Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Penerangan strategi pengajaran yang dirancang

Nota: Pelaporan ini hanya dibuat bagi tujuan pembentangan semasa kursus sahaja.
Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kelas/Bilangan
murid
Tahun 5 /10 orang
S.K/S.P 3.0 mengenal internet
3.7 menghasilkan laman blog persatuan atau kelab secara berkumpulan

Objektif PdP Pada akhir PdP murid akan dapat:
1. Mendaftar (sign-up) laman blog persatuan atau kelab yang telah
dibina
2. Melengkapkan laman blog persatuan atau kelab dengan gambar
dan carta organisasi.
3. Menyusun langkah pembinaan blog dengan tepat.

BBB Makmal komputer, 5 set komputer, panduan bina blog, lembaran kerja
KBAT Murid bina blog bersesuaian dengan persatuan atau kelab yang dipilih
murid
EMK Kreativiti, keusahawanan, TMK
Didik hibur Kuiz
Penerangan
Aktiviti
Aktiviti 1 : Set induksi (5 Minit)
Langkah 1: Guru paparkan beberapa blog persatuan dan kelab sekolah lain.
Langkah 2: Guru perkenalkan tajuk pembelajaran hari ini.

Aktiviti 2 : Guru memperkenalkan blog (5 Minit)
Langkah 1: Guru terangkan apa itu blog.
Langkah 2: Guru minta murid nyatakan kegunaan blog.

Aktiviti 3 : Pembahagian kumpulan (5 minit)
Langkah 1: Guru minta murid membina kumpulan secara berpasangan.
Langkah 2: Guru memberi panduan bina blog kepada setiap kumpulan.

Aktiviti 4 : Murid bina blog (30 minit)
Langkah 1: Murid bincang sesama sendiri untuk menentukan reka bentuk
blog berdasarkan kepada panduan daripada guru.
Langkah 2: Murid hasilkan blog persatuan atau kelab.

Aktiviti 5 : Penilaian (10 minit)
Langkah 1: Guru edar lembaran kerja kepada setiap murid dan murid susun
semula langkah-langkah membina blog dalam tempoh masa
yang ditetapkan guru.
Langkah 2: Guru mengakses laman blog yang dihasilkan oleh murid melalui
Google.


Penutup (3
minit)
Guru menjalankan kuiz untuk menguji murid tentang langkah-langkah
untuk membina laman blog dan kegunaan blog.
Refleksi Murid dapat menyusun langkah pembinaan blog dengan tepat.

You might also like