Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN KEWANGAN MASJID NURUL HIDAYAH,

KAMPUNG BANGKA-BANGKA
Jalan Bangka-bangka, 88450 Kota Kinabalu, Sabah


1. TUJUAN
Laporan kewangan ini dibuat adalah untuk mendapatkan perakuan
daripada Jemaah Ahli Jawatankuasa Masjid untuk setiap aktiviti
kewangan sepanjang tahun 2013.


2. LATARBELAKANG
Kampung Bangka-Bangka terletak dalam Mukim Likas, Daerah Kota
Kinabalu, di bahagian Residensi Pantai Barat, Sabah. Ia terletak sejauh 7
km dari pusat bandar dan mengambil masa perjalanan di antara 15
hingga 20 minit menggunakan kenderaan bermotor. Kampung ini
mempunyai keluasan tanah seluas 30 ekar dan 8 ekar tanah perkuburan
umat Islam.
Kampung ini mula dihuni oleh penduduk menjelang akhir tahun 1984
dengan hanya sebanyak 33 buah rumah. Kini bilangan rumah telah
bertambah menjadi 79 buah yang mana dihuni seramai 462 orang yang
terdiri daripada 86 keluarga. Majoriti penduduk yang mendiami
kampung ini terdiri daripada suku kaum Bajau dan Brunei. Masyarakat
kampung ini 100% adalah beragama Islam.
Sesuai dengan wawasan kampung ini iaitu Bersatu Maju, Bersih, Indah,
Selamat pelbagai aktiviti yang melibatkan penduduk dijalankan bagi
mencapai matlamatnya. Penglibatan penduduk kampung dalam pelbagai
program cukup membanggakan. Ini terbukti apabila pernah merangkul
beberapa kejuaraan seperti naib johan dalam pertandingan nasyid Pantai
Barat Sabah melalui kumpulan nasyid Suara Murni, naib johan dalam
pertandingan seni lakon seluruh Sabah, mendapat tempat kedua dan
ketiga untuk Pendayung Perahu Naga selama tujuh tahun berturut-turut
dalam Pesta Sabah Dragon Boat dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, malah semangat kekitaan jelas tersemai dalam
kalangan anggota masyarakat dengan menjalankan aktiviti gotong
royong mahupun dalam apa jua aktiviti lain yang dijalankan seperti
membersihkan kubur dan kampung.

Begitulah Kampung Bangka-Bangka yang dahulunya terpencil dan kini
telah berubah rupa serta kedudukannya sesuai dengan arus
pembangunan semasa. Malah Kampung Bangka-Bangka kini berada
setaraf dengan Kampung-Kampung lain dan akan kekal menjadi sebuah
Kampung Dalam Bandar menjelang tahun 2020.

Masjid Nurul Hidayah menjadi nadi bukan sahaja terhad kepada aktiviti
keagamaan bahkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lain. Aktiviti-aktiviti
tetap secara harian, mingguan dan tahunan dirangka dengan teratur bagi
memastikan ianya mendapat sambutan dan sokongan dari semua
penduduk di persekitaran dari pelbagai lapisan.

Kedudukan kampong ini yang berdekatan dengan Taman Ujana
Kingfisher menjadikan ianya tarikan utama penduduk taman untuk
beribadah dan beriadah. Kehadiran dan penyertaan penduduk taman
telah menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di
kampung ini.

Kepelbagaian aktiviti yang telah dirangka turut memberi kesan serta
menimbulkan kesedaran kepada umat Islam di persekitaran bagi
memberikan sumbangan bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi
juga dalam bentuk kemudahan-kemudahan serta kelengkapan-
kelengkapan masjid. Ini boleh dilihat dari peningkatan yang ketara
kepada sumber kewangan masjid berbanding tahun-tahun yang
sebelumnya.


3. LAPORAN KEWANGAN TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2013
3.1. Kedudukan Wang Tunai
Berikut adalah kedudukan pegangan wang tunai di tangan dan di bank
bagi tahun 31 Disember 2012 dan 31 Disember 2013.

2013 2012
Tunai 15,958.91 1,689.90
Bank 35,789.60 41,354.13
51,748.51 43,044.03

3.2. Penyata Aliran Wang
Aliran wang tunai untuk sepanjang tahun di sertakan pada Lampiran 1
sebagai rujukan para Jemaah AJK masjid. Dengan berbekalkan baki wang
tunai di tangan dan bank sebanyak RM43,044.03 pada 1 Januari 2013,
pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kutipan telah dirancang dengan
fokus utama tertumpu kepada kutipan untuk usaha pengubahsuaian
masjid bagi meningkatkan lagi keselesaan para Jemaah terutama ketika
solat Jumaat dan hari raya.

Sumbangan daripada pihak korporat dan individu melimpah-limpah
dengan jumlah sumbangan sebanyak RM61,867.00 telah Berjaya
dikumpul. Sumbangan ketika solat Jumaat juga kian meningkat dari
semasa ke semasa dan pada tahun 2013, jumlah sumbangan terkumpul
ialah sebanyak RM64, 788.00.

Jumlah lebihan pendapatan atas perbelanjaan operasi masjid ialah
sebanyak RM88,100.36 , dan lebihan ini iaitu sebanyak RM79,395.88
telah digunakan membeli aset dan kelengkapan-kelengkapan masjid.







3.3. Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan
Kedudukan pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun berakhir 31
Disember 2013 di lampirkan pada jadual di bawah untuk rujukan
Jemaah AJK Masjid.


Pendapatan RM
Keuntungan Bank 125.15
Kutipan Solat Hariraya 3,548.00
Kutipan Solat Jumaat 64,788.00
Saguhati Maulidur Rasul 700.00
Sumbangan Individu 7,350.00
Sumbangan Ubahsuai Masjid 61,876.00
Sumbangan Zakat 2,900.00
Wang Untuk Korban AidilAdha 14,000.00

155,287.15
Perbelanjaan

Barang Keperluan Masjid 340.20
Bayaran Daging Lembu Korban 14,400.00
Bayaran Yuran Kursus Al-Baghdadi 400.00
Belanja Pentadbiran 284.60
Bil Utiliti - Air 840.90
Bil Utiliti - Elektrik 8,732.19
Caj Bank 10.00
Fotostat & Alatulis 246.75
Makan dan Minum 150.00
Pembaikan Hawa Dingin & Letrik 2,066.65
Pembayaran Pemasangan Internet 300.00
Penyelenggaraan Masjid(Bulanan) 4,800.00
Perbelanjaan Program Masjid 340.00
Perbelanjaan Sambutan Hari Raya 2,718.80
Perbelanjaan Sambutan Maal Hijrah 500.00
Perbelanjaan Sambutan Maulidur Rasul 2,576.70
Perbelanjaan Sambutan Ramadhan 800.00
Sumbangan Penceramah Jemputan 350.00
Sumbangan Utk Palestin & Pelajar Tahfiz 1,000.00
Upah Bilal 6,000.00
Upah Imam Tarawih 3,000.00
Upah Khatib 2,650.00
Upah Mengaji Imam Dilah & Imam Masuhur 6,000.00
Upah Penceramah Bulanan 2,000.00
Upah Petugas Masjid(Jumaat) 4,130.00
Upah Petugas Solat Hariraya 2,550.00

67,186.79
Lebihan Pendapatan 88,100.36


3.4. Perbelanjaan dan Pembelian Aset(Modal)
Hasil sumbangan dari pelbagai pihak samada korporat mahupun
individu memberikan peluang kepada Jemaah AJK masjid untuk
membuat perbelanjaan dan pembelian aset bagi meningkatkan lagi
keselesaan para Jemaah untuk beribadah di masjid. Butiran
perbelanjaan dan pembelian aset dilampirkan pada jadual di bawah
sebagai rujukan.

Perbelanjaan dan Pembelian Aset(Modal) RM
Ubahsuai Masjid 68,385.38
Pembinaan Kubah Masjid 3,650.00
Alat Kelengkapan Masjid 1,748.50
Kain Langsir 420.00
Khemah 1,800.00
Kerusi Plastik-40 Unit 1,000.00
Pembelian Meja-4 unit 392.00
Papantanda 2,000.00
Jumlah Aset 79,395.88


3.5. Penyata Kunci Kira Kira Untuk Tahun Berakhir 31 Disember 2013

Aset 79,395.88
Tunai & Bank 51,748.51

131,144.39

Modal 43,044.03
Pendapatan Bersih 88,100.36

131,144.39

3.6. Lain-lain sumbangan
Pihak masjid juga telah menerima sumbangan sebanyak RM36,950.00
dalam bentuk kerja-kerja memperindahkan masjid. Kerja-kerja tersebut
termasuklah pemasangan siling baru masjid, pemasangan lampu-lampu
dan lain-lain kerja penambahbaikan masjid.



4. SYOR
4.1. Berdasarkan pembentangan laporan ini, adalah disyorkan agar Jemaah
AJK Masjid Nurul Hidayah dapat memperakukan laporan ini sebagai
betul, telus dan lengkap.



Disediakan Oleh: Disokong Oleh:



(IBRAHIM SJAH BIN PADU) (HJ.MOHD ISMAIL BIN HJ. MOHD TASSIM)



Disahkan Oleh:



(DATUK HJ NAIM AHMAD)

You might also like