Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 206

Edisi Pertama 2008

AZIZI YAHAYA, SHAHRIN HASHIM, YUSOF BOON &


JAMALUDDIN RAMLI 2008
Hak cipta terpelihara. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa
jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &
Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Petua menjadi ibu bapa cemerlang / editor Azizi Yahaya [et al.].
Mengandungi indeks
ISBN 978-983-52-0535-4
1. Parenting. 2. Child rearing. 3. Parenthood. I. Azizi Yahaya. II. Judul.
649.1
Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN
Diatur huruf oleh / Typeset by
AZIZI YAHAYA & RAKAN-RAKAN
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA.
(PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/
MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101)
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS
Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9
Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

KANDUNGAN





Prakata vii
Bab 1

Keluarga Berkesan
Azizi Yahaya

1
Bab 2 Mengenal Stail Mendidik Keluarga
Azizi Yahaya
10
Bab 3 Mengenal Peringkat Perkembangan
Kanak-Kanak
Shahrin Hashim

32
Bab 4 Remaja dan Pengaruh Keluarga
Azizi Yahaya
48
Bab 5 Isu-Isu Remaja
Shahrin Hashim
56
Bab 6 Keluarga Pengaruh Utama Pembentukan
Kendiri Anak
Nurul Ezzati Azizi

67
Bab 7 Teori-teori Berkaitan dengan Remaja
Yusof Boon
80













vi Kandungan

Bab 8 Cara Mengatasi Konflik Remaja
Nurulhuda Azizi
86

Bab 9 Kaunseling Untuk Mengubah Sikap Remaja
Shahrin Hashim
92
Bab 10 Corak Pendidikan Ibubapa
Azizi Yahaya
104
Bab 11 Hubungan Remaja Dengan Keluarga
Shahrin Hashim
117
Bab 12 Ibu Bapa dalam Dilema
Yusof Boon
139
Bab 13 Pembinaan Akal Budi dan Peribadi
Nurul Ezzati Azizi

145
Bab 14 Peningkatan Prestasi Pembelajaran
Nurulhuda Azizi

168
Bab 15 Pembinaan Komunikasi Berkesan dengan
Anak
Yusof Boon

184
Indeks 196


















vii Prakata

PRAKATA








Menjelang abad ini kita sering digemparkan dengan kejadian amok
di sana sini ekoran dari rasa marah yang amat sangat dan kemudian
diterjemahkan alam bentuk tindakan. Manusia kini seolah-olah
sudah hilang pertimbangan dalam bertindak. Seperti mana kata
Aritotle di dalam bukunya The Nicomachean Ethics; sesiapa
sahaja boleh marah dan itu adalah perkara yang muudah tetapi
untuk marah pada orang yang betul, pada tahap yang betul, pada
waktu yang sesuai dengan tujuan yang tepat dan dengan cara yang
betul adalah sukar. Inilah yang dpanggil kebijaksanaan emosi
(emotional Intelligent).
Seringkali gangguan emosi dikaitkan dengan tekanan
urbanisasi dan arus pemodenan. Persoalannya sekarang adakah
emosi itu hasil tindakbalas manusia terhadap persekitaran semata-
mata tanpa mempunyai kaitan dengan faktor baka dan keluarga.
Kita tinjau sejauh mana kebenaran dan dan akan dikupas sejarah
emosi dalam perkembangan hidup manusia, bagaimana keluarga
menjadi asas pembentukan emosi anak-anak serta peranan ahli
keluarga dalam perkembangan pembentukan emosi tersebut.
Oleh itu buku yang kami tulis ini boleh memberi jawapan
yang baik ke atas ibubapa yang sibuk untuk menjadi sebuah
keluarga yang berkesan. Buku ini mengandungi 15 bab yang
disusun begitu rapi. Cara persembahan isi yang digunakan di sini
adalah berbentuk turutan PETUA cadangan kepada ibu bapa dalam
aspek-aspek ini demi membantu mereka menjadi ibu bapa yang
berkesan.
viii Prakata

Kami mencuba untuk memberi cadangan membina kepada
ibu bapa dalam pengasuhan anaknya. Diharap ibu bapa akan
bermanfaat daripada cadangan-cadangan ini dan menjadi ibu bapa
yang berkesan.
Buku bertajuk PETUA-PETUA MENJADI IBU BAPA
CEMERLANG membicarakan tentang cara dan langkah menjadi
ibu bapa terbaik. Namun, atas dasar saling lengkap melengkapi
maka terhasilnya buku kecil ini. Dengan itu diharap, buku ini akan
dapat memberikan manfaat dan kebaikan buat kita semua yang
mencintai ilmu dan pengetahuan.
Akhir kata, terima kasih kami ucapkan kepada semua yang
terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menghasilkan buku
kecil PETUA MENJADI IBU BAPA CERMELANG ini.


Azizi Yahaya
Shahrin Hashim
Yusof Boon
Jamaludin Ramli
Fakulti Pendidikan/J abatan Asas Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008














Keluarga Berkesan 1

1
KELUARGA BERKESAN
Azizi Yahaya



PENGENALAN
Keluarga merupakan sebuah institusi yang dinamik. Dalam
masyarakat tradisi peranan keluarga dalam semua aspek menjadi
lebih ketara, dan kedudukan keluarga sebagai sebuah institusi lebih
penting. Peranan ibu bapa lebih besar dalam masyarakat tradisi
daripada peranan keluarga dalam masyarakat moden.

Keluarga dalam masyarakat
Masyarakat tradisi Malaysia pada zaman dahulu merupakan
masyarakat yang tertutup, akan tetapi hormat-menghormati sesama
anggota dalam komuniti ini amat penting dan merupakan tali
pengikat antara anggotanya. Dengan lain perkataan, anggota
masyarakat pada ketika itu hidup saling nasihat-menasihati sesama
mereka. J ika seorang anggota masyarakat melakukan kesalahan,
maka kewajipan anggota dalam komuniti itu pula menasihati atau
menyelesaikannya
Dengan ini menimbul sifat suka mengambil tahu akan ahli
keluarga, saudara, teman, jiran dan seluruh ahli komunitinya. Sifat
dan perasaan ingin menolong dan membantu individu yang lain itu
bersemarak dalam jiwa dan sanubari tiap-tiap dalam masyarakat
itu. Amalan begini diamalkan oleh setiap individu dalam sesebuah
masyarakatnya. Sekiranya terdapat individu yang cuba memecah
adat tradisi itu, akibatnya dia akan disingkirkan daripada
kelompoknya. Oleh itu, setiap individu saling ingat-mengingati
sesama mereka supaya tidak terlupa dan bertentangan pula dengan
kehendak anggota masyarakat yang ramai.

2 Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

Kekeluargaan Dalam Masyarakat Dahulu
Peranan adat
Dalam adat dan kebiasaan bagi sesebuah masyarakat Tanah
Melayu zaman dahulu itu iaitu hidup yang sederhana dan ringkas.
Melarang bersifat tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.
Dalam adat dan kebiasaan bagi sesebuah masyarakat ketika itu
adalah mementingkan sebuah masyarakat yang adil, tolong
menolong, berbudi pekerti, berhemah tinggi serta mempunyai
kepandaian sejati sama ada dari segi fizikal mahupun mentalnya.
Soal akhlak dan budi pekerti mulia sangat diambil berat oleh
sesebuah keluarga, sehinggakan mereka sanggup membuang
anaknya yang telah melanggar adat daripada mengetepikan sahaja
adat itu sendiri. Anggota masyarakat itu pula dengan rasa penuh
tanggungjawab akan menyedia dan memberikan sokongan ke arah
moral, psikologi dan sebagainya kepada anak-anaknya. Adat dan
kebiasaan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya kerjasama
semua pihak dalam sesebuah masyarakat itu sendiri. Para ibu
bapa, ketua keluarga, ketua suku kaum mahupun ketua kampung
akan sama-sama membetulkan yang salah. Sama-sama menegur
mana-mana yang tidak kena dalam masyarakatnya.
Ini disebabkan dalam sesebuah keluarga akan merasakan
dengan memiliki rasa kekitaan yang kuat. ( Syed Husin, 1997 )

Peranan agama
Mengikut sejarah, batu bersurat dan catatan pedagang asing yang
datang ke Nusantara ini, agama Islam membawa
perubahan nilai sejak kurun ketiga belas lagi.
Peranan agama dalam membentuk sahsiah dan
tingkah laku anggota sesebuah keluarga. Amalan
yang baik dan larangan kepada yang mungkar itu
dipraktikkan sehingga kanak-kanak dan anggota
keluarga itu berasa takut untuk melakukan sebarang aktiviti yang
dianggap mendatangkan dosa dan bala.
Tingkah laku kanak-kanak sentiasa dikawal dan terkawal
oleh kehendak agama itu sendiri. Anggota masyarakat akan
mengikut ajaran agama. Ukuran ketaatan anak-anak terhadap ibu
Keluarga Berkesan 3

bapanya adalah sebagai satu norma hidup keluarga dan
masyarakat. J usteru itu, nilai psikologi begini amat berkait rapat
dengan ajaran agama Islam misalnya perasaan hormat, berkasih
sayang, bertimbang rasa, dan berlemah lembut dalam semua kerja
yang dilakukan. Seseorang anak tetap akan patuh tanpa soal jawab
lagi sebagaimana yang diterangkan dalam buku The Future of
Muslim Civilization, Zaiuddin Sandar ( 1979 ). Menurutnya
sistem Islam adalah sistem tradisi yang berdasarkan prinsip
berorientasikan matlamat kepada keredaan Tuhan sehingga Islam
itu boleh berkembang dalam semua manifestasinya terhadap
keredaan itu sendiri.
Individu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan
sesuatu yang ditegah dan dilarangkan dia dalam kumpulannya.
Soal adab, sopan santun dan juga akhlak ditentukan oleh sikap dan
tingkah lakunya. J usteru itu, seorang anak akan sedia dan rela
mematuhi dan menurut nasihat dan tunjuk ajar orang-orang tua
mereka. Pengaruh ketua keluarga yang dengan sendirinya
berlandaskan kehendak agama, akan dituruti oleh anggotanya.
Oleh yang demikian dapatlah kita katakan pengaruh keluarga dan
alam persekitaran seseorang turut mempengaruhi keluarga dan
alam persekitaran seseorang turut mempengaruhi pertumbuhan
personaliti seseorang. Contohnya:
1. Diri individu yang sejati.
2. Lingkungan keluarga dengan pengaruhnya.
3. Lingkungan masyarakat ( alam persekitaran)
dengan pengaruhnya juga.









Masyarakat orang Melayu melaksanakannya dengan jalan
4 Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

(1) mencipta tingkah laku yang seimbang dengan alam
persekitaran dan sesuai pula dengan kehendak dirinya ( bangsa
Melayu yang memang tebal dengan agama Islamnya ) ketika itu,
dan (2) melalui perspektif dunia yang dijadikannya sebagai polisi
bagi komuniti itu sendiri. Akhirnya maka jadilah sebagai satu adat
yang bersendikan hukum Allah.
Oleh sebab adab ini bersendikan hukum Allah, kadang-
kadang sukar untuk membezakan antara adat dan agama.
Kelihatan kedua-duanya saling berkaitan dan ada pertindihan.
Akibatnya anggota masyarakat yang menurut sahaja tanpa
perhitungan dan penelitian semakin menjadi keliru bagi
memisahkan antara agama dan budaya atau antara undang-undang
alam dengan undang-undang Tuhan. Walaupun kedua-duanya itu
mempunyai tujuan yang sama, iaitu demi kebaikan, kebahagiaan
dan kesejahteraan manusia, namun pada hakikatnya adalah
berlainan sama sekali.

Pengaruh adat dan agama terhadap sesebuah keluarga
Sesebuah keluarga itu cuba menjaga maruah dan nama baik
kelompoknya, maka anak-anak mereka dijaga, diasuh supaya akur
dan tidak boleh melanggar peraturan hidup atau adat budaya
bangsanya. Ketua keluarga bekerja keras mengawasi anggotanya
supaya tidak menjatuhkan imej keluarga dan masyarakat. Kedua-
dua pihak seolah-olah sudah ada semacam kesefahaman dan
perjanjian yang harus mereka patuhi sebagai landasan bagi
seseorang individu itu dianggap bermoral.
Bentuk masyarakat yang tertutup ketika itu menyebabkan
lingkungan kekeluargaan masih rapat dan erat. Sebagai sebuah
sistem, masyarakat ketika itu cuba menunjukkan satu bentuk
kerjasama yang dibimbing oleh satu kesatuan. Misalnya seorang
anak walaupun dia agak berani, tetapi dalam beberapa hal apabila
dia mahu menyuarakan kehendak dan pendapatnya, terdapat
semacam satu perasaan hormat, malu dan segan terhadap orang
yang lebih dewasa daripadanya. Seorang jejaka atau teruna merasa
segan dan malu untuk meluahkan hajat peribadinya kepada ibu
bapanya. Oleh itu, para ibu bapa seharusnya pandai menangkap
Keluarga Berkesan 5

riak, atau memastikan gerak laku yang agak asing pada diri anak-
anak mudanya untuk mencungkil rahsia mereka itu.
Kesimpulannya, dapat mengatakan bahawa corak hidup
masyarakat lama yang tertutup dapat membendung atau
menyatupadukan ahli-ahlinya dalam kelompoknya lebih akrab
dibandingkan dengan kelompok kekeluargaan hari ini.

Budaya moden dalam kehidupan harian
Kanak-kanak diasuh memiliki jiwa luhur dan budi yang
baik berasaskan agama. Selain itu kanak-kanak diberikan ilmu
mengenal Tuhan dan tanggungjawabnya sebagai manusia di dunia
ini. J usteru itu, pendidikan waktu itu benar-benar membimbing
anak-anak menjadi anggota masyarakat yang berguna pada bangsa
dan agamanya.
Agama memberikan bimbingan dalam hidup ini begitu
sempurna dan ditanamkan sejak kecil-kecil lagi kepada anak-anak
masyarakat ketika itu merupakan sebahagian daripada unsur-unsur
keperibadiannya sendiri. Dengan berkeyakinan terhadap agama
seseorang individu di sesebuah keluarga dapat merencanakan dan
mengatur sikap dan tingkah lakunya secara sedar.
Keadaan ini beransur berubah apabila pendidikan
Sekolah Melayu ditubuhkan. Pendidikan agama merupakan
pendidikan sampingan. Anak-anak diasuh melalui didikan
keilmuan untuk hidup. Ilmu-ilmu seperti matematik, pertanian,
sejarah, kesihatan dan geografi diajarkan kepada mereka dengan
harapan supaya mereka ini mengenali kemajuan bangsa lain di
dunia ini. Oleh kerana matlamat persekolahan waktu itu lebih
mementingkan pencapaian untuk lulus periksa dan dapat kerja,
sekolah waktu itu benar-benar sudah merampas tugas keluarga,
(Kolesnik, 1975). Apabila penjajahan Inggeris memperkenalkan
sekolah Inggeris, sekolah Cina dan Tamil, anak-anak dididik
dengan buku-buku teks pelajaran menjadikan mereka sudah berasa
mereka selam ini semacam ditindas dan dikongkong oleh
keluarganya. Apabila mereka mengetahui hal-hal dunia luar dan
kemajuannya di sana dengan perkembangan-perkembangan baru,
maka mereka merasakan nilai-nilai lama yang dipertahankan oleh
6 Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

nenek-moyang mereka itu adalah karut dan sukar mahu diturut.
Bahan bacaan kebanyakannya merupakan hasil terjemahan yang
dilakukan oleh orang Inggeris sendiri. Sedikit sebanyak mereka
cuba menerapkan nilai-nilai budaya mereka melalui falsafah dan
pemikiran. Anak-anak Tanah Melayu secara tidak langsung mulai
mengikut pengaruh Barat. Norma hidup yang dialami oleh kanak-
kanak bercanggah dan bertentangan dengan apa yang mereka itu
pelajari. J usteru itu terjadinya penolakan di kalangan anak-anak
terhadap budaya tradisi bangsanya yang luhur dan sejati.

Pertembungan nilai lama dan nilai moden
Pertembungan dua nilai ini, lama dan moden membawa maksud
nilai peribumi Melayu-Islam dengan nilai Barat-sekular sedangkan
nilai-nilai yang mereka terapkan di sekolah-sekolah waktu itu telah
jauh menyimpang daripada budaya bangsanya yang sejati. Selain
terjadinya pengubahsuaian, juga diterapkan melalui peradaban
yang baru sama sekali yang dikenali dengan gelaran moden.
Kanak-kanak mudah terpedaya dan mudah pula percaya terhadap
perkara yang baru didengar dan dilihatnya itu, maka perubahan
yang mendadak begini sering berlaku terutama sekali dalam
bidang sosial. Oleh kerana nilai yang baru itu agak asing, maka
mereka menganggapkan sebagai moden.








Keluarga Berkesan 7

Rajah di muka surat sebelah ini menggambarkan bertindan-
tindihnya antara kedua nilai dan budaya tersebut berlaku dalam
masyarakat moden kita. Walaupun pada mulanya nilai-nilai
moden meresapi kehidupan mereka, tetapi mereka akan terus
mengambil dan memakainya seolah-olah mereka itu sudah biasa.
Budaya `moden yang dimiliki anak-anak mereka itu langsung
tidak lagi secocok dengan kebiasaan dan amalan tradisi yang
dipusakai mereka selama ini. Pertentangan nilai, sikap, tanggapan
dan perspektif dunia. Generasi muda dengan para ibu bapa telah
mewujudkan satu jurang generasi yang
memisahkan antara kedua kumpulan ini. Anak-
anak kini akhirnya menganggap buah fikiran
orang tua mereka itu semuanya kolot dan jahil.
Orang tua sebagai buta huruf dan mereka
sebagai intelektual. Sikap beginilah yang
menjadi punca terjadinya tekanan jiwa di
kalangan ibu bapa terutama mereka yang hanya
memendam rasa tanpa berani menyanggah pendapat dan
pandangan anak-anak mudanya lantaran kerana mereka kini
ditanggung makan oleh anak-anaknya itu. (Zakiah Darajat, 1983 )
Tekanan perasaan beginilah yang menimbulkan penyakit dan
terganggu fikiran.
Sesebuah keluarga merupakan pemimpin dan pendorong
kepada anggota keluarganya. Sekiranya ibu bapa tidak mengambil
berat berperanan sedemikian, menyebabkan seseorang anak muda
itu berani bersikap menyeleweng terhadap orang tuanya.

Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak
pada zaman kini
Ibu bapa seharusnya boleh memainkan pelbagai peranan
dalam membentuk disiplin dan peribadi anak-anak. Kecuaian ibu
bapa untuk memahami peranannya yang sebenar menjadikan anak-
anak hilang panduan dan keliru dalam menjalani hidupnya, maka
jangan salahkan anak-anak apabila mereka memilih orang lain
untuk dicontohi.

8 Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

Rumah tangga







Masyarakat Tempat Kerja

Peranan berkesan yang dimainkan oleh ibu bapa di rumah
dengan melakukan sesuatu yang positif untuk keharmonian
kekeluargaan akan membawa keharmonian ini ke tempat kerja.
J ika keharmonian ini dapat disalurkan ke tempat kerja sudah
tentunya kelangsungan keharmonian ini dapat diwujudkan dalam
masyarakat. Ibu bapa seharusnya dapat menyeimbangkan peranan
mereka sama ada di rumah, tempat kerja dan dalam masyarakat.
Keseimbangan ini amat perlu supaya segala tekanan akan dapat
diatasi.


















Fokus Kehidupan
Manusia
Keluarga Berkesan 9

RUJUKAN
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahaya. 2004. Hubungan antara Sejarah Silam Dengan
Perkembangan Personaliti Di kalangan Pelajar Bandar dan
Luar Bandar. Seminar antarabangsa Nilai Dalam komuniti
Pasca modenisme (SIVIC 2004) 4-6, Hotel City Bayview.
Langkawi
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Remaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Mohd Salleh Lebar (1994 ). Asas psikologi perkembangan.
Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Syarikat Percetakan Ihsan.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.


2
MENGENAL STAIL MENDIDIK
KELUARGA
Azizi Yahaya



PENGENALAN
Keluarga adalah merupakan unit terkecil yang akan membentuk
serta mewujudkan sebuah masyarakat dan bangsa seterusnya akan
berperanan di dalam pembangunan sesebuah negara. Institusi
kekeluargaan juga merupakan asas kepada pembinaan masyarakat
yang bahagia dan pembangunan sesebuah negara yang maju,
bermaruah dan dihormati.
Kehidupan keluarga adalah merupakan sesuatu yang
dinamik dan sentiasa mengalami perubahan. Maka setiap individu
dalam keluarga, terutamanya ibu bapa perlu mengetahui cara-cara
yang boleh diambil untuk mengelak atau menyesuaikan diri
dengan perubahan-perubahan yang mungkin berlaku dalam rumah
tangga.
Keluarga yang bahagia adalah tunggak kepada kejayaan
negara. Maka dengan itu,setiap ahli keluarga terutama ibu bapa
perlulah memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan
matlamat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan
membangun.

DEFINISI KELUARGA
J ohn Howard dalam buku beliau, Families (1978:24), Tidak atau
tidak ada yang lebih istimewa, hebat dan perasaan yang tidak
terlepas daripada mempunyai keluarga. Begitu juga tidak ada
perkataan yang sesuai untuk mendefinisikannya.
Ahli sosiologi menekankan definisi keluarga merupakan
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

11
harapan masyarakat ataupun norma terjadi secara gabungan saling
berkait sebagai peranan. Peranan mewakili tanggapan tentang
bagaimana ahli dalam keluarga harus bertingkah laku secara ideal,
walaupun tingkah laku peranan yang sebenar kemungkinan
berlainan daripada ini. Selain itu, peranan ini membawa penalti
yang bertindak sebagai mendorong perlakuan yang bersesuaian.
Penalti ini dari segi undang-undang, sosial dan psikologi
mengenakan tekanan terhadap seseorang supaya melaksanakan
perlakuan yang sesuai.
Selain itu, ianya merupakan hubungan sosial melibatkan
pertukaran kos dan keuntungan iaitu interaksi cenderung ke arah
satu norma ekuiti dan prinsip timbal balik. Contohnya dalam
banyak budaya, perkahwinan dilangsungkan dengan pertukaran
barang bernilai seperti barang kemas.

Keluarga Kacau
Keluarga kacau kurang teratur dan selalu
dalam keadaan mendua. Keluarga ini
cenderung kepada konflik, penuh masalah
dan tidak peka terhadap keperluan anak-
anak. Anak-anak dilalaikan dan
diperlakukan scara kejam, dengan
kurangnya hubungan mesra.
Keluarga kacau selalu tidak aman
damai. Mereka tinggal di rumah yang
sama, tetapi suasananya tidak senang dan
tidak aman baik secara fisik, emosi, mahupun kerohanian. Anggota
keluarga tidak rapat, batas horizontal dan vertikal pada suami /
isteri, atau pun pada anak. Tidak ada bantuan antara satu sama lain.
Dalam keluarga yang kaya seorang pengasuh anak
mungkin diserahi tugas sebagai ibu bapa. Tali perhubungan antara
mereka adalah lebih seperti kawan kerana kekurangan rasa kasih
sayang.

PERKAHWINAN
Perkahwinan dalam keluarga kacau bukanlah perkahwinan.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

12
Pasangan mungkin telah mempunyai anak, tetapi sedikit atau
malah tidak ada cinta di antara suami dan isteri. Mereka tidak
berusaha untuk memelihara perkahwinan mereka. Mereka selalu
bertengkar, dan kadang-kadang sampai memuncak. Perpecahan
dan ancaman perceraian merupakan hal yang umum. Dalam
kenyataan memang banyak perkahwinan macam ini yang berakhir
dengan perceraian.

GAYA IBU BAPA
Dalam keluarga kacau, perhubungan di dalam keluarga adalah
kasar. Ibu bapa menghabiskan waktunya dengan mengerjakan apa
yang mereka inginkan. Pada malam hari anak-anak tidak
didendangkan, dipeluk atau dirawat apabila mereka terluka, baik
secara fizikal mahupun secara emosi.
Apabila keluar garis, mereka biasanya dihukum. Celaan,
sindiran, dan cerewet menjalar ke dalam jiwa lembut anak-anak.
Ibu bapa mengawasi anak-anak mereka melalui ancaman dan
kekuasaan. Disiplin tidak menentu, kasar, tidak wajar dan kadang-
kadang tidak tertahankan. Sering disiplin terpusat pada
`mematikan anak-anak, bukannya mengoreksi tingkah laku
mereka.

ANAK-ANAK
Anak-anak dalam keluarga kacau merasa terancam dan tidak
disayangi. Hampir sepanjang waktu mereka dimarahi atau tertekan.
Dalam beberapa hal situasi keluarga begitu tidak terduga sehingga
anak-anak tidak sedar akan perasaan. Mereka hanya hadir dari hari
ke hari dalam tekanan dan suasana keluarga yang penuh stres.
Anak-anak mendapat kesan bahawa mereka tidak
diinginkan dalam keluarga. Ini mengakibatkan perasaan dendam,
kemarahan dan kebencian.
Segala sesuatu yang diketahui anak-anak tentang
kehidupan keluarga yang baik dipelajari melalui keluarga kawan-
kawan mereka. Anak-anak yang tetap hidup baik adalah mereka
yang dapat mendidik diri sendiri atau yang cukup beruntung
menemukan `mentor di luar keluarga. Anak dewasa dari keluarga
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

13
kacau boleh dikatakan hampir tidak bersalah. Mereka dipaksa
tumbuh dengan pesat dan lebih bersifat keduniawian daripada
teman imbangannya dari keluarga lain. Penggunaan wang dan
harta milik mereka harus datang dari usaha mereka sendiri.
Di sekolah mereka sukar dikendalikan. Pantangan sosial
seperti merokok, minum dan berjudi dialami lebih awal. Anak-
anak cepat untuk menentang, menghina dan menantang kekuasaan.
Mereka mulai mengabaikan dan menyalahgunakan masyarakat
seperti mereka telah diabaikan dan disalahgunakan dalam keluarga
mereka. Tidak ada peraturan di rumah sehingga mereka berkelana
dengan bebas, kecuali sekali-sekala mengawal melalui pukulan
fizik.

KELUARGA
Bagi anak-anak dari keluarga kacau, mereka menganggap individu
tidak ada keluarga. Yang ada ialah individu tinggal di dalam empat
dinding yang disebut orang rumah. Rumah ini semata-mata
merupakan tempat berhenti bagi orang-orang ini. Anggota
keluarga mungkin tidak saling melihat beberapa hari berturut-turut.
Anak-anak menolak mengajak teman-teman mereka ke
rumah. Keluarga kacau tidak menjaga tetap sejalan dengan dunia
luar. Mereka hidup tanpa kepercayaan pada orang lain dan
umumnya tidak mahu bekerja sama. Mereka patut kepada
peraturan hanya apabila peraturan itu menyenangkan bagi mereka
bukan kerana peraturan itu baik bagi masyarakat.

PENGARUH AGAMA DAN NILAI
Tidak banyak keluarga kacau mempunyai orientasi kerohanian
yang kuat. Mereka cenderung tertarik kepada kekuasaan dan
kontrol. Mereka senang konfrontasi, tetapi tidak mahu
mempraktikkan kesabaran dan ketekunan dengan orang lain.
Mereka berpegang bahawa keyakinan mereka benar dan keyakinan
orang lain salah.
Dalam kebanyakan keluarga kacau, agama dianggap tidak
masuk akal dan lemah. Bagi mereka berbicara tentang syurga
adalah tidak begitu penting. J ika seorang dewasa dalam keluarga
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

14
berpaling kepada Tuhan, dia mungkin akan mendapat ejekan,
cacian dan penolakan dari keluarga.

MENINGGALKAN KELUARGA
Anak-anak biasanya meninggalkan keluarga kacau sebelum
waktunya dengan konflik yang tidak terpecahkan dan kebencian
yang umum kepada keluarga. Kadang-kadang mereka pergi jauh,
menjadi hamil, melakukan kejahatan, masuk sesuatu parti untuk
keluar dari rumah. Mungkin ada kontak dengan ibu bapa sesudah
berpisah. Kontak dengan saudara jarang kerana mereka merasa
tidak memerlukan atau menginginkan kontak semacam itu.
Ketika anak dewasa dari keluarga kacau, mereka biasanya
mempunyai masalah-masalah berhubungan dengan teman hidup
dan anak-anak mereka. Mereka sangat berorientasi diri, mereka
tidak percaya pada orang lain dan tidak tahu bagaimana ada
perhubungan yang baik dengan orang lain. Meski pun mungkin
mereka ingin menjadi suami isteri yang baik, mereka tidak
mempunyai model keluarga asal yang baik untuk diikuti. Maka,
ketika mereka kecewa dengan anggota keluarga, mereka
mengambil jalan menyerang, yang hanya akan lebih menjauhkan
tali persaudaraan. Situasi juga sama. Mereka kasar dan membuat
orang lain tidak senang.

Keluarga Simbiotik
Keluarga simbiotik bercirikan orientasi
keluarga yang kuat dengan perhatian yang
hampir seluruhnya terpusat semata-mata
pada anak-anak. Keluarga ini berlebihan
dalam relasi atau hubungan. Anggota
berkumpul bersama, membuat sulit
menyuruh mereka berpisah. Ibu bapa tidak
mendorong anak berkembang menjadi
individunya sendiri, tetapi mencuba
menjelmakan diri pada anak-anak mereka.
Ibu bapa terlalu melibatkan diri pada anak-anak, tetapi
mereka terlalu posesif. Seorang dewasa dalam keluarga simbiotik
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

15
dikendalikan oleh ibu bapa yang membuat mereka tidak baik setiap
kali dia mulai berbuat bagi dirinya. Sebagai contoh, seorang anak
lelaki yang berumur 15 tahun tidak dapat menikmati cuti
perkhemahan seminggu di tepi pantai bersama dengan guru dan
rakan-rakan sekolah. Dia tidak menikmati cutinya kerana dia tidak
merasa tidak baik meninggalkan ibu bapanya sampai selama
seminggunya. Sebelum dia berangkat, ibunya berkata kepadanya
betapa banyak dia akan kehilangannya, Dia menguatkan
perasaannya dengan menelefon kepada ibu bapanya.
Dia merasa tidak baik kerana ibu bapa merasa ditinggalkan.
Maka, untuk menghindari perasaan tidak baik lebih lanjut, dia
tinggal di rumah pada cuti sekolah berikutnya. Dia secara mental
begitu lengket kepada ibu sehingga dia tidak bebas berbuat sesuatu
bagi dirinya.
Perkahwinan
Dalam banyak hal perkahwinan, keluarga simbiotik tidak bahagia,
tetapi secara lahiriahnya tidak demikian. Pasangan ini ramah-
tamah satu sama lain dan mereka bekerja sama dalam fungsi sosial.
Perkahwinan merupakan standard sosial yang mereka merasa
terpaksa memenuhinya.
Pasangan simbiotik nampaknya sebagai perkahwinan yang
bahagia, namun sedikit saja percintaan atau kasih yang asli kerana
salah satu atau kedua partner memberi sokongan. Biasanya salah
satu yang takut ditinggalkan beralih kepada anak-anak, kerana
lebih mudah mengawasi anak-anak daripada orang dewasa.

Gaya Ibu bapa
Bagaimana ibu bapa simbiotik mengawasi anak-anak mereka ?
Salah satu caranya dengan tuduhan. Sebagai contoh, ibu bapa
minta, Tidak ingin kamu memberikan ciuman kepada ibu ? atau
berkata, Anda memikirkan dirimu sendiri dan tidak memikirkan
betapa hal itu menyakiti ayah.
Agar mendapat penerimaan dari orang tuanya, anak akan
berusaha keras menuruti keinginan orang tuanya.

Anak-anak
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

16
Anak-anak dalam keluarga simbiotik terlalu banyak menghabiskan
waktunya untuk memikirkan apa yang diinginkan orang tua
sehingga mereka dapat memenuhinya. Fokus yang banyak sekali
pada keinginan ibu bapa ini melukai individualitas anak. Anak-
anak tidak suka berperasaan jelik, mereka mencuba
mengantisipasi apa keinginan orang tua dan berbuat menyesuaikan
diri. Setelah dewasa mereka sering menerapkan metode yang sama
terhadap teman-teman, pekerja dan suami/isteri mereka.
Anak remaja dalam keluarga simbiotik tidak membantah
orang tua kerana dia tidak membantah ibu bapa kerana dia tidak
ingin berperasaan jelik. Dia mempunyai banyak keraguan diri dan
tertarik untuk mundur dari kontak sosial. Beberapa di antaranya
bantah terhanyut ke dalam masalah psikologi yang dalam.
Kebanyakan anak remaja dari keluarga simbiotik mengidap
semacam kesulitan emosional.

Keluarga
Kebanyakan keluarga simbiotik melaksanakan secara rutin dalam
kebiasaan mereka sehari-hari seperti makan, kegiatan sosial atau
pekerjaan rumah. Rumah dan keluarga mendominasi waktu
mereka, akan tetapi suasana cemas meliputi rumah tangga itu, yang
berasal dari ibu bapa dan tidak kukuh hubungan mereka.
Orang dewasa selalu berurusan dengan penyesuaian pada
pekerjaan, adakah anak-anak mereka selamat atau bagaimana
keluarga lain akan menganggap apa yang mereka katakan atau
kerjakan. Anak-anak mendapat ibu bapa mereka dan sebaliknya
mereka menjadi cemas.
Komunikasi dalam keluarga simbiotik tidak konflik.
Konflik terbuka akan menghasilkan terlalu banyak kegelisahan.
J ika ada konflik, itu berasal dari orang dewasa yang hiper-sensitif
yang cepat menuduh atau menanyakan jika dia atau dia merasa
terancam. Anggota keluarga begitu sensitif terhadap satu sama lain
sehingga mereka memiliki ketakutan yang menyebabkan
percakapan yang berlebihan. Mereka cenderung untuk mudah
menyetujui daripada jujur.
Keluarga itu terancam oleh perbezaan. Mereka tidak
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

17
senang dengan anggota keluarga yang tidak memenuhi keinginan
keluarga. Maka, seorang individu tidak diizinkan menyatakan
perasaannya yang sebenarnya. Sebagai contoh, ibu bertanya
kepada Amy adakah dia hendak makan kek keju. Amy berfikir
bagi dirinya sendiri, Saya sebenarnya tidak ingin makan kek keju
sebab saya masih kenyang. Tetapi ibu mungkin sakit hati kalau
saya mengatakan tidak. J ikalau dia menjawab tidak. Ibu akan
berkata, Kamu tidak suka kek keju, Amy? Saya membuat ini
untuk mu. Amy tidak dapat menyatakan fikirannya sendiri tanpa
menyakitkan hati ibunya.
Berfikir kelompok merupakan tata tertib harian dalam
keluarga simbiotik. Setiap anggota yang tidak taat kepada tradisi
dan keyakinan keluarga dituduh menentang keluarga. Keluarga
simbiotik tidak percaya dan tidak senang kelompok atau individu
yang berbeza dengan keluarga itu, dia harus setuju dengan
keluarga itu.
Keluarga simbiotik tersepit dalam perhubungan dengan
dunia luar. Di satu pihak mereka ingin menjadi bahagian dari
suatu keadaan yang tetap. Mereka mencari kelompok yang mereka
percayai dan merupakan tempat memberikan kesetiaan mereka. Di
pihak lain, siapa pun yang tidak mengikuti kesetiaan keluarga
simbiotik segera dicurigai.
Apa yang dianggap kejadian rutin dalam keluarga kacau
menimbulkan krisis bagi keluarga simbiotik. Kepergian satu orang
tua untuk beberapa hari, perselisihan keras antara ibu dengan
seorang anak, luka yang diminta dijahit. semua merupakan trauma
bagi keluarga simbiotik.

Pengaruh Agama dan Nilai
J ika penglibatan dalam kegiatan keagamaan, mereka
mengerjakannya tidak dengan minat yang sebenarnya. Kadang-
kadang mereka mempunyai keperluan untuk diberitahu apa yang
harus dipercayai dan bagaimana mempraktikkannya. Bimbingan
ini membantu mereka mengerjakan sesuatu yang benar.
Kadang-kadang Tuhan merupakan ancaman bagi mereka.
Mereka mungkin takut sekali kehilangan keselamatan, atau
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

18
mungkin mereka menunjukkan kegiatan kerohanian tertentu
kerana mereka berfikir Tuhan tidak mahu mencintai mereka jika
mereka tidak mencintai. Ironisnya, orang tua atau ibu bapa
berhubung dengan Tuhan seperti anak-anak mereka berhubungan
dengan mereka dengan cemas mencuba menyenangkan agar
diterima.

Meninggalkan Keluarga
Anak-anak tidak benar-benar keluar dari keluarga simbiotik.
Mereka berpisah secara fizikal, tetapi kahwin dan mempunyai anak
tidak memindahkan anak dewasa itu dari pengawasan mental
orang tua simbiotik. Kerangka mental dan emosional begitu kuat
sehingga anak-anak dewasa dari keluarga asal simbiotik menemui
kesulitan untuk hidup bebas. Keluar dari keluarga sangat rumit
kerana orang tua tetap mengembangkan lingkaran pengaruh
mereka, menarik teman hidup dan anak-anak mereka. Ibu bapa
anak dewasa mungkin hubungan ini dengan hadiah,
memperpanjang pinjaman atau meminta keputusan. Ibu bapa
simbiotik sangat terganggu oleh suami /isteri anak dewasa mereka,
bila suami/isteri itu mencuba mendorong anak dewasa itu lebih
dekat dengan perkahwinan dan jauh dari orang tua. Kadang-
kadang anak dewasa mencari seorang kawanyang kuat yang
membantu mereka lari dari orang tua simbiotik.
J ika terdapat seorang anak dewasa dari keluarga dewasa
dari keluarga simbiotik perbuatan paling baik yang dapat dia
lakukan untuk menghormati orang tua adalah berpisah dengan
mereka. Mungkin ibu bapa mentafsirkan kepindahan sebagai
ketidaksetiaan, tetapi itu jangan menghalanginya. Sekali si anak
telah mengumpulkan fikiran-fikirannya dan memperoleh
kepercayaan diri. Dia akan mampu mencintai mereka secara sah,
tidak dari ketakutan tetapi dari pilihan. J angan mencuba
mengubah mereka atau membuat mereka mengerti. Tenteramkan
hati mereka bahawa anak itu masih memperhatikan mereka.
Meninggalkan tidak bererti memutus tali perhubungan, tetapi
bererti berdiri sendiri.

Mengenal Stail Mendidik Keluarga

19
Keluarga Pelindung
Berbeza dengan keluarga kuasa yang lebih
berorientasi pada tugas, anggota keluarga
pelindung ini benar-benar menyedari
perasaan satu sama lain. Ketidakcocokan
dihindari kerana lebih menyukai suasana
yang penuh kedamaian. Untuk
menghilangkan ketegangan, anggota
keluarga meninggalkan topik yang
kontroversial dan berbincang tentang yang
lain. Sayangnya, mereka tidak boleh
mempertahankan perasaan dan
pendapatnya yang benar. Mereka membahayakan individual
kerana mereka takut akan ketegangan atau tidak diterima. Mereka
merasa tidak aman dalam keadaan tidak disetujui.
Keluarga pelindung melakukan pekerjaan besar dalam
bidang kesetiaan dan tradisi keluarga. Menitikberatkan keluarga,
anak-anak dipandang sangat penting dan sering menjadi pusat
perhatian, bahkan menjadi penentu utama acara keluarga.
Pemerintahan keluarga biasanya demokratik, meskipun kadang-
kadang sangat dipengaruhi oleh suara anak-anak.

Perkahwinan
Perhubungan perkahwinan dalam keluarga ini pada dasarnya
mantap, tanpa konflik besar. Setiap suami/isteri meminta
persetujuan yang lain. Pasangan-pasangan berusaha saling
menenangkan dan mahu mengorbankan janji, fikiran dan perasaan
sendiri untuk saling menyesuaikan diri. Kadang-kadang mereka
mengalah satu sama lain dan kadang-kadang bebas dari kesalahan
supaya dapat diterima. Mereka tidak suka menyakiti satu sama
lain.
Fokus utama perkahwinan adalah anak-anak. Dengan
kedatangan anak-anak, ibu beralih kepada subsistem saudara dan
hidupnya menjadi terserap oleh anak-anak. Dia menyayangi
mereka sebagai kesayangan, tetapi bila mereka besar, ibu bapa
menjadi lebih penuh dengan stres. Anak-anak tidak responsif lagi
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

20
terhadap pemeliharaannya, pemanjaannya dan cara
perlindungannya. Ada kalanya ia mungkin mengenangkan keadaan
ketika mereka masih muda dan dapat diatur.

Gaya Ibu Bapa
Anak-anak dalam keluarga pelindung ini menerima banyak sekali
perhatian dan dukungan. Orang tua memberikan garis besar
pedoman untuk kegiatan. Dalam hal ini mereka tidak mudah
mengizinkan dalam erti membiarkan anak-anak berbuat apa saja
yang mereka inginkan. Namun, ibu bapa akan mundur dari aturan
jika anak terlalu banyak melawan. Anak-anak ini tidak merasa
takut oleh tanggapan tidak kerana mereka telah mengetahui
bahawa ibu dan bapa sering mengalah. Ibu bapa begitu
mementingkan perhubungan baik dengan anak-anak sehingga
mereka mahu berbuat hampir apa saja untuk menjaga agar anak-
anak tidak marah kepada mereka. Ini hampir seakan-akan ibu bapa
memerlukan persetujuan dari anak-anak kepada ibu bapa.
J ika anak mempunyai persoalan, ibu bapa berbuat apa saja
yang dapat mereka lakukan untuk mengeluarkannya dari kesukaran
itu. Sayangnya, ibu bapa pelindung ini sering terlalu melindungi
anak-anak mereka dari akibat kesalahan atau tingkah laku yang
tidak tepat. Ibu bapa menolong kerana mereka memelihara, tetapi
pemeliharaan itu kadang-kadang melampaui batas. Perbuatan ini
memperkuat sifat egosentris anak dan menghalangi perkembangan
watak peribadi. Dia tidak belajar bagaimana bertekun dalam situasi
yang sulit.
Kadang-kadang ibu bapa pelindung ini terlalu pelindung.
Mereka tidak mahu mengizinkan anak mengambil keputusan atau
mereka melarang anak bermain olahraga kerana takut cedera.
Mereka selalu membereskan pekerjaan rumahnya kerana mereka
tidak ingin gurunya menganggap mereka ibu bapanya tidak baik.
Ibu bapa pelindung dapat dituduh naif terhadap anak-anak
mereka. Mungkin mereka berfikir bahawa anak-anak mereka tidak
pernah akan berbuat seperti yang diperbuat anak-anak lain. Anak-
anak mempunyai banyak hal untuk dikatakan tentang apa yang
terjadi dalam keluarga. Dalam keluarga pelindung dengan satu ibu
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

21
bapa, anak-anak mungkin lebih menguasai daripada orang tua.

Anak-anak
Anak-anak dari keluarga pelindung biasanya terlatih baik secara
sosial. Mereka menunjukkan hormatnya dan menyesuaikan diri
dalam masyarakat dan situasi sekolah. Anak-anak ini mampu
dalam hal keterbukaan dan dalam perhubungan dengan orang.
Meskipun demikian, sebagai remaja belasan tahun mereka
dengan mudah menjadi sasaran tekanan kawan. Ini kerana mereka
selalu diterima oleh ibu bapa, mereka mungkin tidak tahu
bagaimana menghadapi kurang penerimaan dalam suatu kelompok
kawan. Oleh kerana itu, penerimaan kawan sangat penting. Mereka
ingin dan perlu menyesuaikan diri kerana penolakan kelompok itu
sungguh-sungguh fatal. Rasa harga diri mereka menyesuaikan diri
kepada status kelompok. Apabila seorang belasan tahun tidak
mempunyai pakaian yang in atau sesuatu yang membuat
berstatus, dia akan menekan ibu bapa untuk menyediakan semua
itu baginya. Dia akan bertengkar dengan ibu bapanya jika ayah dan
ibunya menolak a dalam kelompok kawan.
Untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya, anak
belasan tahun dari keluarga pelindung akan menuduh orang tuanya
tidak mempedulikan dia. Dia sering memanipulasi mereka dengan
alasan-alasan untuk melakukan sesuatu yang diinginkannya. Dia
berbuat untuk mereka apa yang mereka lakukan untuknya pada
usia sebelumnya menggunakan kesalahan dan kasihan diri untuk
mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Keluarga
Anggota keluarga pelindung ini berkomunikasi satu sama lain
dengan kepekaan dan hormat. Akan tetapi, sikap mereka
dimungkinkan oleh kecenderungan menolak situasi yang tidak
menyenangkan dan /atau menutupi keperluan mereka yang
sebenarnya dengan keluhan-keluhan yang tidak sungguh-sungguh.
Dalam suatu krisis anggota keluarga ini menunjukkan
perlindungan dan dukungan yang sangat besar bagi satu sama lain.
Apabila salah satu mendapat kecelakaan, yang lain merasa sedih
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

22
bagi korban itu. Tetapi, meskipun mereka dinilai tinggi dalam
pemeliharaan, mereka tidak dapat membuat keputusan secara
efektif. Mereka banyak makan waktu untuk bertanya satu sama
lain tentang perbuatan yang paling baik dilakukan. Dalam usaha
membuat keputusan yang benar, penundaan sering dilakukan.
Dalam perhubungan dengan dunia luar, keluarga pelindung
berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan. Ini merupakan cara
mereka untuk memelihara agar tetap diterima dan aman. Pendapat
orang lain dapat merupakan penyebab keamanan yang besar bagi
mereka daripada pendapat sendiri. Keyakinan anggota keluarga
pelindung ini tidak berkembang, mereka menjadi sasaran
pertimbangan orang lain yang tanpa mereka sengaja telah mereka
beri kuasa untuk menekankan nilai dan rasa aman.

Pengaruh Agama dan Nilai
Keluarga pelindung sangat setia kepada agama dan kepercayaan
mereka. Mereka cocok sekali pada agama dan umumnya tidak
mengacau, tetapi mungkin mereka cenderung kepada legalisme.
Rasa tidak aman mereka barangkali menyebabkan mereka
mengambil perilaku kerohanian lahiriah untuk menenteramkan diri
dari keyakinan batin mereka. Mereka merasa terancam oleh orang
yang berbeza dalam bentuk nilainya.

Meninggalkan Keluarga
Anak-anak boleh secara fizik meninggalkan, tetapi masih boleh
mengharapkan bantuan wang, nasihat atau pertolongan dari ibu
dan ayah bila mereka memerlukannya. J ikalau menghadapi
kesulitan, mereka menyandarkan diri pada ibu dan ayah untuk
membantu mereka.
Kebanyakan anak dewasa tetap secara aktif terlibat dan
setia kepada orang tua mereka. Mereka senang pulang dan merasa
aman di rumah orang tua. Bila mereka berkunjung, mudahlah
mereka berubah peranan menjadi anak-anak di hadapan ibu dan
ayah.


Mengenal Stail Mendidik Keluarga

23
Keluarga Seimbang

Keluarga ini merupakan model
keseimbangan antara individualiti
dan relasi. Keluarga ini menggalak
ahli-ahlinya untuk menjadi apa saja
yang mungkin bagi mereka dan
mereka dapat berelasi dengan orang
lain. Keluarga ini
memperkembangkan tingkat
individual dan kecakapan yang
tinggi dalam relasi antara
keperibadian keluarga.


Gaya Ibu Bapa
Dalam keluarga seimbang, ibu bapa bertanggungjawab dan dapat
dipercayai. Keluarga ini menghormati hak-hak dan perasaan orang
lain. Setiap individu menghormati diri sendiri sebagai manusia
yang unik. Ahli keluarga sentiasa tolong-menolong di antara satu
sama lain dan diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan dan
bakat. Ibu bapa pula sentiasa berkelakuan positif dan bersikap
murni untuk dijadikan teladan dan model yang baik kepada anak-
anak.

Perkahwinan
Relasi atau perhubungan di antara ibu bapa amat erat dan mesra
dengan mementingkan perkahwinan yang sejati dan ikhlas. Soal
perceraian tidak timbul supaya anak-anak merasa mereka
dilindungi dan disayangi. Selain daripada itu, ibu bapa sentiasa
meluangkan masa yang mencukupi untuk bersama-sama dengan
anak-anak mereka.
Anak-anak diasuh dengan penuh kasih sayang dan
berdisiplin. Anak-anak akan diberi peluang untuk memperbaiki
kelakuan atau perangai yang negatif dan membuat keputusan
dengan diri sendiri dengan bantuan dan tunjuk ajar ibu bapa. Ibu
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

24
bapa memainkan peranan yang penting dalam keluarga seimbang.
Ibu bapa merupakan pendengar yang baik dan sudi menerima
anak-anak mereka dengan ikhlas.

Anak-anak
Perhubungan di antara mereka dengan anak-anak amat erat dan
mesra kerana anak-anak merasa mereka diberi ruangan yang agak
luas untuk meluangkan perasaan yang bebas dan jujur. Mereka
merasa sentiasa dihormati oleh ibu bapa dan dapat
mengembangkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang
luar pada bila-bila masa.

Keluarga
Perhubungan di antara setiap ahli keluarga seimbang adalah secara
dinamis. Mereka dapat memaafkan perbuatan yang tidak sengaja
dilakukan oleh ahli keluarga dengan nilaian yang munasabah dan
relevan.

Pengaruh agama dan nilai murni

Keluarga seimbang membenarkan anak-anak mempersoalkan
agama yang dianuti dan memahami kepercayaan kepada agama
berkenaan dengan mengembangkan fikiran anak-anak untuk
mencari kebenaran dan menghargai nilai murni yang berkaitan.

Meninggalkan keluarga
Anak-anak dalam keluarga seimbang adalah bersedia untuk
menghadapi kehidupan dengan diri sendiri selepas mereka
meninggalkan keluarga apabila dewasa.

Keluarga Kuasa
Keluarga ini mempunyai kecenderungan untuk kasar di mana
orang tua memaksakan kekuasaannya. Keadaan ini menjadikan
anak-anak tidak merasa dilindungi tetapi mereka tahu benar cara
menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Keluarga Kuasa
mempunyai harapan yang besar dan jelas dari anggota-anggotanya.
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

25
Kecenderungan terhadap kecaman dan
kegagalan yang ditemukan sering
meninggalkan kemarahan individual.
Keluarga Kuasa

Perkahwinan
Keluarga Kuasa lebih menekankan kekuasaan daripada relasi atau
perhubungan. Anggota-anggota dalam keluarga kuasa lebih mudah
berbicara tentang tugas daripada perasaan.

Anak-anak
Anak-anak keluarga kuasa sentiasa mendapat perintah dan tidak
suka menghabiskan masa dengan ibu bapanya kerana mereka tidak
dapat menyesuaikan diri dalam keadaan keluarga kuasa yang
tertakluk dengan peraturan yang ketat. Mereka tidak suka melihat
perhubungan perkahwinan ibu bapa yang bersyarat dan tidak
menitikberatkan cinta yang sejati dan ikhlas. Kadang-kadang
keadaan ini mengakibatkan perceraian dan anak-anak pula menjadi
mangsa.

Gaya Ibu bapa
Ibu bapa juga enggan mengerti perasaan anak-anak mereka dan
tidak akan memaafkan anak-anak sekiranya mereka melakukan
perbuatan yang diingini. Anak-anak yang belasan tahun sering
melawan ibu bapa dan akan melakukan kelakuan yang tidak
murni sehingga menjadi remaja yang bermasalah. Konflik akan
berlaku di antara anak-anak dengan ibu bapa kerana kurang
persetujuan dan kompromi. Walau bagaimanapun keluarga kuasa
memberikan motivasi yang positif kepada anak-anak yang selama
ini telah melahirkan keyakinan secara semula-jadi dan mereka
dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan dan kemampuan
sendiri. Mereka dapat membuat keputusan dengan diri sendiri dan
dapat membuktikan kebolehan melakukan sesuatu perkara dengan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

26
baik kerana selama ini mereka tidak diberi pimpinan dan nasihat
daripada ibu bapa.

Pendidikan Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan bertanggungjawab melahirkan, mendidik,
mengasuh dan membesarkan anggota masyarakat yang
kemudiannya akan menjadi warganegara yang mentadbir sesebuah
negara.
Sehubungan dengan itu, keluarga adalah sekolah pertama
untuk memberi didikan kepada generasi baru, ibu bapa dan ahli
keluarga yang lebih tua pula berperanan dan bertanggungjawab
sebagai ejen penyerap ilmu kepada setiap ahli keluarga untuk
menjadi individu yang berkualiti.
Pendidikan keluarga dapat disalurkan melalui pelbagai
proses seperti pengajaran, latihan, nasihat, contoh teladan dan
melalui proses indoktrinasi. Pada dasarnya pendidikan keluarga
harus dibuat tanpa kekerasan. Ia perlu dibuat dengan lembut untuk
memudahkan penerimaan nilai-nilai baru kepada anak-anak yang
masih mentah dan untuk mencegah penyelewengan sikap.

Mengapa perlunya Pendidikan keluarga?
Pendidikan keluarga harus
dilakukan secara integrasi
pelbagai cabang ilmu iaitu
merangkumi ilmu fizikal, ilmu
sains moden dan ilmu kerohanian
untuk melengkapkan emosi,
kerohanian, mental dan akhlak
anak-anak.
Mengikut salah seorang
ahli pendidik dari Barat Mr. Sigourney berkata, jika anda
menginginkan anak anda untuk sesuatu........berusahalah
menunjukkan sesuatu itu dalam hidup anda dan dalam
pembicaraan anda sendiri.........
Ini telah menunjukkan bahawa pendidikan keluarga
memerlukan ibu bapa dan golongan yang lebih tua bertindak
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

27
dengan bijak dan nilai dan ilmu tersebut kepada semua ahli
keluarga. Ini penting untuk merealisasikan matlamat serta tujuan
sebenar pendidikan keluarga. Pada umumnya pendidikan keluarga
amat diperlukan.

Kepentingan Pendidikan Keluarga
i Mencorak dan membina keperibadian insan kamil yang
seterusnya akan menjadi anggota masyarakat serta
bangsa yang mempunyai ciri-ciri keperibadian terpuji
dan dihormati.
ii Membentuk rasa hormat di samping menanam sikap
serta akhlak-akhlak mulia dan berbudi tinggi di
kalangan anak-anak untuk pergaulan seharian bersama
anggota keluarga dan juga di kalangan masyarakat.
iii Membentuk masa depan yang cemerlang untuk anak-
anak melalui pendidikan bersepadu yang lengkap.
iv Melakukan proses sosialisasi kepada anak berdasarkan
model dan contoh teladan yang dapat ditiru daripada
ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.
v Menjadi satu tapak latihan untuk pelbagai bidang
sebelum anak-anak melangkah ke dalam masyarakat
dan dunia yang lebih besar serta mencabar.
vi Memastikan mobiliti sosial untuk anak-anak meningkat
ke tahap menjadi individu berilmu tinggi dan berakhlak
mulia untuk lebih dihormati dan disegani di kalangan
masyarakat.
vii Merangsang kematangan ahli keluarga supaya dapat
membezakan di antara perkara-perkara yang baik dan
buruk, mampu menyesuaikan diri dalam apa jua situasi,
berupaya menseimbangkan dengan bijak segala
keperluan duniawi dan keagamaan serta dapat
menangani kehidupan yang mencabar dengan penuh
kebijaksanaan.
viii Pendidikan keluarga yang dibuat berdasarkan rasa
tanggungjawab, kemesraan dan kasih sayang akan
melahirkan ahli keluarga yang berjiwa tenang, gembira
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

28
dan stabil emosinya.

Pada keseluruhannya, pendidikan keluarga yang berjaya akan
memberikan pencapaian terbaik kepada pembangunan peribadi
anak-anak dalam bidang pelajaran, kerjaya dan memperbaiki
kedudukan ekonomi dan memperbaiki kedudukan ekonomi dan
status keluarga di mata masyarakat.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH IBU BAPA
UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN YANG DIKEHENDAKI

1. Ibu bapa harus memberi perhatian dan mendengar masalah
anak dengan teliti dan penuh empati dan membantu
mereka mencari punca masalah tersebut dan bersama-sama
untuk menyelesaikan masalah itu.
2. Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak mengenai
setiap tindakan yang dilakukan kepada anak-anak. Sebagai
contoh, terangkan kenapa sesuatu hukuman harus
dikenakan terhadap tindakan yang salah oleh anak-anak.
3. Ibu bapa harus menerangkan perubahan-perubahan fizikal
dan psikologi yang berlaku dalam diri anak-anak di tahap
awal remaja, pertengahan remaja dan akhir remaja supaya
memberi keyakinan yang kukuh terhadap anak-anak untuk
menghadapi tekanan yang mungkin berlaku.
4. Ibu bapa perlu memberi latihan anak-anak dengan
kemahiran sosial supaya dia dapat berinteraksi dengan
kawan-kawan atau gurunya dengan berkesan.
5. Ibu bapa harus sentiasa memberikan penerangan yang jelas
mengenai sumber takut seperti perasaan takut berpisah
dengan ibu bapa pada bila-bila masa yang tidak dapat
dielakkan supaya dapat menenteramkan jiwa mereka
dengan kata-kata perangsang dan baca doa-doa tertentu
supaya diberikan keyakinan dan kekuatan.
6. Untuk membolehkan anak-anak berjaya mencapai cita-cita
yang diharapkan, ibu bapa harus memberikan tumpuan
kepada kehendak anak dan bantu anak untuk mengatasi
Mengenal Stail Mendidik Keluarga

29
kelemahannya. Ibu bapa harus sentiasa memberikan
pendedahan kepada pelbagai bidang yang mungkin
diminati oleh anak-anak.
7. Untuk mengelakkan anak-anak daripada berbohong, ibu
bapa harus menunaikan segala janjian yang telah
ditetapkan.
8. Ibu bapa harus sentiasa melakukan hal-hal yang positif
yang akan dijadikan teladan kepada anak-anak.
9. Ibu bapa harus sentiasa mempamerkan kasih sayang agar
anak-anak berasa selamat dan dikasihi.
10. Ibu bapa harus memupuk kasih sayang dan sikap bertolak
ansur di antara anak-anak supaya mereka dapat berkongsi
fikiran dan melahirkan sikap bantu-membantu di antara
adik-beradik.

KESIMPULAN
Memandangkan pendidikan keluargaan amat penting untuk
mengawal anak-anak dalam keadaan yang sihat dalam aspek
emosi, perasaan, pemikiran dan pembelajaran, maka diharapkan
langkah-langkah ini dapat diambil untuk menjayakan kehidupan
anak-anak dalam masa kelak.



Pendidikan yang mementingkan terkemudian tidak akan
melakukan sesuatu yang akan menjejaskan identiti bangsa dan
budaya. Pembentukan akhlak alam peribadi serta proses penurunan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

30
intipati warisan budaya kepada anak-anak, untuk menjamin
generasi.
Proses tunjuk ajar bagi menyediakan anak-anak dengan
berbagai-bagai bentuk keperluan, khususnya dalam bidang
ekonomi dan pekerjaan kerana anak-anak tersebut tidak akan
mewarisi pekerjaan ibu bapa atau jarang terlibat dalam pekerjaan
yang sama dengan pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa.
Keluarga bertindak sebagai pendorong dan pembantu
kepada anak-anak dalam proses pencapaian pengetahuan atau
kemahiran yang dimaksudkan. Keluarga tetap memberi tunjuk ajar
kepada anak-anak dalam perkara yang berkaitan dengan urusan
rumah tangga, misalnya, para ibu tetap melatih anak-anak
perempuan dalam kerja masak-memasak, jahit-menjahit,
mengemas rumah dan sebagainya.
Dari segi ini, didapati fungsi pendidikan dan sosialisasi
keluarga sebahagiannya masih dapat dipertahankan untuk
menyediakan anak-anak untuk berkomunikasi dengan orang lain
dengan baik. Pendidikan dari segi sosialisasi diambil berat
terutamanya melengkapkan anak-anak dengan berbagai-bagai
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan
mereka merancang atau menghadapi masa depan dengan yakin.
Keluarga tidak berkebolehan menjalankan fungsi ini. Ianya adalah
bergantung kepada agensi seperti tadika, sekolah, maktab dan
institusi pendidikan formal yang lain perlu.
Ibu bapa lebih gigih untuk melengkapkan anak-anak
dengan pengetahuan dan ilmu secukupnya agar anak-anak tersebut
dapat merancang masa depan mereka dengan lebih yakin.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak dewasa yang
telah pun bekerja sama ada tinggal bersama ibu bapa atau tidak
segera tindakan dan perbuatan anak-anak masih dikawal oleh ibu
bapa di mana anak-anak diberi nsihat dan teguran untuk
membetulkan kesilapan anak-anak itu walaupun kawalan sosial
tidak begitu ketat berbincang dengan negara Barat.



Mengenal Stail Mendidik Keluarga

31
RUJUKAN
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahaya. 2003. Parents Role in the Childrens Development
of Self-Esteem Prosiding Book UTM p 340-315
Azizi Yahaya. 2004. Hubungan antara Sejarah Silam Dengan
Perkembangan Personaliti Di kalangan Pelajar Bandar dan
Luar Bandar. Seminar antarabangsa Nilai Dalam komuniti
Pasca modenisme (SIVIC 2004) 4-6, Hotel City Bayview.
Langkawi
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Remaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.



Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

32
3
MENGENAL PERINGKAT
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
Azizi Yahaya



PENGENALAN
Erik Homburger Erikson dilahirkan pada 1902 di J erman. Beliau
telah diabaikan oleh bapanya sejak dalam kandungan lagi dan telah
dibesarkan oleh bapa tirinya, Dr Theodore Hombutger yang
berbangsa Yahudi (Allen , 2000; Schultz, 1994). Erikson
merupakan seorang kanak-kanak yang menghadapi dilema identiti.
Beliau lebih menyayangi ayah tirinya berbanding ayah
kandungnya sendiri dan meletakkan nama Homburger sebagai
nama keluarganya.
Erikson pernah menjalani latihan analisis bersama Anna
Freud dan menjadi ahli persatuan Psikologi Vienna. Pada tahun
1939, beliau berpindah ke California. Pada masa tersebut beliau
mendapati idea seksual Freud tidak bersifat universal. Beliau
berpendapat perkembangan berperingkat dalam identiti manusia
adalah universal bagi pelbagai budaya.
Selepas sepuluh tahun bekerja dalam program
perkembangan kanak-kanak, beliau menjadi seorang pensyarah di
Universiti California tetapi tidak lama. Selepas itu beliau bekerja
di pusat psikoanalisis khusus kepada kanak-kanak, di mana selepas
itu Childhood and Society (1950) telah menjadikannya terkenal.
Antara hasil kerjanya yang terkenal ialah Young Man Luther.
Ghandis Truth dan Life Cycle Completed.
Setelah menjadi seorang yang terkenal, beliau dilantik
sebagai professor dalam bidang psikiatri di Havard. Selepas
Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

33
bersara, beliau kembali ke San Francisco bersama isterinya.
Sehingga kematiannya pada 12 Mei 1994, beliau merupakan
seorang yang aktif dalam membantu masyarakat terutamanya
kanak-kanak dan golongan tua.

Peringkat perkembangan konsep kendiri Erikson
Erik Erikson percaya bahawa manusia berpotensi untuk
perkembangan psikologi yang sihat. Beliau berpendapat manusia
berupaya mengatasi kesulitan-kesulitan yang timbul dari semasa ke
semasa pada peringkat-peringkat perkembangan yang tertentu.
Beliau telah mengenal pasti lapan peringkat dalam
perkembangan konsep kendiri manusia. Bagaimanapun, empat
peringkat pertama mempunyai perkaitan rapat dengan konsep
Freud mengenai peringkat oral, phallic dan latency. Erikson
didapati kurang memberi penekanan kepada aspek seksual
berbanding Freud di mana beliau lebih menekankan aspek sosial.
Lapan peringkat yang beliau maksudkan ialah :

Peringkat Oral-sensori / Kepercayaan lawan
ketidakpercayaan (0-18 bulan)
Peringkat pertama ini mempunyai kaitan dengan konsep Freud
tentang peringkat mulut (oral) dan berlaku pada tahun pertama
kelahiran. Peringkat perkembangan ini adalah amat penting. Apa
yang berlaku pada peringkat ini akan mempengaruhi
perkembangan bayi melalui pengalaman-pengalamannya. Dia akan
belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai akan orang
lain. Ini akan mempengaruhi pula sikapnya terhadap hidup dan
interaksinya dengan orang lain.
Menurut Erikson lagi, kepercayaan akan memudahkan individu
menghadapi seta mengatasi masalah-masalah dalam hidup
seseorang. Sebaliknya ketidakpercayaan akan menghalang atau
melemahkan keupayaan seseorang mengatasi kesulitan-kesulitan
yang dilalui. Kepercayaan adalah teras kepada keimanan. Konsep
ini amat bertentangan dengan Freud yang menganggap bahawa
kepercayaan agama adalah satu delusi yang tidak sihat yang
menghalang manusia dari berdepan dengan realiti.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

34
Peringkat Maskular-anal / Autonomi lawan perasaan malu
dan keraguan (18 bulan 3 tahun )
Peringkat ini mempunyai kaitan dengan peringkat dubur (anal)
dalam teori Freud dan berlaku semasa kanak-kanak berusia di
antara 2 3 tahun.
Mulai usia 18 bulan, konsep kendiri seseorang mulai nyata.
Seseorang kanak-kanak mulai mengetahui apa yang dia cakap serta
buat itu merupakan satu tindakannya dan bukanlah orang lain.
Keinginan untuk bertindak secara bebas juga meningkat. Kanak-
kanak lebih gemar membuat sesuatu tindakan itu secara sendiri dan
bukannya bergantung kepada orang lain untuk membuatnya.
Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak mungkin
berkepercayaan yang dia adalah cekap dan berkebolehan.
Sebaliknya, jika dia berasa yang dirinya kurang cekap dia akan
berasa malu dan mula meragui kebolehan dirinya. Tingkah laku
kanak-kanak yang sentiaa dipuji dan diterima akan menyebabkan
dia berasa lebih berkeyakinan lagi. Sebaliknya, tingkahlaku yang
menyebabkan dia didenda atau dimarahi akan menyebabkan
kanak-kanak itu berasa malu atau ragu-ragu.
Menurut Erikson, tingkahlaku yang tidak diingini
hendaklah dikawal dan yang diingini dipuji pula. Dengan cara ini
kanak-kanak akan mengenal jenis-jenis tingkahlaku yang
digalakkan dan yang hendak dielak. Kecenderungan kanak-kanak
hendak berfungsi secara bebas hendaklah diterima serta
didorongkan.
Perasaan autonomi dan kawalan kendiri akan terbentuk jika
ibu bapa memberi bimbingan kepada anak-anak. Dengan ini, anak-
anak akan memiliki perasaan positif terhadap orang lain dan berasa
bangga. Nilai (virtue) yang timbul di sini adalah will, iaitu
kehendak atau kuasa untuk membuat keputusan dan penilaian
dengan bebas atau mengawal dengan kemahuan sendiri.

Peringkat Lokomotor-genital / Inisiatif lawan bersalah ( 3 6
tahun )
Peringkat ini mempunyai kaitan dengan peringkat phallic dalam
teori Freud. J ika konflik pada peringkat sebelumnya berjaya di
Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

35
atasi, kanak-kanak berasa dirinya kini mempunyai hak.
Ketika kanak-kanak berumur 3 tahun, persaan
autonominya (jika digalakkan ) sudahpun mencapai aras
perkembangan yang tinggi. Selain itu, kanak-kanak diperingkat ini
juga ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan
mencabar. Keinginan seperti ini dikenali sebagai inisiatif.
Perkembangan inisiatif adalah amat penting dalam lingkungan usia
3 6 tahun. Sekiranya trait inisiatif hendak dipupuk , kanak-kanak
seharusnya sentiasa di dorong untuk mencuba sesuatu yang baru.
Piaget juga menekankan aktiviti ini sebagai keperluan
untuk perkembangan intelek. Ia juga perlu untuk perkembangan
psikososial. Inisiatif merupakan trait yang akan membantu kita
sepanjang hayat. Sekiranya tidak digalakkan pada peringkat ini,
perkembangan seseorang kanak-kanak itu mungkin terjejas.
Melalui galakan yang diberi kepada kanak-kanak untuk
meneroka dan mencuba, mereka akan menyedari keupayaan dan
potensi mereka. Mereka akan mula mengetahui yang mereka itu
boleh mengarahkan diri mereka untuk mencapai sesuatu yang
berfaedah. Kanak-kanak dalam keadaan tersebut akan membesar
menjadi seorang dewasa yang berinisiatif. Sebaliknya, kanak-
kanak yang tidak dibenarkan untuk mencuba dan meneroka akan
membesar menajdi individu yang kurang berinisiatif serta rendah
keyakinan diri. Kanak-kanak seperti ini sering berasa bersalah.
J usteru perkembangan konsep kendiri kanak-kanak sebegini dilihat
membentuk konsep kendiri yang negatif.

Peringkat Latency / ketekunan lawan kompleks rendah diri ( 6
12 tahun )
Peringkat ini juga dilihat ada persamaan dengan teori Freud.
Ketika mencapai usia 6 tahun, kanak-kanak adalah amat bertenaga.
Kebolehan berbahasa telah meningkat. Mereka mula mencapai
peringkat operasi konkrit, iaitu mereka berupaya menggambarkan
transformasi dan pertalian antara dua situasi berkaitan. Memahami
proses pembalikan serta berfikiran logis. Mereka juga boleh
memahami konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab-musabab satu-
satu kejadian. Mereka juga boleh menyusun idea-idea mengikut
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

36
urutan. Mereka boleh memahami sesuatu idea dari beberapa segi.
Ini juga bermakna meraka sudah bersedia untuk menerima
pandangan-pandangan orang lain.
Bahasa mula digunakan dengan agak jitu dan tepat selagi ia
adalah tentang objek-objek yang konkrit. Konsep tentang kejujuran
dan taat setia masih lagi sukar difahami. Persaingan dalam
permainan mula bertambah hebat. Kanak-kanak tidak lagi mudah
menerima kekalahan dan pertengkaran juga sentiasa berlaku dalam
permainan di mana unsur persaingan adalah kuat.
Menurut Erikson, kanak-kanak pada peringkat ini perlu
menyalurkan tenaga mereka ke arah menghasilkan sesuatu yang
baik. Tugasan yang dijalankan hendaklah menghasilkan sesuatu
seperti penyelesaian, produk, kemahiran atau kefahaman. Apabila
tenaga kanak-kanak ditujukan kepada tugasan yang bertujuan,
maka ketekunan individu itu akan dipupuk. Ketekunan ini akan
meningkatkan lagi keterampilan, iaitu keupayaan untuk melakukan
atau membuat sesuatu. Peringkat ini merupakan kunci bagi
perkembangan sikap yang rajin, iatu satu keinginan untk
menjalankan aktiviti yang berfaedah. Keinginan untuk
menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah hendaklah sentiasa
digalakkan.
Sekiranya keinginan itu dihalangi, maka suatu perasaan
rendah diri dan kurang yakin akan dibentuk. Orang dewasa akan
menjadi marah jika sesuatu aktiviti itu menimbulkan kebisingan.
Amalan seperti inilah akan menyebabkan seseorang kanak-kanak
itu berasa bersalah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang
dilakukan oleh kanak-kanak hendaklah dipuji dan digalakkan agar
sikap ketekunan dapat dipupuk.

Peringkat Remaja / Identiti lawan kekeliruan identity ( 12 18
tahun )
Peringkat remaja amat penting dalam menentukan nilai-nilai dan
penjelasan-penjelasan yang akan membentuk identiti seseorang.
Remaja agak keliru tentang tujuan dan aspirasi serta harapan orang
lain. Individu remaja akan tertanya-tanya siapakah diri mereka
sebenar, apakah yang diinginkan, apa yang boleh dilakukan,
Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

37
apakah perhubungan dengan orang lain, apakah pandangan orang
lain terhadap dirinya, dan pelbagai lagi pertanyaan demi
pertanyaan yang bermain dibenak seseorang remaja itu. Akibat
keraguan ini, remaja akan mudah meniru pelbagai tingkah laku
orang lain seperti guru, artis dan sesiapa sahaja.
Pelbagai amalan dan sikap serta nilai yang ditunjukkan
oleh seseorang remaja biasanya menimbulkan konflik dengan
orang dewasa terutamanya ibu bapa. Ibu bapa hendaklah
memahami keperluan-keperluan remaja agar sesuatu identiti diri
serta konsep kendiri yang sihat akan terbentuk. Remaja yang
sentiasa dihalang dalam setiap tindakannya akan membesar
sebagai orang dewasa yang kurang keyakinan dan mempunyai
konsep kendiri yang rendah serta cenderung akan bergantung
kepada orang lain dalam apa jua tingkahlaku dan matlamat.
Remaja merupakan satu peringkat di mana berlakunya
krisis identiti. Ia merupakan satu moratorium antara zaman kanak-
kanak dan dewasa yang memerlukan setiap individu cuba
mengatasi sesuatu masalah. Erikson percaya krisis identiti yang
timbul daripada kekeliruan peranan mengenai siapa diri mereka
sebenar dan bagaimanakah hidup mereka pada masa akan datang.
Menurut Erikson lagi, saat yang paling terganggu pada tahap ini
adalah apabila remaja tidak dapat membuat keputusan mengenai
identiti pekerjaan.
Tingkahlaku bagi kebanyakan remaja dikategorikan
sebagai totalisma, iaitu komitmen yang tidak matang kepada
sesuatu ideologi yang mudah dan mengikutinya tanpa banyak soal
untuk mengurangkan perasaan kekeliruan.
Erikson mempunyai pandangan positif terhadap golongan
remaja. Menurutnya, kebanyakan kegagalan dan keraguan remaja
bukanlah salah mereka tetapi faktor politik, budaya dan teknologi
yang membuatkan mereka keliru.

Peringkat awal dewasa / kerapatan lawan pengasingan ( 18
35 tahun )
Selepas terbinanya identiti kendiri yang stabil, golongan muda ini
mula menjalinkan hubungan akrab dan mesra dengan orang lain.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

38
Mereka sudah mula mencari pasangan dan sanggup berkorban
untuk mempertahankan perhubungan tersebut. Bagi mereka yang
tidak dapat menjalinkan hubungan ini dan tidak mempunyai
kepuasan dalam pekerjaan, mereka akan rasa terasing (isolation).

Peringkat pertengahan alam dewasa / generativiti lawan
pemusatan kendiri (35 60 tahun)
Golongan dewasa yang sihat adalah mereka yang mempunyai
identiti ego yang kuat dan hubungan yang matang dengan orang
lain.
Generativiti melibatkan proses meningkatkan karier yang
produktif dan mengambil berat akan kebajikan generasi akan
datang. Pada peringkat ini , seseorang akan berasa puas hati jika
dapat membantu anak-anaknya menjadi orang dewasa yang
bertanggungjawab serta berguna kepada masyarakat dan negara.
Selain itu, individu berkenaan ingin juga membantu orang
lain dalam kesusahan serta menjalankan kerja-kerja amal.
Kekakuan (stagnation) berlaku apabila terdapat kekurangan dalam
produktiviti, rasa bosan dan kurang terllibat dalam hubungan
interpersonal serta berasa tidak puas hati dan kecewa dengan
hidupnya. Erikson percaya seseorang boleh menjadi generatif
dengan memberi sumbangan ke arah kemajuan masyarakat melalui
kerja-kerja yang produktif dan bermanfaat kepada masyarakat.


Peringkat tua / kesepaduan lawan putus asa ( 60 tahun akhir
hayat )
Ia merupakan masa seseorang individu melakukan refleksi kendiri
di mana seseorang akan mengenang kembali apa yang pernah
dilaluinya sepanjang hayat.
J ika mereka berpuashati, kesepaduan diri (ego integrity) akan
timbul, sebaliknya jika mereka sentiasa menyesal tentang peluang-
peluang yang terlepas pada masa lalu, mereka akan berasa putus
asa dan kecewa (despair). Kebijaksanaan (wisdom) adalah virtue
Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

39
yang dikaitkan dengan masa tua yang penuh bermakna.

PERANAN PERKEMBANGAN KOGNITIF DALAM
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
Perkembangan kognitif menurut Piaget
J ean Piaget (1869-1980) merupakan seorang pakar biologi
Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak yang telah banyak
membuat kajian ke atas tingkahlaku kanak-kanak. Beberapa
pendapat seperti yang diutarakan oleh oleh Dasen (1984)
mengatakan bahawa teori perkembangan kognitif Piaget bukannya
satu teori psikologikal tetapi adalah satu pandangan epistemologi,
iaitu satu falsafah pengetahuan yang diperolehi melalui
pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-
kanak pada pelbagi tahap umur dan perkembangan.
Walaubagaimanapun, melalui kaedah ini, Piaget telah
berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan
kanak-kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif
yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat. Tetapi sejak
kebelakangan ini, beberapa pandangan seperti yang utarakan oleh
Dasen menunjukkan yang teori perkembangan kognitif Piaget
mempunyai pebezaan kuantitatif di antara beberapa masyarakat
dan budaya. Antara lain, teorinya masih tertakluk kepada faktor-
faktor seperti pengaruh kawasan bandar, persekolahan dan
alkuturasi yang berlaku dalam sesuatu masyarakat.
Pada asasnya, Piaget menyarankan bahawa bayi
memerlukan masa yang panjang untk mengenali serta
membezakan rangsangan-rangsangan yang didaftarkannya.
Keadaan bayi tidak sama dengan orang dewasa yang sudah
berupaya memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk
memberi tindakbalas yang sesuai terhadapnya. Bayi tidak
mempunyai keupayaan selektif ini kerana ia hanya boleh
diperolehi melalui empat tahap perkembangan kognitif.

Piaget berpendapat yang setiap manusia cuba sedaya upaya
untuk mengatur serta memahami rangsangan luaran yang memberi
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

40
pengalaman kepadanya dalam bentuk skema. Chaplin (1985)
mendefinisikan skema sebagai satu rangka kognitif yang
berkembang dan menjadi khusus dengan peningkatan usia. Satu
daripada skema yang terawal sekali ialah skema menghisap. Pada
permulaannya, tingkahlaku menghisap berlaku dengan cara
refleksif tetapi apabila kanak-kanak mengalami barangan yang
dihisapnya seperti putting susu ibu dan putting getah botol susu,
ini memberi makna yang bayi berkenaan telah mengorganisasikan
serta membezakan apa yang memberi manfaat kepadanya.
Tiap-tiap skema boleh ditambah melalui pengalaman dan
pembelajaran iaitu dengan kaedah perkaitan. Piaget menamakan
proses ini sebagai asimilasi, iaitu proses kanak-kanak mempelajari
yang objek-objek atau peristiwa yang baru boleh ditambah kepada
skema yang sedia ada. Ia juga dikenali melalui penambahan
kuantitatif. Bayi yang menghisap puting susu ibu merasa
kesedapan dan ini sama seperti menghisap puting biasa atau
menghisap jari sendiri. Selagi bayi berupaya memahami dan
mengetahui bagaimana hendak memberi tindakbalas terhadap
sesuatu rangsangan serta memasukkannya ke dalam skema yang
sedia ada, Piaget menamakan ini sebagai keadaan keseimbangan
(equallibriun). Oleh itu, si bayi terpaksa menukar skema yang
sedia ada bagi memahami pengalamn barunya. Proses ini dikenali
akomodasi atau penambahan kualitatif. Sebagai contohnya, skema
menghisap termasuk barangan yang boleh dihisap yang memberi
kekenyangan. Tetapi semua objek yang dihisap tidak pula
memberikan kekenyangan. Bayi mengalami adanya objek yang
berupaya memberi kekenyangan dan ada yang tidak. Skema
menghisap kemudiannya diubahsuai atau diakomodasikan untuk
pengalam barunya, iaitu menghisap objek yang memberi
kekenyangan seperti putting susu ibunya dan botol susu, manakala
yang tidak mengenyangkan ialah seperti putting getah, jarinya dan
obejek-objek lain. Mengikut Piaget, kebolehan inilah yang menjadi
asas kepada perkembangan kognitif manusia.



Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

41
Tahap deria motor ( 0 2 tahun )
Pada amnya bayi pada tahap ini mempersepsikan serta memahami
alam sekitarannya yang kompleks sebagai alam objek yang senang
difahami. Bayi hanya berupaya mengkonsepkan dunia ini dalam
bentuk skema yang menggabungkan informasi kederiaan dan
aktiviti-aktiviti motornya. Antara lain, skema-skema yang dibentuk
pada tahap ini berkenaan dengan menghisap, menggenggam serta
mempelajari cara-cara mengkoordinasikannya supaya objek-objek
yang dipegangnya boleh dihisap. Pada tahap ini, Piaget
menekankan yang bayi harus dapat melihat objek untuk
mengetahui akan kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai
kertas diletakkan di antara patung mainan den penglihatannya,
bayi tidak akan mencari mainannya yang berada disebalik kertas
tadi. Mainan yang tersembunyi tidak lagi wujud. Tetapi pada umur
6 hingga 9 bulan, bayi telah mempelajari bahawa walaupun
sesuatu objek itu tidak kelihatan tetapi ia masih wujud. Konsep ini
dikenali sebagai kekekalan objek. Bayi tahu anak patung yang
diletakkan dibelakang kertas tadi wujud walaupun ia tidak
kelihatan. Bayi tersebut dikatakan memperolehi kefahaman tentang
sifat kekal dan inilah satu daripada pertukaran yang membawa
bayi ke tahap seterusnya. Pada masa yang sama, bayi yang berada
pada penghujung tahap deria motor telah menunjukkan kebolehan
bertaakul dan celik akal serta menggunakan kaedah-kaedah baru
dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh mereka sudah
pandai menggunakan kayu untuk mencapai barangan yang jauh
daripadanya.

Tahap pra operasi ( 2 7 tahun)
Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 2 tahun sudah boleh
bercakap dengan menggunakan bahasa yang ringkas. Mereka
berupaya berfikir dengan menggunakan simbol, lambang atau
bayangan-bayangan mental. Tetapi bayangan ini amat berlainan
daripada yang terdapat pada orang dewasa.
Satu daripada fenomena yang agak aneh yang dihadapi
oleh kanak-kanak pada masa ini dikenali sebagai
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

42
anthropomorphisme. Mereka seringkali cuba memberi atau
mendapat penerangan atau kefahaman tentang sesuatu peistiwa
semulajadi dalam bentuk sifat manusia. Sejenis lagi fenomena
yang berlaku pada tahap ini dikenali sebagai egosentrik atau
pemikiran berpusat kendiri. Kanak-kanak masih belum memahami
yang mereka itu bukannya pusat bagi seluruh alam. Mereka tidak
tahu membezakan konsep objek dan subjek. Contohnya, kanak-
kanak lazimnya percaya bahawa benda-benda yang tidak bernyawa
itu hidup seperti dirinya juga. Ini dikenali sebagai animisma.
Fikiran mereka amat aktif sekali pada waktu ini. Sebagai contoh,
kanak-kanak selalu percaya yang matahari mengikuti mereka
apabila mereka berjalan. Inilah hasil daripada pemikiran
egosentriknya. Kanak-kanak yang berada pada tahap ini belum lagi
faham akan prinsip pengekalan. Sebagai contoh, jika lima biji guli
diatur dalam satu kelompok, mereka katakan yang kedua-dua
kumpulan guli itu adalah sama. J ika satu daripada kumpulan guli
diatur dalam bentuk garisan lurus yang panjang, mereka akan
katakana yang panjang itu lebih banyak. Mereka hanya mengetahui
perbezaan dari segi persepsi kuantitatif sahaja.

Tahap operasi konkrit ( 7 11 tahun )
Perubahan kepada perkembangan kognitif seterusnya disebabkan
oleh faktor kebolehan berfikir dengan logik. Tahap pemikiran
kanak-kanak pada tahap ini tidak lagi bersifat egosentrik tetapi
telah memahami sedikit unsur-unsur pemikiran logik. Mereka
faham akan konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Mereka
juga faham akan perinsip pengekalan. Walaubagaimana pun
mereka masih belum memahami atau bertaakul tentang perkara-
perkara yang abstrak seperti konsep ketuhanan, keadilan makna
hidup, hak asasi manusia dan sebagainya. Perkara-perkara seperti
ini tidak boleh diobjekkan. Mereka hanya memahami konsep-
konsep yang konkrit atau objektif seperti binatang, tumbuhan,
kekotoran dan kesopanan. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1969)
menegaskan yang kanak-kanak di tahap ini boleh melaksanakan
setengah-setengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh
Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

43
beroperasi ke atas opersai atau proses fikirannya sendiri.

Tahap operasi formal ( 11 tahun dan keatas )
Tahap ini merupakan tahap terakhir pekembangan kognitif yang
berlaku dari tahap remaja ke atas. Individu yang berada pada tahap
ini berupaya menggunakan serta memahami logik dan konsep-
konsep abstrak. Pada mereka yang muda, seperti mereka yang
berada dalam lingkungan usia 12 13 tahun, meraka buat pertama
kalinya akan memahami konsep-konsep abstrak yang menjadi asas
kepada sains, matematik, etika, politik, keagamaan dan lain-lain.
Mereka berkebolehan menguruskan unit yang bermakna,
melakukan sintesis, penyeluruhan dan cuba menbentuk hipotesis
untuk mencari kesimpulan. Selain Piaget, pakar-pakar kognitif lain
seperti Bruner, mengatakan bahawa perkembangan kognitif
manusia mesti melalui tiga tahap iaitu tahap enaktif, ikonik dan
simbolik.

Perkembangan kognitif dan konsep kendiri
Secara amnya, tidak terdapat banyak bukti tentang konsep kendiri
di peringkat awal kelahiran. Walau bagaimanpun, pada tahap
sensori motor, bayi mempunyai tugas membezakan diri mereka
dengan orang lain dan objek lain yang ada di sekeliling mereka.
Pada tahun 1979, Brooks dan Lewis telah menjalankan satu
eksperimen bagi mengkaji konsep kendiri yang ada pada bayi
(Rebok, 1987). Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa
apabila bayi berusia di antara 20 24 bulan, mereka sudah
mempunyai konsep kendiri tentang diri mereka dan orang lain.
Bagi membuktikan eksperimen yang dijalankan adalah releven
dengan pembentukan konsep kendiri bayi, eksperimen yang sama
juga telah dijalankan ke atas kanak-kanak down syndrom dan
mendapati bahawa hanya apabila mereka mencecah usia 3 tahun
barulah kanak-kanak ini sedar bahawa apa yang mereka lihat di
cermin ialah sebenarnya diri mereka sendiri.
Pada peringkat awal dan pertengahan kanak-kanak, konsep
kendiri terus berkembang seiring dengan alam sosial dan kognitif
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

44
mereka yang sedang berkembang. Sebaik sahaja mereka memasuki
alam persekolahan, kanak-kanak lazimnya sudah boleh
memberikan penjelasan yang agak tepat tentang perkara-perkara
yang konkrit tentang diri mereka, misalnya jantina, umur, saiz,
barang-barang yang mereka miliki, makanan kegemaran mereka,
rancangan televisyen kegemaran dan sebagainya. Ini bersesuaian
dengan pandangan Piaget yang mengatakan bahawa kanak-kanak
yang berusia 7 11 tahun telah memasuki tahap operasi konkrit.
Satu eksperimen yang dilakukan oleh Montemayor dan Eisen pada
tahun 1977 dengan menggunakan ujian Twenty Statements Tests
telah dijalankan ke atas murid-murid sekolah (Rebok, 1987). Di
dalam ujian tersebut didapati kanak-kanak yang berusia 9 tahun
iaitu yang masih berada di tahap operasi konkrit telah
menggunakan kualiti luaran dan perwatakan fizikal bagi
menerangkan konsep kendiri mereka.
Bagi kanak-kanak atau remaja yang mula mencecah usia
belasan tahun yang telah mencapai tahap operasi formal, jawapan-
jawapan tentang konsep kendiri mereka dilihat lebih bersifat
dalaman, abstrak dan menyentuh cirri personaliti mereka. Bagi
golongan remaja dan dewasa, konsep kendiri mereka menjadi lebih
kompleks seiring dengan perkembangan usia dan kematangan di
mana mereka mula mengambil kira nilai moral peribadi,
kepercayaan, ideologi, politik, soal-soal kemanusiaan dan
sebagainya. Mereka sudah boleh membuat penaakulan dan
hipotesis mengenai personaliti mereka berdasarkan tingkahlaku
mereka.
Apa yang jelasnya di sini, perkembangan kongitif yang
seiring dengan perubahan usia dan perubahan dari jenis evolusi
atau ontogenik memainkan peranan yang begitu penting dalam
pembentukan personaliti dan konsep kendiri seseorang. Apa yang
penting sekali, segala peristiwa yang berlaku pada zaman kanak-
kanak akan mempunyai kesan ke atas tingkahlaku dewasanya.
Tingkahlaku kanak-kanak yang berlaku dengan positif, disamping
perhatian, bimbingan dan galakan ibu bapa tentu sekali membawa
kepada perkembangan kognitif yang sihat kepada anak tersebut
sehinggalah membentuk konsep kendiri yang positif pada zaman
Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

45
remaja dan dewasanya kelak.

KESIMPULAN
Setiap daripada kita tentunya mempunyai gambaran atau
pandangan terhadap diri sendiri. Gambaran sedemikian disebut
konsep kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan,
kebolehan, kelemahan, tingkahlaku dan sebagainya.
Konsep kendiri dibentuk hasil daripada interaksi kita
dengan orang lain dan penyeseuaian kita dengan alam sekitar.
Lazimnya, penyesuaian yang berjaya akan membawa kepada
konsep kendiri yang positif manakala kegagalan akan membawa
kepada konsep kendiri yang negatif. Disamping itu, tanggapan
orang lain terhadap diri kita juga mempengaruhi konsep kendiri
seseorang itu.
Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif
biasanya akan dapat menghadapi masalah dan cabaran dengan
tabah. Individu sebegini dilihat bersifat optimistik, lebih terbuka
sikapnya serta bersedia menerima pendapat dan kritikan dari orang
lain. Seseorang itu juga akan kelihatan lebih relaks atau tenang,
mudah berinteraksi dengan orang lain, senang dihampiri. Keadaan
emosinya juga lebih stabil.

Individu yang sentiasa mengalami kegagalan dalam
kehidupannya, kerajaya atau bidang akademiknya lazimnya
mempunyai konsep kendiri yang negatif. Kanak-kanak yang
sentiasa dimarahi, dikritik, kurang menerima perhatian dan kasih
sayang sering mempunyai konsep kendiri yang negatif. Mereka
akan bersifat tidak gembira, tidak berpuashati, cepat merajuk
serta mudah tersinggung akan menyebabkan diri mereka kurang
diterima oleh orang lain, misalnya rakan sebaya. Keadaan ini
akan memburukkan lagi imej kendiri mereka.
Pandangan Erikson tentang perkembangan konsep kendiri
dilihat lebih menjurus kepada perkembangan psikososial seseorang
itu sejak lahir hinggalah ke alam dewasa dan ke akhir hayat.
Tahap-tahap perkembangan sebagaimana yang diutarakan oleh
Erikson dilihat ada persamaan dengan Teori Psikoseksual Freud
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

46
terutamanya pada empat peringkat pertama perkembangan yang
beliau utarakan.
Apa yang menarik mengenai pandangan beliau disamping
fenomena perkembangan moral dan personaliti ialah fenomena
perapatan dan identifikasi. Perapatan didefinisikan sebagai
kemahuan bayi mendekati individu yang signifikan seperti ibu
bapa atau penjaga sewaktu dia memerlukan makanan atau
keselesaan. Ia juga membawa maksud kanak-kanak
berkehendakkan supaya ia dijaga dan disayangi oleh sesetengah
individu. Manakala identifikasi merupakan satu proses asas
pengenalan kendiri seseorang.
Pendek kata, perinsip dalaman teori Erikson merangkumi
identiti, ego, prinsip epigenetik dan prinsip psikososial. Teori
Erikson merupakan satu huraian bagaimana personaliti dan konsep
kendiri yang sihat berfungsi dan berkembang sepanjang kehidupan
manusia. Ia juga ada menjelaskan tentang bagaimana ego
mengadaptasi dirinya kepada urutan krisis-krisis psikososial.
Epigenisis dan konflik psikososial merupakan satu mekanisma
perubahan yang memandu ke arah perkembangan identiti ego
seseorang individu itu. Yang penting di sini, teori Erikson banyak
menyumbangkan kita tentang pemahaman semulajadi manusia, di
samping personaliti dan konsep kendiri serta mengenai krisis
identiti keremajaan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan kognitif
dan peranan perkembangannya dalam pembentukan konsep kendiri
begitu penting sekali. Kognitif secara amnya merupakan satu
proses intelektual yang melibatkan proses-proses mental,
pemikiran, tindakbalas atau tindakan manusia berasaskan otak
terhadap sesuatu situasi.
Aspek kognitif yang sihat dari segi perkembangannya
sudah pasti menjamin pembentukan konsep kendiri yang positif.
Walaubagaimanapun, aspek kognitif bukanlan faktor tunggal yang
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang itu, bahkan
aspek jasmani (psikomotor/fizikal), afektif (perasaan/emosi),
sosial, baka dan persekitaran juga dilihat berpotensi dalam
mencorakkan konsep kendiri seseorang insan itu.
Mengenal Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak

47

RUJUKAN
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahaya. 2003. Parents Role in the Childrens Development
of Self-Esteem Prosiding Book UTM p 340-315
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Remaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon
(2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Santrock, J . (1994) Child development. Iowa: Brown and
Benchmark.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

48
4
REMAJA DAN PENGARUH KELUARGA
Azizi Yahaya



PENGENALAN
Penghasilan ini merupakan suatu ulasan hasil laporan berbentuk
buku daripada tesis mengenai tajuk yang signifikan iaitu Remaja
dan Pengaruh Keluarga. Peranan golongan remaja tidak dinafikan
kerana mereka merupakan waris yang akan menentukan hala tuju
masa depan. Mereka mempunyai pengaruh besar terhadap
keadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akan
memegang tampuk pentadbiran, penggerak ekonomi dan
pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-
putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari
semakin meruncing. Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai
paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak
mahupun di Internet. Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan
kemerosotan disiplin amat membimbangkan kerana ia turut
mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan
kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif
dan berdaya maju. Sebelum ini kita dikejutkan dengan masalah
bohsia, bohjan, pelacuran dan seks bebas dan penyalahgunaan
dadah. Masalah menjadi lebih gawat apabila kita dikejutkan
dengan tindakan ganas pelajar sehingga menyebabkan kematian
dan kecederaan serius kepada si mangsa. Isu ini menimbulkan
pelbagai persoalan dalam merungkai punca keadaan itu.
Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini terdedah
dengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam dunia yang disebut
sebagai"borderless world" ini banyak menyuntik unsur-unsur yang
positif mahu pun yang negatif. Anak-anak lebih mudah tertawan
Remaja dan Pengaruh Keluarga

49
dengan program yang membunuh sahsiah berbanding program
yang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd Ali,1977)
Secara tidak langsung, ini memberi tamparan yang hebat
kepada ibu bapa. Ibu bapa harus dapat membimbing individu
mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial. Masalah
berkaitan sosial remaja banyak berpunca daripada hubungan antara
ibu bapa dengan remaja itu sendiri. Sejumlah besar remaja
menyalahkan ibu bapa. Sebagaimana petikan akhbar berjudul
"Ayah Sibuk, Remaja Liar" Harian Metro, 1 Ogos 2001, "Keluarga
Terbiar, Remaja J adi Liar" Harian Metro, 6 September 2001 dan
"J enayah Rogol J uvana Salah Siapa?" Utusan Malaysia, 23 J ulai
2001.
Kesibukan urusan kerja menyebabkan kekurangan agihan
masa. Kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengan
kemewahan dan wang ringgit.
Ibu bapa pula menafikan kenyataan ini dan menyalahkan pihak
lain sama ada disebabkan faktor ego dengan kedudukan mereka
atau persepsi mereka terhadap golongan remaja yang dikatogerikan
sebagai golongan yang masih mentah. Bagaimanapun tugas
tersebut nampaknya telah diserahkan bulat-bulat kepada pembantu
rumah atau pihak sekolah. Dengan berbuat demikian mereka
berharap akhlak, personaliti dan kendiri anak mereka dapat
dibentuk sebaik mungkin. Akibatnya , mereka mengundang gejala
sosial di kalangan remaja.

Definisi Remaja
Menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka, istilah remaja bermaksud
mulai dewasa atau sudah baligh. Remaja merujuk kepada satu
peringkat perkembangan di antara umur 12 tahun sehingga 20
tahun di mana seseorang itu mengalami perubahan dari aspek
fizikal, kognitif dan social. Menurut Rogers(1985) remaja
mengalami beberapa bentuk perubahan dari segi :
a) Perubahan fizikal : Pada tahap ini remaja mengalami
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

50
perubahan fizikal badannya iaiatu remaja lelaki akan
menjadi lebih tegap dan menunjukkan cirri-ciri maskulin.
Remaja perempuan akan menunjukkan cirri-ciri
kewanitaannya seperti pembesaran buah dada dan
punggung. Rangsangan seksual akan berlaku.
b) Perubahan emosi dan fikiran : Pada peringkat ini kegilaan
mereka meniru tingkah laku idola mereka meningkat.
Perasaan ingin mencintai dan dicintai wujud bukan lagi
terhadap ibu bapa tetapi rakan social yang lain.
c) Menyertai kumpulan: Pada peringkat ini remaja akan
memilih rakan sebaya sebagai orang paling signifikan
dalam hidupnya dan ini menimbulkan konflik dengan ibu
bapa. Masalah delinkuen timbul kerana remaja sering
memberontak pada peringkat ini.
d) Menentang kekuasaan : Konflik yang timbul antara remaja
dengan ibu bapa timbul kerana perbezaan pendapat yang
ingin menghalang minat pencapaian dan potensi diri
mereka. Keadaan ini menjerumuskan mereka kea rah
negative.
Menurut Erikson (1968) peringkat remaja merupakan satu
revolusi diri ke arah kematangan di mana mereka perlu menilai
semula diri dari aspek fizikal, emosi dan social serta pandangan
orang lain terhadap mereka. Pada masa tersebut, remaja perlu
membuat pilihan tentang kehidupan mereka termasuklah
perhubungan pekerjaan dan sebagainya berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman yang minimum. Oleh itu remaja mungkin
mengalami self diffusion atau kecelaruan kendiri disebabkan
perubahan bentuk badan yang mendadak, keinginan seks yang
bertambah dan persediaan menghadapi dunia dewasa yang penuh
dengan pilihan dan kemungkinan. Sama ada kecelaruan kendiri ini
dapat diatasi atau membawa kepada masalah delinkuen bergantung
kepada pengalaman masa lalu dan perkembangan personality
remaja tersebut. Sekirannya remaja ini mempunyai perkembangan
Remaja dan Pengaruh Keluarga

51
personality yang sihat, dia seharusnya dapat menangani tekanan ini
dengan baik.
Coleman(1974) berpendapat bahawa remaja mempunyai
dua set identity iaitu, keadaan dirinya pada masa akan datang.
Hasil dapatan analisa beliau menunjukkan konflik identity masa
depan yang akan bertambah selaras dengan pertambahan umur,
bukannya identity sedia ada. Kajian juga menunjukkan terdapat
peningkatan dalam jumlah remaja yang mementingkan hala tuju
masa depan mereka yang kadangkala menimbulkan kekeliruan
identity

Definisi Keluarga Dan Pengaruh Ibu Bapa
Keluarga adalah institusi yang mempunyai ibu, bapa, anak-anak
atau lebih hubungan darah perkahwinan atau anak angkat dan
tinggal bersama dalam satu rumah tangga(Horton dan Hunt,1991).
Keluarga juga dikatakan sebagai sebuah kumpulan yang
terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Keluarga ini boleh
terdiri daripada keluarga besar atau sekecil-kecilnya terdiri
daripada seorang isteri dan seorang suami.
Ibu bapa merupakan orang signifikan yang mempunyai
pengaruh yang sangat besar ke atas anak mereka. Orang signifikan
adalah mereka yang dianggap penting, rapat dan berpengaruh
dalam hidup kanak-kanak sebagai sumber keselamatan, kasih
saying, dan harga diri. Sumber itu boleh diberi secara positif atau
negatif(Burns, 1979). Orang yang signifikan ini boleh terdiri
daripada ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan dan guru dan orang
yang berpengaruh di sekeliling kita(Rogers, 1951) Terdapat tiga
cara bagaimana ibu bapa mempengaruhi konsep kendiri seseorang
anak iaitu :
a) Keadaan awal kehidupan yang dipengaruhi oleh perasaan dan
tingkah laku orang signifikan terhadap dirinya.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

52
b) Proses pengajaran dan pembelajaran melalui ganjaran dan
hukuman
c) Modelling-cara hidup dan tingkah laku orang signifikan yang
diterima dan dicontohi(Baron, & Byrne,1987.
Ibu bapa dianggap sumber konsep kendiri terpenting
berbanding bapa. Menerusi emosi ibu ketika dalam kandungan lagi
dan ketika menyusu iaitu attachment theory pembentukan konsep
kendiri anak terbentuk. Contohnya, jika ibu mengambil berat dan
prihatin serta mencurahkan kasih sayang kepada anak maka anak
akan merasa dirinya dihargai dan tidak mudah meragam. J ika anak
tidak dapat layanan dan kehendaknya tidak dipenuhi maka mereka
berasa bahawa dirinya diabaikan dan sering meragam.
Pemberian nama yang baik boleh mempengaruhi konsep
kendiri kanak-kanak. Nama yang mempunyai makna yang baik
memberi satu keyakinan kepada kanak-kanak. Dapat menonjolkan
persepsi yang baik daripada pandangan orang lain. Panggilan atas
nama ini juga merupakan doa daripada ibu bapa. Mengenai gaya
didikan dan asuhan ibu bapa Baumrind(1971) menyatakan terdapat
tiga bentuk gaya asuhan ibu bapa iaitu:
a) Authorotatif iaitu ibu bapa mengawal anak dengan peraturan
ketat tetapi anak boleh berkomunikasi terbuka dengan mereka.
b)Authoritarian iaitu ibu bapa mengenakan kawalan ketat kepada
anak-anak. Anak dilarang menyoal tindakan mereka.
c) Permisif iaitu ibu bapa mengamalkan komunikasi terbuka
Seperti yang diketahui perkembangan personaliti dan gaya
asuhan ibu bapa adalah antara pembolehubah-pembolehubah
konsep kendiri seseorang. Oleh itu bapa mempunyai pengaruh ke
atas pembentukan konsep kendiri anak. Pendidikan ibu bapa
mempengaruhi perkembangan konsep kendiri anak-anak kerana
konsep kendiri merupakan satu proses pembelajaran. Kebanyakan
Remaja dan Pengaruh Keluarga

53
proses pembelajaran ini diperoleh dari orang signifikan seperti ibu
bapa terutamanya di peringkat awal pembesaran anak-anak. Ibu
bapa memainkan peranan yang unik untuk mempengaruhi anak-
anak dalam proses pembelajaran konsep kendiri kerana
kebergantungan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut
kepada mereka. Antara pengkaji yang mengkaji tentang peranan
ibu bapa dalam pembentukan konsep kendiri anak ialah
Coppersmith, Sear dan Rosenberg. Coppersmith(1967) mendapati
bahawa hubungan antara kanak-kanak dan ibu bapa merupakan
faktor utama dalam pembinaan harga diri. Beliau mengkaji
terhadap kanak-kanak lelaki sebelum melangkah ke alam remaja
sehingga ke alam remaja. Coppersmith membahagikan kanak-
kanak lelaki kepada 3 kumpulan iaitu harga diri yang tinggi,
sederhana dan rendah. Coppersmith tidak menjangka dengan
kanak-kanak harga diri yang tinggi tidak berkelakuan mulia, tetapi
kanak-kanak harga diri yang rendah sentiasa berkelakuan baik.
Beliau mendapati bahwa konsep kendiri lebih bertumpukan kepada
kebebasan yang diberi oleh ibu bapa.
Sear (1957) pula mendapati konsep kendiri adalah hasil
daripada proses pembelajaran dan pengalaman lampau. Sear
mendapati bahawa kawan memainkan peranan utama dalam
pembentukan konsep kendiri pada zaman remaja. Menurut beliau
ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep
kendiri awal kanak-kanak.
Rossenberg(1965) pula mendapati bahawa anak-anak yang
dihargai oleh ibu bapa akan mempunyai harga diri yang tinggi
berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa sentiasa tidak puas
hati terhadap pencapaian anak-anak. Estim kanak-kanak yang
sering dipuji akan meningkat. Rosenberg mendapati bahawa
konsep kendiri lebih bertumpukan kepada kehendak ibu bapa.

Definisi Personaliti
Menurut Kamal (1996), dari perspektif Islam, personaliti adalah
satu kesedaran tingkah laku, budi pekerti, amalan, perkataan-
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

54
perkataan dan pandangan hidup individu. Pootkay dan Allen
(1986) pula menyatakan konsep kendiri adalah pandangan
individu tentang personaliti dirinya sendiri. Ini adalah persepsi
personaliti dari dalam. Dapat disimpulkan bahawa konsep kendiri
adalah sebahagian dari personaliti.

Personaliti yang terdapat pada manusia adalah berbeza
bagi setiap individu. Fulner (1972) berpendapat konsep kendiri
bergantung kepada interaksi sosial seseorang dengan
persekitarannya. Oleh itu hubungan dan ikatan dalam sesebuah
keluarga adalah penting. Ikatan dalam keluarga serta peranan yang
dimainkan oleh ahli keluarga pada masa ini berbeza berbanding
dengan keluarga pada zaman dahulu.

RUJUKAN
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Berns, Roberta M. 1985. Child, Family Community. New York:
Holt, Rinehart & Winston

Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Remaja dan Pengaruh Keluarga

55
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.



5
ISU- ISU REMAJA
Shahrin Hashim




PENGENALAN
Isu yang dipaparkan dalam keratan akhbar ini menegaskan tentang
masalah sosial dikalangan remaja adalah berpunca daripada
hubungan ibu bapa dengan remaja. Pertentangan pendapat antara
remaja dan ibu bapa timbul apabila kedua pihak ini cuba untuk
mempertahankan kebenaran masing-masing. Remaja yang
bermasalah menuding jari kepada ibu bapa, kononnya ibu bapa
tidak memberi perhatian wajar kepada mereka kerana sibuk
menumpukan urusan kerja. Mereka kekurangan masa bersama,
kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengan kemewahan
dan wang ringgit. Tanggungjawab diserahkan kepada pembantu
rumah, guru atau pendidik yang telah dibayar gaji.
Dari perspektif ibu bapa pula, mereka seolah-olah keliru
dengan kenyataan anak-anak mereka. Lebih buruk lagi apabila
mereka menuding jari kepada pihak lain seperti sekolah yang
kononnya gagal melahirkan pelajar yang berdisiplin. Mencari
siapa punca masalah bukanlah jalan yang bijak dalam
menyelesaian sesuatu masalah. Namun yang pasti konflik akan
membawa perubahan.

Definisi dan Konsep Teori Konflik
Teori Konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan
diikuti oleh Weber. Oleh itu teori ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu aliran Marx dan aliran Weber.
Mengikut Marx konflik bukan semata-mata sebagai satu cara
Isu-isu Remaja

57
analisa sosiologi tetapi merupakan satu cara reformasi sosial.
Bagaimana ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan
memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Teori ini akan
mengkaji bagaimana hubungkait antara konflik dan perubahan.
Ketegangan dan konflik akan menyumbang kepada perubahan
sosial. Perubahan boleh berbentuk revolusi atau adaptasi.
Sementara itu mengikut George Simmel, konflik ialah
sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. Lewis Coser
pula mengatakan bahawa sesuatu konflik itu boleh
mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam
sesuatu kelompok sosial.
Brinkerhaff and White(1989) merumuskan 3 andaian penting
dalam teori konflik :

a) Konsep dialektik- evolusi bukan proses utama kepada
perubahan sosial tetapi konflik yang menghasilkan
perubahan sosial.
b) Determinisme ekonomi - asas kepada perubahan sosial
ditentukan oleh faktor-faktor persaingan ekonomi
c) Aktiviti sosial- tugas utama analisis sosial adalah
kritikan sosial.
Max Weber pula merupakan seorang rakyat J erman.
Beliau adalah sosiologis, ekonomi, sejarawan, ahli undangan, ahli
falsafah. Dipengaruhi oleh Karl Marx tetapi menolak konsep
Marx. Contohnya menolak konsep materialisme sejarah Marx.
Menganggap agama penting sebagai agen perubahan. Tidak setuju
dengan revolusi dan mengkritik sosiolisme. Proses rasionalisasi
dunia moden Barat berkembang berasaskan rasionalisasi. Dunia
lain terbantut perkembangannya kerana halangan kuasa. Beliau
mempersoalkan andaian Marx yang mengatakan ciri-ciri semua
institusi sosial adalah berpunca oleh faktor ekonomi.
Menghujahkan bahawa perubahan sosial bukanlah kerana konflik
kelas tetapi pelbagai faktor lain. Menurut pandangan teori ini
masyarakat berada dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan
sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing.
Kumpulan yang kuat atau lebih berkuasa boleh memaksa
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

58
kumpulan yang lemah untuk menerima nilai-nilainya. Mengikut
teori ini terdapat tiga perkara penting yang berlaku dalam
masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan.

Analisis isu berdasarkan satu teori sosiologi
Konflik mungkin timbul seandainya seseorang itu mempunyai
peranan dan ekspektasi yang berbeza-beza. Sebagai contoh dalam
isu ini ibu bapa mengangap bahawa diri mereka telah menjalankan
tanggung jawab yang sebaik mungkin dalam memenuhi kehendak
anak seperti memberi kesenangan.
Ibu bapa mungkin ingin membaiki status kerana status
menyebabkan seseorang itu bertaraf, diberi perhatian dan
keutamaan dalam sesebuah masyarakat terutama bagi komuniti di
bandar tetapi perspektif remaja berbeza. Menurut Teori Konflik
perselisihan berlaku kerana tidak wujud persefahaman yang jelas
antara kedua pihak ini. Memang tidak dinafikan masyarakat
madani memperlihatkan satu budaya dimana kedua-dua pasangan
suami isteri bekerja. Sekiranya ibubapa bekerja, sudah
semestinya masa mereka terpaksa diagihkan antara tugas di
pejabat dengan urusan di rumah. Ini bermakna mereka hanya
dapat melihat anak masing- masing ketika sebelum dan selepas
kerja. Ditambah dengan kepenatan selepas tugas, memaksa
mereka untuk merehatkan diri. Tanpa jadual harian yang
menekankan program bersama anak-anak, kurangnya kegiatan
komunikasi seperti tidak bertanya peribadi remaja, bagaimana
tentang pelajaran, tidak mengetahui siapa rakan-rakan mereka serta
membiarkan mereka terus dibuai budaya negatif . Sikap
mementingkan materialistik atau kerjaya ibu bapa membuatkan
remaja tidak berkesempatan untuk berbincang, mengadu hal dan
sentiasa memendam rasa mengenai sesuatu perkara. Berbagai
persoalan timbul dalam fikiran mereka seperti mengapa mereka
dilahirkan tetapi dibiarkan? Untuk kepentingan siapakah yang
menyebabakan mereka begitu sibuk hingga tidak sempat melayan
anak? Apabila mereka rasa tidak dikehendaki, tidak disayangi
dan tidak diperlukan oleh ibu bapa, maka mereka membawa
perasaan dan harapan di luar keluarga.
Isu-isu Remaja

59
Hubungan interpersonal yang tidak intim menimbulkan
keadaan yang tidak menyenangkan. Segala cetusan rasa
diluahkan kepada rakan-rakan di luar. Apabila berjumpa dengan
kawan-kawan yang mengambil berat, kawan yang boleh
bekerjasama, ditambah pula dengan rakan yang menghargai dan
memerlukannya, maka remaja ini mengalihkan perhatian kepada
kumpulan rakannya. Lama-kelamaan perhubungan dengan ibu
bapa akan terhakis sebaliknya menebalkan hubungan remaja
dengan rakan-rakan di luar. Pakar psikologi kaunseling melalui
teori mereka mendapati empat ciri bagi menjelaskan tabiat
seseorang itu seperti Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Freud
iaitu :
a) Pertama: Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya
jahat kerana dipengaruhi unsur rangsangan seksual agresif dan
tidak rasional wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga
perkembangan hidupnya.
b) Kedua: Analisis Transisi, teori ini menerangkan tabiat manusia
terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan ibu bapa
ketika kecil, anak berkenaan merakamkan secara langsung
percakapan dan perbuatan ibu bapa mereka. Konflik terjadi apabila
anak cuba menilai semula skrip hidup lama atau menerbitkan skrip
hidup yang baru hasil perkembangan emosi dan pengaruh
persekitaran.
c) Ketiga: Behaviorisma, iaitu tingkah laku yang terbentuk hasil
proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia
menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan
persekitaran yang salah.
c) Keempat: Teori Pemusatan Klien. Teori ini mengandaikan
bahawa tabiat manusia secara azalinya adalah rasional,
bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri.
Manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila
keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti mendapat
kasih sayang dan keselamatan.
J ames Backer mengatakan bahawa ketidakseimbangan
disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak
dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ibu bapa
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

60
hendaklah membimbing, memahami, menyelami kehendak jiwa
remaja dan berfikiran terbuka. J adilah model terbaik, sekaligus
sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kewujudan
suasana harmonis.

Menganalisis isu berdasarkan tiga konsep sosiologi
modenisasi
Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan
sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya
perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai keadaan di
mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan
sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang
dikatakan baru.
Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup
moden. Masyarakat mengalami modenisasi secara beransur-ansur
dengan adanya pertemuan dengan gejala barat. Proses modenisasi
menyebabkan perubahan samada dalam institusi kekeluargaan atau
masyarakat. Terdapat perubahan dalam nilai-nilai dan norma-
norma ibu bapa disebabkan oleh proses-proses modenisasi,
perbandaran dan birokrasi. Ibu bapa lebih memanjakan anak
memenuhi segala kehendak mereka dan sering bertolak ansur
dengan anak-anak mereka. Hujah ini menerangkan perubahan-
perubahan yang berlaku dari segi kawalan di rumah. Kanak-kanak
yang diasuh dengan manja akan didapati sukar untuk
menyesuaikan diri atau memahami hasrat ibu bapa.
Apabila terdapat situasi yang bertentangan antara kehendak
individu dengan ibu bapa mereka mungkin akan menggunakan
tingkah laku yang liar untuk menyelesaikan situasi yang
berlawanan ini boleh mengakibatkan kesan yang menyakitkan ke
atas setengah-setengah kanak-kanak yang mana merupakan suatu
penggalak kepada masalah sosial.
Dunia berubah bila revolusi perindustrian berlaku; manusia
menjadi materialistik dan individualistik.



Isu-isu Remaja

61
Kelas Sosial
Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang
keluarga yang tidak stabil dengan masalah sosial di kalangan
remaja. Remaja yang datang dari keluarga yang taraf sosio
ekonomi yang rendah antara faktor utama mereka terjebak dalam
kancah masalah disiplin. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan
(acceptance) tidak wujud dalam sebilangan remaja berkenaan.
Selain itu bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar
rumah yang semakin meningkat juga menyebabkan pelajar merasa
terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Dapatan yang
dinyatakan ini adalah bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan
kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996); yang jelas
menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama
menyebabkan masalah disiplin.
Tidak terkecuali remaja berada terutama di kalangan
remaja ibu kota. Pengambilan pil Ecstasy dan aktiviti seks bebas.
Menurut Ketua J abatan Antropologi dan Sosiologi Universiti
Malaya, Dr. Hussain Mohammad "Pusat hiburan eksklusif menjadi
tumpuan remaja seperti ini untuk melakukan kegiatan tidak
berfaedah tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Remaja ini pastinya
mempunyai wang yang banyak dan memudahkan mereka membeli
pil Estasy. Hanya remaja berada saja mampu membeli pil ini
kerana harganya mahal". Dipetik dari Harian Metro bertajuk
"Ayah Sibuk Remaja Liar", 1 Ogos 2001. Kelas sosial telah
menjadi ciri masyarakat moden berbanding semasa zaman
penjajahan. Layanan yang berbeza mengikut kelas diamalkan.
Kadar lompatan kelas juga adalah berbeza. Bagi kelas atasan
mereka meneruskan mobiliti mendatar pada kelas yang sama. Bagi
kelas bawahan mobiliti keatas adalah memakan masa dan antara
generasi yang berbeza. Mereka yang berada di kelas atas
meneruskan kedudukan mereka dengan merebut peluang-peluang
pendidikan dan kerjaya terbaru. Untuk mengekalkan atau
meningkatkan lagi kedudukan mereka, mereka harus bekerja lebih
giat. Begitu juga dengan kelas bawah untuk bersaing mereka
harus melipatgandakan usaha mereka agar tidak jauh ketinggalan.
Usaha keras inilah yang meruntun pengorbanan masa dan wang
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

62
menjadi gantinya.

Sosialisasi
Sosialisasi merupakan suatu proses mempelajari peranan, status
dan nilai yang perlu ada dalam institusi sosial. Proses
pembelajaran sepanjang hayat berlaku dalam institusi sosial.
Pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat
sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari oleh
kanak-kanak akan membentuk konsep diri pada individu. Oleh itu
kelompok primer iaitu keluarga merupakan kelompok yang paling
berpengaruh Pentingnya fungsi kekeluargaan adalah sejak mula
anak itu dilahirkan. Anak-anak mula belajar dari kedua ibu bapa
mereka. Oleh itu ibu bapa yang memberi 'quality time' kepada
anak-anak mereka dapat menanamkan minat dan bertindak balas
dengan memberikan didikan dan peluang yang berpatutan.
Setiap individu yang dilahirkan mempunyai potensi untuk
berkembang ke arah kecemerlangan. Bagi memastikan potensi ini
berkembang ke arah yang positif, ibu bapalah yang terbaik
memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak ini
mencapai keunggulan peribadi. Anak-anak beruntung jika
dilahirkan oleh orang tua yang penuh kasih sayang, perhatian dan
pengertian dan memiliki kesempatan terbaik untuk
mengembangkan fikiran mereka dengan penuh kegembiraan dan
kejayaan. Namun ada sesetengah ibu bapa tidak memainkan
peranan dengan berkesan dalam usaha menyalurkan bantuan yang
amat diperlukan oleh anak-anak mereka disebabkan kesibukan
tugas atau tidak mempunyai pengetahuan untuk membantu anak
remaja. Mereka tidak lagi prihatin tentang perkembangan anak-
anak di sekolah, tidak mengetahui siapakah rakan-rakan anak
mereka dan tidak menghiraukan bagaimana masa lapang mereka
dihabiskan. Masa yang diluangkan untuk sama-sama menjalankan
aktiviti bersama anak-anak adalah sangat terhad apatah lagi
berkomunikasi terutama dengan anak remaja berhubung dengan
kegiatan harian (Laurance Steinberg 1996). Kenyataan ini sedikit
sebanyak mengambarkan bahawa ibu bapa pada era ini gagal
melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Maka itu kegagalan ibu
Isu-isu Remaja

63
bapa memberi pendidikan pada peringkat permulaan akan
membawa kepada suatu petanda yang buruk terhadap disiplin
anak-anak(Asmawati,1996). Ini meneguhkan pendapat
Freud,(Mahmod Nazar, 1990) yang mengatakan bahawa kualiti
penjagaan yang diberikan di peringkat awal akan mempengaruhi di
kemudian hari. Menurut pandangan seorang ahli sosiologi Robert
K. Merton, di sebalik berlakunya pelanggaran undang-undang dan
kawalan sosial, jenayah sebenarnya boleh berlaku disebabkan
keadaan sesuatu masyarakat itu disusun. Merton menegaskan,
dalam kehidupan manusia memerlukan banyak perkara seperti
kekayaan, kesenangan, kejayaan, kuasa atau hanya setakat rumah
yang selesa dan sedikit keamanan dan ketenteraman.
Walaubagaimanapun kualiti norma hidup yang rendah mendorong
kepada berlakunya jenayah dalam masyarakat.

Rumusan/Cadangan
"Mencegah lebih baik dari mengubati" . J usteru itu institusi
keluarga memainkan peranan yang lebih penting sebelum kita
mengkaji dari aspek yang lebih luas seperti institusi pendidikan
atau masyarakat. Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu
bapa memberikan perhatian rapi kepada anak-anak sejak mereka
kecil dan sentiasa sedia berkongsi masalah dengan mereka. Ibu
bapa seharusnya menjadi kawan kepada anak mereka sendiri di
samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik
keibubapaan yang sihat serta cemerlang.
Kekeliruan perasaan, tidak dihargai dan terasing dalam
keluarga sendiri lantaran kesibukan ibu bapa antara punca lain
mendorong remaja melakukan kegiatan jenayah. Dalam masa
yang sama ibu bapa harus bersikap tegas dalam mendidik anak-
anak. Komunikasi dua hala yang sihat akan membantu anak
meluahkan masalah mereka. Ibu bapa perlu belajar menyelami
dan memenangi jiwa anak supaya anak remaja yang biasanya
bersikap egosentrik dapat dilembutkan. Ibu bapa perlu menjadi
model terbaik kepada anak-anak. Pendidikan merupakan asas
mobiliti sosial. Namun, visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan
tercapai seandainya masalah disiplin di kalangan pelajar tidak
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

64
dapat dibendung. Setiap remaja perlu didekati supaya mereka
menghayati keunggulan disiplin. Keunggulan ini dapat
dipraktikkan melalui kerjasama semua pihak baik pentadbir
sekolah , guru disiplin, kaunselor, dan ibu bapa pelajar. Secara
tidak langsung masalah sosial yang semakin meningkat peratusnya
dapat dikurangkan.
Pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap
individu. Formula dan strategi pendidikan yang sesuai perlu
dicipta bagi menghasilkan generasi yang berwibawa dan mampu
bersaing dalam konteks globalisasi didorong oleh mekanisme sains
dan teknologi. Pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, persatuan
belia. masyarakat setempat mula merangka program dan aktiviti-
aktiviti untuk golongan remaja mengisi masa lapang mereka, sama
ada kegiatan berbentuk setempat atau menerusi Gaya Hidup Rakan
Muda. Kerajaan menerusi kementerian Belia dan Sukan
mengambil langkah segera memperluaskan program berkenaan.
Kesimpulannya, sama ada disedari atau tidak kebanyakan
masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh
tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam alam
persekitaran. Misalnya, pembangunan yang terlalu pesat telah
mengubah cara hidup masyarakat kita. Manusia menjadi semakin
individualistik dan materialistik. Lantaran itu, keseimbangan
sosial harus dipulihkan semula. J ika ini dapat dilakukan maka
perhubungan kekeluargaan serta anggota masyarakat dapat
diperteguhkan. Apa yang lebih penting setiap daripada kita
mempunyai tanggungjawab sosial tidak terkecuali remaja terutama
dalam kita merealisasikan 'masyarakat madani' menjadi sebuah
realiti dan bukan satu ilusi yang kosong. Ini hanya dapat dijayakan
dengan menyelamatkan golongan remaja daripada terjerumus ke
lembah yang tidak diingini.






Isu-isu Remaja

65
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

66
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


6
KELUARGA PENGARUH UTAMA
PEMBENTUKAN
KENDIRI ANAK
Azizi Yahaya



PENGENALAN
Hasil daripada beberapa teori yang saya rasakan agak signifikan
dengan kajian yang dominan pada faktor keluarga khususnya ibu
bapa sebagai pemboleh ubah dalam pembentukan konsep kendiri
anak-anak, dapatlah ditafsirkan bahawa sememangnya wujud
kolerasi yang tinggi antara dua perkaitan utama ini.
Pemfokusan diberikan kepada peranan ibu bapa sebagai
ketua dalam unit sebuah institusi keluarga yang unik, diikuti
iklim yang terbentuk terhadap pengaruh dan perhubungan sesama
anak atau adik beradik dalam sesebuah keluarga. Hubungan antara
ibu bapa dengan anak-anak sebenarnya bukan merupakan
hubungan yang statik akan tetapi sebaliknya merupakan suatu
perhubungan yang amat dinamik dan unik kerana wujudnya suatu
situasi give and take dan kesan dan akibat. Perhubungan
dinamik ini berlangsung mengikut peringkat perkembangan
sahsiah, mental dan umur anak.
Agak jelas, ibu bapa mempunyai peranan utama dalam
membentuk konsep kendiri anak-anak sejak lahir sehinggalah ke
alam remaja, malahan menjadi pemangkin utama dalam pengaruh
ke arah kewujudan personaliti anak yang ideal ataupun tidak.
Tanggungjawab dan peranan ibu bapa tidak pernah
berakhir setakat dengan menghantar anak-anak ke pagar sekolah
seterusnya menyerahkan bulat-bulat peranan tersebut kepada
pihak guru khususnya. Agen utama sosialisasi pembentukan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

68
konsep kendiri iaitu pihak ibu bapa tidak hanya setakat untuk
mendisiplinkan anak-anak, malahan turut perlu berperanan sebagai
role model yang terbaik beserta didikan agama yang mencukupi.
Pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak dipercayai berlaku
dalam dua cara. Pertama, adalah melalui pewarisan baka dan
kedua, melalui perwarisan proses pembelajaran. Pembelajaran
diistilahkan sebagai berlaku dalam konteks persekitaran seperti
bentuk dan corak didikan ibu bapa serta tauladan oleh ibu bapa
yang berkredibiliti untuk mempengaruhi perkembangan dan
pembentukan konsep kendiri anak-anak.
Anak dilahirkan seperti kain putihibu bapalah yang
mencorakkannya. Kepercayaan asasi ini wujud bahawa seorang
anak bukan sahaja mengikut contoh ibu bapa malah
berkemungkinan akan menjadi lebih buruk daripada yang mampu
digambarkan contohnya melalui peribahasa, ayah kencing berdiri,
anak kencing berlari. Ini selari dengan kenyataan pengkaji dan
ahli teori bahawa anak-anak adalah pemerhati yang aktif namun
mereka adalah penilai yang lemah.
J elas, hubungan ibu bapa dengan anak dalam sesebuah
keluarga adalah wujud melalui beberapa acuan tentang corak
kaedah keibubapaan yang diaplikasikan. Kaedah ini juga
ditentukan oleh model-model yang wujud dalam sesebuah entiti
masyarakat serta andaian-andaian tertentu.
Gaya mendidik anak diertikan sebagai sikap yang ada pada
ibu bapa berkenaan dalam proses membesarkan anak, seperti yang
digambarkan melalui interaksi mereka dengan anak mereka (
Darlin & Steinberg, 1993 ).
1
Gaya ini didapati menggambarkan
inisiatif bagi membentuk anak-anak yang gembira, sihat dan
berkebolehan ( Gunnoe, Hetherington & Reiss, 1999 ). Menurut
Baumrind ( 1971 ), pendekatan keibubapaan dalam mengawal dan
menyokong disatukan dan membentuk tiga gaya mendidik anak
iaitu autoritarian, autoritatif dan permisif. Dikesan bahawa gaya
didikan tersebut berupaya kuat untuk mempengaruhi konsep
kendiri anak-anak. Gaya tersebut ialah :


Keluarga Pengaruh Utama Pembentukan Kendiri Anak

69
Gaya autoritarian
Ini merupakan suatu cara ibu bapa mengenakan kawalan ketat ke
atas tingkahlaku anak dengan membuat peraturan, memastikan
nilai-nilai dipatuhi oleh anak dan tidak membenarkan anak
menyoal berkenaan peraturan-peraturan dan nilai-nilai itu. Antara
sifat ibu bapa authoritarian ialah :
Setiap yang dikatakan adalah suatu peraturan atau
undang-undang.
Tidak dapat bertolak ansur secara verbal dan
percaya anak-anak perlu mendengar setiap kata-kata
ibu bapa.
Tidak bersikap fleksibel dan menggunakan kaedah
disiplin yang bersifat hukuman.
Cuba mengawal tingkah laku anak dengan
mengenakan peraturan yang ketat, menilai tinggi
ketaatan dan keakuran.
Cuba membentuk, mengawal dan menilai tingkah
laku anak mengikut piawaian yang mutlak.
Tidak responsif pada kehendak anak.
Tidak cenderung untuk menggalakkan anak
berdikari dan bertanggungjawab dalam kehidupan.

Kebiasaannya, anak-anak yang dibesarkan dengan kaedah
dan cara autoritarian adalah lebih cenderung untk bersifat tidak
puas hati dengan diri sendiri, tidak dapat dipercayai, sering
berubah mengikut situasi, agak cemas, kelam kabut, ganas secara
pasif, mudah tersinggung, bersikap negatif dalam interaksi sesama
rakan sebaya mahupun penglibatan secara social yang tidak
memenuhi tuntutan moral universal.

Gaya autoritatif
Dalam hal ini, ibu bapa lebih gemar mengenakan peraturan
ataupun had-had batasan tingkah laku tertentu tetapi membenarkan
komunikasi bersifat terbuka. Sifat-sifat dan gaya didikan ibu bapa
yang bercorak autoritatif adalah seperti :
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

70
Anak-anak diberi kebebasan membuat keputusan
sendiri daam perkara-perkara tertentu.
Lebih fleksibel dan rasional dalam sikap dan
perspektif sesuatu isu keluarga.
Mengenakan kawalan tegas tetapi membenarkan
kebebasan beransur-ansur yang bersesuaian dengan
tahap perkembangan anak.
Had-had batasan tingkah laku dikenakan tetapi
individualiti anak tetap diambil kira.
Menggalakkan toleransi secara verbal dan
menjelaskan sebab akibat di sebalik hukuman yang
dikenakan.
Memberikan penjelasan tentang nilai-nilai mereka
serta menaruh harapan tinggi kepada anak supaya
dapat menerima dan mematuhinya.
Lebih menggalakkan sifat autonomi dan arah
kendiri tetapi turut mengajar anak
bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri.
Agak peramah dan tidak melihat diri sebagai
individu yang terasing serta individu yang tidak
membuat kesilapan walaupun berperanan sebagai
ketua keluarga.
Memastikan setiap anak menyumbang peranan dan
tanggungjawab sebagai ahli keluarga mengikut
kemampuan masing-masing.
Bersikap responsif, sentiasa memberikan dorongan
dan mampu untuk menghormati kepentingan dan
keputusan anak. Ibu bapa begini biasanya adalah
mesra tetapi tegas.

Hasil pemerhatian Baumrind,
i
kanak-kanak yang
dibesarkan oleh ibu bapa autoritatif lebih bertendensi untuk
menjadi bertenaga, aktif, suka meneroka, memiliki rasa ingin tahu
yang kuat, berdedikasi, boleh mengawal diri, sentiasa berpuas hati
dengan keadaan diri, menerima apa keadaan dengan rasional dan
Keluarga Pengaruh Utama Pembentukan Kendiri Anak

71
bersikap positif dengan individu lain.

Gaya permisif
Cara ini lebih bercirikan gaya komunikasi yang terbuka dan ibu
bapa begini kurang menekankan tingkah laku yang baik kepada
anak. Antara ciri ibu bapa yang permisif ialah :
Tidak dapat menggunakan kuasa secara langsung
dan terbuka.
Berkomunikasi secara terbuka tetapi tidak berusaha
untuk membentuk tingkah laku anak.
Tidak banyak membuat permintaan kepada anak
dan sering memberikan sepenuhnya kebebasan.
Kurang mengenakan kawaan dan apabila perlu,
mereka menggunakan penjelasan ataupun sebab-
sebab dan tidak menggunakan kuasa ataupun
kekerasan bagi mengawal anak.
Tidak bersifat untuk menghukum anak jika anak
membuat kesalahan, sebaliknya lebih menerima
impuls dan keinginan anak.
Berfungsi sebagai sumber yang memenuhi segala
keinginan anak dan tidak dapat berfungsi sebagai
agen-agen aktif yang terlibat dalam pembentukan
tingkah laku anak.
Membiarkan anak mengatur aktiviti sendiri dan
mengelakkan daripada mengenakan kawalan ke
atas anak.
Cuba menyediakan keadaan yang membimbing ke
arah perkembangan anak tetapi sebenarnya gagal
berfungsi untuk membentuk had-had batasan yang
tegas kepada anak ataupun mengkehendaki anak
bertingkah laku secara lebih matang dan rasional.

Didapati, kanak-kanak yang dididik oleh ibu bapa yang
permisif adalah lebih cenderung bersifat tidak dapat mengawal
diri, impulsive, kurang berdikari dan kurang meneroka sesuatu.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

72
Walau bagaimapun, mereka kelihatannya lebih gembira dan cepat
sembuh daripada sesuatu tekanan ataupun krisis berbanding kanak-
kanak yang dibesarkan secara autoritarian.
Baumrind (1989) turut memberikan dua dimensi dalam
cara pembesaran iaitu kehendak dan tindak balas ibu bapa.
Mekanisme-mekanisme cara pembesaran yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak diwakili oeh persilangan antara dua
dimensi tersebut.
Kehendak ditakrifkan sebagai jumlah ataupun darjah
kawalan yang dikenakan oleh ibu bapa pada anak manakala tindak
balas ditakrifkan sebagai kekerapan interaksi dengan anak sama
ada secara positif ataupun negatif ( Maccoby dan Martin, 1983 ).
Ringkasnya, hasil kajian susulan oleh Baumrind terhadap
responden yang berusia 8 9 tahun ( tahap pertengahan anak-anak
), beliau membuat rumusan bahawa ibu bapa yang autoritatif lebih
cenderung untuk :

Berusaha menghasilkan kesan-kesan positif semasa
tempoh ini secara berterusan terhadap anak-anak.
Memiliki gaya dan corak pembesaran yang paling
baik dan ini dielemenkan oleh kehendak dan tindak
balas tinggi.
Kemesraan ibu bapa akan menyebabkan wujudnya
kesan positif manakala kedinginan dan permusuhan
akan menghasilkan kesan-kesan negatif.
Kanak-kanak pula lebih cenderung memperolehi
markah yang lebih baik dalam agensi iaitu
kecenderungan mengambil inisiatif, sedia
menghadapi cabaran dan cuba mempengaruhi
sesuatu situasi.
Mereka turut bersifat berdikari, bertanggungjawab
dan yakin pada diri sendiri serta mempunyai konsep
kendiri yang baik.
Awang Had Salleh (1985) menegaskan bahawa penyediaan
generasi muda dengan ilmu @ pendidikan dan seterusnya
Keluarga Pengaruh Utama Pembentukan Kendiri Anak

73
melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan bermotivasi ialah
dengan dua cara:
1. Dengan pendidikan Tak Formal (seperti yang kita lakukan
di rumah)
2. Dengan pendidikan Formal (di sekolah-sekolah)
Seterusnya Prof. Awang HS menjelaskan, masyarakat yang
berdisiplin sahaja tidak cukup mantap, tetapi untuk maju
kehadapan, mereka harus ada daya utama (usaha), harus ada
keinginan dan cita-cita di kalangan ahli masyarakat tersebut untuk
meningkat maju. Masyarakat yang berdisiplin adalah satu
kemestian, tetapi harus pula "bermotivasi" (bersungguh-sungguh,
saksama dan dengan cemerlang) untuk mencapai tahap peradaban
(tamaddun) yang lebih tinggi menerusi pergerakan yang cergas,
mencapai kesempurnaan dan sentiasa produktif serta berkualiti
tinggi dalam apa juga usaha yang dilakukan.
Atan Long (1979) berpendapat kekuatan atau kelemahan
masyarakat bergantung kepada ahli-ahli masyarakat yang
memberikan sumbangan kepada keutuhan dan kemajuan serta
perkembangan masyarakat berkenaan. Sesebuah masyarakat perlu
sanggup berubah (anjakan paradigma) menerima perubahan untuk
terus hidup dan berkembang mengikut kemajuan zamannya. J ika
tidak, mereka akan ketinggalan zaman atau pun tertinggal dalam
meneruskan kehidupan yang terus berubah.
Seterusnya Prof. Awang HS menjelaskan, masyarakat yang
berdisiplin sahaja tidak cukup mantap, tetapi untuk maju
kehadapan, mereka harus ada daya utama (usaha), harus ada
keinginan dan cita-cita di kalangan ahli masyarakat tersebut untuk
meningkat maju. Masyarakat yang berdisiplin adalah satu
kemestian, tetapi harus pula "bermotivasi" (bersungguh-sungguh,
saksama dan dengan cemerlang) untuk mencapai tahap peradaban
(tamaddun) yang lebih tinggi menerusi pergerakan yang cergas,
mencapai kesempurnaan dan sentiasa produktif serta berkualiti
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

74
tinggi dalam apa juga usaha yang dilakukan.
Manakala ibu bapa Amerika dikatakan lebih liberal, yakni
menuruti kehendak dan syor anak dalam mendidik anak.
Implikasinya interaksi-komunikasi anak dengan orang dewasa
kelihatan lebih harmoni tetapi mereka mudah menentang serta
melafazkan sesuatu yang mereka tidak setuju dengan orang dewasa
@ mereka lebih berterus terang. Kadangkala mereka lebih bersifat
biadab mengikut sistem nilai masyarakat Timur.
Menurut Connell lagi, berkemungkinan matlamat dan pola
pensosialan kanak-kanak Australia terletak antara pola Inggeris
dan pola Amerika. Begitu juga di kalangan masyarakat Barat
lainnya mempunyai pola atau bentuk yang berbeza berasaskan
budaya dan kepercayaan serta amalan hidup seharian mereka.
Selain daripada itu budaya-budaya kecil (sub budaya) seperti
cara didikan, aspirasi pendidikan dan kerjaya ibu bapa dalam
hiraki/tatatingkat masyarakat (sosial status) turut mempengaruhi
perbezaan yang jelas dari aspek nilai dan orientasi motivasi
(dorongan) serta dalam amalan latihan anak-anak dalam keluarga.
Dalam masyarakat Barat, menurut Connell (1981) kajian
Antropologi dan Etnografi (Kajian Kes/Kajian Pemerhatian) @
kajian kualitatif telah melengkapkan lagi maklumat perkembangan
kanak-kanak disamping kajian kuantitatif. Perkembangan J ERI
(jasmani,emosi, rohani dan intelektual) anak-anak (selain faktor
baka dan persekitaran) mendapati pengaruh kebudayaan telah
menunjukkan banyak bentuk tingkahlaku yang dahulunya
dianggap natural atau ditentukan secara biology akan
membayangkan pengaruh pola kebudayaan yang tertentu pula
dalam hidup masyarakat tersebut.
Umpamanya terdapat perbezaan dalam matlamat hidup/sosial,
nilai-nilai yang ditegaskan, cara amalan melatih kanak-kanak yang
digunakan kesemuanya mempengaruhi pola perkembangan diri
anak-anak mereka, khususnya dalam persekolahan dan cita-cita @
Keluarga Pengaruh Utama Pembentukan Kendiri Anak

75
kerjaya yang akan diceburi oleh anak-anak.
Kajian Pemerhatian dalam komuniti Inggeris dan komuniti
Amerika telah menunjukkan perbedaan dalam penekanan yang
boleh dibandingkan. Ibu bapa Inggeris lebih autokratik (memberi
perintah, menentukan tingkahlaku anak, tidak sabar dengan
perangai anak mereka, mengecam atau menghukum anak mereka. )
Hasilnya anak Inggeris menunjukkan kesopanan dan menghormati
orang dewasa walaupun ada kalanya juga renggang dan kerap
menentang orang dewasa.
Satu kajian di Melbourne oleh Oeser (1954) mendapati
kebanyakan bapa kelas separa mahir (sederhana) mempunyai
darjah tinggi TIDAK PASTI tentang masa depan anak mereka.
Bagi YANG PASTI pula mempunyai aspirasi yang agak rendah.
Harapan bapa ini secara langsung dapat menggambarkan harapan
anak mereka.
Bagi ibu bapa golongan mahir, mereka meletakkan tekanan
yang lebih ke atas kerja sekolah anak dan atas kejayaan peribadi
anak, merancang pekerjaan mahir (kolar putih) bagi anak lelaki
mereka. Ibu bapa mempunyai aspirasi pendidikan yang tinggi dan
mengharapkan pekerjaan anak yang lebih baik dan tinggi.Ibu bapa
akan memberi lebih pertolongan /membantu kerja rumah (home
work) anak. Mereka ada unsur pembaikan diri dan mempunyai
pandangan masa depan berbanding kalangan keluarga golongan
bawahan.
Pengaruh suasana keluarga (pola hubungan interaksi ibu bapa-
anak) menunjukkan pola tingkahlaku di sekolah dan dalam
interaksi bersama rakan sebaya. Bagi mereka yang kaya
pengalaman berbahasa dan menerima pendedahan awal dalam
membaca, menulis dan mengira (sejauhmana ibu bapa
membacakan buku cerita kepada anak-anak mereka atau
menyediakan buku-buku atau permainan yang membina daya
intelek/berfikir anak-anak.) semasa anak berumur 3-4 tahun atau
sebelum bersekolah secara formal lebih berjaya dalam pesekolahan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

76
mereka.
Kajian ahli Sosiolinguistik juga membuktikan bahawa kanak-
kanak memperolehi bahasa ibundanya dengan cepat pada peringkat
umur 5 tahun ke bawah lebih cekap berbahasa dan bijak.Ini
bermakna ibu bapa harus menyediakan situasi dan kemudahan atau
peralatan pembelajaran bahasa seawal mungkin.
Penyelidikan pendidikan mengesyorkan supaya hubungan ibu
bapa anak perlulah berasaskan dua dimensi iaitu:
1. Kemesraan (penerimaan emosi) seperti kasih
sayang/diterima/dihargai
2. Autonomi kawalan ( dari kawalan menguasai kepada
membenarkan kebebasan luas kepada kanak-kanak.)
Pentony (1956) mendapati keluarga demokrasi, ibu bapa
menggalakkan kebebasan, pengawalan dikenakan melalui
penjelasan rasional, tidak melalui kerahan @ arahan arbitrari
(sewenang-wenang @ tidak dapat tidak perlu dipatuhi.)
Bagi keluarga berkembang pula Campbell(1963) memberikan
cirinya:
1. Anak-anak kaya dengan latar pengalaman (banyak
pendedahan )
2. Terdapat kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga
(harmoni/bahagia)
3. Ibu bapa mempunyai harapan dan hasrat yang sesuai serta
realistik
4. Menggunakan pendekatan disiplin dan demokrasi
5. Ibu bapa sanggup menggalakkan kebebasan (tidak
mengongkong)
Keluarga Pengaruh Utama Pembentukan Kendiri Anak

77
6. Pemusatan kanak-kanak kepada matlamat tingkahlaku.
Kanak-kanak keluarga berkembang dikatakan jelas mencapai
dengan berkesan perkembangan diri dari aspek moral, pencapaian
dalam pengetahuan dan kemahiran asasi (membaca, menulis dan
mengira) serta pandai bergaul, bermasyarakat , bertanggungjawab
dan ada kepuasan peribadi dan rohani.
Contohnya, ibu bapa yang meletakkan nilai yang tinggi dalam
kecekapan intelek bagi diri mereka dan anak mereka,
berkemungkinan mendorong anak mereka dalam kegiatan
intelek/akademik/pembelajaran serta turut sama mengambil
bahagian (berperanan sama). Oleh itu akan menjadi contoh (role
model) kepada anak-anak berasaskan situasi @ keadaan @ suasana
tersebut. J elasnya ibu bapa mempengaruhi usaha pencapaian
pelajaran anak mereka menerusi reaksi terhadap pencapaian @
prestasi cemerlang anak-anak mereka dalam pelajaran.
Kesimpulannya pengalaman yang anak-anak terima di rumah
mempengaruhi aspek sahsiah yang mungkin mempunyai kaitan
dengan sikap dan prestasinya di sekolah.















Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

78

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Berns, Roberta M. 1985. Child, Family Community. New York:
Holt, Rinehart & Winston

Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Keluarga Pengaruh Utama Pembentukan Kendiri Anak

79
Ohio: Glencoe.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.




7
TEORI-TEORI BERKAITAN REMAJA
Yusof Boon



PENGENALAN
Seorang pelopor dalam ilmu psikologi, Stanley Hall (1904)
berpendapat, perkembangan seseorang individu ditentukan oleh
naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya
persekitaran. Zaman remaja dikenali sebagai storm and stress
(ribut & tekanan) Haru-biru yang berlaku pada zaman ini hasil
daripada perubahan hormon dan fizikal yang dialami remaja
seterusnya menghasilkan tekanan dan konflik psikologi. Storm
and stress bersifat biologikal yg terhasil drp perubahan yg berlaku
semasa baligh yg tidak dapat dielakkan. Semasa akil baligh emosi
menjadi tidak stabil dan tergugat. Hasil perubahan dan tekanan
tersebut remaja menjadi menjadi individu yg matang dan bermoral.
Pendapat Hall kurang diterima kerana ramai remaja yg boleh
menggelak daripada storm and stress ini.

Pendapat Margaret Mead (1968)
Remaja- satu transisi dari kanak-kanak kepada dewasa yang
perlahan dan tenang. Remaja tidak akan menghadapi konflik
sekiranya mereka dibenarkan melihat bagaimana bayi dilahirkan,
menganggap kematian sebagai satu keadaan semulajadi,
dibenarkan membuat keja-kerja penting, menunjukkan t/laku yang
asertif dan dominan dan tahu apa yg dijangkakan oleh orang
dewasa. Kenyataan ini berdasarkan pemerhatiannya ke atas
masyarakat Samoa dan pendapat ini diterima luas.


Teori-teori Berkaitan Remaja

81
Teori Organismik
Kebanyakan ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini
juga menekankan soal perubahan-perubahan biologi yang berlaku
semasa remaja.
Mengakui kepentingan faktor-faktor persekitaran yang
sama-sama berinteraksi dengan faktor-faktor biologi.
Ahli-ahli psikologi yang terkenal seperti Sigmund Freud,
Erik Erikson dan J ohn Piaget

Pendapat Anna Freud
Menekanan soal libido yang cuba mengancam menggugat
keseimbangan yg telah dicapai antara ego dan id.
Menyebabkan ego membentuk mekanisme pertahanan diri
yg terdiri drp intelektualisasi dan asetisisme
Intelektualisasi - menterjemahkan impuls seksual kpd
pemikiran abtrak. Boleh dilihat pada remaja apabila
mereka suka berdebat tentang agama, politik, hak-hak
seorang individu dan tentang makna kehidupan.
Asetisisma yang bermaksud penafian kendiri. Remaja yang
bimbang tidak dapat mangawal impuls-impulsnya, mereka
akan mengawal diri mereka dengan menyalurkan impuls-
impuls itu kepada tingkahlaku mencapai keseronokan yang
lebih ringan seperti banyak makan dan berpakaian yang
aneh.
Zaman remaja merupakan tempoh masa ketidak
seimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan
tingkahlaku tidak menentu. Remaja juga kadang-kadang
bersifat egoistik dan pusat kendiri serta percaya semua
orang memerhatikan mereka.
Pada suatu masa mereka lupa pada kehendak diri dan
terlalu prihatin serta ingin bersama dengan orang lain dan
pada masa yang lain pula ingin bersedirian. Ini disebabkan
sikap materialistik dan juga pentingkan diri sendiri.
Kadang-kadang mereka menjadi idealistik.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

82
Remaja mengalami keadaan tidak menentu, ada turun naik,
sekejap yakin pada diri sendiri dan masa yang lain ragu-
ragu dengan tingkah laku mereka sendiri.

Pendapat Erikson (1959)
Tugas utama remaja selesaikan konflik identiti kendiri dan
keliru identiti.
Perlu menjadi dewasa unik dan individu yg matang dan
punyai peranan tertentu.
Ego remaja boleh menyusun kemahiran, keperluan dan
kehendak serta menyesuaikan dgn kehendak masyarakat.
Identiti-banyak komponen seperti; ciri-ciri seksual, sosial,
fizikal, psikologikal, moral, ideologikal dan kerjaya yang
bila disatukan menjadi diri yang total
Remaja dikenalpasti melalui ciri fizikalnya, rupa parasnya,
binaan tubuh badannya peranannya, kemahiran
berinteraksi, pencapaian, keahlian dlm kumpulan, pilihan
kerjaya, fahaman politik, pegangan agama, nilai, moral,
kepercayaan, falsafah hidup dan identiti etnik, personaliti,
penyesuaian dan kesihatan mentalnya.
Remaja yg menerima diri dan mempunyai identiti diri yg
positif akan cenderung mempunyai kesihatan mental yang
baik.
Pencarian identiti proses yg makan masa sejak kecil hingga
tua tetapi pencarian ini lebih menonjol semasa remaja.
Yang paling penting dalam pencarian identiti ialah pilihan
kerjaya.
Semasa kanak-kanak- peroleh kemahiran yang diperlukan,
semasa remaja cari yang terbaik utk guna kemahiran
tersebut.
Itu sebab pada masa ini mereka akan mengalami keliru
identiti dan mula fikir tentang peranan dlm masyarakat.
moratorium sosial- tempoh masa antara kanak-kanak &
dewasa kerana individu bebas menguji sesuatu keadaan dan
berusaha cari peranan yg diterima masyarakat.
Teori-teori Berkaitan Remaja

83
Bentuk penahanan diri berdasarkan keliru identiti gemar
berkelompok dan sifat tidak boleh tolak ansur.
Remaja sering bertelagah dengan orang-orang yang
berautoriti
Menunjukkan keadaan kelirunya dgn cara bertingkah laku
keanakan demi mengelak daripada menyelesaikan konflik
atau dengan cara menunjukkan tingkah laku yang tidak
boleh diterima
Mencari sesuatu yang boleh diceburi, suka berkelompok
terlalu ikut-ikutan fesyen & amalan-amalan tertentu
Setakat mana remaja boleh setia dengan amalannya
menentukan keupayaannya menyelesaikan identitinya
Kegagalan mencapai identiti menyebabkan seseorang
remaja itu ragu-ragu dengan kebolehan diri, keliru peranan
ini semua akan membawa akibat psikologi yang lebih teruk
pada masa hadapan.
Berjaya menyelesaikan kisis identiti tadi menjadi orang
yang setia dan taat mempunyai rasa kepunyaan rakan-
rakannya nilai-nilai, ideologi, agama atau bangsa.
Indentifikasi-kendiri terbina apabila remaja telah dapat
memilih sendiri nilai-nilai dan orang-orang yang ia akan
setia dan taat dan bukannya pemilihan itu datang daripada
ibu bapanya atau orang-orang lain.
Kasih sayang cara mencapai identiti membina hubungan
yang rapat, berkongsi minat, fikiran dan perasaan dengan
orang lain, dapat melihat identitinya yang tergambar pada
orang yang disayanginya.
Corak intimasi remaja berbeza dengan intimasi sejati yang
memerlukan komitmen, pengorbanan dan kompromi.
Kaum lelaki tidak akan dapat memperolehi intimasi selagi
ia belum mencapai identity yang stabil.
Perempuan pula akan mencapai intimasi sebelum identity
kerana kaum perempuan akan lebih rela mengetepikan
identity diri dan akan mendefinisikan dirinya berdasarkan
orang lelaki yang disayanginya.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

84
Cenderung menggunakan perkembangan kaum lelaki
sebagai yang normal.

Pendapat Havinghurst (1972)
Teori psikososial- perkembangan remaja berasas tuntutan
masyarakat ke atas individu
tugas perkembangan:- pengetahuan, sikap, fungsi dan kemahiran
yg perlu diperolehi melalui kematangan fizikal atas daya usaha
sendiri dan jangkaan sosial. J ika individu berjaya ia dapat
membuat penyesuai yg baik, lebih kuat hadapi masa depan dan
lebih matang.
J ika gagal akan terjadi kebimbangan, tiada persetujuan dlm
masyarakat dan tak boleh berfungsi sebagai individu yg matang
Terdapat lapan tugas perkembangan yg perlu diselesaikan semasa
remaja :
1. Menerima keadan fizikal diri dan menggunakannya dgn
cara yg berkesan.
2. Mencapai kebebasan emosi drp ibu bapa dan orang dewasa
yg lain.
3. Memperoleh peranan jantina yg betul
4. Dapat membentuk hubungan yg lebih matang dgn rakan
sebaya drp kedua-dua jantina.
5. Menerima dan menjadi individu yg bertanggungjawab
6. Memperoleh satu set nilai dan sistem etika yg boleh
digunakan sebagai panduan tingkahlaku.
7. Membuat persediaan untuk mempunyai kerjaya
8. Membuat persiapan untuk berkahwin dan mempunyai
keluarga sendiri.






Teori-teori Berkaitan Remaja

85
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to
bring up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.



8
CARA MENGATASI KONFLIK REMAJA
Nurulhuda Azizi



PENGENALAN
Remaja dapat membesar dan dibesarkan dalam beberapa situasi
keluarga. Antara situasi adalah seperti berikut:

a) Remaja yang mempunyai kedua- dua ibu bapa
b) Remaja yang mempunyai ibu atau bapa sahaja
c) Remaja yang membesar tanpa ibu atau bapa atau penjaga

Ahli keluarga yang berada di dalam sebuah rumah
akan berinteraksi dan berfungsi sebagai satu unit
keluarga dengan cara tersendiri .
Keluarga yang berfungsi adalah keluarga yang
seseorang remaja itu dapat membesar dalam
suasana kekeluargaan.
Fungsi kekeluargaan yang normal akan membentuk
mereka menjadi remaja lazim ( conventional ) atau
remaja biasa yang lain dalam masyarakat
Keluarga yang tidak berfungsi adalah keluarga yang
menghadapi masalah dari segi perjalanan fungsi
kekeluargaan ini yang termasuk juga masalah dari
segi keibu bapaan.
Keadaan , suasana , sifat dan sebagainya yang
terbentuk itu tidak subur , tidak sihat , tidak selesa
dan tidak berjaya untuk mencorakkan dan
membentuk remaja itu kearah yang boleh
menjadikan mereka remaja lazim yang tidak
bermasalah
Cara Mengatasi Konflik Remaja

87

Sifat dan fungsi yang penting dalam perjalanan sesebuah
keluarga
Kawalan
Kawalan adalah suatu fungsi keluarga yang bermula sejak kanak-
kanak lagi. Kawalan merupakan suatu keperluan yang
menandakan bahawa ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-
anak dan dapat menjaga keselamatan mereka.
Pihak remaja adalah pihak yang menerima kesan daripada tugas
atau perbuatan mengawal ini. Beberapa kawalan yang dikenalpasti
dan dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak remaja ialah:

a) Autokratik
Ibu bapa membuat segala keputusan dan memberi arahan
kepada remaja dan
remaja itu menerima arahan tersebut. Mereka tidak diberi
peluang untuk bersuara
atau berunding. Interaksi dan komunikasi adalah satu arah
dan tindakan yang
diambil tegas dan keras. Tujuannya adalah supaya
perkembangan remaja akan
mengikut arah yang yang dihayati atau yang diinginkan
oleh ibu bapa.
b) Permisif dan liberal ( cara bebas dan sesuka hati)
Cara permisisf dan liberal merupakan cara kawalan yang
bebas dan longgar dan remaja diberi kebebasan. Ibu bapa
tidak mengarah dan dan mengawal atau mengongkong.
Remaja diharapkan dapat memahami sendiri kesusahan dan
kesan yang dirasai.
c) Autokratik tetapi demokratik ( cara menegakan kuasa
tetapi demokratik)
Cara ini apabila ibu bapa menunjukkan ketegasan dalam
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

88
kawaaln terutama terhadap hal yang dinilai akan
memberi kesan yang tidak baik tetapi dilakukan dengan
cara musyawarah , berunding dan berkrompomi. Dengan
cara ini, ibu bapa juag berharap mereka akan dihormatidan
suasana kekeluargaan akan lebih selesa kerana fungsi
kelaurga diterima dengan senang hati dan semua ahli
gembira dan megah dengan keluarga mereka.
d) Tidak menentu
Cara kawalan yang tidak menentu adalah apabilakawalan yang
dijalankan oleh ibu bapa tidak tekal. Kadang- kadang ibu bapa
mengawal dengan cara autokratik dan menindas, kadang-
kadang dengan cara bertegas dan berlembut,kadang kadang
menggunakan cara demokrasi dan kebebasan .Cara ini
sebenarnya menunjukkan berbagi masalah dalam kelaurga itu
sendiri . Akibatnya keluarga itu menjadi keliru, tidak mahu
ikut arah keluarga dan cenderung tidak mahu berorentasikan
keluarga mereka sendiri
e) Keeratan
Keeratan difahamkan sebagai darjah ikatan atau hubungan
yang ada pada ahli keluarga itu. Pada keluarga yang berfungsi
baik, ahlinya mempunyai ikatan yang rapat, perhubugan yang
dekat dan perasaan bersatu yang ketat dan tidak mahu
dipisahkan. J ika ibu bapa bertegas, remaja biasanya
beranggapan bahawa ibu bapa tidak rapat dan tidak memberi
perhatian.
f) Afek ( perasaan kekeluargaan )
Afek yang bermaksud emosi atau perasaan yang wujud di
kalangan ahli keluarga terdapat dua bentuk afek, iaitu:
i Afek yang positif
Cara Mengatasi Konflik Remaja

89
Afek yang positif dikatakan wujud dalam keluarga jika
perhubungan kekeluargaan itu mempunyai cirri- cirri yang
ada kasih dan sayang, kemesraan emosi dan peduli-
memperduli, keserasian , memahami antara satu sama lain
dan mempunyai kepekaan.Disampaing itu, ahli kelaurga
juga perlu responsive terhadap persaan dan keperluan
emosi ahli kelaurga yang lain
ii Afek yang negatif
Afek yang negatif terdapat dalam keluarga itu jika ahli
keluarga mempunyai perasaan dingin, sikap
seteru, penolakan dan kebencian sesama mereka,
antaranya:
i Remaja adalah anak yang tidak diingini
ii Ibu bapa yang tidak ekspresif
iii Ibu bapa yang terlalu kecewa dan marah dengan anak
remaja mereka
iv Ibu bapa yang tidak upaya empati dengan anak- anak
mereka

Cara mengatasi konflik
Peranan ibu bapa
Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam
psikologi remaja yang
sedang membesar
Remaja ternyata menghadapi kehidupan kritikal pada
peringkat umur 12-21 tahun. Pada masa itu juga konflik
dalaman berlaku demi menetukan arah hidup mereka
Ibu bapa seharusnya lebih banyak melauangkan masa
berbincanag secara
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

90
bersemuka dengan anak- anak mereka dan jangan
mempekecil kemampuan dan
menolak pendapat remaja .Remaja sentiasa mahu dihargai
dan dihormati .
Ibu bapa mesti berusaha merapatkan jurang pergaulan dan
perhubungan
antara satu sama lain.

Peranan Remaja
Remaja juga harus melakukan sesuatuuntuk mengelakkan
berlaku berlakunya
konflik dengan ibu bapa.
Setiap masalah yang timbul boleh dibincangkan bersama
kerana masalah yang kecil boleh menjadi masalah yang
kecil pun boleh menjadi besar jika tidak diselesaikan
secara rasional .
Remaja harus berhati hati dalam membuat sebarang
keputusan paabila berselisih
faham dengan ibu bapa .
Remaja harus berhati- hati apabila mengambil satu
keputusan dan tindakan
Mereka harus mendapatkan nasihat daripada guru atau
rakan- rakan yang berpersonaliti positif












Cara Mengatasi Konflik Remaja

91
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to
bring up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


9
KAUNSELING UNTUK MENGUBAH
SIKAP REMAJA
Shahrin Hashim



PENGENALAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu ditinjau tentang uasaha
untuk mengubah anak- nak terutama remaja.kiata harus
menerima kenytaan bahawa anak- anak kita itu tidak akan berubah
dalam sekelip mata.Proses perubahan berlaku dalam beberapa
tahap.

Pendekatan kaunseling
Tindakan ibu bapa yang paling baik adalah berbincang dan
mendapatkan persetujuan terutama dari remaja yang bermasalah
itu sendiri tentang bantuan luar yang diperlukan kerana mereka
mempunyai masalah dan tidak berupaya untuk
mengenadalikannya.
Ada juga ibu bapa yang hanya merujuk anak mereka kepada
kaunseling setelah dinasihatkan sebelum dirujuk kepada
kaunseling sedikit penerangan perlu diberikan.
Mereka perlu tahu apa itu kaunseling,sedikit penerangan perlu
diberikan. Sesi kaunseling berjalan dengan cara bercakap dan
berbincang, bukan dengan cara memberi ubat dan sebagainya.
Dalam proses kaunseling dan terapi remaja bermasalah, kita akan
berhadapan dengan remaja sama ada yang ada wawasan atau yang
tidak berwawasan.
Dalam kaunseling, menjalin hubungan sewaktu berinteraksi
adalah suatu kemahiran atau ketrampilan yang penting.
Antara sifat seseorang kaunselor yang dikenalpasti dapat
menolong seseorang remaja bermasalah ialah:
Kaunseling Untuk Mengubah Sikap Remaja

93
a. Sifat dapat membuktikan atau menunjukkan empati
yang tepat
b. Sifat dapat menerima apa yang dipersembahkan
oleh orang yang bermasalah itu bermakna , jujur
dan berkecuali
c. Sifat keterbukaan dan prihatin yang tulen.

Memahami Sosio Ekonomi Keluarga Remaja
Malaysia kini berada dalam arus era informasi teknologi (IT).
Keadaan ini memberi petanda bahawa IT sudah diterima sebagai
suatu kuasa baru dan digunakan dalam kehidupan harian. Kajian
lalu menunjukkan bahawa faktor sosioekonomi keluarga boleh
mempengaruhi tahap pengetahuan mengenai IT, persepsi mengenai
IT dan penggunaan IT di kalangan ahli keluarga (Marziana, 1998).
Oleh itu keluarga terutamanya ibubapa merupakan salah satu
sokongan yang dapat membantu kejayaan Agenda Teknologi
Maklumat Negara.
Tahap pendidikan ibubapa, status pekerjaan ibubapa, tahap
pendapatan dan saiz keluarga boleh mempengaruhi pencapaian
ekademik seorang pelajar. Ini secara tidak langsung akan memberi
kesan kepada penguasaan IT. Menurut Noraini (1994) anak dari
keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah
lebih maju dalam persekolahan dan memperolehi lebih tinggi gred
pencapaian berbanding anak dari keluarga yang mempunyai
rendah status sosioekonomi. Ini adalah kerana dalam keadaan
status sosioekonomi yang tinggi, ibubapa mampu untuk
menyediakan kemudahan dan persekitaran yang selesa untuk
belajar. Disebaliknya, Berns (1993) menyatakan sumber-sumber
yang terhad dalam keluarga kelas bawahan yang dikaitkan dengan
faktor pendapatan, menghalang ibubapa daripada menyediakan
rangsangan intelektual yang bersesuaian untuk anak.
Tinjauan literatur menunjukkan terdapat banyak kajian
telah membuktikan wujudnya perkaitan di antara faktor
sosioekonomi keluarga dan pencapaian anak dalam pendidikan.
kajian oleh Anuar (1990) memfokuskan kepada perkaitan di antara
faktor latarbelakang keluarga dan konsep kendiri dengan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

94
pencapaian akademik. Kajian ini dilakukan ke atas 70 orang
pelajar tingkatan lima. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya
perkaitan yang positif di antara pendidikan, pekerjaan dan
pendapatan keluarga dengan pencapaian akademik anak.
Dubow dan Luster (1990) turut mendapati jumlah tahun
pendidikan yang diterima oleh ibu memberi kesan yang positif
kepada pencapaian akademik anak. Sampel kajian terdiri daripada
721 orang kanak-kanak yang berumur di antara 8 hingga 15 tahun
bersama ibu mereka. Kajian mereka juga menunjukkan saiz
keluarga dan kemiskinan memberi pengaruh yang signifikan
kepada pencapaian akademik anak. Tahap pendidikan ibu yang
rendah di dapati mempengaruhi ketiga-tiga ujian skor pencapaian
akademik anak. Disamping itu kemiskinan dan penghargaan
kendiri ibu yang rendah mempunyai perkaitan dengan masalah
tingkahlaku anak seperti mencederakan orang dan merosakkan
harta benda sekolah. Kemiskinan dan saiz keluarga yang besar
menyebabkan sumber-sumber terhad untuk diagihkan kepada ahli
keluarga. Ini secara tidak langsung mengurangkan rangsangan
intelektual anak.
Pada tahun 1991, Luster dan McAdoo telah membuat
kajian mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada
pencapaian dan penyesuaian dikalangan anak-anak Afrika
Amerika. Kajian ini melibatkan sebanyak 378 buah keluarga yang
diambil dari sampel kajian jangka panjang yang bermula dari tahun
1979. Anak yang berumur di antara 6 hingga 9 tahun telah terpilih
dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati terdapat perkaitan negatif
antara status kemiskinan dan saiz keluarga dengan pencapaian
anak. Manakala pendapatan keluarga mempunyai perkaitan positif
dan signifikan dengan pencapaian anak. Kualiti persekitaran rumah
akan berkurangan disebabkan status kemiskinan. In memberi kesan
negatif kepada perkembangan kognitif anak. Saiz keluarga yang
besar menyebabkan perhatian dan kemesraan yang diberikan oleh
ibubapa untuk setiap anak akan berkurangan. Ini boleh
menyumbangkan kepada konflik keluarga dan beberapa masalah
tingkah laku anak. Pendekatan autoritarian di dalam mendidik
anak-anak lebih cenderung digunakan oleh ibubapa apabila
Kaunseling Untuk Mengubah Sikap Remaja

95
mempunyai anak yang ramai. Keadaan ini akan menimbulkan
konflik di rumah.
Kajian ini juga mendapati ibu yang mempunyai tahap
pendidikan yang tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam
kualiti persekitaran rumah. Ibu yang berpendidikan tinggi juga
mempunyai bilangan anak yang kurang.
Muller (1995) menyokong kajian sebelumnya (contoh:
Anuar 1990; Dubow & Luster 1990; Luster & McAdoo, 1991)
yang mendapati pendapatan keluarga, jumlah tahun pendidikan
yang diterima oleh ibubapa dan pekerjaan ibu mempunyai
perkaitan yang sinifikan dengan pencapaian akademik anak.
Walaubagaimanapun di dalam kajian ini bilangan anak tidak
mempengaruhi pencapaian akademik anak.
Kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti perkaitan di
antara faktor sosioekonomi (tahap pendidikan ibubapa, tahap
pendapatan dan saiz keluarga) dengan pencapaian akademik anak.
Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan oleh setiap
individu untuk mewujudkan tahap status sosioekonomi yang dapat
menggalakkan perkembangan positif di kalangan ahli keluarga.
Kajian telah dijalankan ke atas 102 orang ibubapa yang dipilih
secara rawak mudah. Seramai 45 orang daripada responden
tersebut adalah ibu dan selebihnya (57 orang) adalah bapa.
Responden ibu bapa ini telah dikenalpasti melalui anak mereka
yang berumur di antara 10-11 tahun iaitu pelajar tahun empat dan
tahun lima Sekolah Kebangsaan J alan Pasar (2) Kuala Lumpur.

Aspek Kajian adalah dari segi
1 Status sisioekonomi
Status sosioekonomi yang telah diukur di dalam kajian ini ialah
taraf pendidikan, jumlah pendapatan bulanan keluarga dan saiz
keluarga. Taraf pendidikan adalah jumlah tahun pendidikan
responden. J umlah pendapatan keluarga dalam sebulan adalah
gabungan pendapatan suami, isteri dan pendapatan sampingan
yang diperolehi oleh keluarga sebulan. Bagi saiz keluarga pula
diukur berdasarkan jumlah bilangan anak dalam keluarga.

Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

96
2 Pencapaian akademik
Pencapaian akademik anak telah diukur berdasarkan jumlah
markah empat mata pelajaran terpilih iaitu Sains, Matematik,
Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris. Empat mata pelajaran yang
dipilih tersebut merupakan mata pelajaran wajib pada peringkat
sekolah rendah. Bagi setiap subjek, markah tertinggi yang boleh
dicapai oleh anak adalah 100 markah dan markah terendah adalah
0. J umlah markah yang tertinggi yang boleh dicapai oleh anak
adalah 400. Pencapaian akademik adalah tinggi sekiranya markah
yang diperolehi lebih tinggi daripada nilai titik tengah purata
markah keempat-empat subjek tersebut iaitu 200. Markah setiap
mata pelajaran telah diperolehi lebih tinggi daripada nilai titik
tengah purata markah keempat-empat subjek tersebut iaitu 200.
Markah setiap mata pelajaran telah diperolehi dari buku rekod
pelajar dalam peperiksaan penggal kedua sesi 1997.

Prosedur
Borang soal selidik telah diedarkan kepada ibubapa melalui anak
mereka iaitu pelajar tahun empat dan tahun lima. Maklumat
pencapaian akademik pelajar pula diperolehi daripada rekod
pelajar di sekolah. Responden diberi tempoh selama dua hari untuk
menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan sebelum borang
soal selidik tersebut dipungut semula.

Hasil Kajian
1 Status Sosioekonomi Keluarga
Faktor sosioekonomi keluarga yang telah dianalisis dalam kajian
ini adalah umur, tahap pendidikan, tahap pendapatan dan saiz
keluarga responden.

2 Umur
Purata umur keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini
adalah 41.4 tahun (SD =5.8), dengan julat daripada 27 tahun ke 59
tahun. Majoriti (73.5%) responden berumur antara 35 tahun hingga
45 tahun. Hanya sebilangan kecil responden yang berumur lebih
dari 55 tahun iaitu sebanyak 5.0% sahaja.
Kaunseling Untuk Mengubah Sikap Remaja

97
J ika dibandingkan dari segi umur responden ibu dan bapa,
didapati responden bapa mempunyai purata umur yang lebih tinggi
daripada responden ibu. Purata umur bapa ialah 43.3 (SD =6.5)
manakala responden ibu ialah 40.0 (SD =4.1). Umur responden
ibu menjulat dari 30 hingga 49 tahun, manakala responden bapa
pula ialah dari 27 hingga 59 tahun. Sebahagian besar (82.2%)
responden ibu berada dalam lingkungan umur di antara 35 hingga
45 tahun, begitu juga dengan responden bapa (66.6%).

3 Pendidikan
Sebahagian besar (53.9%) responden yang terlibat dalam kajian ini
memperolehi pendidikan sehingga peringkat Sekolah Menengah
Rendah. Sejumlah 12.7% daripada responden pula mencapai tahap
pendidikan sehingga peringkat maktab dan universiti. Tiada
seorang pun daripada responden yang tidak pernah bersekolah.
Secara purata, jumlah tahun pendidikan yang pernah diterima oleh
responden adalah 11.2 tahun (S.D =2.5), dan menjulat daripada 5
hingga 18 tahun.
Analisis maklumat menunjukkan hanya 2.2% dan 14.0%
bagi responden ibu dan bapa mendapat pendidikan sehingga
Sekolah Rendah. Lebih separuh (77.4%) daripada responden
mendapat pendidikan antara 7 hingga 13 tahun, sementara 15.7%
mendapat pendidikan lebih dari 13 tahun. Terdapat sedikit
perbezaan antara purata jumlah tahun pendidikan responden ibu
dan bapa iaitu masing-masing 11.3 tahun (S.D=2.2) dan 10.8 tahun
(S.D=2.8). J ulat bagi jumlah tahun persekolahan bagi responden
ibu ialah antara 6 tahun hingga 18 tahun manakala responden bapa
antara 5 tahun ke 18 tahun.
Dari segi taraf pendidikan, sebanyak 11.1% dan 14.0% bagi
responden ibu dan bapa yang menerima pendidikan sehingga ke
peringkat maktab atau universiti. Ini menunjukkan secara
keseluruhannya, terdapat sedikit perbezaan antara taraf pendidikan
responden ibu dan bapa.

4 Pendapatan keluarga
Pendapatan bulanan keluarga dalam kajian ini adalah gabungan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

98
jumlah pendapatan bulanan responden dan pasangan masing-
masing. Bagi pendapatan bulanan responden dan pasangan adalah
merujuk kepada jumlah pendapatan bulanan daripada pekerjaan
utama, pekerjaan sampingan dan lain-lain sumber.
Sebanyak 40.2 peratus responden mempunyai pendapatan
bulanan keluarga antara RM1000 hingga RM2000. Hanya 17.6
peratus sahaja yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga lebih
daripada RM3000. Purata pendapatan bulanan keluarga bagi
keseluruhan responden ialah RM2279.9 (S.D=RM2382.9) dan
menjulat antara RM500 hingga RM16000.
Maklumat responden itu menunjukkan sebanyak 15.6
peratus sahaja yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga
kurang dari RM1000 dengan purata RM2926.6 (SD=3081.6) dan
menjulat antara RM600 hingga RM16000. Purata pendapatan
bulanan keluarga bagi responden bapa ialah RM1769.3(S.D-
1475.7).
Didapati sebahagian kecil (12.3peratus responden bapa
mempunyai jumlah pendapatan keluarga lebih dari RM3000
dengan julat antara RM500 hingga RM10000.

5 Saiz keluarga
Saiz keluarga dalam kajian ini merujuk kepada bilangan anak di
dalam keluarga responden. Lebih separuh (56.9 peratus) daripada
keseluruhan responden mempunyai saiz keluarga antara 4 orang
hingga 6 orang dan hanya 10.8 peratus sahaja yang mempunyai
saiz keluarga lebih daripada 6 orang. Manakala saiz keluarga yang
kurang dari 4 orang sebanyak 32.3 peratus. Saiz keluarga yang
terendah ialah 2 orang dan yang tertinggi seramai 11 orang. Purata
bagi saiz keluarga keseluruhan respondan ialah 4.4 orang
(S.D=1.9)
Maklumat responden ibu menunjukkan sebanyak 28.9
peratus mempunyai saiz keluarga kurang daripada 4 orang dan
8.9peratus lebih dari 6 orang. Manakala bagi responden bapa pula
sebanyak 35.1 peratus mempunyai saiz keluarga kurang daripada 4
orang dan 12.3peratus lebih dari 6 orang. Secara keseluruhannya
Kaunseling Untuk Mengubah Sikap Remaja

99
saiz keluarga responden dalam kajian ini adalah sederhana.

6 Pencapaian Akademik Anak
Pencapaian akademik anak dinilai berdasarkan kepada jumlah
empat mata pelajaran yang diikuti oleh anak responden di sekolah
rendah iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Sains. J umlah markah tertinggi yang boleh dicapai bagi keempat-
empat mata pelajaran tersebut adalah 400. Secara keseluruhannya
didapati lebih daripada separuh (58.8%) anak responden yang
terlibat dalam kajian ini memperolehi markah antara 201 hingga
300. Sementara hanya 6.9 peratus daripada mereka yang
memperolehi markah antara kurang dari 100. Sebanyak 27.4
peratus anak responden memperolehi markah antara 100 hingga
200 dan 6.9 peratus memperolehi markah antara 301-400. Purata
markah yang diperolehi oleh anak responden secara keseluruhan
ialah 217.5 (S.D=59.7), dengan julat markah dari 77.0 hingga
329.0 markah
Daripada analisis data pencapaian akademik anak
responden ibu, di dapati sebanyak 51.1 peratus memperolehi
jumlah markah antara 201 hingga 300 dan 6.7 peratrus kurang
daripada 100. Purata markah yang diperolehi oleh anak responden
ibu ialah 216.0 (S.D-64.0) dengan julat markah antara 77.0 hingga
309 markah.
Bagi anak responden bapa, purata markah yang diperoleh
ialah 218.7 (S.D=56.7) dan menjulat dari 78.0 hingga 329.0
markah. Lebih daripada separuh (64.9%) daripada mereka
mendapat jumlah markah antara 201 hingga 300, sementara empat
orang anak responden (7.0 peratus) mendapat markah kurang
daripada 100.

Perkaitan Antara Status Sosioekonomi Keluarga dengan
Pencapaian Akademik Anak Responden
Hasil analisis Korelasi Pearson mendapati secara keseluruhannya
terdapat perkaitan positif dan signifikan (r=0.36, p0.01) antara
tahap pendidikan responden dengan pencapaian akademik anak.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

100
Perkaitan yang positif dan signifikan juga ditunjukkan oleh
responden ibu dan bapa dengan masing-masing r=0.41p0.01 dan
r=0.340.01. Hasil analisis ini menyokong kajian oleh Anuar
(1990), dan Dubow dan Luster (1990). Hasil kajian mereka
mendapati tahap pendidikan ibu dan bapa mempengaruhi secara
signifikan dengan pencapaian akademik anak.
Secara keseluruhannya perkaitan di antara pendapatan
responden dengan pencapaian akademik anak adalah secara positif
tetapi tidak signifikan (r-0.10, p>0.05). Dapatan kajian ini adalah
bercanggah dengan hasil kajian oleh Anuar (1990), Luster dan
McAdoo (1991), dan Muller (1995). Maklumat analisis (rujuk
J adual 3) menunjukkan pendapatan responden ibu (r=0.59, p>0.05)
dan bapa (r-0.22, p>0.05) tidak mempunyai perkaitan yang
signifikan dengan pencapaian akademik anak.
Hasil analisis responden secara keseluruhannya telah
menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan yang signifikan di
antara saiz keluarga responden dengan pencapaian akademik anak
(r=-0.12, p>0.05). Hasil kajian ini bercanggah dengan kajian oleh
Dubow dan Luster (1990), dan Luster dan McAdoo (1991) yang
mendapati saiz keluarga mempunyai pengaruh yang signifikan
terhadap pencapaian akademik anak.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Hasil kajian mendapati hanya jumlah tahun pendidikan yang
diterima oleh responden mempunyai perkaitan signifikan dengan
pencapaian akademik anak. Ini membuktikan bahawa semakin
tinggi tahap pendidikan yang diterima oleh ibu bapa, semakin
berjaya anak mereka dalam bidang akademik. Ibu bapa yang
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi melihat hubungan
dengan anak sebagai dua hala dan bersifat resiprokal ("reciprocal")
(Dekovic & Gerris, 1992). Oleh yang demikian ahli keluarga lebih
besikap terbuka dan dapat menyatakan perasaan secara langsung.
Keadaan ini membolehkan perbincangan secara terbuka dilakukan
di dalam keluarga. Hasil kajian Masselam et al. (1990) mendapati
keluarga yang mempunyai anak yang berjaya dalam bidang
Kaunseling Untuk Mengubah Sikap Remaja

101
akademik mempunyai komunikasi yang positif dan lebih terbuka.
Perbincangan membolehkan perancangan dalam setiap
kegiatan keluarga dapat dilaksanakan. Ia juga dapat membantu
individu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Ini
secara tak langsung membolehkan keluarga tersebut dapat
menjalankan fungsinya dengan berkesan. Persekitaran keluarga
yang harmoni dan mesra dapat meransangkan perkembangan
kognitif anak. Ia memberikan kesan yang positif kepada
pencapaian anak di sekolah. Oleh itu adalah wajar semua ibubapa,
pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga dan para remaja
meningkatkan tahap pendidikan yang diperolehi.
Ibu bapa yang berpendidikan tinggi mungkin juga
mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi mengenai
pentingnya pendidikan dalam menjamin masa depan anak.
Pendidikan yang tinggi lazimnya dapat meletakkan seseorang di
tahap sosial yang tinggi. Disamping itu mobiliti sosial juga adalah
lebih baik daripada mereka yang berpedidikan rendah. Anak
daripada keluarga yang berpendidikan tinggi mungkin juga lebih
banyak menerima rangsangan kognitif. Dengan demikian mereka
lebih maju dalam pendidikan.
Hasil kajian ini hanya memberi tumpuan kepada faktor
sosioekonomi dan pengaruhnya ke atas pencapaian akademik anak.
Pengkaji akan datang adalah disarankan untuk mengkaji pengaruh
faktor sosioekonomi ke atas persekitaran keluarga dan impaknya
terhadap kesejahteraan anak.
Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada saiz sampel
yang kecil sahaja. Oleh yang demikian pengkaji akan datang
disarankan untuk meningkatkan lagi saiz sampel kajian. Ini adalah
kerana apabila saiz sampel yang lebih besar digunakan, maka
statistik sampel lebih mirip dengan parameter populasi sebenar
(Syed Arabi, 1993)





Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

102
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Berns, Roberta M. 1985. Child, Family Community. New York:
Holt, Rinehart & Winston
Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
Kaunseling Untuk Mengubah Sikap Remaja

103
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


10
CORAK PENDIDIKAN IBU BAPA
Azizi Yahaya



PENGENALAN
Persoalannya bagaimana pula corak @ cara pendidikan ibu bapa di
sini terhadap anak-anak mereka? Begitu juga pola dan corak
perkembangan tingkahlaku anak-anak kita di Malaysia pada amnya
dan di Felda in khususnya?
Dalam satu kajian di Felda yang melibatkan seramai 87
(40.7) responden terdiri daripada pelajar lelaki dan 127 orang
(59.3) adalah pelajar perempuan didapati bahawa seramai 12 orang
responden atau 5.6 peratus dan 10 orang responden atau 4.7
peratus mempunyai ibu dan bapa yang berpendidikan sekolah
rendah. 54 orang responden atau 25.2 peratus dan 57 orang
responden atau 26.6 peratus responden mempunyai ibu dan bapa
yang berpendidikan sehingga ke peringkat LCE/SRP. Seramai 21
orang responden atau 9.8 peratus dan 24 orang responden atau
11.2 peratus responden mempunyai ibu dan bapa yang
perpendidikan sehingga ke peringkat MCE/SPM/SPVM. 4 orang
responden atau 1.9 peratus dan 3 orang responden atau 1.4
pereatus mempunyai ibu dan bapa yang berpendidikan sehingga ke
peringkat HSC/STPM. 4 orang responden atau 1.9 peratus
mempunyai bapa yang berpendidikan sampai keperingkat Institusi
Kemahiran. Sementara seorang responden atau 0.5 peratus
mempunyai ibu yang berpendidikan hingga ke Sekolah Agama
(Darjah Khas).
Analisis dapatan menunjukkan bahawa jumlah ibu bapa
yang berpendidikan Sekolah Rendah merupakan golongan
majoriti.. Ini diikuti oleh ibu bapa yang mendapat Pendidikan
Corak Pendidikan Ibu Bapa

105
sehingga ke peringkat MCE/SPM/SPVM. J umlah ibu bapa yang
tidak bersekolah juga banyak dibandingkan dengan golongan ibu
bapa yang mendapat pendidikan sehingga ke peringkat
HSC/STPM atau Institusi Kemahiran.
Analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan ibu bapa
responden pendapatan antara RM 500 hingga RM 999 diikuti
dengan yang berpendapatan di bawah RM 499. Tidak terdapat
perbezaan yang ketara bagi tingkat pendapatan yang lain. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan responden merupakan
anak kelima. Ramai juga responden yang merupakan anak
pertama, kedua, ketiga, keempat dan keenam. Tidak ramai
daripada responden yang menajdi anak ketujuh hingga anak
keempatbelas. Susunan kelahiran seseorang individu dalam
keluarganya adalah juga mempengaruhi perkembangan personaliti
dan pembentukan konsep kendirinya.
Hasil dapatan tentang dimensi personality pelajar telah
dianalisis dengan menggunakan pendekatan iaitu melihat dimensi
personality Ekstroversi, Neurotisme dan penipuan sama ada
tergolong pada kategori rendah, sederhana atau tinggi. Hasil
dapatan menunjukkan peratus adalah berada pada dimensi
Introvert sementara 165 orang responden atau dimensi Ekstrovert.
Taburan dimensi personality Neurotisme pula responden
yang berada pada tahap rendah di dalam dimensi Neurotisme
adalah mempunyai kestabilan Emosi manakala responden apada
tahap tinggi di dalam dimensi Neurotisme adalah Neuritik ataupun
mempunyai ketitidakstabilan emosi. Hasil dapatan menunjukkan
120 orang responden atau 43.9 peratus adalah Neurotik. Hasil
analisis menggambarkan lebih dari separuh responden adalah stabil
emosinya.

Dimensi Personaliti
Dimensi personaliti pelajar dianalisis dengan melihat dimensi
personaliti Ekstroversi, Neurotisme dan Penipuan sama ada
tergolong pada kategori rendah, sederhana atau tinggi.


Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

106
Dimensi Personaliti Ekstroversi
Apabila responden berada pada tahap rendah di dalam dimensi
Ekstroversi, maka responden adalah Introvert. Responden yang
berada pada tahap tinggi dalam dimensi Ekstroversi adalah
Ekstrovert. Kebanyakan responden memepunyai dimensi
personaliti Ekstrovert manakala hanya sebilangan kecil berdimensi
personaliti Introvert.

Dimensi Personaliti Neurotisme
Mereka yang berada pada tahap rendah dalam dimensi Neurotisme
mempunyai Kestabilan Emosi, manakala mereka yang berada pada
tahap tinggi dalam Neurotisme adalah Neurotik atau pun
mempunyai ketidakstabilan emosi. Kebanyakan responden adalah
stabil emosinya.

Penipuan
Analisis ini berguna untuk menguji seseorang pada tahap mana
penipuannya. Didapati bahawa tiada seorang pun responden yang
berada pada tahap tinggi penipuan.

Konsep Kendiri
Konsep kendiri dilihat sama ada positif atau negatif. Apabila
responden berada pada kategori rendah, maka konsep kendirinya
adalah negatif dan sebaliknya apabila responden berada pada
kategori tinggi, maka konsep kendirinya adalah positif. Analisa ini
dibuat secara keseluruhan tanpa dianalisis secara terperinci setiap
aspek-aspek konsep kendiri.

Keseluruhan Konsep Kendiri
Hampir keseluruhan responden iaitu 180 orang atau 84.1 peratus
mempunyai konsep kendiri sederhana dan responden yang
mempunyai tahap konsep kendiri tinggi adalah seramai 34 orang.
Oleh itu didapati bahawa individu yang mempunyai tahap konsep
kendiri yang sederhana lebih banyak jumlahnya jika dibandingkan
dengan individu pada tahap konsep kendiri yang tinggi ataupun
rendah. Hal ini menggambarkan bahawa majoriti responden
Corak Pendidikan Ibu Bapa

107
mempunyai tanggapan penilaian yang sederhana terhadap dirinya
sendiri. Secara amnya, pelajar yang mempunyai konsep kendiri
positif adalah mempunyai penilaian yang tinggi dan baik terhadap
dirinya. Mereka juga biasanya mempunyai penghargaan kendiri
yang tinggi dan tidak ada yang memandang dirinya secara negatif.
Oleh itu, mereka bertingkahlaku baik kerana mereka selesa dengan
diri mereka sendiri

Aspek Pengaruh Keluarga
Aspek pengaruh keluarga boleh dilihat sama ada tergolong dalam
kategori rendah, sederhana atau tinggi. J ika tinggi maka
tanggapannya terhadap pengaruh keluarganya sangat positif dan
sebaliknya apabila responden berada pada kategori rendah, maka
tanggapannya terhadap aspek-aspek keluarganya adalah negatif.
67.8 peratus responden berada dalam kategori pengaruh
keluarga sederhana manakala 32.2 peratus berada dalam kategori
pengaruh keluarga tinggi. Oleh itu semua responden mempunyai
tanggapan yang sederhana dan tinggi terhadap aspek pengaruh
keluarga masing-masing. Pengaruh keluarga kesemua responden
adalah kuat. Tidak terdapat seorang pun responden yang berada
dalam kategori pengaruh keluarga rendah. Hal ini menggambarkan
majoriti remaja mempunyai tanggapan dan penilaian yang
sederhana dan tinggi terhadap keseluruhan aspek pengaruh
kerluarga masing-maisng iaitu mereka mengiktiraf pengaruh
keluarga masing-masing.

Aspek kesepaduan Keluarga
Aspek kesepaduan keluarga responden adalah sederhana dan
tinggi. 48.6 peratus termasuk dalam kategori sederhana, sementara
49.1 peratus berada dalam kategori tinggi. Hanya 2.3 peratus
berada dalam kategori rendah. Majoriti responden mempunyai
tanggapan yang positif terhadap aspek kesepaduan keluarga.
Mereka menganggap ahli keluarga mereka adalah mempunyai
perhubungan yang erat dengan satu sama lain. Ahli keluarga ini
melakukan banyak aktiviti bersama.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

108

Aspek Keagamaan dan Moral
Kebanyakan responden iaitu 68.6 peratus mempunyai tanggapan
tinggi terhadap aspek keagamaan dan moral dan selebihnya, 31.3
peratus termasuk dalam kategori sederhana. Aspek keagamaan dan
moral individu adalah sangat kuat dan positif untuk menghadapi
cabaran dan dugaan.

Aspek Kebebasan
Hanya 0.9 peratus responden berada dalam kategori rendah atau
90.7 peratus beerada dalam kategori sederhana dan 8.4 peratus
berada dalam kategori tinggi. Ini bermakna mereka yang
mempunyai tanggapan yang tinggi adalah lebih berbanding dengan
tahap rendah.

Hipotesis Kajian - Hubungan Dimensi Personaliti Ekstroversi-
Neurotisme dengan Konsep Kendiri
Terdapat hubungan yang signifikan pada aras signifikan 0.01
antara dimensi personaliti Ekstroversi dengan konsep kendiri.
Manakala hubungan dimensi personaliti Neurotisme dengan
konsep kendiri adalah songsang dan lemah atau rendah tetapi
signifikan. Hubungan yang songsang bermakna bahawa jika skor
dimensi personaltiti Neurotisme adalah tinggi, maka tahap konsep
kendiri adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Ini jelas
menunjukkan bahawa dimensi personaliti Ekstroversi-Neurotisme
memang berkaitan dengan konsep kendiri remaja atau pelajar
Hubungan Antara Dimensi Personaliti Ekstroversi-Neurotisme
Dengan Pengaruh Keluarga.
Terdapat hubungan positif yang signifikan antara dimensi
personaliti Ekstroversi dengan pengaruh keluarga. Manakala
hubungan dimensi personaliti Neurotisme dengan pengaruh
keluarga adalah negatif yang rendah dan lemah.



Corak Pendidikan Ibu Bapa

109
Hubungan antara Konsep kendiri dengan Pengaruh Keluarga
Terdapat hubungan yang signifikan dan positif serta sederhana
kuat.

Hubungan Antara Dimensi Personaliti Ekstroversi-Neurotisme
dengan Aspek Kesepaduan Keluarga
Hubungan dimensi personaliti dengan aspek kesepaduan keluarga
adalah signifikan yang songsang dan lemah. Ini membuktikan
bahawa dimensi personaliti Ekstroversi-Neurotisme memang
berkaitan dengan aspek kesepaduan keluarga remaja atau pelajar.

Hubungan antara Kosep Kendiri Dengan Aspek Kesepaduan
Keluarga
Terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan
aspek kesepaduan keluarga remaja atau pelajar.

Hubungan Dimensi Personaliti Ekstroversi-Neurotisme
dengan Aspek Keagamaan dan Moral
Hubungan dimensi personaliti Ekstroversi dengan aspek
keagamaan dan moral adalah positif tetapi sangat lemah(r=0.112)
dan tidak signifikan(p=0.102) pada paras signifikan =0.01.
Sebaliknya hubungan dimensi personaliti Neurotisme dengan
aspek keagamaan dan moral adalah bersifat songsang yang sangat
lemah(r=-0.123) serta tidak signifikan(p=0.072) pada aras =0.01.
Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara dimensi personaliti dengan aspek keagamaan dan moral.

Hubungan kosep kendiri dengan Aspek Keagamaan dan
Moral
Terdapat hubungan yang positif yang sederhana kuat (r=0.0405)
serta signifikan antara konsep kendiri dengan aspek keagamaan
dan moral(p=0.000) pada aras =0.01.

Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

110
Hubungan Dimensi Personaliti Ekstroversi-Neurotisme
dengan Aspek Kebebasan
Terdapat hubungan yang positif tetapi yang sangat lemah antara
dimensi personaliti Eksroversi dengan kebebasan (r=0.086).
Hubungan ini tidak signifikan (p=0.211) pada aras =0.01. Selari
dengan ini juga, terdapat hubungan positif yang sangat
lemah(r=0.076) antara dimensi personaliti Neurotisme dengan
kebebasan. Hubungan ini tidak signifikan(p=0.211) pada aras
=0.01. J usteru, dirumuskan bahawa tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara dimensi personaliti dengan kebebasan.

Hubungan Konsep Kendiri dengan Aspek Kebebasan
Terdapat hubungan yang positif yang sangat lemah (r=0.053) dan
oleh itu tidak signifikan (p=0.439) pada aras =0.01.

KESIMPULAN
Dari aspek demografi, didapati majoriti pelajar di Tanah
Perancagan FELDA adalah terdiri daripada perempuan.
Kebanyakan ibu dan bapa pelajar berpendidikan sehingga sekolah
rendah dan sebilangan kecil iaitu kira-kira 3.3 peratus ibu dan bapa
yang mempunyai sijil STPM atau sijil Kemahiran. Hal ini
menunjukkan harapan ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak
mereka dalam pendidikan. Pendidikanlah sahaja yang diharapkan
akan dapat mengubah nasib kehidupan mereka.
Dengan pendapatan keluarga yang rendah iaitu di bawah
RM 999, untuk menampung ahli keluarga yang sederhana besar
bilangannya iaitu antara tujuh dan sepuluh orang, maka sudah
tentulah ibu bapa seharusnya terpaksa bekerja keras untuk
menampung perbelanjaan keluarga.
Taburan kedudukan pelajar dalam susunan adik beradik
akan mempengaruhi pembentukan dimensi personaliti dan konsep
kendiri pelajar berkenaan. Majoriti pelajar di Tanah Perancangan
FELDA adalah tergolong dalam dimensi personaliti Ekstrovert dan
stabil emosinya. Eysenck(1947), menyatakan bahawa pelajar-
pelajar yang tergolong dalam golongan ini mempunyai daya
Corak Pendidikan Ibu Bapa

111
kepimpinan yang tinggi, bersemangat, responsif, suka bercakap,
bersosial, bebas dan selesa.
Oleh sebab majoriti pelajar di kawasan Rancangan Felda
mempunyai konsep kendiri yang sederhana atau rendah dan sedikit
sahaja yang negatif, maka mereka diandaikan mempunyai
tanggapan yang selesa tentang diri mereka.
Dari aspek pengaruh keluarga, ahli keluarga pelajar
didapati memandang berat tentang peranan mereka serta
melibatkan diri dalam aktiviti dan kehidupan anak-anak mereka.
Dengan ini konsep kendiri dan dimensi personaliti anak mereka
dapat dibentuk. Secara lebih spesifiknya, aspek kesepaduan
keluarga adalah tinggi.
Ibu bapa pelajar memandang tinggi terhadap aspek
keagamaan dan moral keluarga pelajar serta memainkan peranan
mereka dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak
mereka. Pendidikan agama jelas tidak diabaikan.
Dari aspek kebebasan, ibu bapa didapati berpendirian
sederhana dengan tidak terlalu mengongkong kehidupan anak
mereka. Kebebasan anak-anak juga terbatas dan terkawal.
Dimensi personaliti Ekstroversi-Neurotisme mempunyai
hubungan yang signifikan dengan konsep kendiri secara
keseluruhan pada aras =0.01. Pelajar-pelajar yang mempunyai
ciri-ciri Ekstrovert lebih suka bersosial, aktif dan optimistik dan
mempunyai konsep kendiri yang lebih tinggi daripada pelajar
Introvert. Sebaliknya, individu dengan tahap Neurotisme yang
rendah mempunyai kestabilan emosi dan tahap konsep kendiri
yang tinggi. Pelajar yang stabil emosinya boleh diharapkan,
mempunyai daya kepimpinan dan lebih berhati-hati serta terkawal.
Mereka dapat membuat keputusan dengan bijak, tepat dan juga
kurang sensitif. J usteru, mereka lebih optimis dan seterusnya
mempunyai konsep kendiri yang tinggi.(Hjelle dan Ziegler, 1992)
Dari sudut perhubungan Ekstroversi-Neurotisme dengan
pengaruh keluarga pula, adalah didapati bahawa terdapat
hubungan yang signifikan tetapi lemah iaitu r =0.260 dan 0.213
pada aras =0.01. Individu ekstrovert dan yang stabil emosinya
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

112
mempunyai tahap pengaruh keluarga yang tinggi. Keluarga yang
mesra iaitu ibu bapa yang mesra dan mencurahkan kasih sayang
akan membentuk diri anak mereka dengan ciri dimensi personaliti
ekstrovert dan begitulah sebaliknya. Siegelman(1965) dan
Slater91962( dalam Hurlock, 1974) mendapati penglibatan ibu
bapa dan keluarga menghasilkan anak dengan dimensi personaliti
ekstrovert.
Di FELDA, didapati bahawa dimensi personaliti
Ekstroversi-Neurotisme tidak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan aspek keagamaan dan moral serta kebebasan
pada aras =0.01. Ini menunjukkan bahawa aspek keagamaan dan
moral serta kebebasan adalah nilai-nilai instrinsik yang telah
tersemat dalam diri seseorang individu sehinggakan keluarga tidak
lagi memainkan peranan yang besar.
Dari aspek perhubungan konsep kendiri dengan pengaruh
keluarga pelajar, didapati ibu bapa dan keluarga didapati
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang individu.
Secara lebih spesifik didapati bahawa konsep kendiri juga
mempunyai hubungan yang signifikan dengan aspek kesepaduan
keluarga serta keagamaan dan moral pada aras =0.01. Hubungan
antara konsep kendiri dengan aspek kesepaduan keluarga adalah
kuat dan hubungan antara konsep kendiri dengan aspek keagamaan
dan moral adalah sederhana kuat. Walaubagaimanapun, konsep
kendiri tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan aspek
kebebasan.
Keluarga adalah penting sebagai institusi utama dalam
usaha menginternalisasikan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai
ini yang diinternalisasikan akan menjadi sebahagian daripada diri
individu itu dan individu akan mempertahankannya kerana ia telah
sebati dengan dirinya. Ikatan antara anak remaja dan ibu bapa akan
menghalang remaja tersebut daripada terjebak dalam tingkahlaku
devian kerana tingkahlaku devian ini akan menggugat hubungan
mereka dengan ahli keluarga mereka.(Hirschi,1969)
Menurut Mciver(1967), kasih sayang ibu bapa
menghasilkan ikatan emosi antara anaak dengan ibu bapa tersebut.
Corak Pendidikan Ibu Bapa

113
Menurut Bowlby(1952) pula, ibu bapa akan menyediakan satu asas
jaminan yang teguh dari segi emosi dan fizikal bagi anak-anak
mereka. Ini memberikan anak-anak mereka kebebasan untuk
meneroka ke alam lain dan kembali semula ke keluarga jika
mereka menghadapi keadaan atau situasi yang sukar. Asas jaminan
ini wujud jika ibu bapa bersifat penyayang, prihatin dan responsif
serta sedia membantu dan menyediakan satu sokongan yang teguh
sehingga terbentuk ikatan emosi anak terhadap ibu bapa. Ikatan
emosi ini menyediakan satu asas terjamin yangmemberi peluang
kepada anak-anak mencari identiti dan otonomi sendiri(violato &
Russel, 1994)
Dalam hal ini, ibu bapa dan ahli keluarga iaitu orang-orang
signifikan haruslah dapat menghantar mesej positif yang membuat
anak merasa dirinya diterima, dihargai, disayangi dan seterusnya
membentuk konsep kendiri yang positif. Ibu bapa haruslah dapat
menerima anak mereka tanpa apa-apa syarat

Cadangan Untuk Memperbaiki Institusi Keluarga
1. Ibu bapa harus menyedari kepentingan dan pengaruh
keluarga terhadap aspek kesepaduan keluarga, keagamaan
dan moral serta kebebasan kepada pembentukan dimensi
personaliti dan konsp kendiri seorang anak.
2. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dapat
berfungsi dengan lebih akif dan produktif. PIBG haruslah
bekerjasama dan menjalin hubungan erat dengan sekolah
agar personaliti ibu bapa dapat dibentuk dan seterusnya
menyumbang kepada pembentukan keperibadian anak
mereka secara tak langsung.
3. Pihak sekolah haruslah mengenalpasti aspek latar belakang
keluarga pelajar, dimensi personaliti serta konsep kendiri
pelajar sendiri selain melihat pencapaian akademik sahaja
dengan mentadbirkan ujian J EPI dan juga ujian konsep
kendiri.
4. Para pelajar haruslah melibatkan diri dengan aktiviti
kokurikulum. Pelajar juga haruslah diberi bimbingan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

114
motivasi dan ceramah.
5. Guru-guru dan ibu bapa haruslah sentiasa membina
hubungan yang baik agar segala masalah dan maklumat
dapat disalurkan.
6. Guru sebagai orang signifikan dan rapat dengan pelajar
mestilah mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Sahsiah
bakal guru haruslah ditapis dengan teliti.

KESIMPULAN KESELURUHAN
Sesungguhnya golongan remaja adalah golongan yang memiliki
aset amat berharga untuk negara dan masyarakat amnya dan untuk
agama secara khususnya. Masa depan negara adalah terletak pada
corak remaja pada masa kini. Maka kerana itu, amat perlu untuk
mewujudkan remaja yang mempunyai nilai keunggulan dalam
segenap aspek kehidupan.
Meskipun remaja menuntut kebebasan dan pengiktirafan
hakiki daripada ibu bapa dan masyarakat, namun mereka masih
tetap memerlukan bimbingan khususnya daripada ibu bapa.
Sememangnya ibu bapa bertanggungjawab utama menjadi agen
membentuk segala perlakuan anak remaja mereka. Terbentuknya
sikap, sahsiah dan akhlak anak-anak remaja sebenarnya adalah
diacu oleh didikan ibu bapa. Di sini wujudnya perkaitan rapat
antara pembentukan akhlak dan moral yang merupakan suatu
proses dalam kehidupan. Persoalan akhlak ada kaitan yang amat
sinonim dengan perkembangan agama dan kepercayaan seseorang
manusia. Iman dan pegangan yang luhur menghasilkan akhlak
yang mulia dalam kehidupan di muka bumi ini.
Secara generalisasinya, remaja adalah aset utama dalam
entitimasyarakat. Agama Islam khususnya memandang usia
remaja adalah usia yang amat berharga. Rasulullah SAW
menyuruh umatnya supaya tidak mensia-siakan zaman remaja.
Semoga kita berupaya melaksanakan usaha yang berterusan ke
arah pembentukan identiti remaja yang bermakna dan berguna
demi kelangsungan generasi yang beriman, bertaqwa dan
bermatlamat dalam hidup ini, seterusnya mencapai kesinambungan
Corak Pendidikan Ibu Bapa

115
masyarakat yang bersahsiah dan berilmu tinggi.


RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Berns, Roberta M. 1985. Child, Family Community. New York:
Holt, Rinehart & Winston
Bettelheim, B. (1988) A good enough parent: The guide to bring
up your child. Worcester: Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. (1997) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York: HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994) Child development. Iowa: Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

116
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.



Hubungan Remaja Dengan Keluarga

117
11
HUBUNGAN REMAJA DENGAN
KELUARGA
Shahrin Hashim



PENGENALAN
Dunia remaja adalah suatu dunia yang penuh misteri! Diri remaja
boleh berubah dalam sekelip mata. Di dalam senyum dan gembira,
remaja boleh bertukar menjadi muram dan berduka. Di dalam
keramahan dan ceria, remaja boleh bertukar menjadi memberontak
dan menolak. Semua ini bertitik tolak daripada perubahan-
perubahan yang pesat berlaku di dalam diri remaja itu sendiri.
Menurut Rogers (1981), perkataan Inggeris remaja atau
adolescence berasal dari perkataan Latin adolescere bermaksud
membesar atau membesar menjadi matang. Remaja membesar dan
beralih dari zaman kanak-kanak dan menjadi dewasa dan matang
menerusi beberapa perubahan-perubahan yang boleh dilihat dari
pelbagai aspek berikut :

Aspek Bila remaja bermula? Bila remaja berakhir?
Biologi Baligh Sistem pembiakan matang
Emosi Mula berpisah daripada
ibubapa
Perolehan identiti diri
Antara
peribadi
Mula berminat dengan
hubungan rakan sebaya
Berupaya membentuk
perapatan dengan rakan sebaya
Sosial Mula berajar peranan kerja,
keluarga dan warga
Memperoleh status dan
keutamaan orang dewasa
Pendidikan Memasuki sekolah
menengah
Tamat persekolahan
Undang-
undang
Status remaja Status orang dewasa
Kronologi Lebih kurang 13 tahun Lebih kurang 20 tahun
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

118
Bukan sahaja apa yang dilihat oleh orang dewasa sebagai
remaja suatu misteri, para remaja itu sendiri sebenarnya tertanya-
tanya dan terkadang kabur dengan perubahan, peranan dan
kepelbagaian persoalan yang mereka hadapi selangkah mereka
memasuki alam remaja ini.
J usteru, tugasan ini akan mengupas dengan lebih lanjut
siapakah sebenarnya remaja, apakah konsep kendiri dan kaitannya
dengan pembentukan konsep kendiri remaja, serta bagaimana
keluarga memainkan peranan penting kepada remaja di dalam
membentuk kendiri mereka, seterusnya boleh berfungsi dengan
sempurna apabila menjadi dewasa kelak.

Definisi Remaja
Tahap remaja menunjukan berakhirnya sifat kanak-kanak dari segi
emosi, biologi mahupun psikologi dan bermulanya era baru
pradewasa. Terdapat pelbagai pemahaman yang menghuraikan isu-
isu berkaitan dengan remaja yang boleh dianalisa bagi tujuan
memahami individu remaja dengan lebih komprehensif.
Remaja sebagai suatu tahap di mana seseorang itu dilanda
ribut dan tekanan ( a time of storm and stress) akibat
berlakunya gelora perubahan biologi dan psikologi. Beliau
menjelaskan bahawa apabila remaja mengalami kekecewaan
sebagai contohnya, mereka akan menunjukkan emosi yang tidak
stabil dan tidak dapat melakukan penyesuaian emosi.
Remaja menggambarkan sebagai suatu proses kematangan
atau proses mencapai atau memperoleh sikap dan kepercayaan
yang diperlukan untuk penglibatan yang berkesan di dalam
masyarakat. Pendapat Rogers ini lebih kepada persediaan
seseorang individu remaja di dalam melangkau ke alam
kedewasaan dan menempuh dunia masyarakat dan alam
sekelilingnya.
Robert Havighurst (1972) pula dalam mentakrifkan istilah
remaja beliau memperkenalkan teori tugas perkembangan
(development task theory) bagi menggambarkan zaman remaja di
mana ia adalah waktu apabila individu menjalani beberapa tugas
perkembangan. Tugas perkembangan ini meliputi ketrampilan atau
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

119
kebolehan individu, pengetahuan, fungsi dan sikap yang individu
dapat atau bentuk dalam tahap tertentu dalam hidup mereka
menerusi kematangan fizikal, harapan sosial dan usaha sendiri.
Selain itu, menurut Robert S. Feldman (1996), remaja
adalah suatu peringkat perkembangan antara kanak-kanak dan
dewasa di mana ia melibatkan perubahan-perubahan fizikal,
kognitif dan sosial. Beliau menyifatkan peringkat remaja sebagai
suatu zaman yang kritikal di mana bukan sahaja perubahan biologi
yang ketara, malah remaja akan melalui perubahan emosi, sosial,
pemikiran dan kesungguhan untuk mula berdikari seiring dengan
perubahan ke arah kedewasaan.
Neil R. Carlson & William Buskist (1997) pula
mentakrifkan remaja dari kata dasar latin, adolescere bermaksud
membesar. Remaja dilihat sebagai suatu peringkat pemindahan
dari alam kanak-kanak ke alam dewasa, melibatkan perubahan-
perubahan sosial dan biologi dalam diri mereka. Antara perubahan
sosial yang dimaksudkan melibatkan pembentukan identiti dan
konsep kendiri remaja, manakala perubahan biologi menunjukkan
kematangan sistem pembiakan, perubahan fizikal seperti
ketinggian kekal dan pembentukan otot atau bentuk badan yang
dewasa.
Menurut Azizi Hj Yahaya & Rakan (2005), terdapat juga
para psikologi yang mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh
perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena
sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Beliau
turut menjelaskan bahawa proses transisi remaja bermula dengan
akil baligh hingga memasuki alam dewasa.
Secara kesimpulannya, istilah remaja boleh dirangkumkan
sebagai suatu proses peralihan dari alam kanak-kanak melibatkan
pelbagai perubahan-perubahan ketara termasuk biologi, fizikal,
emosi dan sosial sebagai persediaan bagi memasuki alam dewasa.
Usia remaja yang bermula seawal 12 tahun apabila individu mula
akil baligh dan berakhir pada usia 21 tahun adalah suatu tempoh
yang amat menarik untuk didalami khususnya bagi melihat
bagaimana individu membesar dan membentuk identiti dan konsep
kendiri yang unik dan tersendiri di dalam menyediakan diri
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

120
menghadapi alam dewasa yang lebih mencabar dan kompleks.

Konsep Kendiri
Konsep kendiri boleh diistilahkan sebagai kekaguman diri (self
impressions) di mana seseorang mula menilai dan menghargai atau
mengkagumi nilai-nilai yang wujud di dalam dirinya. Konsep
kendiri akan mengalami konflik apabila seseorang terpaksa
berkompromi dengan pengalaman sebenar yang mereka alami.
J usteru, beliau mencadangkan agar selain membuat persepsi
peribadi, individu perlu juga belajar menerima dan menghormati
pendapat orang lain mengenai dirinya.
Konsep kendiri adalah suatu konsep yang kompleks. Mc
Candless (1970) merangkumkan tiga komponen utama di dalam
konsep kendiri yang mana ia melibatkan struktur, fungsi dan
kualiti. Manakala sistem kendiri pula turut mempunyai tiga
komponen iaitu pengetahuan kendiri (self knowledge), penilaian
kendiri (self evaluation) dan pengaturan kendiri (self regulation).
Azizi Hj Yahaya dan Rakan (2005) mengistilahkan konsep
kendiri sebagai penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri atau
bagaimana ia menanggapi dirinya sendiri, iaitu sama ada positif
atau negatif. Ianya juga berkait rapat dengan perasaan terhadap
pengalaman yang dilalui dan perkara yang akan dilalui dalam diri
seseorang.
Terdapat beberapa teori kendiri yang telah dikupas oleh
pakar-pakar psikologi lain. Robert Selman (1980) misalnya
mengutarakan pendekatan kognitif-perkembangan di mana ia
banyak menghuraikan perkembangan pengetahuan kendiri. Di
dalam kajiannya, Selman telah memperkenalkan lima tahap
perkembangan diri manusia iaitu tahap 0 (bayi) dimana bayi
memahami kewujudan fizikal tetapi tidak memahami kewujudan
psikologi. Tahap 1 (awal kanak-kanak) ialah apabila kanak-kanak
mula boleh mengasingkan kognisi dari tingkahlaku dan percaya
bahwa perasaan dan fikiran boleh digambarkan melalui
tingkahlaku. Tahap 2 (kanak-kanak pertengahan) ialah apabila
kanak-kanak memahami tingkahlaku mungkin berbeza dengan
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

121
perasaan dan motif. Tahap 3 (pra remaja) iaitu apabila kanak-
kanak mula menyedari bahawa kendiri adalah suatu personaliti
yang stabil. Dan tahap 4 (remaja) ialah apabila remaja memahami
bahawa kendiri tidaklah dapat difahami secara total kerana
kadang-kadang sesetengah aspek personaliti berada di paras tidak
sedar
Selain teori ini, Albert Bandura (1977) pula menekankan
konsep efektif-kendiri sebagai kebolehan kendiri sepertimana yang
dinilai oleh diri orang itu sendiri untuk sama ada berjaya atau
gagal dalam melaksanakan sesuatu perkara. Terdapat dua jenis
mekanisma dalam menggalakkan perkembangan penilaian efektif
kendiri. Pertama melalui teknik modeling di mana kanak-kanak
memerhati model tertentu sama ada model tersebut akan berjaya
atau tidak. Kedua melalui reaksi dalaman badannya seperti reaksi
emosi yang menghasilkan rasa tertekan, sakit perut, berpeluh
sebagai tanda ketakutan akan gagal.
Teori-teori tentang konsep kendiri yang bermula dari
zaman bayi ini sebenarnya menjadi lebih komprehensif dan
kompleks namun akan berkekalan sehingga dewasa apabila kanak-
kanak memasuki alam remaja dan mengharung pembentukan
kendiri mereka sama ada dengan jayanya atau sebaliknya.
Pengetahuan dan persediaan yang mencukupi tentunya membantu
remaja agar lebih bersedia dan bersikap positif apabila berhadapan
dengan konflik-konflik yang menanti mereka.

Konsep Kendiri Remaja
Walaupun perkembangan konsep kendiri berlaku sedari awal
kehidupan manusia, namun kajian-kajian psikologi turut berminat
mendalami era remaja kerana zaman remaja ialah melibatkan
penyusuan semula identiti diri yang amat besar, di samping
perubahan-perubahan biologi, kognitif dan sosial yang pesat
berlaku. Misalnya dari sudut biologi, dengan tibanya baligh, wujud
perubahan dramatik dari segi penampilan fizikal sehingga persepsi
diri remaja turut berubah lalu mempengaruhi hubungannya dengan
orang lain. Remaja misalnya mula menukar cara menyikat rambut,
cuba menguruskan badan, tidak mahu memakai cermin mata dan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

122
pelbagai lagi.
Walaupun perkembangan konsep kendiri berlaku sedari
awal kehidupan manusia, namun kajian-kajian psikologi turut
berminat mendalami era remaja kerana zaman remaja ialah
melibatkan penyusuan semula identiti diri yang amat besar, di
samping perubahan-perubahan biologi, kognitif dan sosial yang
pesat berlaku. Misalnya dari sudut biologi, dengan tibanya baligh,
wujud perubahan dramatik dari segi penampilan fizikal sehingga
persepsi diri remaja turut berubah lalu mempengaruhi
hubungannya dengan orang lain. Remaja misalnya mula menukar
cara menyikat rambut, cuba menguruskan badan, tidak mahu
memakai cermin mata dan pelbagai lagi.
Terdapat tiga pendekatan yang digunakan oleh para
psikologi untuk memahami perubahan-perubahan identiti remaja.
Pertama, penekanan kepada soal konsep kendiri yang bermaksud
cara remaja itu berfikir tentang diri. Perubahan ini melibatkan
perubahan kognitif. Kedua, penekanan kepada soal harga diri atau
imej kendiri iaitu apa yang remaja rasa tentang diri, sama ada
positif atau negatif. Perubahan ini melibatkan soal perasaan dan
emosi. Ketiga, penekanan dari soal perubahan-perubahan identiti
iaitu perubahan dalam persoalan siapa saya, dari mana saya datang
dan ke mana saya akan pergi.


Hubungan Remaja Dengan Keluarga

123
Dalam memahami perubahan-perubahan ini, teori-teori remaja
amat membantu pemahaman tentang konsep kendiri remaja.
Terdapat pelbagai teori remaja yang dikeutarakan oleh para
psikologi. Antaranya, Margerat Mead (1968) yang menekankan
zaman remaja sebagai satu transisi dari zaman kanak-kanak ke
zaman dewasa yang perlahan dan tenang. Remaja boleh
mengelakkan konflik dengan melihat bagaimana bayi dilahirkan,
menganggap kematian sebagai suatu semulajadi, melakukan kerja-
kerja penting, bertingkahlaku asertif dan tahu apa yang
dijangkakan oleh orang dewasa.
Selain dari teori tersebut, teori organismik pula
menekankan perubahan biologi yang berlaku semasa remaja selain
faktor persekitaran yang sama-sama berperanan. Antara tokoh-
tokoh teori ini termasuklah Freud, Erikson dan Piaget.
Di dalam melihat perubahan-perubahan biologi, Freud
mengkategorikan remaja berada di dalam tahap kelima teori
psikoseksualnya iaitu pada tahap genital. Pada tahap ini, remaja
mula baligh dan memperkembang perapatan-perapatan
heteroseksual. Superego bermula dalam diri seseorang remaja dan
menjadi lebih fleksibel.
Menurut Teori Perkembangan Psikososial Erikson, zaman
remaja berada pada tahap kelima di mana ia dikenali sebagai
peringkat pembentukan identiti lawan kecelaruan peranan. Pada
peringkat ini, remaja menghadapi krisis utama iaitu mencari
identiti diri. Perasaan berbelah bahagi, berubah-ubah serta kurang
pasti akan keadaan diri merupakan perkara biasa yang dialami oleh
mereka. Krisis yang dialami dan tidak dapat diatasi akan
melahirkan individu yang mengalami perasaan kecelaruan peranan.
Namun begitu, bagi identiti yang berjaya mereka akan membentuk
individu yang selesa dan yakin akan keupayaan diri.
Erikson (1959) juga berpendapat tugas utama remaja ialah
menyelesaikan konflik antara identiti dan kecelaruan identiti.
Remaja hendaklah menjadi orang dewasa yang unik dan menjadi
individu matang yang mempunyai peranan yang tertentu. Demi
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

124
pembentukan identiti, ego remaja hendaklah boleh menyusun
kemahiran, keperluan dan kehendak serta menyesuaikan segala-
galanya dengan kehendak masyarakat.
Robert Havinhurst (1972) turut membincangkan tuntutan
masyarakat terhadap peranan remaja. Beliau berpendapat terdapat
lapan tugas perkembangan yang perlu diselesaikan semasa remaja
iaitu :
Pertama, menerima keadaan fizikal diri dan menggunakannya dengan
cara yang berkesan. Pada peringkat ini, remaja sangat sedar
kendiri (self conscious) tentang perubahan-perubahan yang
berlaku di dalam badannya semasa baligh. Menurut Newell
(et.al) (1990), mereka perlu faham tentang corak pertumbuhan
badan dan menerima keadaan fizikal mereka, menjaga
kesihatan, gunakan tubuh badan secara berkesan dalam bidang
sukan, rekreasi, kerja dan tugas-tugas harian.
Kedua, mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang-orang
dewasa yang lain. Berhadapan dengan dilemma terlalu
bergantung emosi atau mengasingkan diri dari ibu bapa,
Brown dan Mann (1990), Daniel (1990) mencadangkan agar
remaja perlu memperoleh kebebasan daripada ibu bapa dan
membentuk satu perhubungan kedewasaan dengan mereka.
Remaja yang bersifat memberontak dan mengalami konflik
dengan ibu bapa mereka ternyata memerlukan bantuan untuk
memahami persoalan dan kedaan serta cuba memperbaikinya.
Ketiga, memperoleh peranan jantina yang betul. Kissman (1990)
mencadangkan agar remaja mengenali peranan mereka sebagai
wanita atau lelaki, bagaimana seharusnya mereka perlu
bertingkahlaku dan apakah peranan yang harus mereka
mainkan. Persoalan ini perlu difikirkan oleh remaja kerana ia
adalah sebahagian daripada proses kematangan.
Keempat, dapat membentuk hubungan yang lebih matang dengan rakan
sebaya daripada kedua-dua jantina. Menurut Verduyn, Lord
dan Forrest (1990), persahabatan heterososial atau berlawanan
jantina perlu mula dijalinkan. Untuk menjadi matang,
seseorang perlu memperkembangkan kemahiran sosial yang
sesuai untuk bersahabat dengan orang lain dan berupaya
menyertai kelompok-kelompok sosial.
Kelima, menerima dan menjadi individu yang bertanggungjawab. Di
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

125
dalam peringkat ini, remaja perlu memilih nilai-nilai dan
matlamat-matlamat sosial yang sesuai dengan masyarakat. Ia
termasuk tanggungjawab mencari dan menerima sesuatu yang
bermakna kepada diri.
Keenam, memperoleh satu set nilai dan satu sistem etika yang boleh
digunakan sebagai panduan tingkah laku. Matlamat ini
termasuklah memperkembang, menerima dan menerapkan
nilai-nilai dan ideal-ideal serta pegangan dan kepercayaan
yang bermakna di dalam hidup.
Ketujuh, membuat persediaan dan mempunyai kerjaya. Ini bermaksud
menentukan matlamat-matlamat hidup dan memilih kerjaya.
(Berzonsky, Rice dan Neimeyer 1990, Green 1990, Harding
dan Synder 1991, Steel 1991).
Kelapan, membuat persediaan untuk berkahwin dan mempunyai
keluarga sendiri. Remaja perlu memperkembangkan kemahiran
social, sikap-sikap positif, kematangan emosi, pengetahuan
yang objektif dan pemahaman empati untuk menjadikan
perkahwinannya pada zaman dewasa kelak berjaya.


Berdasarkan kefahaman kepada kelapan-lapan peranan ini, sedikit
sebanyak ianya memberikan laluan kepada remaja mengatasi
konflik terhadap peranan yang perlu dimainkan oleh mereka.
Senarai peranan yang diperkenal oleh Havinghurst ini menjadikan
remaja lebih bermatlamat dan dapat menyusun konsep kendirinya
agar lebih teratur dan berfungsi.

Kepentingan Konsep Kendiri Remaja
Zaman remaja melihatkan peningkatan kekuatan fizikal dan tahap
autonomi di mana remaja mula mempunyai darjah kebebasan yang
tertentu. J usteru, konsep kendiri yang betul memainkan peranan
agar perubahan-perubahan seperti ini tidak membahayakan remaja
dan orang di sekelilingnya. Ini kerana mereka terdedah kepada
devian, tiada keyakinan diri dan rasa tersisih dari masyarakat
Menurut Rogers (1951) kajian menunjukkan adanya
hubungan antara konsep kendiri dan tingkahlaku remaja. Remaja
boleh menjadi dewasa yang berjaya jika mempunyai konsep
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

126
kendiri yang tinggi. Namun, jika remaja mempunyai konsep
kendiri yang rendah, ia menghasilkan rasa benci pada diri sendiri
dan membawa kepada tingkahlaku memencilkan diri sendiri atau
agresif. Mereka juga akan akur kepada tekanan-tekanan sosial
berbanding remaja yang berkendiri tinggi. Mereka juga akan
sering melakukan penilaian-penilaian yang salah dan
menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada penilaian orang
lain.

Pengukuhan Konsep Kendiri Remaja
Bagi menangani masalah pembentukan kendiri rendah, remaja
perlulah mengukuhkan konsep kendiri mereka melalui beberapa
cara :

Pertama, pengukuhan melalui kesempurnaan kendiri. Ia menekankan soal perkembangan
potensi kendiri yang membina dan bukannya tumpuan kepada halangan hidup
atau kekecewaan. Remaja turut perlu disokong dengan supaya mereka dapat
menyalurkan minat dan tenaga mereka ke arah yang betul.
Kedua, pengukuhan melalui identifikasi. Ia menekankan kemunculan nilai dan tujuan
hidup kendiri. Remaja tidak boleh membuat identifikasi dengan orang lain
dengan cara keterlaluan kerana remaja tiada identiti kendiri, sukar menyatukan
nilai-nilai orang lain dan akan hidup di bawah bayang-bayang orang lain.
Ini sering berlaku kerana mempunyai idola kesayangan yang tidak dikenalinya
dan ini sebenarnya mengganggu pengukuhan identitinya sendiri.
Ketiga, pengukuhan melalui kecemerlangan dan pencapaian. Ia merupakan desakan
untuk bersaing sesama sendiri seterusnya membentuk arah kendiri dan
membuatkan remaja lebih bebas untuk membuat keputusan sendiri,
lebih bersedia dengan cabaran dan tuntutan persekitaran dan lebih mempunyai
keupayaan daya tindak.
Keempat, pengukuhan melalui identiti. Identiti yang berbeza dengan konsep kendiri merujuk
kepada perasaan yang seseorang itu berbeza dengan individu lain. J ika remaja
telah boleh membuat keputusan tentang kerjaya, memilih agama kepercayaan
dan fahaman politik, ini menunjukakan ia telah mencapai identiti ego. Namun
jika sebaliknya, ia sebenarnya mengalami difusi identiti.
Dalam mengukuhkan identiti remaja, ibu bapa bolehlah memain peranan
menggabungkan kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk mewujudkan
identitifikasi yang kuat. Contohnya seperti mewujudkan komunikasi yang
mesra an responsif, displin yang dikenakan jelas dan konsisten. Ibubapa juga perlu
mengawal sebarang konflik yang timbul dalam keluarganya agar iklim lebih harmoni
dan perkembangan pandangan moral yang matang.

Remaja Hubungan dengan Keluarga
Persekitaran keluarga, hubungan dengan rakan sebaya, sekolah,
dunia pekerjaan dan masyarakat sekeliling mempengaruhi tahap
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

127
pembentukan kendiri seorang individu termasuk remaja. Namun,
fungsi hubungan keluarga di rumah memainkan peranan utama
yang luas dalam perkembangan konsep kendiri seseorang. Ini
kerana dari sejak lahir sehingga berumur 18 tahun, keluarga
sangat-sangat mempengaruhi perkembangan seseorang. Keluarga
memenuhi keperluan asas kehidupan, keselamatan dan
perlindungan. Melalui keluarga, umumnya remaja mendapatkan
kasih sayang dan penerimaan, pujian dan kritikan membina sejak
dari kecil.
Sebenarnya, keluarga merupakan salah satu kuasa dan
tenaga emosi, social dan psikologi yang kuat dan membendungi
kehidupan manusia. Keluarga terdiri daripada ahli-ahlinya yang
menjalinkan perhubungan yang bermakna dan kekal di antara
satu sama lain serta bergandingan bahu membina dan mencorakkan
suasana dan iklim dalam rumahtangga dan keluarga. Iklim yang
baik membantu ketenteraman dan keseimbangan pemikiran
ahlinya. Demikian juga anak remaja turut dipengaruhi oleh
keharmonian suasana keluarganya.

Konflik Remaja dan Keluarga
Sebenarnya terdapat pelbagai isu tentang konflik dan masalah
sosial melibatkan remaja akibat salah didikan dan perhatian ibu
bapa Arthur T. J ersild (1963) menamakan The Harassed Parents
kepada ibubapa yang bercerai dan tidak memberikan kasih sayang
yang diperlukan oleh anak remaja. Keadaan ini mengakibatkan
gangguan emosi dan boleh mengakibatkan remaja yang lari dari
rumah.
Selain itu, fenomena hasil dari konflik kendiri remaja hari
ini memperlihatkan budaya remaja yang semakin meminggir dari
masyarakat keseluruhannya. (Neil R. Carlson dan Wiliam Buskist,
1997). Suatu lompang generasi atau generation gap wujud dan
memisahkan remaja dengan golongan masyarakat yang lain. Offer,
Ostrov dan Howard (1981) pula turut mengakui wujudnya konflik
generasi sebegini namun ianya tidak mempengaruhi kualiti atau
perhubungan remaja dengan ibu bapa mereka.
Youniss dan Smollar (1985) menegaskan, konflik antara
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

128
remaja dengan ibubapa lebih menjurus kepada perkara yang remeh
temeh. Ibubapa dan remaja masih mempunyai pendapat dan nilai
yang sama terhadap isu-isu penting. Paikoff dan Brooks-Gun
(1991) menyatakan bahawa konflik keluarga menjurus kepada isu-
isu kurang penting seperti bilik tidur anak remaja yang berselerak,
muzik yang kuat, cara berpakaian, dan isu-isu remeh di rumah.
Bagaimanapun, konflik seperti ini lebih menjurus kepada
perlakuan di peringkat awal remaja dan akan menjadi stabil pada
tempoh masa seterusnya.
Smetana (1989) menyatakan bahawa faktor utama yang
menyebabkan pertelingkahan antara ibubapa dan remaja sering
berlaku akibat tindakan ibubapa yang memberikan definisi pada
satu-satu isu dengan cara dan pandangan berbeza daripada remaja.
Ibu bapa sering mengkategorikan sesuatu sebagai tindakan yang
betul atau salah, manakala remaja melihat sesuatu yang dibuat
adalah pilihan peribadi. Konflik timbul apabila kedua-dua pihak
cuba membuktikan siapa yang berautoriti dan di bawah bidang
kuasa siapa isu pertelingkahan itu berada.
Melihat kepada senario sebegini, Azizi Yahaya (2005)
telah merumuskan empat konflik utama yang sering melanda
hubungan remaja dan ibu bapa.

Pertama, pencapaian akademik dan kerja rumah. Konflik ini timbul kerana
ibu bapa menganggap pencapaian akademik yang baik merupakan
faktor penentu pencapaian sosioekonomi yang baik. Ini berbeza
dengan pilihan remaja yang lebih mengutamakan aktiviti social
bersama rakan-rakan dan rela berkonflik dengan ibubapa dari
kumpulan rakan sebaya mereka.
Kedua, perbelanjaan. Ibu bapa sering beranggapan remaja mereka belum
mampu membelanjakan wang secara rasional. Mereka juga
cenderung mengukur kos hidup remaja kini sama seperti
zaman mereka. Hal-hal begini menyebabkan ibu bapa akan
menghadkan wang saku para remaja dan ini menimbulkan konflik
kepada para remaja yang memerlukan wang untuk hiburan,
pakaian dan rekreasi serta aktiviti sosial mereka bersama
rakan-rakan.
Ketiga, pemilihan rakan. Sikap ibubapa yang mengutamakan latar
belakang agama, etnik,dan sosioekonomi rakan anak-anak
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

129
mereka berbeza dengan pemilihan para remaja terhadap
rakan mereka. Remaja lebih mengutamakan nilai-nilai hidup,
personaliti, minat dan sejauh mana perhubungan itu mempengaruhi
dan membantu mereka dalam pencapaian akademik dan tingkahlaku
mereka. Ekoran itu, kritikan tanpa penjelasan dari ibubapa boleh
menjurangkan hubungan mereka dengan remaja kerana remaja
akan beralih pergantungan kepada rakan-rakan mereka.
Keempat, percintaan. Menangani remaja yang berhadapan dengan alam
percintaan, ibu bapa sering berhadapan dengan konflik
terhadap pasangan remaja anak mereka. Ibu bapa sering
mengambilkira latarbelakang sosioekonomi, etnik dan agama,
serta imej dan reputasi rakan remaja anak mereka, khususnya
jika anak mereka adalah remaja perempuan. Kebimbangan
lebih kritikal dalam mengawal pasangan remaja tersebut dari
tindaklaku seksual yang bertentangan dengan norma masyarakat
menyebabkan ibu bapa memikirkan tanggungjawab untuk
mengawal pergerakan dan pemilihan pasangan oleh anak-anak
mereka dan keadaan ini tentunya menimbulkan ketidaksenangan
dan konflik kepada kedua-dua pihak.
Konflik-konflik yang tumbuh di dalam sesebuah keluarga
ini sebenarnya bukan sahaja wujud dikalangan remaja dan ibu bapa
sahaja. Remaja juga tidak lari dari mengalami konflik sesama adik
beradik dan saudara mereka, namun melihat kepada fungsi dan
pengaruh ibu bapa sebagai tunggak sesebuah keluarga, dapat
disimpulkan bahawa konflik-konflik lain boleh dimanipulasi dan
dikawal sebaiknya bergantung kepada corak didikan ibu bapa itu
sendiri.

Punca Konflik
Berfokus kepada peringkat remaja, beberapa punca konflik boleh
dilihat sebagai penyebab timbulnya masalah hubungan antara
remaja dan ibu bapa.

Pertama, faktor krisis identiti. Contoh-contoh dilema dan persoalan
dalam pembinaan identiti dapat dilihat seperti remaja
bertanya tentang peranan mereka sebagai remaja lelaki
atau perempuan, mengkaji nilai-nilai keagamaan mengikut
mazhab dalam agama yang mereka anuti, memilih matlamat
kerjaya mereka dan mempersoalkan tentang kefahaman
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

130
atau ideologi politik yang mereka minati.

Pembentukan krisis di dalam diri remaja boleh dilihat
menerusi lanjutan daripada teori perkembangan psikososial
Erikson. James Marcia (1967, 1980) memperkenalkan
pendapat bahawa di dalam membentuk identiti (sebagaimana
menghurai peringkat kelima teori Erikson iaitu pembentukan
identiti dan kecelaruan peranan), 2 komponen yang memainkan
peranan adalah krisis dan komitmen.
Krisis adalah tempoh remaja berusaha menyelesaikan
isu-isu berkaitan nilai dan matlamat peribadi. Contohnya
adalah apabila remaja mempersoalkan kepercayaan dan
anutan agama ibu bapanya. Komitmen pula adalah
keputusan yang dibuat berdasarkan penilaian terhadap
beberapa alternatif nilai dan matlamat yang kemudiannya
membawa kepada tindakan pada sesuatu tujuan khusus.
Contohnya, apabila remaja memilih untuk pergi ke gereja
berlainan mazhab dengan ibubapa mereka kerana
kepercayaannya terhadap fahaman mazhab tersebut.

Di dalam berhadapan dengan perbezaan tahap krisis
dan komitmen, Marcia memperkenalkan empat
kebarangkalian yang dikenali sebagai status identiti
(identity statuses) :
Krisis
Ya Tidak
K
o
m
i
t
m
e
n

Y
a

Pencapaian
Identiti (Identity
Achieved)
Komitmen tanpa
Krisis
(Foreclosure)
T
i
d
a
k

Mengalami
Krisis
(Moratorium)
Difusi Identiti/
Tiada komitmen
(Identity Diffusion)

Berdasarkan teori ini, remaja yang mencapai identitinya
adalah remaja yang mengalami krisis, mengambilkira
beberapa alternatif penyelesaian dan komited kepada kepada
tindakan berdasarkan nilai-nilai peribadi. Mereka juga
mempunyai rasa kepercayaan diri dan nilai moral yang
tinggi. (Dellas and Jernigan, 1990). Remaja yang mengalami
krisis (Moratorium) pula mengalami krisis tetapi tidak komited
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

131
untuk menyelesaikannya. Foreclosure atau komitmen tanpa
krisis adalah terdiri dari remaja yang tidak mengalami konflik
tetapi terikat dengan komitmen kepada sesuatu tindakan.
Mereka biasanya dipengaruhi kuat oleh orang lain seperti
ibubapa dan ini menyebabkan mereka tidak memikirkan
alternatif lain yang lebih baik untuk diri mereka. Mereka
juga boleh menjadi dogmatik di dalam idea mereka dan
merasa terancam jika identiti mereka dicabar oleh orang
lain. (Frank, Pirsch dan Wright, 1990). Bahagian terakhir
adalah remaja yang mengalami krisis dan tidak boleh
memberikan sebarang komitmen digolongkan sebagai
mengalami difusi identiti. Dalam tempoh masa yang lama,
golongan ini akan menjadi tidak matang, pasif dan tidak
mempunyai matlamat untuk masa hadapan.
(Archer dan Waterman, 1990). Di dalam teori Erikson,
peringkat ini juga dikenali sebagai kecelaruan peranan
(role confusion).

Kedua, Faktor perkembangan kognitif. Terdapat beberapa teori
perkembangan kognitif yang dilihat menjadi sumber kepada
krisis remaja dan anak-anaknya. (Azizi Yahaya, 2005)
Pertama : teori Idealistik. Piaget (1932) berpendapat bahawa
remaja adalah individu yang boleh membina sistem dan
teori dan boleh berfikir tentang perkara-perkara abstrak.
Pemikiran mereka yang bersifat idealistic mampu
membantu mereka membuat pilihan terhadap hal-hal peribadi
, pekerjaan dan sesuatu ideology. Namun, kepelbagaian
kemungkinan dan pilihan yang mereka hadapi boleh
membingungkan mereka, khususnya apabila masyarakat
cuba menghadkan peranan mereka. Ini boleh mengakibatkan
remaja yang mengambil sikap tidak peduli, mengasingkan
diri dari masyarakat dan memberontak.

Kedua, egosentrik iaitu keadaan apabila seseorang itu
tidak boleh membezakan dirinya dengan orang lain, iaitu
suatu ketidakstabilan yang melanda seseorang individu.
Remaja pada ketika ini tenggelam dengan dunianya,
menganggap dirinya betul dan berkuasa, berangan-angan
untuk membuat perubahan kepada dunia sehingga menolak
segala pandangan dan nasihat orang dewasa khususnya ibu
bapa.

Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

132
Ketiga, percanggahan rasa rendah diri. Konflik ini
melanda kedua-dua belah pihak sama ada remaja mahupun
ibu bapa (Kirk Patrick 1975) yang dinamakan percanggahan
kompleks rendah diri. Remaja berkedaan demikian kerana
merasa tidak mampu menandingi orang dewasa ataupun
ibu bapa. Ibu bapa pula merasakannya kerana berpendapat
zaman kegemilangan mereka telah berlalu serta mereka telah
kehilangan tenaga dan daya tarikan seperti yang
diperoleh pada zaman remaja mereka.
Pendapat-pendapat sebeginilah sebenarnya yang memainkan
peranan kepada mencetus konflik remaja dan ibu bapa. J usteru,
langkah-langkah menanganinya perlulah diambil di mana bukan
sahaja remaja itu sendiri malah ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam menangani sebarang konflik yang melanda hubungan
keduanya.

Antara Remaja dan Ibu bapa
Sebenarnya banyak peranan yang perlu diperhatikan secara
terperinci khususnya oleh ibu bapa dan remaja itu sendiri bagi
memastikan kedua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Pertama, ibu bapa perlu melihat kesilapan-kesilapan yang sering
dilakukan di dalam mendidik anak remaja. Di dalam
menggunakan corak pendidikan yang bersesuaian, ibu bapa
sering keliru memilih sama ada menggunakan pendekatan
autoritarian, permisif, atau cara bagaimana mereka dahulu
dibesarkan. Beberapa perkara perlu diberi perhatian :
i Konsistensi di dalam membuat dan melaksana
undang-undang keluarga agar remaja tidak berasa
keliru dan tidak selesa terhadap falsafah dan peraturan
keluarganya.
ii Pembelajaran remaja menerusi peniruan
karaktor dan tindakan ibu bapa. J usteru ibu bapa perlu
menjadi role model yang baik, menyemai
akhlak-akhlak mulia dan sentiasa memantau
perkembangan kendiri anak remaja mereka.
iii Penerapan displin perlu diikuti dengan kasih saying
supaya di dalam membina esteem kendiri remaja,
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

133
mereka berpeluang mencapai sesuatu dan mempunyai
harga diri yang positif. Hurlock (1968) menegaskan
bahawa ibu bapa yang mengenakan displin yang terlalu
ketat boleh mewujudkan krisis personaliti kepada anak
mereka.
Kedua, kejayaan ibu bapa dijadikan teladan dan kelemahan dijadikan
sempadan. Ini kerana ibu bapa merupakan inspirasi, model
dan motivator utama bagi remaja sama ada di dalam dunia
persekolahan, dunia sosialisasi dan kerjaya yang bakal dibina
pada masa akan datang. Ibu bapa perlu menyokong remaja
terhadap pelajaran mereka sama ada dari sudut emosi,
moral seterusnya memberi pendedahan untuk berjaya pada
peringkat yang lebih tinggi. Kelemahan ibu bapa perlu
ditangani sebaiknya, contohnya seperti perkara-perkara yang
melibatkan komunikasi ibu bapa dan anak remajanya,
kefahaman ibu bapa terhadap budaya dan cara hidup remaja
yang mungkin mempengaruhi anak remajanya serta nilai-nilai
yang perlu diberi perhatian. Ibu bapa juga perlu mengawal
pergeseran dalam keluarga agar suasana tenang dan
terancang berlaku di dalam keluarganya. Ini penting bagi
mengelakkan remaja mencari simpati dari individu-individu
di luar rumah yang boleh memahami atau menunjukan
kefahaman kepada masalahnya.
Ketiga, Ibu bapa juga perlu memberi perhatian khususnya terhadap
didikan agama yang dibekalkan kepada anaknya. Semua
agama secara umumnya menekankan akhlak dan moral
, mengajak penganutnya melakukan perkara kebaikan agar
mendapat faedah dan manfaat kebaikan di dalam hidupnya
. J usteru, ibu bapa perlu menetapkan akhlak dan nilai-nilai
murni selain ajaran agama yang sebenar bagi membantu
remaja mengenali dirinya sendiri, matlamat kehidupannya
sekaligus membina konsep kendiri yang cemerlang dan positif.
Ketiga, peranan remaja itu sendiri. Remaja perlu sedar tentang hakikat
bahawa tidak ada ibu bapa yang inginkan kesusahan menimpa
anaknya. Secara umumnya semua ibu bapa inginkan yang
terbaik buat anaknya, dan ibu bapa telah melakukan pelbagai
pengorbanan yang besar di dalam mendidik dan membesarkan
anaknya sehinggalah meningkat remaja.
Kajian-kajian seperti Steinberg (1987,1981) yang menerangkan
konflik lebih melanda remaja dan ibu berbanding bapa, Collins
(1990) mendapati hanya 15% - 25% sahaja keluarga yang berkonflik dengan anak
remajanya, Larson dan Lampman-Petraitis, (1989)
mendapati konflik yang berlaku hanyalah isu-isu ringan yang
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

134
tidak dapat dielakkan dan pelbagai kajian lain, namun
sebenarnya jika remaja diberi pendedahan dan laluan
sokongan sebaiknya, isu-isu sebegini boleh diatasi dengan
terancang.

Hubungan Remaja dan Ibu Bapa dari Perspektif Islam.
J ikalau pepatah Melayu mengatakan mendidik anak biarlah dari
rebungnya , pepatah ini menyokong panduan yang telah
digariskan di dalam Islam di mana Hadith Rasulullah saw
terjemahannya bermaksud , bahawa setiap anak adam itu
dilahirkan di dalam keadaan fitrah. Maka ibubapanya dan alam
sekitarnyalah yang akan menjadikannya yahudi ataupun nasrani
ataupun majusi. (Hadith Riwayat Muslim). Daripada hadith ini
dapat dilihat pengiktirafan Islam bahawa ibubapa amat memainkan
peranan penting dalam masa hadapan anak-anaknya. Dari kain
putih bersih, ibu bapa disuruh mencorakkan anaknya dan hanya
ibu bapa yang tinggi iman dan amalnya dapat membawa kebaikan
kepada dewasanya anak itu kelak.
Selain fitrah, ibu bapa juga disuruh menekankan
kepentingan ilmu khususnya ilmu-ilmu keakhiratan dan umumnya
ilmu-ilmu fardhu kifayah. Ini selaras dengan penganugerahan akal
yang jika digunakan dengan baik boleh meninggikan martabat
seseorang itu. Firman Allah swt di dalam Surah al Mujadalah : 11
bermaksud Allah akan meninggikan orang yang beriman di
kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat.
Dengan penekanan kepentingan ilmu ini juga akan
membantu para remaja di dalam membentuk peribadi mulia dan
pengamalan akhlak yang terpuji. Ini selaras dengan kecelaruan
peranan dihadapi di zaman remaja, Islam memberikan panduan
yang membawa kepada nilai-nilai positif dan menjauhi nilai-nilai
negatif. Di dalam Surah ali Imran : 104 Allah berfirman
maksudnya Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan
umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf
dan mencegah kepada kemungkaran.
Hubungan Remaja Dengan Keluarga

135
Selain itu, zaman remaja yang tercari-carikan idola sejati
dan membayangi kendiri mereka sebenarnya turut diberi pedoman
di dalam Islam di mana Allah swt telah menjadikan Baginda
Rasulullah saw sebagai role model yang ulung dan unggul. Ini
dijelaskan di dalam surah Al Qalam : 4 maksud FirmanNya
:sesungguhnya engkau (Hai Muhamad) mempunyai budi pekerti
yang baik dan di dalam Hadith Baginda sendiri maksudnya
sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Islam juga sebenarnya menjawab persoalan utama yang
sering bermain diminda remaja di dalam pembentukan kendiri iaitu
siapa saya, dari mana saya datang dan kemana arah hidup saya.
Persoalan-persoalan ini mungkin suatu kekaburan bagi remaja lain
tetapi remaja Islam yang memahami ajaran anutannya akan
memahami hakikat kehidupan dan fungsi mereka sebagai khalifah
Allah di muka bumi.
Di dalam menangani perubahan emosi dan biologi, Islam
menyuruh ibu bapa mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan
anak perempuannya. Hikmah yang boleh diambil dari sini bahawa
pembesaran anak lelaki dan anak perempuan itu akan melalui
peringkat yang kritikal dan dibimbangi tarikan gender yang
merupakan fitrah di zaman remaja boleh menyebabkan berlakunya
sumbang muhrim di dalam sesebuah keluarga. Ibu juga disuruh
agar mendidik anak perempuannya demikian juga bapa disuruh
agar mengajar anak lelakinya hal-hal berkaitan kejantinaan.
Mencecah usia baligh juga remaja lelaki dan wanita mula
dikuatkuasakan ketentuan auratnya sebagaimana ianya memberi
banyak hikmah yang membantu perkembangan emosi, psikologi
dan biologi remaja itu sendiri.

KESIMPULAN
Tak kenal maka tak cinta. Begitulah indahnya dunia remaja yang
penuh pergolakan, misteri, perubahan dan keajaiban. Masalah
remaja yang mengalami kecelaruan, kebingungan dan tandatanya
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

136
sebenarnya boleh diatasi dengan mengenali dunia remaja itu
sendiri dan melihat bagaimana konsep kendiri remaja boleh
dibentuk dan dialurkan sebaiknya.
Kejayaan pembentukan konsep kendiri remaja bukanlah
atas inisiatif remaja semata-mata, tetapi hubungan dan sokongan
daripada ibu bapa amatlah penting kerana ibu bapa khususnya dan
keluarga umumnya adalah tulang belakang kepada kejayaan
kendiri remaja apabila melangkau ke alam kedewasaan.
Banyak kajian-kajian dan teori-teori telah dibuat dan boleh
diambil sebagai panduan dan sempadan di dalam pembentukan
kendiri remaja. Konflik dan krisis, dua terminologi yang seiring
dengan perkembangan remaja akan dapat dihadapi dan ditangani
sebaiknya, demikian juga komitmen dan tanggungjawab peranan
dapat diperhalusi dan dilaksana dengan jaya, menerusi kefahaman
tentang teori-teori kendiri remaja itu sendiri.
J usteru diharapkan para remaja akan lebih bersedia untuk
matang, melihat jauh kehadapan dan berperanan positif di dalam
menempuh masa depan mereka. Gejala-gejala negatif yang
melibatkan remaja adalah dihasratkan berkurang dan dapat dikawal
oleh ibu bapa dan remaja itu sendiri sekiranya kedua tunggak
utama ini memainkan peranan sewajarnya. Sesungguhnya
masyarakat dan negara yang terbilang lahir dari remaja yang
gemilang dengan punca kendiri yang cemerlang..







Hubungan Remaja Dengan Keluarga

137

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang: PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd.
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon
(2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Berns, Roberta M. 1985. Child, Family Community. New York:
Holt, Rinehart & Winston
Bettelheim, B. (1988) A good enough parent: The guide to bring
up your child. Worcester: Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. (1997) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York: HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994) Child development. Iowa: Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

138
Ohio: Glencoe.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.





12
IBU BAPA DALAM DILEMA
Yusof Boon



PENGENALAN
Sememangnya telah menjadi satu dilema kepada ibu bapa dalam
pengasuhan anaknya. Kenapa? Ini kerana mereka terpaksa
memikul satu tanggungjawab di luar keupayaan mereka. Setiap ibu
bapa tidak dapat terlepas daripada peranan pengasuhan anak, akan
tetapi, melainkan mereka yang menerima pendidikan khas dalam
bidang ini, kebanyakan mereka terpaksa menjalankan tugas yang
berat ini secara tidak profesional sekali.
Dari mana selalunya kebanyakan ibu bapa belajar ilmu
pengasuhannya? Kajian menunjukkan sumber pembelajaran yang
paling berpengaruh tidak lain tidak bukan pengalamannya. Ibu
bapa selalu menjalankan tugas yang berat ini berpandukan
pengalamannya yang dilalui diri sendiri. Sumber kedua adalah
pengaruh persekitaran. Ibu bapa sentiasa bertukar pengalaman
dengan golongan sahabat atau jirannya dalam perkara ini. Hanya
sebilangan kecil daripada ibu bapa ini berinisiatif untuk mencari
pandangan pakar dari buku atau media.
Menurut kajian sarjana, pelbagai cara-cara yang digunakan
oleh ibu bapa dalam pengasuhan anaknya boleh dikategorikan
dalam tiga kumpulan besar iaitu cara pengasuhan autoritarian,
permisif dan autoritatif.
Cara pengasuhan autoritarian adalah bersifat tradisional.
Ibu bapa bertujuan untuk menguasai tingkah laku anak-anak dan
juga meminta anak-anak mencapai matlamat dan nilai-nilai yang
diingini oleh diri mereka. Pematuhan arahan ibu bapa oleh anak
sangat dipentingkan dan untuk mencapai tujuan tersebut, kaedah
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

140
hukuman badan dan cara keras yang lain selalu digunakan ke atas
diri anak-anak. Segala hasrat ibu bapa adalah untuk kebaikan diri
anak dan hal ini harus dipercayai anaknya. Kanak-kanak yang
dididik dengan cara tersebut tidak digalakkan untuk berfikir sendiri
tetapi selalu harus mendapatkan persetujuan dan jawapan dari ibu
bapa mereka apabila mereka menghadapi sebarang masalah.
Ibu bapa yang mengamalkan cara pengasuhan permisif ini
pula membenarkan anaknya mengatur tingkah laku dan kegiatan
diri sendiri kerana mereka langsung tidak berhasrat untuk
mengawal tingkah laku anak-anak mereka. Ibu bapa percaya
bahawa mereka hanya perlu memberi respon kepada anak-anak
mereka secara spesifik dan mereka amat menggalakkan anaknya
untuk berdikari. Ibu bapa tidak mahu anaknya menganggap mereka
sebagai tokoh berautoriti tetapi sebagai sumber dalam
pembelajaran mereka. Dengan ini, mereka memberikan ruang yang
lebih besar kepada anak mereka dan menggalakkan anaknya
menyatakan pendapat dengan sesuka hati. Anak digalakkan juga
untuk belajar melalui kesalahan dan mengarah tingkah laku
sendiri.
Cara pengasuhan autoritatif pula menggalakkan
perkembangan autonomi kanak-kanak tetapi dalam batas-batas
tertentu. Dalam pengasuhan anaknya, ibu bapa menggunakan
teknik seperti memberi sebab-sebab, berbincang, memberi
hukuman yang ringan dan memberi peneguhan dari segi psikologi.
Ibu bapa yang mengamalkan cara pengasuhan autoritatif
mementingkan interaksi antara diri mereka dengan anak-anak,
memberitahu anak-anak mereka sebab-sebab peraturan yang
ditetapkan dan menunjukkan bantahan mereka apabila tingkah laku
anak-anak menyimpang.
Seorang sarjana pendidikan yang bernama Glenn Elder
pula mengkategorikan cara pengasuhan anak dari perspektif
pembahagian kuasa dalam sesebuah keluarga. Tujuh kategori
dirumuskan beliau selepas kajiannya terhadap 7,400 orang remaja
seperti berikut :

I) Autokratik : Anak tidak dibenarkan untuk menyatakan
Ibu Bapa Dalam Dilema

141
pendapat mereka atau membuat keputusan
tentang kehidupan mereka.

II) Autoritarian: Anak dibenarkan untuk menyatakan
pendapat mereka tetapi ibu bapa membuat
keputusan untuk mereka.

III) Demokratik: Anak dan ibu bapa sama-sama berkuasa
tetapi ibu bapa mempunyai kuasa veto
terhadap keputusan yang dibuat oleh anak.

IV) Permisif : Anak mempunyai tanggungjawab yang lebih
terhadap keputusan yang diambil oleh
mereka. Ibu bapa memainkan peranan
sebagai sumber rujukan dalam proses
membuat keputusan.

V) Persamaan : Anak dan ibu bapa mempunyai kuasa dan
status yang sama dan mereka membuat
keputusan bersama.

VI) Laissez-faire : Anak mempunyai tanggungjawab dan
kawalan atas keputusan tentang kehidupan
dan tingkah laku mereka. Ibu bapa
memahami bahawa mereka boleh memberi
pendapat dan maklumat kepada anak tetapi
anak mereka mempunyai hak untuk
mengabaikannya.

VII) Pengabaian : Ibu bapa tidak mengambil tahu atau tidak
berminat langsung terhadap tingkah laku
anak mereka.

Terdapat banyak komen yang membincangkan kesesuaian dan
keberkesanan cara-cara pengasuhan ini. Umpamanya, ada yang
menyatakan bahawa kepercayaan dan sikap jenis pengasuhan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

142
autoritarian tidak kondusif untuk mengembangkan kesihatan emosi
kanak-kanak dan akan menghasilkan kanak-kanak yang bersifat
suka bergantung kepada orang lain, mudah rasa cemas di hadapan
orang berkuasa, ataupun bersifat suka menentang dan selalu
menyesal. Ada pula yang menyatakan bahawa cara pengasuhan
permisif mungkin menghasilkan anak yang tidak suka mengikut
peraturan kerana kekurangan kuasa kontrol diri dan mungkin
merasa rendah diri kerana ibu bapa mereka tidak menumpukan
perhatian ke atas diri mereka. Tidak kurang pula persetujuan diberi
kepada cara pengasuhan autoritatif yang dipercayai lebih
berkemungkinan untuk menghasilkan kanak-kanak yang
bertanggung jawab, berdikari dan mempunyai penerimaan diri
yang baik serta dapat mengkontrol diri sendiri.
Kami memang setuju dengan komen ini kerana
kemungkinan yang tersebut di atas mempunyai asas kajian
saintifik. Bagaimanapun, kami berpendapat bahawa pendidikan
adalah satu proses yang konstektual dan memerlukan kepelbagaian
cara yang bersesuaian dengan situasi yang berlainan. Dalam hal
ini, kesesuaian dan keberkesanan sesuatu cara pengasuhan akan
berbeza mengikut peringkat perkembangan anak dan keadaan
keluarga yang berlainan.
Berpandukan pandangan inilah, kami mensyorkan 39
cadangan atau PETUA pengasuhan anak dari tiga aspek untuk
membantu ibu bapa dalam pengasuhan anaknya. Kami tidak
menumpu dengan spesifik terhadap mana-mana kotegori cara
pengasuhan dalam penulisan ini. Namun, prinsip asas kemanusiaan
turut menjadi teras dalam semua cadangan kami.
Perbincangan akan dimulakan dengan pembinaan akal budi
dan peribadi anak. Bahagian ini akan berfokus pada perbincangkan
dalam peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam memberi kasih
sayang dan menjadi teladan kepada anak di samping memupuk
displin serta nilai murni dalam jiwa anak.
Seterusnya, cadangan diberikan kepada ibu bapa untuk
membantu anak dalam meningkatkan prestasi pembelajaran. Teras
perbincangan bahagian ini akan berfokus pada PETUA-PETUA
untuk memupuk sifat kerajinan, ketabahan jiwa dan kesedaran
Ibu Bapa Dalam Dilema

143
kompentensi di samping PETUA-PETUA untuk membina minat
dan tabiat belajar dalam jiwa anak.
Dalam bahagian ketiga, pembinaan komunikasi berkesan
dibincangkan dengan meluasnya. Teras perbincangan akan
berfokus pada PETUA-PETUA untuk memahami pemikiran anak-
anak, mengatasi permintaan dan bantahan anak-anak dan
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan bersama anak-
anak.
Harapan kami adalah untuk membantu ibu bapa melepasi
dari dilema pengsuhan anaknya. Diharap ibu bapa dapat
bermanfaat daripada cadangan yang kami syorkan dan menjadi ibu
bapa yang berkesan.
























Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

144
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon
(2005). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994) Child development. Iowa: Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.




13
MEMBINA AKAL BUDI
DAN PERIBADI
Nurul Ezzati Azizi


PETUA 1 : AWAL KEHIDUPAN MANUSIA DAN
HUBUNGAN SEKSUAL
Sama ada suami mahupun isteri sewajarnya mengetahui bahawa
hakikat kehidupan seseorang anak itu bermula daripada
persenyawaan yang berlaku di antara sepasang suami isteri itu.

Oleh itu, bagi mendapatkan anak ataupun zuriat yang baik
dan sempurna akal dan emosinya malah fizikal maka
sesungguhnya terdapat beberapa adab dan kesopanan yang mesti
dilakukan dengan teratur supaya mendapatkan kepuasan dan
kesempurnaan.

Di dalam ajaran Islam, hubungan batin suami isteri itu
hendaklah (disunatkan) dengan menbaca
Bismillahirahmanirrahim. Disunatkan juga apabila mula
bersetubuh dengan membaca surah al Ikhlas. Disunatkan juga
memulakannya dengan bacaan dia ringkas, iaitu Ya Allah jauhkan
kami daripada syaitan, serta jauhkanlah syaitan daripada kami
dari rezeki yang diberikan kepada kami.

Sewaktu bersetubuh disunatkan juga ke atas suami isteri
utu menutup tubuhnya dengan sehelai kain. Sunat juga dilakukan
persetubuhan itu daripada malam J umaat dan Isnin. Si suami juga
hendaklah (sunat) menggembirakan hati si siteri sebelum
bersetubuh dengan perkataan yang lemah lembut dan bergurau
senda. Disunatkan juga megambil wudhuk sebelum bersetubuh.
Selepas bersetubuh pula hendaklah tidur di atas lambung kanan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

146
iaitu mengereng ke kanan.

Begitulah serba sedikit panduan ringkas tentang adab
dalam melakukan persetubuhan supaya menjamin pasangan
memperoleh zuriat yang baik. Selain itu juga, diharamkan
melakukan hubungan seksual ketika isteri di dalam keadaan haid
dan nifas selagi ia belum bersuci (mandi hadas besar).

Walaupun jarak perjalanan untuk benar-benar menjadi
manusia itu masih terlalu jauh namun di usia janin baru dua
minggu, iai sudahpun bergerak balas. Bermakna juga yang ia telah
mempunyai kehidupan di alam rahim ibu yang ada pelbagai
cabaran dan rintangan tersendiri yang bakal ditempuhi selama kira-
kira sembilan bulan sebelum dilahirkan ke dunia.

PETUA 2 : PANDUAN KETIKA IBU MENGANDUNG
Ibu merupakan insan pertama yang paling banyak membantu di
saat-saat awal kehidupan kita terutama sekali di alam rahim. Untuk
menjamin bayi yang berada dalam kandungan itu sentiasa sihat dan
selamat maka seseorang ibu yang mengandung itu mestilah
bersedia dirinya dari segi kesihatan luaran ataupun dalaman. Emosi
ibu juga amat mempengaruhi bayi dalam kandungan.

Bayi yang dikandung semestinya mendapat perhatian yang
serius dari seorang bakal ibu, jika mereka inginkan anak itu dapat
dilahirkan dengan selamat dan sihat. Oleh itu ibu dan juga bapa
kepada generasi baru ini sewajarnya mengambil manfaat tertentu
supaya anak-anak yang dilahirkan nanti sempurna fizikal, akal dan
emosinya.

Pelbagai perkara boleh dilakukan demi memastikan
kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan sentiasa
terjamin. Pemakanan yang baik dan halal semestinya menjadi
factor utama dalam perkembangan bayi dalam kandungan.
Perkara-perkara seperti kandungan zat yang cukup mestilah diberi
keutamaan dalam pemakanan ibu mengandung. Dalam tempoh 12
Membina Akal Budi Dan Peribadi

147
minggu kehamilan, iaitu sewaktu organ penting mula terbentuk,
bayi amat memerlukan protein yang lebih untuk perkembangan
seterusnya. Oleh itu, ibulah yang menjadi satu-satunya sumber
untuk bayi memperolehi protein. Ibu-ibu mengandung sebenarnya
bukan sahaja perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, namun
perlu juga menyediakan maklumat dan pengetahuan untuk dirinya
sendiri dalam mengharungi detik-detik kehamilan yang penuh
cabaran dan kepayahan.

Bayi anda juga sewajarnya mendapat suntikan imunisasi
tetanus untuk tujuan menghindari bayi dari diserang penyakit
tetanus tersebut. Gangguan emosi yangt melampau sebaiknya
hendaklah dijauhi dan dihindari. Peranan suami pada ketika isteri
sedang hamil cukup penting sekali demi mematikan emosi dan
perasaan isteri dijaga dan terkawal. Kata-kata nasihat dan
perangsang perlu sentiasa bermain di bibir suami agar jiwa si isteri
sentiasa tenang dan stabil.

Sebenarnya banyak lagi perkara dan panduan yang boleh
dilakukan ketika hamil namun semua itu terpulang kepada
pasangan suami isteri berkenaan samada bersedia melengkapkan
diri mereka dengan ilmu dan nasihat dari orang lain atau tidak.
Yang penting segeralah merujuk kepada doctor jika seseorang ibu
mengandung itu menghadapi gangguan kesihatan dan sentiasa
menyediakan masa dan jadual yang sempurna untuk membuat
pemerikasaan kandungan dengan teratur.

Pendek kata, beberapa perubahan gaya hidup dan aktiviti
sebelum dan semasa mengandung ada perbezaannya. Selama ini,
anda mungkin gemar berpakaian ketat, tetapi semasa mengandung
sebaiknya gunakanlah pakaian yang longgar dan bolehmenyerap
peluh. Wanita hamil juga seharusnya bijak mengimbangi tenaga
agar jangan sampai terlalu letih kerana ini akan mendatangkan
implikasi kepada bayi dan diri anda sendiri.


Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

148

PETUA 3 : PERANAN IBU BAPA DI AWAL KELAHIRAN
BAYI
Kelahiran diibaratkan seperti jambatan yang menghubungkan dua
peringkat kehidupan, iaitu alam rahim ibu dan alam manusia di
dunia luar. Apabila anak sudah lahir dengan selamatnya, tubuh
bayi sudah bersedia untuk berfungsi dengan sendirinya. System
pencernaan sudah mula berfungsi dengan mengambil makanan dan
cecair serta menghadamkannya supaya dapat dibawa ke seluruh
tubuh.

Kebaikan susu ibu sudah pasti tiada tandingannya. Anak-
anak menjadi sihat kerana kolustrum dan susu badan mengandungi
pelbagai factor untuk perlindungan bayi daripada penyakit.
Tambahan lagi, susu ibu semestinya mengeratkan lagi hubungan
kasih saying di antara anak dan ibu tersebut.

Hakikatnya, kadar kematian juga rendah di kalangan bayi
yang diberi susu badan. Disamping itu juga perkembangan dan
pertumbuhan anak-anak berlaku dengan lebih sempurna,
pembentukan wajahnya, lelangit dan giginya serta pervcakapannya
lebih baik, malah kecerdasan anak didapati lebih tinggi di
kalangan anak-anak yang menyusu badan berbanding susu tiruan.

Bagi orang Islam misalnya, beberapa perkara yang
disunatkan dilakukan ketika meyambut kelahiran bayi. Disunatkan
diazankan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi. Islam
juga menyarankan umatnya melakukan thanik atau membuka
mulut, iaitu dengan meletakkan sedikit buah kurma di atas jari
telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi dengan perlahan-
lahan ke kiri dan kanan mulut bayi sehinggalah isi buah kurma tadi
menyentuh keseluruhan mulut bayi dan masuk ke dalam tekaknya.
Mencukur rambut bayi juga sunat dilakukan dan sebaik-baiknya
pada hari yang ke tujuh. Kemudiannya, disunatkan pula
bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambut
yang dicukur itu kepada fakir miskin.
Membina Akal Budi Dan Peribadi

149

Bercukur didapati boleh menguatkan tenaga pertumbuhan
rambut bayi tersebut, menghilangkan selaput kulit (cecair beku
yang meliputi kulit kepala) dan menolong memberikan daya
kekuatan dan ketajaman penglihatan mata, bauan hidung serta
memelihara pendengaran.

Setiap bayi yang dilahirkan akan diberi nama. Nama inilah
yang akan menjadi panggilan kepada bayi tersebut. Nama jugalah
yang akan dapat membezakan antara satu dengan yang lain.
Dengan nama yang ada jugalah akan membezakan lelaki ataupun
perempuan. Islam menganjurkan supaya setiap Muslim memberi
nama yang baik kepada anak-anak mereka. Ulama fikah
meyarankan masa yang sesuai meletakkan nama bayi itu dilakukan
samada pada hari pertama, ketiga, ketujuh atau beberapa hari
selepas itu. Aqiqah juga menjadi satu amalan sunat yang dilakukan
pada hari ketujuh kelahiran anak tersebut. Berkhatan juga satu
amalan yang dititikberatkan dalam Islam. Ianya lebih afdal
dilakukan pada hari pertama kelahiran, sehingga itu ketika mereka
mumaiyiz dan baligh kelak. Berkhatan bukan sahaja mempunyai
kelebihan dari sudut keagamaan malah juga amat baik untuk
kesihatan.

PETUA 4 : MENYEDIAKAN MAKANAN, PAKAIAN DAN
TEMPAT TINGGAL
Menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang
secukupnya menjadi tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak.
Untuk itu, ibu bapa perlulah merancang ekonomi keluarga dengan
baik dan bijak. Sumber ekonomi menjadi asas penting dalam
pembentukan keluarga bahagia. Walaupun duit bukanlah segala-
galanya namun tidak dapat dinafikan untuk mendapatkan sesuatu
matlamat itu, manusia perlukan duit.

Samada lelaki mahupun wanita yang merancang untuk
berkahwin perlulah terlebih dahulu merancang ekonominya. Asas
perancangan ekonomi yang baik tentunya bermula dengan kerjaya
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

150
yang boleh menampung dirinya dan keluarga. Kerjaya yang baik
tidak semestinya bergaji tetap atau pun makan gaji tetapi berkerja
sendiri seperti bertani atau menjadi nelayan atau pun berniaga jika
ditadbirkan dengan baik tentunya juga akan mendatangkan
pulangan yang baik. Pendek kata, usaha yang gigih dan
bersungguh-sungguh sudah pasti menjanjikan kejayaan. Lihatlah
betapa ramai petani atau nelayan yang boleh menanggung dan
memberikan pelajaran yang baik kepada anak-anaknya yang ramai
sehinggakan kesemua anaknya berjaya dalam bidang pelajaran dan
kerjaya.

Makanan yang secukupnya dan seimbang amat penting
untuk anak-anak membesar dengan sempurna. Di awal
perkembangan kanak-kanak sehinggalah remaja, mereka ini amat
memerlukan pemakanan yang seimbang dan sihat untuk
pertumbuhan fizikal dan mental dengan sempurna. Kanak-kanak
yang dikatakan tidak cukup makan selalunya akan mudah
berpenyakit dan agak lambat pertumbuhan mental dan fizikalnya.

Selaian makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa
juga sama pentingnya kepada anak-anak untuk membesar dengan
sempurna. Pakaian yang dikatakan baik tidak senestinya yang
mahal dan berjenama. Yang penting ianya sempurna dilihat pada
pandangan mata dan sentiasa bersih dan kemas. Kebersihan dan
kekemasan yang dipupuk sejak awal sudah pasti membentuk
konsep kendiri anak-anak yang positif dan berkeyakinan.

Keselesaan tempat tinggal juga tidaklah bermaksud rumah
besar yang serba lengkap dan moden, namun sekadar kemampuan
ibu bapa berkenaan. Yang penting ada bilik untuk anak-anak lelaki
dan perempuan serta ada keselesaan untuk anak-anak ini
melakukan kerja-kerja sekolah mereka.

Apa yang paling penting sekali ialah perancangan serta
persediaan awal seseorang dewasa itu sebelum menjejak kaki ke
alam rumahtangga dan berkeluarga. Asas ekonomi yang kukuh
Membina Akal Budi Dan Peribadi

151
sudah pasti menjadi kayu ukur pertama sebelum melangkah ke
alam keibubapaan yang menuntut kekuatan akal, emosi, peribadi di
samping sosioekonomi.

PETUA 5 : MEMBERIKAN KASIH SAYANG DAN
PERLINDUNGAN
Anak-anak yang mendapat kasih sayang yang secukupnya sudah
tentu akan merasa selesa dan bahagia disamping ibu dan bapa
mereka. Anak-anak ini merasakan diri mereka adalah yang amat
bertuah sekali kerana mempunyai ibu bapa yang menyayangi dan
mengasihi mereka dengan sepenuh hati.

Perkembangan anak-anak yang mendapat kasih sayang
yang secukupnya pasti menjamin pertumbuhan akal dan emosi
yang sihat dan sempurna. Kasih sayang yang cukup akan
membantu keyakinan anak-anak dalam mengharungi kehidupan
mereka berbanding anak-anak yang terabai kasih sayang ibu bapa.

Kasih sayang akan menjamin kebahagiaan sesebuah
keluarga itu. Kasih sayang diibaratkan sebagai makanan rohani
yang amat penting untuk kesihatan zahir dan batin. Tanpa kasih
sayang manusia seperti tidak dihargai. Anak-anak pintar dikatakan
lahir dari keluarga yang mengutamakan kasih sayang dalam
kehidupa harian. Anak-anak akan terasa dirinya selamat dan
mendapat perlindungan dari mereka yang bergelar ibu dan bapa.

Kanak-kanak yang terabai tanpa kasih sayang dan
perlindungan akan terganggu perkembangan akal, emosi dan
fizikal mereka. Implikasinya kepada masyarakat ialah akan lahir
anak-anak yang bersikap agresif, keras dan mementingkan diri
sendiri. Seterusnya akan wujud suatu hari nanti generasi yang tidak
mementingkan perasaan orang lain dan tidak mesra atau pun
bersikap metarialistik dan individualistik.

Sikap tidak kasih sayang dapat dilihat daripada tindak
tanduk ibu bapa yang berlaku kasar dan menghukum serta
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

152
mengutuk anak-anak mereka dengan keras. Perlakuan yang kasar
oleh ibu bapa akan menjejaskan ketenangan dan ketenteraman
perasaan anak-anak.

PETUA 6 : IBU BAPA SEBAGAI MODEL KEPADA ANAK-
ANAK
Bapa borek anak rintik atau bagaimana acuan begitulah kuihnya
menjadi kata-kata bidalan yang sedap didengar namun besar
maksudnya dalam reality kehidupan hari ini. Ibu bapa merupakan
contoh yang diteladani oleh anak-anak. J ika ibu bapa gagal
menjadi contoh yang baik kepada anak-anak maka bagaimanalah
pula nanti anak-anak membesar tanpa acuan yang baik dan
sempurna.

Sikap dan gaya hidup ibu bapa yang mementingkan
duniawi dan kebendaan adalah sikap yang kurang baik untuk
perkembangan anak-anak. Bersikap sombong, bermusuhan dengan
jiran tetangga, malas dan bersikap kasar akan menjadi ikutan
kepada anak-anak.

Kanak-kanak yang sedang membesar dilihat lebih mudah
terpengaruh atau terikut akan perbuatan orang tuanya berbanding
dengan mendengar kata-kata ibu bapa mereka. J ika ibu bapanya
menyapu, maka sibuklah si anak itu ingin sama-sama menyapu,
tetapi apabila disuruh menyapu maka tidaklah pula mereka terus
pergi meyapu. Begitulah anak-anak, jika kita hanya sekadar
menyuruh berbuat itu dan ini tanpa kita berbuat apa yang kita
katakan, maka bagaimana si anak tadi akan melakukannya.

Sememangnya tugas menjadi ibu bapa amatlah berat, maka
dengan ilmu dan pengetahuan sahajalah yang akan menjadikan kita
sebagai ibu bapa yang bersdia dan boleh menjadi contoh teladan
yang baik kepada anak-anak.



Membina Akal Budi Dan Peribadi

153
PETUA 7 : MENDIDIK DAN MEMBIMBING ANAK-ANAK
Melentur buluh biarlah dari rebungnya begitulah diibaratkan oleh
pepatah Melayu dalam mendidik anak-anak, iaitu sejak dari kecil
lagi didikan dan tunjuk ajar diberikan oleh ibu bapa sepanjang
membesarkan anak-anak mereka. Ibu bapa yang inginkan kejayaan
buat anak-anak mereka sewajarnyalah menjadi guru yang ulung
dan pertama kepada anak-anak. Semua ibu bapa mahukan anak-
anak mereka menjadi insane berguna dan selari dengan lunas-lunas
agama dan social.

Bagaimanapun, dek kerana semakin lumpuhnya kecintaan
manusia kepada ilmu, kebanyakan ibu bapa dewasa ini hanya
sekadar memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal yangh
secukupnya, maka bagi mereka itu sudah memadai tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak.

Menjadi guru kepada anak-anak bukannya menuntut ibu
bapa itu memiliki sijil atau ijazah tertentu, Cuma sekadar
kemampuan diri. Sekurang-kurangnya berilah anak-anak itu
nasihat dan tunjuk ajar yang berguna dan memberi manfaat.
Selebihnya, iaitu yang diluar kemampuan kita hantaralah mereka
ke institusi pendidikan yang sepatutnya, seperti sekolah.

Mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak juga dikira
sebagai satu bimbingan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
mereka. Setidak-tidaknya mereka merasakan apa yang mereka
pelajari di sekolah dihargai dan dikongsi bersama keluarga.

Memberi galakan dan dorongan yang berterusan mampu
menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak di sekolah. Anak-
anak kita akan terasa keseronakan belajar di sekolah mahupun di
rumah. Setiap ibu bapa sewajarnya juga bersedia menyediakan
seberapa mampu bahan pembelajaran untuk anak-anak di rumah
agar rumah juga menjadi sebuah pusat ilmu yang bukan sahaja
setakat berperanan sebagai tempat tidur dan berehat semata-mata.

Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

154
PETUA 8 : MELUANGKAN MASA DAN MENDAMPINGI
ANAK-ANAK
Menjadi ibu bapa bukan suatu tugas yang senang apatah lagi
menjadi ibu bapa yang juga sebagai kawan rapat kepada anak-
anda. Kesibukan masa yang disebabkan pelbagai tuntutan
sosioekonomi di era globalisasi tentu banyak mengganggu serta
mengorbankan waktu-waktu bahagia bersama keluarga. Ibu bapa
yang berkerja siang dan malam bagi mencari nafkah dan
keselesaan ekonomi rumahtangga kadang-kadang terlupa bahawa
setiap kemewahan yang dikecapi tidak akan menjanjikan
kebahagian dan kasih sayang sesebuah keluarga itu jika anak-anak
terabai emosi dan mental.

Anak-anak yang lebih tua diharapkan dapat menjaga adik-
adik yang lebih kecil sekiranya ibu bapa tiada di rumah mencari
nafkah. Apalah yang diharapkan sangat daripada seorang anak
yang lebih tua sedikit menjaga adik-adiknya.

Suasana rumah tangga tidak teratur dan sering berlaku
perbalahan kecil diantara adik beradik sepanjang ketiadaan ibu dan
bapa mereka di rumah. Kadang-kadang adik yang lebih kecil
seperti tertindas dengan layanan abang atau kakak mereka yang
lebih tua. Ataupun si adik pula sering mengganggu kerja-kerja
sekolah si abang dan kakaknya.
Maka semua anak-anak ini terabai hari demi hari, tahun berganti
tahun sehinggalah mereka membesar sebagai yatim piatu walaupun
pada hakikatnya ibu bapa mereka masih hidup.

Lebih malang lagi ada ibu bapa yang sanggup menghantar
anak-anak mereka ke kampung, dengan meminta tolong datuk dan
nenek mereka menjaga anak-anak ini. Bila sudah dewasa anak-
anak ini sudah pastilah kurang mengambil berat akan kedua orang
tuanya. Siapa yang hendak dipersalahkan, tepuk dada tanyalah
selera.

Begitulah betapa sibuknya ibu bapa di zaman ini, siang
Membina Akal Budi Dan Peribadi

155
malam mencari kesenangan material samapi terlupa kesejahteraan
dan kebahagiaan emosi dan perasaan anak-anak. Wahai ibu bapa
budiman, luangkanlah sedikit masa bersama anak-anak demi
kebahagiaan yang berpanjangan. Rancangkanlah masa dengan
sempurna dan sentiasalah mendampingi anak-anak agar anak-anak
kita tidak didampingi oleh seribu satu macam penyakit social yang
menular di zaman ini. Harta juga mesti dicari, hak dan
kebahagiaan anak-anak juga mesti dilunasi.

PETUA 9 : BERKAWANLAH DENGAN ANAK-ANAK
Zaman begitu pesat berubah, membangun dan maju tanpa melihat
siapa kita. Kepesatan ekonomi dan fizikal yang begitu deras
mengalir menyukarkan lagi ibu bapa dewasa ini mengawal anak-
anak dari gejala sozial yang kurang sihat.

Kepesatan fizikal tanpa diiringi dengan pembangunan
akhlak mengakibatkan ketidakseimbangan berlaku. Anak-anak
semakin liar dan tidak mahu mengikuti nasikat orang tua. Anak-
anak menjadi liar bukan salah mereka tetapi adalah salah kita. J ika
melentur buluh ketika sudah menjadi buluh, apalah gunanya,
nantikan patah akhirnya. Begitulah anak-anak remaja yang terabai
emosi dan kasih sayang walau cukup segala kemudahan dan
kesenangan.

Berkawanlah dengan anak-anak anda supaya susah dan
senang dapat dikongsi bersama. Segala masalah anak juga menjadi
masalah kita dengan sama-sama cuba menyelesaikannya secara
bijak dan toleransi. Bukannya menjadi ibu bapa yang hanya tahu
marah dan marah setelah anaknya didapati melakukan sesuatu
kesalahan atau gagal dalam pelajaran.

Anak-anak remaja sudah mula pandai bergaul dan mencari
kawan. J ika tersalah memilih kawan, buruklah akibatnya. Kawan
memang sinonim dengan kaum remaja. Pada peringkat ini,
kawanlah menjadi orang yang paling rapat kepada remaja. Segala
macam perkara dan masalah dikongsi bersama kawan.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

156

Pengaruh rakan sebaya, ditambah pula dengan keadaan
persekitaran yang berbagai-bagai ragam boleh menjerunus remaja
ke kancah yang kurang sihat seperti menghisap rokok, penagihan
dadah dan pil-pil khayal serta ke kancah maksiat lain yang lebih
menakutkan seperti gangsterisme, pelacuran dan sebagainya.

Anak-anak remaja sememangnya tandus akan sahabat
sejati. Dalam keadaan ini iaitu zaman remaja yang bercelaru
dengan personality dan perubahan diri, ibu bapalah sepatutnya
menjadi sahabat sejati yang memahami ledakan usia remaja anak-
anak ini.
Anak remaja perempuan biasa kedengaran lari dari rumah
mengikut teman lelaki bukannya salah mereka secara total tetapi
salah kita sebagai ibu bapa yang tidak berperanan dengan baik dan
bijak. Anak-anak menagih kasih sayang dari keluarga namun tak
kesampaian lalu lari dari rumah meninggalkan persekolahan demi
semata-mata mencari kasih di tempat lain.

Itulah remaja yang penuh pancaroba tanpa dapat berfikiran
dengan bijak dan matang. Itulah remaja yang masih lagi
memerlukan ibu bapa kerana mereka belum lagi menjadi orang
dewasa yang sudah boleh berdikiari dan sudah matang pemikiran
dan tindakan. Remaja juga seperti anak-anak kecil yang lain, masih
dahagakan kasih sayang kedua orang tuanya.

Berkawanlah dengan anak-anak kita dengan mengambil
tahu segala masalah mereka dan berkongsi minatlah denga mereka
agar diri mereka sentiasa mesa berharga di sisi ibu bapa. Bersikap
lepas tangan dengan alas an anak-anak sudah besar panjang suatu
sikap yang salah dan perlu diubah selari dengan perubahan zaman.
Zaman remaja para
ibu bapa sewaktu dahulu tentu tidak sama akan zaman remaja
dewasa ini.


Membina Akal Budi Dan Peribadi

157
PETUA 10 : BERCAKAPLAH DAN MENDENGARLAH
CERITA ANAK ANDA
J arang sekali kaum ibu apatah lagi kaum bapa dewasa ini yang
menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak mereka.
Kesuntukan masa berada di rumah dengan pelbagai tekanan social
di luar sana menjadikan interaksi kekeluargaan serta komunikasi
berkesan di antara pihak anak-anak dan ibu bapa jarang berlaku.

Anda sebagai ibu bapa hendaklah memberi kesempatan
kepada anak-anak bercerita dan memberi pendapatnya. Apabila
anak-anak berserita maka dengarlah ceritanya dengan teliti,
janganlah memotong percakapan mereka, juga sebagai ibu bapa
hormatilah mereka dan pandangan mereka sebagaimana anda ingin
dihormati daripada orang lain.

J ika anda sebagai ibu bapa mengemukakan dan
memberikan pendapat, cubalah mengerti pendapat dan pandangan
anak-anak. Berfikiran terbukalah apabila mendengar pelbagai
luahan anak-anak, janganlah lekas menolak, mengkritik dan
menafikannya semata-mata kerana anak-anak berkenaan masih
mentah lagi.

Ibu bapa hendaklah mendengar dengar hati, ertinya dengan
bersungguh-sungguh dan ikhlas. J anganlah sekali-kali berpura-
pura mendengar luahan anak-anak. Libatkan diri dengan ceritanya
dan ikutilah ceritanya serta cuba sentiasa memahami apa yang
disamoaikan oleh anak-anak. Bila anak-anak sedang bercerita atau
bercakap, maka usahakanlah selalu dengan kedudukan yang tepat
dan tetap. Duduk berhadapan atau berdampingan, tatapilah mata
dan wajahnya, dengan cara ini meraka akan merasa dihargai.
Hindarkanlah dari berbicara membelakangi anak-anak atau sedang
melakukan kerja-kerja lain seperti membaca surat khabar
sekalipun. Luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak bercerita.

J arang kita temui ibu bapa yang berterus-terang kepada
anak-anak secara lisan, walaupun mereka sebenarnya amat
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

158
menyayangi anak-anak. Oleh itu, sebaiknya biasakanlah diri anda
dengan menyatakan rasa sayang anda kepada merka sejak kecil
lagi supaya apabila dewasa nanti anak-anak anda tidak merasa
janggal kalau anda baru hendak bermula berkata sedemikian.

PETUA 11 : PUJIAN DAN HUKUMAN DALAM
MEMBENTUK ANAK-ANAK
Pujian yang setimpal dengan apa yang diusahakan oleh anak-anak
memang berat didengar dari mulut ibu bapa, apa lagi kalau apa
yang dikecapi oleh anak-anak itu tidaklah seberapa. Namun itulah
motivasi hebat kepada anak-anak jika ianya dating dari mereka
yang signifikan dengan mereka. Ibu bapa yang jarang atau tidak
pernah memuji anak-anak dikatakan mempengaruhi perkembangan
emosi anak-anak sehingga boleh melemahkan keyakinan diri anak-
anak. Mereka mungkin merasakan apa yang diusahkan selama ini
tidak dihiraukan dan tidak dihargai.

Anak-anak yang pada mulanya seorang yang bijak dan
cerdas dalam pelajaran mungkin akan merosost prestasinya
lantaran sikap ibu bapa yang tidak mempedulikan pencapaian anak
mereka. Emosi anak-anak seakan terdera dengan suasana dan
corak perhubungan keluarga yang sebegini.

J anganlah sekali-kali membandingkan mereka dengan
orang lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan adik-beradik
yang lain. Sebaiknya, bandingkanlah diri mereka dengan diri
merka sebelum ini. J ika hari ini anak anda merosot akademinya di
sekolah, maka bandingkanlah prestasi sebelumnya. Biarlah
perbandingan itu berpusat pada diri mereka sahaja. Ramai ibu bapa
yang tidak tahu hal sebegini yang sebenarnya boleh merosakkan
semangat anak-anak kita. Perasaan anak-anak sememangnya halus
dan sensitif. Andalah sebagai ibu bapa yang sepatutnya lebih
memahami perasaan anak-anak berbanding orang lain.

Menghukum anak-anak juga perlu ada kaedah yang
tersendiri. Bukannya seperti yang boleh mencalarkan persaan
Membina Akal Budi Dan Peribadi

159
mereka, seperti memarahinya atau menengkingnya dikhalayak
ramai. Apatah lagi memukulnya dikhalayak ramai. Apapun,
sebelum memukul anak anda, pernahkah terlintas dibenak fikiran
kita sebagi ibu bapa sejauhmanakah keslahan anak-anak kita itu.
Sebesar manakah salah mereka sehingga mereka diperlakukan
seperti tahanan dalam penjara? Bukan sahaja fizikal anak terluka
malah yang lebih penting kagi ialah jiwa mereka yang sudah
tercalar akibat tindakan kita yang selalu menghukum tanpa usul
periksa, tanpa memberikan nasihat yang berguna dan adakah kita
sebenarya telah mendidik anak-anak kita dengan secukupnya.
Kalau belum, mengapakah tidak kita sahajamemukul diri kita
sendiri kerana kesalahan diri yang tidak sempurna mendidik anak-
anak.

Banyak kemungkinan yang negative akan terjadi sekiranya
anak sering terabai emosi dan teraniaya fizikal. Anak-nak mungkin
tidak lagi suka untuk duduk di rumah, mereka lebih suka
berpeleseran di luar rumah. Pergaulan mereka dengan rakan-rakan
senasib mungkin mencetuskan protes dalam diri dan kelompok
berkenaan tehadap institusi keibubapaan secara sedar atau tidak,
lalu lahirlah generasi yang bengis, nakal, vandalisme dan
gensterisme.

Oleh itu, sudah sampai masanya setiap insane yang
bergelar ibubapa mengambil sikap prihatin dengan keadaan yang
mungkin melanda anak-anak ini sebelum bercambah menjadi
semakin serius sehinggakan ada yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan pelacuran.

Aduhai ibu bapa, berfikirlah dengan waras dan
timbangkanlah dengan seadilnya sebelum anda menjatuhkan
mereka dengan hukuman bersalah lalu dimarah dan dipukul. Yang
penting, sebelum anda menghukum, tanyalah diri anda sendiri
adakah kita telah memberikan mereka nasihat dan bimbingan yang
secukupnya selama mereka membesar?!

Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

160
PETUA 12 : TENTERAMKANLAH JIWA ANAK-ANAK
Manusia mempunyai zaman kanak-kanak yang lebih lama
berbanding haiwan, maka mereka mempunyai masa yang lama
bergantung kepada orang lain, iaitu ibu bapa.
Oleh itu, sebagi ibu bapa sewajarnyalah mengetahui kehendak
asasi anak-anak ini agar mereka dapat memberikan sumbangan
yang berguna kepada kehidupan mereka. Walaupun mereka
menikmati kesihatan tubh badan yang baik dan cukup, namun
mereka jarang mendapat kasih sayang dan kemesraan ibu bapa dan
keluarga.

Banyak kajian mendapati, kanak-kanak yang menumpang
di rumah anak-anak yatim kelihatan tidak mempunyai kelakuan
yang terdidik, terburu-buru dan kurang tata tertib. Walaupun
kanak-kanak berkenaan sudah mencapai usia 3 tahun misalnya,
mereka masih belum tahu menggunakan dan menggerakkan
anggota tangan dan kaki mereka dengan sewajarnya. Mereka tidak
dapat menolong diri sendiri seperti kanak-kanak lain yang sebaya
dengan mereka.

Ancaman besar kepada jiwa anak-anak apabila terjadi
perpecahan keluarga, kematian orang tua, perceraian ibu bapa,
perpisahan yang terlalu lama adalah antara sebab yang boleh
mengacaubilaukan jiwa dan perasaan anak-anak. Hidup
sebumbung dengan ibu bapa serta mendapat kasih sayang dari
orang tua sangat penting kepada perkembangan jiwa dan emosi
anak-anak. J adilah peliharalah rumahtangga dan ikatan
kekeluargaan anda agar ianya kukuh dan bertahan sehingga ke
akhir hayat.

Keutuhan institusi kekeluargan tentu sahaja memudahkan
tugas-tugas perkembangan emosi dan fizikal anak-anak yang
sentiasa disamping dan didampingi ibu bapa di bawah satu
bumbung. Ingatlah, perceraian bukan sahaja merosakkan jiwa si
suami atau si isteri sahaja malah jiwa anak-anak yang belum
mengerti apa-apa. J adikanlan rumah kita sebagi syurga kita,
Membina Akal Budi Dan Peribadi

161
supaya insan-insan di dalamnya terpelihara jiwanya termasuk kita
sendiri.

PETUA 13 : MEMBENTUK AKAL BUDI DAN PERIBADI
ANAK-ANAK
Setelah sembilan bulan sepuluh hari seorang ibu mengandungkan
anaknya, maka lahirlah anak itu ke dunia. Ketika lahir ke dunia,
kanak-kanak merupakan satu makhluk yang lemah dan tidak
sempurna kejadiannya. Kekuatan fizikal belum matang dan daya
pemikirannya belum berkembang, malah seluruh jiwanya belum
cukup lengkap.

Namun, ia bukanlah makhluk beku, kaku, pekak, bisu atau
serba serbi kekurangan, malah ia juga insan yang mempunyai
naluri dan persaan yang setara dengan usianya. Dia mempunyai
asas yang kuat untuk menerima kesan pengaruh dari persekitaran.
Kesan dan pengaruh persekitaran pertama yang diterimanya cukup
untuk mencorak dan mempengaruhi perkembangan watak-watak
peribadi yang akan tumbuh subur selepas itu. Dalam hal ini,
hubungan baik ibu dan anak yang kukuh merupakan sebaik-baik
jaminan untuk kesihatan akal dan jasmaninya, juga untuk
kelanjutan proses kematangan anggota badannya. Kesuburan akal
dan perasaan yang dapat berlangsung tumbuh dalam suasana yang
tenang, aman dan bahagia tentunya menjamin kematangan dan
kesempurnaan insan setelah meningkat dewasa.

Selama pembentukan peribadi kanak-kanak itu bergantung
keada asas kasih mesra ibu, maka perhubungan kasih mesra anak
dan ibu inilah yang menjadi sebahagian factor utana dalam
perkembangan peribadi positif anak-anak.

Kaum ibu perlu mendampingi anak-anak mereka sekurang-
kurangnya tiga tahun pertama dari kelahiran. Sikap menjauhkan
diri dari anak-anak akan menyebabkan kanak-kanak itu merasa
dirinya tidak lagi disayangi. Ini menimbulkan perasaan gelisah dan
tidak senang dalam jiwanya.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

162

Perhubungan antara ibu da anak yang tidak diikiat dengan
tali kasih sayang yang kuat akan menimbulkan rasa yang tidak
tenteram dalam jiwa anak-anak. Ini seterusnya akan membentuk
tingkahlaku yang menyeleweng dari norma masyarakat di
kalangan anak-anak tadi serta melumpuhkan kesuburan perasaan
mereka dan melemahkan pencernaan akal budi dan pribadi anak-
anak ini.

PETUA 14 : MENGAWAL KEBEBASAN ANAK-ANAK
Tidak ada ibu bapa yang akan berpuashati dan bersenang hati jika
tahu bahawa anaknya tidak berpuashati dengan apa yang mereka
berikan selama ini. Sebagai orang yang bertanggungjawab
terhadap anak-anak terutama masa depan anak-anak itu sendiri.

Ada ibu bapa yang tertanya-tanya bagaimana harus
memberi rasa puashati dan kebebasan kepada anak-anak selari juga
dengan maltih mereka berkelakuan baik. Hal inilah yang sering
menjadi masalah kepada ibu bapa.

Apa erti kebebasan itu sendiri dari segi rohani? Bagaimana
cara orang tua memberikan kebebasan kepada anak-anak tanpa
merosakan keseimbangan antara kasih sayang dan penghargaan
dan keinginan kaum anak untuk mendapatkan kebebasan?

Kehidupan ini merupakan satu padang permainan yang
amat luas kepada anak-anak, di mana mereka giat meneroka
pelbagai dimensi dunia. Mereka sebenarnya senang diajak
berbincang dan boleh dijadikan teman. Dalam kehidupan ini, anak-
anak perlu diberikan alas an-alasan yang munasabah apabila
sesuatu perkara itu dilarang ataupun digalakkan. Anak-anak juga
mempunyai daya pemikiran tersendiri. Maka sudah tentulah setiap
anak itu ingin mengetahui sebab dan akibat sesuatu perkara itu
disuru atau dilarang.


Membina Akal Budi Dan Peribadi

163
Sekiranya ibi bapa mahukan penghargaan dari anak-anak
mereka, maka mereka perlulah juga menghargai anak-anak dalam
sebesar-besar perkara hinggalah kepada sekecil-kecil perkara.
Ramai ibu bapa yang mengharapkan dihargai oleh anak-anak tetapi
mereka sendiri tidak pernah menghargai dan menghormati
pandangan anak-anak.

Mengawal kebebasan anak-anak bukanlah bermakna kita
mengongkong seratus peratus pergerakan fizikal mereka tetapi
sesuatu itu biarlah adil dan bertempat. Mengawal bukan sahaja
dalam bentuk fizikal malah juga melibatkan hal-hal dalaman
berkaitan emosi, persaan, pemikiran, hati dan keinginan.
Mengawal anak-anak ada risikonya jika ibu bapa itu terlalu
mengongkong dan memerhatikan tingkahlaku anak-anak sehingga
mereka terasa berat untuk memulakan sesuatu perkara. Dunia
anak-anak adalah suatu penerokaan yang amat luas. Sekiranya
anak anda terlalu terbatas pergerakan dan daya pemikirannya
akibat sikap kuku besi ibu bapa sebegini, maka lahirlah generasi
manusia yang bersifat tidak lain seperti robot yang ditekan suisnya
untuk melakukan sesuatu perkara.

Anak-anak yang terlalu dikongkong dan diawasi akan
merasa bimbang dan ragu-ragu untuk bertindak sendiri dan
berdikari. Cara sebegini akan melemahkan dan meracuni jiwa
anak-anak yang sedang berkembang.

Kebebasan anak-anak yang tidak terkawal tentu semua ibu
bapa yang telah mengetahui kesan buruknya tetapi kebebasan yang
terlalu dikawal mungkin tanpa disedari ibu bapa juga boleh
mendatangkan kesan buruk yang boleh merosakkan sikap
berdikari, yakin diri dan motivasi diri di kalangan anak-anak ini.

J usteru, sebagai ibu bapa yang ingin melihat anaknya
menjadi insan berguna yang berdikari sewajarnyalah bertindak
dengan sebaiknya dalam menentukan kebebasan anak-anak dari
segenap aspek rohani dan jasmani.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

164

PETUA 15 : MENANAM NILAI MURNI DI KALANGAN
ANAK-ANAK
Tidak ada keutamaan yang lebih utama selain menyerapkan jiwa
beragama dalam diri anak-anak yang masih mentah dalam
persoalan hidup. Agam adalah pokok setiap kehidupan untruk
setiap insan yang berlindung dan bermohon rahmat daru tuhannya.
Sejak dari awal kelahiran lagi anak-anak dibiskkan dengan
kalimah ketuhanan. Inilah permulaan anak itu agar mendapat nur
agama itu di dalam hatinya.

Aspek keagamaan tidak dapat dipisahkan dengan nilai
murni yang menjadi benteng kesucian dan kebersihan jiwa anak-
anak kita. Maka berilah didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak agar perahu yang didayung tak hanyut dek rebut dan
tank karam dek gelombang.

Nilai-nilai murni tidak susah untuk diucapkan tetapi amat
payah untuk diamalkan.
Anak-anak hendaklah diajar memelihara lidah agar tidak bedusta
dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor dan sia-sia.
Anak-anak mestilah diajar untuk memelihara kehormatan dan
kesucian diri supaya tidak dikotori dengan perbuatan keji seperi
penzinaan, liwat, pelacuran dan sebagainya. Sifat amanah perlu
ditanam dan diasuh sejak kecil agar anak-anak menjadi seorang
yang bukan sahaja bertanggungjawab dalam memikul amanah dan
tugas, malah menjadi pewaris institusi kekeluargaan yang harmoni
untuk generasi di masa akan dating.

Kehidupan sederhana perlu diutamakan dalam keluarga
supaya menjadi ikutan kepada anak-anak dan manjadi amalan
mereka setelah dewasa nanti. Ibu bapa yang bersikap boros bukan
sahaja akan merugi harta dan wang ringgit mereka di waktu itu
sahaja malah melahirkan anak-anak yang bersikap boros juga satu
kerugian kepada semua orang dan negara.

Membina Akal Budi Dan Peribadi

165
Sikap tolong-menolong, bersabar dalam apa juga keadaan
dan bersikap pemurah merupakan antara nilai murni yang
sepatutnya sudah ditanam sejak kecil lagi dalam diri anak-anak
agar ia sebati dan selari dengan perkembangan anak-anak sehingga
dewasa.
Apapun, andalah ibu bapa yang dalam diam atau tidak merupakan
contoh paling hampir kepada anak-anak. Bagaimana diri anda
begitulah anak anda. Tepuklah dada tanyalah selera.



























Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

166

RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Berns, Roberta M. 1985. Child, Family Community. New York:
Holt, Rinehart & Winston
Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Membina Akal Budi Dan Peribadi

167
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.



14
MENINGKATKAN
PRESTASI PEMBELAJARAN
Nurulhuda Azizi



PETUA 16 : MEMBANTU ANAK UNTUK MENIKMATI
BELAJAR
Kebanyakan ibu bapa akan terasa sakit hati apabila melihat
anaknya bersengsara dalam pembelajarannya seperti membuat
kerja rumah atau mengulangi mata pelajaran sehingga larut malam.
Mereka sentiasa ingin membantu anaknya melepasi kesengsaraan
ini tetapi selain mengurangkan beban, mereka tidak terfikir cara
lain yang dipercayai berkesan dalam hal ini.

Namun, cuba fikirkan kenapa ada banyak sarjana atau
saintis yang dapat memikul beban yang lebih susah sedangkan
mereka dapat menikmatinya sebagai proses yang
menggembirakan? Inilah kunci penyelesaiannya: matlamat untuk
belajar!

Ibu bapa patut meletakkan pembinaan matlamat belajar
sebagai tugas paling penting dalam pembelajaran anaknya. Dengan
matlamat yang jelas, anaknya akan belajar dengan bersemangat
kerana sedar bahawa usahanya akan membawa dirinya semakin
dekat dengan matlamatnya.

Di samping itu, ibu bapa dapat membantu anaknya untuk
menikmati belajar dengan menjadikan pembelajaran sebagai
sumber kegembiraan. Apabila fokus ditumpukan untuk mencari
kegembiraan daripada pembelajaran, maka anaknya akan mula
Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

169
merasa kepuasan daripada hasil setiap kali penyelesaian masalah
matematik dicapai, merasa kepuasan daripada hasil bacaan yang
menambah ilmu sendiri, daripada kejayaan diri dalam
mendisplinkan diri; daripada kejayaan dalam peperiksaan dan
sebagainya.

J ika menggunakan teori Maslow untuk menerangkan
keadaaan ini, bolehlah dikatakan apabila keperluan mengejar ilmu
berjaya dihidupkan untuk mengatasi keperluan peringkat lain,
maka anak kita akan menikmati belajar untuk selama-lamanya.

PETUA 17 : MEMUPUK MINAT BELAJAR
Ibu bapa sentiasa amat susah hati dengan sikap berlengah-lengah
anaknya dalam pembelajaran. Berapa kali dah panggillah baru
sanggup duduk di depan meja untuk membuat kerja sekolah.
Tetapi, ini pun hanya berlanjut selama beberapa minit. Kadang-
kadang pemaksaan dilakukan, tetapi anak tetap orang ada, hati di
tempat lain.

Kenapa anak kita tiada minat untuk belajar? Sebaliknya,
kenapa minat sangat dengan permainan? Sebabnya, anak kita
mendapat pengalaman yang berlainan daripada kedua-dua aktiviti
ini. Pengalaman seronok mendorong, pengalaman sengsara
menolak, ini hakikat kecenderungan naluri insan.

Namun, bagaimanakah cara untuk menambah pengalaman
seronok untuk memupuk minat belajar? Pendidik terkenal Wei dari
China memberi cadangannya: pertandingan satu minit.

Menurut beliau, biarpun anak sentiasa dalam keadaan yang
bosan terhadap belajar, pertandingan ini tetap boleh dilakukan
kerana ia hanya mengambil masa satu minit. Pertandingan ini
sebenarnya dijalankan untuk mencabar diri sendiri, seperti berapa
perkataan yang boleh dibaca, ditulis, dihafal dalam satu minit?
Bolehkah rekod ini dipecah?

Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

170
Kanak-kanak sukakan cabaran dan pertandingan. Apabila
mereka mula mendapat kepuasan daripada pemajuan diri yang
ditunjukkan oleh pecahan rekod yang berterusan, mereka akan
mula berminat untuk mencuba dalam bidang ilmu yang lebih luas.
Apabila aktiviti-aktiviti pembelajaran ini dirancang dengan baik di
bawah prinsip pertandingan dan cabaran, maka pengalaman positif
akan menggantikan pengalaman negatif dalam pembelajarannya
secara beransur-ansur.

PETUA 18 : MEMUPUK TABIAT BELAJAR YANG BAIK
Menurut kajian, faktor penentu pencapaian akademik bergantung
hanya 20% pada faktor kecerdasan dan bergantung banyak pada
fatok bukan kecerdasan seperti keyakinan, ketahanan mental,
minat dan tabiat belajar yang baik. Tabiat adalah satu dorongan
dalaman yang kuat. Apabila seseorang itu berjaya membina tabiat
belajar yang baik, dia akan sukar untuk dikeluarkan daripada
landasan belajar biarpun mendepani tarikan luaran seperti
permainan atau program TV.

Tabiat belajar yang baik selalunya dinyatakan dalam tiga
aspek, iaitu tabiat belajar dalam kuantiti ( contohnya sejumlah
bahan setiap hari ); tabiat belajar dalam ketepatan masa (
contohnya mendisplinkan diri dalammengikut perancangan harian
) dan tabiat belajar dalam penumpuan perhatian ( contohnya tidak
terpengaruh apabila belajar).

Dalam pemupukan tabiat belajar dalam diri anak, ibu bapa
perlu mengambil kira beberapa perkara yang berikut:

i) J angan membuat permintaan tidak realistik pada
permulaan. Sebagai contohnya, dalam pembelajaran
perbendaharaan kata Inggeris, satu perkataan setiap hari
sudah mencukupi untuk menggerakkan pembelajaran.

ii) Proses pemupukan tabiat belajar harus bermaju
beransur-ansur dengan pemupukan kawalan anak
Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

171
terhadap masa dan tempat aktiviti sebagai tindakan teras.

iii) Apabila mendepani keadaan seperti sakit atau sibuk,
perancangan awal turut mesti dilakukan walaupun dengan
kadar dan kuantiti yang lebih rendah.

Sebenarnya, teras pemupukan tabiat yang baik terletak
pada pemupukan kesedaran dan kawalan diri.

PETUA 19 : KERAJINAN ASAS KEHIDUPAN
Dalam dunia kapitalisme, kecerdikan dan peluang kadang-kadang
dilihat lebih penting daripada kerajinan dan ini sentiasanya
mempengaruhi terutamanya pelajar yang cerdik kerana mereka
dapat menggunakan kenyataan ini sebagai asas untuk menolak
kepentingan kerajinan.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyakinkan
anaknya tentang kepentingan kerajinan ini. Dua kenyataan berikut
mungkin boleh membantu ibu bapa dalam hal ini. Pertamanya,
kenyataan bahawa kesemua tokoh bairpun mereka dalam bidang
politik bila dianalisis pengalaman hidupnya hanyalah kerajianan
yang menjadi teras tunggal dalam kejayaannya; sebaliknya, hampir
kesemua penjenayah mempunyai kesamaan di mana menolak
kerajinan sebagai pegangan hidupnya. Kedua, kenyataan bahawa
faktor kegagalan dalam sekolah terpilih tidak lain tidak bukan
disebabkan oleh kemalasan. Kedua-dua kenyataan ini
membuktikan kecerdikan dan peluang tanpa kerajinan tidak akan
membuahkan hasil.

Di samping itu, ibu bapa boleh menggunakan teori dua
kendiri untuk membantu anak. Teori ini menyatakan bahawa
setiap orang mempunyai dua kendiri yang bertentangan,
umpamanya kendiri rajin dan malas. Apa yang ibu bapa harus buat
di sini bukan sentiasa mengkritik dan memberi tekanan, tetapi
memberi sokongan dalam membantu kendiri rajin anak untuk
memerangi kendiri malas anak.
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

172

Ibu bapa perlu yakin terhadap kendiri rajin anak. Apabila
anak menunjukkan kecenderungan untuk bermalas, ibu bapa harus
berbincang dengan anak dengan cara yang baik dan mencipta
peluang dan ruang untuk kendiri rajin anak berfungsi. Walaupun
insan mempunyai tendensi untuk bermalas, tetapi juga mempunyai
tendensi untuk mendapat kepuasan daripada kerajinan bekerja.
Maka, yakinlah dengan usaha teguh ibu bapa untuk sama-sama
memerangi kendiri malas, kendiri rajin anak akan berjaya
walaupun proses ini memakan masa.

PETUA 20 : KETABAHAN JIWA TERAS KEJAYAAN
Ibu bapa selalu kekosongan idea dan memeluk kebimbangan dan
kekhuatiran yang berlebihan apabila mendepani kes kegaglan dan
pengabaian anak dalam pelajarannya. Mereka mencuba untuk
mencari faktor penyebab daripada aspek kecerdasan anaknya dan
sentiasanya mendapatkan kesimpulan yang silap.

Nasihat pendidik kepada ibu bapa dalam hal ini ialah:
cubalah melihat aspek non-kecerdasan terutamanya faktor
ketabahan jiwa seseorang anak!

Ketabahan jiwa adalah satu keupayaan di mana seseorang
itu sanggup menerima segala cabaran dan kegagalan dan tidak
mengelak dari memikul tanggungjawab yang berat dan susah. Ini
juga sifat personaliti yang ditunjukkan oleh kesemua tokoh yang
berjaya dalam kerjayanya.

Maka, ibu bapa boleh mencuba untuk menyelesaikan
masalah tersebut di atas melalui cara memupuk ketabahan jiwa
anak. Empat cara pemupukan ketabahan jiwa disarankan seperti
berikut:

i) Mengajar anak tentang kepentingan ketabahan jiwa dan
melihat kegagalan sebagai peluang untuk mencabar dan
melatih ketahanan diri.
Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

173

ii) Menggalakkan anak untuk membuat larian jauh setiap
hari.

iii) Menggalakkan anak membaca riwayat hidup tokoh
sejarah untuk mendapat kesan identifikasi daripada
personaliti tokoh berkenaan.

iv) Membantu anak dalam merancang kerjanya dan
seterusnya melaksanakan dengan lengkap dan tidak
berlengah-lengah.

PETUA 21 : KESEDARAN KOMPETENSI YANG POSITIF
Dalam dunia yang penuh dengan peluang yang terbuka, pada masa
globalisasi yang kian menggiat, semua orang tidak terlepas
daripada cabaran untuk menjadi lebih bersaing dalam dunia
kerjayanya. Sesiapa yang ketinggalan dalam persaingan
sentiasanya kehilangan peluang dan sumber untuk mencapai
kejayaan besar.

Pelajar-pelajar terpaksa juga bersaing dalam pembelajaran.
Ada ibu bapa yang bimbang tentang persiangan ini. Pada mereka,
kegagalan dalam persaingan akan membawa kepada kekecewaan
yang mungkin menghapuskan minat belajar manakala kejayaan
dalam persaingan pula boleh membawa kepada keangkuhan
seseorang dan kemungkinan disingkir oleh pelajar lain.

Ahli pendidik tidak bersetuju dengan pandangan
sedemikian. Pandangan profesional melihat persaingan sebagai
satu realiti hidup yang tidak dapat dielakkan terutamanya dalam
zaman moden ini. Dan hanyalah melalui persaingan, kemajuan
dalam sesuatu bidang dapat tercapai kerana pesertaya berebut-
rebut untuk menghasilkan produk yang paling baik demi mengatasi
produk orang lain.


Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

174
Maka, apa yang perlu ibu bapa buat bukanlah kebimbangan
yang tidak berasas, tetapi memikirkan cara untuk memupuk
kesedaran kompentensi yang positif dalam jiwa anaknya.
Kesedaran kompetensi yang positif membawa tiga makna di sini.
Pertamanya, sikap terhadap keputusan persaingan. Yang berjaya
tetap menghormati dan membantu penyertaan yang gagal, dan
yang gagal tetap menerima dan belajar daripada yang berjaya.
Keduanya, peraturan keadilan dalam persaingan di mana tiada
serangan atau pencabulan hak terhadap peserta lain terlibat dalam
proses persaingan. Ketiganya, persaingan bukan sahaja dilakukan
secara interpersonal, tetapi juga sesame sendiri. Pesaing yang
berjaya turut perlu bersaing dengan rekod sendiri dan mencapai
kemajuan berterusan.

PETUA 22 : KUASA SAHABAT MEMANDU KEMAJUAN
Ibu bapa selalu menghadapi dilema dalam menguruskan hal
kenalan atau sahabat anak atas ketakutan anak dipengaruhi oleh
mereka yang berkelakuan tidak baik. Kebimbangan ini memuncak
apabila anak meminta untuk pergi melancong dengan sahabatnya
selama beberapa hari pada masa cuti.

Pendidik mengakui kesan negatif yang mungkin membawa
kepada seseorang pelajar daripada persahabatannya. Tetapi, ibu
bapa perlu menyedari kelebihan daripada persahabatan anak dulu
sebelum menentukan polisi pengurusan mereka. Secara
umumnya, persahabatan boleh membawa empat kelebihan asas
seperti berikut:

i) Keperluan psikologi anak dapat dipenuhi daripada
bertukar pandangan dengan sahabatnya terhadap
pelbgai masalah kehidupannya.

ii) Anak mendapat peluang untuk belajar bagaimana
bekerjasama dengan orang berlainan daripada
interaksinya dengan sahabat.

Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

175
iii) Anak mempunyai sahabat yang dapat saling belajar
dan mendorong dalam mendepani masalah harian atau
pembelajaran.

iv) Persaingan yang positif wujud sesama sahabat dan ini
secara tidak terus memupuk minat belajar.

Dengan ini, ibu bapa sebenarnya harus menggalakkan
anaknya untuk mengenali lebih banyak sahabat memandangkan
kepentingan persahabatan ini. Apa yang ibu bapa harus buat ialah
pemantauan dan keyakinan kepada anak dalam hal ini. Selalu
berbincang dengan anak dalam hal ini supaya dia memahami
kepentingan dan makna sebenar persahabatan. Dalam kes tertentu,
menghindari sahabat berkelakuan tidak baik bukan cara
penyelesaian terbaik, sebaliknya, ibu bapa boleh membantu
anaknya dalam membimbing sahabat berkenaan supaya balik ke
landasan positif.

PETUA 23 : MELATIH ANAK SEBAGAI PELAJAR
EFEKTIF
Masa tidak pernah memberat sebelah kepada sesiapa pun. Semua
orang mempunyai jumlah masa yang sama. Untuk menonjol dalam
persaingan, pengurusan masa menjadi hal yang penting sekali
dalam peningkatan prestasi akademik. Ibu bapa boleh membantu
anak dalam pengurusan masa dengan dua cara. Pertamanya,
membina perasaan efektif dalam konsep kendiri, dan keduanya,
membantu dalam pengurusan masa anak terutamanya dalam
pengurusan masa rehat, masa belajar dan masa hobi.

Pembinaan perasaan efektif bersangkut paut dengan
keberkesanan pengurusan masa, ibu bapa di sini hanya mempunyai
kesedaran yang tinggi dan menunjukkan teladan positif dalam hal
ini. Dalam pengurusan masa pula, cara yang dipakai oleh seorang
pelajar cemerlang J ames mungkin boleh menjadi rujukan ibu bapa.


Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

176
i) Dalam pengurusan masa rehat, displin ketat dikenakan
di mana J ames membangun pada 6 pagi dan tidur pada
10 malam setiap hari.

ii) Dalam pengurusan masa belajar, tiga slot masa
dimestikan untuk tujuan pra-bacaan, menghadiri kelas,
dan membuat ulangkaji. Dalam slot masa menghadiri
kelas, 45 minit dalam waktu pengajaran dimanfaatkan
sepenuhnya dengan menumpu sepenuh perhatian dan
membuat nota rumusan isi penting berpandukan pra-
bacaan. Dalam slot masa membuat ulangkaji, masa
tidak akan dibazirkan dalam membuat latihan bertubi
atau menghadiri kelas tuisyen; tetapi digunakan masa
tersebut dalam pemikiran dan analisis terhadap isi
penting dan soalan formatif dalam kerja rumah sesuatu
mata pelajaran.

iii) Dalam pengurusan masa hobi, aktiviti beristirehat
diutamakan berpandukan minat sendiri. J ames
mendapat kebebasan penuh dalam Ahad setiap minggu
untuk merancang aktiviti sendiri dalam melakukan
hobinya.


PETUA 24 : JANGAN BUAT KERJA SEKOLAH UNTUK
ANAK
Sememangnya sistem pengukuhan pendidikan di negara ini terlalu
berorientasikan latihan bertubi sehingga anak kita dibebani dengan
kerja berlonggok setiap hari. Kementerian kini menyedari masalah
ini dan telah mengarahkan supaya kerjarumah dikurangkan.
Bagaimanapun, ini bukan polisi yang senang dilaksanakan, anak-
anak tetap hidup sengsara dengan kerja rumah yang tidak habis-
habis. Dalam keadaan ini, ada ibu bapa yang sanggup membuat
kerja rumah bagi pihak anak untuk mengurangkan beban dan
sengsara anak.

Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

177
Tetapi ahli pendidik tidak galakkan ini! Tindakan ibu bapa
ini, dengan ibu bapa yang menemani anak dalam sepenuh proses
membuat kerja rumah, dikatakan oleh orang profesional ini sebagai
tindakan yang menghapuskan inisiatif dan keyakinan anak dalam
pembelajaran.

Ada ibu bapa pula yang berperanan sebagai pembimbing
mutlak di mana membekalkan semua jawapan kepada penanyaan
anaknya. Ini juga tidak digalakkan kerana anak akan terlalu
bergantung dalam pembelajaran. Di samping itu, ada juga ibu bapa
yang membimbing dengan menyediakan sistem pembelajaran
dengan mencarikan maklumat dan soalan yang banyak untuk
dibelajar oleh anaknya. Ini juga membawa kesan negatif kerana
anak yang dibeban teruk kemungkinan besar menghasilkan
perasaan bosan dan benci terhadap pembelajaran walaupun pada
ketika ini memaksakan diri menurut hasrat ibu bapanya.
Saranan profesional dalam pengurusan kerja rumah adalah
model pemantauan rasional. Ibu bapa digalakkan untuk membuat
dua perkara penting; pertamanya, membantu anak dalam
meningkatkan efisensi dalam membuat kerja rumah, keduanya,
selalu membincang dengan anak terntang rasional dan kepentingan
kerja rumah untuk menambahkan inisiatifnya dalam perkara ini.

PETUA 25 : MEMBANTU ANAK MENDEPANI CABARAN
PEPERIKSAAN
Banyak ibu bapa akan memarahi anak jika anaknya mendapat
markah rendah dalam peperiksaan. Pada mereka, markah rendah
ini membawa dua makna, pertama, masa depan anak tergugat;
kedua, faktor penyebab tidak lain tidak bukan kemalasan anaknya.
Maka, ada anak yang sanggup mengakhiri nyawanya demi
melepasi tekanan sedemikian.

Tanggapan di atas adalah salah sekali dan patut diubah jika
ibu bapa benar-benar sayangkan anak mereka! Markah rendah
bukan petanda kegagalan yang mutlak, banyak ahli peniaga dan
profesional yang berjaya tidak pernah mendapat markah tinggi
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

178
dalam peperiksaan. Markah rendah juga bukan petanda kemalasan
anak, kerana penentuan kejayaan dalam peperiksaan meliputi
pelbagai faktor yang kompleks.

Banyak anak kita sendiri merasa risau dan cemaas apabila
mendapat markah rendah. Ini sebenarnya telah menunjukkan
hasratnya untuk memajukan diri. Hasrat ini sepatutnya disokong
dan bukan dibebani dengan kemarahan dan takanan yang
berlebihan.

Sebenarnya peranan ibu bapa merupakan faktor penting
dalam membantu anak dalam mendepani cabaran peperiksaan.
Dengan sokongan padu dan kefahaman empati, anaknya akan lebih
bersemangat dan menumpu perhatian dalam persediaannya dalam
menduduki peperiksaan.

Tidak kurang pula ibu bapa dapat membantu dengan
teknikal seperti analisis kelemahan dalam mata pelajaran tertentu,
analisis soalan tahun lepas, pengaturan strategi persediaan,
peningkatan teknik menduduki peperiksaan dan sebagainya.

Harus diingati bahawa peperiksaan hanyalah satu bahagian
kecil dalam hidup seseorang dan ibu bapa seharusnya membantu
anak untuk merancang kehidupan dalam skop yang lebih luas.

PETUA 26 : MEMBANTU ANAK YANG KETINGGALAN
Ibu bapa sentiasa menunjukkan kemarahan atau kerisauan yang
berlebihan apabila menghadapi anak yang ketinggalan dalam
pelajaran. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan bagi
meningkatkan hasil pembelajaran anaknya. Tetapi kesannya selalu
sama: gagal!

Dalam hal ini, pendidik mencadangkan bahawa kejayaan
ibu bapa hanya tercapai apabila mereka faham dan akur kepada
tiga perkara yang penting dalam masalah ketinggalan pelajaran
anaknya.
Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

179

Pertamanya, ibu bapa patut faham dan akur kepada hakikat
bahawa insan mempunyai kadar perkembangan yang berlainan dan
anaknya mungkin satu daripada mereka yang berkembang lewat.
Contoh-contoh keadaan sedemikian dapat dilihat daripada
pengalaman tokoh seperti Hegel dan Darwin yang ketinggalan
pada peringkat awal tetapi menonjol pada peringkat lewat.

Keduanya, ibu bapa patut faham dan akur kepada hakikat
bahawa setiap insane mempunyai potensinya tersendiri. Walaupun
anak kita ketinggalan dalam pelajaran, ini tidak bermakna dia tiada
bakat yang boleh dicungkil. Pengalaman tokoh-tokoh seperti A.
Eistein dan T. Edison telah membuktikan keadaan ini.

Ketiganya, ibu bapa patut faham dan akur kepada hakikat
bahawa terdapat juga kelebihan yang ada pada pelajar ketinggalan
pelajaran yang sememangnya dapat menyumbang kepada kejayaan
kerjaya pada masa depan. Banyak kajian telah menunjukkan
terutamanya dalam bidang perniagaan, pelajar dengan keputusan
kurang baik berkemungkinan lebih besar untuk berjaya jika
berbanding dengan pelajar cemerlang yang masuk universiti.

PETUA 27 : MEMBANTU ANAK HARUNGI CABARAN
KEGAGALAN
Ada sarjana yang menyatakan bahawa sekolah ialah satu tempat
di mana setiap insan mengalami paling banyak kegagalan seumur
hidupnya. Maka, kegagalan sememangnya tidak dapat dielakkan
oleh setiap orang pelajar meskipun pelajar cemerlang.

Namun, pelajar cemerlang sentiasanya menunjukkan
respon yang terlalu berbeza. Ada yang dapat menebus kegagalan
dengan cepat tetapi ada yang terus terjerumus dalam atribusi
negatif dan tekanan keterlaluan. Keadaan ini kadang-kadang
dikenali sebagai mengorek jerat mental seperti yang ditunjukkan
dalam aduan seorang pelajar cemerlang A yang mengalami
kegagalan besar terhadap gurunya:
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

180

Cikgu, saya bimbang dan tidak tahu bagaimana menjelas
kepada ibu bapa saya.

Cikgu, nenek saya tentunya sedih sangat apabila
mengetahui perkara ini.

Cikgu, pesaing saya tentunya akan berasa gembira
dengan kegagalan saya dan pelajar lain dalam kelas turut akan
ketawakan saya.

Cikgu, guru lain juga akan turut memandang rendah
terhadap saya

Pelajar A ini asyik mengorek jerat mentalnya dan
menambah tekanan serta kecemasan yang belum terbukti. Dia telah
kehilangan peluang untuk membuat analisis terhadap kesilapan dan
kelemahan dirinya demi memperbaiki prestasi pada masa depan.

Apa yang ibu bapa boleh buat dalam hal ini? Selain
memberi dorongan berterusan dan keyakinan yang teguh terhadap
keupayaan mereka, ibu bapa mungkin boleh menggunakan cara
berikut demi membantu anaknya menukarkan sudut pemikiran
terhadap kegagalannya. Cara ini adalah untuk melepasi lekatan
pelajar yang keterlaluan terhadap masalah kegagalannya.

Cara ini digelar tujuh sudut melihat bukaan perigi. Sudut
pertama adalah dari dalam perigi di mana hanya kegelapan yang
diperhatikan. Sudut kedua adalah dari pinggir perigi di mana
bukaan perigi dapat dilihat dengan dekat. Sudut ketiga adalah dari
atas bukit dan sudut keempat dari atas gunung tinggi. Dari sudut
ini, bukaan perigi akan dilihat sebagai satu benda yang amat kecil
yang dikelilingi benda yang lain. Sudut kelima dari atas awan di
mana bukaan perigi hampir tidak kelihatan. Sudut keenam dari
bulan di mana hanya bumi yang kelihatan dan sudut ketujuh dari
Mars di mana bumi juga menjadi satu bintang kecil sahaja.
Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

181

Bukaan perigi ibarat masalah kegagalan. J ikalau pelajar
mengambil satu sudut yang rendah dan dekat, maka masalah ini
akan menjadi masalah yang amat besar. Sebaliknya, sekiranya
pelajar melihat masalah ini dari sudut yang tinggi dan jauh, maka
dia akan sedar akan banyak peranan lainnya dalam kehidupan ini.
Masalah kegagalan akan menjadi satu bintang kecil yang
dikelilingi oleh banyak bintang (peranan) lain.



























Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

182


RUJUKAN

Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Rremaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Berns, Roberta M. 1985. Child, Family Community. New York:
Holt, Rinehart & Winston

Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Leslie, Gerald R. 1973. The Family in Social Contexts. New York:
Oxford University Press.
Maguire, J . 1995. Your Childs Emotional Health. New York:
Mcmillan.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving kids.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Muhamad J antan. 1993. Psikologi Keibubapaan. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Meningkatkan Prestasi Pembelajaran

183
Sasse, Connies R. 1994. Families Today. New York Columbus,
Ohio: Glencoe.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Smith, H. 1999. Unhappy Children: Reasons and Remedies. New
York: Free Association Books Ltd.
Street, Eddy. 1994. Counselling for Family Problems. London:
SAGE Publication.
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


15
MEMBINA KOMUNIKASI
BERKESAN DENGAN ANAK
Yusof Boon




PENGENALAN
Dalam bab ini beberapa cara membina hubungan berkesan dengan
anak akan mensyorkan berdasarkan kemahiran berkomunikasi.
Antaranya ialah:

i Cara memahami pemikiran anak-anak
ii Cara mengatasi permintaan dan bantahan anak-anak
iii Cara menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
bersama anak-anak

Cara pertama yang melibatkan pemahaman pemikiran
anak-anak adalah cara yang akan membantu ibu bapa mengetahui
dan lebih perinci tentang pemikiran, tingkah laku dan perasaan
anak sehingga boleh menyebabkan anak-anak berfikir dengan betul
apabila mereka bercakap.

Terdapat empat cara yang berkesan dalam memahami
pemikiran anak-anak. Antaranya ialah memberi kebebasan kepada
anak-anak untuk menyuarakan pendapat , membantu anak-anak
memberi suatu informasi dengan tepat dan terperinci, membantu
memahami cakapan dan tingkah laku anak-anak dan membantu
anak-anak berfikir kembali apa yang dikatakan sebelumnya.

Cara kedua yang berfokus pada mengatasi permintaan dan
Membina Komunikasi Berkesan Dengan Anak

185
bantahan anak-anak ialah cara yang boleh membantu ibu bapa
menarik balik apa yang dikatakannya dan membantu anak-anak
memikir dengan lebih matang. Antara teknik-teknik ialah teknik
melihat aspek yang baik, teknik berdiri pada pendirian anak-anak,
teknik selalu menyokong pendapat anak-anak dan teknik mencari
kelebihan dan kekuatan anak-anak.

Cara ketiga dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan bersama anak-anak ialah cara membantu anak-anak
menyelesaikan masalah mereka dengan berdikari,
membolehkan anak-anak bekerja sama dengan ibu bapa,
membantu anak-anak membuat keputusan yang betul dan
memberi galakan apabila anak-anak telah gagal. Antara teknik-
teknik ialah mengenali masalah, tawar-menawar, meluahkan
masalah dan ketidakpuasan kepada anak dan arahan membuat
begini.

PETUA28:MEMBERI KEBEBASAN KEPADA ANAK-
ANAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT
Contoh soalan yang membantu ibu bapa membolehkan anak-anak
menyuarakan suatu yang penting dengan terus ialah

-apa yang kamu sedang fikir?
-apa keputusan yang kamu telah buat?
-kenapa kamu sedih?

Cara ini amat mementingkan ibu bapa memberi ruang
kelonggaran kepada anak-anak mereka dalam meluangkan
pendapat. Cara ini membolehkan anak-anak bersuara. Di samping
itu, juga memberi peluang ibu bapa mendengar apa yang ada
dalam pemikiran anak-anak mereka. Cara ini boleh melahirkan
anak-anak yang kaya dengan imiginasi dan kreativiti. J ika anak-
anak tidak tahu apa yang ingin sampaikan, maka cara kedua (cara
membantu anak-anak memberi suatu informasi dengan tepat dan
terperinci) harus digunakan. J ika ibu bapa memberi kebebasan
anak-anak bersuara, mereka akan berasa mereka dihargai dan
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

186
seterusnya mempengaruhi pembentukan konsep kendiri anak-anak.

PETUA 29 : MEMBANTU ANAK-ANAK MEMBERI SUATU
INFORMASI DENGAN TEPAT DAN TERPERINCI
Contoh soalan yang membantu ibu bapa membolehkan anak-anak
menjawab dan menyuarakan sesuatu dengan tepat ialah

-adakah kamu sudah habiskan kerja rumah?
-bolehkah tolong ibu mencuci pinggan mangkuk?
-adakah kamu hari ini akan menjalani latihan lompat jauh?

Cara ini mengehadkan anak-anak memberi jawapan mereka
sama ada ya atau tidak sahaja. Cara ini juga memberi jenis
maklumat yang ibu bapa perlukan. Biasanya, cara ini digunakan
bersama dengan cara pertama (membantu anak-anak memberi
suatu informasi dengan tepat dan terperinci). Cara ini
membolehkan anak-anak menjawab dengan tepat, sementara ibu
bapa dapat memberi gerak balas yang tepat terhadap anak-anak.
Maka, anak-anak tidak akan terasa tersingkir dan seterusnya
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri anak-anak mereka.

PETUA 30 : MEMBANTU MEMAHAMI CAKAPAN DAN
TINGKAH LAKU ANAK-ANAK
Contoh pernyataan yang membantu ibu bapa memahami cakapan
dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka ialah

-saya tidak suka apabila saya kena usik kawan-kawan lain.
-saya tidak suka melihat orang lain merokok, ini kerana ini
adalah amalan bodoh.

Cara ini penting dalam membantu ibu bapa memahami
perasaan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh anak-anak
mereka. J ika ibu bapa menunjukkan bahawa mereka mereka
mengambil berat terhadap mereka, anak-anak akan berasa mereka
itu penting. Cakapan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh anak-
anak haruslah diterima secara positif dan terbuka oleh ibu bapa.
Membina Komunikasi Berkesan Dengan Anak

187
Pernyataan yang dikemukakan oleh anak-anak akan menunjukkan
kepercayaan dan pegangan mereka. J ika pendapat atau idea anak-
anak diterima atau disetujui oleh ibu bapa, maka mereka akan
berasa mereka adalah betul dan disayangi. Ini seterusnya
mempengaruhi pembentukan konsep kendiri anak-anak secara
positif dan membina.

PETUA 31 : MEMBANTU ANAK-ANAK BERFIKIR
KEMBALI
Contoh pernyataan yang membantu anak-anak mengenali diri ialah

-semua kawan saya boleh balik lewat pada malam.
-kawan saya cantik, tetapi saya tidak cantik.

Contoh dialog :

Ali: saya hendak berhenti sekolah kerana saya mahu
bekerja dengan kawan saya.
Bapa: adakah kamu percaya bahawa boleh dapatkan kerja
tanpa pendidikan yang
tinggi?

Cara ini kadang kala telah membolehkan anak-anak
mengeluarkan cakapan yang tidak logik, tetapi masih diterima dan
dipercayai betul oleh anak-anak. J ika anak-anak ketahui kesalahan
bahawa pemikiran mereka tidak logik, mereka mungkin akan
berubah fikiran. Cara ini membantu anak-anak melihat kesilapan
anak-anak. Kalau boleh ibu bapa digalakkan memberikan
informasi-imformasi tambahan kepada anak-anak mereka supaya
boleh menukarkan fikiran anak-anak yang telahpun salah. Cara ini
dilaksanakan dengan mengenalpasti penyebab kepada fikiran anak.
Langkah kedua, tunjukkan fikiran anak yang tidak logik. Langkah
ketiga ialah memberitahu kenapa fikiran tersebut tidak logik.Cara
ini membantu anak-anak memahami diri sendiri. Di samping ini,
juga membolehkan anak-anak lebih menyakinkan pendapat yang
dikemukanya dan tingkah laku yang ditunjukkannya. Cara ini tidak
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

188
memalukan anak-anak apabila melakukan kesilapan, tetapi boleh
menyedari kesilapan anak secara tidak langsung. Dengan teknik ini
yang tidak memalukan anak-anak, harga diri bagi anak-anak juga
tidak akan terjejas.

PETUA 32 : MELIHAT ASPEK YANG BAIK
Contoh pernyataan yang memberitahu apa yang patut dilakukan
oleh anak:

-Bila kamu senyap, barulah ayah akan buka televisyen.
-kamu hanya betul enam soalan daripada sepuluh.
-bilik tidur kamu tidak kemas

Teknik ini membantu anak-anak berfikir dengan positif. Ini
dibantu oleh ibu bapa memberitahu apa yang dikehendakinya. Ini
bukan bermakna memberitahu apa yang patut dilakukan oleh anak,
tetapi memberitahu apa yang tidak patut dilakukan dan kesilapan.
Teknik ini memerlukan anak-anak memikir sendiri apa yang patut
dilakukan kemudian dan masa akan datang. Teknik ini lebih
kepada teguran membina dalam membina konsep kendiri yang
lebih tinggi.

PETUA 33 : BERDIRI PADA PENDIRIAN ANAK-ANAK
Contoh pernyataan yang menunjukkan situasi ibu bapa patut
menyetujui pendapat anak-anak:

-ibu, adik telah mengambil basikal saya. Nanti saya akan
pukulnya. Saya sangat
benci adik.

Cara ini memerlukan ibu bapa menujukkan bahawa mereka
faham situasi yang sedang dialami oleh anak-anaknya. Kajian telah
menunjukkan bahawa ibu bapa yangselalu menunjukkan bahawa
mereka faham keadaan anak, secara langsung akan mengurangkan
konflik antara ibu bapa dan anak-anak. Cara ini kalau boleh
memerlukan sokongan ibu bapa. Cara ini bukan cuba untuk
Membina Komunikasi Berkesan Dengan Anak

189
mengubah perasaan anak, tetapi ibu bapa perlu menunjukkan
perasaan yang sama seperti anak walaupun sebenarnaya tidak
setuju. J ika ibu bapa memberi komen bahawa pendapat kamu
adalah salah, maka konflik antara ibu bapa dan anak akan tercetus.
Apabila konflik berlaku, anak-anak akan terasa kecewa dan serba
salah. Ini akan mempengaruhi konsep kendiri anak-anak juga.

PETUA 34 : SELALU MENYOKONG PENDAPAT ANAK-
ANAK
Contoh pernyataan yang menunjukkan bahawa ibu bapa
menyokong anak ialah:

-kamu betul.
-ini adalah idea yang baik.
-saya sangat setuju dengan kamu.

Cara ini memerlukan ibu bapa menunjukkan bahawa
mereka menyetujui pendapat anak dengan syarat pendapat anak itu
memang betul. J ika pendapat anak kurang tepat, ibu bapa perlu
memberi informasi atau maklumat tambahan supaya menyokong
idea anak-anak. Adalah tidak wajar ibu bapa menggunakan
perkataan bahawa kamu masih kecil dan tidak matang dan kamu
telah salah. Ini akan menjejaskan harga diri anak-anak.

PETUA 35 : MENCARI KELEBIHAN DAN KEKUATAN
ANAK-ANAK
Contoh pernyataan yang memuji kelebihan dan kekuatan anak
ialah:

-ibu sangat bangga terhadap perbuatan kamu.
-kamu telah melakukan kerja dengan menunjukkan kamu
sudah besar.
` -kamu telah membantu ayah menyelesaikan banyak perkara
yang rumit.

Cara ini memerlukan ibu bapa sentiasa peka terhadap
Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

190
tingkah laku dan pendapat anak yang dianggap baik dan tepat. Ibu
bapa perlu memuji anak-anak apabila mereka betul dan
berkelakuan baik. Kalau mampu, ibu bapa boleh memuji dengan
bersertakan ganjaran sama ada dalam bentuk hadiah atau duit.
Dengan ganjaran, anak-anak akan berasa lebih yakin terhadap diri
sendiri. Maka anak-anak akan terasa dihargai dan seronok. Ini
menjadi salah satu penyebab kepada kejayaan masa depan. Secara
lama-kelamaan, konsep kendiri anak akan meningkat.

PETUA 36 : MENGENALI MASALAH ANAK-ANAK
Contoh pernyataan yang membantu anak-anak membuat pilihan
ialah:

-pada sabtu ini, kamu hendak makan nasi goring atau mi
goreng?
-sudah sampai masa untuk tidur, kamu mahu ibu teman
tidur atau mahu tidur
sendiri.

Cara ini memerlukan ibu bapa dan anak-anak jelas terhadap
masalah apa yang sedang dihadapi dengan menanyakan soalan apa
masalah saya? Biasanya masalah tidak boleh diselesaikan jika
sendiri tidak pasti di mana datangnya maslah. Setelah mengetahui
jenis masalah, maka perlu mengehadkan pilihan. Seterusnya
memilih jenis pilihan yang paling sesuai dengan diri sendiri.
Sebaik-baiknya melibatkan anak-anak dalam membuat keputusan
dengan sendiri. Ini akan menambahkan keyakinan anak-anak
sehingga membentuk konsep kendiri yang positif.

PETUA 37 : TAWAR-MENAWAR

Contoh pernyataan yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam
tawar-menawar ibu bapa dengan anak ialah:

-jika kamu berkelakuan jahat, bapa akan memukul kamu.
-kalau kamu berupaya mendapat kedudukan kelas di dalam
Membina Komunikasi Berkesan Dengan Anak

191
lingkungan sepuluh,
ibu akan menghadiahkan sebuah basikal kepada kamu.

Cara ini biasanya menggunakan perkataan jika, sekiranya
dan kalau. Cara ini lebih kepada perjanjian antara anak dan ibu
bapa. Kedua-dua pihak ini saling memenuhi kehendak masing-
masing. Cara ini biasanya digunakan untuk memenuhi kehendak
ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa haruslah peka terhadap
kemampuan anak dalam mencapai kehendak ibu bapa. J ika anak-
anak tidak mampu mencapai kehendak yang tinggi, ibu bapa boleh
merendahkan kehendak mereka supaya apabila anak tercapai
kehendak ibu bapa, mereka akan terasa bangga. Aspek ini amat
penting dalam menjaga harga diri anak.

PETUA 38 : MELUAHKAN MASALAH DAN
KETIDAKPUASAN KEPADA ANAK
Contoh pernyataan yang membantu ibu bapa meluahkan
ketidakpuasan dan kesalahan terhadap anak:

-mengambil barang hak orang lain adalah perbuatan yang
tidak bermoral, ibu
tidak akan membenarkan kamu lakukan begini.
-tanggalkan kasut kamu sebelum masuk rumah kerana
kasut kamu dikotori
dengan lumpur.

Cara ini memerlukan ibu bapa mengkritik kesalahan anak
dengan disertai dengan sebab kenapa perbuatan tersebut salah.
Setelah memberitahu sebab munasabah kenapa anak salah, maka
anak tidak akan berasa marah dan benci terhadap ibu bapa.
Sebaliknya, konflik antara ibu bapa dan anak akan dielakkan. J ika
setiap teguran tidak disertakan dengan sebab, maka anak-anak
tidak akan berasa mereka bersalah. Sebaliknya akan memberontak.
Ini seturusnya menjejaskan tahap konsep kendiri anak-anak.


Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

192
PETUA 39 : TEKNIK MEMBUAT BEGINI
Contoh pernyataan yang memberi arahan kepada anak supaya anak
tidak kena marah ialah:

-cuci tangan kamu sebelum ambil makanan.
-buang sampah ke dalam tong sampah.

Cara ini memerlukan ibu bapa memberi arahan kepada
anak-anak supaya terelak daripada dimarah dan didenda. Biasanya
cara ini memberi arahan dengan maksud tersirat. Cara ini
memerlukan ibu bapa memberi arahan dengan jelas dan gunakan
ayat yang pendek.

KESIMPULAN
Anak atau zuriat merupakan suatu anugerah yang amat bermakna
kepada pasangan suami isteri apatah lagi yang bertahun menanti
dan mengharap kedatangan insane comel ini. Anak dikatakan
penghubung kasih sayang antara kedua pasangan suami isteri.
Tanpa anak mugkin sepilah rumahtangga. Tiada tangisan dan
keriuhan gelak ketawa maka suramlah rasanya. Begitulah rasa hati
dan luahan jiwa mereka yang kini masih menanti kehadiran cahaya
mata, pengubat duka.

Itulah juga antara beberapa luahan perasaan yang
kedengaran oleh mereka yang masih belum mempunyai anak.
Namun, apabila sudah ada anak maka lain pula jadinya.
Ramai pula dikalangan ibu bapa yang seakan hilang arah dan
punca apabila menerima cahaya mata. Ada yang telah bersedia dan
ada pula yang sebaliknya. Bak kata bijak pandai, mendapatkan
anak tidaklah sepayah membesar dan mendidik anak-anak.
Menjadi ibu bapa yang sempurna kepada anak-anak bukan
suatu yang bersifat turun temurun atau diwarisi dari kedua ibu
bapa kita terdahulu. Ia perlu dipelajari dan perlu diketahui,
sebelum diamali. Menjadi ibu bapa yang sejati bukanlah suatu
proses semulajadi.

Membina Komunikasi Berkesan Dengan Anak

193
Tiga puluh sembilan PETUA menjadi ibu bapa
berkesan bukannya membawa maksud ia adalah satu-satunya
yang terbaik dalam menentukan langkah dan kaedah menjadi ibu
bapa yang sejati dan sempurna. 39 PETUA ini adalah sebahagian
kecil daripada sejuta mungkin cara lain yang setiap satu darinya
ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Walaupun berjuta cara
dan panduan kita ketahui, kita belum tentu menjadi ibu bapa yang
terbaik di dunia ini. Begitulah juga dengan buku kecil ini, yang
diharap saling lengkap melengkapi di antara beribu panduan dan
PETUA kepada setiap manusia yang berharap akan menjadi ibu
bapa yang terbaik, sekurang-kurangnya terbaik untuk anak-anak
mereka sendiri.

Selain usaha dan ikhtiar kita membantu diri sendiri ke arah
menjadi ibu bapa sejati dan sempurna terhadap anak-anak, namun
tanpa doa yang berterusan serta bertawakal kepada tuhan, hasrat
dan reality sebegini mungkin tidak akan kesampaian. J anganlah
lupa pesan orang tua-tua, doa ibu bapa itu sangat berguna kepada
anak-anak di dunia, namun doa anak-anak juga sama pentingnya
terhadap ibu bapa tatkala kita telah meninggalkan dunia ini.

Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat.
J usteru, dengan niat yang baik, tentu pula akan mendatangkan
perbuatan dan hasil yang baik juga akhirnya. Berusahalah,
berdoalah dan bertawakallah.









Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang

194
RUJUKAN


Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin
Yahaya. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit
UTM.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah
Yahaya, J aafar Sidek Latif dan J amaludian Ramli. 2005.
Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM
Azizi Yahaya. 2003. Parents Role in the Childrens Development
of Self-Esteem Prosiding Book UTM p 340-315
Azizi Yahaya. 2004. Hubungan antara Sejarah Silam Dengan
Perkembangan Personaliti Di kalangan Pelajar Bandar
dan Luar Bandar. Seminar antarabangsa Nilai Dalam
komuniti Pasca modenisme (SIVIC 2004) 4-6, Hotel City
Bayview. Langkawi
Azizi Yahaya. 2004 Ciri-ciri Personaliti dalam Pemilhan Kerjaya
pelajar, Gaya Pembelajaran Pelajar dan Hubungannya
dengan Pencapaian Akademik Seminar antarabangsa
Nilai Dalam komuniti Pasca modenisme (SIVIC 2004) 4-6
, Hotel City Bayviw. Langkawi
Azizi Yahya dan J aafar Sidek Latif (2005 ). Membentuk Identiti
Remaja. Cetakan Kedua. Pahang : PTS Publications and
Distributors Sdn. Bhd..
Azizi Yahya, J aafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (
2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Kedua.
Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd..
Amina Haji Noor (1998 ). Mendidik anak pintar cerdas. Cetakan
Ketiga. Kuala Lumpur : Penerbit Darul Numan.
Bettelheim, B. ( 1988 ) A good enough parent : The guide to bring
up your child. Worcester : Billings and Sons Ltd.
Covey, S. (1990 ) The seven habits of highly effective people :
powerful lessons in personal change. New York : Simon &
Schuster.
Mohd Salleh Lebar (1994 ). Asas psikologi perkembangan.
Membina Komunikasi Berkesan Dengan Anak

195
Cetakan Pertama. Kuala Lumpur : Syarikat Percetakan
Ihsan.
Metcalf, L. (1995 ) Great expectations : How changing your
thinking can change your students. Learning Magazine,
March, 1995, p93-95.
Metcalf, L. ( 1997 ) Parenting towards solutions: How parents can
use skills they already have to raise responsible, loving
kids. Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.
Moore, T. (1992 ) Care of the soul: A guide for cultivating depth
and sacredness in everyday life. New York : HarperCollins.
Santrock, J . (1994 ) Child development. Iowa : Brown and
Benchmark.
Singgih, D. Gunarsa dan Singgih D. Gunarsa (1993 ). Psikologi
untuk keluarga. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
Wan Azmi Ramli (1987 ). Membina keluarga sejahtera. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
.




128 Petua-Petua Menjadi Ibu Bapa Cemerlang
Indeks

196
INDEKS







A
Analisis Transisi, 57


B
Behaviorisma 57
Budaya moden 5
Dilema 129


D
Dimensi Personaliti 98
Dimensi Personaliti Ekstroversi 98
Dimensi Personaliti Neurotisme 98


E
Emosi 10
Erik Erikson 34, 35, 37


F
Fisik 10
Freud 34, 45, 57


G
Gaya autoritarian 69
Gaya autoritatif 69, 70
Gaya Ibu Bapa 19
Gaya permisif 66
K
Kelas Sosial 57
Keluarga Seimbang 23
Keluarga Kacau 11
Keluarga Kuasa 23
Keluarga Pelindung 19
Keluarga Simbiotik 14, 17
kerohanian. 10
Kompetensi 159
Konflik 80
Konsep Kendiri


L
Laissez-faire 131


M
Masyarakat, 1, 48


P
Pendapatan keluarga 90
Pendekatan kaunseling 85
Pendidikan Kekeluargaan 26
Pengabaian 131
Penipuan
Peranan adat 1
Peranan agama 2
Peribadi 148, 149, 150
Rumah tangga 7
Indeks

197
T
Tempat Kerja 7
Teori Organismik 75
Teori Pemusatan Klien 57
Teori Psikoanalisis 57
Teori psikososial 78
S
Saiz keluarga 91
Sosio Ekonomi 86

You might also like