Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJ ARAN BEHAVI ORI SME


Pengasas teori pembelajaran behaviorisme adalah Ivan Pavlov, Edward Thorndike,
B.F.Skinner dan Watson.
Teori Pelaziman Klasik diasaskan oleh Pavlov dan Watson manakala Teori Pelaziman
Operan diasaskan oleh Thorndike dan B.F.Skinner.
Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan
pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal.
Teori Pelaziman Klasik lebih cenderung untuk menilai emosi dan tabiat manusia atau
haiwan sebelum dan selepas pelaziman.
Teori Pelaziman Operan pula lebih cenderung untuk menilai tingkahlaku yang berlaku
kesan daripada ransangan dan peneguhan sebelum dan selepas pelaziman.
Terdapat dua jenis prinsip pelaziman Operan iaitu peneguhan (positif dan negatif) dan
hukuman (positif dan negatif).
Contoh peneguhan positif : memberi pujian atau gula-gula kepada pelajar. manakala
peneguhan negatif adalah mengecualikan pelajar daripada aktiviti yang mereka tidak
sukai.
Contoh hukuman positif adalah merotan pelajar manakala hukuman negatif pula iaitu
menarik balik kebenaran menonton rancangan yang mereka sukai seperti rancangan
kartun pada waktu rehat.
Teori Pelaziman Klasik adalah merujuk kepada pembelajaran haiwan dan manusia
yang terhasil daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu ransangan yang mula-
mula tidak memberikan sebarang kesan.
Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebagai satu perubahan dalam
bentuk atau frekuensi tingkahlaku.
Seterusnya pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) ransangan dalam
persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan.
Behaviorisme adalah perhubungan antara ransangan (R) dengan gerak balas (G).
Tingkahlaku adalah gerak balas yang nyata dan dapat diramalkan.
Untuk pembelajaran yang berkesan, guru mengaitkan pengalaman positif dengan
tugasan pembelajaran.
Bimbing pelajar gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat.
Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dan gerak balas
terlazim.



TEORI PELAZI MAN KLASI K PAVLOV
Ivan P.Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik.
Bahan uji kaji beliau adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan
memerhatikan gerak balas anjing.
Menurutnya, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula ialah
apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan.
Kata kunci teori beliau ialah pembelajaran melalui perkaitan. Iaitu perkaitan antara
ransangan dan gerak balas.
Pembelajaran daripada perkaitan dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan
melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov iaitu : Pembelajaran
semula, generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.

I mplikasi Teori Pavlov Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran
Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara ransangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan.
Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh
gerak balas terlazim itu..
Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. Justeru itu
pelajar mesti dilibatkan dalam proses pengajaran.
Generalisasi boleh berlaku semasa proses pembelajaran.
Penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan atau diberhentikan.
Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu pelajarnya
mendiskriminasikan jenis ransangan yang perlu diberikan tumpuan.
Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru itu
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

TEORI PELAZI MAN KLASI K J .B.WATSON
Seorang ahli psikologi Amerika.
Kajian beliau ialah tentang emosi kanak-kanak.
Ahli psikologi yang pertama menggunakan perkataan behaviorisme.
Beliau sangat terpengaruh dengan model pelaziman klasik Pavlov.
Perbezaan antara manusia adalah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh diubah
menjadi pengalaman yang buruk.
Menurut beliau, manusia mempunyai tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih
sayang.
Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman.
Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.
Eksperimen yang beliau jalankan adalah antara Albert (berusia 9 bulan) dan seekor
tikus putih.

Aplikasi Pelaziman J .B.Watson Dalam Pengajaran
Tingkah laku positif boleh diajar dengan ransangan yang sesuai.
Pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik.
Bagi pengukuhan ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap.
Ransangan hendaklah digunakan bagi memotivasikan pelajar supaya minat belajar.
Minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan.
Persekitaran adalah amat penting bagi mendorong perkembangan potensi
pelajar.Persekitaran yang kaya dengan bahan pengajaran dan asuhan serta bimbingan
guru dan ibu bapa yang baik akan membantu kanak-kanak menikmati perkembangan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

TEORI PELAZI MAN OPERAN THORNDI KE
Seorang ahli psikologi Amerika.
Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang
perkaitan ransangan dengan gerak balas.
Beliau telah mengkaji tingkah laku dan gerak balas seekor kucing untuk mendapatkan
makanan juga beberapa haiwan lain.
Beliau juga berjaya membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan
dan Hukum Kesan.
Hukum Kesediaan pelajar/seseorang bersedia belajar (ransangan motivasi) maka
pembelajaran akan berkesan dan memuaskan . Pelajar belum bersedia atau dipaksa
belajar (tanpa ransangan) maka pembelajaran tidak berkesan.
Hukum Latihan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
jika ada latihan, pengulangan serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Hukum Kesan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
sekiranya ada kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan
diulang.
Sekiranya kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap dan
pertalian antara ransangan dan gerak balas akan lemah.



I mplikasi Teori Thorndike Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran
Mengadakan pelbagai ransangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan.
Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sentiasa menilai kesediaan pelajar.
Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang
sesuai.
Banyakkan aktiviti latihan, ulangkaji serta pengukuhan dalam keadaan yang
menyeronokkan.
Pembelajaran juga boleh berlakumelalui usaha cuba jaya.

TEORI PELAZI MAN OPERAN SKI NNER
Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran psikologi dari Universiti
Harvard. Beliau melanjutkan usaka Thorndike dalam kajian tentang pelaziman.
Teori beliau juga berasaskan ransangan dan gerak balas.
Beliau menggunakan tikus untuk kajiannya yang terkenal iaitu Skinner Box.
Skinner mengemukakan prinsip pelaziman operan iaitu peneguhan(positif dan negatif)
dan hukuman ( Positif dan negatif).
Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan
berlaku.
Jenis peneguhan positif yang boleh diaplikasikan ; Peneguhan kendiri, pujian, beri
perhatian, memaparkan dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar, makanan dan
memberikan peluang menjalankan aktiviti yang disukai mereka.
Peneguhan negatif pula berbentuk dendaan atau hukuman dan ia menyakitkan.

I mplikasi Teori Skinner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran
Guru perlu menggunakan peneguhan positif(seperti pujian atau hadiah) untuk
mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin pengulangan
tingkah laku yang diingini.
Objektif pendidikan yang ingin dicapai perlu realistik. Jika tidak pelajar akan
mengalami kegagalan. Kegagalan akan menyebabkan berlakunya peneguhan negatif.



TEORI PEMBELAJ ARAN BRUNER
Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli
psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat membolehkan
seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa perkara dan dapat dikaitkan
secara bermakna.
Beliau juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat suatu
gambaran secara keseluruhan.
Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran.
Perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
- Peringkat enaktif ( 0 2 tahun )
- Peringkat Ikonik ( 2 -4 )
- Peringkat Simbolik ( 5 7 )
Pembelajaran Penemuan Bruner - beliau berpendapat bahawa guru seharusnya
membekalkan pengalaman kepada kanak-kanak untuk membantu menemui sesuatu
idea, konsep atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu fenomena dan murid
menyiasat bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan diperoleh , jawapan itu
akan dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam kelas.
Teori Pembelajaran Induktif - guru seharusnya membekalkan murid-murid dengan
pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan.
Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran yang aktif dan
membentuk konsep yang difahami.
Konsep pemikiran induktif adalah dari spesifik kepada umum.
Cara pembelajaran induktif ini adalah guru tidak memberikan definisi konsep yang
diajar tetapi pemahaman konsep adalah dibina secara perlahan hasil daripada
pendedahan kepada kanak-kanak iaitu pelbagai aktiviti dan pengalaman.
Menggunakan pengalaman untuk membentuk konsep baru.
Pembelajaran Induktif (Memain peranan latihan pembentukan konsep aktiviti
amali aktiviti lain).

I mplikasi Teori Bruner Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman, mereka perlu diberi peluang untuk
meneroka, memegang, mencium dan merasa supaya proses ini dapat mewujudkan
pembelajaran bermakna.
Murid tahap 1 , gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan
pembentukan konsep.
Murid tahap 2 pula,hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka boleh
mengaplikasikannya di dalam proses penyelesaian masalah.
Motivasi ekstinsik dan motivasi intrinsik perlu ditekankan untuk meransang minat
murid terhadap sains.
Kesediaan murid-murid juga perlu diambil berat serta menambah nilai-nilai murni di
dalam pelajaran.

TEORI PEMBELAJ ARAN AUSUBEL
David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang menekankan
penguasaan bahasa yang bermakna .
Menurut beliau,maklumat dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara iaitu
resepsi dan penemuan melalui hafazan atau bermakna.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan
fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka.
Pembelajaran resepsi (Pembelajaran Penerimaan)
- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru
menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya
pelajar dapat menerimanya dengan baik.
Menurut Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara tersusun
dan teratur di dalam bentuk kuliah dan ceramah.
Walaupun guru memberi maklumat,idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang
bersama guru.
Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos institusi yang
mengendalikannya.
Menurut beliau juga bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak cara
yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
Untuk kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah menarik dan
cepat dilupai oleh mereka.
Pembelajaran Penemuan maklumat diperolehi oleh pelajar adalah secara bebas
melalui usaha sendiri, amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif
individu untuk menghadapi ransangan pelbagai serta dapat memenuhi kehendak dan
keperluan pelajar yang lebih matang.
Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal diperkenalkan oleh Ausubel untuk
menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran
optima boleh berlaku.
Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal ini berfungsi untuk menjelaskan
kepada kanak-kanak tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran
malah boleh juga menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.
Terdapat 3 tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu memberi gambaran
a) memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran
b) menjelaskan hubungan antara konsepyang akan dihuraikan
c) menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah
dipelajari.
Penyusunan konsep dalam bentuk pengetahuan harus disusun dalam bentuk hirarki
iaitu dari konsep umum ke spesifik.
I mplikasi Teori Pembelajaran Ausubel Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran
1) Guru digalakkan menggunakan penbelajaran penemuan untuk melibatkan murid di
dalam aktiviti penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat, analisis,membuat
sintesis penilaian dan rumusan.Pembelajaran seperti ini lebih kekal, bermakna dan
menyeronokkan.
2) Teknik penghafazan masih boleh digunakan oleh guru untuk mengingati sesetengah
perkara seperti rumus-rumus matematik, sifir, puisi dan pantun.
3) Pembelajaran bermakna ditekankan untuk membuatkan/membantu murid memahami
sesuatu konsep, perkaitan sesuatu isi-isi pelajaran dengan pertalian dan antara
pengalaman baru dan pengalaman lama.
4) Ketika mengajar guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi
menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pelajaran yang disediakan.
5) Guru juga boleh menggunakan pembelajaran superordinat atau pendekatan induktif
atau pembelajaran deduktif .

TEORI PEMBELAJ ARAN GAGNE
Beliau ialah Robert M. Gagne , telah dilahirkan pada tahun 1916 . Beliuan merupakan ahli
psokologi eksperimental yang berpengalaman . Gagne menggunakan teori pembelajaran
behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan kedayaan pembelajaran ke dalam 5 kelompok
utama iaitu kemahiran kecerdasan, strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor
dan sikap. Selain daripada kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga
mengemukakan lapan syarat pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran
kecerdasan. Syarat pembelajaran tersebut ialah :
1) Pembelajaran Isyarat
2) Pembelajaran Gerak Balas
3) Pembelajaran Rangkaian Motor
4) Pembelajaran Bahasa
5) Pembelajaran Diskriminasi
6) Pembelajaran Konsep
7) Pembelajaran Hukum
8) Pembelajaran Penyelesaian Masalah






Penggunaan Prinsip Pembelajaran Gagne
Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit
Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:
1) Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu
isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu dimiliki oleh seseorang individu
ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran
adalah melalui pelaziman tingkah laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah
berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan
ini berlaku kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu
ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh
mendesakkan pembelajaran.
2) Pembelajaran Ransangan Tindak Balas
Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu dititiberatkan.
Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar. Akan
tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang
dikenalpastikan. Dengan perkataan lain, tindak balas dalam pembelajaran berupa
diskriminasikan terhadap ransangan betul atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan
pelajar dapat bertindak balas terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya,
guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk
mengekalkan tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk
mendapat pujian gurunya.
3) Pembelajaran Melalui Rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak balas
dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran kemahiran
seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya. Rangkaian merupakan satu siri tingkah
laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk
melihat suatu objek yang jauh dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku
apabila memegang binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan
menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat
boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru yang mengajar bola
jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti :
Kemahiran Menghantar Bola
Kemahiran Menerima Bola
Kemahiran Menjaringkan Bola
Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk turutan yang
kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat ulangan supaya kemahiran
yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.
4) Pertalian Bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu ransangan untuk
menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan penggunaan bahasa yang
telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran
bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat
menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk
menjamin peneguhan pertalian bahasa.
5) Pembelajaran Diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan yang
berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus. Demgam perkataan
lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran semakin dapat dibezakan
kerana setiap ransangan dan tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud
seorang individu itu sanggup menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan
yang berbeza walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri
yang jelas pada objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis
haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali
ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.
6) Pembelajaran Konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan yang
berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti
cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari. Pembelajaran konsep hanya boleh
berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar
belajar konsep melalui contoh-contoh yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia'
pelajar perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan
perbezaannya berbanding dengan sisik dan bulu pelepah.
7) Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip,
teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran
konsep, rangkaian dan pertalian bahasa. Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik
yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum
yang berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran
penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum:
Memberi maklumat yang betul
Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang
berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.

8) Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan hukum
untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu menggunakan kaedah
penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah peringkat pembelajaran yang paling
sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum peringkat ini
digunakan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik
dalam proses penyelesaian masalah iaitu :
Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).
Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar kemahiran
berfikir.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah
Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.
1) Pembelajaran Isyarat
Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan pembelajaran
isyarat.Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan menggunakan kad imbasan
perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.
2) Ransangan Gerak Balas
Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan. Sebagai contoh,
guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar dengan memberi pujian
kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing dengan senyap, guru perlu
memberi pujian.
3) Rangkaian Motor
Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.Contohnya, kemahiran hoki perlu
diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.Prinsip ini penting dalam
mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan
Kemahiran Hidup.

4) Pertalian Bahasa
Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis pelajar
supaya perkembangan bahasa berlaku.Guru harus mengarahkan pelajar supaya menyebut dan
mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri konsep yang penting.
5) Diskriminasi
Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.Pelajar seharusnya dapat
membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan kategori yang lain.Sebagai contoh,
pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.
6) Pembelajaran Konsep
Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.Mereka harus
mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.
7) Pembelajaran Hukum
Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan dengan
mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.Di samping itu guru
harus memberikan arahan yang jelas, mudah dan memberi fokus kepada aspek-aspek yang
penting dalam hukum.Seterusnya pelajar harus diajar untuk melihat perkaitan antara hukum-
hukum yang berkaitan.Guru juga perlu menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum
diajar, melalui soalan dan ujian. Akhir sekali pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian
sendiri mengenai sesuatu hukum.
8) Penyelesaian Masalah
Bagi proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi oleh
pelajar. Kemudian guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai hukum dan konsep
yang perlu diaplikasi. Aspek yang paling penting dalam proses penyelesaian masalah ialah
pelajar mencari jawapannya sendiri.Polya (1957), telah memberikan empat langkah dalam
proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
Menilai hasil dan keputusan pelan

I mplikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah
kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut
hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak menguasai
jenis pembelajaran kemudian.

Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dilakukan
secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh
pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati
oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

TEORI PEMBELAJ ARAN PI AGET
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896
Beliau dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan
kognitif.
Menurut Piaget , perkembangan kognitif seorang kanak-kanak mengikut satu siri
urutan yang berperingkat. Piaget membahagikannya kepada 4 peringkat iaitu:
a) Peringkat deria motor ( 0 -2 tahun )
b) Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun)
c) Peringkat operasi konkrit ( 7 11tahun )
d) Peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas)
Piaget telah mengemukakan beberapa konsep dalam teori pembelajaran beliau iaitu:

1) Skema
- Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu
dengan cara tertentu.
- Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang,
mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
- Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan.
- Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan
seperti contoh, jari ibu.
- Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.

2) Asimilasi
- Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada.
- Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi
skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
- Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu,
kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada)
dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat
pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3) Akomodasi
- Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
- Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
- Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
- Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet
akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian
konsep terhadap magnet itu.

4) Adaptasi
- Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
- Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan
sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.
- Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak
mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
- Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada
empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah:
o l Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
o l Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
o l Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)
o l Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-Tahap Perkembangan
Tahap Sensorimotor (Dari Lahir - 2 Tahun)
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari
tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian
menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui
pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan
sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan
kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.
a) Dari Lahir Hingga Satu Bulan (Refleks)
Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir
melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya),
penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat
ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk
keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan Hingga Empat Bulan (Reaksi Asas Sekular)
Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula
mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman
memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku
kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang
tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan
dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi
tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan
atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
c) Empat Hingga Lapan Bulan (Reaksi Sekular Kedua)
Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang
lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi
telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu
menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam
tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan
tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.
d) Lapan Hingga Dua Belas Bulan ( Reaksi Kordinasi)
Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan
di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan
sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada
bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila
menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
e) Dua Belas Bulan Hingga Lapan Belas Bulan (Reaksi Sekular Ketiga)
Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku
secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian
tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan
kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai
konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam
keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah
laku untuk mendapatkan perhatian.
f) Lapan Belas Bulan Hingga Dua Tahun (Penggambaran Pemikiran Awal)
Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk
memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan
fungsi individu dalam rumahtangga.

Tahap Praoperasi ( 2-7 Tahun )
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan,
contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu,
dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan
orang dewasa.
Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih
sempurna menerus tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara
seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.
Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua
atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun
penerangan yang ada dalam pemikiran.

Tahap Operasi Konkrit ( 7 - 11 Tahun)
Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak
berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik
seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak
pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang
yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka
mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul
dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.
Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini
boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke
atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Peringkat Operasi Formal (11 Tahun Ke Atas)
Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi
satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh
menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

TEORI PEMBELAJ ARAN KONSTRUKTI VI SME
1) Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia.
(Sumber:http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm)
Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu melalui pemikiran. Murid
membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia ada
dan membuat kaitan dengan persekitarannya (sumber: ________, pengenalan
pengajian sosial, Open Universiti Malaysia, 2007, M.S 35.)

Pendekatan Konstruktivisme
ENGAGE Merangsang perasaan ingin tahu murid
EXPLORE Meneroka/mencari untuk memenuhi perasaan ingin tahu
EXPLAIN Menjelaskan
ELABORATE Menghuraikan dengan contoh, metafora atau lain-lain
EVALUATE Menilai





Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme
1) Berpusatkan murid
2) Pembelajaran sebagai satu proses dan perkembangannya berhubung kait
3) Pembentukan dikonstruk dengan adanya kefahaman atau idea asal tentang sesuatu
perkara.
4) Pengetahuan awal ini sebagai pengetahuan mentah .
5) Peluang murid membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
pengalaman yang dilaluinya .
6) Menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan lebih kerap (bersoal jawab)
7) Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan panduan
merancang pengajaran
8) Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
9) Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
10) Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen
11) Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

You might also like