Pengukuran Dan Ralat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengukuran dan Ralat

Ralat
1. Ralat ialah beza antara nilai sebenar bagi satu kuantiti fizik dan nilai yang
didapati dalam pengukuran.
2. Oleh kerana nilai kuantiti yang sebenar tidak diketahui, maka ralat yang
sebenar juga tidak diketahui.
3. Bagaimanapun, ralat satu ukuran biasanya dapat dianggar.
4. Terdapat 2 jenis ralat utama
a. Ralat bersistem
b. Ralat rawak

Ralat Bersistem
1. Ralat bersistem ialah ralat yang cenderung untuk mengalihkan semua
pengukuran secara bersistem sehingga nilai minnya tersesar daripada nilai
sebenar.
2. Ralat bersistem mengakibatkan semua bacaan yang diperoleh sama ada
terlalu besar atau terlalu kecil.
3. Ralat bersistem tidak dapat dihapuskan dengan mengambil purata terhadap
beberapa bacaan yang diulang-ulang. Contoh ralat bersistem termasuk:
4. Contoh-contoh ralat bersistem termasuk
a. ralat sifar, iaitu bacaan bukan sifar alat pengukur apabila bacaan
sebenar adalah sifar.
b. ketidaktepatan dalam menentukur alat-alat pengukur.
c. masa tindak balas orang yang menjalankan eksperimen.
d. cara mengguna alat pengukur yang tidak betul
5. Ralat bersistem dapat dihapuskan/dikurangkan dengan cara-cara berikut.
a. Menjalankan eksperimen dengan berhati-hati sepanjang masa.
b. mengulangi eksperimen dengan alat-alat pengukur yang berbeza.
Ralat Hujung/Ralat Sifar
1. Ralat hujung atau ralat sifar ialah bacaan bukan sifar alat pengukur apabila
bacaan sebenar adalah sifar.
2. Contoh ralat hujung adalah
a. Hujung pembaris meter yang haus menyebabkan skala pada tanda
"0" tidak jelas. Ia boleh dielakkan dengan memulakan pengukuran dari tanda 1
cm.
b. Bacaan jam randik yang jarumnya tidak kembali ke tanda "0"
apabila tompol "reset" ditekan. Ia boleh dihapuskan dengan menolak ralat sifar
daripada setiap bacaan.
c. Bacaan meter elektrik seperti ammeter apabila tiada arus
melaluinya.

Contoh (Bacaan Ammeter apabila tiada arus mengalir melaluinya)


(Tanpa ralat sifar: Penunjuk ammeter berada tepat di atas tanda sifar.)


(Ralat sifar negatif: Penunjuk ammeter menunjukkan bacaan negatif walaupun
tiada arus mengalir melaluinya.)


(Ralat sifar positif: Penunjuk ammeter menunjukkan bacaan positif walaupun
tiada arus mengalir melaluinya.)

Ralat Rawak
1. Ralat rawak adalah disebabkan perubahan keadaan yang tidak dapat
diramalkan dan tidak dapat dikawal oleh pemerhati.
2. Ia mengakibatkan satu serakan bacaan sekitar bacaan sebenar.
3. Contoh ralat rawak ialah:
a. ralat paralaks yang disebabkan kedudukan mata yang tidak betul
apabila mengambil bacaan.
b. mengambil bacaan-bacaan yang berubah dengan masa.
c. silap membilang
d. sebahagian isi padu air tertuang keluar tanpa disedari.
4. Ralat rawak dapat dikurangkan dengan mengulangi bacaan dan kemudian
mengambil purata bacaan-bacaan itu.

Ralat paralaks
1. Ralat paralaks ialah kesilapan yang dilakukan semasa membaca skala alat
pengukur.
2. Bacaan skala yang diperoleh adalah salah sebab kedudukan mata relatif
kepada skala yang kurang sesuai semasa membaca skala.

You might also like