Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SOALAN 5 :

DENGAN BERDASARKAN KEPADA


CONTOH-CONTOH TERTENTU
BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR
YANG TELAH MEMBOLEHKAN
SINGAPURA MENJADI SEBUAH
PELABUHAN TERNAMA DI DUNIA
PENGENALAN

Singapura merupakan sebuah negara yang bergantung
sepenuhnya pada sektor pelabuhannya yang kini merupakan
pelabuhan kontena paling utama di dunia.
Pelabuhan Singapura merupakan terminal yang menjalankan
fungsi pengendalian perdagangan maritim dan mengendalikan
sistem perkapalan.
Singapura merupakan pelabuhan perantaraan yang tersibuk di
dunia.
Singapura mencatatkan jumlah KDNK per kapita yang tinggi
iaitu sebanyak $59,900 pada tahun 2011 iaitu tempat ke-5
teratas dalam kedudukan dunia
Terdapat lebih 130,000 kapal berlabuh dengan 30 juta kontena
dan 500 juta tan metrik kargo serta menerima 1 juta
penumpang pelayaran di Singapura.
FAKTOR-FAKTOR
1. Lokasi yang strategik
* Singapura berada di tengah2 jalan perdagangan antara
Timur dan Barat
*Singapura juga terletak di pertengahan Asia Tenggara dan
ini menjadikan Singapura sebagai pusat pengumpulan hasil
dari Asia Tenggara.
* Singapura juga terlindung dari tiupan angin monsun oleh
Pulau Sumatera dan ini menyebabkan pelabuhan Singapura
mempunyai air yang tenang dan menjadi tempat persinggahan
kapal-kapal perdagangan di seluruh dunia
* Dengan lokasi yang strategik ini Singapura telah menjadi
pelabuhan perantaraan yang penting dan utama di dunia.


2. Kemudahan dan infrastruktur yang baik
# Di pelabuhan Singapura menyediakan pelbagai kemudahan
dan infrastruktur yang baik kepada kapal-kapal yang berlabuh.
# Singapura menyediakan pusat pembaikan kapal-kapal yang
mengalami kerosakan
# Singapura juga menyediakan operasi pembinaan kapal yang
paling maju dari segi teknikal dan cekap dalam penyediaan
pembaikan kapal di Asia Tenggara.
# Pelabuhan Singapura turut menyediakan perkhidmatan
marin yang penting seperti pemanduan,penundaan, bekalan air
tawar, pertukaran anak-anak kapal serta bekalan kapal
# Antara infrastruktur lain yang disediakan ialah sistem bank
yang baik, kemudahan pinjaman dan rangkaian sistem
telekomunikasi.
3. Pembukaan Terusan Suez

~ Terdapatnya terusan suez ini telah memendekkan perjalanan
laut di antara Eropah dan Asia serta mengurangkan kos
pengangkutan.
~ pembukaan terusan suez ini juga membolehkan pemasaran
lebih banyak jenis dan kuantiti barangan perdagangan.
~ pembukaan terusan suez merupakan faktor penting bagi
perkembangan perdagangan Singapura.
4. Tenaga kerja yang cekap dan mahir
^ Singapura telah menggunakan lebih 170,000 tenaga kerja
bagi mengendalikan pengurusan pelabuhan
^ The Maritime and Port Authority of Singapura (MPA) telah
memperkenalkan pelbagai program ijazah atau diploma
maritim untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran
tinggi.
^ MPA juga menawarkan subsidi dan biasiswa yang
bertujuan untuk menggalakkan pembangunan tenaga manusia
dalam industri maritim
^ MPA juga menyediakan kursus latihan bagi kakitangan
khusus bagi menghasilkan pekerja yang cekap dan
berkemahiran tinggi.
5. Tahap keselamatan dan kestabilan politik
* Keselamatan di pelabuhan dan keselamatan kapal-kapal
amat penting dalam pembangunan pelabuhan Singapura
* Keadaan di Singapura yang selamat dari sebarang
peperangan telah menyebabkan ianya menjadi pelabuhan
tersibuk di dunia
* Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan dengan menggunakan
Vessel Traffic Information System (VTIS) bagi mengawal
laluan kapal-kapal ini.
* Singapura juga telah menjalinkan hubungan dengan
pelbagai negara demi memastikan kestabilan politiknya
* Keadaan ekonomi dan politik Singapura yang maju telah
menyakinkan syarikat kapal-kapal dagang beroperasi di
Singapura
6. Pembangunan pelabuhan
# Pembangunan pelabuhan telah di adakan di Pelabuhan Jurong
yang terletak di penjuru barat daya Sumatera
# Pelabuhan ini digunakan untuk perdagangan barangan
perindustrian dan barang-barang pukal.
# Pelabuhan Sembawang yang terletak di Utara Singapura
digunakan untuk mengendalikan barang-barang bernilai seperti
kayu balak,kayu papan,dan kayu gergaji.
# Pelabuhan Kontena di kawasan Lagun Timur yang
berhampiran dengan Keppel telah di bina khas sebagai
terminal moden untuk mengendalikan kontena.
KESIMPULAN
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemajuan
Pelabuhan Singapura sehingga menjadi salah satu pelabuhan
yang tersibuk di dunia.
Walaupun Singapura sebuah negara kecil dengan hasil produk
yang sedikit tetapi Singapura berjaya membuktikan bahawa
negara itu boleh menjadi sebuah pelabuhan enterpot yang
berperanan penting di dunia.

You might also like