Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

1.0 Pendahuluan
Perlembagaan merupakan suatu dokumen yang paling tinggi nilainya dalam pentadbiran
sesebuah negara (Kassim Thukiman et al, 2009). Perlembagaan juga mengandungi
peraturan asas dan undang-undang bagi sesebuah negara. Di samping itu, perlembagaan
juga ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam
di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. Perlembagaan boleh dalam bentuk
bertulis atau dalam bentuk catatan dan lisan. Di dalam konteks negara Malaysia,
perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi dan tidak boleh ditandingi oleh mana-
mana kuasa atau undang-undang lain dan juga mempunyai tiga buah badan utama dalam
struktur pemerintahan iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Secara ringkasnya, menurut Nazaruddin Mohd Jali et.al. (2001), perlembagaan
merujuk kepada suatu set peraturan berkaitan dengan isu yang menyentuh kepada perkara
hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab di antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam (Kassim Thukiman et al, 2009). Walau
bagaimanapun, cadangan penubuhan Malayan Union oleh British mendapat tentangan hebat
daripada golongan bumiputera Tanah Melayu yang seterusnya membawa kepada penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu sekali gus membentuk Perlembagaan Tanah Melayu 1948
1
.
Perlembagaan Tanah Melayu 1948 dibentuk adalah bertujuan untuk menggariskan undang-
undang yang akan melindungi hak-hak istimewa golongan bumiputera setelah
pembentukkan Malayan Union mendapat tentangan daripada rakyat Tanah Melayu,
khususnya orang Melayu.
Namun demikian, Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga mendapat tentangan bukan
sahaja daripada kaum Cina dan India tetapi juga daripada kaum Melayu. Ini kerana
perlembagaan ini dikatakan berat sebelah dan tidak adil serta tidak mencerminkan pendapat
dan idea daripada penduduk pada waktu itu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
dibentuk dan digubal oleh pihak British, raja-raja Melayu dan UMNO. Oleh sebab itu,
perlembagaan ini dikatakan membelakangi kehendak setiap kaum di Tanah Melayu.
Disebabkan rasa tidak puas hati, muncullah perikatan PUTERA-AMCJA dan golongan ini telah
menggariskan perlembagaan mereka sendiri iaitu Perlembagaan Rakyat 1947. Namun,
perlembagaan ini ditolak oleh pihak British kerana dikatakan terlampau radikal serta tidak
sesuai dilaksanakan di Tanah Melayu. Pengkajian ini akan membincangkan dengan lebih

1
Hairol Anuar Hj. Mak Din. (2009). Sejarah Malaysia 1400-1969 : Satu Evolusi. Selangor : Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

2

terperinci tentang penentangan tersebut dan mengkaji isi kandungan yang diutarakan dalam
Perlembagaan Rakyat 1947.
2.0 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Sejak rancangan Malayan Union dicadangkan, seterusnya diumumkan pada akhir Januari
1946, pelbagai pihak terutamanya orang-orang Melayu telah bangkit menentang , anggota-
anggota perkhidmatan awam Inggeris yang telah bersara dan pemimpin-pemimpin Melayu
turut berganding bahu menentang rancangan tersebut kerana ia jelas dilihat bakal
memberikan kesan buruk kepada institusi pemerintahan beraja serta nasib masyarakat
Melayu itu sendiri. Orang-orang Melayu mula sedar akan kerugian dan bencana yang akan
mereka terima jika Malayan Union dilaksanakan
2
. Malah, rancangan tersebut juga turut
mendapat kritikan daripada orang-orang Cina dan India.
Usaha penentangan terhadap Malayan Unioin dilakukan dalam pelbagai cara
termasuklah tindakan memulaukan majlis-majlis berkaitan Malayan Union serta tindakan
berkabung oleh orang-orang Melayu. Justeru itu, pada bulan Julai 1946, suatu jawatankuasa
kerja telah dilantik yang terdiri daripada wakil-wakil Umno, wakil-wakil Raja-raja negeri
Melayu dan wakil wakil Kerajaan Inggeris untuk merangka suatu perlembagan yang baru
bagi menggantikan Malayan Union. Hasilnya, perlembagaan Malayan Union yang
diperkenalkan pada 1 April 1946 itu terpaksa dimansuhkan oleh Kerajaan Inggeris pada 31
Januari 1948 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Pesekutuan
Tanah Melayu 1948
3
.
Bantahan-bantahan orang-orang Melayu terhadap pembentukan Malayan Union
semakin menjadi-jadi apabila British tetap menunjukkan sikap keras kepalanya. Selepas
pendudukan Jepun yang berjaya menewaskan kekuatan British di Singapura dalam masa
yang singkat sahaja, orang-orang Melayu mulai sedar bahawa kuasa tersebut tidaklah
sekuat mana yang disangkakan, tambahan pula waktu itu mereka mendapat inspirasi
daripada semangat kemerdekaan yang sedang bertiup kencang dari negara jiran, iaitu
Indonesia.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memperlihatkan beberapa ciri yang
berbeza daripada Malayan Union . Antaranya ialah kuasa memerintah Persekutuan Tanah

2
Barbara Watson Andaya & Leonold Y. Andaya. (1998). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers
(M) Sdn. Bhd. Hlm,. 297-298.

3
Abdullah Bin Ayub. (1992). Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm,. 29.
3

Melayu terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris dan beliau akan dibantu oleh Majlis
Kerja Kerajaan (Executive Council) yang mengandungi ahli-ahli rasmi dan ahli-ahli tidak
rasmi yang dilantik sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi. Persekutuan Tanah Melayu juga akan
mempunyai Majlis Undangan yang dipengerusikan oleh pesuruhjaya Tinggi dan mempunyai
75 orang ahli iaitu 14 ahli rasmi, 9 Menteri Besar dari Negeri-negeri Melayu, 2 wakil dari
Majlis-majlis mesyuarat negeri Pulau Pinang dan Melaka serta 50 orang ahli tidak rasmi yang
mewakili kaum-kaum yang terdapat di Persekutuan Tanah Melayu serta mewakili
kepentingan-kepentingan perniagaan, buruh dan perusahaan lombong dan getah.
Secara umumnya, ahli-ahli yang tidak rasmi pada peringkat permulaan ini adalah
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dan boleh dipilih orang ramai apabila tiba masanya. Hal ini
mempunyai kesinambungan hingga kini kerana ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan
adalah dipilih melalui pilihanraya, cuma berbezanya semua ahli yang dipilih merupakan ahli
rasmi dan tidak mempunyai ahli tidak rasmi. Berkaitan bidang kuasa, kerajaan persekutuan
bertanggungjawab dalam hal-hal pertahanan, perdagangan, perhubungan, kewangan serta
lain-lain yang mempunyai kepentingan bersama.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 juga telah
mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-
hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelum
perang. Namun dari segi kesannya, kuasa raja-raja Melayu hampir sama dengan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kerana kuasa pentadbiran lebih banyak dipegang
oleh Majlis Mesyuarat Negeri serta Majlis Undangan Negeri
4
.
Sebuah Majlis Raja-raja telah dibentuk yang bertujuan membolehkan raja-raja Melayu
berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi berkaitan hal-hal imigresen yang diadakan sekurang-
kurangnya tiga kali setahun. Selain itu, seseorang warganegara persekutuan Tanah Melayu
tidak lagi memerlukan sebarang dokumen jika mahu masuk ke sesuatu negeri yang lain dari
negeri kelahirannya. Dalam hal ini, Persekutuan Tanah Melayu mengandungi sembilan buah
negeri-negeri Melayu dan Pulau Pinang serta Melaka. Singapura pula kekal sebagai koloni
yang berasingan.
Bagi peringkat Negeri pula, Sultan mempunyai kuasa memerintah dengan bantuan
sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan sebuah Dewan Perundangan Negeri. Sultan

4
Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, et.al. (2001). Hari Ini Dalam Sejarah (Jilid II). Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia. Hlm,. 6. Lihat juga Puteh Mohamed & Malik Munip. (___). The Development of National
Education System In History, Kuala Lumpur: Malayan Historical Society. Hlm,. 87.

4

ataupun Raja-raja bagi setiap negeri bertanggungjawab dalam mengesahkan sebarang rang
unang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. Malah juga boleh
meluluskan rang undang-undang yang tidak berjaya diluluskan di Dewan Perundangan
Negeri. Seterusnya, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa ke atas Kerajaan Tempatan mereka
sendiri, agama, pelajaran, pertanian dan tanah
5
.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga meletakkan suatu lagi isu penting
yang menjadi asas utama dalam penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union
iaitu hal kewarganegaraan. Raja-raja Melayu telah bersetuju memberikan taraf
kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu kepada 300,000 orang bukan Melayu yang
layak. Ianya juga berpunca daripada fasal-fasal kewarganegaraan yang terbahagi kepada
dua iaitu mereka yang memperoleh kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang
dan mereka yang layak untuk meminta menjadi warganegara dengan cara kemasukan atau
permintaan.
Di sebalik perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga telah melahirkan
keinginan Kerajaan United Kingdom dan Raja-raja Melayu untuk membentuk kerajaan
sendiri. Tujuan ini dapat dilihat malalui ucapan Michael MacDonald ketika membuat
pengumuman mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menegaskan
bahawa matlamat akhir Kerajaan British ialah memberi taraf berkerajaan sendiri kepada
negara ini. Namun, di sebalik kenyataan ini, British pada asasnya meletakkan kepentingan
ekonominya sebagai sangat mustahak dan disebabkan itu, huru-hara politik mestilah
dielakkan dari tercetus di Persekutuan ini dan kerjasama politik dari semua bangsa penting
dalam menjamin kestabilan politik. Suatu aspek yang dapat dilihat di sini ialah tujuan untuk
berkerajaan sendiri itu adalah bagi menggalakkan kerjasama serta tolak ansur semua pihak,
dan hal ini merupakan satu kepentingan ekonomi bagi British kerana politik yang stabil akan
menggalakkan ekonomi
6
.
Kesimpulannya, pembentukan perlembagaan Persekutuan 1948 merupakan desakan
dan tentangan yang diketuai oleh UMNO yang menentang Malayan Union. Namun, walaupun
UMNO dilihat sebagai tunjang yang menentang Malayan Union, parti-parti yang lain turut
menentangnya seperti PKMM dan sebagainya. Kesannya, Pesekutuan Tanah Melayu
diperkenalkan yang sedikit sebanyak membela kepentingan penduduk tempatan . Secara

5
Mohd Idris et.al,. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
distributors Sdn Bhd.

6
Cheah Boon Kheng. (2002). Evolusi Sebuah Persekutuan dalam Zuraina Majid. (___). Masyarakat
Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hlm,. 67.
5

ringkas, melalui Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga telah membuka jalan kepada
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sekaligus membawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang menjadi penamat penguasaan kolonial British.

3.0 Penubuhan Perikatan PUTERA-AMCJA
3.1 Sejarah Penubuhan PUTERA dan AMCJA
Pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA telah ditubuhan pada Februari 1947 dan diterajui oleh
Dr. Burhanuddin al-Helmy. Pada asasnya, PUTERA merupakan penggabungan beberapa
persatuan daripada golongan bumiputera iaitu antaranya, Parti Kebangsaan Melayu Malayu
(PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan
Wanita Sedar (AWAS) diasaskan oleh Shamsiah Fakeh, (Mohd. Isa Othman, 2002), Gerakan
Angkatan Muda (GERAM) pula diterajui oleh Aziz Ishak dan A. Samad Ismail, Barisan Tani
SeMalaya (BATAS) diketuai oleh Musa Ahmad dan Majlis Agama Tertinggi SeMelaya (MATA).
Manakala, All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pula dipimpin oleh Tan Cheng Lock
pada 4-7 Julai 1947. AMCJA merupakan perikatan yang juga terbentuk hasil daripada
penggabungan beberapa persatuan daripada golongan bukan bumiputera iaitu Malayan
Indian Congress (MIC) dipimpin oleh John Thivy, Malayan Democratic Union (MDU) pula
diteraju oleh John Eber, New Democratic Youth League (NYDL), Malayan Peoples Anti
Japanese Ex-Comrades Association (MPAJECA), dan Pan-Malayan Federation of Trade Unions
(PMFYU) serta Parti Komunis Malaya (PKM).
Perikatan PUTERA-AMCJA merupakan perikatan yang berhaluan kiri dan mereka
menerima pengaruh daripada parti di Indonesia pada ketika itu. Penubuhan perikatan ini
adalah untuk menentang pembentukan Persatuan Tanah Malayu dan mahu membentuk
Tanah Melayu merdeka lebih awal. Namun, pada amnya PUTERA-AMCJA mahu berkerajaan
sendiri. Maka, idea penyatuan kedua-dua persatuan ini adalah berpunca daripada PUTERA
sendiri di mana kerjasama dengan AMCJA patut dilakukan kerana tidak akan mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu jika golongan Melayu sahaja yang berjuang dan akan menjadi
kuat jika mendapat sokongan daripada kaum India dan Cina.
Perikatan PUTERA-AMCJA telah bersama-sama membentuk satu perlembagaan yang
baru hasil daripada pelbagai mesyuarat dan persidangan yang dilakukan oleh kedua-dua
persatuan ini dalam membentuk Perlembagaan Rakyat 1947. Perlembagaan ini adalah
6

sebagai perlembagaan bagi menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Antara kandungan
utama dalam Perlembagaan Rakyat 1947
7
ialah (Kassim Thukiman et. Al, 2009) :
1. Malaya bersatu termasuk Singapura.
2. Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih.
3. Hak politik yang sama bagi semua orang yang menganggap Malayan sebagai tanah
airnya dan sebagai tumpuan taat setianya.
4. Sultan Melayu menjadi sepenuhnya raja berperlembagaan yang berdaulat penuh,
dan menerima nasihat rakya melalui institusi-institusi demokratik.(tiada penasihat-
penasihat British)
5. Agama Islam dan adat istiadat Melayu di bawah penguasaan orang-orang Melayu.
6. Menumpukan kemajuan orang-orang Melayu.
7. Bahasa Malayu dijadikan bahasa kebangasaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi
Malayu.
8. Tanggungjawab bersama antara British dan kerajaan Malaya mengenai pertahanan
dan hal ehwal luar negeri.
9. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu dan sama rata.
10. Merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar bendera kebangsaan Malaya.

3.2 Sebab Penentangan PUTERA-AMCJA
Pada peringkat awal, hubungan awal Perikatan Majlis Tindakan dengan PUTERA renggang.
Pada bulan April kedua-dua pertubuhan menghantar surat bersama-sama kepada Setiausaha
Tanah Jajahan menggariskan prinsip-prinsip untuk Tanah Melayu dan juga mencadangkan
penubuhan Perlembagaan Tanah Melayu. Namun, akhirnya PUTERA tidak berasa puas hati
terhadap cadangan Perlembagaan Persekutuan dan Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 atas beberapa sebab-sebab yang tertentu. Pemimpin
PUTERA iaitu Dr. Burhanuddin telah mewakilkan Ishak Haji Muhammad untuk bertemu
dengan wakil AMCJA iaitu Gerald de Cruz untuk bekerjasama menentang British lalu
membentuk Perikatan PUTERA-AMCJA.
Alasan Dr. Burhanuddin menentang adalah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948 (PTM) tidak demokratik kerana tidak mendapatkan pandangan daripada rakyat tetapi
hanya berunding dengan Raja-raja Melayu dan UMNO sahaja dan menjadikan Tanah Melayu
seperti sebelumnya namun Dato Onn Jaafar iaitu pemimpin UMNO, mengatakan Tanah

7
Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah. (2009). Perlembagaan Malaysia Dalam Perspektif
Hubungan Etnik.
7

Melayu belum bersedia untuk berkerajaan sendiri jika merdeka. Walau bagaimanapun,
PUTERA-AMCJA tetap berkeras untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan
membentuk satu perlembagaan yang baru iaitu Perlembagaan Rakyat 1947. Di samping itu,
PUTERA-AMCJA menjalinkan hubungan dengan Associated Chinese Chambers of Commerce
(ACCC) iaitu persatuan dari Singapura merupakan sebuah persatuan yang kuat di Singapura
yang memperjuangkan rakyat tempatan dan diterajui oleh golongan Cina, dalam membantu
penentangan mereka terhadap PTM.
Perikatan ini telah berusaha untuk menyerahkan dan mendapatkan persetujuan
daripada pihak British khususnya Ratu England pada ketika itu untuk meluluskan
Perlembagaan Rakyat 1947. Malangnya, Perlembagaan Rakyat 1947 ditentang sekeras-
kerasnya oleh Gabenor Umum Malcom MacDonald kerana idealistik dan tidak praktikal.
Malah, pihak British merasakan bahawa perlembagaan ini berat sebelah dan digunakan
untuk kepentingan sendiri serta cuba memasukkan pengaruh dari Indonesia dan PUTERA-
AMCJA juga merupakan duri dalam daging kepada pihak British. Akhirnya, Perlembagaan
Rakyat 1947 ini telah ditolak oleh kerajaan British kerana dikemukaan oleh parti berhaluan
kiri.
Selain itu, bukan sahaja desakan daripada pihak British menjadi punca kegagalan
mereka untuk memperjuangkan Perlembagaan Rakyat 1947 tetapi adalah berpunca daripada
sikap PUTERA-AMCJA enggan mengukuhkan lagi hubungan ACCC tetapi sebaliknya
menumpukan kepada gerakkan sokongan ke atas Perlembangaan Rakyat 1947, menyusun
semula organisasi dalaman dan mendapatkan dana. Di samping itu, dokumen ini tidak
mencadangkan pindaan yang ketara untuk mengubah Perjanjian Persekutuan.
Maka, setelah permohonam PUTERA-AMCJA untuk meluluskan perlembagaan
tersebut, perikatan ini melancarkan Hartal iaitu merupakan perkataan India yang
bermaksud Mogok yang diketuai oleh Tan Cheng Lock di seluruh Tanah Melayu pada 20
Oktober 1947 bagi menunjukkan protes terhadap kerajaan British. Hartal ini telah mendapat
sambutan yang sangat baik daripada penduduk tempatan. Hartal ini adalah dijalankan dalam
bentuk mogok ekonomi di mana semua kegiatan ekonomi seluruh Tanah Melayu seperti
kedai-kedai, rumah-rumah perniagaan, estet-estet ladang getah, logi perlombongan, jalan
keretapi dan laini-lain telah ditutup.
Walau bagaimanapun, tidak semua penduduk di Tanah Melayu yang menyokong
namun ada juga yang menentang hartal terutamanya daripada pihak British yang bimbang
akan aset ekonomi mererka terjejas dan juga daripada orang Melayu sendiri. Hartal yang
8

kedua pada 1 Februari 1948 telah dicadangkan oleh Tan Cheng Lock untuk dilaksanakan
tetapi gagal. Akhirnya, desakan dan hartal ini tidak dapat menghalang pihak British untuk
mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Malayan Union berjaya
dihapuskan.
Kesannya, rentetan daripada peristiwa tersebut, PUTERA-AMCJA tidak dapat bertahan
dengan lama kerana ditentang semula oleh kerajaan British atas sebab kebanyakkan
persatuan yang menganggotainya adalah berhaluan kiri dan menerima pengaruh daripada
persatuan di Indonesia. Oleh itu, secara tidak langsung peristiwa ini membawa kepada
pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) menentang British dan darurat diisytiharkan
pada 1948 lalu persatuan PKM, PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita
Sedar (AWAS) diharamkan.

4.0 Analisis
Analisisnya, bila ditelusuri dengan lebih mendalam, penubuhan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Namun, faktor utamanya
adalah untuk menggantikan Malayan Union yang dikatakan tidak adil serta menghilangkan
hak istimewa orang Melayu, terutama Raja-Raja Melayu. Dalam Malayan Union, raja-raja
Melayu hilang sepenuhnya kuasa mereka sebagai raja atau sultan di sesebuah negeri.
Namun, dengan kewujudan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, hak raja-raja
Melayu dalam urusan pentadbiran negeri telah dikembalikan.
Selain itu, faktor penubuhannya juga adalah disebabkan kelonggaran pemberian hak
kewarganegaraan terhadap kaum Cina dan India di dalam dasar Malayan Union yang telah
diperkenalkan oleh pihak British sebelum ini. Kelonggaran pemberian hak kerakyatan ini
telah diperketatkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ini bagi
menjamin keistimewaan serta hak orang-orang Melayu di Tanah Melayu sentiasa terjamin.
Namun timbul rasa tidak puas hati golongan berhaluan kiri dan mereka telah membentuk
Perikatan PUTERA-AMCJA. Perikatan ini telah berjaya mewujubkan sebuah perlembagaan
yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat 1947.
Tujuan penubuhan Perlembagaan Rakyat 1947 adalah untuk menentang
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 disebabkan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dikatakan tidak adil kerana digubal oleh raja-raja Melayu, UMNO dan
pihak British tanpa mendapat persetujuan daripada semua pihak khususnya rakyat Tanah
9

Melayu. Mereka juga turut menentang perlembagaan tersebut kerana dikatakan sangat berat
sebelah. Oleh itu, mereka telah bergabung dan terbentuklah pakatan PUTERA-AMCJA.
Pakatan ini kemudiannya telah merangka perlembagaan mereka sendiri yang dikatakan
merangkumi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu ketika itu. Perlembagaan baru ini
juga dikatakan lebih adil kerana pengubalannya berdasarkan kepada pandangan serta
pendapat semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama.
Namun, perlembagaan ini telah ditolak oleh pihak British kerana dianggap mendapat
pengaruh daripada Indonesia yang mana objektif utamanya adalah untuk mewujudkan
Indonesia Raya. Ini kerana, pada pendapat pihak British, Tanah Melayu tidak sepatutnya
bergabung dengan Indonesia serta dikatakan juga sebagai belum bersedia untuk
memerintah negara sendiri memandangkan keadaan Tanah Melayu ketika itu terutamanya
dari segi aspek ekonomi belum kukuh sepenuhnya.
Begitu juga dari aspek politiknya yang belum matang sepenuhnya. Bila diteliti serta
dikaji Perlembagaan Rakyat 1947, memang tuntutan mereka banyak menjurus kepada
perjuangan negara jiran ketika itu, iaitu Indonesia yang mana turut berada dalam
pergolakan menuntut kemerdekaan daripada pihak Belanda. Perjuangan ini telah
memberikan kesedaran kepada pemimpin-pemimpin PUTERA-AMCJA bagi menuntut terus
agar Tanah Melayu dimerdekakan dengan segera dan digabungkan dengan Indonesia. Satu
entiti besar yang dirasakan memerlukan satu pengorbanan yang besar jika dilaksanakan.
Selain itu, pihak British turut memandang golongan ini sebagai radikal jika
dibandingkan dengan UMNO yang berada di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar yang
dikatakan lebih pro kepada pihak British. Perbezaan perjuangan pihak UMNO dengan pihak
PUTERA-AMCJA ketika itu adalah dari segi tuntutan mereka yang mana UMNO menuntut
untuk hak-hak orang Melayu dan raja-raja Melayu dikembalikan tanpa memperjuangkan
kemerdekaan kerana menurut mereka, Tanah Melayu belum bersedia untuk merdeka.
Manakala, PUTERA-AMCJA menuntut agar British mempercepatkan proses kemerdekaan
Tanah Melayu.
Perjuangan menuntut kemerdekaan, jika kita melihat lebih banyak diusulkan oleh
pihak berhaluan kiri ketika itu. Ini kerana golongan ini beranggapan sudah sampai masanya
untuk British menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada orang Melayu. Selain itu,
kekalahan pihak British kepada pihak Jepun pada awal Perang Dunia Kedua telah
menghilangkan anggapan bahawa pihak British merupakan kuasa besar dunia yang tidak
mampu untuk dikalahkan oleh mana-mana kuasa besar yang lain. Kekalahan British telah
10

mengubah pandangan tersebut khususnya kepada golongan berhaluan kiri di Tanah Melayu
ketika itu.
Disebabkan itulah, semangat juang pihak PUTERA-AMCJA mula bangkit bagi
menghalau pihak British dari Tanah Melayu. Namun tuntutan mereka dibiarkan oleh British
begitu sahaja, malah tidak diendahkan. Walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 turut menyentuh tentang hak istimewa serta ketuanan orang Melayu, namun
tidak dapat kita nafikan hak-hak masyarakat Cina dan India turut terbela. Ini kerana, hak
mereka tetap dan masih lagi dijaga sehingga ke hari ini.

5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, kita dapat melihat perkembangan di Tanah Melayu selepas tamat
Perang Dunia ke-2 iaitu keinginan untuk berkerajaan sendiri. Penubuhan Malayan Union
telah menyebabkan orang Melayu bangkit menentang dan mengutarakan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan ini telah diterima oleh kerajaan British
kerana lebih bersifat menjaga ketuanan dan keistimewaan orang Melayu. Namun
perlembagaan ini telah ditentang habis-habisan oleh golongan yang berhaluan kiri yang juga
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Selain perlembagaan ini, salah satu lagi
perlembagaan yang diwujudkan adalah Perlembagaan Rakyat 1947. Perlembagaan ini
diwujudkan bagi menolak Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dikatakan
berat sebelah serta tidak menyeluruh pembentukkannya.
Namun perlembagaan ini ditolak atas dasar terlalu idealistik. Ini membuktikan,
walaupun Periktan PUTERA-AMCJA memperjuangkan hak-hak rakyat, namun suara mereka
tidak didengari oleh pihak British. Perlembagaan yang mereka tubuhkan langsung tidak
diendahkan oleh pihak British. Seperti yang dinyatakan juga, perjuangan PUTERA-AMCJA
dikatakan bersandarkan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan yang berlaku di
Indonesia. Keadaaan ini telah mengakibatkan isi kandungannya juga turut mendapat sedikit
pengaruh daripada negara jiran tersebut. Oleh sebab inilah pihak British telah menolak
sepenuhnya Perlembagaan Rakyat 1947 dan mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.


11



RUJUKAN
Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman dan Suaibah. (2009). Perlembagaan Malaysia
Dalam Perspektif Hubungan Etnik.
Mustapha Hussain (2004). Malay Nationalism Before UMNO: The Memoirs of Mustapha
Hussain. Kuala Lumbup: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Bin Ayub. (1992). Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Barbara Watson Andaya & Leonold Y. Andaya. (1998). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
Kassim Thukiman. (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah Dan Politik. Universiti Teknologi
Malaysia : Johor.
Mohd Idris et.al,. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & distributors Sdn Bhd.
Mohd Rizal Yaakob. (2006). Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati
Diri Bangsa.
Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, et.al,. (2001). Hari Ini Dalam Sejarah (Jilid I). Kuala
Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Hairol Anuar Hj. Mak Din. (2009). Sejarah Malaysia 1400-1969 : Satu Evolusi. Selangor :
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

You might also like