Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PANDUAN MENYEDIA TUGASAN HBEF 2303

KEFAHAMAN SOALAN:
1. Anda perlu fokus kepada persisian yang sesuai digunakan telefon pintar dan tablet.
2. Anda perlu baca bab 8 dan bab 9 modul, untuk mengetahui dan mengaitkan
kehendak tugasan dengan skop PPBK.
3. Anda diminta melakukan satu kajian kecil berkenaan dengan satu perisisan yang
anda pilih dan laporkan proses serta hasil dapatan kajian anda.
4. Laporan anda perlu meliputi semua kriteria penilain yang akan dibentangkan bawah
untuk mendapat markah maximum untuk setiap kategori.

KEHENDAK TUGASAN:
(a) Proses Pelaksanaan Anda
1. Untuk bahagian (a), menyenaraikan apa yang perlu dilakukan sebelum menulis
laporan.
2. Anda perlu baca bab 8 dan bab 9 dahulu. Faham apa yang dimaksudkan PPBK dan
jenis PPBK.
3. PIlih persisian yang terkandung dalam satu jenis PPBK (lati tubi, tutorial, simulasi,
ujian......) dan yang penting, sesuai untuk telefon pintar dan tablet dan bukan untuk
PC sahaja.
4. Anda perlu cuba dan mahir penggunaan perisian tersebut.
5. Rujuk modul bab 9 tentang penilaian perisian. Fokus kepada bahagian Isi
Kandangan dan Teknikal sahaja, rujuk ciri-ciri dalam jadual bahagian berkenaan, dan
sediakan item-item soal selidiknya (Contoh: Ciri Isi Kandungan Skop, Kesesuaian,
Ketetapan. Ciri Teknikal Navigasi, Rekod, Kualiti, Persembahan)
6. Anda boleh gunakan skala likert (1 hingga 4, 1 = tidak memuaskan, 2=kurang
memuaskan, 3=memuaskan, 4=sangat memuaskan) untuk menentukan tahap
persepsi responden. Anda boleh juga menggunakan Ya atau tidak. Kemudian anda
boleh menggunakan excel untuk kira kekerapan atau peratusannya. Sesiapa yang
lebih mahir, boleh juga menggunakan min dan sisihan piawian untuk menentukan
dapatan kajian.
7. Anda perlu memilih bilangan guru-guru lain dalam sekolah anda atau disekolah lain
untuk dijadikan responden kajian anda. Bilangan tidak terhad, tetapi, sekurang-
kurangnya 10 orang.
8. Demostrasikan atau buatkan satu kursus berkenaan penggunaan persisian dalam P
& P dan setelah kursus atau demostrasi tersebut, minta guru-guru menjawab soal
selidik yang disediakan.

(b) Laporan Kajian Anda
1. Setalah kajian anda, satu laporan lengkap perlu disediakan.
2. Masukkan data soal selidik anda ke dalam Excel atau kalau mahir, boleh juga
gunakan SPSS. Kemudian, anda perlu pilih, nak guna peratusan atau mengira min
untuk menganalisis dapatan kajian anda.
3. Taip laporan anda dengan Microsoft Words mengikut templat yang telah ditetapkan
dengan sub topik berikut sebagai panduan(CADANGAN BERIKUT HANYA SEBAGAI
PANDUAN SAHAJA):


1.0 PENGENALAN
- Perkembangan P & P semasa
- Perkembangan Teknologi Pendidikan Semasa
- Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
- Skop kajian anda dan pendekatan

2.0 KAJIAN ILMIAH
- Anda diminta membaca jurnal, buku yang berkaitan dengan tajuk kajian anda
dan apa jua perkara yang berkaitan secara langsung dengan perkara kajian.
- Anda boleh memulakan paragraf dengan rujukan bacaan (sepertai, Tan(2013)
mengatakan bahawa..................., Ramli(2012) pula mengatakan...............)
kemudian anda boleh juga membuat rumusan perkara berkaitan.
- Perkara yang perlu disentuh adalah seperti,perkembangan P & P semasa,
perkembangan teknologi pendidikan, kaedah p & P berasaksn teknologi,
perisian pendidikan pendedahan, perbandingan, penilaian, kajian lepas,
Penilaian perisian, kajian lepas yang berkaitan.
-
3.0 METHODOLOGI
- Kaedah kajian
- Populasi dan justifikasi
- Instrumen pembentukan, skala, panduan analisis (rujuk bab 9 untuk
membentuk item dalam instrumen untuk kategori Isi Kandungan dan Teknikal)
- Operasi kajian bagaimana anda melakukan kajian, demostrasi atau kursus,
bila anda tadbir soal selidik......
- Bagaiman anda rancang untuk analisis data anda? Guna peratusanke atau
guna min dan sisihan piawian......

4.0 DAPATAN
- bentangkan data keseluruhan dahulu, sesuai atau tidak sesuai
- kemudian bentang dalam jadual, dapatan kategori Isi kandangan dan
Teknikal.
- Ana boleh bincang pada masa sekarang, kalau tidak, bentang sahaja tanpa
perbincangan.

5.0 PERBINCANGAN
- Setelah bentang jadual dapatan, anda boleh plot graf atau carta bar untuk
mempersembah sekali lagi dapatan dan kali ini anda perlu bincang dapatan
anda.
- Bincang dari segi, rumusan keputusan, ada atau tidak yang luar biasa,
kemudian untuk satu perbincangan, elok juga disokong atau dibezakan
dengan kajian-kajian lepas(kalau ada)
- Anda boleh juga rujuk dan kait dengan penulisan ilmiah anda di sini.

6.0 RUMUSAN
- Mula dengan matlamat kajian anda
- Kemudian bentangkan secara ringkas dapatan anda
- Mungkin juga diakhiri dengan cadangan

7.0 RUJUKAN
- Semua rujukan yang telah digunakan dalam penulisan anda perlu dituliskan
di sini mengikut turutannya dan mengikut format APA.

PANDUAN PENILAIAN:
Semasa menulis laporan, panduan berikut perlu diteliti untuk menjamin penilaian yang tidak
menyelewang.
Pengenalan

Gaya penulisan yang cemerlang untuk
pengenalan.

Pengenalan menggambarkan isi kandungan
dengan jelas.

4
Kajian Ilmiah -
Ringkasan, huraian
dan penilaian secara
kritikal bahan ilmiah
terkini untuk
memantapkan
pemahaman tentang
topik.

Penulisan kajian ilmiah yang cemerlang.

Sumber rujukan melebihi dari 8.

Sumber rujukan ada kaitan dengan topik dan
terkini.

Senarai rujukan dan petikan dalam teks mengikut
format APA dengan tepat.

8
Metodologi
penerangan tentang
kaedah kajian yang
digunakan.

Menerangkan kaedah kajian dengan cemerlang
dan jelas.

8
Hasil dapatan dan
perbincangan




Hasil dapatan dianalisa dan graf diplot dengan
cemerlang.

Membincangkan hasil dapatan dengan
cemerlang.

16
KesimpulaN Kesimpulan dibuat dengan cemerlang.
4

You might also like