Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 20

EKONOMI ASAS

TINGKATAN 5
6.1
WANG
Disediakan Oleh
NURUL AZLINA BINTI OSMAN
D20111048240
ISMP PENGURUSAN PERNIAGAAN
2013/2014
http ://ekonomiasas.wordpress.com
PENGERTIAN WANG
Sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai
alat perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan.
EVOLUSI WANG
CIRI-CIRI WANG
Penawaran terhad
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah kuantitinya tidak
terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya ; tidak terlalu
kurang hingga menjejaskan aktiviti ekonomi.
Diterima Umum
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah diterima umum
sebagai alat perantaraan pertukaran barang/perkhidmatan.
Kestabilan Nilai
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah nilainya tidak
mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang.
CIRI-CIRI WANG
Mudah dibawa
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah bersaiz kecil
dan ringan supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah boleh
dibahagikan kepada unit-unit nilai yang lebih kecil bagi
membolehkan urus niaga dapat dijalankan dengan mudah
dan tepat.
Tahan lama
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah tahan lama
dan tidak mudah rosak supaya boleh digunakan untuk
suatu jangka masa yang panjang.
JENIS-JENIS WANG
Duit syiling
1. Memudahkan aktiviti urus niaga
yang melibatkan nilai muka yang
kecil
2. Mempunyai nilai muka yang kecil
seperti 5 sen, 10 sen, 20 sen dan
50 sen yang diperbuat daripada
campuran logam.
3. Merupakan wang tanda iaitu
mempunyai nilai muka yang lebih
tinggi berbanding nilai sebenar
bahan untuk membuatnya.
4. Merupakan wang sah iaitu wang
yang mesti diterima untuk
sebarang pembayaran dalam
negara pengeluar wang tersebut [
wang yang dikeluarkan oleh
kerajaan negara tersebut].
JENIS-JENIS WANG
Wang kertas

1. Digunakan dalam urus niaga yang
lebih besar nilainya.
2. Mempunyai nilai muka RM1, RM5,
RM10, RM50, RM100
3. Mesti disandarkan kepada rizab
antarabangsa dalam bentuk emas
dan pertukaran asing bagi
menjamin nilainya dan
mengelakkan inflasi.
4. Merupakan wang tanda dan wang
sah.

JENIS-JENIS WANG
Deposit Semasa
1. Kemudahan yang ditawarkan oleh bank
perdagangan sahaja.
2. Pemegang akaun deposit semasa diberi
buku cek dan boleh membuat
pembayaran dengan menggunakan cek.
3. Penerima cek berkenaan akan
menunaikannya di bank perdagangan
dan apabila ditunaikan jumlah deposit
semasa pemegang akaun tersebut akan
berkurang.
4. Kelebihan deposit semasa boleh
membuat pembayaran bila-bila masa,
mudah dibawa (tidak perlu membawa
wang tunai dengan banyak), dan selamat
dikendalikan.
5. Bukan wang sah oleh itu pembayaran
menggunakan cek boleh ditolak!!
Contoh cek [deposit semasa]
FUNGSI WANG
Perantaraan Pertukaran

Memudahkan urus niaga
dijalankan kerana hanya perlu
membayar sejumlah wang
tertentu untuk melakukan urus
niaga.

Wang tersebut mestilah
mempunyai ciri diterima umum
untuk menjadikannya sebagai
alat perantaraan pertukaran.


FUNGSI WANG
Unit Ukuran Nilai

Mengukur/menilai sesuatu
barangan dalam bentuk harga.

Memudahkan perbandingan
nilai antara satu barang dengan
barang yang lain.

Wang tersebut mestilah
mempunyai ciri boleh
dibahagikan kepada unit yang
lebih kecil bagi
membolehkannya berfungsi
sebagai unit ukuran nilai.
FUNGSI WANG
Simpanan Nilai

Wang dapat berfungsi sebagai
alat simpanan nilai kerana
mempunyai ciri kestabilan nilai
dan tahan lama.

Disamping itu, wang yang
disimpan di institusi kewangan
akan memperoleh faedah atau
dividen. Ini menggalakkan
orang ramai membuat
tabungan/pelaburan.
FUNGSI WANG
Bayaran Tertunda

Wang membolehkan sesuatu
pembayaran dilakukan secara
ansuran kerana mempunyai ciri
kestabilan nilai.

Penjual sanggup menerima
bayaran ansuran kerana yakin
bahawa wang mempunyai nilai
yang stabil untuk satu jangka
masa yang lama.


FUNGSI
WANG
Perantaraan
Pertukaran
Unit Ukuran
Nilai
Simpanan
Nilai
Bayaran
Tertunda
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER
Dapat berfungsi sebagai alat
perantaraan pertukaran yang
baik.

Perantaraan
Pertukaran
Tidak dapat berfungsi sebagai
alat perantaraan pertukaran
yang baik.
Tidak memerlukan kehendak
serentak.
Kehendak serentak amat
diperlukan dalam pertukaran
Individu boleh menjalankan
pengkhususan
Pertukaran hanya boleh
dilakukan antara dua individu
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER
Barangan diukur berasaskan
mata wang

Ukuran Nilai
Sukar mengukur nilai sesuatu
barang
Contoh :
Sepasang kasut berharga
RM25.
Contoh :
Seekor lembu perlu ditukar
dengan berapa ekor ayam?
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER
Wang yang bersifat tahan lama
dan tidak mudah rosak
menjadikan wang berfungsi
sebagai alat penyimpan nilai
yang baik.

Simpanan Nilai
Kebanyakan barang yang
digunakan dalam proses
pertukaran tidak tahan lama.
Wang yang disimpan di insitusi
kewangan akan dibayar
faedah/dividen.
Mengalami susut nilai dan
tidak boleh disimpan untuk
tempoh yang lama.
PERBANDINGAN SISTEM WANG DAN SISTEM BARTER
SISTEM WANG ASPEK SISTEM BARTER
Dapat berfungsi sebagai alat
bayaran tertunda

Bayaran
Tertunda
Sesetengah barang tidak
tahan untuk suatu tempoh
yang lama.
Boleh membeli pada masa
sekarang dan membayar pada
masa hadapan
Nilai sesuatu barangan tidak
stabil untuk dijadikan
pertukaran pada masa
hadapan.

You might also like