Konsep Profesion Dan Profesionalisme

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Konsep Profesion dan Profesionalisme

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu
profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan
kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati
otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal
yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).
Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya :
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut
Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu
pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika
untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh
mesyarakat untuk beroperasi.

sas Kepemimpinan:Nota Bab 1: Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion

Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion


1) Pengenalan;

Kamus Dewan (2005) suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta
kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.

2) Ciri-ciri Profesion;

Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat
dan negara.
Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.
Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh
masa tertentu.
Pakar dalam bidang pekerjaan .
Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
Mementingkan mutu perkhidmatan.
Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.
Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal
mutu dan penyingkiran ahli.
Mematuhi kod etika profesion

3) Konsep Profesional;
Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.
Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi.

4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
Perguruan diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)
Keguruan diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan
kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).

5) GURU.PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL..;

Guru Profesional;
Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.
Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.
Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional.
Guru adalah pakar dalam pendidikan.
Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.

Guru Non Profesional;
Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara
Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.
Autonomi guru adalah terhad.
Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak
mematuhi kod etika.
Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan

6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);
Bersikap profesional
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
Berilmu
Patuh dengan Kod Etika.
Bermoral
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
Prihatin terhadap murid dan ibubapa
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Memastikan suasana guru mengajar murid belajar dalam bilik darjah.
Melahirkan persekolahan berwatak supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat
dan serba boleh.
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
Mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.

7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);
Dorongan oleh misi dan passionate
Positif dan benar
Guru sebagai pemimpin
With-it-ness
Gaya
Kepakaran dalam motivasi
Keberkesanan pengajaran
Pembelajaran kandungan
Pintar
Celik minda

8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;

Sahsiah
Bertaqwa
Berakhlak
Berperibadi mulia
Komitmen
Bersopan
Positif
Berkepimpinan
Budaya ilmu

Ketrampilan
Merancang & mengurus p & p
Memilih strategi
Kemahiran teknologi
Kemahiran generik
Kemahiran kaunseling
Menilai p & p
Ilmu
Isi kandungan
Pedagogi
Bahan
Kaedah
Teknologi

9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:
Kaedah mengajar
Kawalan sosial di sekolah
Kawalan disiplin murid
Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
GERKO
Pembimbing kepada murid

10) Refleksi;

Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional
keguruan?

Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru
melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan

You might also like