Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

SISTEM PENYIMPANAN AUTOMATIK DENGAN MENGGUNAKAN

ATURCARA VISUAL BASIC


ELYANIZA BINTI MOHD HALID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana hiluda Kejumieraan Elektronik
(Kejuruteraan Komputer)
Fakulti Kejuruteraan Elektronik & Kejuruteraan Komputer (FKEKK)
Kolej Universiii Tekilikal Kebagsaan Malaysia
Mei 2006
Projek ini adalah berdasarkan penelitian dan pengalaman saya mengenai
kecelaruan serta kerosakan peralatan yang digunakan oleh para pekerja akibat daripada
kurangnya rasa prihatin dan tanggungjawab. Dengan menggunakan sistem ini storan
peralatan dapat di atasi dan juga mengelakkan daripada kehabisan stok ketika
keperluannya amat diperlukan. Selain itu ia juga menyediakan sistem pengesan untuk
mengelakkan daripada berlakunya kejadian kecurian dan kehilangan peralatan yang
berharga dan bernilai komersial di pasaran.
Objektif projek ini adalah untuk merekabentuk satu sistem pengesan dengan
menggunakan penderia i n h merah dan aturcara visual basic sebagai pengawal untuk
mengawal keseluruhan sistem. Sistem ini amat menjimatkan kos operasi dan ruang serta
mengelakkan berlakunya kerosakan disebabkan oleh binatang perosak. Sistem ini sesuai
digunakan di kilang, perpustakaan, pejabat dan juga di rumah kediaman.
ABSTRACT
This project is base on findings and my experience in several cases such as the
irresponsible worker that use tools until they are damaged and causing disorganizing to
the system. By using this system, hopefully, the store system that had disorganizing
problem will be fixed and avoiding fiom unavailable stock happening when needed. It
also serves as a security system to avoid burglary and missing tools that are very
sumptuous and commercial assess in market.
The objectives of this project are to design and develop a safety by using i n h -
red sensor and visual basic program as a controller unit the whole system. This system
can save operation cost and space, and it also can avoid from being damaged by animal
pest. This system is suitable to be used in factory, library, office and home.
BAB I
PENGENALAN
SISTEM PENYIMPANAN AUTOMATIK DENGAN MENGGUNAKAN
ATURCARA VISUAL BASIC
1.1 Pendahuluan
Sistem kawalan s e c m digital merupakan satu sistem yang terbukti lebih cekap
dan efisien berbanding dengan sistem kawalan secara analog. Banyak peralatan kini
telah beralih daripada kawalan secara analog kepada sistem kawalan secara digital.
Terdapat banyak peralatan dan perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan
sesebuah sistem kawalan digital. Salah satu perisian yang boleh digunakan ialah perisian
Visual Basic.
Sistem yang hendak diketengahkan ini menekankan mengenai pembangunan
sebuah sistem yang dapat mengesan kuantiti barang di dalam sesuatu rak melalui
komputer peribadi menggunakan perisian Visual Basic. Sistem ini akan diaplikasikan
kepada salah satu cabang dalam proses mengetahui kuantiti dengan paparan pada skrin
komputer bagi mengelakkan kecurian.
Kawalan secara digital banyak digunakan dalam kegiatan seharian kita.
Penggunaan perisian yang mesra pengguna penting agar sistem yang dibangunkan dapat
diterima dan digunakan oleh semua pihak. Sistem yang dibangunkan ini boleh
digunakan dalam industri atau sebagainya memandangkan penggunaanya lebih praktikal
dalam menjimatkan kos serta tenaga ke rja.
Sistem kawalan yang dibangunkan mampu melakukan kerja-kerja untuk
mengesan kuantiti barang melalui pengesan infia merah. Pengesan infia merah akan
memberikan isyarat "on" atau "off" dan kemudian akan memberi isyarat tersebut kepada
litar antaramuka masukan keluaran bagi membolehkan komputer berinteraksi dengan
isyarat penderia. Komputer peribadi yang telah diprogramkan dengan menggunakan
aturcara visual basic akan memberikan bacaan bergantung kepada berapa banyak keluar
masuknya barang yang telah ditetapkan di dalam sesuatu rak.
Pengaturcaraan yang dibuat membolehkan kerja-kerja mengesan dan paparan
dapat dilakukan secara automatik. Kerja-kerja untuk reset juga boleh dilakukan dengan
segera menggunakan komputer yang sama dengan mengambil bacaan yang terakhir
sebelum berlaku kecurian. Ia dapat dilakukan dengan mudah dan cepat tanpa membuang
masa. Selain itu pengguna juga dapat melihat rekod kecurian yang lepas kerana setiap
masa berlaku kecurian, dengan secara automatik program akan merekodkan waktu dan
masa berlakunya kecurian bagi membuat kajian.
1.2 Objektif Projek Dan Skop Kerja
Objektif projek rekabentuk sistem penyimpanan automatik ini adalah bergantung
kepada beberapa faktor. Antara faktor- faktor tersebut ia1ah:-
1) Merekabentuk dan merealisasikan satu sistem yang menggabungkan antara
mekanikal dan elektronik yang mana bersesuaian dengan kursus yang diceburi.
2) Untuk menghasilkan ciptaan prototaip yang masih belum terdapat di pasaran dan
institusi ini.
3) Mengkaji mengenai pengawalan penderia i n h merah yang akan digunakan pada
projek ini.
4) Merekabentuk litar kawalan elektronik untuk digunakan sebagai punca kuasa
ataupun pengantaramuka antara "Liang Pencetak" (printer port) dengan sistem
yang telah dibina.
5) Mengkaji aturcara menggunakan perisian mual Basic yang boleh
berkomunikasi dengan pengantaramuka bagi mengawal sistem.
6) Secara keseluruhan, projek ini dapat mengenalpasti komponen serta peralatan
yang boleh digunakan serta masalah-masalah yang akan timbul dan cara
penyelesaian tersebut.
1.2.2 Skop Kerja
Skop kerja bagi perlaksanaan projek ini adalah seperti berikut:-
1) Mengkaji keseluruhan sistem serta rekabentuk rak dan penderia ini sama ada
masukan yang akan diterima dan keluaran yang akan dihasilkan.
2) Mengkaji keseluruhan komponen yang akan digunakan di dalam projek ini serta
memahami sistem-sistem pada setiap komponen.
3) Menghasilkan paparan pada skrin menggunakan aturcara yang telah dibangunkan
dan membangunkan aturcara pengawalan sistem menggunakan perisian Visual
Basic.
4) Membuat ujian dan menjalankan proses paparan dengan menggunakan sistem
yang telah dihasilkan .
5) Jika terdapat sebarang masalah yang timbul daripada hasil ujikaji ke atas sistem
ini dan tidak memenuhi objektif prujekmaka rekabentuk sistem ini akan diubah
sehingga keputusan ujikaji memenuhi objektif projek.
1.3 Kelebihan Pembangunan dan Kegunaan Projek
Penggunaan komputer sebagai kawalan sangat meluas pada masa kini. Sistem
yang akan dibina ialah satu sistem pengawalan dalam proses mengesan kecurian atau
kehilangan barang yang telah ditetapkan di dalam sesuatu rak.
Pembangunan sistem ini adalah bertujuan untuk mendapatkan hasil kerja yang
terbaik , menjirnatkan masa, kos dan juga tenaga buruh. Pemilihan penderia infra merah
sebagai penggerak pengawalan sistem adalah kerana terdapat beberapa ciri dan
kelebihan yang membolehkan pengesan berinteraksi dengan aturcara melalui alarnat-
alamat yang telah ditetapkan.
Pada masa kini antara perisian yang paling popular adalah perisian Visual Basic.
Perisian ini dipilih kerana ia lebih senang untuk diaturcara, mempunyai banyak
kelebihan berbanding beberapa sistem perisian yang lain dan yang paling penting ialah
ia mesra pengguna. Borang paparan juga lebih menarik perhatian bergantung kepada
kreativiti seseorang pengaturcaraan.
Kajian mengenai proses mengesan barang membolehkan kita lebih memahami
mengenai penderia. Kelebihan sistem yang dibangunkan membolehkan kerja-kerja
penyimpanan dapat di lakukan dengan lebih cekap. Sistem ini juga dilengkapi dengan
penerangan ringkas mengenai cara-cara penggunaannya serta jenis-jenis kerosakan dan
penyebabnya. Melalui sistem yang dibangunkan membolehkan pengguna mendapatkan
sedikit panduan dan juga sebagai nota rujukan.
1.4 Penyataan Masalah
Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi sebelum wujudnya sistem atau projek
ini dilaksanakan. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh setiap pengguna
terutamanya di bidang industri dan bidang komersial, maka wujudlah Sistem
Penyimpanan Automatik.
Antara masalah yang dihadapi oleh sesetengah pengguna ialah di dalam sesebuah
kilang yang besar dan mempunyai banyak penggunaan peralatan serta juga stok,
terdapatnya pelbagai masalah yang dihadapi. Antaranya ialah risiko kehilangan
peralatan setelah digunakan oleh pekerja yang kurangnya prihatin terhadap
tanggungjawab yang di amanahlan oleh mereka. Mereka mengambil sikap mudah dan
juga sambil lewa terhadap peralatan yang dipinjam atau digunakan tanpa rasa
tanggungjawab.
Selain itu, kehabisan stok juga dapat dikesan terutamanya dalam bidang industri .
ini berlaku kerana tiadanya sistem penyimpanan maklumat mengenai keluar masuk stok.
Masalah yang seterusnya ialah kerosakan peralatan setelah para peke rja memulangkan
semula peralatan yang dipinjam oleh mereka sebagai contoh di sesuah
kilang,perpustakaan pejabat dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, segala masalah ini
berpunca dan berlaku kerana tiadanya sistem penyimpanan stok yang bersistematik
dalam sesebuah organisasi atau syarikat yang besar dan mempunyai ramai pekerja.
1.5 Susunan Tesis
Kandungan tesis ini adalah bertujuan untuk mendokumenkan segala konsep, ciri-
ciri, aktiviti, rekabentuk dan hasil kerja yang berkaitan dengan perlaksanaan projek
kepantasan manipulasi menggunakan penderia i n h merah, litar masukan keluaran dan
aturcara visual basic. Tesis ini lebih menekankan kepada aspek rekabentuk aturcara
visual basic dan juga rekabentuk litar masukan keluaran. Dalam merekabentuk sistem
ini, banyak faktor yang perlu diambil kira terutamanya dalam merekabentuk aturcara
dan litar yang mana ia memerlukan penelitian yang jitu supaya pergerakkan setiap
sistem berjalan dengan lancar.
Tesis ini bermula dengan BAB 1 yang mana ia memberikan pengenalan urnum
terhadap keseluruhan tajuk serta objektif projek dan juga skop kerja yang ditetapkan.
Tesis ini kemudiannya diikuti oleh BAB 2 di mana pada bab ini akan
menerangkan mengenai kajian litar belakang mengenai sistem yang akan dibangunkan.
Ini adalah untuk memberikan penerangan yang lebih lanjut mengenai hngsi sistem serta
ciri-ciri yang akan digunakan pada projek ini.
Dalam BAB 3 pula, ia akan menerangkan mengenai metadologi dan rekabentuk
yang akan dilakukan pada projek ini. la juga menerangkan bagaimana perjalanan projek
ini dijalankan.
Di dalam BAB 4 pula ialah menerangkan mengenai penyelesaian projek,
merekabentuk litar dan membina aplikasi serta hasil ujikaji dan keputusan dengan
menunjukkan bukti mengenai pencapaian yang telah diperolehi.
BAB 5 pula membincangkan mengenai aturcara-aturcara yang telah dijalankan
dan alamat-alamat yang telah diperolehi daripada ujian yang dijalankan. Ia juga
menunjukkan bagaimana sesuatu aturcara itu dibuat dengan menggunakan kodan-kodan
tertentu bagi menjalankan sistem ini supaya dapat berinteraksi dengan litar antaramuka
dan penderia.
BAB 6 akan menerangkan rekabentuk pengujian dan hasil projek yang telah
diperolehi. Ia juga menunjukkan rekabentuk sebenar yang telah siap serta kedudukan di
mana letaknya penderia.
BAB 7 adalah merupakan bab yang terakhir di dalam tesis ini. Di dalam bab ini
pula akan menerangkan kesimpulan dan cadangan yang telah di capai selama perjalanan
projek dilaksanakan.
BAB 2
KAJIAN LATAR BELAKANG
2.1 Perantaramuka
Perantaramuka adalah satu konsep dimana penghantaran data secara analog
kepada digital (AID). Maklumat yang telah diaturcara digunakan bagi membolehkan
sesuatu peralatan tersebut dapat berfiingsi dengan baik. Litar pengantaramuka digunakan
untuk menghubungkan diantara sistem yang telah dibina dengan komputer peribadi,
yang mana liang pencetak pada komputer peribadi digunakan sebagai keluaran untuk
mengawal proses. Litar ini adalah merupakan pemacu bagi pengoperasian sistem
pneumatik dan ianya amat penting dalam membuat antaramuka diantara perkakasan
luaran dengan komputer peribadi.
Litar perantaramuka yang digunakan dikenali sebagai litar perantaramuka 12
kawalan keluaran. Ia menggunakan litar bersepadu ULN 2803 sebagai pandu arah kerja
seperti yang akan dibincangkan kemudian. Bagi membolehkan aturcara berfungsi pula,
litar pengantaramuka ini akan disambungkan dengan litar penerima infia merah yang
menggunakan IC741. Selain itu, kelebihan menggunakan papan litar perantaramuka ini
adalah ia mengandungi 4 masukan yang berfungsi sebagai masukkan untuk tujuan
kawalan. Kawalan masukan ini menggunakan litar bersepadu 74LS244 yang berfungsi
sebagai pemicu data masukan seperti yang di akan dibincangkan kemudian. 1
Perisian yang digunakan untuk menjalankan operasi kawalan kedudukan digital
adalah perisian Visual Basic 6.0. Perisian yang digunakan ini adalah bersesuaian dengan
sistem pneumatik yang hendak dikawal.
Alamat
3
3
b
Rajah 2.1: Gambarajah blok sistem kawalan proses mengesan barang melalui kawalan
komputer
Berdasarkan rajah 2.1, dapat diterangkan bahawa sistem ini mempunyai 3 blok
yang penting. Ia terdiri daripada komputer peribadi, litar perantaramuka dan penderia
infia merah. Rajah blok ini menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
membina sistem kawalan proses pengesan barang secara berkomputer.
2.1.1 Aplikasi perantaramuka (interface) dalam kejuruteraan komputer
Perantaramuka adalah salah satu sistem di mana komputer berinteraksi dengan
dunia lux. Perantaramuka ini boleh terbahagi kepada perisian dan perkakasan. Bagi
perisian, perantaramuka adalah salah satu corak perhubungan antara pengguna dengan
komputer. Manakala perkakasan pula, ia adalah perhubungan antara komputer dengan
peranti lain yang beroperasi berlandaskan kawalan komputer.
2.2 Komputer Peribadi (liang pencetak)
Komputer peribadi digunakan sebagai alat kawalan untuk mengawal sesuatu
operasi yang telah ditetapkan. Kawalan ini adalah dilakukan dengan menggunakan liang
pencetak selari yang terdapat pada komputer peribadi. Fungsi komputer peribadi adalah
untuk menggerakkan bahagian perkakasan yang telah dibina berdasarkan kepada
aturcara yang telah dilakukan.
Bufer atau penimbal telah digunakan bertujuan untuk melindungi bahagian
masukan dan keluaran pada komputer peribadi supaya tidak mengalami kerosakan
akibat daripada arus atau nilai voltan tinggi mengalir ke dalam komputer peribadi
semasa penyambungan dilakukan diantara perkakasan yang telah dibina dengan
komputer peribadi. Satu aturcara yang dibina adalah berperanan untuk mengawal
perkakasan seperti litar antaramuka yang digunakan untuk sistem yang hendak
dibangunkan . 1
2.2.1 Kawalan dengan menggunakan liang pencetak (Port RS232)
Model antaramuka disambungkan pada liang pencetak daripada komputer
peribadi dengan menggunakan penyambungan biasa '25 ways D-type' atau dikenali
sebagai port RS232. Rajah 2.2 dibawah menunjukkan penyambungan 25 pin.
Rajah 2.2 : Soket DB25 pada penyambungan komputer peribadi dengan
papan litar antaramuka (No 1)
8 pin keluaran keluaran yang diterima dari liang data.
5 pin masukan satu disongsangkan yang dicapai daripada liang status.
4 pin keluaran tiga disongsangkanyang dicapai daripada liang kawalan.
8 pin adalah dibumikan.
Keluaran pencetak pada kebiasaannya adalah dalam bentuk selari dan
penggunaannya dalam beroperasi adalah lebih meluas. Pada kebiasaannya pada alamat
data laluan komputer peribadi adalah bemilai 0378H manakala pada status laluan
komputer peribadi masukan pula adalah pada alamat 0379H dan pada kawalan laluan
pula ialah pada alamat 037AH. Jadual 2.1 dibawah menunjukkan alamat-alamat pada
status laluan, kawalan laluan dan data laluan.
Jadua12.1: Alamat pada data laluan, kawalan laluan dan status laluan.
Maka dengan konsep ini, satu kawalan boleh dilakukan tanpa menghadapi
masalah yang besar. Data arahan boleh disalurkan pada peralatan yang digunakan untuk
tujuan pengawalan.
2.2.2 Kelebihan menggunakan liang pencetak (port RS232)
i. Tiada kad tambahan yang perlu disambungkan pada komputer.
ii. Nombor PIN yang digunakan adalah nombor standard bagi semua komputer.
2.2.3 Keburukan dengan menggunakan liang pencetak (port RS232)
i. Printer tidak boleh disarnbungkan pada port ini semasa sistem ini sedang
digunakan.
2.2.4 Konsep asas liang pencetak (Port RS232)
i. Port RS232 atau lebih dikenali sebagai liang pencetak mempunyai 25-pin
kesemuanya.
ii. Ia adalah soket female
...
111. Terdapat 3 alamat yang bersesuaian dengan port ini iaitu base, base + 1,
base + 2.
iv. Alamat pada base biasanya komputer akan mengesan maklumat yang
disampaikan melalui System Check Software.
v. Port ini mengandungi 8 data bit keluaran dan beberapa data kawalan. Sesetengah
daripada data keluaran adalah data masukan dan sesetengahnya adalah data
keluaran.
Rajah 2.3 : Sambungan liang pencetak dengan papan perantaramuka
LED
0
KOMPUTER
PJN BIT
0
-
2
3
4
r
5
3
2
-
3
1 -
1
1 9 8
LIANG
PENCETAK
'
.
'
SELARl
. 4
5
6
7
GND
7
--
8
9
25
-
vcc
Gnd
5
6
-
7
P
Gnd
2.2.5 Jadual Fungsi pin penyambung soket 25 pin
Jadua12.2: Fungsi Setiap pin untuk penyambung D-Type 25
-
2.2.6: Litar untuk penyambungan litar antaramuka dengan keluaran liang
pencetak
Rajah 2.4 : Garnbarajah litar asas untuk masukan dan keluaran liang pencetak
Rajah 2.4 adalah merupakan litar yang perlu disambung bagi membolehkan litar
antararnuka beroperasi dengan lebih baik. Tujuan penyambungan diatas adalah untuk
memastikan bahawa litar perantaramuka yang dibina mampu untuk berinteraksi dengan
pengesan infra merah dari komputer peribadi. Ini adalah bertujuan supaya isyarat
masukan yang terdiri daripada litar pengesan dapat dikesan oleh pengawal. 3
2.3 Kawalan masukan dengan menggunakan Darlington Array Transistor
Satu pemacu atau litar bersepadu diperlukan untuk mengelakkan d aripada
berlakunya lebihan arus pada litar pengubah ini. Litar bersepadu yang digunakan adalah
terdiri daripada litar bersepadu ULN2803. Litar ini mampu untuk mengelakkan daripada
berlakunya lebihan arus yang terhasil daripada litar perkakasan dari masuk pada
bahagian masukan komputer peribadi.
Rajah 2.5 di bawah adalah merupakan binaan dalaman bagi litar bersepadu yang
digunakan dalam pembinaan litar pengantaramuka diantara komputer peribadi dengan
bahagian perkakasan.
Rajah 2.5 : Garnbarajah skematik ULN 2803
Litar bersepadu dalam rajah 2.6 di bawah adalah litar bersepadu ULN2803 yang
mana ia amat popular digunakan untuk membuat penyambungan diantara beban yang
besar dengan litar bercetak. Butiran lanjut mengenai litar bersepadu adalah seperti
dilampirkan. 3
f Ei
lnsrde the ULN2SO.3
I P Cornrim
From 1 9% D~clc Smith Catalogue
Rajah 2.6 : Gambarajah penjanaan arus bagi ULN 2803
Bagi membolehkan port pada printer membaca data pada papan litar
perantaramuka adalah dengan mengistharkan atau mengklasifikasikan bacaan alamat
pada port printer. Jadual 2.4 menunjukkan data alamat masukan yang ingin digunakan
pada bacaan binari, decimal dan hexadecimal.
Jadua12.3: Data alarnat yang digunakan pada bacaan binari, desimal dan hexadesimal
2.3.2 Kawalan masukan dengan menggunakan 74LS244
PIN
1
2
3
4
5
6
7
8
Kawalan masukan dari papan litar antaramuka ke liang pencetak menggunakan
litar bersepadu 74LS244. kawalan masukan ini dikenali sebagai Octal tri-state
Bu#er/Line Driver. Kawalan masukan ini membolehkan kawalan dijanakan hasil
daripada kombinasi kajian dengan menggunakan sensor sebagai masukan dan
menggerakkan sistem pneumatik pada port keluaran.
BACAAN KELUARAN
PADA PORT
DO
Dl
D2
D3
D4
D5
D6
D7
BINARI
0000000 1
000000 10
00000 100
0000 1000
000 10000
001 00000
0 1000000
10000000
DESIMAL
1
2
4
8
16
32
64
128
HEXADESIMAL
0 1
02
04
08
10
20
40
80
Rajah 2.7: Binaan bagi litar bersepadu 74LS244
Litar asas keluaran ini disambung pada perintang lOOk ohm dan disambung ke
5V sumber bekalan. Cara litar ini berkendali adalah apabila suis di aktif kan, paparan
akan berkendali pada 'LOW'. Pada keadaan ini, signal akan disalurkan pada aturcara
dan isyarat ke j a akan diberikan pada keluaran.
Cara kendalian bagi litar masukan ini menggunakan alamat pada alamat 889 dan
berkendali pada port D4 hingga D7. Data alamat untuk kawalan masukan ini boleh
dirujuk pada jadua12.2. Untuk membolehkan litar ini berfingsi dengan baik, satu
aturcara perlu dilakukan dan perlu mengistiharkan data alamat pada port masukan
seperti jadual 2.5 dibawah. Rajah 2.8 pula ialah binaan dalam bagi kendalian masukan
dengan menggunakan litar bersepadu 74LS244. 3
Rajah 2.8 : Binaan dalam bagi kendalian masukan dengan menggunakan
litar bersepadu 74LS244
2.4 Pengenalan kepada perisian (Sofiware)
Perisian bagi projek yang hendak dilaksanakan terbahagi kepada bahagian aturcara
yang mana ia dibuat bagi mendapatkan keluaran yang akan dipaparkan bagi melihat
keluaran yang terhasil.
2.4.1 Aturcara
Bahasa mesin adalah salah satu cara komputer berinteraksi di antara satu sama
lain. Bahasa mesin ini sangat penting dan ia merupakan nadi utama bagi sesebuah
komputer untuk berfungsi dan memainkan peranan seperti yang diarahkan. Salah satu
contoh bahasa mesin yang biasa digunakan ialah bahasa-C (C-language). Bagi aturcara
bahasa=C ini, ia lebih mudah difahami dan lebih mudah diaturcarakan. Ini kerana bahasa
ini tidak memerlukan seseorang itu memberi arahan yang merumitkan bagi sesuatu
kerja.
Namun begitu untuk mengistiharkan penggunaan bahsa mesin dengan peralatan
yang digunakan, pemilihan bahasa mesin yang dikenali sebagai Visual Basic adalah
kerana ia bersesuaian dengan perisian tetingkap(Wind0ws) kerana perisian ini memang
dicipta khas oleh badan Microsoj2 untuk melaksanakan aturcara yang mana
menggunakan Windows sebagai tapak utama. 4
Maka untuk melaksanakan atau melakukan kerja dengan menggunakan bahasa
Visual Basic ini maka seseorang itu perlu tahu bagaimana cara memulakan sesuatu kerja
sehingga selesainya sesuatu kerja tersebut. Dengan melakukan aturcara ini, maka BIOS
(Basic Input Output System) akan mengenal pasti kerja yang perlu dilakukan dan
menyalurkan atau memberikan arahan tersebut kepada peranti luar untuk melakukan
sesuatu kerja yang dikehendaki. Oleh yang demikian, perkara asas yang perlu diambil
kira sebelum melakukan aturcara ialah:
2.4.1.1 Mengenalpasti masalah dan kerja yang hendak dilakukan\
Apakah aturcara yang hendak dibuat
Apakah masukan data yang perlu ada
Menyelaraskan aturcara yang perlu dibuat sama ada bagi masukan atau keluaran
2.4.1.2 Mereka aturcara yang perlu dilakukan
Menggunakan salah satu cara mereka bentuk aturcara yang perlu dilakukan
2.4.1.3 Menulis arahan pada aturcara tersebut
Pada peringkat ini adalah proses di mana setiap idea yang ingin dibuat
ditukarkan dan ditulis ke bahasa C (kod arahan bagi Visual Basic)
Menggunakan source code pada bahagian mengedit aturcara.
2.4.1.4 Menukar aturcara ke kod binari (Compile)
Aturcara kerja Compiler's adalah peringkat di mana proses aturcara yang telah
ditulis di tukar dalarn bentuk binari yang boleh difahami oleh processor.
2.4.1.5 Linking
Jika proses compile dilakukan tanpa ralat (error), proses linker dipaparkan dan di
pecahkan ke executable j l e. Terdapat 3 jenis kerja pada bahagian linker ini terdiri
daripada:
Mencantumkan permulaan kod yang diperlukan dengan sistem yang hendak
dibangunkan.
Menggabungkan fail yang terdapat dalarn library dengan aturcara yang terakhir.
Menggabungkan aturcara lain yang telah pun ditulis atau dibina.
2.4.1.6 Menyemak kembali aturcara dan proses debug dilakukan
Proses pada peringkat ini sangat penting dan mesti dilakukan. Beberapa perkara
yang akan diperiksa adalah seperti berikut:
Apakah data yang dimasukkan adalah betul dan bersesuaian dengan kerja yang
ingin dilakukan.
Bagaimanakah maklum balas komputer jika masukan data yang tidak betul.
Adakah aturcara mendatangkan masalah besar kepada komputer yang sedang
dijalankan dan berfungsi pada paksinya.
Adakah aturcara ini dapat berkomunikasi dengan perantaramuka yang
digunakan.
2.4.1.7 Menjalankan aturcara (run)
Pada peringkat ini proses aturcara cuba di run kan secara am sebelum proses
sebenar dilakukan. Pada peringkat ini masih belum lagi dilakukan proses pembahagian
dan penyenaraian angka ASCII.
2.4.1.8 Mengekalkan atau Mnegubah aturcara yang telah disemak
Pada peringkat terakhir di mana proses penyemakan terakhir dilakukan. Jika
tiada masalah maka aturcara yang telah dibina bersedia untuk berfungsi dengan baik.
Maka dengan adanya langkah kerja yang tersusun maka satu aturcara dapat
dibangunkan. Bagi projek ini, aturcara merupakan nadi penggerak kepada perlatan yang
hendak disimulasikan.
Secara tidak langsung, dari penggunaan perisian Visual Basic maka paparan
menu boleh dilakukan dengan senang kerana perisian ini telah siap menyediakan
penggunaan paparan menu yang mana pengguna perlu kreatif untuk menghasilkan satu
paparan yang senang difahami dan praktikal. 4
2.5 Litar Penderia
2.5.1 Litar Pemancar
Litar pemancar yang digunakan adalah litar pemasa. Rajah menunjukkan litar
pemancar infra merah. Litar pemasa ini menghasilkan gelombang segiempat sebanyak
sekitar 50 peratus kitar kerja. Kitar kerja dapat diubah dengan mengubah nisbah antara
perintang R2 dan perintang R1. (No 5)
Rajah 2.9: Litar Pemancar Kawalan Jauh Infra-Merah

You might also like