Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1

PERATURAN DAN ETIKA PERTANDINGAN BOLA BALING ICE



1 MASA PERTANDINGAN
1.1 Tempoh permainan
Secara KALAH MATI pusingan saringan dan LIGA pusingan suku akhir dengan masa
permainan 5 minit setiap separuh masa dengan 3 minit masa rehat. (5 :3: 5) . Perlawanan
Akhir akan dijalankan 7 minit setiap separuh masa dengan 3 minit masa rehat (7 :3: 7).
1.2.1 Masa Rehat Pasukan (1 minit )
1.2.2 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi
setiap separuh masa, ketua pasukan hendaklah memaklumkan kepada Penjaga Masa (Time
Keeper).
1.2.3 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Semasa pasukannya mengawal bola.
Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri
setelah bola tersasar keluar.
2 BILANGAN PEMAIN
2.1 Setiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 9 orang pemain terdiri daripada 6 orang
dengan 3 orang pemain ganti.
2.2 Setiap pasukan haruslah mendaftarkan pemain masing- masing pada AJK pendaftaran
pada hari pertandingan.
2.3 Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila
masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain
pengganti masuk.
3 SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara KALAH MATI dan LIGA seperti berikut:-
3.1 Pusingan Pertama
3.1.1 Semua pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan ( A dan B ) dan pertandingan
dilaksanakan secara KALAH MATI.
3.1.2 Penetapan pasukan dalam kumpulan akan ditentukan oleh pihak pelaksana program.
3.2 Pusingan Kedua
3.2.1 Kesemua pemenang melalui sistem KALAH MATI dari setiap kumpulan akan mara ke
pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara LIGA dalam kumpulan.
3.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
3.2.3 Pasukan yang berada pada kedudukan pertama dalam kumpulan akanmemasuki
Perlawanan Akhir bagi penentuan Juara/ Naib Juara. Manakala pasukan yang berada pada
kedudukan kedua dalam kumpulan akan bertanding bagi tempat ketiga / keempat.
4 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

4.1 Secara Liga
Cara Memberi Mata
Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
4.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut :
4.1.1.2 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
4.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
4.1.1.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
4.1.1.5 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
4.2 Secara Kalah Mati
4.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, balingan
percuma (BALINGAN 7 METER) akan dijalankan seperti berikut :
4.2.2.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara
membaling berselang-seli oleh 5 pemain.
4.2.2.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli
dengan sistem Sudden death sehingga keputusan diperoleh.
4.2.2.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
4.2.2.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.
4.2.2.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
4.2.2.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan
mestilah berada diluar garisan balingan percuma.
4.2.2.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
4.2.2.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.
5 PAKAIAN
5.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
5.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau boot. Kasut berpaku tidak
dibenarkan sama sekali.
5.3 Kasut boot yang mempunyai 6 - 8 stud tidak dibenarkan dipakai dan tinggi stud yang
dibenarkan tidak melebihi 12 mm.
5.4 Setiap pemain hendaklah memakai T shirt dan bip sama warna yang disediakan mengikut
pasukan masing- masing.
5.5 Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan
kecederaan.
6 ALATAN ( BOLA )
Lilitan - 58 cm hingga 60 cm.
Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.
7 KELEWATAN
7.1 Hanya 5 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Sekiranya pasukan tidak
berada di padang pada waktu yang ditetapkan , pasukan tersebut dikira kalah .Selepas itu,
pihak lawannya akan diberi kemenangan .
8 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
8.1 Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa
pertandingan dijalankan.Sekiranya pasukan hendak menarik diri , ketua pasukan hendaklah
memaklumkan secepat yang mungkin kepada pihak pengelola serta memberi sebab secara
bertulis kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan
tatatertib dikecualikan.
9. PENGADIL
9.1 Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan
mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan
seorang pencatat.
10. PERMAINAN PASIF
10.1 Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif.
PASIF bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan gol
terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan.
11. MEMULAKAN PERMAINAN
11.1 Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang
dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam
kawasan sendiri.Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang memegang
bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah.Permainan bermula dengan tiupan
wisel pengadil gelanggang.
12. JARINGAN GOL
12.1 Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol
boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.
13. MEMAINKAN BOLA
a. Pemain dibenarkan :
Mengambil 3 langkah dengan bola.
Memegang bola maksimum 3 saat.
Menggelecek.
Menjunam untuk mendapatkan bola.
b. Pemain tidak dibenarkan :
Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.
14 MENGHADANG PIHAK LAWAN
14.1 Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau
tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas,
memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.Pemain juga tidak
dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.
15 BALINGAN KE DALAM
15.1 Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di
udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil
dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak
garisan tepi.Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
16 BALINGAN KE DALAM DI SUDUT
16.1 Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar
melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan
gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi.Pemain
lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.
17 BALINGAN PENGADIL
Ia diberikan apabila :
17.1. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
17.2. Bola direbut oleh kedua-dua pemain.
18 BALINGAN PERCUMA
Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di
mana kawasan itu berlaku kecuali :
18.1. Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter balingan dibuat di luar garisan 9
meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan.
18.2. Bila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau
di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi
kelebihan kepada pihak lawan).
18.3. Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9
meter.
18.4. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati
di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.
Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau
gelanggang semasa membuat balingan.Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum
balingan dilakukan.
19 BALINGAN GOL
Balingan ini diberikan apabila
19.1. Bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
19.2. Bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.
20 BALINGAN 7 METER (PENALTI)
Balingan ini diberikan apabila
20.1. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
20.2. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
20.3. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut
disentuh oleh penjaga gol.
Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter.Pemain yang mengambil balingan 7
meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan.Penjaga gol
boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.
21 HUKUMAN SUSULAN
Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma
kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat. Antara hukuman yang
boleh diberikan :
Amaran (Kad Kuning)
2 minit penggantungan
Penyingkiran
Pembatalan


"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"
"At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah"
"Sport The Diversity"
Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar
PERUBATAN 2013/2014

You might also like