Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 44

UNIVERSITI TUN HUSEIN ONN

BATU PAHAT JOHOR



BBH 41202
PERKEMBANGAN KURIKULUM DALAM PTV
(KURIKULUM BERASASKAN KETRAMPILAN)

KUMPULAN 6 :
1. MOHD AZIM BIN MOKHTAR DB100529
2. AHMAD NAJIB BIN OTHMAN DB100515
3. SAHRIN BIN IBRAHIM DB100523
4. LENNY HERMIADDY BIN IBRAHIM DB100844
5. MUHAMAD SALLEH BIN ABDUL AZIZ DB100829
6. MOHD LAZI BIN MAHADI DB100841




TUGASAN 6
6.1 > Konsep Kurikulum

6.2 > Standard Kemahiran Pekerjaan
(NOSS)

6.3 > Komponen penting dalam standard dan NOCC
dalam Sistel Latihan Dual Nasional
Konsep Kurikulum
DEFINISI KURIKULUM
Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang
mengandungi rancangan P&P yang mempunyai
objektif psikomotor, efektif dan kognitif bagi satu
subjek.
Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan
pendidikan yang mengandungi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan
masyarakat untuk diwariskan daripada generasi ke
generasi yang lain.

KONSEP KURIKULUM
Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan.
- Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan
matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi
kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.
Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian
yang lebih menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan
isi kandungan dengan berkesan.
Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada
subjek yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia
bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga
mencari dan mendapat pengalaman.
Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui
pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai
sampingan.

Matlamat Dan Objektif Kurikulum
Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan
ilmu yang hendak disampaikan.

Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.

Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan
kehendak semasa. Pusat perkembangan kurikulum
sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari
semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu
diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa
belajar mengikut trend pengetahuan terkini.
sambungan
Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta
berketerampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek,
kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai
moral dan agama merentasi kurikulum.

Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia
bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara
masyarakat majmuk di Malaysia.

Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang bersatu
padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan
cintakan tanah air.

KURIKULUM PTV
Kurikulum pendidikan teknikal dan vokasional mengikut
konteks pendidikan di Malaysia merangkumi mata
pelajaran bercorak teknologi/teknikal ataupun bukan
teknologi yang menekankan kemahiran ke arah sesuatu
pekerjaan.

Kurikulum PTV terdapat 2 komponen iaitu teknikal dan
vokasional.
- Pendidikan teknikal bercorak teknologi/kejuruteraan
yang spesifik
- Pendidikan vokasional merangkumi mata pelajaran
bercorak teknologi atau bukan teknologi yang bertujuan
untuk memenuhi kemahiran/pekerjaan yang spesifik.
PERBEZAAN KURIKULUM PTV DENGAN KURIKULUM
PENDIDIKAN UMUM
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kurikulum
PTV adalah bercorak kejuruteraan/teknikal dan
pengajaran dan pembelajarannya memberi fokus
kepada aktiviti hands-on.
Standard Kemahiran Pekerjaan
(NOSS)

Komponen penting dalam standard dan
NOCC dalam Sistel Latihan Dual Nasional
SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL
Merupakan kerjasama di antara industri dan institusi
latihan dan telah lama di praktikkan di negara barat seperti
di Kanada dan Jerman.

Di Malaysia, sistem ini diperkenalkan melalui hubungan
kerjasama diantara Malaysia dengan negara Jerman pada
tahun 1996. Hasil kerjasama ini, terbentuklah Pasukan
Projek Sistem Dual (Dual System Project/ DSP)
KOMPONEN SLDN
Komponen 1: memperkasakan hubungan dua hala di antara pihak
industri dengan program latihan. Hal ini merupakan aspek yang
penting dalam memberikan arah dan dorongan utama kepada DSP.
Komponen ini juga adalah titik tolak kepada bermulanya penglibatan
langsung pihak industri dalam sistem pendidikan dan latihan teknik
vokasional.

b) Komponen 2: Meningkatkan kualiti dan kuantiti untuk proses
pembangunan kurikulum dan alat bantu mengajar. Hal ini bertujuan
untuk mengembang serta mempertingkatkan lagi standard latihan
kemahiran, profil pekerjaan serta penghasilan bahan pembelajaran
yang berkesan.


SAMBUNGAN KOMPONEN
Komponen 3: Mempertingkatkan program latihan untuk guru-guru
dalam bidang vokasional bagi memenuhi permintaan yang diterima.
Komponen ini juga terfokus untuk memberikan guru teknikal dan
pengajar latihan vokasional latihan pra-perkhidmatan serta latihan
dalam perkhidmatan.

Komponen 4: Mengukuhkan rangkaian pendidikan teknik dan
vokasional bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan latihan
yang dirancang. Komponen ini bertujuan untuk menguatkan unsur-
unsur penting yang terkandung dalam rangkaian pendidikan teknik
dan vokasional.


SAMBUNGAN KOMPONEN
Komponen 5: Meningkatkan kepuasan diri untuk bekerja di kalangan
pekerja, sistem latihan dan imej pendidikan teknik dan vokasional.
Komponen ini bertujuan untuk mengatasi nilai-nilai sosial, stigma
masyarakat, dan gambaran kerja secara keseluruhan.


TUJUAN PENUBUHAN SLDN
SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan tenaga
mahir negara (k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan
komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak
industri semasa.

Pendekatan SLDN dapat mengurangkan pengeluaran
tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa
industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan
kepada perintis situasi kerja yang sebenar.

You might also like