Word Teori

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

1

1.0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF



Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat
dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori
pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga
menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian
masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa
pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus
memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada
proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.
Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang
sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran
kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-
kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang
memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M
iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah
dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
Oleh itu, pandangan ahli psikologi kognitif terhadap pembelajaran juga dikenali
sebagai Teori Pembelajaran Gestalt (Banks & Thompson,1995). Ahli psikologi kognitif
yang lain, seperti Edward Tolman, memajukan konsep pembelajaran latent iaitu
pembelajaran berlaku tanpa peneguhan, yang digunakan juga oleh Jean Piaget,
Jerome Bruner, David Ausubel dan Robert Gagne. Ahli psikologi kognitif kini
berpendapat bahawa pembelajaran melibatkan dua proses mental penting iaitu
persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan) . Gagne melihat
proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Ausubel
2

pula menekankan pembelajaran persepsi dan bermakna. Seterusnya, Bruner
mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

Berikur merupakan teori pembelajaran kognitif:-
1. Teori pembelajaran Gestalt
- Psikologi Gestalt talh diasaskan di Jerman. Perkataan Gestalt adalah
perkataan dalam bahasa Jerman yang bermaksud pola. Kohler salah
seorang pengkaji psikologi Gestalt melalui kajiannya ke atas seekor cimpanzi
(sultan) telah mengemukakan konsep celik akal. Celik akal bermaksud
penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.
Bagaimanapun, individu memerlukan masa untuk berfikir kerana dia perlu
melihat unsure-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan
mengaitkan dengan pengalaman yang lepas. Dalam kajiannya, Kohler
meletakkan Sultan yang lapar di dalam sebnuah sangkar. Diluar sangkar,
terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang panjannya berbeza-
beza, sultan cuba mendapatkan pisang beberapa kali dengan menggunakan
buluh dan memikirkan alternative-alternatif untuk menyelesaikan masalahnya.
Tiba-tiba dia mendapat idea (celik akal).dia mengambil buluh pendek untuk
mendapatkan buluh panjang dan mengambil pisang.

2. Teori pembelajaran Gagne
- Gagne telah banyak menulis kertas kerja dan buku tentang psikologi gunaan.
Kebanyakkan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran
berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat yang paling
mudah kepada peringkat yang paling kompleks. Gagne telah mengenalpasti
lapa peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai
sekiranya pelajar telah mengusai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.
a. Pembelajaran isyarat
b. Gerak balas
c. Rangkaian motor
d. Pertalian bahasa
3

e. Diskriminasi
f. Konsep
g. Hokum
h. Penyelesaian masalah


3. Teori Pembelajaran Bruner
- Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang
ahli psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Bruner telah
mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap:
a. Peringkat enaktif (0-2 tahun)
Kanak-kanak akan bergerak kea rah sesuatu yang menarik perhatiannya.
Oleh itu, kanak-
kanak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah.

b. Peringkat ikonik (2-4 tahun)
Kanak-kanak berupaya menggambakan sesuatu dalam fikirannya.
Contohnya dia boleh melukis Sesutu imej yang pernah dilihat.

c. Peringkat simbolik (4-7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti perkataan dan bahasa
untuk menghuraikan pengalamannya iaitu bermula penakulan simbolik.









4

2.0 Teori Pembelajaran Behaviorisme

sosial berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran, sementara teori
pembelajaran kognitif berfokus kepada pemikiran. Menurut ahli-ahli psikologi
behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkahlaku yang berlaku dalam diri
sesorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui
oleh setiap insane sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan
memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah
saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku
manusia yang boleh diperhatiakn dan boleh diukur.
Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah
benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat
membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini, kita dpaat
membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Antara tokoh-tokoh
behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta
ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.
Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan
daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing,
tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada
perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan
tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama
ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh
diperhatikan, dikawal dan diramal.


5

2.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas
bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akubat sesuatu ransangan.
Ransangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
Contohnya ialah kebanyakan guru dan murid akan berlari apabila mendengar loceng
kebakaran dibunyikan dan akan sentiasa berwaspada. Oleh itu, apabila ransangan ini
berlaku di tempat lain, maka tindakan yang diambil adalah sama. Loceng kebakaran
adalah sebagai rasangan manakala tindakan adalah sebagai gerak balas sesuatu
perkara. Oleh hal yang demikian, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh
berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang
berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang
berlaku akibat ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Beberapa konsep
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip
pelaziman klasik iaitu:-
a. Generalisasi
Generalisasi bermaksud ransangan yang sama akan menghasilkan tindak balas
yang sama. Contohnya Sarah emnjadi risau setiap kali ujian kimia akan
diadakan. Sarah juga menjadi risau setiap kali ujian biologi diadakan. Jadi
kerisauan dalam satu matapelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu
matapelajaran (biologi).

b. Diskriminasi
- Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu
ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain. dalam
kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya akan bertindak balas
apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi lain selain
loceng. Dalam kes ini,

c. Penghapusan
6

- Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan
ransangan tidak terlazim. Dalam kajuan Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan
ransangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng
tadi tidak akan meransang anjing tersebut untuk mengeuarkan air liur. Tindak
balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

Pavlov menghuraikan 3 peringkat pelaziman klasik yang telah dihasilkan terhadap
seekor anjing:-
a. Sebelum pelaziman
b. Semasa pelaziman
c. Selepas pelaziman


7


Sebelum pelaziman
Makanan Air Liur
(Ransangan Tidak Terlazim) (Gerak Balas Tak Terlazim)

Bunyi Loceng Air Liur
(Ransangan Terlazim) ( Gerak Balas Tak
Terlazim)
Semasa pelaziman
Bunyi loceng Air Liur
(Ransangan Terlazim) (Gerak Balas Tak
Terlazim)

Makanan
(Ransangan Tak Telazim)
Selepas pelaziman
Bunyi Loceng Air Liur
(ransangan terlazim) (Gerak Balas Terlazim)

Rajah mengenai peringkat pelaziman klasik Pavlov



8

2.2 Teori Pelaziman Klasik Watson
Watson merupakan seorang ahli psiklogi yang menggunakan perkataan
behaviorisme untuk menerangkan perubahan tingkahlaku dalam proses pembelajaran.
Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh
dilazimkan secara klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan
seorang kanak-kanak bernama Albert yang berumur 11 bulan.
Dalam kajiannya, beliau telah menunjukkan kepada kanak-kanak tersebut seekor
tikus putih. Pada mulanya kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan perasaan takut
pada tikus tersebut, tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan serentak dengan
kemunculan tikus tersebut, kanak-kanak tersebut menjadi takut dan menangis.
Keadaan ini diulang beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut kanak-kanak
tersebut pada tikus putih itu. Oleh itu, Watson menyarankan bahawa guru boleh
mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajara dengan menentukan ransangan
yang akan didedahkan kepadanya dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan
menggabungkan beberapa ransagan, gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan
pelvagai situasi. Da;lam proses pengajaran, guru haruslah sentiasa memilih ransangan
yang menyeronokkan.









9

2.3 Teori Pelaziman Operan Thorndike
Thorndike merupakan ahli behavioris pertama yang mengemukakan konsep
pelaziman operan. Beliau menjalankan kajiannya ke atas haiwan seperti monyet dan
kucing. Melalui kajiannya ke atas seekor kucing yang dimasukkan ke dalam sebuah
sangkar dengan makanan yang diletakkan di luar sangkar, beliau mendapati kucing
tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran
ini dikenali sebgaia pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran cuba jaya ini,
kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi dan apabila terpijak selak pintu, sangkar itu
akan terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mencari makanan. Apabila
dimasukkan semula ke dalam sangkar, kucing itu akan mengulaang perbuatan yang
sama untuk keluar daripada sangkar itu. oleh itu, melalui hal beliau mendapati bahawa
pembelajaran berlak, hasil daripada gabungan antara ransangan dan tindak balas
Thorndike menyarankan bhawa pembelajaran manusia dikawal oleh hokum tertentu
yang disebut sebagai hokum pembelajaran. Hokum pembelajaran ini dibahagikan
kepada tiga iaitu:-
a. Hokum Kesediaan
- Menurut Thorndike, apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya
dia tidak melakukannya, maka tindakan itu akan menimbulkan perasaan
dukacita dank alai dia dipaksa melakukanyya, akan menghasilkan
pembelajaran yang tidak sempurna. Hukum kesediaan merujuk kepada
keseidaan dan persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak, iaitu
belajar. Kesediaan dapat dilihat daripasa aspek psikomotor, afektif dan
kognitif.

b. Hokum Latihan
- Perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui
latihan yang diulang-ualng. Seseorang individu akan menguasai kemahairan
jika latihan diadakan. Contohnya jika pelajar selalu mengulangkaji rumus
matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hokum
10

latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui
aplikasi dana akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hokum latihan ini sangat
sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

c. Hukum Kesan
- Tokoh menyatakan jika Sesutu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan
persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan
meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara
ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang
menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian
antara ransangan dan gerak balas. Contohnya, jika dalam ekperimen
Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan eletrik apabila keluar dari
sangkar, kesaannya tentulah menyakitkan dan tidak akan mempunyai
motivasi untuk keluar dari sangkar. Oleh itu, jia tingkah laku diikuti dengan
kepuasan, ia akan diluang, tetapi jika diikuti dengan kesakitan ianya akan
lenyap.

11

2.4 Teori Pelaziman Operan Skinner

Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus
dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan Skinner Box di mana tingkah laku
binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan
dan direkod. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarn bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam
teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan
(tidak diulang), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan pertamanya untuk
memuaskan kehendak individu, keduanya untuk mengurangkan tekanan dan
meransang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis iaitu,
peneguhan positif dan peneguhan negative. Terdapat lima jenis proses dalam teori
pelaziman operan Skinner iaitu peneguhan positif, peneguhan naratif, dendaan, prinsip
Premack dan pelupusan.
a. Peneguhan positif
- Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk
motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh
peneguhan positif yang boleh diberikan di dalam bilik darjah ialah
memberikan kata-kata pujian selepas pelajar berjaya menjawab soalan.
Peneguhan positif memberikan pelajar lebih bersemangat untuk belajar.

b. Peneguhan negatif
- Peneguhan negative ialah ransangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan yang diebrikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contohnya seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja
12

sekolah. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun
menyiapkan kerja sekolahnya.

c. Dendaan
- Dendaan adalah satu proses atau tatacara melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah
kesan negative yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan
berlakunya tingkah laku tersebut.

d. Prinsip Premack
- Konsep utama prinsip Premack ialah mengatitkan aktiviti yang kurang
diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku
terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip premack juga dikenali sebagai
Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain
selepas kamu menghabuskan memakan sayur ini. Sebagai guru, kita boleh
menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik
dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
Conothnya selepas mengakhiri mata pelajaran Matematik, satu aktiviti
bermain komputer akan diadakan.

e. Pelupusan
- Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus
dengan sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika:-
Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti
Peneguhan itu tidak lagi digunakan
Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana
hasilnya tidak akan datang serta merta.



13

3.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Teori pembelajaran sosial ini mempunyai asas dalam teori pembelajaran dan
behaviorisme. Namun, pada masa ini pendekatan pembelajaran sosial merupakan satu
teori personalitiyang penting dan telah diikitiraf sebagai teori yang tersendiri kerana ciri-
ciri interaktif yang disarankan oleh pakar-pakarnya. Pakar-pakar psikologi yang banyak
mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran sosial ialah Albert Bandura,
Julian Rotter, Martin Seligman dan Walter Mischel.
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat beberapa konsep pembelajaran sosial
yang disarankan oleh dua orang pakar iaitu Albert Bandura dan Walter Mischel. Pada
amnya, Bandura juga melihat manusia sebagai aktif, berupaya mengendalikan tingkah
laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh
keadaan persekitaran mereka. Manusia dan persekitaran saling pengaruh-
mempengaruhi antara satu dengan yang lain.
Teori pembelajaran sosial (social learning theory ) telah diasaskan oleh Albert
Bandura (1986,1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan
semula sebagai Teori kognitif sosial oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori
pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku
memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan
mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya ; sementara faktor sosial,
termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan
mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.
Albert Bandura (1925) adalah seorang profesor psikologi di Universiti Stanford
dan beliau telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik (reciprocal
determinism model )dan Teori Pembelajaran Peniruan.



14


(a) Model Determinisme Timbal Balik
Bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga
faktor utama, iaitu individu (motivasi intrinsik) dan persekitaran ( rangsangan luaran) ,
dan tingkah laku (perlakuan) (lihat Rajah 1). Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi
dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang
adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri (motivasi intrinsik)dan persekitaran.







Rajah 1 Model Determinisme Timbal Balik

(b) Teori Pembelajaran Peniruan
Bandura telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan
kanak-kanak apabila mereka menonton video tentang orang dewasa memukul,
mengetuk dengan tukul besi, menendang dan duduk atas patung Bobo, menumbuk
sambil menjerit- jerit sockeroo. Bandura telah menayangkan video tersebut kepada
kanak-kanak tadika. Kemudian mereka diarahkan pergi ke bilik permainan yang
terdapat patung seperti Bobo di situ. Apabila kanak-kanak tersebut nampak patung itu,
mereka pun melakukan aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam
tayangan tadi.
15

Mengikut Bandura, apabila tingkah laku seseorang itu ditiru, orang yang ditiru itu
secara spontan menjadi model kepada si peniru. Menurut teori ini, terdapat beberapa
cara peniruan boleh dilakukan iaitu :
1. Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.
Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat kapal terbang menggunakan
kertas dan pelajar meniru secara langsung.


2. Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi
perlakuanbersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak
tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, guru akan
memarahinya dan diberitahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam
kelas. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekat lakuan dalam situasi tersebut.

3. Proses tiruan melalui elisitasi timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.
Contohnya, kita melihat jiran kita memasak mee untuk berbuka puasa, lalu timbul
keinginan dalam diri kita untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginan
kita untuk meniru timbul setelah melihat jiran melakukan perlakuan tersebut.
Proses peniruan ini mempunyai empat langkah iaitu pemerhatian, penyimpanan,
pengeluaran dan motivasi.

i. Pemerhatian - iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan model,
mula-muladia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat
langkah-langkah yangdilaksanakan oleh model tersebut.
ii. Penyimpanan - iaitu langkah-langkah perlakuan model akan disimpan
dalam ingatanoleh pelajar.
iii. Pengeluaran - iaitu tingkah laku yang ditiru diperlihatkan dalam situasi
yang sesuai.
16

iv. Motivasi (peneguhan) - iaitu sekiranya tingkah laku yang diperlihatkan
menerima peneguhan(motivasi) daripada orang lain, peniruan akan
diulangi.


Teori Pemodelan Bandura mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dimana :
i. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
ii. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
iii. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru
sebagai model.
iv. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan
peneguhan yang berpatutan.
v. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan
tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan
positif.
















17

4.0 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME
Mengikut pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah
mulia dan baik. Setiap individu akan berkembang secara semulajadi sekiranya
persekitaran mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar,
membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang mereka suka dan dianggap
bermakna. Prinsip tersebut dapat dikuatkan lagi dengan setiap individu bertindak atas
persekitaran masing-masing dan bebas untuk membuat pilihan dan keputusan dalam
usaha membentuk dunia peribadi dan pembelajaran.
Kajian ahli psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia
bergantung kepada emosi dan perasaan masing-masing. Selain itu, pendekatan
humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan
menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran setiap
individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis memperkatakan
mengenai pendekatan berpusatkan pelajar.
Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap
pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi
peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui
pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu.
Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan
menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Secara semula jadi setiap
individu ingin belajar dan menimba ilmu. Maka, murid-murid hendaklah mempunyai
kawalan kendiri ke atas apa yang hendak mereka pelajari. Keberkesanan pembelajaran
akan dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.




18

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia.
proses belajar dianggap berhasil jika murid memahami lingkungannya dan dirinya
sendiri. Dalam proses belajar setap murid harus berusaha agar lambat laun mereka
mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Lima objektif asas pendidikan
daripada pandangan humanistik (Gagne dan Berliner, 1991) ialah :

1) Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain.
2) Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan
perkara yang dipelajari.
3) Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.
4) Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.
5) Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.



















19

4.1 TOKOH PEMBELAJARAN HUMANISME

Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelopori teori humanisme ini. Antara
tokoh-tokon humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham Maslow, John Holt, Malcolm
Knowles dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh tersebut, dua orang tokoh utama
bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan Abraham Maslow.

4.1.1 Carl Rogers
Nama sebenarnya ialah Carl Ransom Rogers, telah dilahirkan pada 8 Januari 1902 di
Oak Park, Illinois. Carl Rogers dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat disiplin,
berpegang kuat pada agama dan bermoral tinggi. Carl Rogers adalah satu-satunya
pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras
pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada
dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif
dan melihat semua manusia sebagai entity-entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah
laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers ialah:
Pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri.
Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai
kesempurnaan kendiri.
Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem nilai dan
kepercayaan yg berbeza dgn org lain.
Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan
keupayaannya.
Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi

Prinsip-prinsip pendekatan Teori Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah
mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan
kebebasan (freedon to learn). Di dalam kelas berasaskan teori pembelajaran Carl
20

Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan kebebasan untuk memenuhi perasaan
ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan untuk mencari apa yang penting dan
bererti tentang dunia dalam persekitaran mereka.


4.1.2 Abraham Maslow

Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat.
Beliau merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang
diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954, dan telah diterbitkan dalam Motivation
and Personality pada tahun 1954. Beliau juga digelar sebagai Bapa Psikologi
Humanistik. Abraham H. Maslow merupakan tokoh yang menonjol dalam psikologi
humanistik. Teorinya iaitu Teori Keperluan Maslow dapat diterima pakai dan
sebahagian dari teorinya yang penting dijadikan asas persepsi bahawa dalam diri
manusia terdapat dorongan positif yang berkembang dan terdapat kekuatan-kekuatan
yang melawan atau menghalangi pertumbuhan (Rumini, dkk. 1993).
Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan
keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada
diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori
Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian
yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak,
bukan hanya sebahagian daripada individu.
Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah
laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan
terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai
keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya,
persekitaran dan perbezaan generasi.

21

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu.
Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir
dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan
keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan
oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk
hieraki. Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah keperluan fisiologi harus
dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan
kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat
pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.
Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap iaitu keperluan
fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan kesempuurnaan kendiri.
Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,
makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada
masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini
dipenuhi.
Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup,
kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang-undang serta membebaskan diri daripada
ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi
menjamin kesejahteraan hidup.
Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan
dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita
perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak
boleh wujud bersendirian.
Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu
berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita
juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia
ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir sekali usaha
manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap
kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan
22

kesempurnaan kendiri. Ringkasan daripada hieraki tersebut terdapat dalam Rajah 2 di
bawah.


Rajah 2 Hierarki Keperluan Maslow







Kesempurnaan
kendiri
Penghargaan
kendiri
Kasih sayang
Keselamatan
Fisiologi
Keperluan
sekunder
Keperluan
asas/primer
23

4.2 Implikasi Teori Humanistik Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah
yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar
mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan
kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya
mereka sentiasa bersungguh-sungguhz dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan
tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang
memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu
pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu
tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar
memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan
seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri
mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.
Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar
mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan
tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan
emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model
dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin
ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk
memenuhi keprluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran
dengan pelajar




24

4.3 Implikasi Teori Humanisme Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Murid Berkeperluan Khas
Bagi murid bermasalah pengihatan, berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah
dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran
sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan
pelajar tersebut memegang anda. Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di
papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang
sama. Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui
deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang
baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi
guru perlulah mengawasinya.
Untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran, bahan-bahan, teknik, kaedah,
teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut
keprluan individu. Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred
berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan
Pengajaran Individu (R.P.I). Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid
serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.Kanak-
kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti
berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil
untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah
Manakala bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, guru perlulah mengajar
mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan
melepaskan perasaan. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa
isyarat. Kanak-kanak ini biasanya mudah meradang. Mereka sukar menumpukan
perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh
menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap. Guru perlu
mengajar murid bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir.

25

5.0 RUJUKAN

Mahmood Nazar Mohamed, 1960. Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas
Kepada Jiwa Dan Tingkah laku Manusia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi
Kognitif dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala
Lumpur.
Laman sesawang, http://pendidik-istimewa.blogspot.com/2013/02/teori-pembelajaran.
Retrieved date, 2 Oktober 2013.

You might also like