Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

A y a t M a j m u k | 150

UNIT 8
AYAT MAJMUK


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menghubungkaitkan ayat tunggal dengan ayat majmuk.
2. Menggabungkan ayat tunggal bagi membentuk ayat majmuk
3. Membezakan pelbagai jenis ayat majmuk


PENGENALAN

yat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada cantuman beberapa ayat tunggal sehingga
membentuk ayat yang baharu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ayat tunggal ialah ayat yang
terdiri daripada satu klausa, iaitu satu subjek dan satu predikat. Oleh itu, ayat majmuk ialah ayat
yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua klausa, iaitu satu subjek dengan beberapa predikat atau
beberapa subjek dengan satu predikat atau beberapa subjek dengan beberapa predikat. Menurut Nik
Safiah Karim (2008), ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
i. ayat majmuk gabungan
ii. ayat majmuk pancangan, dan
iii. ayat majmuk campuran.

Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga bahagian kecil, iaitu ayat majmuk pancangan
relatif, ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Pembahagian ayat
majmuk ini ditunjukkan dalam rajah yang berikut:



A
A y a t M a j m u k | 151
















Apakah yang membezakan antara ayat tunggal dengan ayat majmuk?

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________


ISI KANDUNGAN
Ayat Majmuk Gabungan

yat majmuk gabungan ialah ayat yang menggabungkan dua ayat atau lebih dengan cara tertentu
sehingga membentuk ayat yang baharu. Ayat-ayat ini digabungkan dengan menggunakan kata
hubung tertentu atau digabungkan dengan meletakkan tanda koma (,). Dalam lisan, tanda koma
ini digantikan dengan hentian seketika semasa sesuatu ujaran itu diungkapkan. Bagi ayat gabungan,
antara kata hubung yang digunakan ialah dan, lalu, sambil, tetapi dan sebagainya.

Ayat-ayat yang digabungkan ini mempunyai kedudukan yang taraf atau sama sifatnya. Yang dimaksudkan
dengan sama taraf atau sama sifatnya ialah ayat yang dibentuk boleh berdiri sendiri dan lazimnya
A
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat Majmuk
Pancangan
Ayat Majmuk
Campuran
Ayat Majmuk
Pancangan
Keterangan
Ayat Majmuk
Pancangan
Komplemen
Ayat Majmuk
Pancangan
Relatif
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat Majmuk
Pancangan
Ayat Majmuk
Campuran
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat Majmuk
Pancangan
A y a t M a j m u k | 152

mempunyai pola ayat yang sama. Secara umumnya, penghasilan ayat majmuk gabungan boleh
ditunjukkan menerusi rajah di bawah:




n

Contoh:
1. Teman baik saya bercerita sambil ketawa.
2. Kamal, Amirul dan Razak memancing ikan di Tasik Cini.
3. Razimah terjatuh lalu dia menangis teresak-esak di bawah pokok.
4. Fatima sungguh ramah tetapi adiknya agak pendiam.

Kesemua ayat di atas merupakan ayat majmuk gabungan kerana ayat tersebut terdiri cantuman dua ayat
tunggal dan digabungkan dengan menggunakan kata hubung sambil, dan, lalu dan tetapi . Gabungan
antara ayat ini ditunjukkan menerusi rajah di bawah.
Contoh:

1.





Ayat 1 Kata Hubung Ayat 2


Teman baik saya bercerita.

Teman baik saya ketawa. sambil

AMG

Ayat 1

Kata Hubung

AMG

Ayat 2

Ayat 3

Kata Hubung

A y a t M a j m u k | 153

2.





Ayat 1 Kata Hubung Ayat 2 Kata Hubung Ayat 3
Berdasarkan kepada contoh di atas, ayat-ayat ini dicantumkan dengan kata hubung lalu dan dan. Ayat
yang digabungkan itu merupakan ayat yang setara sifatnya kerana ayat-ayat ini mempunyai taraf yang
sama dan boleh berdiri sendiri. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, walaupun pada kelazimannya,
terdapat kata hubung tertentu untuk menghasilkan ayat majmuk gabungan, tetapi ada juga ayat majmuk
yang tidak menggunakan kata hubung, tetapi ayat ini ditandai dengan tanda koma (dalam tulisan) atau
atau hentian seketika atau jeda digunakan dalam ayat lisan. Tanda koma digunakan bagi mengelakkan
perulangan kata hubung yang sama. Penggunaan kata hubung yang sama menyebabkan ayat yang
dihasilkan tidak gramatis atau janggal. Misalnya, *Kamal dan Amirul dan Razak memancing ikan di Tasik
Cini. Penggunaan dua dan dalam ayat ini adalah janggal. Oleh itu, dan yang pertama perlu digantikan
dengan tanda koma. Oleh itu, terdapat dua cara penggabungan ayat, iaitu dengan menggunakan tanda
koma atau kata hubung. Gabungan dengan menggunakan tanda koma ini disebut sebagai parataksis.
Tanda koma ini boleh digantikan dengan kata hubung.
Contoh :
5a. Dia membuka beg, mengeluarkan buku, meletakkannya di atas meja.
5b. Dia membuka beg dan mengeluarkan buku lalu meletakkannya di atas meja.
6a. Abang sulungnya menyanyi, adik bongsunya menari.
6b. Abang sulungnya menyanyi manakala adik bongsunya menari.
7a. Kumpulan remaja itu ketawa, Siti hanya diam.
7b. Kumpulan remaja itu ketawa tetapi Siti hanya diam.
8a. Abangnya amat rajin, adiknya agak malas.
8b. Abangnya amat rajin namun adiknya agak malas.

Kamal memancing
ikan di Tasik Cini.

AMG

Razak memancing
ikan di Tasik Cini.

Amirul memancing
ikan di Tasik Cini.

,

dan

A y a t M a j m u k | 154

Dalam ayat majmuk gabungan, pemilihan kata hubung bergantung kepada makna yang didukung oleh kata
hubung tersebut dan maksud yang ingin disampaikan dalam ayat. Jadual di bawah menjelaskan makna
dan contoh kata hubung yang sering digunakan dalam ayat majmuk gabungan.

Makna Contoh Kata Hubung
penjumlahan dan, serta
pilihan atau
urutan lalu, kemudian, lantas, terus
penambahan dan, serta, malahan, tambahan pula,
penyertaan sambil, seta, seraya
pertentangan tetapi, namun, melainkan
peluasan tambahan pula, dan, serta

Bina ayat majmuk yang membawa makna berikut?

1. Pilihan
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
2. Penyertaan
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

3. Peluasan
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Dalam penghasilan ayat majmuk gabungan ini, ayat yang digabungkan boleh dikekalkan keseluruhan
unsur yang membina ayat tersebut atau digugurkan sebahagian daripada unsurnya. Jika unsur yang sama
digunakan untuk membina ayat-ayatnya, maka unsur yang sama ini digugurkan dan sebaliknya jika unsur
yang berbeza digunakan, maka unsur-unsur ini dikekalkan.
A y a t M a j m u k | 155

Contoh:
9a. Setiap hari saya membaca akhbar.
9b. Setiap hari saya menonton televisyen.
9c. Setiap hari saya membaca akhbar dan menonton televisyen.

10a. Ibu menyuruh Fatimah mencuci pinggan.
10b. Ibu menyuruh Fatimah mengemas dapur.
10b. Ibu menyuruh Fatimah mencuci pinggan dan mengemas dapur.

11a. Ramli akan melanjutkan pelajaran ke Sydney, Australia.
11b. Zakaria akan melanjutkan pelajaran ke Sydney, Australia.
11c. Ramli dan Zakaria akan melanjutkan pelajaran ke Sydney, Australia.

12a. Cincin suasa murah.
12b. Cincin emas mahal.
12c. Cincin suasa murah tetapi cintin emas mahal.

13a. Pemandangan di kawasan itu cantik.
13b. Kawasan itu menjadi tumpuan utama pelancong.
13c. Pemandangan di kawasan itu cantik maka kawasan itu menjadi tumpuan utama
pelancong.

14a. Abang sulungnya amat garang.
14b. Abang keduanya sungguh penyabar.
14c. Abang sulungnya amat garang namun abang keduanya sungguh penyabar.

Contoh 9c, 10c, 11c, 12c, 13c dan 14c di atas merupakan ayat majmuk. Pembentukan ayat majmuk dalam
9c, 10c dan 11c melibatkan pengguguran beberapa unsur dalam ayat yang asal kerana ayat yang
terbentuk terdiri daripada unsur yang sama. Bagi ayat 12c, 13c dan 14c pula, ayat majmuk yang terhasil ini
mengekalkan seluruh ayat yang asal kerana ayat majmuk tersebut dibina oleh unsur yang berbeza.

A y a t M a j m u k | 156

Walaupun ayat majmuk gabungan ini terbentuk daripada gabungan beberapa ayat, tetapi penggabungan
yang membentuk ayat yang gramatis perlu mempunyai hubungan dari aspek semantik. Hal ini kerana
beberapa ayat tidak boleh digabungkan jika tidak mempunyai perkaitan makna yang logik.
Contoh:
15a. Kanak-kanak itu tidak terlalu pandai tetapi rajin.
15b. Kanak-kanak itu tidak terlalu pandai.
15c. Kanak-kanak itu tidak terlalu rajin.

16a. Wanita itu dari Selangor, manakala suaminya dari Sarawak.
16b. Wanita itu dari Selangor.
16c. Suaminya dari Sarawak.

17a. Ahmad pensyarah dan isterinya pegawai tinggi kerajaan.
17b. Ahmad pensyarah.
17c. Isterinya pegawai tinggi kerajaan.

18a. Pegawai itu menganalisis data dan rakannya mencatatkan hasil analisis tersebut.
18a. Pegawai itu menganalisis data.
18a. Rakannya mencatatkan hasil analisis tersebut.

Ayat gabungan ini merupakan ayat yang gramatis kerana terhasil daripada ayat yang mempunyai perkaitan
dari segi makna. Ayat gabungan ini dikatakan mempunyai perkaitan dari segi makna kerana ayat yang
terbentuk membincangkan perkara yang sama. Di samping itu, pola ayat tersebut adalah sama, iaitu:
Ayat 15 FN + FA
Ayat 16 FN + FS
Ayat 17 FN + FN
Ayat 18 FN + FK



A y a t M a j m u k | 157

Jika ayat yang tidak mempunyai perkaitan makna digabungkan, maka ayat yang terhasil adalah tidak
gramatis.
Contoh:
*19. Kanak-kanak itu tidak terlalu pandai dan rakannya mencatatkan hasil analisis tersebut.
*20. Wanita itu dari Selangor dan Ahmad pensyarah.

Bina dua ayat majmuk mengekalkan seluruh unsur yang membinanya dan dua ayat majmuk
yang menggugurkan unsur yang sama.
1. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

2. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

3. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

4. ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________


Ayat Majmuk Pancangan

yat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa
ayat kecil lain yang dipancangkan kepada ayat induk atau ayat kecil ini menjadi sebahagian
daripada ayat induk (Nik Safiah Karim et al., 2008). Menurut Abdullah Hassan (2008) ayat majmuk
pancangan ini melibatkan gabungan dua klausa atau lebih dan klausa-klausa ini tidak mempunyai taraf
yang sama. Hal ini kerana ayat majmuk pancangan melibatkan klausa utama dan klausa bukan utama.
Klausa bukan utama atau klausa pancangan ini akan disisipkan ke dalam klausa utama.
A
A y a t M a j m u k | 158

Ayat majmuk pancangan terdiri daripada klausa yang tidak setara, iaitu salah satu klausa merupakan klusa
bebas, manakala satu atau beberapa klausa yang lain terdiri daripada klausa tidak bebas. Klausa bebas
ialah klausa yang boleh berdiri sendiri, iaitu klausa yang lengkap subjek dan predikatnya, manakala klausa
tidak bebas ialah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan klausa-klausa lain untuk
membentuk ayat yang sempurna atau gramatis.
Contoh:
21a. Adik bongsu saya masih tidur ketika kami sampai di rumah.
22a. Saya akan menghadiri majlis itu jika hari tidak hujan.
23a. Saya tidak hadir semalam kerana saya tidak sihat.

Ayat-ayat terbina daripada percantuman klausa setara dan klausa tidak setara. Berdasarkan kepada
contoh di atas, klausa bebas ialah:
21b. Adik bongsu saya / masih tidur.
22b. Saya / akan menghadiri majlis itu.
23b. Saya / tidak hadir semalam.
Klausa bebas merupakan klausa yang lengkap dengan subjek dan predikat. Oleh itu, klausa ini boleh
berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna.

Klausa tidak bebas dalam ayat di atas ialah:
21c. ketika kami sampai di rumah
22c. jika hari tidak hujan
23c. kerana saya tidak sihat
Klausa ini merupakan klausa tidak bebas kerana klausa ini dimulakan dengan kata hubung ketika, jika dan
kerana.

Berdasarkan kepada klausa tidak bebas yang dipancangkan kedalam ayat induk atau klausa utama, maka
ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis yang utama, iaitu:
i. ayat majmuk pancangan relatif
ii. ayat majmuk pancangan komplemen
iii. ayat majmuk pancangan keterangan

A y a t M a j m u k | 159



1. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat majmuk pancangan?

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

2. Jelaskan perbezaan antara klausa bebas dengan klausa tidak bebas.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________


AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF

yat majmuk pancangan relatif ditandai dengan perkataan yang (Nik Safiah Karim et al. 2008). Ayat
relatif ini terbentuk apabila terdapat klausa yang menerangkan kata nama sama ada kata nama
tersebut berfungsi sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan ayat (Abdullah Hassan, 2008).
Oleh itu, sesuatu kata nama yang diterangkan itu akan digantikan dengan perkataan yang.
Contoh:
24a. Bilik yang kosong itu saya sapu.
25a. Budak yang nakal itu adik sepupu saya.
26a. Saya membaca buku yang tebal itu.
27a. Abang sulung saya membantu wanita yang tua itu.

Ayat-ayat ini terdiri daripada dua ayat, iaitu:
24b. Bilik itu saya sapu. [ayat induk]
24c. Bilik itu kosong. [ayat kecil]

A
A y a t M a j m u k | 160

25b. Budak itu adik sepupu saya.
25c. Budak itu nakal.

26b. Saya membaca buku itu.
26c. Buku itu tebal.

27b. Abang sulung saya membantu wanita itu.
27c. Wanita itu tua.

Pembentukan ayat pancangan ini adalah seperti yang berikut (contoh ayat 24):
24d. Bilik itu saya sapu. Bilik itu kosong.

24e. Bilik itu saya sapu. Bilik itu kosong.
[yang]
24e. Bilik yang kosong itu saya sapu.


Dalam ayat 24 di atas, ayat induknya ialah Bilik itu saya sapu., manakala ayat kecilnya ialah Bilik itu
kosong. Ayat kecil yang terdiri daripada bilik itu + kosong, dipancangkan atau disisipkan ke dalam ayat
induk Bilik itu saya sapu. Frasa bilik itu ayat kecil digantikan dengan yang bagi menjelaskan bilik itu ayat
induk.




1. Jelaskan pembentukan ayat majmuk pancangan relatif bagi ayat 25, 26 dan 27.

Budak yang nakal itu adik sepupu saya.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

A y a t M a j m u k | 161


Saya membaca buku yang tebal itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Abang sulung saya membantu wanita yang tua itu.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________


Kehadiran klausa relatif dalam ayat majmuk pancangan adalah bertujuan untuk memberikan keterangan
lanjut terhadap sesuatu frasa nama. Dengan ini, apabila sesuatu klausa relatif dipancangkan ke dalam
sesuatu ayat, maka ayat tersebut akan mengalami peluasan. Peluasan frasa nama oleh klausa relatif ini
boleh berlaku pada empat bahagian utama ayat, iaitu:
i. Subjek
ii. Predikat
iii. Objek
iv. Keterangan.


Peluasan Subjek

eluasan subjek berlaku apabila subjek ayat yang terdiri daripada frasa nama disisipkan dengan
klausa relatif. Kehadiran klausa relatif ini ditandai oleh perkataan yang. Klausa relatif ini bertujuan
untuk menjelaskan subjek sesuatu frasa nama dengan lebih lanjut.
Contoh :
28a. Langsir yang koyak itu masih belum dijahit.
29a. Budak yang sedang ketawa itu ialah anak bongsu saya.

P
A y a t M a j m u k | 162

Berdasarkan kepada contoh 28 dan 29 di atas, frasa nama langsir itu dan budak itu diberikan huraian
dengan lebih lanjut menerusi klausa relatif yang koyak dan yang sedang ketawa. Ayat ini sebenarnya
terbentuk daripada :
28b. Langsir itu masih belum dijahit.
28c. Langsir itu koyak.
yang

29b. Budak itu ialah anak bongsu saya
29c. Budak itu sedang ketawa.
yang
Berdasarkan kepada contoh 28c dan 29c di atas, frasa nama langsir itu dan budak itu yang sama seperti
ayat 28b dan 29b digantikan dengan kata relatif yang. Klausa relatif ini kemudiannya disisipkan dalam
bahagian subjek untuk bertindak sebagai penerang kepada subjek ayat.

Menurut Nik Safiah et al. (2008), kata relatif yang ini bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif,
tetapi boleh djuga digunakan sebagai pengganti kata nama yang digugurkan, iaitu bagi pola frasa nama +
yang. Oleh itu, daripada ayat contoh 28a dan 29a, frasa nama yang mendahului kata relatif yang ini boleh
digugurkan dan pengguguran ini tidak menjejaskan kegramatisan ayat.
Contoh:
28a. Langsir yang koyak itu masih belum dijahit.
28d. Yang koyak itu masih belum dijahit.

29a. Budak yang sedang ketawa itu ialah anak bongsu saya.
29d. Yang sedang ketawa itu ialah anak bongsu saya.


Peluasan Predikat

eluasan predikat berlaku apabila klausa relatif disisipkan ke dalam predikat ayat. Hal ini bererti inti
bagi predikat ayat ialah frasa nama. Oleh itu, pola ayat induk yang terlibat dalam peluasan
predikat ialah pola FN + FN. P
A y a t M a j m u k | 163


Contoh:
30a. Ramlan pekerja yang rajin.
31a. Lee Chong Wei pemain badminton yang handal.

Berdasarkan kepada contoh 30a dan 31a di atas, frasa nama pekerja dan pemain badminton diberikan
huraian dengan lebih lanjut menerusi klausa relatif yang rajin dan yang handal. Ayat ini sebenarnya
terbentuk daripada :
30b. Ramlan pekerja.
30c. Pekerja rajin.
yang

31b. Lee Chong Wei pemain badminton.
31c. Pemain badminton handal.
yang

Berdasarkan kepada contoh 30c dan 31c di atas, frasa nama pekerja dan pemain badminton yang sama
seperti ayat 30b dan 31b digantikan dengan kata relatif yang. Klausa relatif ini kemudiannya disisipkan
dalam bahagian predikat untuk bertindak sebagai penerang kepada predikat ayat.


Peluasan Objek

eluasan objek berlaku apabila klausa relatif disisipkan ke dalam bahagian objek ayat. Hal ini
bererti objek yang terdiri daripada frasa nama diberikan huraian lanjut. Oleh itu, pola ayat induk
yang terlibat dalam peluasan predikat ialah pola FN + FKtr + Objek.

Contoh:
32a. Farid menolong jirannya yang kemalangan.
33a. Latifah membaca novel yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

P
A y a t M a j m u k | 164

Berdasarkan kepada contoh 32a dan 33a di atas, frasa nama jirannya dan novel diberikan huraian dengan
lebih lanjut menerusi klausa relatif yang kemalangan dan yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan. Ayat ini sebenarnya terbentuk daripada :
32b. Farid menolong jirannya.
32c. Jirannya kemalangan.
yang

33b. Latifah membaca novel yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
33c. Novel memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
yang

Berdasarkan kepada contoh 32c dan 33c di atas, frasa nama novel dan jirannya yang sama seperti ayat
32b dan 33b digantikan dengan kata relatif yang. Klausa relatif ini kemudiannya disisipkan dalam bahagian
objek untuk bertindak sebagai penerang kepada objek ayat.


Peluasan Keterangan

eluasan unsur keterangan berlaku apabila klausa relatif disisipkan ke dalam bahagian keterangan
ayat. Hal ini bererti unsur keterangan yang terdiri daripada frasa nama diberikan huraian lanjut.
Contoh:
34a. Aminah duduk di bawah pokok yang rendang itu.
35a. Mereka tinggal di rumah yang usang itu.

Berdasarkan kepada contoh 34a dan 35a di atas, frasa nama pokok dan rumah diberikan huraian dengan
lebih lanjut menerusi klausa relatif yang rendang dan yang usang. Ayat ini sebenarnya terbentuk daripada :
34b. Aminah duduk di bawah pokok.
34c. Pokok itu rendang.
yang


P
A y a t M a j m u k | 165

35b. Mereka tinggal di rumah itu.
35c. Rumah itu usang.
yang
Berdasarkan kepada contoh 34c dan 35c di atas, frasa nama pokok itu dan rumah itu yang sama seperti
ayat 34b dan 35b digantikan dengan kata relatif yang. Klausa relatif ini kemudiannya disisipkan dalam
unsur keterangan untuk bertindak sebagai penerang kepada bahagian keterangan ayat tersebut.



Tuliskan peluasan subjek, peluasan predikat, peluasan objek dan peluasan keterangan bagi ayat di
bawah.

1. Dia menekan loceng yang berkarat itu berkali-kali.
_______________________________
2. Lelaki yang menulis blog itu telah ditangkap polis.
_______________________________
3. Pemuda berbaju merah itu menjual rambutan yang diimport daripada Thailand.
_______________________________
4. Hamid hendak merasai makanan yang baru diberikan oleh jirannya sebentar tadi.
_______________________________
5. Abang sulungnya pegawai bank yang rajin.
_______________________________
6. Pengemis tua itu tidur di dalam bangunan yang masih belum siap itu.
_______________________________
7. Barang yang dijumpainya itu amat berharga.
_______________________________
8. Fitri pelajar yang paling popular di dalam kelasnya.
_______________________________
9. Beberapa orang pendatang asing menyorok di dalam bilik yang sempit.
_______________________________
10. Sampah-sarap yang berlonggok di tepi jalan itu dibakar oleh Karim.
_______________________________
A y a t M a j m u k | 166

AYAT MAJMUK KOMPLEMEN

yat majmuk pancangan komplemen terdiri daripada klausa komplemen dan klausa ini
dipancangkan kepada klausa utama untuk melengkapkan klausa tersebut (Abdullah Hassan,
2008). Ayat majmuk ini dibentuk dengan menggunakan kata komplemen untuk menandakan
hubungan antara klausa utama dan klausa komplemen. Dua kata komplemen dalam bahasa Melaayu yang
digunakan ialah bahawa dan untuk. Kata hubung komplemen bahawa boleh hadir dalam bahagian subjek
atau predikat ayat, manakala kata hubung komplemen untuk hanya boleh hadir pada bahagian subjek
sahaja (Nik Safiah Karim et al. 2008).
Contoh:
36a. Dia sedar bahawa kedua-dua orang tuanya amat susah.
37a. Ibu menyatakan bahawa Taufik akan pulang ke kampung minggu hadapan.
38a. Bahawa pengangguran negara pada masa ini amat ketara adalah tidak benar.
39a. Sungguh sukar untuk anak sekecil itu memahami permasalahan ibu bapanya.
40a. Untuk Pandelela Rinong memenangi acara 10m platform individu wanita di Sukan Olimpik
2012 agak mudah.

Ayat di atas merupakan ayat komplemen kerana klausa utama / ayat induk merupakan klausa yang tidak
lengkap dan dengan itu memerlukan ayat kecil untuk melengkapkan klausa utama / ayat induk tersebut.
Bagi menghubungkan ayat induk dengan ayat kecil ini kata hubung komplemen bahawa dan untuk
digunakan. Ayat di atas boleh dianalisis seperti yang berikut:
Contoh:
36a. Dia sedar bahawa kedua-dua orang tuanya amat susah.
Ayat induk / klausa utama : Dia sedar
Klausa komplemen : kedua-dua orang tuanya amat susah [SESUATU]
Kata hubung komplemen : bahawa (Hadir dalam predikat ayat)

Dalam ayat ini, walaupun dia sedar, merupakan klausa yang lengkap dari segi tatabahasa, iaitu terdiri
daripada subjek dia dan predikat sedar, tetapi dari segi makna masih tidak diketahui apa sesuatu yang
disedari oleh dia. Oleh itu, untuk melengkapkan maknanya, maka ayat kecil dipancangkan ke dalam
A
A y a t M a j m u k | 167

ayat induk selepas predikat ayat induk sehingga membentuk ayat yang lengkap, iaitu Dia sedar bahawa
kedua-dua orang tuanya amat susah.

Contoh:
37a. Ibu menyatakan bahawa Taufik akan pulang ke kampung minggu hadapan.
Ayat induk / klausa utama : Ibu menyatakan
Klausa komplemen : Taufik akan pulang ke kampung minggu
hadapan [SESUATU]
Kata hubung komplemen : bahawa (Hadir dalam predikat ayat)

Sama seperti contoh 36a di atas, ayat induk terdiri daripada Ibu menyatakan. Ayat ini merupakan ayat
transitif dan ayat transitif memerlukan objek untuk menjelaskan dengan lebih lanjut sesuatu yang
diperkatakan oleh ibu. Oleh itu, ayat kecil/klausa komplemen bahawa Taufik akan pulang ke kampung
minggu hadapan yang dipancangkan ke dalam ayat induk menjadi objek dalam ayat majmuk ini. Ayat kecil
ini dipancangkan selepas predikat ayat induk.

Contoh:
38a. Bahawa pengangguran negara pada masa ini amat ketara adalah tidak benar.
Ayat induk / klausa utama : Pengangguran negara pada masa ini amat
ketara [SESUATU]
Klausa komplemen : adalah tidak benar
Kata hubung komplemen : bahawa (Hadir dalam subjek ayat)

Berbanding dua contoh di atas, ayat 38a ini terdiri daripada induk adalah tidak benar. Ayat ini perlu
memuatkan subjek bagi menerangkan apakah sesuatu yang dimaksudkan oleh predikat ayat adalah tidak
benar . Oleh itu, ayat kecil/klausa komplemen Bahawa pengangguran negara pada masa ini amat ketara
yang dipancangkan pada subjek ayat induk dapat melengkapkan maksud keseluruhan ayat majmuk yang
dibentuk.
39a. Sungguh sukar untuk anak kecil itu permasalahan memahami ibu bapanya.
Ayat ini merupakan ayat songsang. Ayat susunan biasanya ialah:
39b. Untuk anak sekecil itu memahami permasalahan ibu bapanya sungguh sukar.
A y a t M a j m u k | 168

Ayat induk / klausa utama : sungguh sukar
Klausa komplemen : Anak sekecil itu memahami permasalahan ibu
bapanya [SESUATU]
Kata hubung komplemen : Untuk (Hadir dalam subjek ayat)

Berbanding contoh-contoh di atas, ayat 39a ini terdiri daripada ayat komplemen dengan kata hubung
untuk. Ayat induk ini tidak lengkap kerana tidak diketahui subjek yang diperkatakan. Justeru, bagi
menjelaskan sesuatu yang diperkatakan, maka perlu dimuatkan subjeknya. Oleh itu, ayat kecil/klausa
komplemen Untuk anak sekecil itu memahami permasalahan ibu bapanya yang dipancangkan pada
subjek ayat induk dapat melengkapkan maksud keseluruhan ayat majmuk yang dibentuk.

40a. Untuk Pandelela Rinong memenangi acara 10m platform individu wanita di Sukan Olimpik
2012 agak mudah.
Ayat induk / klausa utama : agak mudah
Klausa komplemen : Pandelela Rinong memenangi acara 10m
platform individu wanita di Sukan Olimpik 2012
[SESUATU]
Kata hubung komplemen : Untuk (Hadir dalam subjek ayat)

Analisis ayat bagi 40a ini sama seperti 39a, iaitu predikat ayat induk agak mudah tidak difahami jika tidak
dimuatkan sesuatu yang menjadi subjeknya. Oleh itu, dengan menyisipkan ayat kecil Untuk Pandelela
Rinong memenangi acara 10m platform individu wanita di Sukan Olimpik 2012 menjadikan ayat ini lengkap
dan boleh difahami.

Perlu diingat bahawa penggunaan kata hubungan pancangan relatif yang yang kerap digunakan bagi
menggantikan kata komplemen bahawa adalah salah dari segi tatabahasa.
Contoh:
*36b. Dia sedar yang kedua-dua orang tuanya amat susah.
*37b. Ibu menyatakan yang Taufik akan pulang ke kampung minggu hadapan.

A y a t M a j m u k | 169

Kedua-dua ayat di atas dianggap salah atau tidak gramatis. Bagaimanapun, kata hubung komplemen
bahawa ini lazimnya boleh digugurkan dan pengguguran ini tidak menjelaskan kegramatisan ayatnya.
Pengguguran ini hanya boleh berlaku bagi kata komplemen bahawa yang hadir dalam bahagian predikat
sahaja (contoh 36c dan 37c).
Contoh:
36c. Dia sedar kedua-dua orang tuanya amat susah.
37c. Ibu menyatakan Taufik akan pulang ke kampung minggu hadapan.



Analisis ayat majmuk pancangan komplemen di bawah.

1. Sungguh susah untuk menyakinkan pembeli terhadap kualiti produk ini.
Ayat induk / klausa utama : ____________________________________
Klausa komplemen : ____________________________________
Kata hubung komplemen : ____________________________________

2. Untuk mendapat markah yang tinggi dalam kursus Sintaksis agak sukar.
Ayat induk / klausa utama : ____________________________________
Klausa komplemen : ____________________________________
Kata hubung komplemen : ____________________________________

3. Memanglah benar bahawa masyarakat Malaysia gemar membeli barangan buatan tempatan.
Ayat induk / klausa utama : ____________________________________
Klausa komplemen : ____________________________________
Kata hubung komplemen : ____________________________________

4. Pesalah itu menafikan bahawa dia telah memukul rakan sekerjanya sehingga parah.
Ayat induk / klausa utama : ____________________________________
Klausa komplemen : ____________________________________
Kata hubung komplemen : ____________________________________

A y a t M a j m u k | 170

Jenis Ayat Komplemen

Ayat komplemen dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu :
i. Ayat komplemen frasa nama
ii. Ayat komplemen frasa kerja
iii. Ayat komplemen frasa adjektif
(Nik Safiah Karim et al. 2008).

I. Ayat Komplemen Frasa Nama
Ayat komplemen frasa nama hadir dalam dua posisi, iaitu pada posisi subjek dan posisi predikat.
Contoh Posisi Subjek :
41. Bahawa pelan tindakan itu akan memantapkan mutu sukan negara masih diragui.
42. Untuk Riduan mendapat kerja di tempat itu agak kurang meyakinkan.

Contoh Posisi Objek tepat :
43. Kerajaan menegaskan bahawa mangsa tsunami akan diberi bantuan secepat mungkin.
44. Pihak bomba memaklumkan bahawa kebakaran itu berjaya dipadamkan pada jam 3 pagi.

II. Ayat Komplemen Frasa Kerja
45. Pengerusi mesyuarat berpendapat bahawa projek itu perlu dilaksanakan dengan segera.
46. Mereka beranggapan bahawa perbincangan itu akan membawa keuntungan kepada
kedua-dua pihak.

III. Ayat Komplemen Frasa Adjektif
47. Ibu yakin bahawa anak bongsu kami akan memenangi pidato itu.
48. Kami sedar bahawa ilmu agama amat penting dalam kehidupan seseorang.




A y a t M a j m u k | 171



Bina ayat majmuk pancangan komplemen (AMKomp) frasa nama subjek, frasa nama objek, frasa kerja
dan frasa adjektif setiap satu.

1. AMKomp. Frasa nama subjek.
______________________________________________________________________

2. AMKomp. Frasa nama objek tepat.
______________________________________________________________________

3. AMKomp. Frasa kerja.
______________________________________________________________________

4. AMKomp. Frasa adjektif.
______________________________________________________________________


AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

yat majmuk pancangan keterangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat
kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat kecil ini lazimnya berfungsi sebagai
keterangan kepada predikat. Predikat yang lazimnya terdiri daripada frasa kerja ini akan diberikan
huraian lanjut oleh ayat kecil atau oleh klausa keterangan. Antara ayat induk dengan ayat kecil terdapat
kata hubung keterangan yang berfungsi untuk menjalinkan kedua-dua ayat ini bagi membentuk ayat
majmuk pancangan keterangan.
Contoh:
49. Saya tidak bertemu dengan Funada semasa beliau berkunjung ke Malaysia.
50. Aminah berdoa agar kehidupan rumah tangganya bersama Rahman sentiasa bahagia.

A
A y a t M a j m u k | 172

Dalam contoh di atas, ayat kecil lazimnya menjelaskan dengan lebih lanjut predikat ayat induk. Contoh 49
dan 50 misalnya menunjukkan bahawa prdikat bertemu dan berdoa diberikan huraian lanjut oleh ayat kecil
yang dipancangkan ke dalam ayat induk.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), terdapat sembilan jenis ayat majmuk keterangan, iaitu penjenisan
ini bergantung kepada jenis keterangan. Jadual di bawah menunjukkan kesembilan jenis kata keterangan
yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Kata Keterangan Contoh
musabab kerana, lantara, oleh sebab
akibat hingga, sehingga
syarat sekiranya, andai kata, jika, jikalau dan kalau
waktu sejak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika
pertentangan biarpun, walaupun, meskipun, kendatipun, sekalipun,
sedangkan.
harapan supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau
cara dengan
tujuan untuk, demi, bagi
perbandingan seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, bagai, ibarat

Contoh :
51. Walaupun hari masih awal, Razimah sudah tertidur di dalam dewan kuliah.
52. Sementara menunggu rakan sebiliknya, dia membaca nota yang baru disalinnya itu.
53. Pekebun itu asyik berjemur di tengah panas sehingga hitam kulitnya.
54. Mereka sekeluarga akan menunaikan umrah penghujung tahun ini sekiranya diizinkan
tuhan.
55. Dengan menggunakan sebatang buluh, Rafik berjaya membunuh ular saya itu.




A y a t M a j m u k | 173



Nyatakan jenis ayat majmuk pancangan di bawah

1. Rahman yang membantu orang tua itu.
____________________________________
2. Untuk melaksanakan kerja-kerja amal amat sukar.
____________________________________
3. Razif menjerit terlalu kuat sehingga serak suaranya.
____________________________________
4. Oleh kerana masih tidak sihat, Muhammad tidak dibenarkan memandu kereta.
____________________________________
5. Beliau menerangkan bahawa penduduk di kawasan itu akan dipindahkan segera.
____________________________________


Ayat Majmuk Campuran

yat majmuk campuran ialah ayat yang terdiri daripada satu jenis ayat, iaitu ayat majmuk ini boleh
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan beberapa jenis ayat
majmuk (Nik Safiah Karim et al., 2008). Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2003), ayat majmuk
campuran terjadi apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama
yang melibatkan campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak setara.
Contoh:
56. Kami sedang bermesyuarat, manakala arkitek sedang menyiapkan pelan ketika
[ Klausa 1] [ Klausa 2]
ketua pengarah datang melawat.
[ Klausa 3]
Berdasarkan kepada contoh ayat di atas, hubungan klausa 1 dan klausa 2 adalah setara, manakala
hubungan antara klausa 1 dan klausa 2 dengan klausa 3 adalah tidak setara. Oleh itukalausa klausa 1 dan
klausa 2 menjadi klausa utama (ayat induk), manakala klausa 3 menjadi ayat kecil atau klausa bukan
A
A y a t M a j m u k | 174

utama yang dipancangkan kepada ayat induk. Walau bagaimanapun, tidak semua ayat majmuk campuran
perlu terdiri daripada tiga klausa seperti yang ditunjukkan oleh ayat di atas.
Contoh ayat majmuk campuran yang lain:
57. Pekerja yang menulis surat itu telah diberhentikan oleh pihak pengurusan kerana dia tidak
amanah.
58. Ibu baru mengetahui bahawa Zakuan dan Farid telah diberikan surat penghargaan oleh
pihak sekolah kerana mereka berjaya dalam pertandingan mereka cipta laman web.
Jika ayat di atas dianalisis, ayat 57 terbentuk daripada dua jenis ayat, iaitu ayat majmuk pancangan relatif
dan ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat relatif ditandai oleh kata hubung relatif yang, manakala ayat
majmuk pancangan keterangan ditandai oleh kata hubung keterangan kerana. Bagi ayat 58 pula, ayat ini
terbentuk daripada tiga ayat majmuk, iaitu ayat majmuk pancangan komplemen, ayat majmuk gabungan,
dan ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat ini dikenal pasti menerusi kata hubung komplemen bahawa,
kata hubung gabungan dan, dan kata hubung keterangan kerana.



Kenal pasti jenis ayat majmuk yang membentuk ayat majmuk campuran di bawah.

1. Semua mahasiswa perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh pihak universiti walaupun
sesetengah daripada peraturan itu tidak disenangi oleh mereka.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

2. Padang berhampiran kawasan pembinaan itu perlu ditutup segera kerana kawasan itu agak
berbahaya kepada kanak-kanak, tambahan pula kawasan itu menjadi tempat berkumpulnya
pendatang tanpa izin.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

3. Munir menyatakan bahawa dia perlu mempelajari bahasa Russia sebelum dia melanjutkan
pengajiannya ke Moscow disebabkan dia tidak mahu gagal pengajiannya hanya disebabkan
masalah bahasa dan masalah untuk berkomunikasi.
A y a t M a j m u k | 175

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

4. Ketika Wong dan Linggan sampai pada pagi itu, pihak majikan menjelaskan bahawa meraka tidak
diperlukan lagi di situ lantaran prestasi mereka yang amat buruk sejak tiga bulan kebelakangan ini.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

KATA KUNCI
1. Ayat majmuk 6. Ayat majmuk pancangan komplemen
2. Ayat majmuk gabungan 7. Ayat majmuk pancangan keterangan
3. Ayat majmuk pancangan 8. Kata hubung gabungan
4. Ayat majmuk campuran 9. Kata hubung komplemen
5. Ayat majmuk pancangan relatif 10. Kata hubung keterangan



PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah ayat majmuk?
2. Apakah perbezaan antara ayat majmuk dengan ayat tunggal?.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan gabungan setara?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat majmuk pancangan?
5. Huraikan perbezaan antara ayat induk dengan ayat kecil.
6. Mengapakah unsur-unsur tertentu perlu digugurkan dalam penghasilan ayat majmuk gabungan?
7. Berikan jenis-jenis ayat majmuk gabungan. Bagi setiap jenis, berikan satu contoh yang relevan.
8. Bagaimanakah pembentukan ayat majmuk pancangan relatif?
9. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat majmuk campuran?
10. Pada bahagian ayat yang manakah klausa relatif dapat disisipkan?

A y a t M a j m u k | 176

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Ahmad Khair Mod Nor (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors.
Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Nik Safiah Karim et al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like