Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan
kesempatan untuk menjalankan kajian tentang Penggunaan Bahasa SMS Dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Atas . Kajian ini amat penting untuk saya
kerana ini merupakan kajian luar Penggal 3 tahun 2013 Geografi STPM.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengetua Sekolah Menengah Tun
Syed Sheh Barakbah iaitu Puan Makelthom Binti Yaccob, kerana memberikan
kebenaran dan dorongan kepada kami untuk menjalankan kajian di kawasan Jeti
Batu Musang.
Sekalung penghargaan buat Puan Sofiatulniza selaku penyelia kerja
kursus kami yang tidak jemu untuk membimbing kami. Terima kasih juga
diucapkan kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna serta
membantu dari semasa ke semasa. Jasa beliau amat dihargai.
Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya atas
sokongan dan dorongan yang diberikan kepada saya sepanjang kajian ini
dijalankan. Terima kasih juga kepada mereka kerana memberikan saya bantuan
dari segi kewangan.
Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan seperjuangan Nur Hasnatun
Natasha Binti Mohd Nor, Kanages a/p Narasimulu dan Sanggari a/p Madivanam
yang bersama-sama berusaha untuk menyempurnakan kerja kursus ini.Kesudian
mereka yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya amat saya hargai.Budi
kalian untuk berkongsi informasi tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali,terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kajian kerja kursus ini dijalankan.




1.1 Latar Belakang Kajian
Mengikut perspektif sejarah, Sistem SMS (Short Message System)
dipelopori oleh Matti Makkonen, seorang pegawai kerajaan Finland yang bertugas
di Syarikat Posti. Pada tahun 1982, suatu persidangan telah bagi membicarakan
tentang komunikasi dengan menggunakan telefon bimbit. Matti Makkonen telah
banyak memberikan banyak sumbangan kepada dunia SMS dan beliau sendiri
pernah berkhidmat sebagai CEO di Finnet. Pada awal tahun 1984, SMS
diaplikasikan kepada suatu perkhidmatan kawalan mesej (Message
HandlingServices) dengan tujuan untuk dimasukkan dalam perkhidmatan bagi
telefon bimbit digital GSM. Peneroka terawal SMS terdiri daripada
cendikiawancendikiawan berbangsa Norvic diketuai J Audestad. Industri pertama
mengendalikan kemudahan menghantar mesej bermula pada 3 Disember
1992yang di anisatifkan oleh NeliPapworth daripada kumpulan Sema. Di United
Kingdom, pengiriman mesej telah dilakukan dengan menggunakan komputer
persendirian kepada Richard Jarvis menerusi rangkaian GSM. Sejak pada itu,
penggunaan SMS digunakan meluas sebagai medium berkomunikasi.
Sebelum abad ke-21, negara kita mempunyai landskap bahasa Melayu
yang diwarnai oleh pantun, syair, sajak, gurindam, peribahasa, bidalan, dan dialek
daerah dalam rumpun Melayu itu sendiri. Tetapi pada hari ini masyarakat lebih
senang berkomunikasi dengan menggunakan SMS yang merupakan satu khidmat
yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit di negara kita. SMS
telah dilancarkan secara komersial di Malaysia untuk kali pertamanya pada tahun
1995. Menjelang abad ke-21 pula, Bahasa Melayu mula dilanda bahasa SMS atau
sistem pesanan ringkas yang mencabar keutuhan bahasa Melayu untuk terus
releven dan lestari. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh ledakan komunikasi
teknologi pada masa kini telah merubah cita rasa masyarakat untuk menerokai
alam maya sebagai medium yang lebih mudah.
Penyakit menggunakan singkatan kata yang tidak mengikut standard yang
telah ditetapkan membawa satu cabaran baru kepada keutuhan bahasa Melayu.
Suatu penyakit yang kian parah melanda pengguna SMS ketika ini membuatkan
fenomena ini semakin hari semakin menjelikkan mata para pencinta bahasa
Melayu. Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak
terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan
kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberikan kesan terhadap
perkembangan bahasa Melayu. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai
unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa daerah
atau dialek. Singkatan dan gabungan kata juga turut digunakan secara sewenang-
wenangnya dalam bahasa SMS. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Abdullah
Hassan (1986:46-47) yang mengatakan bahawa perkembangan Bahasa Melayu
memang mengalami banyak masalah dari segi sikap, pelaksanaan dan juga tindak-
tanduk yang dilakukan untuk mempertingkatkan daya bahasa tersebut menjadi
satu bahasa yang berkesan dan mampu untuk menanggung kedua-dua tugas
utama, iaitu menjadi bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar pendidikan negara.
1.2Definisi Konsep
Bahasa SMS merupakan kod bahasa yang digunakan dalam
telekomunikasi internet, telefon bimbit serta telefon pintar. Bahasa terdiri
daripada kod teks yang diringkaskan dan piktograf (simbol termasuk smiley dan
emotikon) bagi menyampaikan mesej dalam konteks komunikasi tidak formal.
Kod yang digunakan dalam bahasa SMS, sama ada singkatan teks atau piktograf,
amat bersesuaian dengan maksud dan tujuan SMS yang bermakna Short Message
Service yang merupakan satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon
bimbit untuk pengguna mengirim atau menerima pesanan pendek. Perkhidmatan
ini juga turut membolehkan pengguna mengirim grafik, imej, pesanan audio dan
rakaman video yang lebih dikenali sebagai khidmat MMS (Multimedia Message
Service). Pesanan ini boleh dihantar dan diterima melalui telefon bimbit dan
komputer.
Penggunaan SMS yang kian luas dalam masyarakat hari ini telah memberi
pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Jika dilihat dari dari sudut yang positif,
penggunaan SMS ternyata banyak membantu untuk memudahkan tugasan atau
urusan dalam kalangan masyarakat Malaysia malahan turut menjimatkan kos. Hal
ini kerana, jika pada zaman dahulu masyarakat perlu menggunakan khidmat
telegram atau surat untuk menghantar pesanan yang akan memakan masa untuk ia
sampai kepada penerima tetapi kini tidak lagi. Dengan penggunaan SMS hal yang
penting dapat disampaikan dengan pantas dan menelan kos yang sedikit iaitu
serendah 1 sen pada rangkaian yang sama dan 5 sen bagi rangkaian yang
berlainan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan esei ilmiah ini mempunyai objektif seperti yang berikut, iaitu :

2.1 Mengenalpasti kata singkatan yang digunakan oleh pelajar tingkatan 6 atas
dalam sistem pesanan ringkas (SMS)
2.2 Membincangkan sebab penggunaan bahasa tidak formal dalam sistem pesanan
ringkas (SMS) dalam kalangan pelajar.
2.3 Mengkaji kesan penggunaan bahasa tidak formal dalam sistem pesanan
ringkas (SMS).


3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk mengetahui bahasa tidak formal yang
digunakan dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dalam kalangan pelajar
tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Tun Syed Sheh Barakbah. Antara
kepentingan yang ada dalam kajian kami adalah untuk megenalpasti penggunaan
bahasa SMS dengan betul seterusnya boleh dijadikan contoh dalam menghantar
SMS dengan penggunaan bahasa yang betul. Selain itu juga penggunaan bahasa
SMS dengan betul juga memudahkan kita untuk lebih memahami apa yang ingin
disampaikan kepada penerima. Hal ini kerana, bukan semua penerima kan faham
apa yang akan kita sampaikan. Akhir sekali adalah untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan menggunakan bahasa SMS dengan betul dan
dapat memartabatkan Bahasa Melayu.

4.0 SKOP KAJIAN
Fokus kajian adalah penggunaan bahasa tidak formal yang digunakan
dalam bahasa SMS dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Tun Syed Sheh
Barakbah. Penyelidik telah memilih beberapa lokasi atau skop sebagai kawasan
kajian untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah berbincang, kami telah memilih
pelajar-pelajar dari Tingkatan Enam Atas. Antara sebab pemilihan responden
adalah kerana merujuk kepada objektif kajian serta merupakan sumber yang
paling dekat manakala, pemilihan lokasi adalah di sekitar kawasan Sekolah
Menengah Tun Syed Sheh Barakbah.

5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada penggunaan kata yang terdapat dalam bahasa
SMS dalam kalangan 50 orang pelajar prauniversiti dari kelas Enam Atas Sains
Enam Atas, penggunaan bahasa SMS dalam kalangan mereka tidak
menggambarkan penggunaan bahasa SMS oleh seluruh anggota masyarakat


6.0 KAEDAH KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian ini dengan menggunakan kaedah kajian
korpus. Korpus yang dimaksudkan adalah teks SMS yang asal yang kami
kumpulkan pada responden. Bagi mendapatkan korpus untuk dikaji kami meminta
50 orang Pelajar Enam Atas menulis masej yang pernah dihantar pada penerima.
Kami telah mengedarkan sehelai borang kepada kepada responden seperti dalam
lampiran 1. Kami juga telah mengarahkan semua responden untuk menulis teks
SMS yang pernah dikirim kepada penerima dalam borang yang diedarkan.

7.0 DAPATAN KAJIAN
Pengkaji akan memaparkan dapatan kajian dan menjelaskan isu-isu yang
menjadi objektif kajian ini dijalankan iaitu mengenalpasti bentuk kata singkatan .
Dalam hasil kajian , kami akan menunjukan hasil atau dapatan daripada kajian
korpus, iaitu mengumpulkan teks asal daripada responden. Kami juga akan
menjelaskan isu-isu yang menjadi objektif kajian iaitu jenis-jenis kata yang
digunakan dalam pesanan ringkas. Hasil kajian ini adalah berdasarkan data yang
telah ditunjukan dalam lampiran dan jadual.

7.1Bentuk kata singkatan dan percampuran bahasa dalam SMS
Bidang lingustik, bentuk kata terkandung dalam bahagian morfologi.
Bidang morfologi akan mengkaji bentuk kata ,struktur suku kata dan golongan
kata. Bentuk kata yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah kata tunggal, kata
terbitan, kata ganda,kata majmuk dan kata singkatan atau akronim. Berdasarkan
model bentuk kata bahasa Melayu didapati bahawa bentuk kata yang paling
popular dalam teks SMS ialah bentuk singkatan. Kata singkatan ini diterjemahkan
ke dalam pelbagai bentuk yang dipendekkan sewaktu menulisnya melalui
beberapa proses yang berbeza. Misalnya pengguguran vokal atau konsonan,
pengguran vokal dan konsonan dan pengguguran suku kata.




Bil

Bentuk kata singkatan

Slanga

Bahasa SMS

1










2

Pengguguran vokal










Pengguguran vokal dan
konsonan


Saya

malam

lagi

dapat

balik


pergi

jangan

jalan

sangat

nak

perasan

tumpang

assalamm
ualiikum

bawah

cakap



sy

mlm

lg

dpt

blk


gi

jng

jln

sngt

nk

prsn

tmpng

slm


bwh

ckp

Berdasarkan jadual 1 di atas , didapati bahawa pelajar tingkatan enam atas suka
menggunakan empat jenis bentuk kata singkatan dalam SMS. Empat jenis bentuk
kata singkatan yang sering digunakan ialah pengguguran vokal, pengguguran
konsonan, pengguguran vokal dan konsanan dan suku kata.


7.1.1 Penggunaan Angka ,Simbol dan Huruf
Selain singkatan bahasa, didapati responden juga menggunakan angka
,symbol dan huruf dalam SMS yang dihantar. Responden menggunakan angka,
simbol dan huruf yang mempunyai bunyi atau sebutan yang hampir sama dengan
perkataan yang ditujukan. Contoh dapat dilihat dalam jadual 2.


Jadual 2 menunjukan penggunaan angka , symbol dan huruf dalam sistem pesanan
ringkas yang selalu digunakan oleh pelajar ketika menghantar SMS kepada rakan
mereka. Selain digunakan dalam keadaan biasa, singkatan juga kerap digunakan
dalam bidang tertentu untuk menggantikan keterangan yang panjang.



7.1.2 Penggunaan Bahasa Inggeris
Hasil daripada kajian korpus juga menujukan penggunaan Bahasa Inggeris
dalam SMS oleh pelajar tingkatan enam atas .Penggunaan Bahasa Inggeris dalam

Bil

Bentuk singkatan

Bahasa SMS

Slanga

1

Penggunaan angka

2

4

1

To

For

satu

2



3

Penggunaan simbol



Penggunaan huruf

X



K

Tidak



Ke atau ok
SMS tidak dipraktikan dengan betul , responden mengeja perkataan Bahasa
Inggeris dalam sebutan Bahasa Melayu. Jadual di bawah menunjukan contoh-
contoh perkataan Bahasa Inggeris yang di eja dalam sebutan Bahasa Melayu.

Bil

Contoh

Bahasa Inggeris

1

Txt

Text

2

Monink

Morning

3

Nite

Night

4

2mr

Tomorrow

5

V

We

6

U

You

7

Tq

Thank you

Hasil kajian juga dapati bahawa responden menggunakan kata bahasa asing iaitu
bahasa Inggeris dan dialek dalam teks mesej yang dikaji (rujuk lampiran). Selain
itu terdapat bentuk kata bahasa Inggeris yang dieja mengikut sebutan bahasa
Melayu , misalnya nite=night, monik=morning, dan u=you.



7.2 Sebab Penggunaan bahasa tidak formal dalam SMS

7.2.1 Cepat dan menjimatkan
Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif
akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini
membawa kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa
kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi
penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan,
sebenarnya mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan
singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan,
lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar.
Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat
yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak
disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu, contohnya Nxt
week blk umah tak? Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi
seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan pencemaran
bahasa.

7.2.2 Dianggap sebagai bahasa kretif
Bahasa SMS boleh dianggap sebagai suatu bahasa kreatif kerana ia
mengikut trend dan keperluan yang ada pada masa serta memudahkan
komunikasi. Oleh sebab itu, pengguna telefon bimbit mempunyai kecenderungan
untuk menggunakan menyingkatkan perkataan dan ciptaan emotikon (emoticon)
Penyingkataan perkataan tersebut boleh sahaja merepresntasikan sesuatu
perasaan, contohnya seperti, Oww untuk sakit, Hmmmm untuk berfikir,
Hehehe/ Hahaha pula untuk ketawa dan sebagainya.

7.2.3 Mudah mengingati dan memahami bentuk-bentuk singkatan
Penyingkatan perkataan-perkataan itu sebenarnya mampu
mengembangkan minda pembaca yang sentiasa cuba untuk mengingati dan
memahami pelbagai bentuk-bentuk singkatan malah menjana pemikir kreatif
dalam lingkungan masyarakat. Pengguna adakalanya menggunakan emtikon bagi
melambangkan maksud sesuatu bunyi atau perkataan. Sebagai contohnya, :) untuk
gembira, :( untuk sedih, ;( untuk menangis , :-) untuk tersenyum lebar dan
sebagainya. Penggunaan bahasa seperti singkatan atau ciptaan emotikon itu
sebenarnya menunjukkan bentuk sosial yang lebih solidariti dan akrab di antara
pengguna. Kreativiti dalam bahasa SMS ini adalah suatu inovasi dalam
penggunaan bahasa melalui teknologi maklumat yang boleh dianggap sebagai
suatu variasi bahasa yang membawa manfaat kepada penggunanya.

7.3 Kesan penggunaan bahasa tidak formal dalam SMS
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang ramai. Kalau dulu ringkasan melalui khidmat sistem
pesanan ringkas(SMS) mungkin penggunaan bahasa singkatan.Amalan bahasa
ringkas dalam dunia digital seperti mn ko nk pegi?atau ayat sebenarnyake mana
kau maha pergi?bukanlah isu baru namun ia belum mendapat perhatian
disebabkan had teks sebanyak 150 perkataan ditawarkan dalam telefon bimbit
menjadi penghalang, namun kebanyakan orang juga masih mengunakan jumlah
teks yang tidak dihadkan.

7.3.1 Pelajar menjadi malas dalam menulis esei yang panjang
kesan kegunaan bahasa ringkas dalam SMS ialah penggunaan bahasa
SMS yang keterlaluan boleh menyebabkan pelajar menjadi malas untuk
mengarang esei yang panjang. Bagi golongan pendidik pula, penggunaan bahasa
SMS dalam kalangan pelajar sangat menyusahkan mereka. Kabanyakan pelajar
menggunakan bahasa SMS dalam penulisan mereka sama ada dalam menulis nota
mahupun dalam peperiksaan dan ini akan menyulitkan mereka untuk
membacanya. Tambahan pula, penggunaan bahasa SMS yang terlalu ektrem
boleh merosakkan kemurnan bahasa tersebut kerana ayat yang terlalu ringkas
boleh disalahtafsir maksudnya.

7.3.2 generasi baru tidak berminat untuk mempertahankan bahasa melayu
generasi baru tidak berminat untuk mempertahankan bahasa sebenar
penggunaan bahasa SMS yang keterlaluan boleh menyebabkan generasi baru
tidak lagi berminat untuk mempertahankan bahasa sebenar mereka. Ini kerana
bahasa SMS lebih sebati dalam kehidupan mereka. Bahasa SMS yang
menggunakan struktur bahasa yang buruk, ringkas dan mempunyai kesalahan
ejaan boleh menyebabkan bahasa melayu hilang kemurniannya. Sekiranya bahasa
SMS dibiarkan secara berterusan penggunaanya, maka. kualiti penulisan dan
kecekapan mengeja pasti akan berkurangan teritamanya membabitkan pelajar
sekolah rendah hingga sekolah menengah atas.

7.3.3 kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang merupakan kesan
kepada pencemaran bahasa dalam SMS. Apabila bahasa tercemar maka ini akan
menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan dating untuk mempelajari sesuatu
bahasa tersebut. Generasi akan dating terkeliru untuk memperaktikkan bahasa
yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan
dating mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut
akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identity bahasa
tersebut. Impaknya disini, mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu
memperbaikki pencemaran bahasa dalam SMS.

8.0 RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan kajian yang dibuat, penkaji mendapati bahawa penggunaan
bahasa dalam SMS tidak menepati penggunaan bahasa melayu yang sebenar.
Responden menggunakan bahasa yang salah dalam menulis SMS. Pengguna SMS
ini seoleh-oleh mencipta bahasa yang digunakan untuk menghantar SMS kepada
penerima. Jika keadaan ini berterusan, ia akan mendatangkan impak yang negatif
kepada perkembangan Bahasa Melayu. Hal yang mungkin akan terjadi ialah,
pelajar-pelajar tingkatan 6 atas terbiasa menggunakan bahasa SMS dalam
penulisan esei, menjawab peperiksaan dan lain-lain situasi rasmi. Oleh hal yang
demikian semua pihak yang bertanggujawab perlu memainkan peranan dengan
sebaik mungkin agar dapat menghalang fenomena ini daripada terus menggugat
kedaulatan Bahasa Melayu.

9.0 PENUTUP
Masalah penggunaan bahasa ringkas yang melibatkan seluruh bahasa
dituturkan oleh masyarakat sedunia pada hari ini, malahan terdapat juga laporan
di ahli akademik Dublin yang mendapati penggunaan bahasa SMS mengancam
kemampuan pelajar sekolah dalam penulisan. Menurut Suruhanjaya Peperiksaan
Dublin pula, kesalahan nahu dan tatabahasa pelajar kini di tahap yang
membimbangkan."Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan SMS
dalam komunikasi telah memberi kesan kepada penulisan pelajar. Oleh itu
berdasarkan laporan diatas, langkah-langkah mengatasi perlu diambil untuk
menyelesaikan isu penggunaan bahasa SMS dalam sistem pembelajaran dan
kehidupan seharian.Contohnya, di Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka adalah
satu badan yang seharusnya diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan
memberi amaran serta boleh mendakwa terhadap pihak-pihak yang melakukan
kesalahan penggunaan bahasa. Selain itu, semua pihak perlu berkerjasama dalam
menangani isu-isu penggunaan bahasa SMS ini. Dengan ada langkah langkah
tersebut, mutu bahasa melayu baku lisan atau tulisan dapat dipertingkatkan serta
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak akan tergugat
sama sekali.

You might also like