Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS KERJA MINI SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA

SEMPENA BULAN KECERGASAN




1.0 PENDAHULUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengadakan Pertandingan
Mini Sukan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya. Pertandingan ini akan
disertai murid-murid tahun 4 hingga tahun 5. Pertandingan ini dianjurkan
bersempena Bulan Kecergasan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.


MATLAMAT

Matlamat utama program ini dianjurkan adalah untuk;

menerapkan semangat kesukanan kepada peserta.

memupuk minat peserta kepada sukan.

memberi pengalaman kepada peserta untuk digunakan pada masa
akan datang.


OBJEKTIF

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk;

memberi pendedahan kepada peserta sukan yang dipertandingkan.

memberikan pengalaman menyertai pertandingan yang berkaitan
sukan.
memberi pendedahan situasi sebenar kepada peserta tentang sukan
yang dipertandingkan.
memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu dan
pengalaman baru.
meluaskan pengetahuan peserta kepada sukan.

mendukung aspirasi satu murid satu sukan.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Pertandingan ini akan diadakan pada ketetapan yang berikut;
4.1 Tarikh : 29 hingga 30 Julai 2010
4.3 Masa pertandingan : 8.30 pagi -6.00 petang (Khamis)

8.30 pagi 10.00 pagi (Jumaat)


5.0 TEMPAT

5.1 Padang Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya



6.0 KUMPULAN SASARAN

80 murid tahun 4 dan tahun 5 Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.



7.0 AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKAN

Bola sepak 5 sebelah (Lelaki)

Bola baling 5 sebelah (Perempuan)



8.0 GURU PENASIHAT

Encik Hamid bin Jasmi

Cik Norhafiza binti Jamaludin



9.0 ANGGARAN KOS

Perbelanjaan

i. Makanan

a. Air minuman
1. Gula RM 1.90 X 4 = RM 7.60
2. Ais RM 3.00 X 1 = RM 3.00
3. Air Masak RM 2.00 = RM 2.00
b. Hadiah
1. Tempat pertama RM 7.00 X 2 = RM 14.00
2. Tempat kedua RM 6.00 X 2 = RM 12.00
3. Tempat ketiga RM 5.00 X 2 = RM 10.00
Jumlah keseluruhan = RM 48.60

You might also like