Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Kuliah 3

KELUARGA BERFUNGSI DAN KURANG


BERFUNGSI
(Healthy and Dysfunctional Characteristic of Families)
Keluarga yang berfungsi (healthy families) tidak banyak
memberikan tekanan kepada ahli-ahli keluarganya .

Dalam keluarga healthy family
Hubungan yang baik
Memberi dan menerima (give and take) di kalangan ahli
keluarga

Biasanya keluarga yang berfungsi mempunyai ciri-ciri berikut
:-

Peka dengan maksud dan erti keluarga berkualiti

Peka kepada tekanan-tekanan yang dijangka dan di luar
jangka serta kesannya ke atas keluarga.

Peka kepada kesan atau pengaruh struktur keluarga ke atas
kefungsian keluarga.

Mempunyai strategi kawalan diri (coping) bila berhadapan
dengan tekanan-tekanan dalam keluarga; dan

Sedar dan mahir di dalam penjagaan kesihatan terutamanya
kesihatan mental terhadap keluarga.

Keluarga Tak Berfungsi
Keluarga yang tidak berfungsi pula banyak
memberi tekanan dan masalah kepada
keluarga serta menggangu kehidupan
sempurna.
Kualiti Keluarga Berfungsi
Keluarga yang berfungsi (healthy) bukan sahaja
dikira sebagai tidak mempunyai sebarang penyakit
(pathology) tetapi ia juga merangkumi:

Proses interaktif yang dikaitkan dengan hubungan dan
hasilan yang positif.

Melibatkan pertanggungjawaban yang beretika

Hubungan baik yang wujud melalui keseimbangan
dalam tolak ansur sesama ahli keluarga.
Keluarga yang bahagia dicirikan dengan
elemen-elemen berikut:-
Sumber wibawa yang sah.

Sistem peraturan yang stabil.

Pemupukan tingkahlaku bersama dan saling hormat menghormati.

Amalan pemeliharaan anak dan berkeluarga yang berkesan dan stabil.

Mempunyai matlamat yang produktif untuk dituju.

Kebolehsuaian dan menyesuaikan segala bentuk cabaran.

Komitmen di kalangan ahli keluarga.



Saling menghargai di antara satu sama lain.

Kesediaan meluangkan masa bersama.

Corak komunikasi berkesan.

Orientasi spiritual dan keagamaan yang kuat.

Kebolehan mengendalikan krisis dengan cara yang positif.

Saling memberi galakan.

Mempunyai peranan yang jelas.

Struktur dan organisasi yang sesuai.

Secara ringkasnya keluarga berfungsi mempunyai
ciri-ciri yang ideal seperti berikut, Krysan,Moore
& Zill, 1990 dalam Glading 2002

Komitmen:
Dalam keluarga yang mempunyai komitmen yang kuat antara
satu sama lain, ahli tidak hanya mengabdikan diri untuk
kesejahteraan keluarga tersebut malah untuk perkembangan
tiap-tiap ahli keluaraga itu. (Thomas, 1992, p.62) Komitmen
dalam keluarga adalah asas untuk ahli keluarga memberikan
masa dan tenaga untuk kegiatan yang berkaitan dengan
keluarga
Saling menghargai
Dalam keluarga yang sihat, Pasangan (suami/isteri) cenderung
untuk membina harga diri pasangan mereka dengan saling
mencintai, menghormati, dan memberi pujian.

Kesediaan meluangkan masa bersama
Keluarga yang sihat menghabiskan masa kuantitatif dan
kualitatif bersama-sama.


Corak Komunikasi yang Efektif
Komunikasi berkaitan dengan penghantaran dan
penerimaan maklumat verbal dan nonverbal di antara
ahli keluarga. Hal ini termasuk kemahiran dalam pola
pertukaran maklumat melalui sistem keluarga (Brock &
Barnard, 1999, p.36)

Orientasi Keagamaan dan kerohanian
Penglibatan dalam agama / dimensi kehidupan rohani
juga berkorelasi dengan keseluruhan erti sebuah
perkahwinan dan kesihatan keluarga , kesejahteraan dan
membantu keluarga menemukan makna dan prinsip-
prinsip moral yang digunakan untuk hidup (Griffitth &
Rotter, 1999)

Kemampuan untuk menangani krisis dengan
cara yang positif
Peristiwa yang dijangkakan adalah salah satu yang
mudah diramalkan dan benar-benar berlaku
Peristiwa yang tidak dijangkakan.

Galakan Individu
Oleh kerana keluarga bekerja sebagai satu sistem,
mereka akan menjadi kuat apabila terdapat sokongan dan
galakan dari ahli yang lain. Oleh kerana itu adalah
penting keluarga untuk menggalakkan perkembangan
bakat dan kemampuan masing-masing.

Peranan dan tanggungjawab yang jelas
Peranan ditentukan dan kelakuan yang berulang-ulang
yang melibatkan set mengenai aktiviti timbal balik
dengan ahli keluarga lain. (Steinhauser, Santa Barbara, &
Skinner, 1984) Peranan dalam keluarga yang sihat adalah
jelas, tepat, ditentukan dengan sesuai, persetujuan
bersama, bersepadu dan disahkan (Minuchin, 1974)

TAMAT

You might also like