Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 39

PENGENALAN KEPADA

TEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN


APLIKASI TEKNOLOGI
MULTIMEDIA
Md Azani B Sham
Definisi Multimedia
Apakah yang anda faham mengenai
multimedia?
Adakah multimedia = video?
Apakah perbezaan antara komputer dan
multimedia?
Definisi Multimedia
Istilah multimedia semakin diminati dan
mendapat publisiti yang meluas pada
zaman teknologi komputer masa kini.

Jika di perhatikan, sebenarnya
multimedia boleh ditakrifkan sebagai :
Multi: banyak atau pelbagai
Media: berasal dari perkataan medium
yang bermaksud "kaedah berkomunikasi"
Definisi Multimedia
Definisi multimedia (Asal):

Multimedia bermakna menggunakan 2 atau lebih
media bagi sesuatu persembahan, contohnya
video dan slide.

Definisi multimedia (Baru):

Multimedia merujuk kepada persembahan
berpusatkan komputer yang menggabungkan
unsur-unsur photo, video, teks, grafik, audio dan
animasi.
Definisi Multimedia
Definisi multimedia (Terkini):

Proses komunikasi interaktif berasaskan
penggunaan komputer yang merangkumi
penggunaan media audio visual seperti
teks, grafik, audio, video, dan animasi.
Elemen Multimedia
Terdapat 6 elemen utama multimedia iaitu:
Teks
Grafik
Audio
Video
Animasi
Interaktiviti
Elemen Multimedia -Teks
Teks merupakan asas utama penyaluran
sesuatu maklumat.

Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi
daya tarikan dalam sesuatu persembahan
maklumat.

Teks boleh juga digunakan untuk memberi
penekanan atau pengukuhan kepada
sesuatu isu.
Elemen Multimedia -Teks
Teks merupakan asas utama penyaluran
sesuatu maklumat.
Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi
daya tarikan dalam sesuatu persembahan
maklumat.
Teks boleh juga digunakan untuk memberi
penekanan atau pengukuhan kepada
sesuatu isu.
Elemen Multimedia -Teks
Tiga kategori teks?
Serif
Serif merujuk kepada garisan atau
lengkungan yang terdapat pada
penghujung sesuatu aksara.
Elemen Multimedia -Teks
Serif
Contoh?
Times New Roman, New Century, SchoolBook, dan
Palatino
San Serif - Perkataan sans bermakna tanpa
(without) dalam bahasa Perancis, maka fon sans
serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau
tanpa serif.
Arial, Helvitica, dan Optima merupakan contoh fon
jenis sans serif.
Elemen Multimedia -Teks
Dekoratif - merujuk kepada fon yang
mempunyai unsur-unsur sastera lama dan
agak berbunga-bunga seperti tulisan
zaman dahulu kala.
Elemen Multimedia -Teks
Jenis fon apalah yang sesuai untuk
menghasilkan aplikasi pembelajaran
berasaskan komputer?
Sans Serif Arial

Cetakan - Serif
Elemen Multimedia -Teks
Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia

PastikanTeks yang Digunakan Boleh Dibaca
Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian
Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian
Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat
Awasi Kuantiti Teks pada Paparan
Serif Sans serif atau Dekoratif ?
Sans Serif
Elemen Multimedia -Grafik
Grafik ialah persembahan imej atau paparan visual yang tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi
carta dan lain-lain.

Grafik digital atau grafik berkomputer ialah hasil kerja grafik yang
dihasilkan menggunakan sama ada perkakasan ataupun perisian
komputer. Grafik digital ialah imej yang mudah seperti garisan,
bulatan ataupun papran imej yang kompleks yang dihasilkan oleh
komputer.

Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap
sesuatu persembahan.

Grafik juga membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat
secara lebih berkesan.

Grafik menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian
maklumat lebih menarik dan hidup.
Elemen Multimedia - Grafik
Dalam aplikasi multimedia, elemen teks sahaja tidak
memadai untuk menyampaikan maksud kerana ianya
terbatas.

Grafik berupaya menyampaikan bukan sahaja maksud
tetapi situasi, perasaan, tonasi serta deria rasa secara lebih
terperinci bagi sesuatu keadaan. Grafik digunakan di dalam
aplikasi multimedia di dalam keadaan-keadaan berikut :

Elemen pelengkap. Grafik biasanya merupakan latar
belakang dan tekstur di mana ianya menjadi pelengkap
terhadap maksud yang ingin disampaikan melalui paparan.

Fokus utama. Logo, imej, lukisan, rajah dan fotograf yang
menghiasi paparan memainkan
Elemen Multimedia - Grafik
Grafik boleh dibahagikan kepada dua kategori
asas, iaitu grafik vektor dan grafik bitmap.

a) Grafik jenis vektor
merujuk kepada grafik berorientasi objek yang dihasilkan
menerusi arahan matematik.
Contohnya, sebiji bola di dalam format grafik vektor terbina
daripada definisi matematik, di mana sebuah bulatan
dengan radius tertentu, ditetapkan pada lokasi tertentu dan
diisi dengan warna tertentu. Walaupun bola tersebut dialih
lokasi, diubah saiz mahupun di tukar warnanya, kualiti
grafik yang dihasilkan tetap sama.
Elemen Multimedia - Grafik
Grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi. Imej
vektor boleh diubah saiz dan juga dicetak dengan mana-
mana pencetak tidak kira berapa resolusinya tanpa
kehilangan kualiti imej tersebut.

Ruang ingatan yang digunakan untuk menyimpan
maklumat jenis vektor juga agak kecil.

Grafik vektor adalah paling sesuai untuk teks
(terutamanya teks yang kecil) dan grafik yang tebal
(bold) di mana apabila diubah saiznya, kualitinya tetap
sama. Sebagai contoh - logo.

Antara aplikasi yang menyediakan persekitaran
berasaskan vektor ialah Macromedia Freehand, Adobe
IIIustrator dan Corel Draw.
Elemen Multimedia - Grafik
b) Grafik Bitmap

Grafik bitmap juga dikenali sebagai imej raster atau imej peta
bit.

Imej bitmap terhasil daripada titik-titik yang disusun secara
spesifik dalam bentuk matrik. Titik-titik ini dikenali sebagai piksel
(Pixels = Picture + Element). Imej-imej piksel ini dinamakan
imej bitmap.

Piksel-piksel ini disusun mengikut saiz, warna, dan lokasi.
Kombinasi kesemua piksel pada skrin komputer inilah yang
menghasilkan imej. Setiap piksel atau titik yang membentuk
imej bitmap terdiri daripada 3 warna iaitu Merah, Hijau dan Biru
atau lebih dikenali sebagai warna RGB.(Red, Green, Blue).
Walau bagaimanapun piksel-piksel ini juga boleh terdiri
daripada warna hitam dan putih (monochrome) atau warna
kelabu atau mempunyai 256 warna hingga 16 juta warna.
Elemen Multimedia - Grafik
Cara yang boleh diikuti untuk menghasilkan imej
bitmap:-
(a) Menghasilkan imej dari mula dengan menggunakan
program lukisan komputer seperti Paint Program.
(b) Menangkap imej terus dari skrin (screen capture) dan
kemudian menampal (paste) imej tersebut ke dalam
program lukisan komputer atau aplikasi anda.
(c) Menangkap imej dari foto, lukisan atau imej
televisyen dengan menggunakan pengimbas atau kad
pendigital video untuk mendigitkan imej tersebut.
Elemen Multimedia - Grafik
Cara yang boleh diikuti untuk menghasilkan imej
bitmap:-
(a) Menghasilkan imej dari mula dengan menggunakan
program lukisan komputer seperti Paint Program.
(b) Menangkap imej terus dari skrin (screen capture) dan
kemudian menampal (paste) imej tersebut ke dalam
program lukisan komputer atau aplikasi anda.
(c) Menangkap imej dari foto, lukisan atau imej
televisyen dengan menggunakan pengimbas atau kad
pendigital video untuk mendigitkan imej tersebut.
Elemen Multimedia - Grafik
imej bitmap juga bergantung kepada resolusi
paparan dan keupayaan perkakasan grafik dan
monitor komputer anda.
Autoracing merupakan teknik di mana imej bitmap
ditukar menjadi imej vektor. Contoh perisian yang
digunakan untuk proses ini ialah Streamline dari
Adobe.
Saiz fail imej bitmap biasanya dimampatkan untuk
menjimatkan memori dan ruang cakera, dengan
menggunakankaedah pemampatan di dalam failnya
sendiri seperti format fail GIF, JPEG dan PNG.
Elemen Multimedia - Grafik
Format Fail

.bmp Windows Bitmap; fail BMP adalah format fail
yang paling efisien untuk digunakan dalam persekitaran
Windows.

.gif Graphics Interchange Format (GIF); dibangunkan
oleh CompuServe untuk digunakan pada rangkaian komputer.
GIF adalah antara format grafik yang lazim digunakan
untuk imej di laman web.

.jpg imej JPEG; dinamakan sempena jawatankuasa
piawaian yang membangunkannya iaitu Joint Photographic
Experts Group. Berhasrat untuk menjadi format grafik
yang tidak khusus untuk sesuatu platform (platform
Independent). Merupakan format fail grafik yang paling
popular digunakan di laman web.

Elemen Multimedia - Grafik
Format Fail

.pcd Photo CD; berdasarkan teknologi Photo
CD dari Kodak. Mempunyai lima jenis saiz yang berbeza
untuk setiap gambar, dari saiz dompet hinggalah ke saiz
poster.

.pict format piawai untuk imej dalam persekitaran
Macintosh. Digunakan untuk pembangunan antara platform
(cross-platform).

.png format Portable Network Graphics; disebut
sebagai ping. .png dibangunkan sebagai format bebas lesen
dan paten (patent and license-free format) dan merupakan
alternatif kepada GIF.

Elemen Multimedia - Grafik
Format Fail

tiff` Tagged Image File Format (TIFF); dibangunkan
oleh Aldus Corporation dan mempunyai banyak versi fail.
Lazimnya digunakan dalam pakej perisian penerbitan meja
dan merupakan format fail yang digemari syarikat
percetakan.

.eps Encapsulated PostScript; merupakan format fail
yang digunakan dalam PhotoShop dan boleh
mengandungi kedua-dua grafik bitmap dan vektor. Ia
disokong oleh banyak program grafik, ilustrasi dan
rekaletak mukasurat. Juga digunakan untuk
memindahkan kerja-kerja seni bahasa-PostScript di antara
aplikasi.

Elemen Multimedia - Grafik
Perisian-perisian Grafik
Elemen Multimedia - Grafik
Panduan Menggunakan Grafik dalam
Multimedia

Pilih grafik yang bersesuaian dengan
kumpulan sasaran
Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti
kaum atau agama
Gunakan spesifikasi grafik yang boleh
digunakan tanpa masalah pada sistem
berkeupayaan rendah
Elemen Multimedia - Animasi
Animasi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud
dihidupkan atau bring to life. Animasi adalah satu
perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan
hidup.

Definisi animasi yang lebih menyeluruh dapat dilihat
daripada takrifan yang diberikan oleh Neo & Neo (1997)
seperti berikut:
Animasi merupakan satu teknologi yang membolehkan
imej pegun kelihatan seolah-olah hidup, dapat bergerak,
beraksi dan bercakap. Ini dimungkinkan dengan
menerapkan satu teknik kinematografi grafik dan seni
plastik untuk menghasilkan atau memberi ilusi pergerakan
dan penghidupan kepada lukisan kartun, lukisan tangan,
patung dan objek tiga dimensi.
Elemen Multimedia - Animasi
Animasi dimungkinkan kerana fenomena biologikal yang
dikenali sebagai persistence of vision. Sesuatu objek yang
dilihat oleh mata manusia akan dipetakan pada retina dalam
satu jangka masa yang singkat selepas ianya dilihat.

Ini membolehkan berlakunya satu siri imej yang berubah sedikit
demi sedikit dengan kadar yang pantas secara silih berganti
sehingga ia kelihatan dan menghasilkan satu ilusi yang hidup
serta bergerak secara sendiri

Denganmengubah sedikit kedudukan atau rupa bentuk sesuatu
objek dengan pantas, mata kita akan mengandaikan perubahan
tersebut sebagai satu pergerakan atau animasi.
Elemen Multimedia - Animasi
Prinsip ini boleh diperjelaskan lagi dengan satu ilustrasi yang
memaparkan beberapa gambar bulatan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah di bawah Perhatikan rajah ini, pada setiap satu bulatan tersebut
dilukiskan gambar anak panah pada kedudukan yang berbeza dan
kedudukan ini ditukarkan ke arah kanan pada kadar 15 darjah.

Elemen Multimedia - Animasi
Sesebuah video dibina dengan menggunakan 30 bingkai atau
gambar untuk setiap saat (30 fps); iaitu merujuk kepada
kelajuan atau kepantasan bagi setiap bingkai digantikan secara
silih berganti dengan bingkai seterusnya bagi menghasilkan
suatu paparan seolah-olah imej tersebut saling berhubungan
dan membentuk suatu pergerakan yang hidup.

Bagi sesuatu animasi komputer berfungsi dengan baik, ia perlu
dibina dengan menggunakan 12 hingga 15 bingkai setiap saat
(12 - 15 fps).

Sebarang jumlah fps yang kurang daripada nilai tersebut akan
menghasilkan animasi yang tidak licin dan terhenti-henti. Ini
disebabkan mata manusia sempat untuk menangkap perbezaan
yang berlaku semasa pertindihan antara bingkai itu.
Elemen Multimedia - Animasi
Kepentingan Animasi

Animasi menceriakan lagi persembahan sesuatu
maklumat.

Animasi membantu di dalam menerangkan suatu
konsep yang kompleks dengan mudah.

Animasi mampu menarik perhatian pengguna
atau penonton.
Elemen Multimedia - Animasi
Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu
elemen yang mampu meningkatkan lagi daya tarikan
sesebuah program atau perisian multimedia.

Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan
animasi. Klip video mencekup (capture) aksi pergerakan
sebenar, manakala animasi yang dihasilkan adalah sekadar
simulasi terhadap pengalaman dunia sebenar.

Fail video digital juga lebih besar daripada fail animasi. Klip
video digital hanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi
kelebihan kepada keseluruhan persembahan tersebut.
Elemen Multimedia - Animasi
ANIMASI TRADISIONAL

Kebanyakan teknik dan kaedah animasi tradisional telah
dibangunkan pada tahun 1930an di studio Walt Disney. Teknik-
teknik ini bertujuan untuk menghasilkan animasi yang lebih
realistik dan menghiburkan.

a) Bingkai Utama (Keyframe)
Semua animasi tradisi dilakukan dengan menggunakan tangan.
Untuk menjimatkan masa dan mengurangkan beban kerja
pelukis- pelukis ini, maka kerja-kerja penghasilan animasi
diagihkan kepada lebih daripada seorang. Untuk membolehkan
proses pengagihan ini berjalan dengan licin, bingkai utama
dirujuk. Sebelum sesuatu animasi itu dilaksanakan, papan cerita
perlu dihasilkan terlebih dahulu untuk menunjukkan urutan
cerita animasi tersebut.
Elemen Multimedia - Animasi
Setelah papan cerita disiapkan, ketua pelukis grafik
atau animator akan melukis bingkai-bingkai utama
(selalunya bingkai pertama dan bingkai terakhir untuk
sesuatu aksi). Bingkai-bingkai utama inilah yang
dikenali sebagai key frames. Ia akan menjadi kunci
atau bingkai rujukan untuk bingkai-bingkai yang lain.

Setelah bingkai utama siap dilukis, pelukis-pelukis
grafik lain akan mengambil alih tugas dengan melukis
pula bingkai-bingkai yang berada di antara bingkai
utama atau rujukan tadi. Proses melukis bingkai-
bingkai yang terdapat di antara bingkai-bingkai utama
ini juga dikenali sebagai tweening.
Elemen Multimedia - Animasi
b) Tweening

Tweening merupakan proses menghasilkan imej atau objek di
antara bingkai-bingkai utama bagi memaparkan seolah-olah
suatu pergerakan telah terbentuk. Proses tweening terlebih
dahulu memerlukan anda mengira bilangan bingkai-bingkai
yang terdapat di antara bingkai utama dan laluan yang bakal
diambil oleh sesuatu aksi. Seterusnya urutan aksi-aksi ini akan
dilukis dengan pensel. Sekiranya berpuas hati dengan hasil
kerja yang dilakukan, barulah lakaran pensel tadi akan
didakwatkan dengan kekal.
Elemen Multimedia - Animasi
c) Onion Skinning

Onion skinning merupakan satu lagi teknik animasi
yang digunakan di dalam animasi sel tradisional.
Dengan melukis pada helaian atau permukaan
yang lutsinar, pelukis-pelukis grafik dapat melihat
garis kasar atau outline sel sebelumnya untuk
dijadikan panduan untuk mereka melukis atau
menghasilkan perubahan imej sel yang seterusnya.
d) Frame By Frame

Teknik yang digunakan oleh golongan profesional yang
menjanjikan kesan animasi yang lebih realistik dan mengikut
keperluan animator yang sebenarnya dan bukan hasil ramalan
yang dilakukan oleh komputer.

Mempunyai beberapa set imej yang serupa dan hanya berbeza
daripada segi saiz, lokasi ataupun kedudukan bahagian-
bahagian tertentu.
Elemen Multimedia - Animasi
Animasi Sel

Teknik animasi yang dipopularkan oleh Walt Disney ini
menggunakan lukisan secara berurutan atau bertindanan dari
satu bingkai ke bingkai yang berikutnya.

Animasi sel memanfaatkan ketiga-tiga teknik bingkai utama,
tweening dan onion skinning yang dipelajari sebelum ini. Filem
biasanya dibina dengan menggunakan 24 bingkai untuk setiap
saat (24 fps). Dengan itu, untuk menghasilkan satu minit
animasi, kita memerlukan lebih kurang 1,440 bingkai yang
berlainan. Istilah sel berasal daripada helaian seluloid lutsinar
yang digunakan untuk melukis setiap bingkai. Kini, ia telah
digantikan dengan asetat atau plastik

You might also like