Seni Lukis Sebelum Merdeka

You might also like

You are on page 1of 19

PSV 1

NUR SYAZWANI BINTI SANUSI


AZIJAH BINTI JAANG
NAZIFA BINTI MOHD HANIPAH
KUMPULAN, ANGKATAN, DAN
PERSATUAN SENI LUKIS MALAYSIA
SEBELUM MERDEKA
PENDAHULUAN
Persatuan seni dan kumpulan seni memainkan
peranan yang penting dalam mempertingkatkan
taraf pencapaian pelukis-pelukis tempatan.
Aktiviti-aktiviti seperti mengadakan kelas
bimbingan , memperkenalkan alat, media,
teknik dan konsep baru, sesi pertemuan,
perbincangan, pameran dan sebagainya dapat
memberi pendedahan dan peransangan untuk
menghasilkan karya-karya seni yang lebih
matang dan bermutu tinggi.
IMPRESIONIS PULAU PINANG
( PENANG IMPRESSIONISTS )
Tahun penubuhan 1928
Tempat Pulau Pinang
Ciri istimewa Semua ahli terdiri daripada pegawai dagang Eropah,
terutamanya suri rumah berbangsa Inggeris.
Ahli-ahli istimewa a) Puan Lim Cheng Kung, isteri seorang jutawan yang
memberi sumbangan kewangan kepada pertubuhan.
b) Abdullah Ariff, guru lukis kepada ahli-ahli pertubuhan.
KELAB SENI LUKIS CINA
( THE PENANG CHINESE ART CLUB)
Tahun penubuhan 1936
Tempat Pulau Pinang
Kumpulan pengasas Lee Cheng Yong, Yong Mun Seng, Tay Hooi Keat, dan Kuo
Ju Ping
Pengaruh Sikap dan konsep romantis Inggeris, minat dalam
pemandangan idilik, dab piktoral indah permai
Gaya catan Realisme, Impressionisme, catan berus Cina
Tahun pembubaran 1939
KUMPULAN SENI LUKIS
GURU-GURU SENI PULAU PINANG
(THE PENANG ART TEACHERS ART GROUP )
Tahun penubuhan 1948
Tempat Pulau Pinang
Penaung Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
Peristiwa penting Ahlinya Tay Hooi Keat menerima biasiswa Kementerian
Pelajaran untuk menuntut di luar negara dalam jurusan
seni halus
MAJLIS GURU-GURU SENI PULAU
PINANG
( THE PENANG ART TEACHERS COUNCIL)
Tahun penubuhan 1952
Tempat Pulau Pinang
Pengasas Tay Hooi Keat
Ahli Kebanyakan guru seni lukis Pulau Pinang
Objektif a) Memperkenalkan dan menekankan nilai konsep dan
idea baru tentang pergerakan seni di Barat.
b) Membaiki nilai pencapaian di kalangan ahlinya.
Aktviti a) Mengadakan kelas bimbingan melakar luar studio.
b) Mengadakan ceramah dan perbincangan, serta
pameran.
Penukaran nama
pertubuhan
Menjadi Penang Art Teachers Circle pada tahun 1965
PERSATUAN SENI LUKIS PULAU
PINANG
( THE PENANG ART SOCIETY )
Tahun penubuhan 1953
Tempat Pulau Pinang
Pengasas Loh Cheng Chuan
Objektif Menganjurkan pelbagai pemeran seni bagi pelukis
tempatan dan luar negara di Pulau Pinang
MAJLIS SENI LUKIS PULAU
PINANG
( THE PENANG ARTS COUNCIL )

Tahun penubuhan 1953
Tempat Pulau Pinang
Pengasas Souter, Tay Hooi Keat, A. Sabapathy
Objektif Menganjurkan pelbagai pameran seni bagi pelukis
tempatan dan luar negara di Pulau Pinang
KUMPULAN SENI LUKIS WEDNESDAY
(THE WEDNESDAY ART GROUP(WAG))
Tahun penubuhan 1952
Tempat Kuala Lumpur
Pengasas Peter Harris
Tema kumpulan Seni Sebagai Wadah Ekspresi Diri
Objektif Memperkenalkan estetika, cara seni lukis, serta alat dan media
catan baru kepada ahli-ahlinya
Aktiviti Bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk melukis tubuh
manusia (figuratis), gubahan, dan lakonan
Gaya catan Pelbagai aliran impresionis, post-impresionis, dan gaya
tersendiri
Ahli-ahli yang aktif Peter Harris, Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh,
Anthony Lau, Dzulkifli Buyong, Ismail Mustam, Hajeedar Abdul
Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, Liau Siat
Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat,
Dan Tokoh-tokoh Lain
Sumbangan Pernah dikatakan bahawa asas falsafah yang disemai telah
menjadi tenaga pembimbing utama dalam bidang seni lukis di
malaysia pada hari ini
MAJLIS KESENIAN MALAYA
(THE ART COUNCIL MALAYA)
Tahun penubuhan 1952
Tempat Kuala Lumpur
Pengasas Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin bin Haji
Abbas
Ahli-ahli yang aktif Datuk nik ahmad khanril bin haji nik mahmood, tuan P.G. lim ,
dato kington loo, dan tokoh lain
Ciri keistimewaan Menerima bantuan tahunan daripada pihak kerajaan
Objektif a) Memberi sokongan kepada aktiviti seni seperti muzik,
drama, dan seni rupa
b) Menjaga seni dan pertukangan tempatan
c) Menggalakkan dan mengembangkan pengetahuan,
fahaman, dan amalan seni yang lebih meluas di tanah air
Sumbangan a) Memaparkan kesenian pada peringkat kebangsaan
b) Menaja pameran seni lukis kebangsaan perseorangan dan
asing, serta pameran-pameran seni lukis Malaysia di
negara asing
c) Mengelolakan pertandingan pada peringkat kebangsaan
d) Menggesa kerajaan menubuhkan sebuah balai seni lukis
dan sekolah seni negara
PERSATUAN SENI LUKIS SELANGOR
(SELANGOR ART SOCIETTY)
Tahun penubuhan 1954
Tempat Kuala Lumpur (Methodist Boys School)
Objektif a) Ahli-ahli bertemu, berbincang, dan mempelajari asas,
dan aspek-aspek halus tentang lukisan dan catan
b) Ahli yang berpengalaman menyebarkan pengetahuan
dan kemahiran kepada ahli muda yang berminat
Akitviti a) Mengadakan pertemuan pada hai Khamis untuk
lukisan tubuh dan potret
b) Mengadakan sesi lukisan dan lakaran pada hujung
minggu dan hari kelepasan am
Ahli-ahli yang aktif Yong Peng Seng, Choong Hooi Fah, Syed Zainal, Chong
Sing Kwai, Zakaria Noor,dan tokoh-tokoh lain
Tahun penubuhan 1970
MAJLIS KESENIAN MELAYU
(THE MALAY ART COUNCIL)
Tahun penubuhan 1956
Penaung Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tempat Kuala Lumpur
Perubahan nama
pertubuhan
Tahun 1958
Nama baru: Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)
Tahun 1964
Nama baru: Angkatan Pelukis Se-Malaysia
Objektif a) Menyatupadukan pelukis dan peminat-peminat seni
lukis di seluruh Malaysia
b) Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia
teras seni kebangsaan
c) Memelihara dan mengembangkan seni kebangsaan
d) Bekerjasama dengan pertubuhan kesenian, khasnya
seni lukis kebangsaan dan antarabangsa amnya
Peringkat awal Ahli-ahli utama:
Mohd Hoessin Enas(Pengerusi 1958), Yaakob Latif,
Habibah Baharuddin, Idris Salam, Zakaria Nor, Sabtu Yusuf
dan tokoh lain.
Aktiviti Mengadakan kelas-kelas pada hari sabtu :
a) Kelas potret diajar oleh mohd hoessin anas
b) Kelas arca diajar oleh idris salam
c) Kelas grafik diajar oleh zakarianor
d) Kelas seni dalaman diajar oleh habibah baharuddin
Gaya karya :
Banyak dipengaruhi oleh naturalis dan realis
Peringkat
terkemudian
Ahli-ahli aktif:
Mazli mat som, syed ahmad jamal(pengerusi 1969), dan
tokoh lain
Aktiviti a) Mengadakan kelas-kelas untuk memberi konsep baru
oleh beberapa orang pelukis terkemuka
b) Mengadakan aktiviti dalam bidang seperti bentuk,
warna, pengetahuan dan lain-lain
Gaya karya :
Campuran, gaya catan berpelbagai
Pelukis-pelukis
terkenal dari APS
Mohd Hoessin Enas, Idris Salam, Mazli Mat Som, Mohd
Salehuddin, Sabtu Yusuf, Zakaria Nor, Yusuf Abdullah, Syed
Ahmad Jamal, Amron Omar, Zulkifli Dahalan Dan Samjis
Mat Jan
KUMPULAN SENI LUKIS THURSDAY
(THE THURSDAY ART GROUP(TAG))
Tahun penubuhan 1957
Tempat Pulau Pinang
Pengasas Tay Hooi Keat
Objektif Memperkenal konsep seni lukis yang baru
Aktiviti a) Kelas lukisan diadakan pada setiap hari khamis dan
sabtu
b) Mengelolakan sesi perbincangan dan pameran
Ahli-ahli yang aktif Tay Hooi Keat, Abdullah Ariff, Kuo Ju Ping, Lee Joo For, Lim
Tong Juen, William K.K Lau dan tokoh lain
Gaya karya Beraneka : banyak dipengaruhi oleh aliran impresionis,
post-impresionis, ekspresionis dan abstrak ekspresionis
SUMBANGAN AKADEMI,
INSTITUT, MAKTAB, DAN
UNIVERSITI SENI HALUS
INSTITUT PERGURUAN SULTAN
IDRIS
Tahun penubuhan 1922
Tempat Tanjung Malim
Nama asal Sultan Idris Training College (SITC)
Objektif Menyediakan guru-guru yang boleh mengajar mata
pelajaran seni di Sekolah Rendah Melayu bagi seluruh
Tanah Melayu pada tahun 1930-an dan 1940-an
Sukatan pelajaran a) Lukisan
b) Catan
c) Grafik
d) Kraf tangan menganyam, pertukangan kayu, muzik,
dan sebagainya
AKADEMI SENI NANYANG
Tahun penubuhan 1937
Tempat Singapura
Pengasas Lim Hak Kai (juga selaku pengetua sehingga tahun 1963)
Keadaan pada
peringkat awal
a) Bilangan pelajar : 14 orang
b) Pensyarah sepenuh masa :
(i) Lim Hak Kai (pengetua dan pensyarah cat air dan cat
minyak)
(ii) Kao Fei Tse (pensyarah asas lukisan)
(iii) Chang Meng Tee (pensyarah grafik)
(iv) Chung Ting Mei (pensyarah sambilan)
c) Ciri keistimewaan :
(i) Akademi ditutup semasa Perang Dunia Kedua
(1941 1945)
(ii) Akademi dibuka semula pada tahun 1946 tetapi
menghadapi masalah kewangan
(iii) Jutawan Tseng Chee Dahy dan Tsai Yan Fu dilantik
sebagai lembaga pengarah untuk menyelesaikan
kesulitan

Kursus tawaran a) Mengikut model akademi beautx-arts (akademi
seni halus kerajaan perancis yang dianggap
sebagai institusi seni yang paling penting di dunia)
b) Mula menawarkan kursus pada peringkat diploma
yang mengambil masa tiga tahun pada tahun
1950-an
Pelukis yang pernah
berkhidmat sebagai
pensyarah
Cheong Soo Pieng, Chen Wen His, dan Georgette Chen
Liying
Pelukis tempatan
keluaran Akademi
Seni Nanyang
Chung Chen Sun, Cheah Yew Saik, Jehan Chan, Khoo
Sui-Ho, Kuo Ju Ping, Le Chek Wan, Lai Foong Moi, dan
Tew Nai Tong
Gaya catan pelukis
keluaran Akademi
Nanyang
Dipengaruhi oleh catan Eropah aliran impresionis, Post-
Impresionis, fauvisme, kiubisme, ekspresionisme
abstrak, tidak ketinggalan juga gaya lukisan dan catan
Cina

You might also like