Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pada pendapat anda sejauh manakah konstruktivisme boleh diaplikasikan secara

berkesan dalam sistem Pendidikan di Malaysia? Berikan justifikasi berdasarkan


contoh-contoh secara teoritikal atau praktikal.
Prinsip-prinsip pembelajaran konstruktivisme
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu implikasi utama yang
pendekatan konstruktivisme yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran
adalah berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil
daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang
diterima secara pasif. Ia menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan bukan guru.
Prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusatkan pelajar mempunyai ciri-ciri
iaitu pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini guru perlu menerima
autonomi pelajar. Ia lebih menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Pelajar
diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan penilaian pelajarannya.
Yang kedua ialah motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia
menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping
itu pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada
memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran.
Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive
predisposition) maklumat akan dipilih dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk
pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek / kajian.( contoh; menguji hipotesis) dan
membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direka bentuk untuk memudah cara
ekstrapolasi dan memenuhi ruang (going beyond the information given).

Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia
berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan
bimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong
pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar
dengan situasi dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga
menggalakkan dialog dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar.
Satu lagi prinsip pembelajaran ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu diberikan
masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia menekankan
pemikiran refleksi dan proses kematangan.

Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivisme
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar
berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang
bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis.

Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep
dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru
dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.

Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan
jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam
mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan yang baru.

Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan
membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi
baru. Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan
dan guru dalam membina pengetahuan mereka.

Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivisme di mana pelajar
membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan
kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang
hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Peranan guru
Pembelajaran berpusatkan pelajar. Pengetahuan bermakna dibina pelajar. Pemahaman
dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu. Aktiviti pembelajaran
menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. Pelajar berperanan
menentukan pembelajaran sendiri. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar
hendak dijangka. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru. Menyokong
dan mencabar pemikiran seseorang pelajar. Guru berperanan sebagai fasilitator.

You might also like