You are on page 1of 57

SIEU CHIN YEE

WONG CHIA YI
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan
atau sulaman benang-benang secara
selang-seli antara benang loseng ( yang
menunggu ) dengan benang pakan ( yang
mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain.
Tenunan sonkat adalah dipercayai
berasal daripada kerajaan Dongson di
Kemboja sebelum ianya diperkanalkan
di Malaysia.
Terdapat tiga jenis tenunan yang
popular di Malaysia iaitu:
Tenunan Pahang
Tenunan songket (kain benang emas)
Tenunan Pua
berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang
pada abad ke-16.
Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan
atau Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan
bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan,
Pahang.
berkembang ke Kelantan dan Terengganu.

Tenunan Pahang menggunakan alat yang
dikenali sebagai kek siam.
Kedua-dua benang sutera dan benang kapas
boleh digunakan.
Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak
atau melintang.

menggunakan bahan pewarna semulajadi
seperti: daun terung( biru), kunyit( kuning)
air perahan belimbing untuk mematikan
warna.
Warna hitam dengan putih
atau hitam dengan samar.
Tidak melebihi dua warna
asas.
Jalur pengapit di tengah menyerlahkan corak kain.
Warnanya melambangkan bendera negeri Pahang
yang berdaulat.




kain sarung
kain sampin
selendang
pakaian tradisional
kegunaan pereka
fesyen

sejenis kain yang ditenun tangan, dan
mempunyai corak rumit benang emas atau
perak.



Nama kain songket berasal daripada teknik
membuat songket, iaitu menyongket atau
menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera.
Perkataan songket bermaksud membawa keluar
atau menarik benang daripada kain atau
menenun menggunakan benang emas dan
perak.
menghasilkan ciptaan seni tampak yang indah
Pusat tenunan di Semenanjung bermula di
Terengganu.
Terengganu dan Kelantan adalah pusat
pengeluaran kain tenunan.

TEKAT TIGA









TEKAT LIMA

Susunan
bunga penuh








Susunan
bunga
bertabur







Susunan
bercorak

Motif Tumbuh-tumbuhan
Motif Binatang
Motif Alam/Benda
Motif Kuih

kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk
rebung, atau bunga lawi ayam (dalam bentuk pucuk
rebung), diapit di antara kepala dan tepi kain.

bahan:benang,benang loseng,benang
pakan,benang pewarna
Alat :kek(loom)/tumpoh/kek pua,anak
geliging,lidi,belira,torak,cubaan dan
pelting(peleting),pasong dan papan gulung
teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh
atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di
permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun.
Proses menyungkit dilakukan
setelah benang karat butang
disediakan. Benang karat butang
digunakan untuk membuat reka
corak atau sulaman benang emas.
Mencelup benang
Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke
dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat
benang perlu dikeringkan, sebelum kerja
selanjutnya dilaksanakan.
Melerai benang
Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan
untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan
alat darwin dan alat pemutar rahat.
Menganeng benang
Proses membuat benang loseng yang diregang di alat
penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai
kain yang akan ditenun.
MenggulungBenang
benang yang diregang di alat menganeng
(ianian) digulungdengan sekeping papan
loseng.


Menyapuk benang
Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi
atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan.
Dua urat benang loseng dikaitkan melaluisetiap
celah gigi jentera.
Mengarak benang
Karak dibuat daripada benang asing yang
digelung. Benang losengberangka genap dan ganjil
akan diangkat turun naik secara berselang
selisewaktu menenun.
Menyongket benang
Proses mereka corak di atas benang loseng dengan
menggunakan alat yang di panggil lidi dengan
menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau
lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali
sebagai proses ikat butang.
Menenun
Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau
benang emas,dimasukkan ke kiri dan kanan di
celah-celah benang loseng mengikut corak yang
telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain.
Kain yangtelah siap ini dipotong mengikut saiz.
kain kapas berpola pelbagai warna dihasilkan
dan digunakan di Sarawak
Popular di kalangan kaum Iban di sarawak
Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan
tenunan kain pua dianggap sebagai objek
suci.
Menurut kepercayaan penenun mesti
mendapat kebenaran nenek moyang terlebih
dahulu sebelum menenum
Diguna sebagai kain dastar (tengkolok),
hiasan kepala atau pakaian lengkap ketika
upacara tertentu

Menggunakan warna cerah seperti merah,
kuning, biru, ungu dan latar hitam
Kombinasi warna coklat kemerah-merahan
yang terdapat pada tenunan pua
cukup harmonis dan menarik

Motif tumbuh-tumbuhan, binatang dan
lambang makhluk seperti corak cicak
(engkarong), buaya, lembaga manusia
(engkaramba) dan sebagainya memaparkan
keunikan rekacorak tradisi tenunan pua.
penenun pua kini lebih tertumpu kepada
motif moden seperti bentuk tumbuh-
tumbuhan dan geometrik.
Antara tumbuh-tumbuhan yang sering
ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk
rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-
bungaan.
Antara motif yang ditenun ialah motif bulan,
awan larat, alat tenun dan sebagainya.


kegunaan di upacara adat istiadat dan
keagamaan
pelbagai jenis pakaian tradisi
bidang (skirt),
sirat (cawat),
kalambi (jaket)
dangdong (kain sarung).

Memproses Benang
Benang putih yang telah dipilih direndam
semalaman di dalam air bersih. Kemudian
dimasukkan ke dalam campuran kanji
supaya benang yang akan digunakan dalam
tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak
mudah putus.
Menggulung Benang
Benang mentah yang telah dikanji dan
dikeringkan akan dimasukkan ke dalam
'Pelayang Benang' untuk digulung dalam
bentuk bebola.
Menggirit
Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan
dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan
dengan membawa mangkuk yang berisi
benang dari bahagian kiri alat tenunan dan
dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan
anak-anak kayu di antaranya untuk
memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.
Mengarap
'Kayu Lambongan' digunakan untuk
memasukkan benang yang terselit antara
kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari.
Benang ini kemudian akan diikat pada kayu
kecil yang disusunkan antara 'Kayu
Lambongan' dan 'Beliak'.
Menegi
Proses menegi dilakukan supaya
memudahkan lagi proses mengikat. Benang
yang telah digarap akan ditegi kepada dua
bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah
siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan
bawah, benang akan ditegangkan dengan
diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga
Benang'.
Mengikat Motif (Pertama)
Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat
berpandukan corak yang dikehendaki dengan
tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya
ikatan tidak diserap oleh warna apabila
melakukan proses pencelupan kelak.
Mencelup Warna (Pertama)
Benang yang telah diikat dikeluarkan dari
tangga benang, direndam dan dibilas dengan
air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan
pewarna mengikut warna yang dikehendaki.
Selalunya warna merah menjadi pilihan
proses mewarna pertama tenunan pua ini.
Mengikat Motif (Kedua)
Benang yang telah dikeringkan, akan
menjalani proses mengikat kali kedua tapi
ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak
dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah
untuk tujuan mencelup warna kedua.
Menenun Pua
Benang yang telah dibuka ikatan akan
dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas
benang dimasukkan pada kayu rakup dan
bahagian bawah akan disusupkan pada kayu
panjang sebelum diikat pada bahagian bawah
alat tenunan dan ditarik sehingga tegang.
Bahagian bawah ini disambung dengan
'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun).
Kemudian, benang yang dilancarkan dengan
'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas
untuk dijadikan kain pua pula.
DISEDIAKAN OLEH:
WONG CHIA YI
SIEU CHIN YEE

You might also like