Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENGAJIAN PROFESIONAL

EDU 3107
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pengumpulan
Maklumat
Murid
Mengumpul Maklumat Murid
Guru bimbingan yang cekap selalu berusaha untuk mendapat
gambaran yang jelas tentang klien. Perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian ialah
a. maklumat am klien,
b. kesihatan,
c. pencapaian,
d. bakat,
e. penyesuaian peribadi,
f. minat,
g. rancangan pada masa hadapan dan
h. latar belakang keluarga.

Aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah suasana di rumah,
keadaan fizikal, perhubungan sosial, bidang intelektual dan
pertumbuhan emosi (Aquino dan Alviar, 1980).
Mizan (2003)

3 cara utama iaitu dengan
1. Pemerhatian
2. Membuat rujukan
3. Membuat tinjauan kehendak sama ada secara
temubual atau secara soalselidik
Bagaimana maklumat dikumpul
1. Melalui Pemerhatian"

Pemerhatian merupakan satu teknik untuk mengamati apa yang sedang
berlaku secara langsung atau tidak langsung.
Guru akan lebih memahami penuntut melalui pemerhatiannya ke atas
penuntut.
Supaya pemerhatian itu berguna, guru atau guru bimbingan perlulah
belajar apa dan bagaimana untuk memerhati (Aquino dan Alviar, 1980).
Dia juga perlu mengelakkan dirinya daripada memberi perhatian lebih
terhadap satu-satu tingkah laku. Menurut Abu Ahmad (1975), terdapat
tiga jenis pemerhatian iaitu:
a. Pemerhatian penyertaan
b. Pemerhatian tidak penyertaan
c. Penyertaan kuasi pemerhati seolah-olah melibatkan dirinya
dalam kegiatan orang yang diperhatikan, tetapi dia berpura-pura
sahaja mengambil bahagian yang aktif.

2. Rujukan
Melalui Rekod Himpunan
rekod himpunan 001 (M) 77 mengandungi banyak maklumat yang berguna jika kad
ini diisi dengan betul dan kemaskini.
Kad ini mengandungi beberapa perkara mengenai penuntut.
Perkara 1 Mengandungi butir-butir mengenai penuntut seperti nama,
tarikh lahir, tempat lahir, agama, nombor kad pengenalan,
alamat rumah dan jarak rumah dari sekolah.
Perkara 2 Butir-butir mengenai keluarga seperti nama, kad pengenalan
dan pekerjaan ibu bapa atau penjaga, bilangan anak dan
kedudukan penuntut dalam ahli keluarga.
Perkara 3 Rekod kedatangan ke sekolah dan gerak kerja kokurikulum.
Maklumat lain yang boleh didapati ialah tarikh masuk sekolah,
nama sekolah terdahulu, kedatangan tahunan, jawatan di
sekolah, minat dan cita-cita.
Perkara 4 Keputusan ujian atau peperiksaan sekolah.
Perkara 5 Keputusan peperiksaan awam seperti nama peperiksaan, tarikh
diambil dan keputusannya.
Perkara 6 Biasiswa, hadiah kewangan dan hadiah-hadiah akademik dan
kokurikulum yang lain.

3. Membuat Tinjauan
1. Tinjauan pendapat guru besar sekolah
2. Tinjauan pendapat guru
3. Tinjauan pendapat pakar-pakar perancang pendidikan
4. Tinjauan pendapat ibubapa
5. Tinjauan pendapat pelajar
Secara soalselidik
atau temubual
4. Melalui Soal Selidik

Soal selidik mengandungi satu borang yang mengandungi per-
tanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab oleh responden.

Jenis pertanyaan atau soalan bergantunglah kepada tujuan soal
selidik itu dijalankan.

Soal selidik ini mungkin mengandungi pertanyaan yang tertutup,
pertanyaan atau soalan terbuka atau campuran kedua-duanya.

Dalam soalan tertutup, responden memilih jawapan yang sudah
disediakan.

Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk
jawapan.

5. Laporan Guru-guru

Guru-guru boleh memberi laporan tidak rasmi mengenai
penuntut-penuntut berdasarkan pemerhatian mereka.

Mereka boleh memerhati-kan tingkah laku penuntut di dalam dan di
luar bilik darjah.

Laporan ini boleh dibincangkan oleh jawatankuasa bimbingan
sekolah.

Satu borang yang boleh melaporkan insiden kritikal penuntut
boleh diedarkan kepada guru-guru. Ini bertujuan untuk
menyenangkan mereka membuat laporan.

6. Temuduga dengan Penuntut dan Ibu Bapa atau Penjaga

Ini adalah satu teknik pengumpulan data yang dapat dengan meng-
adakan komunikasi dengan sumber data.

Komunikasi ini dilakukan melalui dialog secara lisan.

Temuduga boleh dilakukan secara inseden-tal iaitu apabila ia
diperlukan atau secara berencana iaitu dilakukan pada waktu-waktu
yang telah dipersetujui (Djumhur dan Surya, 1975).

Temuduga ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat iaitu
merupakan peringkat penama dalam temuduga kaunseling.

Pada peringkat ini, guru bimbingan mungkin ingin mendapatkan
maklumat berkaitan dengan sejarah masa lalu klien, apa yang
disukainya, apa yang tidak disukainya, sikapnya atau cita-citanya.
7. Melalui Autobiografi

Autobiografi atau riwayat hidup dan catatan harian juga merupakan
satu teknik yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat
mengenai penuntut atau klien.

Penuntut boleh disuruh mencatat berbagai-bagai kejadian tentang
dirinya yang telah dialami, sedang dialami atau yang dia fikir akan
dialaminya.

Penuntut boleh diminta untuk membuat karangan mengenai tajuk-
tajuk seperti keadaan keluargaku, orang yang paling aku sukai atau
hobiku.

Guru bimbingan mestilah tahu membuat interpretasi maksud yang
tersirat. Maklumat yang didapati adalah subjektif. Ketepatan dan
kesempurnaannya bergantung kepada kebolehan individu untuk
menyatakan perasaan dan pengalaman dengan orang lain (Aquino
dan Alviar, 1980).

8. Melalui Ujian-ujian Piawai
Ujian bukan sahaja merupakan satu cara guru atau guru bimbingan
untuk mengukur kebolehan penuntut, tetapi ia juga merupakan satu
cara penuntut untuk memahami dirinya.
Ujian sebagai satu metod penyelidikan telah mula digunakan oleh
Binet pada tahun 1904 di Perancis (Abu Ahmadi, 1975).
Sekarang ini terdapat banyak jenis ujian.
Berdasar kepada ramainya subjek yang dikaji, ujian boleh
dibahagikan kepada dua iaitu individu dan kelompok.
Bentuk-bentuk ujian juga berjenis-jenis seperti berbentuk mainan,
berbentuk soal jawab, berbentuk aneka pilihan, ada yang
memerlukan pemeringkatan, dan ada yang meminta reaksi sahaja.
Berdasarkan tugas yang dijalan-kan oleh penguji, ujian boleh
dibahagikan kepada ujian lisan dan ujian bukan lisan.

9. Kaedah Sosiometri

Sosiometri menunjukkan ukuran berteman.

Melalui sosiometri dapat diperhatikan hubungan sosial seseorang.
Sosiometri ialah kaedah untuk mendapatkan pola-pola perhubungan
di kalangan satu-satu kumpulan, manakala sosiogram pula ialah
penyusunan pola-pola hubungan dalam bentuk gambarajah.

Baik atau tidaknya hubungan sosial seseorang dengan individu yang
lain dapat dilihat daripada segi kekerapannya bergaul, rapat atau
tidaknya pergaulan dan adakah dia popular atau tidak.

Kaedah ini sesuai untuk menyelidiki kumpulan yang kecil.

Untuk mendapat bahan dalam sosiometri, soal selidik boleh
digunakan.
9. Laporan daripada Pihak Tertentu

Pengumpulan maklumat penuntut juga boleh dilakukan oleh guru
bimbingan melalui laporan daripada pihak yang tertentu.

Laporan-laporan tersebut boleh digolongkan menurut fungsi-
fungsinya yang tertentu seperti pendaftaran dan pengelasan
penuntut, rekod kedatangan, surat-surat kebenaran, laporan kepada
ibu bapa, rekod kesihatan dan latihan fizikal.

Kad-kad khusus dan kad komulatif, laporan-laporan kepada
kementerian, surat-surat kepada waris dan sebagainya.

You might also like