Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1

FAKULTI
PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2014
SEMESTER / TAHUN:
JANUARI / 2014
KOD KURSUS:
HBSC3203
TAJUK KURSUS:
KIMIA II











2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. 0 PENGENALAN 3

2.0 PROSES PENGELUARAN KELULI 6

3.0 JENIS-JENIS BAHAN BUANGAN DARIPADA
INDUSTRI BESI DAN KLASIFIKASINYA KEPADA
JENIS PENCEMARAN YANG TERLIBAT 15
.
4.0 CADANGAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
OLEH KERAJAAN BAGI MENCEGAH/
MENGURANGKAN KESAN-KESAN ALAM SEKITAR
YANG TIMBUL DARI INDUSTRI BESI 18

5.0 PENDIDIKAN TERHADAP PELAJAR BAGI
MENCEGAH/MENGURANGKAN PENCEMARAN
BERKAITAN INDUSTRI BESI DI MASA HADAPAN 19

6.0 KESIMPULAN 21

7.0 BIBLIOGRAFI 22


1.0 PENGENALAN
3


Sebagaimana kita ketahui besi merupakan logam utama dan paling banyak
penggunaannya. Sifat-sifat fizikalnya seperti kekerasan, kekuatan dan ketahanan
yang boleh diubahsuai menyebabkan ianya menjadi logam yang sangat berguna
iaitu dari segi sains buatan mahupun dari segi penggunaan secara am.
Faktor lain seperti harganya murah dan mudah didapati serta merupakan
sebab mengapa ianya sangat diminati. Besi yang digunakan kebanyakannya
tidak berada dalam bentuk tulin, ini adalah kerana besi yang berada dalam
keadaan tulin tidak mempunyai ketahanan yang memuaskan dan tidak sesuai
untuk penggunaan kejuruteraan secara am.
Bijih besi adalah merupakan bahan utama dalam pengeluaran besi
jongkong. Ketika bijih besi dilombong ianya tidaklah berada dalam bentuk tulin.
Ianya didapati bersama-sama dengan sebatian atau unsur-unsur lain seperti
Oksida, Sulfida, Belerang, Silikon dan sebagainya.











Berikut adalah jenis-jenis utama bijih besi :
4




Rajah 1.0 Jenis-jenis bijih besi.




Manakala, ciri-ciri utama yang perlu dilihat pada bijih besi adalah seperti berikut :
Jenis-
jenis
bijih besi
Bijih Besi
Hematit
(Fe2O3)
Bijih Besi
Magnetit
(Fe3O4)
Bijih Besi
Pirit.
Bijih Besi
Limonit
Bijih Besi
Takonit
Bijih Besi
Berkarbonat.
Bijih Besi
Sulfida
Bijih Besi
Silikat
Bijih Besi
Siderite
(Karbonat
Besi).
5


Ciri Penerangan
Gred ia sepatutnya mengandungi sebanyak mungkin oksida besi.
Kepadatan ia sepatutnya tidak terlalu padat atau terlalu rapuh.
Ketulinan ia sepatutnya mempunyai kandungan bahan asing yang
serendah mungkin.
Keseragaman ia sepatutnya mempunyai komposisi yang seragam dari
sekelompok ke sekelompok yang lain.
Jadual 1 : Ciri-ciri utama pada besi.














1.0 PROSES PENGELUARAN KELULI
6

Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan keluli. Dalam proses menghasilkan
kekuli terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan keluli. Relau-
relau tersebut ialah relau arka elektrik, relau asas oksigen, relau dedah dan relau
bessemer. Berikut adalah contoh penghasilan keluli melaui relau asas oksigen dan
relau arka elekrik:

1.1 Relau Asas Oksigen








Gambarajah: 1.1 Menunjukkan sebuahrelau asas oksigen.

Bentuk relau ini hampir sama dengan relau Bessemer. Ia menggunakan oksigen
tulin manakala relau Bessemer menggunakan oksigen yang bercampur dengan
nitrogen dan disalurkan dari bawah.




1.1.1 Operasi Relau Asas Oksigen
7


Proses ini adalah lebih baik daripada relau Bessemer. Ia boleh bergerak
secara mengufuk dan menegak ditunjukkan dalam Gambarajah 1.1.a, 1.1.b dan
1.1.c. Semasa digunakan relau diisi dengan besi cair dan 30% besi sekerap,
semasa relau berada dalam keadaan condong, kemudian ia digerakkan ke
kedudukan tegak. Pancutan oksigen dengan kelajuan tinggi dihala kepermukaan
kandungan cairan. Oksigen ini disejukkan dengan menggunakan air.




Gambar rajah 1.1.a, 1.1.b dan 1.1.c.

Sebahagian daripada karbon dalam bahan ditukar menjadi oksida berbentuk
gas yang kemudiannya keluar daripada relau melalui salurannya. Bendasing yang
lain juga membentuk oksida dan kemudian bertindakbalas dengan batu
kapur membentuk sangga (slag). Setelah selesai relau dicondongkan ke kedudukan
mengufuk untuk mengeluarkan keluli lembut lebur dan diterbalikkan untuk
mengeluarkan sangga seperti yang ditunjukkan dalan Gambarajah 1.1.d, 1.1.e dan
1.1.f.




Gambar rajah 1.1.d Gambar rajah 1.1.e Gambar rajah 1.1.f
8

Penghasilan daripada relau asas oksigen dapat mengeluarkan keluli yang bermutu
tinggi dengan cepat iaitu 80 tan sejam. Cecair keluli biasanya dijadikan jongkong
keluli.

1.1.2 Relau Arka Elektrik

Relau Arka Elektrik ini mempunyai keupayaan yang tinggi serta mudah untuk
dikendalikan berbanding dengan relau lain. Kadar oksigen yang rendah di dalam
relau menyebabkan ianya sesuai untuk menghasilkan keluli aloi kerana logam
yang dicampurkan tidak bertindakbalas dengan oksigen di dalam relau. Suhu
yang tidak digunakan adalah kira-kira 3000 Celcius. Relau ini digunakan secara
meluas dan sangat sesuai untuk peningkatan gred bagi keluli serta menghasilkan
keluli alat dan keluli aloi yang berkualiti tinggi tanpa bantuan bahan pembakar. Relau
ini boleh mengeluarkan 120 tan keluli dalam masa 4 jam.








Rajah 1.1.2.a Bentuk Relau Arka Elektrik



9

Relau arka elektrik mempunyai bentuk melekung seperti sebuah selinder
cembung. Ia diperbuat daripada keluli dan disaluti dengan bata yang kalis haba.
Penutupnya pula boleh dialihkan dan terdapat tiga laluan atau bukaan yang mana
elektrod karbon boleh digerakkan dengan bebas. Tiga elektrod tersebut
digunakan untuk membekalkan arka elektrik dan seterusnya dapat meleburkan
bahan-bahan mentah semasa menjalani proses elektrolisis seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 1.1.2.a. Alat penggerak elektrik yang digunakan dalam relau ini
mempunyai voltan yang tinggi bagi membantu peleburan. Ia menggunakan penyejuk
yang melalui saluran tembaga di luar relau. Oksigen yang digunakan adalah
oksigen asli yang dibekalkan secara jet.

Operasi Relau Arka Elektrik

Operasi dalam Relau Arka Elektrik ini boleh dibahagikan kepada empat
peringkat iaitu pengecasan, peleburan, pengasingan dan pengakhiran.







Rajah 1.1.2.b Proses Pengecasan
Pengecasan
Bahan cas yang mengandungi sekerap keluli, pig iron, besi oksida dan kapur
dimasukkan ke dalam relau. Arus elektrik dialirkan ke elektrod karbon untuk
membekalkan arka elektrik yang ditunjukkan pada rajah 1.1.2.b.
10

Peleburan






Rajah 1.1.2.c Menunjukkan proses peleburan

Arka elektrik yang haba yang tinggi akan meleburkan bahan cas beroksigen.
Silikon, mangganes dan fosforus mula teroksid dan bercampur dengan kapur untuk
membentuk sangga asas. Peleburan yang berlaku adalah peleburan tulin. Oleh
kerana elektrod karbon yang terbakar, maka tiada logam yang hilang seperti rajah
1.1.2.c.

Pengasingan






Rajah 1.1.2.d Menunjukkan proses pengasingan
11

Gambarajah 1.1.2.d menunjukkan perpindahan fosforus bergantung kepada sangga
asas dalam kalsium oksid. Kapur, flourospar dan besi oksida
dicampur untuk membentuk sangga yang bertindakbalas dengan bendasing.
Setelah tindakbalas berlaku, ia membentuk keluli berkomposisi yang
dikehendakki. Kemasukan sulfur kepada sangga sebagai kalsium sulfida.
Tindakbalas tersebut adalah seperti berikut ;

FeS + CaO + C CaS + Fe + CO


Pengakhiran






Rajah 1.1.2.e Menunjukkan proses pengakhiran
Logam lebur adalah diperolehi dengan komposisi yang dikehendakki oleh
penambahan aloi dan suhu diubahsuai seperti yang dikehendakki.
Keluli dioksidakan menggunakan aluminium, Ferro-Silikon atau Ferro-
Mangganes. Untuk mengambil keluli, sangga dikait atau dituang daripada
permukaannya dahulu kemudian diasingkan atau dialirkan melalui
lubang/saluran keluar dengan mencondongkan relau yang ditunjukkan pada
rajah 1.1.2.e.

12

Kebaikan Relau Arka Elektrik

i. Perpindahan atau perubahan sulfur adalah bersesuaian.
ii. Pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan lebih berkesan.
iii. Tiada gas pengoksidaan menghasilkan keluli berkualiti tinggi.
iv. Suhu boleh dikawal dengan tepat.
v. Penambahan elemen aloi boleh dibuat dengan betul.
vi. Relau ini bebas dari kekotoran dan asap.














13

Bijih besi merupakan bahan mentah utama dalam proses pengeluaran besi. Besi
jongkong yang terhasil pula diproses menjadi besi tuang, besi tempa dan keluli untuk
kegunaan kejuruteraan.


Proses Penghasilan Bentuk
Gambar rajah Penerangan

Keluli digelek melalui beberapa
set roda penggelek untuk
mengurangkan ketebalannya.
Proses menggelek panas
dilakukan pada suhu yang tinggi.
Proses menggelek sejuk
dilakukan dengan menggelek
semula keluli yang telah digelek
panas sebaik sahaja ia sejuk.
Proses menggelek sejuk
menghasilkan saiz bijian keluli
yang lebih kecil dari proses
menggelek panas.

Bilet keluli ditarik melalui acuan
untuk meghasilkan dimensi yang
lebih kecil dari dimensi asal.
Contoh produk yang dihasikan
ialah garfu.
14


Keluli dikenakan beban mampatan
bagi menghasilkan perubahan
bentuk secara kekal.
Keluli dipanaskan sehingga suhu
di antara 982 1100 darjah
celcius.
Acuan digunakan untuk
memperoleh bentuk akhir sesuatu
produk.

Jadual 1 : Proses penghasilan bentuk
















15

3.0 JENIS-JENIS BAHAN BUANGAN DARIPADA INDUSTRI BESI DAN
KLASIFIKASINYA KEPADA JENIS PENCEMARAN YANG TERLIBAT.


Rajah 3.0 Sisa Bahan Industri Besi

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang
mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini.
Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai
projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf
pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang
boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu
kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama
negara. Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan
pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar
yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatahdi telan mati emak di luah
mati bapa. Dalam perindustrian besi, banyak kilang terlibat dalam mengeluaran
produk-roduk besi bagi tujuan permasaran.
INDUSTRI
BESI
Kadmium
Zink
Kuprum
Silikon
Karbon
dioksida
Chromium
16

Jenis bahan buangan
Klasifikasi jenis
pencemaran
Penerangan
Kadmium, Cd


Pencemaran air
Sumber logam Kadmium, Cd
di dalam air adalah daripada
pelepasan keluar effluen
industri aloi logam dan
elektro-saduran.
Logam Cd boleh memasuki
ke dalam sumber makanan
melalui makanan yang
ditinkan dan penggunaan
perkakasan tahan karat
seperti sudu, garpu dan
pisau.
Zinc, Zn

Pencemaran air
Ion-ion Zn 2+ sangat toksik
di dalam air dengan
kepekatan serendah 0.3 ppm
dan ianya toksik kepada
hidupan akuatik terutamanya
ikan dan kerang.

Kuprum,
Cu

Pencemaran
udara
Penyedutan udara yang
tercemar dengan logam Cu
boleh meyebabkan sindrom
penyakit demam wasap
logam.
Karbon dioksida,
CO2
Pencemaran
udara
Ini disebabkan oleh asap-
asap hitam yang keluar dari
kilang akibat pembakaran
bahan api.
17

Silikon,
Si

Pencemaran
udara
Menyedut habuk silikon
boleh menyebabkan kesan
yang merbahaya kepada
sistem pernafasan dan boleh
menyebabkan silikosis, yang
parut yang terbentuk pada
tisu paru-paru dan
mengganggu pengangkutan
oksigen.
Chromium,
Cr

Pencemaran air
Sisa pemprosesan chromium
yang dibuang ke tapak
pelupusan boleh merupakan
sumber bahan cemar
terhadap air.












18

4.0 CADANGAN TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH KERAJAAN BAGI
MENCEGAH/MENGURANGKAN KESAN-KESAN ALAM SEKITAR YANG
TIMBUL DARI INDUSTRI BESI

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar merupakan
jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang
memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran
dari punca tetap dengan izin. Efluen dan sisa kumbahan daripada industri dan loji-
loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang
ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum
dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut
diperbanyakkan, para pengusaha terutama pengusaha kilang besi secara besar-
besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum
sesuatu operasi perindustrian dijalankan.

Kementerian Pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar hendaklah
bekerjasama menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia
adalah sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Misalnya,
pameran alam sekitar yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang
berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah
dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah
merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan
apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebegini
boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam
sekitar.
Lesen pengilang baru hendaklah diberikan sekatan bagi memelihara aktiviti
perkilangan dan mengawal pencemaran. Lesen import bagi besi kepingan diketatkan
dan dikeluarkan secara untuk tujuan pemantauan dan pengumpulan data dalam
keadaan yang tertentu sahaja.


19

5.0 PENDIDIKAN TERHADAP PELAJAR BAGI MENCEGAH/MENGURANGKAN
PENCEMARAN BERKAITAN INDUSTRI BESI DI MASA HADAPAN

Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita dapati bahawa
tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus permodenan ini. Sering meniti dari
bibir ke bibir masyarakat mengenai isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran
air, udara dan darat. Antaranya, isu jerebu yang mengancam negara kita sejak
beberapa tahun kebelakangan telah menjadi topik hangat yang dibincang dari kedai
kopi hingga ke parlimen. Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang.
Sikap manusia zaman moden yang asyik mengejar kemodenan sehingga
mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor yang menyebabkan
keadaan ini semakin merosot. Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah yang
akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Memandangkan keadaan ini, maka
pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur.

Pepatah Melayu ada mengatakan tiada penyakit yang tiada penawarnya.
Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang sangat penting. Mereka sebagai orang
terdekat kepada murid-murid sepatutnya mendidik mereka untuk menghargai dan
mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras dengan peribahasa
Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Guru haruslah
sentiasa mendedahkan murid-murid tentang isu-isu pencemaran alam sekitar yang
terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Mendidik sahaja tidak cukup, guru juga harus menjadi teladan kepada murid-murid
mereka. Contohnya, guru hendaklah lebih cenderung menggunakan bahan bukan
logam bagi menggantikan fungsi bahan besi yang lebih selamat dan semulajadi
dalam kehidupan seharian. Jika guru sendiri menjadi teladan, maka murid-murid
juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap guru. Dengan ini, nescaya pencemaran
alam sekitar akan dapat diatasi.
Sekolah juga dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para murid.
Oleh itu, pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran
alam sekitar yang timbul dari industri besi. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh
pihak sekolah termasuklah mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat
cinta akan alam sekitar dan menyekat penggunaan besi dalam kalangan para murid.
20

Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan
Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi kepada
para murid. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada murid
seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu
pencemaran alam sekitar akibat daripada industri besi dan menyuruh mereka
membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat
disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh industri tersebut kepada
pencemaran alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan
mencurahkan usaha untuk menjaga alam sekitar ini.
Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh dilakukan melalui penubuhan Kelab
Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar boleh mengadakan pelbagai program
seperti ceramah dan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan
mendedahkan murid dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu,
tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat
membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.
Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah
satu langkah yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan
efektif. Guru perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian murid
iaitu program yang dikenali sebagai Reduce, Reuse, Recycle. Reduce ialah usaha
mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad. Reuse pula ialah usaha
menggunakan semula bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah fungsi
bahan tersebut dengan mereka cipta barangan baru. Hal ini dilakukan untuk
menjimatkan bahan sumber besi sekaligus mengurangkan sampah sarap yang
boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.






21

6.0 KESIMPULAN

Menyedari kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pencemaran alam akibat industri
besi, pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan undang-undang untuk
menangani masalahini. Pada tahun 2009 kabinet telah memutuskan bahawa
hukuman mandatori lima tahun penjara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan
presiden sesebuah syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar. Mereka
akan diberi amaran terlebih dahulu dan surat yang berkaitan dengan larangan
melepaskan asap hitam dan sisa toksik. Namun, jika keadaan mencurahkan air ke
daun keladi berlaku, tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti
yang diputuskan oleh kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang haruslah menapis asap
hitam dan menggunakan alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang.
Mereka tidak harus mengorbankan alam sekitar demi kesenangan diri. Jabatan Alam
Sekitar berkuasa untuk mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar dan
disyaki menjejaskan kualiti alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam
sekitar dapat diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.

Kesimpulannya, masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah
ditangani dengan segera dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada
semua pihak. Alam sekitar telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan
kepada manusia. Manusia haruslah menjaganya dengan penuh tanggungjawab
kerana alam sekitar tidak sepatutnya dikorbankan dalam arus pemodenan dan
pembangunan sesebuah negara. Seandainya masalah ini dibiarkan, kesannya akan
memudaratkan manusia itu sendiri walaupun hidup dalam kemewahan. Dengan itu,
penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukan
kerjasama, kesedaran dan keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat. Mudah-
mudahan generasi akan datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam
sekitar yang dianugerahkan kepada manusia.
22

7.0 BIBLIOGRAFI


Rujukan Internet:

http://perlukesah.blogspot.com/2010/08/kenal-pasti-punca-punca-pencemaran-
alam.html
http://www.ilo.org/oshenc/part-xi/iron-and-steel/item/593-environmental-and-public-
health-issues
https://ekas.doe.gov.my/eia/upload/Ex_Sum/201305141025140.Ringkasan%20Ekse
kutif_Final.pdf
http://www.miti.gov.my/cms/genArticlePdf?id=com.tms.cms.article.Article_ec2d3b54-
c0a81573-f8e0f8e0-12359ee2


Rujukan Buku:

Modul OUM : Chemistry II ( HBSC 3203 )

You might also like