Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TERHAD

1
TERHAD

1 RRD
Kem Majidee
80634 JOHOR BAHRU

Tel : 07-3402712
Faks : 07-3402745

JUL 12

1R/G3/1703/14/2

Lihat Agihan

LAPORAN PENUH KEJOHANAN SEPAK TAKRAW 3 DIV TAHUN 2012

Rujuk:
A. 7 BGD/G3/27/4 Arahan Pertandingan Karnival Sukan Peringkat 3 Div bertarikh 29 Jun 2012.
B. 1R/G3/1703/14/3 Arahan Pentadbiran Kejohanan Sepak Takraw 3 Div bertarikh 06 Julai 2012.

AM

1. Kejohanan Sepak Takraw 3 Div Tahun 2012 telah dilaksanakan mulai 10 Julai hingga 11 Julai
2012 bersempena dengan Karnival Sukan Peringkat 3 Div. Kejohanan ini berlangsung di gelanggang
Sepak Takraw Batalion Ke 5 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Batu 3, Kluang dan ianya telah
dikelolakan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer DiRaja.

TUJUAN

2. Tujuan laporan ini adalah untuk membentangkan aspek-aspek perlaksanaan, keputusan dan
laporan penuh Kejohanan Sepak Takraw 3 Div bagi tahun 2012.

SKOP

3. Skop laporan ini adalah seperti berikut:

a. Objektif Pertandingan.

b. Pelaksanaan dan Pencapaian.

c. Permasalahan.

d. Cadangan.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

4. Antara objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:

a. Membina semangat kecemerlangan dengan mementingkan misi dan kejayaan
berlandaskan hasil perancangan yang berkualiti.

TERHAD
2
TERHAD

b. Menguji kecekapan kepimpinan, perintah dan kawalan serta kepercayaan di dalam satu
pasukan.

c. Memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan persefahaman dalam pertandingan.

d. Memberi saingan terbaik dan memperbaiki kedudukan dalam acara yang
dipertandingkan.

e. Memilih pemain-pemain yang berkebolehan untuk mewakili 3 Div untuk Kejohanan
Sepak Takraw peringkat Medan TD bagi tahun 2012.

PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN

5. Pertandingan ini telah dilaksanakan mengikut jadual sepertimana yang telah dipersetujui oleh
semua pengurus pasukan semasa mesyuarat pengurus pada 09 Jul 2011 bertempat di Bilik Gerakan
Batalion Ke 5 Rejimen Askar Melayu Di Raja.

6. Jadual Latihan. Pemain-pemain yang terpilih untuk mewakili 7 Bgd telah dikumpulkan
di Pasukan 1 RRD pada 02 Jul 2012 bagi melaksanakan latihan untuk meningkatkan tahap permainan dan
persefahaman di antara pemain. Jadual latihan yang telah dilaksanakan adalah seperti di Kembaran A.

7. Jadual Perlawanan. Jadual perlawanan adalah seperti di Kembaran B.

8. Carta dan Keputusan Pertandingan. Carta dan keputusan keseluruhan pertandingan adalah
seperti di Kembaran C.

9. Prestasi Pemain. Pada keseluruhannya prestasi permainan yang ditunjukkan oleh semua
pasukan amat memberangsangkan. Semua pemain-pemain telah memperlihatkan semangat kesukanan
yang tinggi dalam setiap permainan walaupun terpaksa bermain tanpa berhenti untuk rehat dalam jangka
masa yang panjang.

10. Pencapaian. Kejohanan ini berjaya mencungkil beberapa pemain muda yang layak untuk
diberi didikan dan tunjuk ajar untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

11. Pengadil Kejohanan. Pengadil yang mengadili setiap perlawanan dalam kejohanan ini adalah
terdiri daripada jurulatih-jurulatih jasmani dibawah naungan Formasi 3 Div dan jemputan khas daripada
Markas Latihan TD. Ianya diketuai oleh 1087087 PW II Mohamad Nazri bin Yusoh, Penasihat Jasmani 3
Div.

12. Senarai Pemain Yang Terpilih. Senarai nama pemain yang terpilih untuk mewakili 3 Div bagi
Pertandingan peringkat Medan pada tahun ini telah dimajukan kepada Cwg Latih 7 Bgd dan senarai nama
yang terpilih akan sekali lagi menjalani ujian pemilihan dan seterusnya mewakili 3 Div adalah seperti di
Kembaran D.

13. Upacara Penutup. Upacara penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Panglima 7
Bgd di Padang Bola Batalion Ke 5 Rejimen Askar Melayu DiRaja.




TERHAD
3
TERHAD

14. Peruntukan Kewangan dan Peralatan. Bagi menganjur kejohanan ini, pihak sekretariat
Karnival Sukan Peringkat 3 Div telah memberi peruntukan wang sebanyak RM50.00 bagi pembelian air
minarel serta alat tulis untuk para pengadil dan penjaga garisan. Bantuan peralatan seperti jaring
disediakan oleh pihak sekretariat dan sebanyak 2 x bola takraw disediakan oleh setiap formasi yang
bertanding.

PERMASALAHAN

15. Permasalahan yang utama ialah keadaan gelanggang yang sempit dan kedudukan gelanggang A
dan B yang berjauhan menyebabkan berlaku kesulitan dari segi pergerakan pemain dan pengadil.

CADANGAN

16. Berikut adalah perkara-perkara yang dicadangkan:

a. Gelanggang yang digunakan adalah berdekatan di antara Gelanggang A dan Gelanggang
B bagi memudahkan segala urusan pentadbiran dan kelancaran pertandingan.

b. Bagi pemain-pemain yang terpilih untuk mewakili 3 Div dicadangkan agar dipanggil
dengan kadar segera bagi tujuan pemilihan semula untuk mengenal pasti 12 pemain bagi
mewakili 3 Div ke peringkat Medan TD. Selain itu dapat diadakan latihan yang lama bagi
memantapkan skil pemain dan juga mewujudkan persefahaman antara pemain dalam setiap regu.

PENUTUP

17. Secara amnya kejohanan pada tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama
yang telah diberikan oleh semua pasukan yang terlibat dan bantuan yang dihulurkan daripada Batalion Ke
5 Rejimen Askar Melayu DiRaja sedikit sebanyak telah membantu melancarkan lagi Kejohanan Sepak
Takraw 3 Div tahun 2012.

Semerah Sehitam; Terbaik Dalam Persaingan





HAMADI BIN HJ HASAN
Lt Kol
Pegawai Memerintah












TERHAD
4
TERHAD

Kembaran:

A. Jadual Perlawanan
B. Carta dan Keputusan Keseluruhan Pertandingan.
C. Senarai Nama Pemain Yang Dipilih

Agihan:

Luar:

Tindakan:

1 Bgd
4 Bgd (Mek)
7 Bgd
Arti Div 3 Div
Trup Div

Maklumat:

MK 3 Div
(Untuk Perhatian: Latih)

Dalam:

Maklumat:

Peg Mem
Pen Peg Mem

You might also like