T1A2 Biodata Murid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 SENARIO PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Pada masa ini, pendidikan khas di Malaysia disediakan oleh tiga organisasi utama, iaitu
Kementerian Pe-lajaran, Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat (Jabatan
Kebajikan Masyarakat) dan pel-bagai badan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain seperti
Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Chil-drens Assocation), Pusat Bimbingan Sinaran
Matahari, Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa, dan Ya-yasan Sindrom Down Kiwanis
(Kiwanis Down Syndrome Foundation).

1.1 Pelaksanaan Pendidikan Khas oleh Kerajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan, iaitu
Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, dan Program
Pendidikan Khas Inte-grasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan. Kedua-dua program ini diwujudkan di sekolah harian
biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pen-gasingan dan separa inklusif. Tempoh
belajar bagi murid-murid berkeperluan khas di peringkat rendah ialah 6 tahun, manakala bagi
pelajar berkeperluan khas peringkat menengah ialah 5 tahun. Namun begitu, tempoh ini boleh
dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum sama ada di peringkat rendah atau menengah mengikut
ke-perluan para pelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004).
Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25
sekolah untuk pelajar bermasalah pendengaran. Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas
bermasalah penglihatan ialah 337 ber-banding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas
bermasalah pendengaran. Terdapat kira-kira 99 orang guru pendidikan khas yang mengajar
pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru yang mengajar pelajar bermasalah
pendengaran di seluruh negara. Secara umumnya pada tahun 2002, daripada jumlah keseluruhan
pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, 70% daripadanya adalah pelajar bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pende-
ngaran dan selebihnya, iaitu 5% adalah bermasalah penglihatan.
Di Malaysia, Kebanyakan pelajar kurang upaya diberi pendidikan sama ada dalam
persekitaran khas atau-pun dalam persekitaran bersepadu. Pendidikan inklusif digalakkan oleh
Kementerian Pelajaran, namun im-plementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Ini
dapat dilihat, iaitu pelajar-pelajar bermasalah pen-dengaran dan bermasalah penglihatan
mengikuti kurikulum biasa, manakala pelajar-pelajar bermasalah pem-belajaran kebanyakannya
mengikuti kurikulum khas yang diajar oleh guru pendidikan khas.

1.2 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Setakat ini, perbincangan kita lebih bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia selaku badan kerajaan dalam menyediakan pendidikan khas kepada murid-murid yang
berkeperluan khas. Sebe-narnya, selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga
dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persa-tuan dan badan-badan sukarelawan di negara ini. Ini
jelas dapat dilihat apabila Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non Governmental Organisations)
ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita berikutan
pelaksanaan program Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pa-da 1986 yang telah
membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Ekoran daripada itu, berbagai-bagai aktiviti dilak-sanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut,
bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan
khas juga telah bertambah. Ini memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan
pendidikan kepada golongan ini. Antara Ba-dan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan
penyediaan pendidikan khas ialah:

1.2.1 Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation)
Persatuan ini mmenyediakan intervensi awal untuk khususs kanak-kanak kerencatan mental di
antara umur 2-16 tahun.

1.2.2 Pusat Bimbingan Sinaran Matahari
Pusat bimbingan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas
tentang kemahiran hidup dan kemahiran sosial.

1.2.3 Pusat Harian Kanak-Kanak I stimewa
Pusat harian ini dibuka khusus untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan
khas yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara usia 0-6 tahun serta
kemahiran hidup untuk ka-nak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

1.2.4 Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation
Yayasan ini adalah satu badan yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom
down dengan tum-puan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun. Kini, yayasan ini
mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat di
Malaysia.


2.0 POLISI KERAJAAN YANG MENYOKONG PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan inklusif ialah peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas untuk
belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan
mengikuti kurikulum biasa, men-dapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran biasa
dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing). Terdapat dua kategori pendidikan
inklusif ini, iaitu pendidikan inklusif penuh dan pendidikan inklusif separa.

2.1 Inklusif Penuh
Pendidikan inklusif penuh ialah pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang
mengikuti pem-belajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru
pendidikan khas (guru pembimbing).

2.2 Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti
tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Namun begitu, pelaksanaan program inklusif di sekolah aliran perdana bukanlah sesuatu
yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung. Walaupun banyak isu berbangkit, namun implikasi pendidikan inklusif
banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas. Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda,
(2002) menyatakan mereka bahawa:

Faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas, namun turut juga
mem-pengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan
aka-demik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan
kema-hiran kefungsian hidup.

Begitu juga menurut John Charema, (2010):

Ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan
dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam
kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun
permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat.

Berikutan itu, pihak kerajaan telah mengadakan polisi bagi menyokong pelaksanaan
pendidikan inklusif ini. Terdapat 25 inisiatif dalam terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 2025 yang terdiri daripada 17 inisiatif utama dan 8 inisiatif
tambahan. Salah satu inisiatif yang diletakkan dalam kategori 17 inisiatif utama ialah pendidikan
inklusif, iaitu dapat dilihat pada tangga ke-11 yang menyatakan Pening-katan enrolmen dalam
program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra un-tuk murid
berkeperluan khas. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Induk Pem-
bangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk mempastikan semua sekolah dan murid mempunyai
peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah pun mengenal pasti terdapatnya jurang dalam pendidikan yang perlu dirapatkan supaya
akses, ekuiti dan kualitinya dapat diper-tingkatkan lagi. Menurut Abdul Rahim Selamat, (1994):

Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada
mu-rid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-
murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.

Dalam erti kata lain menurut Kamariah Jalil, (1995):

Pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam ke-las-kelas biasa di
mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti
pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Selain itu, kerajaan juga telah menetapkan garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif Kepel-bagaian Keupayaan Individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-
peraturan Pendidikan (Pen-didikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan:

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus
diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada
pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk
menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; a) murid yang cacat
anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan b) murid
yang mempunyai pel-bagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat
akal yang berat.

Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk
ini adalah flek-sibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendi-dikan Khas) 1997,
yang menyatakan:

Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi
aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan
dan matlamat Pendidikan Khas.

Berikutan polisi kerajaan yang menyokong pendidikan khas termasuklah pendidikan
inklusif ini, usaha untuk memberi peluang pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas di
kelas aliran perdana telah mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan
untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah
pembelajaran termasuk murid-murid autistik, down sindrom dan lain-lain. Program Pendidikan
Inklusif (PPI) ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang
pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan
mereka.


3.0 MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS
Seorang murid berkeperluan khas telah dikenal pasti untuk mengikuti program pendidikan
inklusif di sekolah saya, iaitu Sekolah Kebangsaan Serom 6, TL 24 Kampung Serom 6 Muar
Johor.

3.1 Biodata Murid
Murid ini ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun. Nama kanak-kanak ini ialah
Mohd Syafiq bin Shukor. Syafiq telah dilahirkan di Hospital Besar Muar pada 12 Disember
2005. Beliau kini tinggal bersama ayah dan ibu juga 5 orang adik-beradiknya yang lain di alamat
TL 24 Kampung Serom 6, Ledang. Beliau merupakan anak kelima daripada 6 orang adik-
beradik, iaitu beliau mem-punyai 2 orang abang, 2 orang kakak, dan seorang adik lelaki.
Asrul telah diagnosis mengalami masalah pembelajaran kategori Sindrom Masalah Kurang
Daya Tumpuan Dengan Hiperaktif (ADHD) pada usia 6 tahun oleh doktor pediatrik Hospital
Sungai Buloh, Selangor. Berikutan itu, Syafiq telah didaf-tarkan ke Jabatan Kebajikan
Masyarakat dalam kategori Masalah Pembelajaran ADHD. Berikutan diagnosis tersebut,
Syafiqtelah dicadangkan penempatan sekolah oleh pegawai perubatan yang memeriksa beliau di
sekolah biasa, tetapi dimasukkan di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kini,
Syafiq sedang belajar di Sekolah Kebangsaan SaSerom 6, Ledang Johoryang turut menawarkan
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sepertimana yang dicadangkan.
Berdasarkan soal selidik yang dilakukan kepada ibunya, didapati Syafiq amat gemar bermain
game dan penyangkut baju apabila ada masa lapang semasa berada di rumah. Perkara yang
tidak digemari Syafiq pula ialah apabila ada sesiapa yang mening-gikan suara kepadanya.
Walaupun Syafiq lebih gemar bermain sendiri, namun beliau boleh bergaul dengan baik dengan
orang-orang di seke-lilingnya seperti semasa bersama kedua-dua ibu bapanya, adik-beradik
ataupun jiran tetangga.

3.2 Ciri-ciri Murid

3.2.1 Fizikal
Ciri-ciri fizikal Syafiq sepertimana kanak-kanak normal yang lain, iaitu sempurna dan tiada
sebarang kecacatan fizikal.

3.2.2 I ntelek

Dari segi intelek, Syafiq seorang kanak-kanak yang bijak. Beliau seorang yang pandai berkata-
kata. Ini dapat dilihat semasa bertemunya di rumah bersama ibunya. Beliau boleh menjawab
dengan betul apabila disoal tentang usia, bilangan adik-beradik, nama ibu dan ayah, dan lain-
lain.

3.2.3 Emosi
Syafiq dilihat mempunyai emosi yang agak tidak stabil. Ini disebabkan Syafiq lebih suka
bermain sendiri dan melakukan perkara yang mahu dilakukannya, iaitu mengikut gerak hatinya.
Misalnya, Syafiq tiba-tiba sahaja mengambil penyangkut baju yang sedang dipegang oleh
adiknya dan bermain-main dengannya. Ini dise-babkan penyangkut baju adalah barang
permainan kegemarannya.
Selain itu, Syafiq juga didapati tidak suka mendengar orang lain meninggikan suara kepadanya.
Begitu juga apabila diganggu, Syafiq akan menjadi agak agresif. Apabila ini berlaku,Syafiq akan
menjerit-jerit dan mengamuk. Ini dilihat semasa beliau sedang bermain. apabila adiknya
mengambil barang yang sedang di-mainkannya, Syafiq terus merebut semula barang tersebut dan
berlakulah keadaan berebut-rebut dengan adiknya. Ini menggambarkan Syafiq seorang yang
tidak boleh ditegur secara kasar dan tidak boleh diganggu apabila sedang melakukan sesuatu
aktiviti. Ini juga bermakna, Syafiq seorang yang sukar mengawal emosinya berbanding ka-nak-
kanak normal.



3.3.4 Sosial
Dari segi sosial, Syafiq seorang yang pandai bergaul dan pandai menyesuaikan diri. Beliau juga
seorang kanak-kanak yang periang. Justeru, beliau dilihat amat mudah mesra dengan sesiapa
sahaja. Misalnya, Syafiq mesra bersama pengkaji biarpun pertama kali bertemu. Keadaan ini
juga dilihat semasa beliau bersama-sama rakan-rakan di kejiranannya dan juga turut disenangi
oleh para tetangganya yang lebih dewasa.

Berdasarkan ciri-ciri yang ada pada murid ini, saya merasakan beliau sesuai untuk
dimasukkan ke dalam program pendidikan inklusif separa, iaitu murid berkeperluan khas yang
mengikuti sebahagian pembe-lajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas
aliran perdana dengan bantuan seorang guru pendidikan khas (guru pembimbing).


4.0 KEPERLUAN LOGISTIK DI SEKOLAH
Sekolah ini mempunyai keperluan logistik yang mencukupi kerana ada menawarkan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan merupakan kelas yang diduduki Asrul sekarang.

4.1 Keperluan Sedia Ada
Berikutan sekolah ini ada menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), maka ia telah
mem-punyai keperluan logistik sedia ada.

4.2 Keperluan yang Diperlukan
Walaupun sekolah ini sudah mempunyai keperluan sedia ada kerana ada menawarkan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), namun masih memerlukan logistik yang lain yang melibatkan
teknologi maklumat, ia-itu dari segi pembinaan perisian untuk keperuan khas ini yang berbeza
dengan keperluan biasa. Selain itu, bahan bantu mengajar juga amat diperlukan bagi membantu
para guru mendidik murid berkeperluan khas dengan lebih berkesan dan dapat membantu
menarik minat mereka untuk belajar di kelas aliran perdana.


5.0 SOKONGAN DARIPADA BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN
Pada masa kini, kebanyakan organisasi sama ada daripada badan krajaan mahupun bukan
kerajaan yang terlibat dalam pendidikan untuk pelajar kurang upaya telah ba-nyak membuat
pelaburan dengan membeli perkakasan teknologi sebagai satu langkah untuk menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Namun begitu, kelengkapan dari segi perkakasan teknologi (hardware) bukan lagi
menjadi isu utama untuk organisasi yang memberi perkhidmatan pendidikan kepada pelajar
berkeperluan khas ini. Isu yang le-bih besar yang perlu ditangani sekarang adalah pembinaan
perisian yang dapat memenuhi keperluan khas tempatan untuk digu-nakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran para pelajar berkeperluan khas.

You might also like