Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

6.

5 Isu Guru Interim


Isu guru interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan
program Guru Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh
GSTT yang ditawarkan pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah
guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan
sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun
2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap
yang diterima dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pada Januari 2012,
KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim
bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan
penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan.
Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan
dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012
berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah,
Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan
kontrak sekiranya tamat tempoh mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP
untuk meneruskan kontrak tertakluk pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan
tidak lagi menunjukkan kesan yang begitu membimbangkan. Tiada kajian juga
dijalankan mengenai isu in. Oleh itu, setiap pelaksanaan sesuatu dasar pasti akan
memberikan kesan kepada pihak tertentu. Kesan yang paling ketara terhadap graduan
pendidikan yang baru menamatkan pengajian di mana bekerja mengikut kontrak tanpa
mendapatkan jawatan yang tetap. Ini tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di
dahulukan penempatan daripada graduan dari program KPLI dan DPLI. Selain itu,
proses penempatan kepada graduan baru mengambil jangka masa yang lama kerana
graduan ISMP tidak lagi mendapat penempatan yang tetap.

You might also like