Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

Bincangkan peranan agama dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di


Malaysia.
Perpaduan hubungan etnik dapat dilihat dari aspek keagamaan. Amalan dan sikap
toleransi beragama sehingga kini telah memupuk hubungan harmoni di kalangan etnik yang
berbilang agama di negara ini. Di Malaysia, umumnya etnik Melayu beragama Islam, etnik
Cina beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu. Wujud juga beberapa etnik
menganut agama Kristian.
Agama Islam memberi penekanan kepada aspek keamanan, hubungan baik sesama
umat manusia dan kebebasan dalam beragama. Surah Al-Baqarah ayat 256 menyatakan
bahawa Tidak ada paksaan dalam menganut agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk itu
daripada kesesatan. Dalam Perlembagaan Malaysia juga dinyatakan bahawa agama Islam
adalah agama rasmi persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia
sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama di kalangan etnik
berbilang agama di negara ini.
Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan
setiap manusia harus mentaati Allah(s.w.t).
1. Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.
Sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak
terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati,
matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan
ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah
berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.
2. Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah
kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang
sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.
3. Memainkan fungsi kawalan sosial.
Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama
sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh
penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
Tidak keterlaluan jika dikatakan agamalah yang boleh menyatukan dan agamalah
yang boleh meruntuhkan benteng perpaduan kaum di negara ini. Rakyat di negara ini perlulah
mengambil peluang untuk belajar dan memahami agama-agama lain. Tidak susah untuk
sesuatu kaum itu memahami ajaran agama yang lain kerana agama menjadi penentu kepada
budaya hidup penganutnya.
Ada agama yang mempunyai pantang larang dan halal haram. Kita ambil saja contoh
yang ringkas seperti makanan. Setiap kaum ada jenis makanan yang mereka boleh makan dan
ada makanan yang mereka tidak boleh makan. Antaranya yang boleh dijadikan contoh ialah
bagi orang Islam adalah haram memakan daging khinzir, ayam atau lembu yang tidak
disembelih dengan cara yang dibenarkan oleh Islam dan lain-lain makanan yang diharamkan
oleh Islam. Begitu juga dengan agama Hindu yang melarang penganutnya memakan daging
lembu. Dengan cara memahami ajaran agama lain sebegini ia akan memberikan garis
panduan kepada penganut-penganut agama lain agar tidak melakukan sesuatu yang boleh
menimbulkan sensitiviti kaum yang lain.
2. Bezakan antara agama samawi dengan agama ciptaan manusia (wadie).
Para sarjana Islam telah membahagikan agama yang ada di atas muka bumi ini kepada dua
bahagian , iaitu Agama Samawi dan Agama Wadie.

Agama Samawi ialah agama yang datang dari langit atau yang diwahyukan oleh Allah
kepada rasul-Nya untuk disampaikan kepada hamba-Nya . Tambahan pula bagi agama
samawi ini Allah s.w.t telah turunkan kitab sebagai dokumen agama. Agama Samawi tersebut
ialah:
1. Agama Islam, kitabnya ialah al-Quran.
2. Agama Yahudi, kitabnya ialah Taurat.
3. Agama Nasrani, kitabnya ialah Injil.

Agama Wadie' pula ialah agama-agama yang bukan berasal daripada wahyu Allah dan tidak
mempunyai kitab daripada langit. Ia juga adalah merupakan agama ciptaan manusia. Sebagai
contoh, agama Hindu,Buddha,Sikh,Taoism,Confucianism dan lain-lain lagi.

You might also like