkembangan ilmu Barat di China.Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja
China terhadap masyarakat
Barat pada zaman Dinasti Ming.
Penutup:
Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada negara China sebelum
pertengahan abad ke-19.Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja China
membuka pintu negaranya kepada kuasa-kuasa Barat.

6

SOALAN 4:
Huraikan perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di Perancis pada abad ke
18M dan abad abad ke 19M
Pendahuluan
- Menjelang abad ke 18M dan abad ke-19M,berlaku perubahan besar dalam system
pendidikan di Perancis.
- Dalam hal ini, dasar pendidikan di Perancis mengalami perubhan yang amat ketara
mengikut peredaran zaman selaras dengan idoelogi pemerintah.

Isi-isi Penting
(a) Idea sistem pendidikan popular
- Menjelang abad ke 18M, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin untuk
mewujudkan sistem pendidikan popular.
- Kesedaran ini timbul ekoran perkembangan idea demokrasi dalam kalangan
masyarakat.

(b) Sistem pendidikan Napoleon
- Napoleon memperkenalkan system pendidikan yang seragam dan menyeluruh di
Perancis.
- Institusi-institusi pendidikan tersebut disatukan di bawah badan induk, iaitu Universiti
Perancis.

(c) Pendidikan di bawah kerajaan reaksioner
- Kerajaan reaksioner member penekanan kepada pendidikan berteraskan teologi dan
moral.
- Sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.

(d) Pendidikan semasa pemerintahan Louis Philippe
- Beliau mengambil langkah-langkah untuk memantapkan semula sistem pendidikan
yang diperkenalkan oleh Napoleon.
- Membebaskan sistem pendidikan daripada kongkongan gereja.

(e) Sistem pendidikan semasa pemerintahan Republik Kedua
- Mengkaji semula undang-undang berhubung dengan sistem pendidikan.
- Kerajaan juga melaksanakan pembaharuan dalam undang-undang pendidikan.

Kesimpulan
Perubahan yang dilaukan oleh pemerintah telah menyebabkan munculnya sistem pendidikan
kebangsaan di Perancis.












7

SOALAN 5
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku Revolusi China pada tahun 1911.


Pendahuluan
- Revolusi China yang tercetus pada tahun 1911 bertujuan untuk menggulingkan
kerajaan Manchu.
- Menjelang pertengahan abad ke 19M, wujud kepercayaan bahawa kerajaan Manchu
kehilangan mandat untuk memerintah China.
- Perkembangan ini menyebabkan muncul gerakan revolusioner di bawah pimpinan Dr.
sut Yat Sen untuk menggulingkan kerajaan Manchu.
Isi-Isi Penting
(a) Kelemahan kerajaan Manchu
- Kerajaan Manchu mengalami kemerosotan sejak pertengahan abad ke-19M.
- Kemerosotan kerajaan Manchu amat ketara dalam bidang pentadbiran dan
ketenteraan.
- Pegawai-pegawai kerajaan Manchu tidak menjalankan pentadbiran dengan cekap.
- Kelemahan dalam bidang ketenteraan ketara apabila kerajaan Manchu mengalami
kekalahan dalam peperangan dengan kuasa-kuasa Barat.
- Perkembangan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan
Manchu dan berazam untuk menggulingkan dinasti tersebut.
(b) Ketiadaan pemimpin yang cekap
- Revolusi China berlaku kerana tiada pemimpin-pemimpin yang cekap dan berwibawa.
- Selepas Maharani Dowager dan Maharaja Kuang-hsu meninggal dunia, tidak terdapat
pemimpin-pemimpin yang cekap di China.
- Ketiadaan pemimpin-pemimpin yang cekap mendorong rakyat melancarkan
pemberontakan terhadap kerajaan.
(c) Sentimen anti-Manchu
- Sentimen anti-Manchu yang menebal dalam kalangan rakyat China menyumbang
kepada pencetusan Revolusi China.
- Rakyat China melancarkan gerakan anti-Manchu untuk menggulingkan kerajaan
Manchu.
- Rakyat China menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk melancarkan pemberontakan
bagi menggulingkan kerajaan Manchu.
(d) Kesengsaraan social
- Masalah sosial yang dihadapi oleh rakyat China menyumbang kepada pencetusan
Revolusi China.
- Pertambahan penduduk di China menyebabkan masalah kekurangan bekalan makanan
dan kemerosotan taraf hidup penduduk.
- Kesengsaraan yang dihadapi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat
terhadap kerajaan Manchu.
(e) Masalah Ekonomi
- Masalah ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Manchu menyebabkan
tercetusnya Revolusi China 1911.
- Kejadian banjir dan kemarau yang berlaku antara tahun 1910-1911 menjejaskan
pengeluaran hasil pertanian.
- Perkembangan ini menyebabkan berlaku masalah kebuluran di wilayah-wilayah
seperti Kiangsau, Shantung, Anhui, Chekiang dan Hupeh.
- Penduduk di wilayah-wilayah tersebut melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan
Manchu.
(f) Peranan Dr. Sun Yat Sen
8

- Dr. Sun Yet Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan dalam gerakan
menentang kerajaan Manchu.
- Beliau memainkan peranan dalam mengasaskan dan menggerakkan pergerakan
revolusi di China.
- Beliau juga menyemarakkan perasaan anti-Manchu dalam kerajaan rakyat China
menerusi ceramah dan penulisan.
- Beliau turut mengemukakan ideology perjuangan yang dikenali sebagai Tiga Prinsip
Rakyat bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat.
(g) Pengaruh intelektual China
- Golongan intelektual turut memainkan peranan dalam perkembangan idea revolusi
dalam kalangan rakyat China.
- Antara tokoh-tokoh yang menyemai benih pembaharuan di China ialah Kang Yu-Wei
dan Liang Chi-chao.
- Kegiatan golongan intelektual telah menambahkan keinginan untuk melaksanakan
perubahan politik di China.
(h) Pengaruh gerakan pembaharuan
- Gerakan pembaharuan seperti Gerakan Islah 1898 meletakkan asas bagi kebangkitan
Revolusi China 1911.
- Semasa Gerakan Islah, beberapa rancangan dilaksanakan oleh golongan reformis
untuk menguatkan dan memajukan China.
- Idea yang dikemukakan oleh golongan reformis member inspirasi kepada pemimpin-
pemimpin di China melancarkan revolusi terhadap kerajaan Manchu.
(i) Kemajuan sistem perhubungan
- Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti jalan kereta api,telegraf dan pos
membantu pencetusan Revolusi China.
- Kemajuan dalam sistem perhubungan menyebabkan idea revolusioner dapat
disebarkan dengan cepat.

Kesimpulan
Revolusi China berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja Hsuan-tsung
turun daripada takhta pada 12 Februari 1912.






















9

SOALAN 6
Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)
Pendahuluan:
Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia
dengan cara perundingan, bermuafakat dan bertukar-tukar fikiran dengan Negara
anggota. Persidangan Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan
PBB ; iaitu Perhimpunan Agung , Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan
Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan Kemasyarakatan.
Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika
Syarikat , Russia , Britain , Perancis , dan China. Ditubuhkan pada 24 oktober 1945,
51 buah Negara telah menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan
dianggap sebagai ahli asal pertubuhan ini.
Isi-isi penting:
Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu
perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan
antarabangsa.Terdapat empat matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin keamanan dan
keselamatan dunia, Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara-negara
anggota.Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi
hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. PBB boleh
menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.
Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB
didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotannya.Setiap
negara anggota akan mematuhi kewajipannnya mengikut piagam PBB.
Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan
perasaan dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan,
keselamatan, dan keadilan sejagat.
Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap
kawasan atau kemerdekaan sesebuah Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai
dengan semangat PBB.
Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang
diambil oleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana
pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya Negara-
negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang
perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang
berkaitan dengan bidang perundangan. Dasar ini akan diketepikan apabila tindakan
terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan
keselamatan dunia.
Penutup:
PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling
bergantungan antara satu sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan
dan keselamatan antarabangsa.


Jbsmard2013....percubaanpenggal12013

10

You might also like