Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Refleksi AJK Dokumentasi Kejohanan Larian Ria 2014

Bagi program Kejohanan Larian Ria Kali Ke-24 telah diadakan pada 1 Mac
2014, hari Sabtu di IPGK Sultan Abdul Halim. Program ini dibawah anjuran Kursus
WAJ 3112 Pengurusan Olahraga PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2012 dan
dikelolakan oleh Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim.
Kami dibahagi oleh organisasi induk dan diberi amanah sebagai AJK
Dokumentasi yang mencatatkan segala aktiviti yang berlangsung sepanjang
program dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas.
Program larian Ria ini merupakan satu aktiviti yang wajib dijalankan setiap
tahun. Program ini berupaya memperkembangkan potensi setiap warga IPG
Kampus Sultan Abdul Halim selari dengan inpati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Malah, program ini juga akan menambah bilangan penyertaan guru pelatih ke arah
integrasi nasional.
Selaku Jawatankuasa Laporan dan Dokumentasi, kami telah mempelajari
banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakannya dengan
sempurna. Kami diberi tugas untuk merekod segala aktiviti yang berlangsung
sepanjang program dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas. Selain itu, kami
perlu mendapatkan segala maklumat berkaitan jawatankuasa dan peserta-peserta.
Selepas kami diberi amanah, kami mula bermesyuarat untuk bekerja dalam
kolaborasi dan koperatif. Kami mengagihkan tugas secara berpasangan dan
mencatatkan perkara yang berlaku pada fasa sebelum kejohanan larian ria iaitu
mesyuarat untuk membincang dan merancang; fasa semasa menjalankan
kejohanan seperti persiapan untuk menjayakan program, menyempurnakan larian
ria dan penyampaian hadiah serta fasa selepas kejohanan seperti mesyuarat untuk
membuat refleksi berdasarkan kelancaran program kejohanan.
Dengan menggunakan cara merekod dan mencatat segala maklumat, kami
perlu bekerjasama dengan teknologi iaitu dengan menggunakan kemudahan
teknologi, kami menggunakan smartphone untuk mencatat dan merekod aktiviti yang
dijalankan. Selaim itu, kami juga perlu menggunakan kamera untuk mendapatkan
gambar yang diingini untuk menyediakan laporan. Satu gambar yang berkualiti,
bukan sahaja bergantung kepada kecanggihan sebuah kamera, ia juga memerlukan
kemahiran mengambil gambar yang berkualiti seperti aperture, light exposure, sudut
mengambil gambar, teknik-teknik seperti teknik panning dan sebagainya.
Melalui amanah yang diberi ini, kami telah mempelajari agar menjadi seorang
yang proaktif serta sentiasa bersiap sedia terhadap perkara yang akan berlaku di
sekeliling sendiri. Kami perlu menambahkan kepekaan kami terhadap tugasan dan
amanah yang diberi. Jadi, kami perlu sentiasa mencatat dan mengambil gambar
yang sepatutnya pada masa yang tepat. Kepekaan adalah penting bagi seseorang
guru yang akan mendidik anak murid. Kesediaan diri yang baik dan kepekaan akan
membimbingkan anak murid ke hala tuju yang lebih cerah dan tepat.
Selepas kami mendapat data-data, kami perlu mengemaskan dan
memproseskan sumber-sumber tersebut. Melalui proses ini, kami mendapati
kepentingan mengemas dan memproseskan bahan maklumat dengan efektif. Kami
perlu menyediakan laporan apabila habis mengemaskan gambar-gambar yang
dikumpul. Ini memerlukan kemahiran berfikir yang logikal dan sistematik. Dengan
bantuan kecanggihan teknologi, ini telah meringankan dan mempercepatkan kerja
kami untuk menghasilkan laporan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dalam proses penyediaan laporan, kami telah mendapati bahawa
kepentingan ilmu pengetahuan dan bahasa. Hal ini demikian kerana menghasilkan
satu laporan yang sempurna, kami memerlukan kemahiran untuk menyediakan
laporan serta menggunakan bahasa yang ringkas dan tepat untuk
mempersembahkan. Bahasa yang ringkas, tepat dan mudah difahami adalah
penting bagi laporan kerana ia memerlukan pembaca mendapatkan maklumat yang
diingini dalam masa yang singkat. Sebagai seorang guru, menguasai bahasa adalah
perlu dalam bertutur dan penulisan. Melalui penyediaan laopran kali ini, kami dapat
memperkakaskan bahasa kami dalam bawah bimbingan pensyarah dan rakan.
Kami rasa bersyukur kerana kami memahami tugasan kami dan dapat
melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dalam kejohanan larian ria ini. Ucapan
ribuan terima kasih kepada semua secara langsung dan tidak langsung telah banyak
memberi kerjasama kepada kami.

You might also like