Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Restoran Secret Recipe

Secret Recipe kini dianggap sebagai salah sebuah perniagaan restoran francais yang paling
berjaya. Pada tahun 2011, Secret Recipe mempunyai kira-kira 200 francaisi dalam negara
dan juga memiliki cawangan di China, Australia, Filipina, Thailand, Indonesia dan beberapa
negara lagi. Kejayaan Secret Recipe banyak dikaitkan dengan pengusahanya iaitu Datuk
Steven Sim yang menunjukkan kreativiti yang tinggi dan ciri-ciri usahawan yang gigih.
Disamping itu, beliau juga dilihat telah berjaya dalam merealisasikan idea-idea sehingga
menjadi produk yang berupaya dikembangkan.
Sejak kecil Datuk Steven Sim telah suka mencuba benda yang baru dan kreatif dengan
menginovasi produk yang tidak pernah terfikir oleh rakan-rakan seusianya dan kemudian
menjualnya kepada mereka. Sifat ingin tahu beliau diteruskan ketika beliau menjawat
jawatan sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat antarabangsa. Sambil menjalankan
tugas, beliau banyak membuat pemerhatian tentang perniagaan makanan dan mendapati
banyak perniagaan makanan berasaskan fine dining dan kedai makan biasa tetapi tiada
kedai memberikan perkhidmatan casual dining. Bagi merealisasikan idea casual dining ini,
restoran yang diberi nama Secret Recipe yang pertama telah dibuka pada 1997 di SS2
Petaling Jaya.
Oleh kerana dana yang terbatas, beliau membuat pemasaran melalui promosi kopi percuma
dan telah berjaya membuka mata pelanggan akan kehadiran restoran tersebut. Restoran
yang dibuka bersama tiga anak saudara yang berkemahiran dalam pembuatan kek mula
mendapat publisiti apabila berjaya dalam satu pertandingan kek keju berprestij. Restoran
casual dining yang diasaskan beliau adalah dianggap unik dan selesa disamping
menawarkan produk pada harga yang berpatutan. Kejayaan yang dikecapi membuatkan
beliau tidak lagi menoleh ke belakang lagi dan terus mengambil initiatif untuk
memperkenalkan restoran yang bukan sahaja menjual kek dan kopi, tetapi juga menjual
makanan berasaskan masyarakat Malaysia dan Asia.
Setelah menerima sambutan yang sangat mengalakkan, beliau telah mengembangkan
perniagaannya secara francais bermula dengan rakan-rakan dan saudara mara. Dengan
adanya pengiktirafan sijil Halal, kepercayaan orang ramai terhadap restoran beliau
meningkat kerana kebersihan dan kualiti makanan yang dihidangkan adalah di tahap yang
tinggi. Inisiatif beliau yang ingin memperkenalkan masakan Malaysia ke luar negara amat
tinggi dan direalisasikan dengan pembukaan restoran di China, Australia, Filipina, Thailand,
Brunei dan Singapura, walaupun pada awalnya mengalami kesukaran terutamanya persepsi
luar terhadap restoran dari Malaysia. Dengan mempunyai rangkaian sebanyak 212 di
Malaysia dan 80 rangkaian di luar Negara, Secret Recipe ini telah menjadi ikon Malaysia di
pasaran antarabangsa.
Soalan:
1. Jelaskan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat pada Dato Steven Sim (10 markah).
2. Terangkan bagaimana Datuk Steven Sim merealisasikan ideanya dalam perniagaan
restoran Secret Recipe (12 markah).
3. Bincangkan faktor yang mendorong Datuk Steven Sim dalam mengembangkan
perniagaan Secret Recipe sehingga ke peringkat antarabangsa (12 markah).

You might also like