Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Penggunaan Kit Pengajaran Dalam Langkah Permulaan Dapat Menarik Minat Murid

Sewaktu Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani.


KUMPULAN SASARAN
Populasi Dan Sampel Kajian
Kajian ini akan memberikan tumpuan kepada penggunaan kit pengajaran dalam
langkah permulaan terhadap minat murid dalam kelas Pendidikan Jasmani. Instrumen yang
digunakan dalam mengukur minat murid adalah soal selidik, temu bual serta borang
pemerhatian terhadap pengajaran guru dan hanya memusatkan kepada menilai
keberkesanan penggunaan kit pengajaran dalam menarik minat murid.
Kajian ini hanya melibatkan 30 sampel terdiri daripada satu jantina iaitu murid
perempuan. Sampel-sampel dalam kajian adalah murid murid Sekolah Kebangsaan
Puteri, Seremban. Dalam kajian ini, faktor-fakor seperti motivasi, tahap motivasi, ras, status
ekonomi dan pemakanan yang boleh mempengaruhi penggunaan kit pengajaran tidak
diambil kira.

Kaedah Sampel
Kaedah purposive sampling digunakan di mana sampel kajian telah ditentukan
seramai 30 sampel terdiri daripada murid perempuan. Sampel sampel dalam kajian adalah
murid dari Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban.
Sesuai dengan namanya , sampel diambil dengan maksud atau tujuan tertentu.
Seseorang atau sesuatu kelompok itu diambil sebagai sampel kerana penyelidik
mengganggap bahawa seseorang atau sesuatu kelompok tersebut memiliki informasi yang
diperlukan bagi penyelidik. Penyelidik juga menggunakan judgement sampling di mana
sampel dipilih berdasarkan penilaian penyelidik bahawa mereka adalah pihak yang paling
baik untuk dijadikan sampel kajiannya.Ini adalah kerana sampel merupakan murid yang
cemerlang dari segi akademik dan boleh memahami arahan serta mudah untuk
memperkenalkan kit pengajaran.
Penyelidik melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) seperti biasa
tanpa menggunakan sebarang kit pengajaran dalam langkah permulaan dan memberikan
soal selidik untuk menilai minat mereka terhadap permulaan kelas PJ. Penyelidik
memberikan treatment atau rawatan yang berupa kit pengajaran dalam enam sesi variasi
langkah permulaan. Penyelidik menggunakan dua jenis variasi langkah permulaan bagi
setiap minggu dan rawatan ini diberikan selama tiga minggu. Pada minggu pertama,
penyelidik menggunakan Topeng Hantu Bagi Permainan Siapa Akan Jadi Manusia dan
Topeng Tom & Jerry Bagi Permainan Kejar Mengejar. Seterusnya pada minggu kedua
pula, penyelidik menggunakan Stering Polistirena Bagi Permainan Drift Kereta dan Kad
Imbas Lampu Isyarat Bagi Permainan Arahan manakala pada minggu ketiga, penyelidik
menggunakan Watak Binatang Bagi Permainan Hebat Melompat dan Ekor Kertas Bagi
Permainan Cabut Ekor. Setelah tamat minggu ketiga, responden diberikan soal selidik
semula untuk menilai minat mereka terhadap permulaan kelas PJ.
Batasan Kajian
Batasan kajian merujuk kepada had yang dialami oleh penyelidik sewaktu melakukan
penyelidikan. Had yang ada membolehkan penyelidik untuk melakukan penyelidikan yang
lebih berstruktur di samping mengetahui batas-batas tertentu yang perlu dipatuhi (Chua,
Y.P., 2008). Batasan kajian merujuk kepada kajian kes satu tempat dan pelbagai kes.
Batasan kajian ini akan dibahagikan kepada empat aspek iaitu batasan tujuan kajian,
batasan tempoh perlaksanaan, batasan tempat kajian dan batasan sampel kajian.
Kajian ini hanya melibatkan 30 sampel yang terdiri daripada murid perempuan.
Sampel sampel dalam kajian adalah murid murid dari Sekolah Kebangsaan Puteri,
Seremban. Latihan ini akan memberikan penumpuan kepada minat murid terhadap
penggunaan kit pengajaran dalam langkah permulaan kelas PJ.
TINDAKAN
Kerangka Konseptual

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kerangka kajian untuk menjadi asas
kepada penyelidik untuk melaksanakan kajian.Secara umumnya, kerangka kajian adalah
merujuk kepada stuktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan
pelaksanaan serta laporan sesuatu kajian.Kerangka konsep boleh berbentuk teori atau
konsep. Kerangka ini memandu semua aspek kajian termasuk proses mengenalpasti
metodologi yang akan digunakan dalam kajian, jenis maklumat yang akan dikumpulkan,
pemilihan subjek kajian, cara pengumpulan maklumat, cara pentaksiran maklumat dan juga
cara untuk menghsilkan laporan kajian (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia,2008)

Dalam kajian ini masalah dikenalpasti terlebih dahulu oleh penyelidik melalui borang
pemerhatian terhadap pengajaran guru dan borang soal selidik. Penyelidik memberikan
treatment atau rawatan yang berupa kit pengajaran dalam enam sesi variasi langkah
permulaan. Penyelidik menggunakan dua jenis variasi langkah permulaan bagi setiap
minggu dan rawatan ini diberikan selama tiga minggu. Setelah tamat minggu ketiga,
responden diberikan soal selidik semula untuk menilai minat mereka terhadap permulaan
kelas PJ.










Bagi kajian ini penyelidik telah menggunakan kerangka konsep seperti dibawah.
MASALAH KAJIAN

Penyataan masalah
Hipotesis MATLAMAT KAJIAN Kepentingan penyelidik

Batasan kajian PEMILIHAN SAMPEL

UJIAN PRA

Prosedur LATIHAN 3 MINGGU Alat kajian
Kaedah pengukuran
UJIAN PASCA

PENGUMPULAN DATA Pengendalian ujian

ANALISIS DATA

KEPUTUSAN HASIL UJIAN






PROSEDUR TINDAKAN
Pengenalan
Kajian ini dijalankan berbentuk eksperimental. Eksperimental ini adalah untuk menilai
sama ada penggunaan kit pengajaran dalam langkah permulaan dapat menarik minat murid
dalam kelas PJ setelah menjalani rawatan selama tiga minggu dengan pelbagai variasi
langkah permulaan. Bab ini akan membincangkan bagaimana kajian ini dilakukan. Ini
termasuk reka bentuk kajian, sampel kajian, tempat, alat dan cara kajian dijalankan.
Kajian ini akan dijalankan secara pra dan pasca. Ujian pra dijalankan untuk mengukur
minat murid terhadap langkah permulaan kelas PJ dalam bentuk soal selidik. Rawatan
diberikan selama tiga minggu dengan menggunakan kit pengajaran untuk menarik minat
mereka. Pada minggu akhir, dijalankan ujian pasca untuk melihat keberkesanan
penggunaan kit pengajaran dalam langkah permulaan terhadap minat murid dalam kelas PJ.
Tempat kajian
Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang murid tahun 3 Topaz yang berumur 9 tahun.
Kesemua murid ialah murid perempuan dari Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban, Negeri
Sembilan. Kajian ini dijalankan di Padang Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban, Negeri
Sembilan.
Alat alat kajian
Alat alat berikut digunakan untuk membantu pengkaji di dalam proses pengumpulan data.
1. Borang biodata diri
Borang ini digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai sampel dan
penglibatan sampel dalam sukan.

2. Wisel
Wisel digunakan sebagai isyarat untuk memulakan dan menamatkan latihan.

3. Bahan bantu mengajar topeng, stering polistirena, ekor kertas dan watak binatang.
Sebagai kit pengajaran dalam langkah permulaan.




Prosedur kajian
Objektif
Bagi menguji keberkesanan penggunaan kit pengajaran dalam permulaan terhadap minat
murid dalam kelas PJ.
Bagi melaksanakan kajian ini dengan teratur, langkah langkah yang perlu diambil pengkaji
adalah seperti berikut:
- Borang maklumat dihantar ke sekolah dan dilengkapkan di bawah pengurusan pihak
sekolah dan kebenaran guru besar.
- Menyediakan borang soal selidik untuk penilaian
- Rawatan dijalankan dengan mengambil perhatian perkara perkara berikut:
Masa dan bilangan sampel yang diuji
Tempat ujian dijalankan
Organisasi kumpulan dan prosedur am

- Ujian pra dijalankan untuk mengukur minat murid terhadap langkah permulaan kelas
PJ dalam bentuk soal selidik.
- Rawatan diberikan selama tiga minggu dengan menggunakan kit pengajaran untuk
menarik minat mereka.
- Pada minggu akhir, dijalankan ujian pasca dalam bentuk soal selidik untuk melihat
keberkesanan penggunaan kit pengajaran dalam langkah permulaan terhadap minat
murid dalam kelas PJ.

Pengumpulan data
- Ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan dalam bentuk soal selidik akan dibandingkan
untuk melihat perbezaan min dan sisihan piawai dengan menggunakan program statstik
SPSS.

Kesimpulan

Melalui kajian ini, para guru akan mendapatkan ilmu dalam bidang pedagogi Pendidikan
Jasmani untuk melaksanakan p&p yang berkesan dan menarik.




ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Prosedur Penganalisisan Data

Analisis statistik dijalankan untuk melihat keberkesanan rawatan yang diberi di mana
penggunaan kit pengajaran akan memberi kesan dalam menarik minat murid terhadap
langkah permulaan kelas PJ.

Data Demografi Sampel Yang Terlibat

Kumpulan Bil murid Jumlah


3 Topaz 30 30


30 30

You might also like